A Kadir Jasin
﷽
MUTAKHIR – Barisan Nasional kekalkan kerusi Parlimen Kuala kangsar dan Sungai Besar dengan tambahan kelebihan suara.
Berikut keputusan rasmi oleh SPR:
Kuala kangsar
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary 54
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad 5,684
BN: Mastura Mohd Yazid 12,653
Amanah/PH: Ahmad Termizi Ramli 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969
Sungi Besar
BN: 16, 800
Amanah: 7,609
PAS: 6,902
Majoriti: 9,191
POSTING ASAL
APABILA pusat mengundi ditutup jam 5 petang tadi, 71 peratus pemilih keluar mengundi di Kuala Kangsar dan74 peratus di Sungai Besar, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Di Kuala Kangsar, Barisan
Nasional diwakili oleh Mastura Mohd Yazid, Parti Amanah Negara (Amanah) yang
bertanding bagi pihak Pakatan Harapan diwakili oleh ahli fizik nuklear Ahmad
Termizi Ramli, PAS oleh doktor perubatan Najihatussalehah Ahmad dan bebas pendidik
Izat Bukhary Ismail Bukhary.
[Teruskan perjuangan rakyat. Tandatangani Deklarasi Rakyat buang Najib di sini.]
Di Sungai
Besar, BN diwakili oleh Adun Budiman Mohd Zohdi, Amanah oleh Azhar Shukur and
PAS Adun Dr Rani Osman.
Wallahuaklam.
BN monang bosar. KK Sg. Bosar. PH kona koncing DAP.
ReplyDeleteKeputusan yg tersirat... undi Melayu terpecah kepada 3 ideologi pemimpin yang memperjuangkan kepentingan agenda peribadi masing masing.
ReplyDeleteIni lah sedikit gambaran kepada polar undi Melayu menjelang PRU ke 14 kelak. Kaum dan puak mana yg untung nanti, anda fikir lah sendiri
BN tak mampu dikalahkan dalam kedua-dua parlimen. Mana kesan kehadiran Tun Mahathir di kedua-dua parlimen? Bukan nak kata hilang wang pertaruhan, rupanya majoriti juga bertambah-tambah. Jangan hina dan nesta pulak pengundi yang memenangkan calon BN ye. Ini hak demokrasi.
ReplyDeletePenyamun Tarbus menang yang lengit adalah Lebai Lebai Malang. Pak Lebai ni kalau masih lagi tercari-cari rumah kenduri mana yang perlu didahulukan, maka kebulurlah mereka. Jangan lah salahkan rakyat tak faham hikayat 1MDB.
ReplyDeleteTahniah kpd umno/bn/pas...
ReplyDeleteKemenangan Umno bukan disebabkan faktor kekuatan dan sokongan mutlak ke atas Umno akan tetapi lebih di sebabkan kepentingan ideologi para pemimpin Pas dan Pan lebih di utamakan dari kepentingan rakyat secara umumnya.
ReplyDeleteSalam Datuk
ReplyDeleteSeperti yang saya jangka keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala kangsar. BN menang kerana pertandingan lebih dari satu lawan satu. Parti lawan pula nampak kelemahan dan tiada perpaduan seperti di PRN Sarawak.
Saya petik komen saya di blog Din Turtle sebelum hari mengundi seperti berikut:
"Saya ni jauh di pulau Borneo. Kalau PRN Sarawak dulu memang saya yakin tapi di KK dan SB ni saya cuma dapat ramalkan mengikut perangai pengundi setempat.
Kedua dua KK dan SB adalah majoriti Melayu. Ini bulan Ramadhan...Melayu gila nak raya. Itulah kegilaan Melayu. Melayu ni selalunya pendek akal...suka ambil jalan singkat dan kurang memikirkan sesuatu menjangkaui persekitaran yang ada di sekelilingnya. Boleh dikatakan pemikiran DALAM KEPOMPONG sahaja...Ini adalah mentaliti Melayu...hanya segelintir yang menyedari dan berganjak dari mentaliti kepompong ini.
Saya perhatikan...musim berbelanja masyarakat Malaysia. Yang mendahului dari segi keghairahan dan jumlah yang dibelanjakan adalah masyarakat Melayu. Tidak ada tolok bandingnya...lebih lebih lagi golongan mereka yang ada kemampuan KECIL...mereka berbelanja BESAR...sanggup berhutang untuk beli perabot dan langsir...Baju pon sekarang ada yang boleh bayar ansur....HEBAT PESTA MELAYU menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak kira di Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung...Melayu tetap melayu. Di Brunei Darussalam pon begitu. (Ini adalah pemerhatian peribadi semasa saya berada/tinggal di tempat tersebut)
Jadi untuk PK SB dan KK ni...saya kira BN akan menang. Kenapa?...Najib banyak dedak boleh ditabur...Melayu pulak terdesak nak sambut raya...RM RM RM RM RM....umpan yang ampuh untuk pilihan raya kecil kali ini.
Maaf bro...saya sebenarnya bukan menghina melayu....saya juga melayu asal Johor. Tapi saya suka "provoke" bangsa saya sendiri untuk menyuntik kesedaran dan membuka minda mereka. Melayu selalunya dah terhantok baru tengadah. Melayu ni Islamnya kuat tapi luaran sahaja...berjubah, bertudung, berjanggut....tapi sering terpapar di supermarket sebagai shoplifter yang keluar CCTV...
Dan yang paling mengecewakan...Melayu masih gagal memahami malapetaka yang menimpa Negara sekarang ini berpunca dari ke DURJANAAN NAJIB dan sekongkolnya. 1MDB mereka tak faham...Berita luar negara mereka tak baca dan dengar (susah nak paham...English)...hanya berita dari TV3, RTM dan Utusan. Bukankah itu dalam kepompong namanya?
So...BN dijangka menang....DEDAK RAYA sape tak nak?"
Datuk
Saya rasa amat kecewa dan terkilan dengan Melayu yang gagal membuka minda keluar dari "KEPOMPONG". Saya pasti Najib dan sekongkolnya akan terus bongkak dan sombong dengan kemenangan ini. Kalau begini mentaliti rakyat majoriti...amat malang bagi Malaysia dan khususnya Melayu. Mereka tetap dengan ketaksuban yang sempit dan gagal memecah kepompong. Malapetaka kedurjanaan pemimpin yang ternyata korup dan salah guna kuasa di ketepikan.
Melayu merelakan kedurjanaan pemimpin asalkan pemimpin itu juga Melayu.
Nampaknya kita kena tunggu apa kesudahan segala tindakan penguat kuasa luar negara untuk mendedahkan segala salah laku dan rasuah pemimpin Melayu kita...itu pun belum pasti dapat membuka mata orang Melayu yang selesa dengan pemimpin Cash is King ini.
Wahai Melayu..jangan salahkan bukan Melayu kalau ekonomi hancur, harta dan maruah negara tergadai, tanggung hutang 1MDB dan pemimpin kamu korup. Itu adalah pilihan kamu sendiri.
Selamat berpuasa semoga Allah memberi hidayah untuk kita menilai diri kita sendiri.
Datuk.
ReplyDelete1. Syukur alhamdullilah PRK berjalan dengan baik. Tahniah UMNO dan BN kerana menang dengan majority yang baik sekali. Hak pengundi hak emas...mereka sudah menyuarakan hak suara mereka...dan suara mereka itu ada=lah suara yang baik dan se-adil-adilnya. Terima kasih pengundi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
2. Walau pun begitu, ini bukannya kemenangan diluar dugaan. Kemenangan ini bukan la suatu kemenangan yang hebat sebab itu kerusi UMNO/BN sejak turun temurun. Tiada apa yang hendak diraikan bila dapat balik kerusi sendiri.
3. DAP Kuala Kangsar MESTI LETAK JAWATAN...tidak pandai buat kerja...jadi kena letak jawatan la. Lim Kit Siang kena arah DAP KK kena letak jawatan...sekali gus kepimpinan DAp Perak sangat lemah....kena ubah dan ganti.
4. AZMIN, MB SELANGOR, LETAK JAWATAN MALAM INI JUGA. NO IF AND BUT...JUST RESIGN. JUST GO HOME AND COOK RICE!
5. If Azmin does not want to resign...goodbye PKR Selangor in PRU14! Forget about Putrajaya.
Salam Datuk,
ReplyDeleteBN menang di Sg Besar dan KK tidak bearti BN akan menang semua di PRU akan dtg. Dua tmpt ini boleh di ibaratkn org kmpg yg tidak tertedah atau tahu soal ekonomi negara..forex..dll selaen dr musibah yg timpa pada bekas wakil rakyat nya. KK lebih teruk..mereka undi simpati ( Melayu suka ikut hati dr akal ). The word is ' Compassion '
Ucapan PM Najib disiarkan secara langsung di TV3, serangan jelas kepada Tun M. Sesak dan pilu dada dan jiwa saya mendengarnya. Kenapa Najib terlebih2 egonya sekarang?
ReplyDeleteterlebih ego tu.....alamat kejatuhan tak lama lg la tu....Allah maha adil.....
DeleteSaya pengundi atas pagar dan anak muda Melayu Malaysia ingin menyampaikan MESEJ jelas kepada pemimpin pembangkang:
ReplyDeleteKeputusan ini adalah gambaran keputusan Pilihanraya Umum akan datang jika pembangkang gagal dan terus dungu untuk duduk dalam satu kumpulan. Terima kasih kerana terus dengan kebodoh sombongan para pemimpin pembangkang sekalian. Anda sudah mendapat keputusan awal Pilihanraya Umum akan datang.
Betul....bermuhasabah la
DeleteSallam Dato'
ReplyDeleteBN harus berterima-kasih kepada Dato' Harun Din dan Hadi Awang yang telah membahagikan pembangkang kepada dua dan membawa pembangkang semula kepada era dahulu iaitu BN lawan PAS lawan DAP.
Saya berharap Amanah akan bertanding di Kelantan dalam PRU14, pertandingan 3 penjuru supaya orang PAS akan sedar bahawa perjuangan mereka sebagai "the third force" adalah perjuangan yang bodoh.
Keputusan PRK ini sebenarnya memberikan indikasi sedikit sebanyak mengenai format atau pola strategi yang akan dimainkan oleh Pakatan, BN dan PAS di PRU 14.
Saya yakin hudud oleh PAS akan menjadi perkara atau isu untuk meraih undi di PRU14.
Yg paling rugi lepas ni pemakan dedak. Najib tak perlu nak bergantung sgt kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat. Jentera Bn sudah cukup.
ReplyDeleteKeputusan tersebut bermksud rakyat malaysia majority menerima segala polisi dn tindakkan2 yg telah d laksanakn oleh kerajaan masa kini. Jadi cukuplah kita bergaduh politik....terima aja apa2 pun yg diarah oleh kerajaan. Mungkin itulah ketentuan ilahi utk malaysia....
ReplyDeleteSalam Datuk
ReplyDeleteBetul lah kata-kata pujangga "We get the government we deserve".
Jika kedua-dua PRK in memberi indikasi akan sokongan rakyat Malaysia, sudah jelas pada kita bahawa PM Najib telah menang. Baik atau buruk, rakyat mahukan Najib. Punah pun punah lah negara.
Namun begitu kekalahan ini juga memberi petanda yang kurang baik untuk gabungan deklarasi rakyat. Saya rasa tidak semua ahli-ahlinya ikhlas dalam perjuangan untuk menjatuhkan Najib :
1. Amat menghairankan bila penganalisa pilihanraya mengatakan bahawa pengundi Cina kembali menyokong BN. Ini tidak masuk akal melainkan kalau DAP sendiri dengan senyap - senyap memberi arahan agar mereka membuat begitu. Kita harus ingat bahawa di dalam krisis kepimpinan di Kedah, walaupun ADUN-ADUN pembangkang sibuk menyuarakan sokongan kepada Mukhriz, ADUN-ADUN DAP secara senyap memberitahu Jemaah Pemangku Sultan yang mereka tidak menyokong beliau. Ini menyebabkan Mukhriz terpaksa memilih samada untuk membubarkan DUN atau meletakkan jawatan.
2. Tindak tanduk kepimpinan parti Anwar Ibrahim (PKR) juga boleh dipersoalkan semasa kempen pilihan raya ini. Rafizi yang tidak semena - menanya menyerang pentadbiran kerajaan Selangor. Kemudiannya kita lihat Azmin mendiamkan diri dari berkempen walaupun PRK berlangsung di negeri beliau sendiri. Adalah tidak menghairankan bagi saya jika surat - surat dari Sungai Buloh telah sampai kepada mereka untuk menikam Tun Mahathir dari belakang.
Jika kita analisakan lebih dalam lagi, kita akan faham motivasi kedua-dua parti ini. DAP, sebagai parti Cina, lebih praktikal. Mereka tahu jika Najib diturunkan sebelum PRU14, peluang mereka untuk menang kelak adalah lebih kecil kerana penyokong Mahathir akan bergabung semula dengan UMNO.
PKR pula, secara ringkasnya, dipengaruhi dendam kesumat Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir.
Akhir kata Datuk, kita perlu fikirkan kembali samada gabungan Deklarasi Rakyat ini betul - betul bergerak untuk menjatuhkan Najib atau adanya agenda-agenda tersembunyi di belakang kita. Mungkin Datuk lebih tahu kerana Datuk aktif di dalam pergerakan ini. Maafkan saya jika tersilap. Saya cuma tidak mahu Tun dan rakan-rakan tertipu oleh parti - parti pembangkang.
ReplyDeleteDi Sungai Besar calun UMNO dapat 16,800 undi. Undian bukan UMNO ialah 14,511. UMNO mendapat undi lebihan 2289. Dalam PRU 13, UMNO dapat majority 399. Ertinya, dengan segala resources, wang, manipulasi dan salah guna jentera kerajaan dan mengingati bahawa ini PRK, dari 399, UMNO hanya dapat menambahkan majority sebanyak 1890. Ertinya, walaupun ianya kemenangan, ianya bukanlah satu kemenangan yang menggoncangkan dunia.
UMNO menggunakan segala jentera kerajaan- polis, kemas, rela, kementerian2 untuk menambah lebihan dari 399 kepada 1890.
Mereka yang tidak mengundi UMNO masih berjumlah 14 ribu orang. Masih terdapat kumpulan tidak sukakan UMNO yang akan berteriak balas dendam dalam PRU nanti.
https://senapangsakti.wordpress.com/2016/06/18/implikasi-prk-kuala-dan-sg-besar/
Well, that is true.
However....
As I mentioned before these PRK, there were bitter lessons to be learned by the Opposition.
Number 1, is that one-on-one fights are the only way possible.
The split in PAS that created Amanah was engineered by UMNO. That is an open secret. So it is quite remarkable that a party less than one year old can defeat PAS head to head.
However, that will not hold true in rural seats.
Hadi Awang once used the words "broker" and "barua"; now it is PAS that has to do the most inner reflection. The hudud card is one that all parties are exploiting politically. but Hadi has been led by the nose.
UMNO will play the card on both sides; when it wants to look "Islamic", it will pura2 sokong Hadi; then it will back off in the spirit of "BN consensus", which you can expect to see in October.
Hadi is going nowhere, and his deal with the devil is one that PAS will regret deeply. They do not learn from history, it seems.
ReplyDeleteIn the meantime, there must only be a redoubling of efforts to make the rakyat understand the complexities of the wrongdoing that Najib has inflicted on the nation.
He is far from out of the woods in the global arena.
We owe it to the future generations to make sure that the truth is known.
All that is needed now is leadership and cohesion.
It is not about politics, but about justice.
As salam datuk,
ReplyDeleteTahniah pd pemenang (walau pun method yg di gunakan tak ambil kira halal haram).
1- Selepas ini orang umno tak blh merungut2 bila kerajaan naikkan harga bil utiliti.
3- orang umno tak boleh merungut2 bila pemimpin BN berbelanja duit rakyat sesuka hati hatta utk peribadi.
4- orang umno tak blh narah jika pemimpin anda dgn rela hati nya menjual tanah2 milik negara pd bangsa asing.
5- orng umno tak blh merungut2 bila harga barang & khidmat naik lagi.
6- org umno jgn kecewa bila pemimpin anda lebih banyak menolong,membantu bangsa & agams lain dari bangsa & agama anda.
As salam datuk, banyak pengajaran yg blh di ambil,
ReplyDelete1- perlunya parti2 pembangkang bersatu. Parti2 ini perlu buang segala karat Degil, Ego, pentingkan diri/parti sendiri.
Pemimpin mereka WAJIB berfikir di luar kotak.
2- MB Selangor tidak membantu dengan sewajarnya. Azmin & PKR perlu di tegor. Jika tidak di next praya Selangor terlepas pd parti penyamun ini.
3- Dap WAJIB tengok semula mengapa sokongan kaum cina merosot +-30%.
4- Gerak kerja yg kemas & padu dari semua parti.
5-Wajib ada wakil2 parti ikut peti undi hingga ke Pusat pengiraan terakhir . Penipuan adalah mainan/budaya parti BN ini.
Isu no. 5 sudah tak relevan; pengiraan undi dilakukan ditempat mengundi dan disaksikan wakil calun2 yang bertanding.
DeleteSalam Datuk...
ReplyDelete'Sireh pulang ke gagang'. Walaupun itu mustahil tetapi peribahasa telah memungkinkan ianya berlaku.
Melayu pulang kepada melayu. Cina pulang kepada cina. India yang kenyang. Salah siapa yea? Pada pendapat saya, pengundi KK & SB telah memberi apa yang diterima = Menerima apa yang telah diberi.
Melayu dengan kehendak dan keperluan mereka. Cina juga dengan kehendak dan keperluan mereka.
Dapat dilihat dengan jelas dalam Deklarasi Rakyat. Kemana menghilang 52 % pengundi pembangkang...?
UMNO patut suruh 'kawan dlm selimut' PAS supaya tidak bertanding supaya org tak kata BN menang sbb pecah undi.
ReplyDeleteRakyat dikedua kawasan Parlimen sudah buat keputusan mereka. Dalam sistem demokrasi, kita mesti terima dan hormat keputusan tersebut. Tidak perlu difikirkan samada mereka cerdik, bijak atau bodoh dalam membuat keputusan tersebut kerana itulah sistem demokrasi.
ReplyDelete2. Elok juga pihak yang tewas berihat seketika diminggu-minggu terakhir bulan Ramadhan ini untuk bermuhasabah dan mendapatkan panduan dari Allah SWT bagi mencari jalan keluar terbaik bagi kepentingan Negara.
3. Saya sangat simpati dengan Tun Mahathir sebagai seorang Negarawan dan telah lanjut usia memaksakan dirinya dalam kancah politik yang sangat kusut.
4. Najib berulang kali menyatakan dirinya seorang PM dan pemimpin berjiwa besar sudah pasti boleh menerima kembali Tun Mahathir dalam arus perdana Melayu dan tidak membiarkan Negarawan ini terus tersemban dalam lumpur politik yang kotor.
5. Dalam politik kebenaran berada dipihak yang menang dan amat sukar bagi yang kalah untuk memperjuangkan sesuatu agenda selagi yang menang terus berkuasa dan bertambah kuat.
6. Formula penyelesaian kepada apa yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir ialah melalui pendekatan menang-menang atau win-win solution. Akhirnya Tun Mahathir akan terus diingati sebagai Negarawan dan dihormati oleh semua. Terlalu sedih dan menitis air mata apabila melihat Tun Mahathir diserang oleh Najib yang diulang tayang oleh media arus perdana.
7. Semua pihak kembali memberi ruang kepada Najib untuk memperbetulkan perkara-perkara yang mungkin tersasar dengan fokus utama kepada usaha mewujudkan peluang kerja dan mengurangkan kos kehidupan rakyat serta memperkukuhkan strateji bagi menghadapi PR14.
8. Kita kembali kepada pepatah ribut lalu kiambang bertaut demi ugama, bangsa dan Negara.
Iklas,
Rahim
As,salam Datuk.
ReplyDeleteMungkin Datuk boleh buat ulasan sedikit tentang politik dan demokrasi @ Malaysia mutakhir ini.
Saya bukanlah cenderung kepada politik malah tidak menyertai mana-mana parti politik. Tapi saya sudah keliru dan 'mabuk @ pening' dengan politik dan demokrasi hari ini.
1. UMNO & BN (Pemimpin tertinggi, Pemimpin Pertengahan, Pemimpin Bawah dan Ahli)dengan permainan dan politikingnya dan begitu yakin utk 'buat apa' shj kerana begitu yakin mampu untuk ' uruskan' pengundi @ rakyat Malaysia ketika mengundi. BN kelihatan begitu yakin, rakyat akan terima mereka atau mampu untuk 'menguruskan' pengundi walaupun apa depan (kerajaan, UMNO / BN) buat.
2. Yang parti Pembangkang (selain BN) pun dengan politiking masing-masing.
Gabungan kedua-dua di atas, saya merasakan politik hari ini bukan bermatlamatkan kerana rakyat, tetapi agenda peribadi masing-masing sahaja.
3. Tentang pengundi atau rakyat Malaysia sendiri pun saya tertanya-tanya juga. Walaupun sudah tidak ada 'buta huruf', kadar pendidikan yang sudah meningkat (selepas 59 tahun merdeka), hanya berapa tahun shj lagi nak capai wawasan 2020 @ Negara Maju : Reti ka majoriti pengundi @ Rakyat Malaysia mengundi dan memahami apa itu undi ?
Gabungan ketiga-tiga di atas membuatkan saya pening dan tak faham. Apakah sistem Demokrasi di Malaysia (Parti Politinya, Sistem Pilihnarayanya, Pengundi-pengundinya) hari ini.
Dah macam balik zaman batu pula : Jaga tembolok dan jaga tenkuk masing-masing koooottttttt.................
ReplyDeleteSalam Datuk,
If GE14 is called early, what will happen?
a) Let us see if it's called in November, because the Insincere Hudud Wayang can then be played in October. This trick cannot be played too many times.
b) If there is an international charge against Najib looming, he will rush GE14 even faster, in order to beat it.
c) PAS has done its job. It no longer campaigns against UMNO or for the rakyat, but merely to split votes. It has been reduced to the "Malaysian Vote-Splitting Party". Hadi seeks not rewards in the afterlife, but a few northern and eastern states and Cabinet posts in this life.
d) The only way forward is to have a united Gabungan Melayu for GE14. There are enough unhappy PAS and UMNO grassroots, plus PH, to make it a viable front against Parti Najib. PAS either goes to the darkness or to the light. We shall see.
e) There cannot be any more 3-cornered fights. Azmin is right in trying to avoid that.
f) There is no Leader Of The Opposition, hence there is chaos. Wan Azizah has no role to play. Azmin seems to be the only viable choice but Anwar's ego will try to derail him.
These are the realities.
In the meantime, let us not allow the Bugis criminal to escape with his crimes.
I hope the Amanah silver medal winner is already back at work, changing minds.
Truth vs dedak.
There is still hope.
But it will take work.
we r always wiser after d event. there wil b varied views given by arm chair critics - me included.
ReplyDeletewe hv not reached d level of democratic sophistication 2 effect change just merely thru verbal rhetorics. in Malaysia especially in d rural n semi urban areas, d party wth d most resources wins.
PH shld not despair. wthin a short span of time they r already a viable alternative 2 PAS. as I c it, they hv d right mix at d top wth professionals n academic intellectuals whom I think hold modernist theocratic world view.
what it needs now is proper organization, 'foot soldiers' n resources at d operational levels. God willing they wil b a political force 2 b reckoned wth.
Salam Datuk
ReplyDeleteMelayu, Melayu dan bangsa Melayu.
Melayu yang menang tidak untung
Melayu yang kalah tidak rugi
Melayu yang menang korbankan amanah
Melayu yang kalah tak pernah bersatu
Melayu yang menang mendabik dada
Melayu yang kalah mengubat luka
Melayu yang menang Melayu Islam
Melayu yang kalah juga Islam
Namun Islam setakat hiasan
Wajah dan ibadah hanya luaran
Rasuah, tidak amanah jadi amalan
Sesama kawan dan juga taulan
Segala pemberian dikira sedekah
Walau nyata ianya rasuah
Itulah Melayu bangsaku
Walau telah dibangsatkan
Masih mampu tersenyum tersengih
Wassalam
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat telah memilih. Itu keputusan orang KK dan SB. Terima saja lah. Tidak perlu ulasan yang berbagai. Kita bukan orang yang tidak berilmu. Kita penyukung demokrasi. Redha saja lah. Dunia belum kiamat. Cuba di lain kali. Kalau rasa calun nya kurang menyengat mari kita yang bijak bijak bertanding jadi calun.
ReplyDeleteSalam Datuk ...
ReplyDeleteDah dikhobar an keputusan prk sg besar dan kk nunjuk rakyak dah kompom tak terimo Tun M dan ANC gang .
Tun M dah tak relevan bak kato omputih .
Oghang nogoghi khobar Tun M and ANC gang dah kono kontut kek rakyat .
Tun M and ANC gang kono bermuhasabah dari dan pohon maaf pado DSN .
Kalu ikut tradisi oghang india Tun M and ANC gang kono cium kaki DSN .
Tapi takpolah , haghi dan bulan baik ni cium tangan DSN pun dah eloklah tu ...
Tak dapek sekarang , maso rumah terbuko PM DSN pun bolih cium tangan dio ...
Ok lahhh ... selamat berbuko sumo ...
Nak caghi masak lomak cili api ni hah...
Waghih.
Salam Dato KJ
ReplyDeleteSaya try nak bayang kan dlm PRU 14 nanti Umno vs Pas vs Pkr vs Pan di kawasan sg besar.
Mesti nampak jelas bodoh dan tamaknya para pemimpin melayu ni kan. Semua sibuk nak pegang jawatan tapi hala tuju masa depan org Melayu dan Islam terus semakin kabur.
Semakin layu di Tanah Melayu.
BN won the battles but Pakatan win the war. Orang Umno janganlah duk gloating lebih-lebih sangat nor. Pak Lah dulu pun banyak menang PRK antara tahun 2004 hingga 2008. Masa tu Mahathir banyak kritik beliau walaupun orang Umno duk remind Mahathir yang Pak Lah dapat mandat besar dari rakyat pada PRU ke 11 malah lebih besar dari mandat sepanjang beliau jadi PM. Jadi beliau tidak berada di kedudukan yang baik untuk menyuruh Pak Lah letak jawatan.
ReplyDeleteTapi Mahathir tak ambil peduli. He still hammered him non stop sehinggalah PRU ke 12 yang menyaksikan BN kalah teruk, hilang 5 negeri dan hilang majoriti 2/3. Tan Sri Khalid Ibrahim yang kalah di PRK Ijok masa Pak Lah jadi PM menang bergaya di 2 kerusi pada PRU ke 12 di Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang. Siap dapat jadi MB lagi hampir 2 penggal sebelum berlaku krisis dalaman dalam parti yang menyebabkan dia terpaksa lepas jawatan. Jadi BN janganlah seronok sangat. Keep your words sweet and tender whlle savoyring victory just in case you have to eat them later on.
Salam Datuk,
ReplyDeleteBN menang besar disebabkan PAN & PAS berpecah dan majoriti pengundi Cina mengundi BN kerana mahukan Najib terus jadi PM.
Keadaan begini berlaku kerana mengekalkan Najib akan menghancurkan UMNO di PRU14. Sokongan kaum Cina ialah sokongan yang membawa rebah.
Wallahu alam.