Saturday, January 23, 2016

TH Belum Terlewat Umum Dividen, Tapi...


A Kadir Jasin


MUTAKHIR, 4 Feb – Tabung Haji hari ini mengumumkan dividen 5% dan bonus haji 3% peratus menjadikan pulangan tahun kewangan 2014 sebanyak 8%.

Jumlah ini berkurangan sebanyak 0.25% berbanding tahun kewangan 2013 iaitu 8.25%.

POSTING ASAL
 


EKORAN pertanyaan pembahas Ummu Aiman mengenai pengumuman dividen (bonus) Tabung Haji (TH) yang saya ulas ringkas dalam perkara 18 posting yang lalu, saya telah membuat beberapa pertanyaan dan penyelidikan ringkas.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Daripada maklumat yang saya peroleh dan apa yang saya fahami mengenai urus tadbir TH, hal-hal berikut perlu dipertimbangkan.

1. Tanda tanya dan kerisauan timbul kerana batas waktu (deadline) pengumuman dividen (bonus) bagi tahun kewangan 2015 dijangkakan pada 22 Januari 2016.

2. Ini adalah kerana tahun lalu, dividen (2014) diumumkan pada 22 Januari 2015. Kadar dividen (bonus) tahun lalu adalah lapan peratus.

3. Tapi TH belumlah terlewat mengumumkan dividen sebab sebelum ini ia pernah membuat pengumuman pada 30 Januari (bagi tahun kewangan 2013) dan 7 Februari (bagi tahun kewangan 2012).

Menabung dan ke Makkah melalui TH
4. Dalam beberapa tahun sebelum dan selepas PRU 2013, TH membayar dividen dan memberi bonus melebihi tahap keuntungannya, mungkin dengan menggunakan rizab.

5. Yang lebih menjadi kemusykilan adalah kesan kelembapan ekonomi, kejatuhan teruk pasaran ekuiti dan keterdedahan (exposure) TH kepada skandal hutang 1MDB ke atas prestasi kewangannya.

6. Selain kontroversi pembelian tanah 1MDB di projek Tun Razak Exchange (TRX), TH juga memberi hutang yang besar kepada 1MDB melalui pembelian bon 1MDB.

7. Apa-apa yang tidak baik, sekiranya berlaku, akan mengancam kepentingan penyimpan TH dan keyakinan terhadapnya.

7. Seandainya hal ini terjadi, ia adalah sabotaj ekonomi dan akidah kerana majoriti yang menabung dengan TH adalah orang miskin dan mereka berbuat demikian semata-mata untuk menunaikan ibadat haji.

7. Orang seperti Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, Menteri Agama (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, (Tan Sri) Ismee Ismail akan dipertanggungjawabkan jika TH mengalami musibah.

Jamil Khir (kanan) dan Abdul Azeez bertanggungjawab
8. Adalah mustahil mereka tidak tahu atau tidak diberi amaran kerana TH, sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (non-bank financial institution), turut dikawal selia oleh Bank Negara. Atau apakah Bank Negara juga bersubahat?

9. Perkara 22 Akta TH 1995 tidak membenarkannya mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua tanggungan (obligations).

10. Buat masa ini kita hanya boleh berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara-perkara buruk menimpa kami.”

Wallahuaklam.


51 comments:

  1. Pak Malau9:15 PM

    Belum diumumkan lagi kerana Pengerusi serta Menteri Ugama sibuk!

    ReplyDelete
  2. Ehmm...Jamil Khir (Mneteri Agama) dan Abdul Azeez (Pengerusi Tabung Haji), kedua-duanya "orang-kuat" Tabung Haji.

    Dato mengakhiri posting kali ini dengan; “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara-perkara buruk menimpa kami.”

    Kalau kita lihat kegelojohan mereka berdua, mahu merampas jawatan MB Kedah dari Mukhriz dan beri jawatan itu kepada kroni mereka, bertambahlah kerisauan saya tentang 'kesihatan' TH.

    Bertambah lagilah kerisauan Rakyat Marhean yang ada pelaburan dalam Tabung Haji, selagi TH terus mendiamkan diri mengenai, ada atau tiadanya dividen & bonus 2015.

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum dato akj...
    Malangnya pm kita ni akan buat byk lagi kesilapan??...untuk menutup banyak kesilapan yang dia lakukan sebelum ni...

    Paling parah lagi dan menyedihkan dia heret semua rakyat termasuk si pemakan dedak ( mungkin depa pun tk sedar dan mampuih tak mengaku)supaya ikut susah dan harap semua nya terima saja.....berlapang dada..konon nya laa...

    Mana2 pihak yang dapat kuasa lepas ni memang malang dan payah nak buat apa2 ...rasanya laa..semua perkara...lama untuk pulih balik....

    Malang (atau bala)......tiada yang mampu dikalangan lebih kurang 30 juta rakyat malaysia yang boleh "lawan " dia ....malang sungguh.....

    ReplyDelete
  4. Assamualaikum dato akj...
    Malangnya pm kita ni akan buat byk lagi kesilapan??...untuk menutup banyak kesilapan yang dia lakukan sebelum ni...

    Paling parah lagi dan menyedihkan dia heret semua rakyat termasuk si pemakan dedak ( mungkin depa pun tk sedar dan mampuih tak mengaku)supaya ikut susah dan harap semua nya terima saja.....berlapang dada..konon nya laa...

    Mana2 pihak yang dapat kuasa lepas ni memang malang dan payah nak buat apa2 ...rasanya laa..semua perkara...lama untuk pulih balik....

    Malang (atau bala)......tiada yang mampu dikalangan lebih kurang 30 juta rakyat malaysia yang boleh "lawan " dia ....malang sungguh.....

    ReplyDelete
  5. ismail muda11:10 PM

    Tiap2 tahun Mentri agama, Pengerusi TH, kenamaan yg berkaitan TH & dll menunaikan Haji. Sudah tentu TH akan membuat persiapan logistik spt penginapan, mkan minum, pengangkutan dll bagi kenamaan2 yg berkenaan. Saja ingin bertanya, siapakah yg membiayai perbelanjaan ke Mekah bagi kenamaan2 ini??? Walaupun pemergian mereka atas kapasiti urusan resmi, wajarkah setiap tahun TH yg menanggong??? Sudah perbelanjaan bukan sedikit kerana 'treatment' vvip tidak sama dgn org biasa...

    ReplyDelete
  6. Kita tidak perlu bimbang dengan harta didunia ni. Apa yg kita makan/pakai/gunakan utk ahli keluarga dan sedekah kerana Allah itu adalah milik kita yg lain (yg disimpan) bukan milik kita. Kalau takut benar menyimpan dimana2 institusi, simpan je bawah bantal. Apa kata sdr kita ni?

    ReplyDelete
  7. Zalman A11:59 PM


    Datuk,

    Both the people in your photo were at the front row of the "press conference to remove Mukhriz". Whether such mentality and calibre (let us not mention the YAPEIM case) should have the right to comment is very debatable.

    Objectively speaking, if anyone should be pressed to resign, it's the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone himself.

    That goes beyond camps and politics.

    It's for the nation's sake.

    ReplyDelete
  8. Kadir jasin kerjanya komplen hal kerjabuat orang lain. Semua orang buat salah. kebaanyakan tulisan tulisannya dibuat dengan penuh kebencian dalam jiwa. Orang tua ni 'something wrong' dalam otak dan jiwa. SEgala tulisan atikel dia bila dah jadi akib dan dibaca oleh generasi selepasnya dan kalau nak jadi panjang cerita diamalkan pula dengan penuh kebencian selepas dia meninggal nanti akan jadi satu perkara yang mempercepatkan kamu masuk neraka. Tak cukup banyak tulisan-tulisan kamu yang boleh dimunafaatkan untuk kamu masuk syurga. Ini hanyalah satu nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur saya 28 dan saya seronok membaca The Scribe..setiap artikel kritikal untuk difikirkan dan ia adalah berdasarkan fakta yg sudah dianalisis..terpulang untuk terima ataupun tidak, kerna artikel di sini adalah pendapat peribadi DAKJ..cuma tak perlulah sentuh peribadi atau menggalas tugas sebagai Tuhan menjatuhkan hukum bakal masuk syurga atau neraka..

      salamun alaikum

      Delete
    2. Jasmeen Fatimah. Komentar penyokong najib. Di blog lain nmpk tulisan dia seperti berdasarkan skrip. Tapi kali ni nmpk jujur dari buah fikiran dia sendiri sebab memang menjadi kebiasaan penyokong najib jgn bercerita fakta dan logik. Cukup dgn maki hamun dan teori murahan.
      Mungkin inilah pengkomen berbayar yg dkj maksudkan dalam posting sebelum ini

      Delete
    3. Salam,
      Saudara jasmeen,
      Orang yang bijak adalah orang yang suka membaca. Orang yang lebih bijak adalah orang yang berfikir setelah membaca. Orang yahudi yang bijak pandai mendapat pengetahuan dari al-quran. Cukupkah pengetahuan kita kalau disiang hari baca utusan dan malamnya tonton tv3.??

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. adion2:23 AM

    Tabung haji dahulu di cetuskan dan kemudian nya di ketuai oleh Prof Di Raja Ungku Aziz, yang pakar dalam bidang ekonomi.

    Kini TH di kuasai dan diterajui oleh mereka yang pakar dalam bidang komunikasi walaupun TH tidak menceburi dalam perniagaan bidang Telekomunikasi.

    ReplyDelete
  10. tunggu lah sehingga dividen diumumkan... jgn ckp benda yg kita tidak tahu... sesungguhnya Allah maha mengetahui dan kepada Allah kita berlindung dan berserah...

    ReplyDelete
  11. sukasamasuka4:35 AM

    Datuk.

    Dulu atok aku naik haji pakai kapal laut steamer. Ikut cerita, disitu juga lah kargo beras, bawang, kambing dan lembu. Masa tu belum ada air-con jadi bilik haji dalam kapal sangat lah panas, humidity tinggi dan bau seribu macam. Penyakit kudis, gatal kutu, bisul, panau, batuk darah, batuk kering dan cerit birit perkara biasa dalam perjalanan yang memakan masa 3-6 bulan ketika itu, mengharungi ombak dan ribut. Moga-mogaan roh beliau, Hj.Tassim bin Sarang Bakir mendapat rahmat. Beliau disemadikan di Lautan Merah (Red Sea) kerana sakit. Kami hanya tau berbulan kemudian. Nenek kami, allahyarham Apsah binte Sarang Dugang hanya dapat songkok hitam arwah atok dan sikit buah tangan. Al-Fatihah. Aku pula tiada duit dalam Tabung Haji. Mungkin belum ada lambaian illahi, biar la...

    ReplyDelete
  12. Salam DAKJ
    Tgh merenung dan memikirkan berapa kah umur Jasmeen Fatimah ni berdasarkan pada cara pemikiran dan tulisan beliau tu.
    Teruskan usaha Dato dalam memberi penerangan dan kesedaran dan berdoa agar Dato tidak tergolong dalam kumpulan pemakan dedak spt .....

    ReplyDelete
  13. Perjuangan belum selesai Datuk. Terus suarakan kerisauan Dan kebimbangan rakyat, dalam hal ini, pendeposit2 tabung haji supaya tidak berlaku penyelewangan dan pengkhianatan walau pun 'mereka' itu berulangkali naik haji free. Saya tak berapa gemar penggunaan istilah menteri haji???? Dalam situasi ini agak memalukan.

    ReplyDelete
  14. sukasamasuka8:59 AM

    Datuk.

    Emak aku (nama nya tak aku dapat aku siarkan ketika ini) banyak duit dalam Tabung Haji pada suatu ketika, tapi sudah aku suruh keluarkan seberapa yang bolih sejak tahun lalu. Isteri sudah tidak potong gaji masuk Tabung Haji. Ini kami kami saja. Tahun lalu, 2015, "ada" yang "sedekah tiket" untuk naik haji untuk aku sudah, abang dan adik perempuan...tapi aku sudah tolak dengan baik. Mahal tiket tu bukan main main tapi bukan rezeki aku la agaknya.

    ReplyDelete
  15. awang batuburok9:03 AM

    Salam hujung minggu Dato,

    Tahniah dan Terimakasih Dato kerana tak jemu jemu melakukan jihad Amar Maaruf, Nahi munkar demi membela kepentingan rakyat marhaen yg sentiasa ditipu dan dizalimi oleh penguasa yang rakus dan tidak bermaruah.
    Teruskan perjuangan Dato, saya dan rakyat seperjuangan sentiasa berdoa agar Dato dikurniakan kesihatan dan kekuatan oleh Allah SWT...aminn

    ReplyDelete

  16. Dato, salam. Malang sekali pendidikan yang berkembang pesat masih gagal mendidik manusia untuk berfikir dengan waras. Kedangkalan pemikiran orang sedemikian terserlah dalam tulisan Jasmeen. Kalau benar DAKJ melakukan sesuatu yang tak betul, Jasmeen seharusnya lebih bersyukur kerana DAKJ tidak akan merampas haknya di SYURGA. Malahan dalam usaha untuk turut meLAPANGkan nikmat Jasmeen diSYURGA, saya pohon DAKJ juga mengkaji sejauh mana benarnya JEMAAH HAJI perlu menunggu 20 tahun untuk dapat menunaikan ibadah haji. Fakta tersebut susah diterima akal dan dikhuatiri hanya satu muslihat. Ia melibatkan permainan 20 tahun X 22,000 jemaah setahun X simpanan RM 1,000 (purata) setiap jemaah = RM 440 juta. Fakta seterusnya perlu diperolehi samada 22,000 jemaah benar-benar diterbangkan ke Mekah tiap-tipa tahun kerana dibimbangi jumlahnya juga mainan wayang. Seperti yang Dato harapkan, Allah dipohon melindungi kita semua dan apa yang dibimbangi hanya merupaka prasangka yang meleset.

    ReplyDelete
  17. Antitimah9:32 AM

    Since jasmeen sitimah tu panggil DKJ "orang tua" dah tentulah dia muda lagi dari DKJ, kan? Selalunya sebagai orang melayu yang sebati dengan sopan santun, budi bahasa yang tinggi, budiman/"high class", sekurang-kurangnya dia panggil lah DKJ dengan panggilan yang beradab sepeti pakcik ke, atau atok, uncle, atau paling koman panggil abang je. Ini tidak, terus panggil nama ie. "kadir jasin...", macamlah "orang tua" tu seorang budak kampung yang "insignificant". Bermula dari situ, segala apa yang si timah tulis tu langsung tak bernilai, tak baca pun takpe!

    Datuk, dengar cerita rayuan untuk laluan tikus dah dibuat beberapa kali, tetapi tak dilayan. Elok lah tu, esok dah habis segala lengan-lengannya menyeluk pekasam, laluan semut pun tak dapat....dah tak tahan lagi dia sendiri menyerah diri di balai polis yang terdekat. Jangan lupa bawak mak bonda sekali ye....heh heh heh!

    ReplyDelete
  18. salam DAKJ

    saya tetap sokong Dato

    tq

    ReplyDelete
  19. Zalman A12:25 PM


    Salam Datuk,

    The situation in Kedah is getting rather interesting (although with your connections to the ground, you are probably far more aware of the true insights into the possible "endings" of this attempted coup.)

    The KBU do not determine Mukhriz's fate; the ADUN do.

    Dr Chandra Muzaffar comments thus on the issue:

    "A cabal should not be allowed to remove a mentri besar who occupies his position by virtue of the constitutional and democratic processes operating in our nation. The cabal of 14 divisional heads within Kedah Umno did not even hold meetings and adopt resolutions within their respective divisions on the question of Mukhriz’s mentri besarship."

    It is the dewan, not the KBU. That is what matters.

    If it comes to a vote, I think the anti-Mukhriz ADUN may have only 13-14 SDs. (They need 19.)

    Six short.

    I'm sure Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone (The Cash King) may be throwing around his secretive funds by the millions, tens of millions, or hundreds of millions right now in Kedah.

    This would be ironic, as it is Mukhriz whose "star power" (via Tun) wrested the state back from PAS.

    "After all, it was the announcement that Mukhriz would become mentri besar if the Barisan Nasional (BN) re-captured Kedah that swung the popular vote in favour of the BN", says Dr Chandra Muzaffar. "It is obvious that the attempt to oust Mukhriz has nothing to do with his governance. Nor does it accord with democratic principles. It appears to be a mischievous move aimed at helping someone tighten his grip over power – to the detriment of the people."

    However, Mappadulung needs to be very careful that the move to remove Mukhriz does not backfire. If Umno loses control in Kedah, he is finished. And that can easily happen, if the opposition ADUN (15 in total) swing behind Mukhriz in the vote. He then only needs 4 UMNO ADUN to retain power.

    What will DS Hadi Awang do?

    There is no guarantee that the Sultan (via Regency Council) will agree to dissolve the dewan. Hence we shall see whether PAS vote against Mukhriz, or more likely abstain.

    That is the power of 2.6 billion ringgit, on which my friend will not budge: PAS received at least 1/3 of the money plus promises of positions.

    This tends to cloud people's judgement.

    DS Hadi's deputy seems to have much clearer vision than he does.

    ReplyDelete
  20. 1.Terima kasih banyak-banyak kepada para pembahas sekalian atas doa, nasihat dan penghargaan anda semua.

    2.Apabila saya memilih untuk menjadi wartawan/penulis 46 tahun lalu pada usia 21 tahun, saya sudah pun menanamkan di hati sanubari saya bahawa saya akan cuba menyatakan kebenaran dan berpendirian sendiri. Itulah yang cuba saya lakukan sampai ke saat ini.

    3.Saya tidak keberatan dicaci cerca kerana tulisan saya. Falsafahnya mudah saja. Kalau saya berhak menyatakan pendapat, orang lain pun mempunyai hak yang sama.

    4. Lagipun, daripada komen pembahas, saya mendapat petunjuk dan panduan sambil mengukur tahap pemikiran, budi bahasa serta pendirian seseorang.

    5. Kesian juga saya melihat sesetengah kawan blogger yang pada satu masa dulu sama-sama menggoncang dunia kini hanya menulis mengenai motosikal besar, off-the-road vehicles, apa yang mereka makan dan di mana mereka berada. Mereka tidak kritis lagi.

    6. Khusus mengenai sukasamasuka, saya ingin pengesahan adakah “saudara” sama dengan Suka sama suka?

    7. Berkanaan TH, saya mendapat maklumat tambahan mengatakan Jamil Khir Baharom, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ismee Ismail telah “dibagi amaran” mengenai urus tadbir TH yang tidak lestari (unsustainable) dan mereka telah diminta mematuhi piawaian korporat dan perbankan.

    8. Insya-Allah saya akan cuba mendapatkan maklumat selanjutnya dengan harapan melalui amaran yang kita berikan itu, TH terhindar daripada musibah.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Akan cuba menyatakan kebenaran dan berpendirian sendiri"..jd adakh datuk hrp ssiapa yg mmbaca tulisan datuk akn mnganggap itu stu kbnaran? Tp dr apa yg sy bca,tulisan datuk bnyk mngangkat persepsi negatif dan prasangka..

      Delete
  21. sukasamasuka5:06 PM

    Datuk. Rasa rasa nya saya tidak kenal dengan "Suka sama suka" kecuali ada terbaca juga komen-komen nya, mungkin nama saya macam "pelanduk dua serupa"...macam juga nama Muhammad adalah nama yang paling ramai sekali digunakan dimuka bumi ini. Saya mohon maaf kalau terpakai nama yang hampir sama. Kalau Datuk kurang selesa, saya bolih tukar.

    ReplyDelete
  22. Salam Dato AKJ.

    Betul kata Dato. Kita boleh 'baca' tahap permikiran, budi-bahasa, kejujuran dan keikhlasan sesaorang melalui cara dan bagaimana dia menulis di-alam-maya. Lebih mudah, di-alam nyata, dimana kita boleh lihat raut-muka, anak-mata dan bahasa-badan (body-language).

    Di alam-nyata, misalnya, cara dan bahasa-badan ketika memberi salam, boleh mencerminkan samada kita ikhlas dan betul-betul ber'maksud' (faham apa yang kita ucapkan; maklumlah, bahasa Arab) dengan apa yang kita ucapkan atau pun, tidak.

    Pada dua (2) posting Dato yang lepas, saya komen mengenai bagaimana peguam Karpal Singh, pernah tersasul, mengata bahawa anak-guamnya tidak bersalah kerana liwat itu dilakukan atas dasar 'sukasamasuka'.

    Oleh yang demikian, dalam situasi 'sukasamasuka', sudah tentu pasangan yang melakukannya akan bertukar posisi. Jika balun satu-hala saja, itu bukan sukasamasuka, namanya.

    Sebenarnya, tujuan saya adalah untuk memperli penyamar yang guna ID 'sukasamasuka' supaya beliau rasa 'malu' guna ID sedemikian. Nampaknya beliau langsung tidak terasa. Tebal sungguh kulit-muka sehingga tanpa segan-silu menulis:-

    "Datuk. Rasa rasa nya saya tidak kenal dengan 'Suka sama suka' kecuali......"

    Mana boleh "Rasa rasa nya....". Dia sendiri mesti tahu. Mengapa nak "Rasa rasa" pula? Style menulis dalam bahasa Melayu, sama. Suka guna perkataan 'tau' & 'mau'. Sangat marah pada bangsanya yang "Masuk Melayu" seperti Riduan Tee. Orang Melayu zaman Dato AKJ dan Dr.M, bersunat guna "bambu". (Sembilu buloh, kot). Sangat 'benci' kepada Haji Hadi setelah DAP & PAS tidak lagi berpura-pura berkawan.

    Style menulis dalam bahasa Inggeris, juga sama.

    Oleh yang demikian, rumusan saya; 'sukasamasuka' dan 'Suka sama suka', adalah nang-bo-ti-nang, kui-bo-ti-kui (orang pun bukan orang, hantu pun hantu) yang sama.

    ReplyDelete
  23. Bila Yapeim yg ditubuhkan untuk bantu org miskin asyik terlibat dgn aktiviti berkaitan golf sahaja, rasanya tak perlu kita letak harapan yang tinggi dgn Tabung Haji. Menterinya org yg sama je...

    ReplyDelete
  24. awang spain12:48 AM

    just sharing..

    http://tabunginsider.blogspot.my/

    ReplyDelete
  25. Terima kasih pada yang respond pada komen 'terlajak rail' saya terhadap persenaliti dato kadir jasin bukan pada atikelnya sangat pon. Semasa saya tulis suhu tengah naik. Saya minta maaf. Saya orang Kedah, tua sangat pon dak, muda sangat pon dak jugak.Sedang-sedang saja. Asal dari Kubur Panjang, dekat dengan kampong Bukit Sekecong Tobiar. Pohon maaf terkasar kata. Sekian.

    ReplyDelete
  26. Jasmeen, syurga-neraka usrusan Allah. It is none of your business!

    ReplyDelete
  27. sukasamasuka8:41 AM

    Datuk.

    "7. Berkanaan TH,..telah “dibagi amaran” mengenai urus tadbir TH yang tidak lestari (unsustainable) dan mereka telah diminta mematuhi piawaian korporat dan perbankan."

    Yang eloknya Azeez kena resign saja la kalau gaji besar tapi "dibagi amaran" untuk patuhi piawaian korporat dan perbankan sebab itu isu paling serious. Mungkin kita boleh sarankan beliau buat lawatan ke Genting Group sambil belajar tentang hal koporat/perbankan dan cara cara melaksanakan CSR yang betul.

    ReplyDelete
  28. sukasamasuka8:51 AM

    Datuk.

    Jangan kita marah atau kutuk saudari kita seperti si Jasmeen Fatimah walaupun kita kurang selesa dengan apa yang beliau kata sebab saya memang setuju 100% pendirian Datuk -"3.Saya tidak keberatan dicaci cerca kerana tulisan saya. Falsafahnya mudah saja. Kalau saya berhak menyatakan pendapat, ORANG LAIN PUN MEMPUNYAI HAK YANG SAMA". Begini lah cara nya orang lama berfikir, jangan main main, dalam makna nya, padat isinya, dapat juga aku belajar sedikit esbanyak. Terima kasih Datuk.

    ReplyDelete
  29. sukasamasuka9:09 AM

    Datuk.

    Datuk Jamil pula bolih la jumpa Sammy Vellu untuk belajar satu dua perkara tentang macam mana beliau dapat mengeratkan hubungan dua hala "ala Malaysia/India" supaya program Yapeim bolih diselaraskan dengan lagi mantap. Contohnya, kita harus berterima kasih pada jasa baik Sammy Vellu, kerana atas usaha beliau, kini 1,500 pekerjaan Shell diCyberjaya akan berhijrah ke India. Datuk Khir mungkin ada rancangan melawat saudara saudara kita di India untuk khidmat bakti, jalan sudah terbuka. Lagi pun di India banyak peguam kalau Datuk masih mencari peguam.

    ReplyDelete
  30. sukasamasuka9:37 AM

    Datuk.

    Datuk AKJ ni orang lama...orang tua...memang keras kepala...kepala batu...jadi komen macam si Jasmeen tu macam kacang putih saja bagi dia. Jasmeen, kalau masih tak percaya juga, kau angkat si Datuk ni humban dia dalam api neraka, tengok kalau api mau jilat dia. Tapi kau jangan lari, kena tunggu juga. Entah la antara kamu berdua,siapa yang 'masak' dulu. Main main saja ok. Don't take it seriously.

    ReplyDelete
  31. berasiam10:16 AM

    Assalamualaikum DAKJ

    Tanpa buruk sangka kita menilai fakta dan berita. Jika TH yang bermatlamat murni pun demikian keadaannya, kita boleh unjurkan juga kepada organisasi lain yang seumpamanya. Kepemimpinan GLC sejak sekian lama terlalu rapat dengan golongan politik. Mereka sesama sendiri juga membentuk grup politik kepemimpinan GLC. Sekian lama kita saksikan orang yang zama dari kumpulan yang sama mengepalai GLC. Lihat sahaja CEO Celcom misalnya, selepas "kejayaan"nya di NTV7 dulu, dia terus bertakhta di Celcom hingga sekarang. Dengan pelbagai rungutan terbuka pengguna tentang khidmat Celcom pun dia masih selamat di situ. Jadi kita tidak hairan dengan apa yang berlaku pada TH sekarang. Dalam masa yang sama, Menteri yang ditugaskan dan Pengerusinya buat muka tebal terlibat sama mendesak Datuk Seri Mukhriz disingkirkan. Mungkin Azeez dan Jamil harap kes Mukhriz akan membayangi kegagalan mereka di TH. Merekalah yang perlu disingkirkan dengan apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  32. Mak Jemah4:50 PM

    Salam DAKJ

    Tulisan Datuk lebih kpd spekulasi. Seingat saya Tabung Haji pernah umum dividen dalam bulan
    Feb malah bulan Mac pun pernah. Kita tunggu pengumuman dividen Tabung Haji. Jangan sebab spekulasi ini Tabung Haji akan umumkan dividen yg lebih rendah.

    Tabung Haji bayar dividen melebihi pendapatan? Macamana tu.. Laporan kewangan tahunan yang dikeluar tu tak betul ke? Perakuan Audit Negara pun tak betul? Macamana tu.. Susah nak percaya rasanya.. Boleh cadang DAKJ bawak ke mahkamah laporan kewangan tahunan Tabung Haji tak betul.. Tapi tahun lepas kami yg daftar haji dpt bonus tambahan 2% selain dividen simpanan lebih 6% .. Alhamdulillah

    Kebanyakkan orang yang simpan duit kat Tabung Haji tu nak pergi haji. Tapi bila tengok duit orang yang marah dan keluar duit masa kes TRX dulu duit dia orang ada yang sampai
    ratus- ratus ribu..maknanya duit yang berbilion ringgit kat Tabung Haji tu selain nak pegi haji, adalah simpanan pelaburan. Kalau setakat simpan duit nak pergi haji saja dana Tabung Haji tak akan melebihi 10 billion agaknya..

    Kita tunggu Tabung Haji buat pengumuman dividen tahun 2015. Kalau keuntungan meningkat saya percaya Tabung Haji dah buat yang terbaik.. Kalau kurang dari tahun lepas mestilah pada kadar yang munasabah, kalau tidak mungkin betul yang DAKJ cakap tu. Harap harap dividen tambahan utk yg daftar haji tetap ada tahun ini..

    Mungkin kita tak suka menterinya atau pengerusinya.. Tapi Tabung Haji bukan mereka berdua.. Wallah hu alam .. Tabung Haji satunya tabungan milik penuh orang Islam. Jgn sebab sangka kurang elok membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk mengutuk dan mengoncang sama.

    ReplyDelete
  33. Along moshi24:53 PM

    I get the gist of antitimah's post but i disagree to a certain extent. Apa yg tak sopannye panggil kadir jasin dengan kadir atau kadir jasin? Bukan ke itu nama dia? Sebab dia tua je maka kita kena alamatkan dengan benda lain pulak? Ke sebab dia ada title maka kita kena guna gelaran yg dibawa? Leceh lah dengan adat2 budaya melayu yg tak kemana ni suma. Bila dah ada nama, kita panggil jadi tak kena. Dah tu kenapa dan apa guna nama tu? Yg sulong panggil along, nombo dua jadi angah nombo tiga jadi acik. Tapi atas surat beranak si along tu razman, si angah jadi raslan pastu si acik plak rosman, apa benda la complicated sngt kenapa tak namakan along angah dan acik je terus? Melayu melebuhkan benda yg sebenarnya takde jadi isu lepas tu benda penting suma ke laut.

    Orang melayu punya stail biar hadiah tu muntah kucing sekalipun, janji packaging tu biar ber-alas. Kita tngk budaya orang yg main teknologi. Yg design nuklear. Uncle ni suma untuk keluarga sahaja. Orang luar semua nama dan pengecualian kepada guru/pengajar. Takde isu pun bdak 10tahun panggil kawan bapak dia pakai first name.

    Tapi bebalik kepada si jasmeen, kita suma boleh agak dia ni apa dan siapa. Sebab tu komen dia pun takde point.

    You have a lovely name kadir. Thanks c yah

    ReplyDelete
  34. sukasamasuka7:50 PM

    Datuk.

    Kita lihat dan baca macam mana seorang hamba Allah ini bersedekah.

    London, Monday 25 January 2016 03.04 GMT. British government and Bill Gates announce £3bn to fight malaria...$200m this year from the Gates Foundation, with more donations to follow. (http://www.theguardian.com/society/2016/jan/25/british-government-and-bill-gates-announce-3bn-to-fight-malaria)

    ReplyDelete
  35. Berikut kenyataan Tabung Haji seperti yang dilaporkan oleh portal bebas Free Malaysia Today:

    Lembaga Tabung Haji (TH) menyeru semua umat Islam di negara ini agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tarikh pengumuman bonus pendepositnya.

    Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji menjelaskan, lazimnya TH akan mengumumkan bonus pendeposit pada suku pertama iaitu dalam tempoh Januari hingga Mac pada tahun semasa, memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan memperoleh kelulusan dalaman.

    “Konsep simpanan di TH adalah Al-Wadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.

    “Konsep ini tiada bezanya dengan konsep Al-Wadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain. Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac.

    “Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi TH hari ini.

    Menurut TH lagi, walaupun 2015 merupakan tahun mencabar, tapi pihaknya percaya hasil daripada Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatan.

    “Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan,” katanya.

    Waallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  36. Kalau benar surat Bank Negara kepada LTH yang dibocorkan, BNM bagi amaran kepada LTH agar jangan "main buku" - tahun 2013 dan 2014 LTH gunakan aset dan isytihar sebagai dividen (keuntungan lebih dari sebenar).

    Juga mengikut BNM, LTH kini mempunyai aset kurang 98sen bagi setiap ringgit liabiliti.

    Bermakna kalau sekarang semua orang keluarkan duit, LTH hanya mampu bayar 98% saja, lagi 2% sangkut.

    Juga bermakna tahun ini mengikut undang-undang, LTH kenalah guna keuntungan untuk cukupkan semula aset agar melebihi liabiliti. Tak boleh isytihar dividen.

    Tak taulah kalau LTH tak mau malu, dia isytihar jugak dan cairkan aset sebagai keuntungan lagi. Gali lubang tutup lubang.

    Malangnya surat ni nampak sangat legit... kalau betul memang naya lah.

    ReplyDelete
  37. Salam dan terima kasih para pembahas sekalian.

    1. Sebarang masalah jangka pendek yang mungkin dihadapi oleh TH akibat suasana ekonomi global yang negatif adalah tidak memeranjatkan dan harus diterima oleh penyimpan.

    2. Yang lebih dikhuatiri adalah masalah TH berbentuk struktural yang berpunca daripada amalan korporat yang menyimpang daripada norma dan pengurusan yang tidak cekap atau menyeleweng.

    3. TH mempunyai pelaburan yang besar dalam sektor minyak dan gas (O&G), hartanah dan perladangan. O&G dan perladangan mengalami masalah kejatuhan harga/produktiviti yang teruk. Khabarnya kegiatan O&G telah pun terpaksa disokong dan dijamin oleh syarikat induk iaitu TH melalui pemberian jaminan korporat (corporate guarantee) melebihi RM1 bilion.

    4. TH boleh mengatasi masalah jangka pendek, khususnya pembayaran dividen (bonus) dengan beberapa cara. 1. Tidak membayar dividen atau mengurangkan kadarnya. 2. Kekal kadar dividen dengan menggunakan rizab (kalau ada) atau menjual aset. 3. Saya rasa penabung TH boleh menerima alasan mengurangkan kadar dividen kalau TH boleh meyakinkan mereka bahawa ini adalah akibat kejatuhan pasaran bukan penyelewengan atau kelemahan pengurusan.

    5. TH ada aset hartanah di dalam dan luar negara, misalnya London. Aset ini boleh dijual atau dilambakkan menjadi Reit. Masalahnya pasaran hartanah dalam negara mengalami lebihan bekalan manakala pasaran saham terlalu lemah untuk menerima sebuah Reit yang besar.

    6. Dalam suasana sebeginilah kewibawaan pengurusan sangat penting bagi sesebuat agensi amanah macam TH. Sama ada pencarum TH dan masyarakat umum percaya atau tidak bergantung kepada persepsi terhadap watak-watak yang kini menerajui TH.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pula berita tentang pembelian aset2 di Detroit? TH jadi ke buat projek kat sana? Any info?
      Kalau ikut logik takkan cepat sgt duit habis.

      Delete
  38. sukasamasuka10:58 AM

    Datuk.

    "2. Yang lebih dikhuatiri adalah masalah TH berbentuk STRUKTURAL yang berpunca daripada amalan korporat yang menyimpang daripada norma dan pengurusan yang tidak cekap atau menyeleweng."

    Tepat 100% Datuk, ini la puncanya kelemahan dalaman struktur TH sebagai sebuah business corporate entity...jangan kita sebut dulu Islamnya dan Melayu nya, tapi cukup sebagai suatu syarikat biasa sahaja. Saya sarankan Azeez belajar dari Genting Group atas sebab sebab tertentu. Sebelum kita cerita panjang lebar ok.

    ReplyDelete
  39. sukasamasuka11:11 AM

    Datuk.

    "6. Dalam suasana sebeginilah KEWIBAWAAN pengurusan sangat penting bagi sesebuat AGENSI AMANAH macam TH. Sama ada pencarum TH dan masyarakat umum percaya atau tidak bergantung kepada persepsi terhadap watak-watak yang kini menerajui TH."

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa the crux of the matter is spelt out perfectly in the above statement. Itu sebab nya saya "mengundur" diri dari jadi pencarum TH. Ibu dan isteri saya dan mana rakan yang faham. INI BUKAN SOAL AKIDAH, tapi kewibawaan. Jangan salah faham, bila Lim Guan Eng jadi Pengerusi TH, saya, ibu saya, isteri saya dan rakan yang lain akan masuk TH semula. Untuk itu, saya cadangkan semak semula Minutes of Meetings before TH made investment dalam 1MDB. Minutes itu ada. Tolong cari dan hantar ke Genting Group untuk disemak!

    ReplyDelete
  40. Salam,

    Datuk,

    Pada tahun 70'an, 80'an, 90'an, rakyat boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk membuat keputusan. Alhamdulillah, pada masa itu, pemimpin-pemimpin mempunyai gagasan yang suci dan ikhlas untuk membangunkan negara. Anak-anak diberi pendidikan supaya mereka akhir nanti berpandangan jauh. Pada tahun 20'belasan, sikap yang rakyat bergantung sepenuhnya pada keputusan kerajaan adalah tidak lagi menguntungkan rakyat. Penyelewengan demi penyelewengan diperkatakan sampai ke peringkat antarabangsa, namun sehingga hari ini, tiada pendakwaan dibuat. Yang empunya badan masih gah di persada. Sedangkan himpitan ekonomi sudah dirasakan oleh rakyat.

    Negara-negara maju yang kadar rasuahnya rendah mengamalkan sikap transparensi, sesuatu yang masih lagi asing di Malaysia. Keputusan dibuat mengambilkira pandangan rakyat. Di Malaysia kita sudah ada prasarana untuk mendengar rintihan rakyat, tetapi kerajaan masih buat pekak badak. Siapa yang bersuara malahan ditekup mulut mereka dengan pelbagai cara. Di mana silapnya politik kepartian yang kita amalkan ini ?

    Kita boleh berubah. Malaysia boleh mencapai status negara maju sifar rasuah. Ya Tuhan, banyaknya hasil mahsul negara kita, mahu diurustadbir dengan baik.

    ReplyDelete
  41. Betul kah sukasamasuka dan 'keluarga' mencarum dalam TH untuk pergi Haji.

    Setahu saya, pencarum TH ada dua jenis;-

    1- Rakyat Marhean yang potong gaji ada buat simpanan secara kecil-kecilan, untuk simpanan hari-tua, untuk naik Haji.

    2- Orang kaya yang banyak duit. 5% dari keseluruhan pendeposit adalah merangkumi 75% dari jumlah deposit terkumpul. Oleh yang demikian, 5% pendeposit labur tanpa risiko untuk dapat keuntungan dividen tertinggi dari TH.

    Maklumlah, pada tahun kewangan 2012~2015, TH bayar dividen melebih keuntungan sehingga guna reserve. Jangan ada 'insider-trading' oleh mereka yang banyak WANG, dalam TH. Cable baik punya, bila Orang-Politik dilantik menerajui institusi untuk 'jaga' kepentingan Islam. Ibarat lantik serigala menjaga kambing biri-biri lan jadinya. Yang terdahulu akan buruk-nama, tercemar imej dan kewibawaan, adalah bangsa Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  42. Shahdan,maka sahlah apa yang kami dibicarakan, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone adalah seorang Bissu.
    Ia terlalu jujur dan tidak pedulikan harta dunia sehingga pulangkan duit yang didermakan kepadanya.
    Tersangat bertuahlah rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak faham kedudukkan termulianya disisi orang kayangan.
    Suci, bersihnya. Padamkan segala sangkaan buruk yang ada didalam hati mereka yang irihati terhadap Bissu dan isterinya.
    Bissu ini akan berjalan atas air bila hendak menyeberang lautan...!!

    Sekadar renungan bersama:

    It was narrated from Aishah (RA) that Quraish were concerned about the case of Makhzumi woman who had stolen. They said, “Who will speak to Allah’s Messenger (PBUH) concerning her?” Then they said, “Who would dare to do that but Usamah, the beloved of Allah’s Messenger (PBUH)?” So Usamah spoke to him, and Allah’s Messenger (PBUH) said, “Are you interceding about one of the Hadd punishments of Allah?”

    Then he stood up and delivered a speech in which he said,

    “O people, those who came before you were doomed because if a nobleman among them stole, they let him off, but if a lowly person stole, they carried out the punishment on him. By Allah, if Fatimah, the daughter of Muhammad, were to steal, I would cut off her hand.”

    (Hadith No. 4410 (1688), Book of Oaths Hudud, Sahih Muslim, Vol. 4; Hadith No. 6788, Book of Al-Hudud, Sahih Bukhari, Vol. 8).

    ReplyDelete
  43. Hipster5:07 PM

    2006
    Mak : Jang oi, dari kau hisap weed, baik kau menabung dalam tabung haji.

    2016
    Mak : Kau hisap je la weed tu.

    ReplyDelete
  44. Mendedahkan kebenaran sehingga menimbul persepsi yang negatif? Kenapa wujud persepsi yang negatif? Kenapa tidak berlaku seperti anda? Mungkin kah ada kebenarannya? Kalau awal2 telus sehingga rakyat dapat melihat Dan dengar hujah yang meyakin maka tidak tumbuk tetapi Vila berdilakdalih dengan pelbagai jawapan yang tidak consistent, timbbullah macam 2 tidaklah buang masa Dan duit.

    ReplyDelete