A Kadir Jasin
PETANG tadi sekumpulan warganegara Malaysia memulakan usaha menyelamatkan negara dan meletakkan batu asas ke arah masa depan yang lebih majmuk dan demokratik.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Mereka melakukannya dengan menandatangani perisytiharan, yang antara lain mahu Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak mengundurkan diri.Mendahului lebih 50 orang warganegara menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Yang lain termasuklah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Azmin Mohd Ali, Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Muhammad Muhd Taib, Theresa Kok, Husam Musa, Ambiga Sreenavasan, Maria Chin Abdullah, Rafizi Ramli, Abdul Aziz Yassin dan Mahfuz Omar.
Raja Kamarul Bahrain, Fauzi Abdul Rahman, Mujahid Yusof Rawa, Lajim Hj Ukin, Khairuddin Abu Hassan, Tamrin Ghafar, Hamidah Osman, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Salahuddin Ayub, Anthony Loke, Tian Chua, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anina Saadudin, Cynthia Gabriel, Hasanuddin Mohd Yunus, Mohd Zahid Mat Arip, Abdullah Sani Abdul Hamid, Hishamudin Rais, Wan Abu Bakar Wan Mohamed, Amirudin Sham, Elizabeth Wong, Shamsul Iskandar dan Afif Bahardin. (Senarai ini belum lengkap)
Saya turut menandatangani dokumen itu.
Dr Mahathir membaca deklarasi - The Malaysian Insider |
* Penyingkiran semua mereka yang
bersekongkol dengan beliau;
* Pemansuhan semua undang-undang
dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan;
* Pemulihan integriti insititusi
yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.
Matlamat
mutakhir deklarasi itu berbunyi: “Kami menyeru kepada semua rakyat
Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau
muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang
dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi
demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara
eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan,
kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.”
Sebahagian yang hadir- Astro Awani |
Bahasa
Malaysia
DEKLARASI
RAKYAT
1. Kami,
warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami
terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
2. Kami
ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan
kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.
3. Di
bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10
negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young
Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.Malaysia juga telah jatuh empat
anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.
4. Ini
adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah
segala-galanya-“Cash is King”.
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam
termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun
telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada
tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth
Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
7. Dia
menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani
hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi
menjadi Dana Kekayaan.Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB
telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga
yang RM12.1 bilion,melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk
membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat,
syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah
RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak
US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan
2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia
telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia
kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang
tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung
atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain
syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang
tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318
bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488
juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke
Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam
dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah
firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai
juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang
penuh misteri.
11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini
telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus
pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk
membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi
kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus
saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan
kerana, syarikat induk Aabar,
International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun
menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit
dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa
1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta
daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang
sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal
membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di
British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar
Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena
dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB,
Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar
kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan
terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada
bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen
bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura.Dua
bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya
bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset.Kemudian, dijelaskan pula yang
aset-aset ini merupakan “unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus.Ini
membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat
Malaysia.Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi
yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan
tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah
membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB.
Tiada sebarang siasatan dilakukan polis.Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat
polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan
dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin
melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai
US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya
menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang
yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari
seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum
ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang
keganasan.Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang
Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak
terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau
mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan.Tetapi jumlahnya
kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di
mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya dia meminta peguamnya
bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan
tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi
laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang
terdapat di dalam akaun peribadinya.
Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang
boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun
peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat
sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia,
Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan
mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak
mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang
tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi
menggantikan Peguam Negara.Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila
pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang
penyiasatan keatas 1MDB.Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau
secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam
Negara baru menolak cadanganBank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa
yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib
melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan
daripada SPRM.Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap
pendedahan laporan tersebut.
25. Peguam Negara baru juga tanpa
penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai
kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.
26. Penolakanini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah
di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam
Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang
terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian
mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang
dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama,
beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat,
Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis
menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing.Tetapi apabila
rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan
menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan
polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis
yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada
Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara
seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor
maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran
Kerajaanpunakandilindung daripada pengetahuan awam.
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada
sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab
Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.
32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya,
kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup,
menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada
negara lain.Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat
dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysiaamat buruk sekali. Selain diklasifikasikan
antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak
demokratik.Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat
hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan.Akta MajlisKeselamatan Negara
digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa
mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa
sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur
yang melanggar batas keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku
kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana
terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan
terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum,
dan bukannya diberi perlindungan.Undang-undang lain digunakan yang menyekat
kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36. Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang
tertera bersetuju dan menyokong;
a) penyingkiran Dato’ Sri Najib
Tun Razak sebagaiPerdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang amandan
mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang
bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang
dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan
d) pemulihan integriti insititusi
yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
ENGLISH
CITIZENS’ DECLARATION
1. We - the undersigned citizens of Malaysia append below our concern over the
deteriorating political, economic and social situation in
the country.
2. We wish to draw the attention of
the people of Malaysia to the damage done to the
country under the Premiership of Dato’ Sri Najib Tun Razak.
3. Under his administration the
country has descended to become one of the 10 most
corrupt countries in the world according to Ernst and Young
in their Asia Pacific Fraud Survey
Report Series 2013. The 2015 Corruption Perception Index
showed Malaysia has dropped four
places from 50 to 54.
4. This is because he believes that
money can ensure his position as Prime Minister of
Malaysia. He believes that “Cash is King”.
5. Allocations to all ministries and public institutions
including universities have been reduced
because of shortages of funds. Even when allocations
are budgeted for, no money was
available.
6. In 2009 he decided to set up a Sovereign Wealth fund to
earn income for the Government.
7. He created the 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) which
became indebted with RM42
billion of loans which it is unable to repay. It is no
longer a Sovereign Wealth fund. It is a
Sovereign Debt Fund.
8. 1MDB borrowed approximately RM20 billion to acquire three
power plant companies for an
over-priced RM12.1 billion. Despite being awarded new power
plant contracts and extensions to
the expiring power-producing concessions, the 1MDB power
companies were sold for RM9.83
billion, or a loss of RM2.27 billion.
9. 1MDB invested or lent a total of US$1.83 billion to
Petrosaudi International (PSI) Limited between 2009 and 2011 under the pretext
of bogus projects or non-existent assets. Bank Negara Malaysia had demanded
1MDB return the above money to Malaysia as their approval
was given based on misinformation submitted by 1MDB. Of this
sum, a total of US$1.45 billion was directly and indirectly siphoned off to
Good Star Limited and other companies controlled by Low Taek Jho.
10. To hide the missing funds, 1MDB “disposed” its investments and loans to PSI for US$2.318 billion, claiming to have made a profit of
US$488 million. However, no money was returned to Malaysia. Instead, 1MDB
claimed it invested the funds in Cayman Islands that was subsequently found to
be an unlicensed investment manager. KPMG was sacked as 1MDB’s
auditors for refusing to confirm the value of the investment
in the mysterious Caymans fund.
11. 1MDB claimed that the Cayman Islands investment has been
fully redeemed. US$1.22 billion was reportedly redeemed on 5 November 2014 but
was substantially utilised on the very same day to compensate Aabar Investments
PJS for the termination of options granted to Aabar to acquire 49% of 1MDB’s power companies. This is a lie because the parent of Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) did not mention receipt of any such payments in
its audited accounts
published on the London Stock Exchange. Instead the accounts stated that
1MDB owes IPIC the sum of US$481 million for the termination.
12. 1MDB also took another loan of US$975 million from a
Deutsche Bank-led consortium in September 2014, for the very same purpose of
compensating Aabar for the terminated options. The Wall Street Journal has
exposed the fact that these money have been paid to a different British Virgin Islands entity with a similar name, “Aabar Investment PJS Limited”, whose
beneficial owner is completely unrelated to IPIC. The simple
scam has fooled even the 1MDB auditors, Deloitte Malaysia into believing that
the payments were indeed received by IPIC’s Aabar.
13. 1MDB announced that it made a 2nd and final RM1.1
billion redemption of the Cayman
Islands investment in January 2015. Initially, the Prime
Minister told Parliament that the sum was held in cash in BSI Bank, Singapore.
However, two months later in May 2015, he informed Parliament that it was not
cash but “assets”. Subsequently, it was explained that these assets
were “units” which meant that they were never redeemed in
the first place. This proved that 1MDB and the Prime Minister have been
consistently lying to the Malaysian public. It also means that the money
invested in Petrosaudi which was reinvested in Cayman Islands, are still
missing and unaccounted for.
14. A former UMNO vice-head of the
Batu Kawan Division made a police report on the loss of large sums of money by
1MDB. No investigations were carried out by the police. Instead he was
interrogated by police, detained and charged under anti-terrorist law (SOSMA)
for sabotage of the Malaysian economy. His lawyer was also arrested and charged
under the same law. This
has the effect of frightening people from making police
reports on the 1MDB.
15. The Wall Street Journal
reported that Najib had US$681 million in his private account at Ambank.
16. Najib denied this at first but later admitted he had the
huge amount of money in his account. He claimed that it was a gift from an
Arab; then that it was a donation to help him win the 13th general election in
Malaysia; then that it was given because of his dedication to the
fight against Islamic terrorists. He then claimed to have
received the money from a Saudi prince, then from the King of Saudi Arabia who
had passed away.
17. Later a Saudi Minister stated
there was no record of such a gift by the Saudis. He suggested it was probably
a Saudi investment. The amount was small.
18. Najib expressed his intention
to sue the Wall Street Journal. But he did not. Instead he asked his lawyer to
ask the Wall Street Journal why it published the report.
19. To this day the WSJ continues
to report more and more details about the US$681 million he has in his private
account. He has not sued WSJ, which he can do in the country the WSJ is
published.
20. Concerned over the huge sum of money in Najib’s private
account a task force was set up in Malaysia to investigate the origin of the
money. Four Government institutions became members of the task force. They are
the Police, the Attorney General, Bank Negara and the Malaysian Anti-Corruption
Commission.
21. Before the Task Force was able to finish its work, the
Attorney General was removed by Najib claiming that he was sick and could not continue to work. Basically Najib had misrepresented to the King to get the Attorney General
to be replaced. The Public Accounts Committee was basically paralysed by Najib
removing its chairman and members to prevent its investigation of the 1MDB. A
new chairman, friendly to Najib was appointed and he promptly declared that
Najib had done nothing wrong.
22. He then appointed a new Attorney General. Shortly
thereafter the new Attorney General dismissed a recommendation by Bank Negara
for action to be taken, claiming that nothing in the report showed Najib had
done any wrong.
23. Bank Negara appealed but this
was brushed aside.
24. The new Attorney General also
dismissed another report by the MACC. The contents of the report are not
revealed and threats are made against revealing its contents.
25. The new Attorney General has without valid explanations,
dismissed the recommendations
of the two institutions that possess the powers and
expertise in their areas.
26. This dismissal prevented the matter from being
determined by a court of law after all the
evidence was evaluated. By doing so the Attorney General has
acted as prosecutor and judge.
Due process and the rule of law have been denied.
27. The sacked Deputy Prime Minister later revealed that the former Attorney General
had shown him proof of Najib’s wrongdoings relating to the scandals. At the
same time, various foreign Government agencies, namely from Switzerland,
Singapore, the United States, Hong
Kong and Britain have initiated investigations on the 1MDB.
28. The press in Malaysia is
heavily censored so that Malaysians have to rely on the foreign press. Yet when Malaysians discuss or write about the foreign reports, the Government
(Inspector General of Police) invited people to make police reports so that the
police can carry
out questioning and investigation against the person
concerned.
29. This is in contrast to the
failure of the police to investigate the police report formally made against
Najib, Jho Low and the reports to the Attorney General by Bank Negara and MACC.
The Attorney General even threatens to amend the law to provide for jail for
life with 10
strokes of the rotan against anyone “leaking” Government papers. This means that crimes
committed in the administration can be hidden from the public.
30. The Attorney General claims
that a part of the 2.6 billion Ringgit (about 2.3 billion) has been returned to
the donor or donors. Apart from this statement no proof has been provided.
31. The people are suffering.
32. Najib’s GST and increases in
toll rates have increased the cost of living, forcing some
businesses to close down and also causing foreign-owned
industries to stop operations and relocate to other countries, creating
unemployment.
33. Despite protests by the people
Najib joined the US sponsored Trans Pacific Partnership (TPP) which erodes our
freedom to make policies and laws suitable for our country.
34. Today Malaysia’s image is badly tarnished. Apart from being
classified as one of the 10 most corrupt countries, Malaysia is now regarded as
undemocratic. There is denial of freedom of speech and freedom of the press and
people live in fear of arrest and detentions. Security laws are enacted to
allow the Prime Minister (and not the King) to declare security areas where
anyone could be arrested and detained without trial and tried under procedures
that violate normal and fair criminal justice standards.
35. On the
other hand, where errors are made in applying these laws by Government
officers, or where there is a blatant abuse of power, the people are unable to
hold them accountable. Whistleblowers are harassed and punished instead of
being protected. Other repressive laws are used to stifle free speech and
legitimate comment about wrongdoings. The fundamental rights enshrined under
the Federal Constitution have become meaningless.
36. For all these reasons, we, the undersigned citizens of
Malaysia agree and support:
a) The
removal of Dato’ Sri Najib Tun Razak as the Prime Minister of Malaysia through
non-violent and legally permissible means;
b) The
removal of all those who have acted in concert with him;
c) A
repeal of all the recent laws and agreements that violate the fundamental
rights guaranteed by the Federal Constitution and undermine policy choices and
d) A
restoration of the integrity of the institutions that have been undermined,
such as the police, the MACC, Bank Negara and the PAC.
37. We call upon all Malaysians, irrespective of race,
religion, political affiliation, creed or parties, young and old to
join us in saving Malaysia from the Government headed by Dato’ Sri Najib Tun Razak, to pave the way for much needed
democratic and institutional reforms, and to restore the important
principle of the separation of powers among the executive, legislature and judiciary which will ensure the independence,
credibility, professionalism and integrity of our national institutions.
As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..
ReplyDelete"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"
-------
Malaysia - Saving Our Nation
-"Me, Myself & I" ingin merakamkan ucapan ber-billion terima kasih berkaitan dengan "Citizens Declaration" yg telah ditandatangani bersama petang tadi di Universiti Malaya...
-Tahniah pada Datuk Maestro & all the prominent veterans of Our Nation.. MACAM NI BARU BETUL.. Do The Right Thing & Do Things Right..
-Ketepikan segala ideologi, segala kepartian, segala perasaan... STAY FOCUS pada satu matlamat - Selamatkan Tanah Tumpah Darah Kita..
-Yakinlah bahawa 'Generasi Muda' sedang memerhatikan tindak-tanduk 'Generasi Tua'.. Rasa Hormat & Sayang -YANG TULEN- akan lahir dari tindakan3 & usaha2 yg ikhlas, jujur & amanah..
-Moga Allah SWT memberkati segala usaha murni 'Semua3 Veteran2' kita... Ameeenn!
-------
"God allows something BAD to happen so that GOOD can prevail from it."
-Taipan Jr
"I believe in the brotherhood of man, all men, but I don't believe in brotherhood with anybody who doesn't want brotherhood with me. I believe in treating people right, but I'm not going to waste my time trying to treat somebody right who doesn't know how to return the treatment."
-Malcolm X
-------
"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"
***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**
***Ameeenn**
"The AhJibGO Factor"
"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
P/S: DAKJ.. Respect IS Earn.. U earned mine, Sir.. :-)
Kalau najib disingkir, zahid akan jadi pm. Macam keluar mulut rimau masuk mulut buaya.
ReplyDeleteKan dah di tulis/cakap dalam diklerasi tu, yang nak disingkir ialah Najib dan pelahap dedaknya. Tuan baca la dulu sebelum tulis .. angkat senapang dulu sebelum tembak.
DeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteKita berharap dengan Deklarasi Warganegara ini dapat membangunkan ahli2 UMNO terutama Ketua2 Cawangan yg berjumlah ribuan itu bandeng Ketua Bahagian untuk meminta dengan tegas nya Najib berundur sebagai PM Malaysia ini dengan secepat mungkin.
Mereka lah boleh di katakan sebagai King maker dalam UMNO dan bukan Ketua2 Bahagian yang sudah di suap dedak itu.
Wallahualam
Well done Dtk
ReplyDeleteSaya Menyokong Deklarasi Ini Sepenuhnya Demi Kebaikan Bangsa, Agama dan Negara
ReplyDeleteKadiag, salaam.
ReplyDeleteAlHamdulillah.
Dan dlm proses pemulihan, aku rasa antara yg tepenting ialah badan kehakiman yg jelaih di selingkoh semau maunya. Dan kerja2 kuatkuasa atau polis diamanahkan pd orang2 yg hati budi dia betoi2 bersih.
Sabit dgn tu, kerja benteraih risyuah atau korupsi, kenalah dgn bersunggoh sunggoh.
Hanya aku mintak hampa2 ni pandai2 la jaga diri, pasai apa, pasai puak2 yg melakukan kerosakkan pada 'body politic' negera ni ramai dan dah lama betapak. Depa ni, aku rasa la, takkan nak dok diam kod. Dan kerja2 ke arah kebaikkan besanya, aku rasa la, ambik masa yg lama jugak, beliku liku, banyak kosnya, kadang2 bukan saja duit, tapi jugak darah dan ayag mata.
Tapi aku yakin kalu hampa di jalan yg benag dan kerja secara konsisten atau istiqomah, insyaAllah akan bulih keridhoanNya.
Aku tumpang du'a.
Mesut Oozil said..
ReplyDeleteKes Najib ni tak der la pula depa nak bawa tilam jadi bukti, video jadi saksi, pak sanggup buat pengakuan seperti apa yang telah berlaku pada DSAI? Tak boleh pakai modus operandi sama ka?
Salam Dato.
ReplyDeleteIni sarankan sy pd Semua Ketua2 Cawangan Umno;
" Hah...Ketua2 Cawangan Umno yg berjumah 20ribu org. ..
Tunggu Apa LAGI?
Masih takut?
Suka dipijak2..oleh Pemakan Dedak Ketua Bahagian Kamu?
Bertindak segera . ..kecuali jika anda masih suka diLembukan. oleh
Sallam Dato'
ReplyDeleteNampaknya program "Selamatkan Malaysia" disambut baik. Ramai yang sedar tidak ada jalan lain melainkan kesemua pihak bergabung usaha untuk tujuan yang sama.
Sudah tentu perwakilan yang begitu ramai memberikan impak yang jauh lebih besar kepada matlamat "Selamatkan Malaysia".
Setakat ini, tindakbalas dari gurkha parti Najib nampaknya banyak yang merapu. Ini satu petanda yang baik.
Saya menyokong deklarasi ini.
Terima Kasih.
Apabila PM najib turun, Zahid paling berkemungkinan menjadi PM baru.. dan Nazri sebagai TPM.. Dan sultan pahang sebagai DYMM
ReplyDeleteTahniah Datuk dari seberang.
ReplyDeleteKalau dah majoriti rakyat menyokong deklarasi ini, PM dan kuncu-kuncu pemakan dedak tiada alasan lain lagi selain kabinet dimansuhkan. Pilihan lain yang ada ialah PM mengadap Agong dan menasihatkan untuk pembubaran Parlimen dan mendapatkan mandat baru PRU 14 jika yakin mereka ada sokongan. Selepas PRU 14 yang mungkin boleh diadakan serentak dengan DUN Serawak, PAU UMNO tahun ini juga boleh mengadakan pemilihan mengikut jadual asal. Insya Allah, selepas perkara ini terlaksana, Malaysia akan kembali ke landasan yang betul.
ReplyDeleteKonsensus Majlis Raja-Raja hendaklah dibuat bagi menangani kemelut ini. Selepas urusan selesai, pengasingan kuasa hendaklah diperbetulkan.
Ayuh rakyat Malaysia, sokonglah gagasan reformasi negara.
Tun M mengecewakan saya. Begitu juga dgn bekas2 ahli kabinet dan sesiapa jua dibawah pemerintahan Tun M. Mereka semua ini hipokrit. Masa berjawatan, segala salahlaku Tun, mereka2 ni xbersuara takut hilang jawatan dan jd Mr Yes. Bila giliran Najib, masing berlagak suci.
ReplyDeleteEhsan
DeleteWaktu zaman pemerintahan Tun M, kemelut politik dalaman umno memang berlaku dan memang ujud Yes man dalam kabinetnya, akan tetapi dalam masa yg sama pentadbiran negara tetap maju kehadapan sehingga imej Malaysia menjadi sebutan dunia.
Dan yg paling penting Tun M tidak pernah meminta derma dari luar masuk ke dalam akaun peribadi nya.
Kini malaysia telah merudum dari segi imej hingga kepada moral pemimpin nya yg terdesak menyembunyikan sesuatu.
Selamatkan Malaysia dan bukan selamatkan diri sendiri.
1. The following is the reply from the office of the Prime Minister entitled Government Statement on Tun Mahathir Press Conference.
ReplyDeleteA Malaysian government spokesman said:
"Today, Tun Mahathir and his former enemies have demonstrated the depth of their political opportunitism and desperation.
"There is an existing mechanism to change the government and Prime Minister. Its called a General Election. And it is the only mechanism that is lawful and democratic that fulfils the people's will.
"In 2013 Malaysian people expressed their will and elected the current government led by the Prime Minister Najib Razak. If Tun Mahathir wants to change the government, he must follow democratic process and wait for the election in line with Malaysia's laws and Federal Constitution."
2. As a signatory to the declaration, I would like to state the following:
i) That being the case Najib's premiership from 2009 to 2013 was illegal and unconstitutional because Tun Abdullah was removed without a general election being held.
ii) In many democracies around the world Presidents and Prime Ministers were removed from office legally without elections being called.
iii) Yes, the rakyat maybe willing to wait for the general election to decide on the fate of the Prime Minister but investigations concerning 1MDB, the Prime Minister's RM2.6 billion private account and the RM42 billion SRC's money must continue to be carried out and the guilty party punished.
3. It is to their credit that former enemies have now come together as concerned citizens of Malaysia to call for the ouster of Mohd Najib through non-violent and legally permissible means.
Wallahuaklam. Thank you.
Datuk...Dulu mengapa Najib xtunggu PRU 13 untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak ? Bila dia diasak, dah xboleh plak...
Deletetunjuk bukti lah.....main tulis jer budak tadika pun boleh buat.
ReplyDeleteni lah mainan politik. Musuh kejap kawan kejap. Dah ludah jilat balik.
Dari percaya kat Mamak baik aku percaya kat Najib sbb dia anak Tun Razak :)
Klu macam tu..pasai apa aku nak percaya kat hang pulak? Hang anak sapa...???
DeleteMain cakap jek derma pon budak Tadika boleh buat. Tunjukkan bukti mana aliran duit dapat, mana aliran digunakan untuk tujuan baik dan mana aliran pemulangan. Jawab juga kenapa dirahsiakan daripada pengetahuan MT UMNO walhal kata untuk parti.
Delete
ReplyDeleteSalam Datuk,
"ii) In many democracies around the world Presidents and Prime Ministers were removed from office legally without elections being called."
Yes, some have shame.
RM500 in the wrong account can cause some people in other countries to resign.
Here...
Saya tak marah tapi sedih teramat dengan tindak-tanduk Tun M yang desperate sangat bersekongkol dengan parti pembangkang untuk gulingkan Najib.
ReplyDeleteSaya dah tak sayang dan tak sanjung lagi Tun. Kenapalah buat kerja bodoh ni in your twilight years. This will diminish his stature as a grand venerated old man. Mencemarkan nama baik dan reputasi yang kelak memalukan diri sendiri.
Tak menjadi kudis pada Najibpun. This is just another declaration on paper that is worthless. Just a record that oh yes we have launched an official protest. Simply to cover-up the shame of Tun M who have failed to dislodge Najib as he did to Pak Lah. Also the shame of the opposition MPs who failed to pass a resolution to kick out Najib in Parliament - the best venue.
Timbul pula persoalan siapa yang menggunakan siapa daam langkah tak demokratik ni? Nampak gaya Kit Siang dan anaknyalah yang menang. Anwar Ibrahim pun tumpang semangkuk dapat pembebasan dan menjadi PM.
Yalah dah deklarasi menyatakan buang Najib dan kuncu-kunchunya which means the whole Cabinet. Sanggupkan Tun M memikul nama busuk sebagai orang yg menumbangkan parti terbesar orang Melayu? Lucu jugak bila memikirkan Tun dan arch enemy Anwar boleh tidur sebantal. Seorang nak kuasa. Seorang nak anak berkuasa. Tak cukup kah kesalahan besar Tun yang membawa masuk Anwar semata-mata untuk menghalang Musa atau Razaleigh menjadi PM? Masalah UMNO sekarang berpunca dari situ. Sampai Tun Ghabar Baba whose political acumen was far superior than Anwar was eliminated.
Tun M never learn. Of course he won't win or lose by resigning from UMNO. But Muhyiddin and Mukhriz face possibility of being expelled from UMNO for signing the declaration. I guess that's what they want - to be declared a hero when sacked as a member. A smart move for Muhyiddin and co to stay on as member. The rest does not matter as they are all political have beens.
Menumbang Najib nak disamakan dengan menumbang UMNO ?
DeleteNostalgia sangatpon tak bawa untunf dah pada Melayu dan masa depan Melayu kalau PAU 2015 tiada bincang pasal survival dan maruah bangsa. Yang ada hanya melalak suruh orang setia pada PM Najib. Setia untuk apa, tak jelaskan pula. Kesiann
kalau worthless hg dok bising apa kat sini???
DeleteSalam Dato,
ReplyDeleteIni adalah konspirasi tahap tertinggi. Kenyataan dari PMO yang mengatakan " General election is the only mechanism that is lawful and democratic that fulfils the people's will" adalah bertujuan menunjukkan kebodohan dan kedangkalan ilmu pemakan2 dedak. Mereka dengan ini telah membuka pekung di dada si Bugis:
1. Kalau itu dari kepala benak si Bugis - dia perlu lebih membuka mata - Si Kevin Rudd turun tanpa General Election. Si Tony Abbot turun tanpa General Election. (Bukan si Azalina dah buat lawatan sambil belajar ke parlimen Australia ke? ke report dari lawatan sambil belajar tak siap tulis lagi?)Tun Mahathir turun sendiri, Tun Abdullah pon turun, DSAI pon turun, TSMY pon turun. Please pandang ke timur, berapa banyak pembesar2 Jepun pon turun bila buat salah.
2. kalau itu dari kepala pemakan2 dedak - hoi kayu, terima kasih kerana buat kenyataan bodoh tu...(Mungkin pemakan2 dedak ni dihatinya sebenarnya menyokong Tun jugak)
Setuju, depa ni sebut sampai ternampaklah kebodohannya.
DeleteAda ke yang kata mahu KERAJAAN ditunbangkan ??
Yang di suruh undur ialah PM Najib. Sapa pilih dia jd PM? Anggota Parlimen yang mng yer bukannya rakyat. Jd keadaan kita samalah dgn sistem Australia, NZ, UK dan India mahupun Pakistan dan Canada.
Jangan pemakan dedak nak samakan di antara usaha jatuhkan Najib sama jatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Satu je saya musykil dgn kenyataan PMO ni...
DeleteMengapa Najib tak tunggu PRU 2013 semasa menjatuhkan Kerajaan PR Perak dulu? Mengapa mesti menggunakan helah xdemokratik dgn membeli 2 Adun PKR Perak?
Mengapa sekarang bila terkena kpd dirinya, orang kena tunggu PRU?
Menurut WSJ, bla bla bla. Menurut WSJ, bla bla bla...
ReplyDeleteIni deklarasi rakyat ke deklarasi WSJ.
WSJ sudah menjadi sumber rujukkan sahih.
Deklarasi ni tak kan ke mana sebab
1. Mengulangi isu yang sudah lama dijawab.
2. Menimbulkan isu-isu yang berpunca dari perbuatan TDM sendiri.
3. Menimbulkan isu-isu yang tidak berpijak dibumi nyata.
4. Menimbulkan isu-isu separuh masak yang hanya boleh memperbodohkan orang yang jahil.
5. Dibelakangi oleh golongan hipokrit dan oppotunist yang hanya mahu menangguk di air yang keruh.
6. Disokongi oleh orang yang sendiri penuh dengan dosa dosa lampau.
7. Diusahakan oleh orang yang pemikiran dan ideologinya tidak diterima oleh masyarakat awam.
8. Digerakan oleh orang yang keperibadiannya menjadi persoalan.
Bagi saya sesiapa yg menyokong regim sekarang yang mempunyai peribadi yang patut dipersoalkan.
DeleteWow, jgn lupa mereka itu mewakili 52% undi popular rakyat.
DeleteTak masuk lagi "undi2 popular" yang di belakang Tun Mahathir, TS Muhyiddin, DS Mukhriz dan DS Shafei Apdal.
Yang pasti "undi popular 48%" tupun semakin menipis mengempis dan tertepislah.
Ekau ni korja dgn ahmad maslan ko?
Deletesaman la wsj tu mangkak....
DeleteIni deklarasi rakyat utk menyinkirkan seorang PM yg korup. Ni luaar Umno.
ReplyDeleteDlm Umno, TSMY perlu gubal pula deklarasi Team B dia utk membersihkan imej Umno yg dilihat sebagai parti korup dan menyingkirkan President yg korup. Dan bergerak utk dpt sokongan ahli2 grassroot Umno. Support base Najib adalah org2 yg telah diberi cash or jawatan sesuai dgn political philosophy dia, 'cash is king'.
Kalau TSMY buat ni. Sejarah lah. Tak pernah dlm sejarah ada serupa ni...luar dn dlm ada deklarasi utk menyingkirkan PM.
Najib bila nak saman WSJ .. oo lupa gwa selasa depan .. tapi selasa depan cuti sekolah.
ReplyDeleteSaudari Pompuan,
ReplyDeleteMengikut kata Tun M, dia adalah antara orang yang hadir (present) ketika UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.
Katanya, sekarang ini UMNO sudah tidak ada lagi, yang ada Parti Najib.
Bila Tun M keluar UMNO, seperti kata Saudari Pomopuan baru-baru ini, ada yang katakan Tun M "Boleh Blah".
Saya berikan ibarat kepada saudari Pompuan,
Katakanlah saudari Pompuan menjaga sebuah rumah besar begitu lama sampai 22 tahun. Saudari cantikkannya, letak wallpaper, letak lampu "Chandeliar", letakkan pokok bunga sampai satu kampong puji. Sudah tentu saudari sayangkan rumah saudari.
Setelah 22 tahun orang lain ganti.
Orang ini panggil Bangla sampai 30 orang tinggal dalam rumah. Habis rumah rosak. Orang Bangla kemudian gantung tuala dekat lampu Chandeliar dan luar pagar. Garage kereta jadi reban ayam. Kemudian Bangla ini menabur dedak ayam habis satu rumah.
Rumah yang asalnya cantik menjadi rosak dan menjadi kejian orang kampong dan luar kampong.
Adakah saudari boleh duduk diam sahaja?. Sudah tentu Saudari Pompuan marah kerana sudah 22 tahun lamanya jaga rumah ini.
Pasal bersekongkol ini, kalau kita bersekongkol untuk matlamat yang baik adalah amat digalakkan.
Nabi pun ada buat perjanjian dengan orang kafir untuk matlamat baik dan kita sebagai mazhab ahli sunnah wal jamaah memang sepatutnya ikut sunnah Nabi.
Dalam Islam mengikut Mazhab Syafie Ahli Sunnah Wal Jamaah, ini dipanggil "Tahaluf Siasi"
UMNO pun sudah lebih separuh dekad bersekongkol dengan MCA dan MIC.
Kesimpulannya bersekongkol dengan tujuan yang baik amat digalakkan.
Saudari Pompuan, saya hormati pandangan saudari, namun secara peribadi, saya setuju dengan pandangan saudara Zed. Walaubagaimanapun, hanya satu harapan saya, jangan menang sorak,Kampung tergadai.
DeleteMaaf kalau ada pandangan mengatakan saya racist, tetapi..ingatkan, hanya politik sahaja di pegang oleh orang Melayu, kalau itupun tergadai..x mustahil bangsa kita merempat di bumi sendiri
Perjuangan yg tidak ikhlas dan bukan berlandaskan Al Quran serta sunnah tak akan sempurna krn ianya berpaksikan logik akal manusia semata2.
Doa saya moga Tun M di kurniakan kekuatan dan kesihatan yg baik utk berjuang dgn ikhlas demi negara tercinta.
Kepada YAB
Kepada YAB DSN, pohon saya sbg rakyat marhaen, jika tidak bersalah, kemukakan bukti yg meyakinkan kami. Jika tidak, undurkan diri secara terhormat. Contohilah pemimpin jepun yg walaupun bukan beragama Islam tetapi amat mementingkan kesejahteraan parti, rakyat dan negara melebihi diri sendiri.
DeleteWallahuaklam.
Salam Datuk
ReplyDeleteDalam begitu ramai mereka yang mengkritik Tun, tiada pula kita dengar tindakan yang mereka sendiri ambil untuk menentang salah laku Najib. Diamnya mereka-mereka ini adalah tanda mereka sebenarnya menyokong apa yang beliau telah lakukan.
Lemah atau sia-sianya perjuangan Tun Mahathir itu, sekurang-kurangnya dia berjuang dengan segala kederat yang ada. Lebih baik dari kita yang tidak berbuat apa-apa.
Fahami lah, dalam usia yang sudah hampir satu abad dan berpuluh tahun berbakti kepada negara, Tun berhak untuk berdiam diri dan bersenang lenang di dalam persaraan beliau. Tetapi oleh kerana memikirkan nasib anak-anak bangsa beliau terpaksa kembali memimpin. Saya yakin jikalau pemimpin-pemimpin muda yang ada tidak tertelan dedak, Tun sudah tentu tidak seaktif ini menentang Najib.
Kita patut malu sendiri melihat seorang tua berumur 90 tahun berdiri tegak begitu lama semalam untuk masa depan kita dan anak cucu kita.
ASLKM,
ReplyDeleteDato AKJ...
Could be these are the moments most of us expect from politicians...get together to save this country. I never like Zaid Ibrahim for his liberalism but this time my hat off for him...
congratulation to you DAKJ for being part of this history...
ReplyDeleteSalam Datuk,
"In 2013 Malaysian people expressed their will and elected the current government led by the Prime Minister Najib Razak. If Tun Mahathir wants to change the government, he must follow democratic process and wait for the election in line with Malaysia's laws and Federal Constitution."
Ha ha, lawak pecah perut nih!
How Mugabe rigs elections:
http://www.csmonitor.com/World/Africa/Africa-Monitor/2013/1115/Zimbabwe-Mr.-Mugabe-s-seven-steps-to-successful-election-rigging
Please note, Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone has already picked up some of these tricks.
Even Mugabe has not figured out how to get US$1 billion "donations" in his accounts, however.
Salam Datuk
ReplyDeleteTitik permulaan Gerakan Massa seperti yang Datuk unjurkan...Adakah ianya menjadi larian 100m, 200m, 1500m, suku marathon, setengah marathon atau marathon penuh sehingga PRU?...sama-sama kita gerakkan hingga tercapai matlamat...
Saya ingin mengulas beberapa komen yang tidak menyakini gerakan ini dan masih percaya bahwa Najib itu suci..(grandmarquis, pompuan, diana dan Ehsan)
1. Ketepikan WSJ, Sarawak Report, The Edge dan sebagainya yang mengorak langkah mendedahkan salah laku Najib berhubung 1MDB, SRC dan 2.6bil.
2. Pendedahan tersebut pada awalnya telah dinafikan oleh Najib dan disokong oleh macai-macai dunggu, sehingga ada yang menyebut "Tak kan PM sebodoh itu!..."
3. Pabila terbukti memang PM sebodoh tu...PM sendiri berkata dia tak makan duit rakyat...sah 2.6bil dalam akaun PERIBADI beliau...PM tak pernah menafikan fakta ini...sebaliknya ditimbulkan pula kisah derma...Derma bertukar kulit seperti sumpah-sumpah...macam-macam lagi cerita diolah untuk menutupi...semuanya tak masuk akal..."Rakyat tak sebodoh tu.." walaupun CGPA tak sampai 3.85...akal yang penting...
4. Mulalah PM yang tak sebodoh tu mengorak langkah menutupi salah lakunya...Gani Patail disingkir dan diganti olih Apandi yang memang pandai menutup kes, SPRM diganggu, PAC di tukar anggota, PDRM dikasikan(Neuter), BNM diperlekehkan mentang-mentang Gabenornya sorang pompuan...pemecatan Muhyidin, Shafei Afdal, Mukhris dan macam-macam lagi tindakan Najib yang terang-terang bertujuan menutupi salah lakunya.
5. Rakyat semankin hilang kepercayaan dengan Kerajaan pimpinan Najib. Bukan setakat UMNO malah Negara Malaysia hancur lebur. Hilang maruah dimata dunia...hilang harta benda kepada orang asing (Penjualan IPP, Tanah TRX dsb).
6. Saranan dari pemimpin dan juga rakyat langsung tidak dihiraukannya...malah bertambah angkuh dan biadap...rakyat di haramjadah dan dibangsatkan.....
7. Kalau Najib benar jujur dan berjiwa besar...dedahkanlah segala bukti....jangan main cakap je..Siasatan PAC, Audit Negara, SPRM, BNM dedahkan kepada awam...(PDRM..ada buat siasatan ke?...tak nampak pun...PDRM mana dapat buat apa-apa..dah dikasi..) Apa takut...darah pahlawan...bertidaklah macam anak jantan...jangan dok duduk celah ketiak je... Ayam jantan berkokok...akulah jagoh...kalau berani datanglah...Najib apa ada?...
SUCIkah Najib?....sewajarnya beliau turun sebelum diturunkan...dan kepada rakan seperjuangan Najib yang bersekongkol, kamu harus bertindak sekarang...tinggalkan Najib dan bersama rakyat atau kamu pasti karam bersamanya...
Semoga perjuangan Rakyat menyelamat Bangsa dan Tanahair berjalan lurus dan lancar..tebus kembali MARUAH dan INTEGRITI Malaysia dimata dunia.
Wassalam.
ulasan yg baik....tp hg ngat pendedak2 tu sumer nak baca ka??kalau baca pun aku tak yakin depa ni paham...anyway good writing bro....
DeleteSalam Dato,
ReplyDeleteMacamana depa ni nak selamatkan Malaysia?
Dalam ramai ramai tu ada seorang yang berpotensi, yang lain tu macam selalu ,
hangers on,tumpang publisiti..,.
NO reasonable plan,no resonable mechanism,no support.
Noise, shoutings and slogans do not save malaysia.
I need more convincing `plans'` and `mechanisms' from this group on
how they plan to save malaysia.
Who will write the plans and mechanisms?. Tun Mahathir? Who will execute the plans? Tun Mahathir also? Who will monitor the executions? Tun Mahatir also?
I think Tun Mahathir is not capable to undertakes this massive undertakings and i am worried that he will not be around to see the success or failure of this `act'.
Can not blame him if it fails...if they plan to fail.
Jangan tolak setan dan pilih iblis sudah la..
Abu Bakar Ab Rahman
Orang macam sdr Abu Bakar Ab Rahman lah. Itu pun kalau sdr berani dan peduli. Sebab itu kita panggil usaha ini oleh warganegara Malaysia. Jangan cakap saja. Wallahuaklam. Terima kasih.
ReplyDeleteDatuk, deklarasi semalam tu patut buat dalam bentuk online supaya rakyat boleh sama sama turut serta. Macam jadi petisyen pula. Sediakan ruang nama penuh dan nombor IC sekali. Kami semua tak sabar nak serta
Deletesy sudah....anda bila lagi???
DeleteIsh ish betul mcm tuhan kata ditutup mata dipekak telingga sampai mcm tak siuman kpd apa yg tengah berlaku.
ReplyDeleteAsSlm & terima kasih Datuk,
ReplyDeleteTahniah kepada DAKJ & the Geng....sudah sah lah tekaan saya selama ini dan buah merah dalam permainan karem pun sudah 'confirmed' dan hanya tinggal buah 'puteh & hitam' saje tinggal untuk cepat2 dipoket. 'No counts game' now...siap cepat dia menang.
Selamat berjuang Datuk & The Geng, tapi yang pasti signature Datuk & The Geng adalah satu testimonial yang 'political & civil rights' di M'sia amat subur sedang berkembang dan dipraktikkkan zaman pemerintahan sejak 2003 dan DS Najib sememang amat berpengaruh dan 'kuat' ye.
Tahniah juga pada Pak Lah.
Wassalam.
Salam Dato.
ReplyDeleteHa ha...Komen2 sdra Abu Bakar Ab Rahman agak melucukan....serupa sahaja dgn apa yg Salleh Keruak Pemakan Dedak berkata.
Cuba sdra fahami betul2 'Matlamat Deklarasi' dan beri komen.
Jgn cuma jadi 'devil's advocate'.
Selagi ada org2 spt sdra yg serupa dgn Pemakan2 Dedak yg sedia ada...Ketua2 spt Bugis akan berterusan memerintah.
Tolong baca dan faham betul2 'Objektif Deklarasi' baru buat komen.
Stay pun sdra memang buat2 tak faham dgn kemulut yg terjadi sekian lama?
ReplyDelete"Orang macam sdr Abu Bakar Ab Rahman lah. Itu pun kalau sdr berani dan peduli. Sebab itu kita panggil usaha ini oleh warganegara Malaysia. Jangan cakap saja."
A good answer.
This is not Reality TV, where we sit back with keropok and teh ais to watch a 90-year-old man remove the Bugis cancer alone.
Ask yourself what we can do? Not just keyboard warriors.
It has to be done the old-fashioned way - going to ground and talking to people.
And it cannot be just for urbanites. PKR is too urban-based.
Let us see if PAS can be persuaded - some are keen to help. Let us see if more and more ketua cawangan UMNO lend quiet support.
There are many NGOs that can also make a difference.
We all can.
Good, concrete, comphrehesive statement of problem and directions, and support.
ReplyDeleteI think there are sufficient grounds to remove him from the job, and appoint sacked deputy as acting PM with full powers for appointments until RCI completes its investigation.
Salam Dato AKJ,
ReplyDeleteSaya amat memandang tinggi usaha ini. paling tidak, Regim Najib sekarang tahu bahawa DR Mahathir tidak berseorangan. Tahniah juga kepada Dato yang telah menjalankan usaha usaha untuk menjalankan Deklarasi ini.
Regim Najib kini sedang sibuk mengusulkan bahawa Dr mahathir sebagai pengkhianat bersekongkol dengan Pembangkang. Biarkanlah. Itu tandanya mereka mula resah dan panik.
Cuma usaha murni mesti diteruskan untuk meyakinkan Presiden PAS yang tersalah sangka Deklarasi ini satu pakatan Politik.
Saya rasa Presiden PAS pun telah menerima Najib sebagai Cash Is King. Ada cakap cakap yang menyatakan pemilihan Presiden PAS tempoh hari itu ditaja oleh Najib sebanyak RM13juta.
Dan rawatan sakit jantung Presiden Pas di Turki di taja juga oleh Najib.
Kalau benar, baguslah. Bantuan kemanusiaan.
Cumanya Pas jangan tersalah langkah lagi kerana Pas selalu diperkudakan.
Membaca kenyataan Presiden, Timbalan Presiden dan Nasruddin Tantawi mungkin membawa maksud Pas telah menerima sesuatu ganjaran dari Najib.
Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Cakap cakap buruk berkenaan Parti Islam SeMalaysia ini sedang berterusan.
Harap tidak benarlah.
Wallahualam. Wassalam.
Take care Dato.
Tuan Pemikir....realitinya, HH dan geng sudah nekad bersama Najib tetapi bukan PAS. Kerjasama " secara gelap" kumpulan ini dgn Najib sedang berjalan. Secara gelap kerana kedua parti tidak membuat pengumuman rasmi tentang hubungan ini.
DeleteSaya xpasti di lihak UMNO. Tetapi di pihak PAS, HH dan kepimpinan sekarang perlu mendapatkan mandat drp ahli-ahli PAS melalui muktamar tahunan atau mumtamar khas. Di sini masaalah HH dan geng. Mereka tidak yakin perwakilan muktamar akan menyokong usul mereka untuk membawa PAS bekerjasama dgn UMNO. Sebab itu kita lihat HH dan geng menyokong Najib dalam banyak perkara tetapi HH dan geng cuba menafikan. Hence, wujud kerjasama gelap seperti kita lihat sekarang.
Lebih baik kita sebagai rakayat berbuat sesuatu daripada hanya membiarkan sahaja pemimpin dan pencacai nya memperkotak katik kan rakyat.
ReplyDeleteKecuali manusia yang tiada perasaan dan minda untuk menilai kepimpinan najib yang nyata gagal setelah 7 tahun menjadi pm.
I don't think there will be any GE14. Kit Siang think so too. That's why his Daddy Anak Party joined Dr.M in singing that declaration. Its different, when Pak Lah was about to step down. At that time he knew GE was in no danger of being postponed, hence the opposition did an about-turn. With a corrupt PM at the helm, DAP stand a better chance of winnning GE13.
ReplyDeleteThis time, Najib is different. After the 'new' NSC, he is above the Agong. He can now declare emergency at his whim & fancy.
When 1MDB scandal hits the fan:-
- Najib said 'wait for Auditor General Report which will be made public'. But now it had been OSA-ed.
- then, 'wait for PAC report.... but now the new PAC Chairman is friendly to Najib.
Therefore nobody cares what Hasan Cari-Makan is going to report after he had 'studied' the OSA-ed documents.
Now his bootlickers are asking us to 'wait for GE14' to oust Najib.
Therefore there is high probability that GE14 would also be postponed, indefinitely.
We know that the 'RED-shirts' are very 'close' to Najib.
We've been frequently 'warned' of Daesh threats and many were arrested at home.
Today we're also told by home Minister; Intelligence information reveals that there are
commanders from a sultanate appointed in every State Legislative Assembly constituency in
Sabah.
Huh....those clamoring for Sabah & Sarawak to cease being part of Malaysia, must have been very distraughted.
What if a bomb was discovered by DBKL or explode in KL, running-up to GE14. Najib then declare 'emergency' and therefore rule forever, like Marcos did.
Saudari Pompuan.
ReplyDeleteSaya rasa Najib dan geng penjilat beliau tidaklah sebangang Saudari untuk memecat Muhyidin (Ahli Parlimen Pagoh) atau Mukhriz (ADUN Ayer Hitam Kedah), mewakili UMNO/BN.
Memang Dr.M terdesak untuk menurunkan Najib. Sebab itu beliau sanggup berkerjasama dengan Kit Siang demi Bangsa, Agama dan Negara. Jika dulu DAP kembali menyokong Pak Lah kerana mereka sedar BN akan tumbang jika Pak Lah terus menerajui PRU13. Tapi kali ini berbeza. Najib lebih berkuasa dari YDP Agong dan dia boleh istihar darurat yang akan menyebabkan PRU14 terbatal, sampai bila-bila. Lagi pun Geng Baju-Merah sangat 'rapat' dengan Najib.
Harap Maklum.
Salam Datuk...
ReplyDeleteSekadar mencelah sahaja petang2 ini sambil hirup kopi O kampung yang lebih enak dari kopi O bandar yang penuh berabuk.
7)Diusahakan oleh orang yang pemikiran dan ideologinya tidak diterima oleh masyarakat awam.
Perrrhhh... Bahasa yang tersusun & sangat rawa ungkapan tuan itu. Maybe terlalu banyak memasukkan 'syabu' dalam badan kot till tulisan imaginasi mengatasi imaginasi 'Superman & Autarman'.
PRU-13 faktanya 52% - 48%. So, mana datangnya hujah 'pemikiran dan ideologinya tidak diterima oleh masyarakat awam' ini?
'Setan - Iblis' ini yang mana satu setan & yang mana satu iblis?
Bercerita tentang 'mamak' ini pulak, cer cerita setakat mana mamak Tun Mahathir jika nak bandingkan 'mamak' yang lebih mamak, terbukti mamaknya till sungguh fasih & lancar berbahasa 'mamak' yang masih berlegar dalam UMNO.
Jangan la terlalu mendabik dada yang kita ini 'Melayu Tulen'. Kaji dulu salah silah keturunan kita. Datuk saya pun asal sumatera. Melayu asal dari Sumatera ke or Sulawesi ke or Kalimantan ke or Jawa ke??? Sila buktikan dengan fakta sejarah bahawa 'Melayu' ini adalah kita...
Datuk.
ReplyDeleteSaya berasa bersyukur dan terharu. Dengan ini ingin mengucapkan beribu terima kasih dan tahniah selepas lebih 50 orang warganegara Malaysia sudah menandatangani deklarasi itu yang diketuai olih Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali....dua warganegara Malaysia yang sangat saya sayangi dan hormati sebagai orang tua saya sendiri. Malahan anak anak pun menyanjungi mereka sebagai "atuk dan nenek" mereka yang mereka sayangi. Bila Tun M bercakap, semua mau mendengar...anak yang kecil 14 tahun pun suka mendengar dan tahu Tun M cakap betul. Suaranya sedap didengar.
1. Tindakan Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar dari UMNO dan seterusnya menandatangani Deklarasi Warganegara Selamatkan Malaysia, maka sebenarnya sedang meletakkan "batu asas" untuk pembinaan sebuah "jambatan" untuk menyeberangi "Sungai Rubicon".
2. Hanya Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali saja yang bolih memujuk kita menyeberangi "Sungai Rubicon" ini dengan restui Allah Taala.
3. Bila Tun M meluahkan kata kata emasnya "kita semua rakyat Malaysia...", maka faham lah itu lah maksudnya.
4. Satukan lah hati kami Tun M...dan tunjukan la kami cara demokratic macam mana "menyeberangi Sungai Rubicon" itu. Tiada siapa yang bolih buat...hanya Tun M saja...give us the vision, we will do the work...everyone is on the same page as Tun...just say it, Tun. Please say it and we shall cross the Rubicon...otherwise it will never happen!
NOTE: Thank you Datuk. Well done! Beli la baju baru...cantik sikit...ini asyik pakai baju yang sama saja.
Datuk.
ReplyDelete"2. As a signatory to the declaration, I (DAKJ) would like to state the following: i) That being the case Najib's premiership from 2009 to 2013 was ILLEGAL and UNCONSTITUTIONAL because Tun Abdullah was removed without a general election being held."
Awesome Datuk!
Hello PMO...is there anyone else? Hellloooo...is there anyone else? If there is no one else at PMO to respond to that statement, can we go now?
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Itu pun kalau kamu masih ada kail.
Datuk,
ReplyDelete1. Jika ini benar-benar Deklarasi Warganegara, warganegara lain sepatutnya dapat menunjukkan sokongan kepada Deklarasi ini. Amat bagus jika dapat diadakan secara "online".
2. Dengan ini semua pihak dapat tahu sebenarnya pandangan warganegara Malaysia, bukan hanya tekaan dan anggapan dari "cybertroopers" dan penganalisa dari dua-dua belah pihak.
Datuk,
ReplyDelete1. Jika ini benar-benar Deklarasi Warganegara, warganegara lain sepatutnya dapat menunjukkan sokongan kepada Deklarasi ini. Amat bagus jika dapat diadakan secara "online".
2. Dengan ini semua pihak dapat tahu sebenarnya pandangan warganegara Malaysia, bukan hanya tekaan dan anggapan dari "cybertroopers" dan penganalisa dari dua-dua belah pihak.
Harap Tun akan kekal di luar UMNO hingga akhirnya. Jika UMNO sebatang pohon maka bajanya perkauman. Sedihnya kita ujud dalam hutan yang pohon2nya (MCA, MIC, DAP dll) dibajai perkauman. Ada ke harapan untuk keluar dari hutan ni atau bagaimana terbaik untuk hidup dalam rimba ini.Mungkin kita rumpai2 yang melata menghisap bajai perkauman dari tanah yg sama juga. Mungkinkah pohon gergasi ni mati dan tanah-tanah ini dibersihkan.
ReplyDeleteSaya akan sign Declaration sebab Al Quran mengajar saya untuk membenci rasuah, pecah amanah, penipuan, kezaliman etc...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Tahniah kepada Dato kerana telah Berjaya mengendali blog ini sedekad. Ini adalah kerana Dato memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja meluahkan pandangan peribadi selagi ianya tidak menyalahi undang-undang.
Walaupun keadaan Nampak bercelaru tetapi ada hikmah disebaliknya. Belum pernah berlaku sebelum ini kritikan terlalu hebat kepada kerajaan dan Alhamdulillah perjalanan hidup kita masih seperti biasa dimana keadaan maseh tenang dan tiada sesiapa "press the panic button" menjadikan Negara huru hara.Kalau dahulu banyaklah yang kena tangkap dibawah peruntukan ISA.
Berbagai cara telah digunakan untuk memujuk pemimpin turun dan sehingga ini tidak Berjaya kerana dikatakan tiada asasnya mengikut perundangan sediada. Kemuncaknya adalah keluarnya deklarasi oleh pihak berkepentingan meminta pemimpin berkenaan berundur. Adalah harapan saya deklarasi tersebut di tulis dengan cermat supaya penganjurnya tidak terbeban dengan kenyataan-kenyataan yang akan memakan diri seandainya Kerajaan mengeluarkan kertas putih .Ini sekiranya terdedah dalam kertas putih tersebut siapa sebenarnya yang bertanggungjawab memberi kuasa sepenohnya kepada Perdana Menteri sehingga berlakunya keadaan sekarang.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Stretegik Vision
Petaling Jaya.
Salam datuk.
ReplyDeleteTidakan tun m melancarkan deklarasi warganegara samada seperti mencurah minyak kedalam api atau mencurah air kedalam api, bergantung pada keperluan individu yang menilai.
Bagi individu yang ada kepentingan peribadi dan bukan darah daging umno, mereka akan menyatakan tindakan tun umpama mencurah minyak kedalam api. Menambah dan menghasut rakyat membenci umno. Mereka tidak nampak dan fikir apa yang akan berlaku pada umno, rakyat dan negara. Tapi mereka cuma fikir apa yang akan terjadi pada mereka dan jawatan mereka saja. Mereka takut mereka akan hilang jawatan dan kedudukan. Ternyata mereka hanya pemimpin yang tak pernah memimpin. Sebab itu mereka tidak faham apa kehendak rakyat. Mereka masih lagi hidup dalam dunia yang tak bertamadun yang mana rakyat boleh dimomokkan dengan pembohongan dan disogokan dengan wang(brim).
Sekiranya mereka sayangkan umno, rakyat dan negara, mereka pasti sokong apa yang tun lakukan. Kerana api kemarahan rakyat terhadap najib kian membara. Suka atau tidak, percaya atau tidak, rata2 tempat rakyat dah hilang kepercayaan terhadap najib termasuk akar umbi umno. Jika umno terus mempertaruhkan najib sebagai pm menjelang pru14, nescaya bn akan kalah. Rakyat sudah tidak boleh terima najib sebagai pm dan kuncu2 pembodek. Jika najib berundur seperti yang tun syorkan atau najib disingkirkan melalui undi maka kemarahan rakyat terhadap umno dapat dipadamkan. Umpama tun menolong menyiram air kedalam api. Tanpa najib, peluang bn kembali berkuasa amat cerah.
Kegagalan najib menjawap persoalan rakyat dan mengunakan kuasa bagi mempengaruhi siasatan amat2 mengecewakan rakyat. Ditambah dengan kos sara hidup yang meningkat dan peluang pekerjaan yang terhad. Bukan disebabkan oleh tun.
Tun hanyalah penyampai denyut nadi rakyat, begitu juga seperti blog dakj, tan sri zam, dinturtle, apanama dan lain2. Semua orang sayangkan negara dan mahu negara berada pada landasan yang betul. Bukan untuk individu2 tertentu. Parti umno bukannya kilang bagi memperkayakan pemimpin umno saja tapi untuk kesejahteraan semua warganegara.
Salam,
ReplyDeleteSebenarnya tindakan pemimpin pembangkang yang menyertai Tun telah mengambil jalan yang berisiko kepada perjuangan parti masing-masing. Kalau mereka lebih mementingkan parti mereka, mereka akan terus menyokong Najib kerana selagi Najib mengetuai UMNO, peluang mereka untuk menang lebih cerah. Tapi, mereka lebih mementingkan negara tercinta ini. Syabas Tun..
ReplyDeleteSalam Datuk,
I have been reading a lot of viewpoints online (here & elsewhere) on this matter.
Whatever else, I think it underlines that the only Malaysian left with genuine leadership skills is now in his 90s. Younger generation, please take note.
Some of these viewpoints I've read are off the mark.
To make people clearer in their minds a bit, just answer for your own selves a few simple questions:
a) is Malaysia headed in the right direction? YES or NO
b) Are you OK that a few corrupt elites are getting richer by stealing public funds, while the rakyat jelata suffer from their incompetence? YES or NO
c) Do you think national leaders should be dishonest? YES or NO
d) Is it OK for the legal system and institutions to be abused just to keep a handful of people in power and money? YES or NO
e) Should the govt lie to us and enact laws purely for its own self-preservation? YES or NO
Tu aje.
If you answered NO to anything, then you have to push for change.
Let us not fool ourselves, Datuk. Malaysia dah jauh sesat jalan. Any of our first three Prime Ministers would be horrified at the state of the nation. I am glad that the second one is not here to see his legacy's current behaviour.
The fifth one thinks the sixth one is doing a good job. I completely disagree.
Zalman A,
ReplyDeleteSoalan b hingga e harus kita renungkan waktu pemerintahan Tun M. Soalan2 ni adalah soalan dr pembangkang pada UBN seketika dulu. Seluruh jentera UBN cover up demi UBN.
Malangnya sekarang org2 kita sendiri pertikaikan pd pemerintahan najib perkara yg sama berlaku waktu Tun, samada mereka menyanjung sgt2 Tun atau mereka masih muda waktu zmn Tun.
Sy percaya Dato Scribe dan jemaah menteri waktu Tun dan yg dah bersara skrg faham apa yg sy maksudkan. Berlaku adil pd Najib dan beri masa. Jgn hipokrit. Baca pendapat Rais Yatim.
Yg untung adalah pembangkang. Bukan ke itu yg selama ini kita diingatkan sekiranya kita bergaduh sesama sendiri? Penyelewengan dan salah guna kuasa DAP tidak diperbesar2kan oleh ahli party mereka atau pakatan dan juga MCA serta gerakan. Kerana apa? Kiri kanan kaum depa jugak yg untung. Org melayu? Berdendam,hasad tak habis2. Yg rugi melayu....sedarlah!
Salam Datuk
ReplyDeleteSaya hairan orang Melayu zaman sekarang. Demi kerana hendak menyelamatkan seorang Melayu mereka sanggup membiarkan berjuta-juta lagi orang Melayu hidup sengsara. Demi Melayu konon. Melayu macam ni lah sebenarnya pengkhianat bangsa.
Memanglah Tun pun bukan pemimpin yang paling demokratik tapi dia banyak berbakti kepada negara. Apa bakti yang Najib dah buat? Nak bagi rosak negara lagi ada.
Tahniah datuk n da geng....58 warganegara x 100000 pengaruh setiap orang = 5800000.....
ReplyDeleteselamat jalan 48%....
Yes thank you Datuk!
ReplyDeleteEhsan...Ehsan..
ReplyDeleteKesiannya tengok awak ni...masih taknampak ye..rabun lah tu...
DAP ke MCA ke...kalau seleweng dan salahguna kuasa itu dlm parti mereka...ada faham ?
Tapi Najib Perdana Menteri...saya ulang lagi Perdana Menteri... yg melingkupkan Negara ini sbb ha...baca deklarasi tu!!...ada reti ?
Rais Yatim tu dulu konon bakar jambatan...tapi bila dapat titi gantung pun paut juga sbb takut jatuh dlm gaung..ha..ha..
Salam dato,
ReplyDeleteSaya pilih tidak mengundi calun yang saya tidak berkenan.
Saya fikir itu lebih baik dari deklarasi.
Walau apa pun, keamanan negara perlu dipertahankan sebelum pemilihan bolih
pilihan raya diadakan, kecuali pilihanraya di`lenyapkan'.
Dalam masa dua tahun ini, adalah baik jika ditulis rencana perancangan terkini
untuk pentadbiran negara untuk 20-30 tahun akan datang.
Adalah lebih baik jika calun dapat bentangkan senarai aset,kepentingan perniagaan dll kepada umum sebelum dipilih atau tidak dipilih.
Abu Bakar Ab Rahman
Nasib baik lah majoriti orang Melayu masih waras dan tidak akan menyokong ahli politik yang cuma mementingkan diri sendiri, kaum kroni dan keluarga dan tidak bijaksana dalam memikirkan kesejahteraan dan masa depan negara. Menyokong Tun Mahathir dan konco-konconya yang (mengikut kata orang Kedah) kelolo, loqlaq dan rumbu itu hanya akan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan menggugat keselamatan rakyat jelata.
ReplyDeleteNasib baik lah majoriti orang Melayu masih waras dan tidak akan menyokong ahli politik yang mementingkan diri sendiri, roni dan keluarga dan tidak langsung pedulikan masa depan negara. Menyokong Tun Mahathir dan konco-konconya yang (orang Kedah kata) kelolo, loqlaq dan rumbu itu hanya akan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan menggugat keselamatan rakyat jelata.
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteSaya perlu kepastian dari Datuk, benar ke sokong Deklarasi Rakyat bererti sokong bebaskan Anwar Ibrahim.
Harap Datuk dapat jawab soalan saya.
Terima kasih.