Friday, February 26, 2016

Bank Negara: Politik Lwn Profesionalisme


A Kadir Jasin

SEBUAH lagi institusi teras negara sedang dalam ujian. Siapa yang akan dilantik menggantikan (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara akan menentukan sama ada ia terus menjadi institusi yang berwibawa dan dihormati atau menjadi sebuah lagi institusi pemakan dedak.

[MOHON kerjasama para pembahas. Minta berhati-hati agar blog kita tidak di”block”. Kita tidak tahu apa dalam kepala (Datuk Seri PANGLIMA) Salleh Said Keruak dan (Datuk) Jailani Johari. PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Premisnya seperti berikut:

1. Logik konvensyen: negara didahulukan. Mengikut landasan ini, pengganti Zeti haruslah sama kaliber dengan beliau atau berpotensi menjadi sehebat beliau. Lebih-lebih lagi sekarang apabila situasi ekonomi dan pengurusan mata wang (monetary management) negara memerlukan seorang Gabenor yang berwibawa dan diyakini.

Maka pengganti Zeti wajarlah seorang ahli profesional yang pakar dalam bidang mata wang, ekonomi dan perakaunan. Seorang tidak dicemari oleh sebarang bentuk skandal atau konspirasi.

Atas landasan itu nama yang datang ke fikiran kita adalah (Datuk) Muhammad bin Ibrahim, Timbalan Gabenor. Walaupun berprofil rendah, dia dikatakan berintegriti dan dihormati.

Muhammad Ibrahim: Berpengalaman dan dihormati
2. Logik politik: Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, diutamakan. Pengganti Zeti wajiblah seorang yang telah termakan dedak atau boleh disuapkan dedak. Ciri-ciri integriti, kewibawaan dan kemerdekaan minda bukan syarat.

Seelok-eloknya orang itu adalah dalam acuan yang sama seperti pelantikan  (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara menggantikan (Tan Sri) Abdul Gani Patail – seorang profesional yang menganggotai Umno dan cergas dalam politik. Apandi adalah peguam Umno, pemegang jawatan Umno Kelantan dan bekas calon pilihan raya Barisan Nasional.

Pelantikan Politik

Dalam kaitan inilah nama (Datuk) Awang Adek bin Hussin disebut-sebut sebagai calon pilihan. Bukan sahaja dia orang Kelantan macam Apandi tetapi dia juga cergas dalam politik Kelantan seperti Apandi.

Macam Apandi, dia pernah bertanding pilihan raya di Kelantan. Tapi tidak seperti Apandi, Awang Adek pernah menang dan jadi Timbalan Menteri.

Awang Adek: Pernah Jadi Penolong Gabenor
Kalau Apandi pernah menjadi peguam Umno dan hakim, Awang Adek pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah pertama Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pantai Labuan (Lofsa).
 
Dia menang kerusi Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pada tahun 2006 dia menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Dalam PRU 2008 dia bertanding Parlimen dan DUN tetapi kalah kedua-duanya. Kononnya kalau Umno/Barisan Nasional rampas Kelantan tahun itu, dia akan dilantik Menteri Besar.

Pada tahun 2009 dia dilantik Senator dan diberikan semula jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Dia dilantik duta ke Amerika Syarikat pada tahun 2014.

Kalau tidak kerana pembabitannya dalam politik atau sekiranya tidak ada skandal kewangan membabitkan Perdana Menteri, dia sesuai dipertimbangkan sebagai pengganti Zeti.

Namun seandainya dia dilantik juga menggantikan Zeti maka secara semula jadi dia akan membawa imej yang sama seperti Apandi iaitu melindungi Mohd Najib daripada tindakan undang-undang.

Adalah amat memeranjatkan (mind boggling) kalau Awang Adek yang dilantik oleh Mohd Najib tiba-tiba melawan tauke dengan meneruskan siasatan dan memberi kerjasama telus kepada agensi-agensi luar negara yang kini menyiasat 1MDB dan Mohd Najib.

Soalnya apakah Awang Adek bersedia atau akan mengorbankan segala idealisme dan kecendekiawanan yang diwarisinya daripada dua institusi ilmu terkemuka di Amerika iaitu Drew University dan University of Pennsylvania?

Awang Adek adalah antara teknokrat era Dasar Ekonomi Baru yang cemerlang setelah memperoleh ijazah matematik dan ekonomi, dan doktor falsafah dari Amerika Syarikat.

Dark Horse

Turut disebut-sebut adalah (Tan Sri) Ismee Ismail. Dia orang kepercayaan Mohd Najib yang kini menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji serta ahli lembaga pengarah 1MDB.

Tabung Haji turut terseret ke dalam kontroversi 1MDB  kerana memberi pinjaman bilion ringgit kepada 1MDB dan membeli tanah TRX daripada 1MDB.

Gabungan jawatan dalam Tahung Haji dan 1MDB menjadikan Ismee kontroversial dan boleh membawa lumpur Tabung Haji dan 1MDB ke Bank Negara. Jadi dia bukanlah calon yang kuat atau sesuai.

Ismee: Terlibat dengan Tabung Haji dan 1MDB
Seorang lagi yang datang ke fikiran saya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar.

Pandangan saya dari dulu lagi menjurus kepada Abdul Wahid. Di kalangan calon luar dia adalah terbaik cuma dia menyerah kepada godaan dengan menyertai Kabinet – sesuatu yang saya secara terang-terang beritahu beliau adalah kesilapan.

Abdul Wahid: Masih boleh dipertimbangkan
Namun berbanding Awang Adek dan Ismee, dia lebih layak dan dengan itu mungkin juga lebih mudah diterima oleh pasaran.

Tetapi kalau kerajaan mahu mengelakkan kontroversi dan menangkis tuduhan mempolitikkan jawatan Gabenor maka calon semula jadi adalah Muhammad kerana dia orang dalam yang berpengalaman dan dihormati.

Wallahuaklam.

36 comments:

  1. u just killed his chance

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Dato. I am inclined to believe NR will settle pada calun yg senang dimakankan dedak.
    Najib bukan individu yg kesah pada marwah.
    Dlm buku biografi Lim Kit Siang, Najib d labelkan sebagai kaki betina (womaniser).
    What to expect from him......
    Tq

    ReplyDelete
  3. sukasamasuka2:07 PM

    Datuk.

    Selepas apa yang kita nampak "professionalisme" Zeti dalam hal "kewangan negara" yang melibatkan "orang atasan", aku rasa a monkey can do a better job....seriously....no pun intended.

    ReplyDelete
  4. I think there are more systemic faults which should be resolved first before this, which is the owner or tauke problem.


    As we have seen, people can appear to have integrity but only superficially and not from the deep democratic foundations, credentials and commitments which drive a debt-free economy as envisoned in Vision 2020.

    ReplyDelete
  5. Aslkm Dato AKJ

    you missed another person who is now KSP...I believed this guy is another option for Najib...

    ReplyDelete
  6. panglimo potaseh3:33 PM

    Cantik tajuk coloteh Pak Kadir kali ni .. politik vs professional, siapa penganti Zeti sebagai Gebenor Bank Negara. Dibawah tangan Najib dengan keadaan kacau-bilau kewangan sekarang ini, mungkin tak susah untuk kita terke, siapa ganti Zeti.

    Pertamanya bakal Gabenor BN kelak musti dari kalangan yang suka makan dedak, keduanya Najib kena mempraktik teori masyur Pak Lah El Tiduri, ia itu kerja bersama saya bukan untuk saya.

    Jadi kita lupakanlah pro seperti Muhammad .. paling selesa untuk Najib adalah orang seperti Shahrizat, Isa, Teuku Nan dan yang sama waktu dengan Azeeez dan Ismee atau mungkin Maslan 3.85.

    ReplyDelete
  7. Kadiag, salaam.

    Kalu tak kerana lanjut usia, aku rasa pak Zeti, prof Ungku Aziz yang layaknya. Dlm basa gomen, bulih kata dia ni unggui kerana ada 'clarity of mind', ilmu dan pengelaman yg sangat luaih. Dan sebagai mahaguru atau 'educator par excellence', dia bulih betuikan hala tuju BNM dan lanjutkan proses 'grooming' pada depa yg selama ni bebakat dan jujog luruih atau berintegriti.

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:45 PM

    Mesut Oozil said...

    PM = Najib
    FM = Najib
    Presiden UMNO = Najib
    Presiden BN = Najib
    Gabenor BNM = Sapa lagi, ambik kat hang lah Najib.

    ReplyDelete
  9. matpenang5:52 PM

    Salam,

    Che Khalib (Dato' Seri) mantan presiden dan ceo TNB mungkin boleh.

    ReplyDelete
  10. Salam Dato AKJ.

    Pada saya, yang paling layak ganti Zeti adalah Timbalan Gabenor. Tetapi, sesiapa pun yang dipilih, kewibawaan institusi kewangan negara dimata dunia, tidak akan pulih selagi Najib sebagai PM, juga menjadi Menteri yang mengepalainya. Sudah tentu nilai ringgit dan pasaran saham akan merudum lebih teruk lagi jika penganti Zeti, tergolong dari kalangan orang politik yang 'setia' kepada 'Menteri Kewangan'.

    Bila bercakap mengenai 'system ekonomi' saya rasa ada unsur-unsur penipuan dalam 'system kewangan' apabila Pak Lah, juga sebagai Menteri Kewangan, telah melupuskan duit syiling 1 sen. Kita sudah tidak lagi guna 1 sen, tetapi di Pasaraya dan gedung membeli-belah besar masih dibenarkan meletak tanda-harga berdasarkan nilai tidak genap. Apakah tujuan sebenar peniaga meletakkan tanda-harga RM1.99 sen? Jika tidak untuk memperdayakan pengguna, untuk apa lagi? Malah ada kedai yang menggunakan angka '99' untuk menampakkan bahawa barangan di kedai mereka lebih murah.

    Kepada Rakyat marhean, mungkin 1 sen tidak membawa sebarang nilai. Tetapi bagi para-peniaga kaya yang punyai pulohan rangkaian pasaraya, keuntungan 1 sen setiap barangan, cukup besar bagi mereka.

    Saya cadang dikembalikan duit syiling 1 sen atau peniaga diharamkan meletak tanda-harga barangan selain dari 5 sen, dibelakang. Pengenapan nilai ke 5 sen, hanya tertakluk kepada urusan faedah bank, bill utility dan lain-lain urusan tadbir-urus kewangan dalam talian.

    ReplyDelete
  11. bagaimana dengan irwan siregar dan nor mohamad yaacub?

    ReplyDelete
  12. Datuk,boleh tolong buat 1 artikel khas tak tentang kenapa agaknya shafie apdal menentang Najib?

    Tindakan shafie melawan Najib membingungkan saya kerana rasanya shafie ini dulunya bekas pegawai khas Najib.Kalau dia duduk diam2 macam pembesar2 umno yang lain kan senang je hidup dia?.Sebab dia melawan maka jawatan dalam kerajaan hilang,jawatan dalam parti pun mungkin melayang.

    Kalau Muhyiddin menyerang Najib kita boleh kata dia opportunist,menangguk di air keruh.Tak sabar2 nak jadi PM mcm dia buat dengan Pak Lah dulu.Kita boleh kata gitu,tapi dengan Shafie tak boleh.

    Ahli Umno semenanjung boleh terima ke politician sabah jadi Timbalan PM?Kesimpulannya Shafie berani kata TIDAK pada Najib semata-mata kerana mempertahankan kebenaran dan tak rela bersubahat apatah lagi diperbudak-budakkan oleh Najib.

    Di rumah saya ada potret Shafie sebagai Menteri Luar Bandar sedang menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada salah seorang adik saya.Bila merenung potret di dinding itu terasa bangga dan rasa semangat patriotik menyerap ke hulu hati. Bukan megah dengan pencapaian adik sendiri tetapi megah dengan "kesanggupan" anak Sabah itu membela maruah Melayu yang telah dinajiskan Najib di saat pemuka UMNO yang lain membaculkan diri.

    Mungkin kesimpulan saya tentang shafie itu agak naif maka saya ingin membaca pandangan Datuk pula sebagai orang yang telah berzaman mengikuti dan menilai political manuevering orang politik tanah air kita ini.Saya kira perkara ini penting untuk diulas kerana dimana-mana orang bercerita tentang Muhyiddin lwn Najib.Tapi kisah Shafie Apdal senyap soh...Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tertanya2 juga....mungkin semangat umno mempertahankan maruah dan jati melayu terpendam dalam sanubari shafie afdal...

      Delete
    2. Mungkin, salah satu sebabnya, Najib x membela Shafei.
      Dia d anak tirikan. Najib lebih dgr Musa aman. Dia x dpt sokongan dari musa.
      Ini pendapat saya as a Sabahan.

      Delete
  13. Datuk terlupa seorang lagi, Azeez Rahim. Atau tidak bolehkah Perdana Menteri sendiri yang jadi Gabenor Bank Negara? Kekangan undang-undang? Apa susah bukankah ada Peguam Negara untuk pinda mana-mana undang-undang yang menguntung dan menyelamatkan?

    ReplyDelete
  14. adion9:09 PM

    In the first place, Adakah sifat professionalisme kini masih wujud dalam kamus hidup najib ? Lihat sahaja dalam umno, kabinet dan para penasihat pilihan nya.

    ReplyDelete
  15. nothing to hide9:36 PM

    Datuk.

    Pm dah kata dia hendak kesetian. Bodoh bongok tak apa. Pandai bodek lagi bagus. Boleh buat kerja kotor dialu alukan. Paling diutamakan yg boleh tutup lubang taik dia.

    ReplyDelete
  16. Zed-8510:04 PM

    Sallam Dato'

    Saya agak setuju dengan pembahas yang lain, mengapa tidak DS Najib mengambil jawatan sebagai Gabenor Bank Negara. Alang kepalang, dia juga menteri kewangan.

    Muhyidin sudah digantung jawatan Timbalan Presiden.

    Baru-baru ini, saya telah menonton TV mengenai Anjing yang agak menarik.

    Dalam sekumpulan Anjing atau Serigala, anjing-anjing akan melantik satu ketua yang kebiasaannya yang paling kuat sekali.

    Ketua Anjing ini dipanggil oleh pakar saintis sebagai "Alpha"

    Kesemua anjing akan taat setia kepada "Alpha" atau ketua anjing. Kalau Ketua makan dedak, maka semua anjing akan makan dedak.

    Samada salah atau tidak perbuatan ketua anjing (alpha), tidak boleh anjing lain mempersoalkan. Yang tidak menurut perintah akan ditendang keluar dari kumpulan anjing itu.

    Zaman sekarang, ada juga parti politik yang hendak menerapkan semangat dan tabiat anjing dalam persatuan manusia.

    Saya rasa agak sukar kerana, beza dengan anjing, manusia ada mempunyai naluri hati (conscience) dan fikiran samada satu perkara itu salah atau tidak.

    Tambahan lagi di zaman sekarang, orang manusia sudah bertamaddun dan beragama.

    ReplyDelete
  17. Salam Dato.

    Apa kelainan yg boleh kita harapkan lagi?

    Sesiapa sahaja pun boleh dia pilih untuk menjadi Gabenor BNM menganti Zeti... asalkan SANGGUP memakan dedak.

    Bagi sy tidak ada bezanya jika dia memilih Muhammad...atau Awang Adek atau Wahid.atau sesiapa sekali pun....malah sekor berok pun boleh diletakan sbg Gabenor BNM mengganti Zeti asalkan AKUR DAN MENURUT PERINTAH DIA.

    Zeti berkata. .."Pengganti dia sebaik2 nya bukan dari kalangan Org Politik..." dan sy percaya ramai pembahas termasuk Dato pun setuju....tetapi..Najib peduli apa semua ini.

    Akhir kata...Org yg dia bakal pilih tentulah org yg serupa seperti Apandi...KPN...Pengerusi PAC..yg akan berkata "Sir Yes Sir".

    Jika tidak sanggup pun akan dijadikan sanggup.

    Malanglah org ini...Jika dipaksa sanggup dan tentulah yg lebih malang lagi adalah rakyat jelata negara kerana org baru ini sudah faham dgn kehendak dia.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  18. Salam Datuk

    Saya berpendapat bahawa sudah terlalu banyak politik di negara ini sehingga kita terlupa matlamat utama penjawat awam adalah untuk berbakti kepada rakyat.

    Hasratnya mudah - memilih seorang gabenor bank negara yang berkebolehan. Janganlah kita merumitkan nya dengan memasukkan ciri-ciri lain terutamanya politik.

    ReplyDelete
  19. 1. Sdr Zed-85,
    Dalam masyarakat anjing, ketua anjing atau alpha yang saudara sebutkan itu adalah betina.

    2. Anjing betina alpha ini lah yang menentukan kegiatan dan struktur kumpulan mereka.

    3. Anjing jantan Alpha atau Alpha male kerjanya hanyalah membuntingkan anjing betina.

    4. Sounds familiar?

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  20. Sufian Idrus10:39 AM

    Datuk,

    Appointment of Najib as the Prime Minister is a disaster to the nation. But who, in the first place, put very strong recommendation and take the most extravagant effort to place Najib as Malaysian Prime Minister? He is none other than the former Prime Minister, Mahathir.

    These two people; one Mahathir that had earlier modified the systems in the country and in UMNO which has made a President of UMNO and a Prime Minister of Malaysia to be overwhelmingly strong and immune of any attack from every corners, and the other one Najib who was a loyal student and disciple of Mahathir that has learned very well from Mahathir, and merely deploying the strategies that he learned from Mahathir for his own benefit.

    Now, both Mahathir and Najib are on each others neck. But, in reality both of them have ruined the nation.

    Annuar Musa, Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi and Nazri Aziz are merely opportunists.



    Sufian Idrus

    ReplyDelete
  21. Zed-8511:38 AM

    Sallam Dato'

    Saya setuju dengan Dato', memang ada persamaan (familiar).

    Memang Alpha Male ini kerjanya membuntingkan betina. Boleh jadi juga Alpha betina yang membuat strategy.

    Anjing-angjing (atau serigala) lain dalam kumpulan yang sama kalau tidak salah saya dipanggil "Omega".

    Anjing Omega mesti ikut arahan anjing Alpha dan tidak ada anjing yang boleh menentang. Walaupun perbuatan Anjing Alpha tidak betul seperti makan dedak, kalau ada yang menentang, anjing-anjing lain akan singkirkan dia.

    Kalau kita selalu melihat rencana TV ilmiah berkenaan dengan haiwan, kita boleh nampak ada juga persamaan antara haiwan dengan setengah-setengah manusia yang tidak ada tamaddun.

    ReplyDelete
  22. Dato AKJ
    Setuju dengan analogi Dato.
    Pada pandangan saya Dato terlupa satu lagi nama calon sebagai Gabenor Bank Negara ialah Dato Seri Rosmah Mansor.
    Beliau amat sesuai dengan jawatan itu kerana dasar Bank Negara boleh diselaraskan dengan dasar kerajaan DS Najib. Tak ada masalah!
    Takkan tak boleh kot kerana Bank Negara ada ramai Timbalan Gabenor dan Penolong Gabenor untuk bantu Kak Rosie dalam melaksanakan 'tugas' beliau.

    ReplyDelete
  23. Salam Datuk

    Saya rasa Malaysia tidak ketandusan tokoh untuk menyandang jawatan dan tanggung jawab sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

    Masaalahnya ialah orang yang punyai "kuasa melantik" jawatan tersebut...Dapat diterimakah orang yang punya kuasa ini?..hampeh....wal hasil balik asal.

    ReplyDelete
  24. Nenekghuffran4:50 PM

    Ish...ish...dahsyat tu Datuk...
    Macam sama je....apa-apa pun mata pena Datuk memang amat tajam..saya sokong 2600 juta %...

    ReplyDelete
  25. jika peguam negara orang umno tulen, maka tak mustahil gobenor bank negara kali ini orang umno tulen juga.untuk selamatkan peribadi peribadi yang sedang kumpul harta untuk dijadikan bekal diakhirat nanti.

    ReplyDelete
  26. Nenekghuffran5:01 PM

    Salam Datuk AKJ

    ish...ish... dahsyat tu Datuk...
    Macam sama je...
    Saya faham dan setuju dgn Datuk.
    Hebat..memang tajam mata pena Datuk..
    Kalau takde yang luka taktaulah saya...

    ReplyDelete
  27. Salam datuk.
    Nampaknya arena politik negara kita telah masuk episod baru, seperti yang telah dijangka, muhyidin telah digantung jawatan timbalan presiden oleh mt.
    Najib dan zahid meninggalkan bilik mensyuarat supaya "tidak mempengaruhi" keputusan mt. Hampir sama jalan ceritanya masa pemencatan muhkriz sebagai mb kedah.
    Ibarat muhyidin mencampak jala kedalam air yang bereba (ranting kayu) dan zahid menahan lukah dipintu air. Ikan yang dijala tidak mengena kerana banyak reba dan ikan lari kepintu air disitu ada lukah yang dipasang oleh zahid.
    Episod ini belum berakhir kerana kedudukan zahid belum selamat. Memang sekarang ini zahid sebagai tpm dan boleh menjadi pm sekiranya najib berundur dan melantik beliau menjadi pm atau bila sesuatu yang "diluar jangka" terjadi kepada najib. Zahid tidak boleh mengunakan teori ini kerana sekiranya diadakan pemilihan agong umno, kedudukannya akan diancam oleh team muhyidin dan muhkriz. Sudah tentu zahid tidak mahu menjadi tpm atau pm yang paling singkat tempoh jawatannya.
    Saya percaya sekiranya masih ada suara yang tidak menyenangkan bosnya dari muhyidin dan muhkriz, maka zahid akan arahkan "sekawannya" untuk menyalak lagi. Tindakan memecat ahli umno terhadap muhyidin dan muhkriz mungkin dilakukan, barulah kedudukan zahid nampak selesa bila menghadapi PAU. Sekiranya tiada rotan atau akar, pelepah pisang yang kering pun boleh digunakan untuk mengikat sekawan kayu.
    Tugas ini mesti dilaksanakan ketika najib masih pm dan presiden parti kerana akan ada pendinding untuk zahid "sembunyi bila batu dibalingkan."
    Najib yang umpama pohon yang telah reput akarnya menunggu masa untuk menyembah kebumi, kes nya semakin hari semakin jelas, kewibawaan dan kepercayaan rakyat terhadapnya semakin hilang. Bila "wajah" najib yang sebenar semakin jelas kelihatan, tudak mustahil zahid dan sekawannya akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap najib. Sekarang ini pun terdapat usaha dari zahid menarik penyertaan wakil pas kedalam beberapa jawatan seolah2 mahu menjinakan pas dalam usul undi tak percaya terhadap najib. Zahid tidak ada "kelulusan" yang memenuhi syarat jika melalui jalan lurus. Begitu juga "sekawannya", mereka tidak akan terpilih sekiranya muhyidin maik menjadi pm dam muhkriz menjadi tpm kerana tidak cukup kualiti.
    Najib sedang menghitung hari, menanti saat kejatuhan...

    ReplyDelete
  28. BiruBiruan11:11 AM

    Salam DAKJ,
    Apa ni? bos besar n timbalan takde telur ke? Ini adalah konspirasi atau kebodohan tahap tertinggi...
    - Haritu Datuk Mukhris turun, kata tak ada kaitan... last2 kata "sebab ayahnya Tun Mahathir"...siap gelar "political Failure" pulak lagi
    - Ini kali... bos besar n timbalan pulak tak masuk campur dalam keputusan terhadap MY. Hoi..berani buat berani la tanggung... dah terang lagi bersuluh... nak tutup buat apa lagi.

    p/s: geng-geng pemakan dedak sekalian. siapa mastermind sebenarnya nih?..please stick to only one plot....the current script writers please step down..Bos, get a new one please....yang lain ikut aje takyah tambah2...

    ReplyDelete
  29. Mat Bakar12:18 PM

    Sallam Dato'

    Malaysia memang mempunyai ramai tokoh untuk menggantikan Zeti, masalahnya apakah mereka ini atau seorang yang bakal menjadi Gabenor nanti tidak dicucuk hidungnya dengan kili emas, begitu juga kok (yang di atas leher kerbau) juga emas tulen. Kerbau ini akan di gosok kekalankang belakangnya dengan ranting ( juga sebagai peyebat ) bila hendak berhenti bergerak semasa membajak . Kerbau ini tidak bebas tapi di jaga makan minumnya, tidur malam di pasang unggun api untu menghalau nyamuk dan agas.

    Kalaulah Gabenor bakal dilantik nanti seekor kerbau bajak sebagaimana yang saya katakan tadi,alamtnya bak kata orang Kelantan 6-6 lah jadi kosong.

    Wallahuklam.

    ReplyDelete
  30. awang batuburok12:21 PM

    Lawak hari minggu:

    Saya anti umno, bukan anti ahli umno (baca Najib)....hahahaha

    Amar maaruf
    Nahi munkar
    Dapat fulus
    Terus bertukar.

    ReplyDelete
  31. madu 38:27 PM

    Babi haram tapi babi x curi duit rakyat DAN pakat2 bedak ha3

    ReplyDelete
  32. Salam Dato AKJ

    Apa dah jadi dengan 1MDB ni? Hutang sudah habis dibayar ke oleh Pelabur dari Negara China tu?
    Dan kemudian kalau aset dah terjual, berapa banyak lagi ker hutang 1MDB yang belum berbayar?

    Bukan kah Majlis Raja Raja mahu perkara 1MDB ini diselesaikan dengan segera ? Majlis Raja Raja tak buat follow up ker?

    Apa aset lagi yang ada pada 1MDB? Apa Arul kandasamy buat sekarang...kira hutang , bayar hutang atau hendak buat hutang lagi?

    Dan dimana janji janji Dato Mappadulung Saraeng Sanrobone Mattimung Najib untuk selesaikannya one and for All?

    pelik, pelik..emm pelik sungguh.

    Wassalam Dato. Take care

    ReplyDelete