A Kadir Jasin
﷽
AHLI jawatankuasa
penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini mengutus surat terbuka merayu
anggota masyarakat peribumi menyertai parti mereka.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Dalam surat itu, mereka
berkata masanya sudah sampai bagi rakyat berganding bahu menyelamatkan negara.
Jika tidak, kata
mereka, segala-gala yang dinikmati akan hancur-lebur dan mereka serta anak cucu
mereka akan kembali menderita kemiskinan dan hilang maruah.
Kata mereka lagi,
situasi dalam negara dan imej Malaysia di luar negara amat buruk. Rakyat jelata
malu mengaku mereka warganegara Malaysia apabila di luar negara.
Mereka menegaskan,
tidak nampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulihkan keadaan.
Yang ditekankan adalah kesetiaan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden
Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Berikut teks penuh
surat tersebut:
“SURAT
TERBUKA
Kepada Rakyat Malaysia,
Kami adalah tujuh
orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.
Jawatan-jawatan
kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih
pemimpin.
Sementara
menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa
parti ini ditubuh sekarang.
Malaysia
setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga
terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.
Banyaklah
negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh.
Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran
dan pembangunan negara mereka.
Tetapi sekarang
kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri
Kewangan yang terburuk sekali.
Kita juga
mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan
terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar
Amerika.
Syarikat 1MDB
kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato
Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.
Hutang Negara
meningkat berbilion Ringgit.
Walaupun
belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi
dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.
Sementara itu
kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah,
pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan
Labuan.
Demokrasi dan
pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan
diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara
yang salah apabila diarah.
Jenayah dalam
Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan
dihadapkan ke mahkamah.
Sesungguhnya
keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara
rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha
untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan
kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.
Dan banyaklah
lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.
Kami pengasas
parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini.
Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak
cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.
Parti yang kami
tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara
yang bertuah ini.
Hasrat kami
ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.
Demokrasi dan
pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.
Segala
kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.
Pengurusan
kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya
Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang
perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.
Didikan dan
latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum
supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja
mereka.
Yang termiskin
dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.
Biasiswa untuk
pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua
mengikut keperluan mereka.
Kami percaya
kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik
negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.
Oleh itu
sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.”
kalau ada di sarawak saya akan sertai parti baru ini.
ReplyDeleteyang mengasas parti peribumi ni pun dulu di gelar bapak segala rasuah ye....
ReplyDeleteko bangang...macam Pemakan dedak.
DeleteLagi bangang bila ko tidak dapat dedak tapi perangai semacam dapat.
Bring on any evidences u have and charge them
DeleteYg nama Dina tu bangang @ bengong mcm beruk disuruh panjat pkk kelapa..
DeleteHahahaha.. kalau TDM bapak kpd rasuah. Knp tak ada dakwaan dina oiii..
DeleteDah terkulum air mani najib ya?
Cik dina...1 soalan yg x terungkai...muhyidin bangkit isu 1MDB...knp muhyidin d pecat...anda ad jawapan...
Deletedina ni x faham politik dan situasi semasa. jenis pak turut jer dia ni.
Delete
ReplyDeleteSalam Datuk.
Time is of the essence.
A brand new party to set up branches and machinery takes time.
Hence is it is CO-OPERATION that is key.
PKR is too urban-based.
It must be a nationwide process to change each UMNO Cawangan to a Bersatu one. I think in Kedah and Johor, it's not impossible.
And PAS should also help.
Cleaning Malaysia is a gotong-royong operation.
"Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru."
ReplyDeleteNampak macam tak best saja.
7 orang pengasas ni malu pulak nak letak nama mereka di beranda surat.
Goyah dan tak meyakinkan langsung.
You guys can do better than this.
Why, are you camera shy?
Bro...bersikap lebih matang dan bijaksanalah dari memberi komen jangan pula macam orang tidak cerdik.
DeleteIni permulaan.
If only u care to read. The 7 names is widely known and made public.
DeletePRIBUMI lebih milih gunakan hati nya dari Otak nya waktu menulis komen dia.
DeleteUMNO juga di tubuhkan dgn bbrp org sebagai pengasas nya 60 tahun dulu.
Malah semua parti politik di dunia di tubuhkan oleh sekumpulan pengasas.
7 org pengasas are widely known as Daniel Noor mentioned.
DeleteBut sadly Malaysia Official #1 is still hiding under his rhinoceros wife...
Mana ada class si bugis pondan.
Daftar online boleh untuk OKU?
ReplyDeleteDatuk.
ReplyDeleteBagus juga cara yang dicadangkan olih saudara Zalman A 6.19PM ini yang berbunyi "Cleaning Malaysia is a gotong-royong operation."
1. Bersatu ada lah macam membina sebuah rumah baru kalau dikampung. Ramai yang keluar bergotong royong...tua muda...lelaki perempuan...termasuk budak budak pun ikut sama.
2. Besar la harapan kita saudara saudara dari PAS, PKR, DAP, Amanah dan yang lain lain sudi dapat keluar bergotong royong menolong Bersatu menubuhkan cawangan cawangan di seluruh negari negeri sebab banyak yang tidak tau macam mana mau buat barang begini...contohnya, saya la sendiri...belum pernah buat langsung.
3. Zaman sekarang ada Internet...siok juga kalau dapat buat cawangan online saja...atau jadi ahli secara online tanpa cawangan.
4. Biar la party Bersatu ini untuk orang orang muda...durang banyak idea sebab durang lagi lama mau hidup cari rezeki untuk bina keluarga dan negara...macam Syed Saddiq Abdul Rahman.
Kepada "anakanda ku" Syed Saddiq Abdul Rahman yang amat aku kasihi, kumpulkan la seberapa banyak angkatan muda muda macam kamu....100 orang ke...1,000 orang ke...mungkin lebih...berjalan la kamu ke merata rata pelusuk kampung kampung...jalan kaki...naik basikal...naik bas....naik van...atau berdayung pakai perahu ke ulu ulu sungai...sungai Kinabatangn di Sabah...sungai Rajang di Sarawak...sungai Pahang di Pahang...bawa la kabar baik ini...hanya kamu saja la harapan kami.
Tanpa kamu berjalan kaki....lupakan saja la orang orang Melayu/Pribumi...mereka tidak akan berubah...sebab hidup orang yang tinggal di kampong kampong macam aku ini bukan senang mau di ubah...skandal skandal 1MDB bukan senang orang kampong mau faham...GST pun mereka tidak faham...
5. Aku sayang UMNO....perjuangan aku selama ini...darah daging aku...tetapi UMNO sudah sesat jalan...kita balik ke pangkalnya...aku harap Bersatu bolih membawa kita orang orang Melayu/Pribumi balik ke pangkal jalan....asal perjuangan Melayu/Pribumi itu sendiri.
dina 5:52PM ni memang BAHALOL!
ReplyDeleteSalam datuk,
ReplyDeleteSekiranya diluluskan, maka bertambahlah lagi satu parti politik dimalaysia.
Namun belum pun BERSATU diluluskan oleh ROS, sudah banyak kedengaran kata-kata memperlekehkan penubuhan parti tersebut. Dari persionaliti jawatankuasa bertindak hinggalah nama dan logo parti.
Kalau diikutkan, sebelum ini pun ada beberapa parti baru turut didaftarkan seperti S46, KEADILAN dan AMANAH tetapi saya lihat kurang "keperihatinan" dipihak yang menyokong kerajaan.
Malah penubuhan parti KEADILAN sangat dialu-alukan oleh kerajaan diwaktu itu sebagai wadah perjuangan dan tidak melalui demontrasi jalanan.
Kerajaan najib sendiri menolak perhimpunan jalanan sebagai protes menurunkan kerajaan dan memilih demokrasi sebagai penentu.
Maka tidak seharusnya kerajaan najib melambatkan proses kelulusan parti BERSATU. Najib sendiri pun yakin seluruh ahli umno memberi sokongan padu kepada beliau jadi kenapa mesti takut.
Dari menteri, blogger upahan hinggalah tentera cyber menyerang penubuhan parti BERSATU. Seolah-olah mereka melihat kepala ribut takala bahtera bugis terhoyong-hayang ditengah lautan.
Saya sokong usaha parti BERSATU dan sedia menyertai nya apabila ianya dilancarkan kelak. Syabas sahabatku DAKJ sebagai salah seorang penaja BERSATU bagi kawasan Wilayah Persekutan, iaitu kawasan kediaman saya di Ibukota. Tahniah kita BERSATU BERKHIDMAT BERKORBAN.
ReplyDeleteDatuk, Tengku Razaleigh did a great disservice for all Malaysians when he stated recently:
ReplyDeleteHe said the question of him turning against Prime Minister Najib Abdul Razak by joining the new party did not arise.
"I am an Umno member, I don't see any wrong in Umno and if there is any wrong in the party, I will provide suggestions and opinions within the party. I accept everything in the party."
He forgot he set up Semangat when he lost in UMNO?
Obviously his suggestions and opinions if they have been offered are being ignored, right now, Tengku seems to have adopted the see no evil, hear no evil mantra .
Ask him this question, if the rakyat is suffering, he sees nothing wrong?
By his statement, he will accept all the wrongdoings committed by UMNO?
This is no way to go into retirement if one is to believe his recent statement that he will withdraw from contesting in the next election. Terribly sad, he has lost the respect from the rakyat.
Clean the stables, clean them all out.
Or, the 2.6 billion dollar question: is this part of the plan, that he will be the annointed PM after Najib?
Salam Datuk
ReplyDeleteSaya dah daftar online dan milih kwsn Titiwangsa/ Setiawangsa..kubu UMNO.
Saya sarankan semua yg berdafter di kwsn2 atau kubu UMNO kerana kita mau lawan UMNO. Biar parti laen hancurkan MCA..Gerakan..MIC di kwsn2 mereka.
BERSATU wajib bebas daripada menjadi parti yang dikuasai "kontraktor." Jadilah BERSATU sebagai parti yang dikuasai pemikir, penggerak dan pejuang yang ada hati "kerana agama, bangsa dan negara" yang sejati. Pemberi dana, penyumbang dana dan pemegang dana wajib ada perasaan "kerana agama, bangsa dan negara" dan bukannya sebab mahu kepentingan kontrak semata. Ini semua akan tercapai, InsyaAllah, jika penguasa BERSATU menyatukan kepercayaan kepada TUHAN dan kesetiaan kepada Raja dan Negara di dalam apa jua tindakan dan misi BERSATU :)
ReplyDeleteSalam DAKJ dan semua pembaca blog.
ReplyDeleteUntuk mudahkan pendaftaran Ahli secara ATAS TALIAN, sila ke : http://pribumibersatu.ml/daftar-ahli/
Boleh bantu hebahan melalui WhatsApp dan Media Sosial.
Terima kasih.
www.pribumibersatu.ml
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteTolonglah DAKJ maklumkan kepada TS Muhyiddin Yassin supaya ejaan "Pribumi" pada nama parti BERSATU itu dibetulkan kepada "Peribumi".
Wassalam.
Dewan Bahasa dah luluskan "PRIBUMI". Tan Sri dulu menteri pendidikan, BM dia skor, kot.
Deletelihat di sini => http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pribumi&d=18
:)
www.pribumibersatu.ml
Buang masa dan tenaga jer..poodah
ReplyDeletefirst, u ve to ve d right people in d right roles. it must be a functional team. godzilla is at d rampage....protect our town! young blood like bro saddiq 'll attract more volunteers.
ReplyDeleteSdri Dina,
ReplyDeletekalau betui la pengasas Bersatu ni dulu bapa segala rasuah, dah confirm dekarang ni semua kes dia dah buka oleh PM kamu tu...jangankan kes dia, kes pembantu rumah dia pun kalau ada PM kamu dah keluarkan...
tapi org macam kamu tetap juga otak lembu...
nasib kamu la...
Betul la apa Dina ckp. Yg bodo Dan bahlul Dan buta kat sini adalah kamu kamu yg hanya tau bermulut celupar Dan menghina apabila kering idea atau point balasan. Lepas tu ada Hati nak mintak Dina komen with intelligence. Find Urs first. Yang mintak evidence pasal penyelewengan Tun tu Tak Pandai baca buku Ke? Pergi beli Dan baca Malaysian maverick, pergi Korek balik history tin industry kita. Perwaja? AP? PKFZ? Camne anak beranak dia kaya giler? Nak mintak evidence konon. Dei thamby, apa beza tuduhan terhadap Najib Dan mahathir? Satu je. DOJ! But if u want to use that as a tool against Najib and say tun was innocent because no accusations were hurled against him by any investigative bodies from other countries (despite those multibillion scandals), then u deserve the explanations given by najib's boys that Najib is innocent because his name was not mentioned in the DOJ REPORT.
DeleteLawak juga. Dina tu cuma nyatakan satu kebenaran, iaitu Tun Mahathir mmg digelar bapak segala rasuah ketika beliau sendiri PM dan menyembunyikan kekotoran kroni dan keluarga. Yang korang panggil si Dina bahalol tu buat apa? Jawablah cara matang sikit. Dulu-dulu rakyat dah sound dah, kuasa PM dan kuasa Presiden UMNO tak boleh dibiarkan terlalu kuat. Tun Mahathir tak nak dengar cakap. Sekarang dah pencen baru nak tengadah. Mujurlah panjang umur, Tuhan bagi beliau nampak apa legasi UMNO yang beliau tinggalkan. Entahlah setakat mana nak berjaya puak ni. 2 x 5 = 5 x 2 saja. Dah tak pegang kuasa, baru nak bising. Najib rileks saja, sambil kitar semula hujah-hujah Tun Mahathir zaman reformasi dulu. Melayu perlu bersatu. Jangan bersekongkol dgn musuh luar dan dalam negara. Jangan pecah belahkan Melayu. Biar korup asalkan setia bersatu.
ReplyDeleteBaris pertama lirik lagu rasmi umno berbunyi demikian.
DeleteBersatu..kami..bersatu...
mcm nama parti baru anjuran TDM. Panaslah pemimpin umno nak nyanyi nanti.
Datuk Maestro AKJ, boleh sahkan kebenaran "link" pendaftaran BERSATU yang ada di komen di atas. Terima kasih.
ReplyDeleteYa Allah, tolonglah bagi Dina ni jadi pandai. Amin.
ReplyDeleteAsSalam... Datuk.
ReplyDeleteKesian dan sodih den baco surat terbuko ni ...
Kesian ...
Karangan macam budak sekolah ...
Takdo ommmpp langsung . Macam ado yang hondak disembunyikan .
Khobar nak jadi lobih baik ... tapi takdo bayangan nak jadi lobih baik.
(Cakap tak seghupo bikin bro )
Khobar nak nolong rakyat ... tapi yang nampak bayangan nak nindas rakyat .
Sodih ...
Yang monyodihkan,Tun M dah khobar BR1M tu dodak dan yang terimo BR1M tu terimo dodak . Memandangkan dari dulu lagi Tun M amek bonci dongan BR1M mako bermakno Parti "bersatu " ni dibawah telunjuk Tun M akan hapuskan BR1M ni.
Samo cerito dongan BR1M ni ... parti dibawah telunjuk Tun M ni jugo akan hapuskan elaun2 untuk para nelayan , petani dan pelajar2 .
Kan NAYO RAKYAT namo ni .
Dari hiraki parti ni .. president kono repot pado pengerusi iaitu Tun M .
Makno eh Tun M ni supreme leader lah ... samo macam Ketuo Umum dalam PKR lah tu ... takyah tanding jawatan tapi totap supreme leader / ketuo umum .
Samo bunyi macam supreme leader Kim dan supreme leader Mugabe .
Makno ehhh Supreme Leader ado kuaso mutlak untuk masokkan oghang dalam ISA.
Cukup menarikkkk....
Khobar baghu dari Britxit ... para ekonomis mencadangkan gomen Britain laksanokan BR1M dalam nangani masaallah ekonomi di Britain .
Huhhh ... cukup menarik .
Dah ado semangat...
Dah ado keadilan ...
Dah ado Amanah ...
Sekarang Bersatu ...curi lak tu dari PBS.
Ontah lah ...
Tun Musa kato sumo ni"Abject Failure".
Tunku Li kato akan Fail.
RBA kato parti ni amek bahayo .
Apo nak dikato ... oghang mabok kuaso.
Waghih
Kadiag, salaam.
ReplyDeleteAku 'coret' cepat2 dan tak bulih nak cek lama2, sebab dlm masa 1 jam benda ni 'offline' 3 kali, lepaih tu karangan aku hilang semacam.
Aku nak habag mai, kod2 hampa legaaa la, pasai bahtera dah nak belayag, tali sauh dah dok karau, angin semakin kuat dgn sorat "tebuka" ni...sebagai layag bekembang. Alhamdulillah.
Isi dia buat aku sedih Kadiag, pasai lepaih hampa senaraikan 'kebobrokkan' dan selingkohan yg dibuat terang2an, hampa masih kena 'mengemih' sokongan rakyat, tapi munkin lagu tu la tahap kesedaran rakyat....tapi aku yakin, ramai yg tak ambik endah pon.
Dlm gelanggang ni aku rasa peranan hang 'kritikal'. Munkin hang kena kepala satu ketumbokkan pejuang2 siaraya yg kena pecut sakan untuk mentebag maklumad ke seluroh pelusok negeri, Mat bin Saleh kata "hit the ground, sprinting..." kena atog stratigi, buat organisasi, lantik letnan2...pilih sasaran, lancag serangan, yg semua munkin makan masa, tenaga dan korban harta dan munkin juga jiwa....
Lantaran tu (dan masuk lajjah Indonesia pulak) aku rasa la hampa kena betoikan jajaran...magnanya semua ni, dari niat sampai pelaksanaan seteruihnya semestinya dgn izin, petunjuk dan petolongan Allah, tuhan semesta dan sekelian 'alam. Dlm hai ini, tak silap aku, janji2 hampa untuk 'good governance' dan dasag2 yg lebih insani tak belapik dgn kalimah "insyaAllah", sebagai 'adab dan tanda thawadu' kita sebagai hamba Allah yg kerdil.
Medan yg hampa bukak ni sangat 'kritikal'...dan paling penting hampa mola begerak ataih landaih yg besandag kpd petunjuk dan petolongan Allah S.W.T. Ramai rakyat tumpang menggantung harap terutama lepaih hampa buat janji2 tu, macam Alexander Pope lebih korang 300 tawun dulu bemadah..."Hope springs eternal (in the human breast)". Dan kerja2 hampa tebagkan maklumat dan ilmu yg insyaAllah (sebagai komponen teraih) munkin bulih tewaihkan kejahilan dan tak keruan pada skala massa, ingatkan aku pada pada para rosul dlm suroh Ya Siiin yg apabila dihalang olih penduduk yg jahe dan celaru, para rosul tu jawab (lebih korang) "dan tidak ataih kami melainkan sampaikan (yg) terang nyata." (Ayat 17).. Aku lemah lepaih ni, macam mana lagi nak tekankan para pentingnya kerja hampa ni di mola ataih landasan yg betoi.
Sekali lagi mintak maghap dan terima kasih no...
Aku
Datuk.
ReplyDeleteAku orang bukan cerdik pandai sebab orang kampong saja...jadi biar la karangan bahasa surat terbuka itu atau manifesto itu...dalam bahasa yang ringan ringan sahaja...dalam bahasa budak sekolah sebab yang baca bukan orang cerdik pandai, tetapi orang kampong macam aku.
Tulis la dari hati yang halus.
Kalau la bolih perkataan perkataan jargon seperti...money laundering... belanjawan... cukai GST... penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan... Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan...di kurangkan atau di tulis supaya orang kampong bolih faham.
Bersatu untuk Melayu/Pribumi...majority masih tinggal di kampong-kampong...BUKAN untuk orang yang pintar pintar tinggal di bandar...itu mereka bolih undi PKR, DAP dan Amanah.
Biar la bahasa kita bahasa kampong sebab kita orang kampong.
Datuk.
ReplyDelete"Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi."
BRIM bukan la ciptaan PM Najib atau UMNO atau BN...atau ciptaan terbaru yang belum pernah dibuat dimana mana...pergi la ke Amerika, France dan Britain kalau mau belajar macam mana mereka membantu rakyat yang memerlukan nya.
Maka itu tidak semestinya BRIM dihapuskan bila ada kerajaan yang baru kalau itu benda yang baik. Sama lah juga, tak kan Putrajaya kita tutup dan jual pada negeri China kerana itu bekas tangan Tun M...sedangkan kalau kita tengok dari kutipan cukai pun bukan disebabkan perkembangan ekonomi baru...tiada apa yang dibawa olih PM Najib pun...tetapi kerana GST...GST bukan cukai mengembangkan ekonomi, tapi kutipan cukai buta-buta...kerajaan tidak buat kerja apa pun sudah dapat cukai...budak miskin jual plastic beg dipasar ikan kena cukai GST...orang pencen, rakyat termiskin dan kurang upaya pun kena cukai GST juga...malahan Robert Kouk yang paling terkaya di Malaysia pun kena cukai GST yang sama juga. Jadi GST bolih dihapuskan sebab tidak adil dan zalim. Kerana GST lah semua barang tiba tiba naik...masih juga tak percaya?...jangan tanya pakar ekonomi yang bergaji ratusan ribu...tanya orang kampong saja la.
Kenapa kerajaan baru nanti mesti bantu yang termiskin, kurang upaya, JKK surau, ketua kampong...sebab itu ada lah tugas sebuah kerajaan...kalau itu pun tak bolih buat jangan jadi kerajaan.
Berpolitik bukan mau kuasa saja ya habibi...atau pandai bercakap...jaga orang kampong!
Datuk.
ReplyDelete"Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka."
Ada seorang bapa tukang potong rumput, kerja di majlis bandaran... anak perempuan nya buat kursus nursing dan harapan ibu bapanya....sebab adik beradik masih 7 orang...tinggal disetinggan...masih cari kerja...belum dapat gaji satu sen pun sudah ada hutang PTPTN sebanyak RM75,000...INI KERJA GILA...HANYA KERAJAAN GILA SAJA BUAT ANAK PRIBUMI HIDUP BERHUTANG!!!
Kerajaan baru mesti hapuskan PTPTN!!!...cari la duit macam mana nak buat....bagi tau rakyat Amerika, kembalikan duit curi untuk membayar hutang PTPTN anak anak kita. Jangan buat kerja gila begini lagi.
Dato tahniah diatas usha Ybhg Tun dan TSMY parti Bersatu dapat didaftarkan kami menyokongnya cara mana hendak mendaftar utk menjadi ahlinya adakah boleh dibuat melalui on line jika boleh sila war2kan ramai nanti akan menyertainya aaammmiiiiinnnn
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteDalam keadaan politik semasa, saya tertanya-tanya mengapa parti Bersatu ini hanya untuk pribumi? Bukankah ada baiknya dibuka kepada semua warga Malaysia kerana ternyata terlalu ramai yang ingin menukar kerajaan. Jika hanya dikhususkan kepada pribumi, ia umpama menubuhkan UMNO 2? Saya tak tau nak jelaskan kepada rakan bukan pribumi bila perkara ini diajukan. Terus terang saya katakan, ramai bukan pribumi ternanti-nanti parti baru Tun M dan ingin menyertainya. Mengapa hanya Pribumi? Mohon penjelasan dan pandangan Datuk.
Pembahas awatcheq, cuba baca rencana saya pada 7 Ogos lalu. terima kasih.
ReplyDeleteEasy only. Usaha mcm mana pown pmbgkang akn kalah sbb DEDAK lebih beharga sbb KUASA di tangan mereka. Rakyat memilih, tapi mereka mengedit. Dia x kira lah siapa org bwah dia(pendek akal atau kurang cerdik) asalkan dia boleh still kt atas sana tuh(pm).
ReplyDeleteHati memang dah '0' untuk pilih UMNO & BN!!! Banyak sangat peristiwa yang pelik berlaku masa Najib jadi PM. Semua kejadian yang berlaku sangat2 meragukan, dari 1MDB, derma 2.6Billion, Kepincangan dalam PAC, pertukaran Peguam Negara dan banyak lagi kepincangan. Orang yang melaporkan berlaku salah laku rasuah, orang yang buat report pulak yang kena tahan...Pelik betul politik Malaysia sekarang...Bagi BR1M pada RAKYAT marhaen supaya boleh tutup duit 2.6Billion yg masuk dalam akaun sendiri...Tapi malangnya ada jugak yg masih sokong beliau? Adakah dedak sudah terlebih terima???
ReplyDeleteTun M tak kebas duit personally,klau takda rakyat yg kaya tak guna jadi pmmimpin. Klau kaya kata kroni. Jd tak payah lah ada org kaya.Perbuatan najib trg2 slh, byk bukti nyata .rasional lah tn2.demi bgsa, negara dan agama kita sokong lah bersatu.
ReplyDelete