A Kadir Jasin
Gurindam pantun
penghibur lara
Ramai pembahas
tertanya-tanya
Mat Tunjang Enterprise
ke mana perginya.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Saya pun rasa bimbang
juga
Mat Tunjang lama tak bercerita
Tiada pesan, khabar
dan berita
Menghilangkan diri entah
ke mana.
Kita hanya boleh
berdoa
Mat Tunjang sihat
sejahtera
Kuat badan akal
sempurna
Cari makan pelihara
keluarga.
Nak tanya Mat Tunjang
pasai Danok
Tempat ramai dok pi
seronok-seronok
Betoi ka duit kita
depa tak berapa tengok
Pasai nilainya dah banyak
terperonyok?
Dulu duit kita bukan
main hebat
Depa terima ringgit
tolak baht
Tak kira leguh atau
sakit urat
Abang mai duduk adik
buat ubat.
Ada orang buat cerita
Abang seronok adik
gembira
Duit kita mereka tak
berapa suka
Baht dah balik jadi
pilihan utama.
Teringat cerita
seorang kawan
Hal berlaku di negeri
Kelantan
Kepada dua orang kawan
taulan
Yang sangat suka
seberang sempadan.
Pergi Golok makan
tomyam
Rasanya sedap tidak
terkira
Tidur malam asyik
meragam
Chef tomyam amatlah
menggoda.
Pergi Golok waktu
malam
Sembunyi sini sembunyi
sana
Bila dah puas makan
tomyam
Kahwin pula dengan
pembuatnya.
Perdana Menteri pula
ke Southern California
Ikut cerita jumpa
pelajar kita di sana
Ada sebuah lagu zaman
saya muda
Yang kata, “it neverrain in Southern California”.
Bernama kata lawatan
kerja
Khabarnya Obama pun
ada juga
Kita harap itulah
fakta
Bukan nak jumpa Arab
lain pula.
PM kita ni suka jalan
Rata dunia dia pergi
Apa hasil dia dapatkan
Kita di Malaysia
kurang pasti.
Dok tak dok dia dapat "derma"
Bila kita tanya dia buat macam-macam cerita
Akhir-akhir dia kata duit dah tak ada
Dia bagi balik kepada si penderma.
Itulah seloka dan
itulah gurindam
Penghibur lara
pengubat dendam
Meluahkan rasa apa
yang terpendam
Moga-moga jiwa aman
tenteram.
Wallahuaklam.
Datuk.
ReplyDelete"PM kita ni suka jalan".
Elok la tu suka turun padang bersama rakyat untuk mendalami masalah rakyat secara mendalam didalam keadaan ekonomi yang begini. Tun Razak pun suka turun padang mendalami masalah rakyat didesa selatan kalifornia. Bapak borek anak rintik la kiranya.
...MARI KITA MIMPI BERSAMA..AGAR TIDOK MUDAH LENA...(maaf..seloka 2 kerat dari saya shj)
DeleteThe Scribe
ReplyDeleteSalaams
Alhamdulillah.
A life line.
Alhamdulillah.
Indahnya gurindam DAKJ bak pucuk dicita ulam mendatang.
Alhamdulillah.
Lagu sikotolik Jose Feliciano California Dreaming bermain di kepala simuslim daif.
Alhamdulillah.
Che det sudi menaungi GKCM.
Alhamdulillah.
Rang Undang-Undang Akta Hasutan (Pindaan) telah diluluskan dengan pindaan pada jam 2:30pagi 10hb April, 2015 selepas dibahaskan di Dewan Rakyat selama 12jam.
Alhamdulillah.
The Scribe sudi sekiranya dapat terangkan kenapa mempunyai kecenderungan menghasut sebagai suatu kesalahan jenayah?
Alhamdulillah
Seloka gurindam Mat Tunjang Enterprise lazimnya bak naik Peace Train rentaknya.
Alhamdulillah.
Majalah ASWAQ Febuari 2016 ada menceritakan Arab Saudi akan mengujudkan sebuah lagi Soverign Wealth Fund.
Alhamdulillah.
Bilamana che det dapat tawan hati siRaja Arab Saudi saperti Nabi Yusuf as siAziz Misr Lama.
Alhamdulillah.
Syukurullah dan syukran.
Salam takzim.
Assalammualaikum wmt DAKJ!
ReplyDeletePM Najib ke Amerika lagi
Jumpa Obama kena bawa isteri
Bincang ikhtiar nak selamat diri
Bumi Malaysia dah penuh duri.
Tak ada masalah nak ke Amerika
Jet baru dah lama disedia
Boleh angkut segala benda
Simpan dirumah yang lama tersedia.
Untuk apa ke luar negara?
Kalau sekadar jumpa pelajar Malaysia?
Ekonomi negara nak pulih bila?
Duit yg ada habis dibelanja?
SALAM tok...
ReplyDeletePOKOK ARA TEGAK BERDIRI
KAYU ARANG BERDERAP DERAP
KALAU TAK ADA HAK SENDIRI
HANG ORANG APA LAH DIHARAP
salam...
ReplyDeletedulu UMNO jadi pujaan
disanjung-sanjung dijulang orang
sayang kini tinggal kenangan
ibarat memori si daun pisang
Tanah Melayu bumi dipijak
tanah pusaka tinggalan pejuang
kini MARUAH DIINJAK-INJAK
BAHAN TERTAWA HINAAN orang
Malaysian Insider nama diberi
portal pembangkang saluran sensasi
namun ramai yang lupa diri
tak tahu adab budi pekerti
memaki hamun jadi budaya
langsung tak kira hati dan rasa
di bawah kupapar sebuah cerita
antara HINAAN yang kita TERIMA...
COMMENT on No MARA LOANS, so close to 1,000 might have to drop out of college...
by BEEFHEART;
"MARA loans, like all these tongkats, are funded by the nons.
many of these MARA GRADS are DUMB as rocks and less useful. no language skills beyond bahasa, no critical thinking skills, lacking basic maths skills. largely unemployable. it's just an assembly line gor GLC morons and civil service buffoons"
saat kubaca hati bergetar
menangis sendiri di dalam hati
inilah padah KERAJAAN LUTUT KETAR
pentingkan wang ringgit dari maruah diri...
Datuk,
ReplyDeletea masterful response to Sirul in Jebat must die column. All facts are laid out clearly and directly, no fudginess or doublespeak.
https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/02/15/6864/
Sirul Azhar, what he will say and what he dare not say
Posted on February 15, 2016 by jebatmustdie
Pls read and comment.
Datuk.
ReplyDeleteWhat do you call a person who likes to lie cheat and steal?
Tok
ReplyDeleteSaya bagi satu teka teki. Apakah satu soalan yang boleh menghasilkan 40 jawapan yang berbeza beza..
The Scribe,
ReplyDeleteSalaam
Kepada sirul si-pembunuh yang kejam yang juga munafik pengecut hanya ini yang hendak ku katakan :
aku hairan mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia, kan lebih baik kau dijadikan hewan
Aku harap kau dan semua keturunan kau dilaknat Allah dunia akhirat.
Harap ada black ops macam Mossad dan FSB. Aku rela lakukan.
Amar Maaruf
ReplyDeleteNahi Munkar
Dapat fulus
Terus Bertukar.
Mandi manda di teluk cempedak
Makan nasi lauk tenggiri
Pak Lebai pun dah dapat dedak
Otak bercelaru lupa diri.
Datuk.
ReplyDeleteSatu biji dalam seluar,
Satu biji dalam perigi.
Mat Tunjang jangan dicari,
Dia cuba mengasingkan diri.
Datuk,
ReplyDeleteThe Defence Ministry will be seeking clarification from the Malaysian Armed Forces (ATM) whether Malaysian military personnel are involved in a Saudi Arabian military mission, said its minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
He said Malaysia supported efforts to eradicate terrorism in terms of doctrine and ideology, but not from a military standpoint.
"I have stated from the beginning that we are not involved militarily," he said when commenting on a report by Saudi Arabia's state news agency SPA that Malaysia was participating in a massive military mission, deemed "critically important", together with about 20 other countries.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-not-involved-in-saudi-led-military-coalition-says-hishammuddin#sthash.XwXfxpLs.dpuf
If the Saudi Arablia's state news agency SPA is correct, why are our boys put into the line of fire in Saudi Arabia? Want them to die also? NOT OUR WAR, GET THEM OUT OF SAUDI ARABIA NOW NOW NOW!!! When the RM$2.6 billion "donation" gift from the Saudi Arabia royal was sent to Najib's bank account, were there any conditions?
Datuk.
ReplyDeleteKapal layar sudah hilang,
Pembuat dacing sudah mati,
Kalau Mat Tunjang sudah hilang.
Suruh saja Mak Minah cari ganti.
Datuk.
ReplyDeleteSiapa kata derma pak Arab
Itu semua tipu Mat Tunjang
Aku tidak pernah mengharap
Biar la dia kecundang
Datuk.
ReplyDelete1MDB nama diberi,
Wang Tabung Haji kena curi,
Kalau tak caya check sendiri,
Kenapa minutes dibawa lari.
Datuk.
ReplyDeleteJasa kamu tak sejengkal pun,
Membohong dan menipu,
Jangan cakap tentang Tun,
Kamu ada apa.
Pi laut bawak guni,
ReplyDeleteDapat ikan masak tempoyak:
Perit getir hidup la ni,
belum cukup bulan poket dah koyak.
Datuk.
ReplyDeleteDacing dulu dacing rahmat,
Mat Tunjang menjilat Arab,
Kalau dulu banyak berkhidmat,
Sekarang sudah tertiarap.
Salam Dato AKJ.
ReplyDeleteYa, Najib dan isteri memang kaki-jalan. Setakat 'lawatan-kerja' boleh dikira OK. Yang pelik setiap kali menjelang Christmas, PM sekeluarga secara senyap-senyap pergi bercuti keluar Negara. Seolah-olah mahu 'berahsia' dengan Rakyat.
Pertukaran MB Kedah, nampaknya telah banyak 'menyakitkan-hati' rakyat Kedah terhadap UMNO-Najib. Mereka juga terkilan terhadap ahli politik DAP dan PAN. Dengar cerita, hanya ADUN PAS yang bersikap jujur & amanah terhadap kemahuan Rakyat Kedah dengan menyokong Mukhriz. 3 ADUN DAP + 1 PAN telah 'menyokong-Najib' atau berkecuali didepan Jemaah Pemangku Sultan. Hakikat ini membawa maksud, DAP & PAN Kedah, mahu Mukhriz di gantikan, supaya peluang mereka, terutamanya PAN, menawan Kedah lebih cerah, PRU14 nanti.
Nampak-gayanya ahli-politik pembangkang sudah mula 'menyokong' Najib, seperti mana ketika Pak Lah mahu diturunkan dahulu. Kit Siang dan anaknya juga, sudah 'diamkan-diri' dan tidak lagi desak Najib 'turun'.
Akibat dari perlantikan MB Kedah yang baru, Rakyat Kedah sudah mula 'tawar-hati'. Ceramah-penerangan yang diadakan kepimpinan-MB baru, lenggang. Bendera BN diterbalikan di tepi atau dipembahagi-tengah jalanraya. RTM & TV3 pun tidak siarkan gambaran dalam bentuk 'wide-angle' suasana pelancaran UTC Sg.Petani, mahupun di Labuan, pada 5~6 Feb. lalu.
Sebaliknya, yang digemburkan, beribu hadir ketika Najib, ditemani MB Kedah yang Baru, merasmikan bangunan SRJK(T) Paya Besar, Lunas, Kulim. Sudah tentulah masyarakat majority India disitu teruja dan sokong Najib, kemudian keluar beramai-ramai. Nama sekolah itu ditukar, dari guna nama setempat, kepada nama seorang tokoh masyarakat India tempatan, Ko. Saragabani.
Malam ini pula, pasukan bola Kedah akan bertemu Trengganu di Stadium Alor Setar. 24000 ticket diberi percuma. Seorang hanya diberi satu ticket. Khabarnya, sambutan kurang menggalakan, setelah kaunter dibuka, 10 pagi tadi.
Walaubagaimana pun, kita tunggu dan lihat siaran langsung dari TV3 malam ini. Ahmad Bashah, sudah tentu akan turun untuk 'mengetuai' penyokong Hijau-Kuning memberi sokongan padu kepada pemain Kedah.
Datuk.
ReplyDeleteDulu UMNO disegani,
Jasanya sentiasa di kenangi,
Sekarang UMNO sudah rasuah,
Menunggu masa jadi arwah.
Harap Saudara INDIGO bersabar setelah membaca posting JMD.
ReplyDeleteJangan kerana marahkan Sirul, Saudara juga 'rela' bertindak kejam seperti Sirul, sehingga tergamak mahu lakuan 'black-ops' Mossad. Mahu bertindak seperti Yahudi Zionist pula. Sepatutnya, Azhar yang berpangkat Chief-Inspector lebih tahu, siapa yang beri arahan, berbanding Sirul yang hanya berpangkat Corporal.
Bagi saya, tindakan Sirul menegenakan ketayap dan 'berlakon' warak dalam video itu, hanya mencemarkan emej Islam. Seorang yang telah disabitkan kesalahan membunuh, tiba-tiba memperagakan 'pakaian Islam' untuk 'membersihkan' seorang yang dipandang 'kotor' dimata-dunia, amat memalukan dan tidak masuk-akal. Ia akan hanya mngesahkan lagi kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam adalah agama-keganasan, dan pemimpin mereka adalah perasuah dan penjenayah.
Dengar cerita 'penasihat' Sirul, adalah seorang Dato, berbangsa India. Jika betul, penasihat ini telah berjaya memburukan lagi emej Islam.
Saya sudah lama tidak setuju, Orang-kna-tuduh (OKT), samada belum atau sudah disabitkan kesalahan, memperagakan 'pakaian-Arab/Islam', ketika digari dan dibawa, keluar-masuk mahkamah. Sepatutnya, Jakim mendesak pihak berkuasa, Penjara atau Polis, menyerkop kepala OKT dengan guni, supaya emej agama terpelihara.
Datuk.
ReplyDeleteJauh belayar entah kemana,
Pikul dacing hingga punah,
Rasuah itu racun bernanah,
Makan la geranti musnah.
Just wanna share a joke:
ReplyDeletePresident Obama and Najib were shown a time machine which can see 50 years into the future. They both decide to test it by asking a question each
Obama:
What will the USA be like in 50 years? The machine gives a printout which reads:
The country is in good hands under the new President, José Fernandez.... crime is non-existent, there is no conflict, the economy is healthy. Vice President Jin Tao has declared Chinese language mandatory in all USA schools. There are no worries.
Najib :
What will Malaysia be like in 50 years time?
The machine gives a printout. He just stares at it.
Obama: Tell me what it says?
Najib: I cant read it. Its in Bangladeshi Urdhu language....
Datuk.
ReplyDeleteGaji Perdana Menteri berkat hasilnya,
Cukup makan minum dan pakai macam orang biasa,
Tapi kalau mau juga hidup berfoya-foya,
Curi saja lah harta negara dan bangsa.
Datuk.
ReplyDeleteDulu lain sekarang lain,
Dulu pakai kain sekarang minum wine,
Dulu miskin sekarang bukan main,
Rasuah jangan dimain-main.
Datuk.
ReplyDeleteRM42 juta masuk akaun sendiri,
Konon nya dia tidak menyedari,
Bukan credit card sudah diberi,
Itu pun dia lupa tandatangani?
Datuk.
ReplyDeleteOrang Arab orang Melayu,
Satu mengharap satu merayu,
Itu la namanya penerima derma Melayu,
Sudah membohong cuba menipu.
Datuk.
ReplyDeleteHarap Tun Crossing the Rubicon,
Cari makan jual nasi lemak ditepi jalan,
Rakyat jangan la diumpan-umpan,
Kami sudah sampai dipersimpangan jalan.
Datuk.
ReplyDeleteHati kuman satu tempayan,
Hati nyamuk sudah dipesan,
Lama menunggu disimpang jalan,
Bagi signal kami jalan.
ReplyDeletesalam datuk & semua pembaca budiman....
MUSUH SEBENAR
hidup ini memang kita bnyk musuh, sbb Allah dah janji tujuan kita hidup mmg utk DIUJI. siapa musuh kita sebenarnya?
1) diri sendiri (nafsu yg jahat, pasal ada juga nafsu baik)
2) syaitan (biasalah, syaitan mmg jahat, mana pernah ada org kata "baiknya kau ni, mcm syaitan")
3) dajjal (ni pun musuh hebat gak ni, x reti nak hurai, tanya ustazlah)
4) MUSUH MANUSIA (ni musuh paling kompleks sbb die boleh merangkumi ketiga2 yg di atas; i.e nafsunya yg jahat,
syaitan yg bergentayangan pd dirinya akan menjadi sekutu ala2 movie mak lampir ratu iblis, dan pada masa yg sama boleh juga menjadi EJEN DAJJAL menyebarkan misi dan dakyah tuannya)
MUSUH MANUSIA
di Malaysia ni, musuh keempat nilah yg sy tgk paling bermaharalela. tak kira dari parti mana pun, musuh ni mmg ada. baik yg bercita2 nak mengsekularkan sistem kita yg sudah agak sekular ni supaya kalau boleh jadi lebih hebat atau setidak2nya setanding Amerika.
mazhab 4 sepakat menyatakan apabila salah seorang ibu/bapa memeluk ugama Islam, anaknya hendaklah Islam juga agamanya, kecuali jika anak itu sudah dewasa dan sudah mampu membuat pilihan sendiri.
tapi di Malaysia ni berkobar2 MUSUH2 MANUSIA ini berteriak, mengetik 'keyboard' masing2 tanpa henti konon2 kerajaan, hakim, malah masyarakat dan agama Islam zalim lg buruk rupa apabila mahkamah menetapkan Izwan diberi hak penjagaan anak lelakinya yg mahkamah juga tetapkan sbg muslim.
biar kita terangkan secara baik lg lemah-gemalai pun, tetap MUSUH2 MANUSIA ini menghentam, memaki-hamun, malah dlm diam masing2 menanam hasrat dan cita-cita 'murni' utk menjadikan negara bumi bertuah ini mengikut bentuk dan acuan yg mereka sukai.
itu belum lagi dikira MUSUH2 MANUSIA pengkhianat yg bertindak menarah segala bukit perbendaharaan negara, yg kini makin gondol. kira kanan depan belakang musuh2 manusia ini menyerang kita, sdg kita seakan x berdaya.
bagi datuk dan para pembaca yg budiman biarpun x berdaya, masih lebih baik sebab sekurang2nya masih celik biar dlm keadaan terpinga2. yg paling saya sedih dan risaukan, ramai saudara2 kita di luar sana yg masih 'TIDUR' berdengkur kroh, kroh, dgn dibuai mimpi bernyanyi di kebun bunga. x kiralah yg muda ka, yg tua ka, sama saja.
sy berharap dgn tulisan x seberapa ini dpt menjadi 'air renjis' membangunkan yg masih lena.
dgn NAMA ALLAH
saya menukil rasa jiwa...
Salam Dato AKJ.
ReplyDeleteMalam tadi tengok Kedah lawan Trengganu. Kalau diamati siaran langsung TV3, dari awal lagi, posisi kamera-utama diletakkan agak tinggi supaya tidak 'terakam' gelagat penonton. Tiada kamera yang buat rakaman ditepian padang yang boleh menampakkan kepadatan penonton.
Bila buka FB baru sedar bahawa ada juga penonton yang memasang banting' 'Hidup Mukhriz'.
Elok tunggu minggu depan, siapa yang dilantik jadi Exco-Kedah.
Datuk.
ReplyDeletePemimpin Islam banyak yang rasuah,
Membohong menipu ummah jadi lumrah,
Konon nak bersihkan diri pergi umrah,
Sampah sarap busuk di belakang rumah.
Datuk.
ReplyDeleteJakim patutnya pegang amanah,
Sijil halal luas pengertian nya,
Kerja diluar pun tidak sempurna,
Berbillion billion apa gunanya.
Ikan siakap, ikan paus....
ReplyDeleteMenteri korap,
Pi la mampos...!
Datuk.
ReplyDeleteMat Tunjang memang terkenal,
Bapak Dedak Malaysia yang handal,
Kalau itu pun tiada hal,
Apa lagi yang tinggal.
Datuk.
ReplyDeleteMalaysia memang terkenal,
Melayu nya handal-handal,
Mat Tunjang buat hal,
Ada lagi yang tinggal?
Datuk.
ReplyDeleteIngat sikit orang tua,
Jangan suka makan rasuah,
Lama lama jadi baruah,
Dimana mau simpan maruah!
Datuk.
ReplyDeleteMat Tunjang membohong mencuri,
Tidur ditilam penuh duri,
Orang ramai sudah benci,
Tangkap bini terjun perigi.
Datuk.
ReplyDeleteMat Tunjang tak sedar diri,
Mak Minang minta puji,
Dimana mau bersembunyi,
Kalau sudah kalah judi.
DAKJ,
ReplyDeleteRaja Petra wrote,
"If Kadir Jasin is Dr Mahathir’s best political strategist then Najib can relax and his boffin boys can go take a holiday because the Prime Minister should not fear any threat of being toppled. One man, Raja Petra Kamarudin, can take on ten Kadir Jasins any time with one hand tied behind my back."
Any comment Dato' ?
Datuk.
ReplyDeleteAl Kisah Firaun yang sangat zalim,
Nabi Musa turun membawa pesan,
Kerajaan Mat Tunjang menunggu musim,
Tiada lagi balas kesihan.
Datuk.
ReplyDeleteBurung gagak patah sayapnya,
Jadi makanan sang buaya,
Makan dedak tidak kemana,
Macam hidup bangkai bernyawa.
Datuk.
ReplyDeleteJangan kamu kurangkan sukatan,
Itu la dasar ajaran AlQuran,
Kalau kamu tersesat dalam hutan,
Balik la ke pangkal jalan.
Datuk.
ReplyDeleteSudah ke TUN CROSSING THE RUBICON?
Dibelakang masih hutan didepan gelora lautan,
Hanya menunggu kata keputusan,
Jangan berpatah arang demi kebaikan,.
Makan seafood ikan kerapu
ReplyDeleteDimasak oleh pekerja asing
Dapat PM kaki merapu
Dia suka cakap pusing
1. Mohon kerjasama dan timbang rasa pembahas sukasamasuka. Kalau boleh kumpulkan komen-komen Saudara ke dalam satu atau dua tulisan panjang. Terlalu banyak komen sebaris susah saya nak baca dan post.
ReplyDelete2. Maaf cakaplah, tidak seperti sesetengah blogger makan dedak yang cabut lari ke luar negara dan dapat upahan besar, saya tak makan dedak dan tidak ada siapa yang upah saya.
3. Saya kena buat kerja lain cari makan. Jadi mohon bersimpati dan kerjasama dengan saya moga-moga kita boleh teruskan blog ini.
Wallahuaklam.
Salam Dato.
ReplyDeleteDidlm Utusan hari ini...maka berkatalah siJawa..."Bugis ini seorg Insan yg luar biasa.....bla bla".
Serupa dgn apa yg Wan Azizah berkata dulu..."Suami dia yg kini dipenjara adalah ..'God sent'.
Demikian juga kata Ahli Politik dan Pembodek Tegar Jerlun mengenai Bugis ini yg "Pilihan Tuhan".
Loya sekali bila sy mendengar semua ini....justeru itu sy terpanggil menulis tambah serba sedikit pd komen2 sahabat diblog Dato;
"Tentang mengapa Pemimpin Umno yg ada sekarang wajar ditolak atau Parti Umno sekali pun ditolak semasa GE14 kelak".
Pd hemat sy...semua org2 Melayu yg sedar dan masih mahu memperjuangkan bangsa dan ugama... melupakan sahaja pd agenda Parti Umno yg dibawa oleh Bugis dan Jawa serta konco2 mereka...walaupun Agenda "Demi Bangsa dan Ugama" adalah Perjuangan Asal dab masih relevan.. tetapi semua yg mereka lakukan telah TERKELUAR DARI LANDASAN DAN TIADA TANDA2 BOLEH DIPERBAIKI LAGI.
MALAH PIMPINAN MEREKA MERAPUHKAN LAGI BANGSA DAN MEMBAHAYAKAN LAGI KEDUDUKAN UGAMA.
Sejak dari GE13 hngga kini ..Parti Umno dibawah mereka makin bercelaru dan hilang kredibilti sbgai Parti Tunggak negara.
Apa guna LAGI Parti ini jika;
- Ugama telah dijadikan alat 'tool' semata2 untuk kekal berkuasa.
Survival diri adalah keutamaan.
- Perjuangan bangsa bukan lagi menjadi 'tunjang perjuangan'..'masih boleh didebatkan'.
- Halal dan Haram spt yg tertulis didlm AlQuran diketepikan begitu sahaja.
Duit Haram pun boleh jadi duit Halal.
- Menipu. berbohong...menindas disamping sikap riak dan megah diri...memuji2 diri sesama mereka dan menghalalkan cara adalah amalan yg dipraktikan...kerana telah merasa diri terlalu Kebal dgn kuasa yg ada.
Ini bukan yg diajar oleh Ugama.
- Sikap taksub..takut...mendiamkan diri dgn sengaja tanpa melakukan sesuatu oleh individu2 lain yg berkuasa didlm Parti...Ketua2 Jabatan didlm Kerajaan serta Alim Ulama negara terhadap sikap keji Pemimpin Tertinggi dan Konco2 mereka adalah suatu perkara yg sama kejinya dan wajar ditolak oleh org2 Melayu yg takut pd hukuman Allah SWT.
dll.
Tidak perlu dinafikan lagi....perjuangan yg disebut2 mereka cuma retorik sahaja dan jika org Melayu masih mahu kekal berkuasa...mereka (Pemimpin yg memegang kuasa takala ini) wajib diganti...jika tidak BN dibawah Parti Umno akan menghadapi bahaya kehilangan lebih bnyk kerusi dan berkemungkinan menerima nasib yg sama atau lebih teruk spt GE12.
Sudah smpai masa... bangsa Melayu yg majoriti...celik mata ..lebih bijaksana dlm membuat pemilihan terhadap Ketua2 atau berterusan mencari Parti alternatif pd Parti Umno.
(ini kerana sy masih berpdgan bahawa perjuangan Parti2 alternatif terhadap bangsa dan ugama yg ada sekarang 2x5 sahaja dgn Umno).
"Gelama ikan duri...Siakap Senohong....Bila dah mencuri..Apalah sngat nak berbohong".
'Small matter'.
Terima Kasih.
RPK lah yang mula menyebabkan SD hilang kredibiliti atau kurang nilai dari segi perundangan. RPK pernah buat SD, mengatakan Rosmah berada ditempat dimana Altantuya diletupkan. Lepas itu dia lari ke UK. Yang pelik, sekarang dia menjadi pembela-tegar Najib. Cara dia membela Najib adalah dengan memburuk-burukkan mereka yang mengkritik 'bos'nya. Secara tidak langsung, RPK telah berjaya memburukkan emej dan reputasi BN/UMNO yang di ketuai oleh bossnya sendiri.
ReplyDeleteSaya rasa sukasamasuka ni langsung tidak ada rasa bertimbang-rasa terhadap Tuan-punya blog dan dan pembahas yang lain. Dia hanya mementingkan diri-sendiri. Langsung tidak ada sifat 'altrism' dalam hatinya. Maklumlah, dia terima 'dedak' berasas jumlah komen yang 'berjaya' tersiar. Jika dikumpulkan komen-komen pendek ke dalam satu atau dua tulisan panjang, sudah tentu jumlah 'dedak' akan jauh berkurangan.
ReplyDeleteSalam Dato dan sdra RD.
ReplyDeleteMemang ini taktik yg selalu diguna pakai oleh mana2 Troll didlm media sosial.
Mereka akan sengaja berbuat begini...menulis walau pun tiada isi dan akan menghatar atau 'post' secara bertalu2....semata2 untuk 'mengambil ruang' dan "deviate attention' pembahas2 lain pd topik atau isu yg Tn Punya Blog lontarkan.
Ini yg org kata 'kacau daun' dan sikap begini memang kotor kerana ada agenda busuk disebaliknya.
Tidak wajar dlayan kerana posting bnyk yg tidak tepat dan cuma mahu memperjuangkan agenda Pembangkang....dan bakal merosakan blog.
sy dari dulu sudah mencium bau busuk Troll ini.
Terima Kasih.
Terima Kasi Saudara msh.
ReplyDeleteYa, saya setuju. Troll yang menyebelahi Pembangkang, tidak jujur terhadap kehendak majority Rakyat malaysia. Mereka lebih mementingkan kaum mereka saja.
Lama juga Saudara tak beri pendapat.
Duit memang selalu menjadi masalah, semoga kita dapat mengambil hikmah kehidupan, itu saja dari saya :)
ReplyDelete