Thursday, September 08, 2016

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Diluluskan


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 9 September – Pengerusi penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Presiden penajanya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini memungut sijil pendaftaran parti itu dari pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya.

Mereka diiringi oleh ahli jawatankuasa penaja dan penyokong.

Dr Mahathir terima sijil pendaftaran Parti Pribumi
 Parti itu tidak dibenar menggunakan singkatan “Bersatu” sebaliknya diberikan akronim PPBM dan lambangnya dipinda.


POSTING ASAL
 


PENDAFTAR Pertubuhan (ROS) telah meluluskan secara dasar penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Bernama memetik beliau sebagai berkata, singkatan parti itu pula ditetapkan sebagai PPBM dan bukan Bersatu seperti yang diminta oleh penaja.

Menurut Ahmad Zahid, kelulusan rasmi akan diberikan selepas parti berkenaan membuat penjelasan kepada ROS mengenai peranan dan fungsi Pengerusi dan Presidennya.

Dalam permohonannya, parti baru itu menyenaraikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Presiden penaja.

Permohonan pendaftaran diserahkan sendiri oleh Muhyiddin kepada ROS pada 9 Ogos lalu. 

Kelulusan secara prinsip itu menepati ikrar Ahmad Zahid bahawa kerajaan tidak akan menyekat penubuhan parti itu dan mendaftarkannya secepat mungkin jika tidak ada sebarang kontroversi.

Parti baru itu telah pun mengumumkan yang ia akan menyertai parti-parti pembangkang, termasuk PAS, bagi menentang Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Wallahuaklam.

48 comments:

  1. syukur Alhamdulillah.

    saya tidak sabar lagi utk memohon menjadi ahli semula.

    saya bersedia juga membanting tulang n membantu dgn gerakan menjemput umat melayu/bumi utk menjadi ahli.

    ReplyDelete
  2. sukasamasuka2:40 PM

    Datuk.

    Patah tumbuh, hilang berganti...


    Syukur alhamdullilah...satu berita yang baik.

    Tahniah Tun...tahniah President PPBM...dan ahli ahli penaja.


    Kalau kita sudah sesat, balik la kepangkal jalan...

    ReplyDelete
  3. budak jawa2:53 PM

    Aslm DAKJ,

    Mudah-mudahan dapat menjadi wadah perjuangan yang baru kepada agama dan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya serta Negara.

    Harap-harap ahli parlimen UMNO yang masih ada maruah dan harga diri serta menjunjung prinsip kebenaran, dapat mempertimbangkan untuk keluar dari UMNO dan menyertai parti BERSATU bagi menangani masalah keruntuhan institusi dan tadbir urus serta kebobrokan integriti yang sedang berlaku sekarang ni. Tak payah tunggu pilihanraya. Jimat dan selesai.

    In shaa Allah, saya mesti pilih selagi BERSATU berada di landasan kebenaran.

    Sekian, terima kasih.

    budak jawa

    ReplyDelete
  4. sukasamasuka3:27 PM

    Datuk.

    "Najib: I had a pleasant chat with Obama...Prime Minister Najib Abdul Razak and US President Barack Obama met at a gala dinner held in conjunction with the Asean Summits in Laos last night.

    Posting a photograph of their conversation on Facebook, Najib, who was accompanied by his wife Rosmah Mansor, said he had a "pleasant chat" with Obama.

    "It was nice seeing you Mr President!" the prime minister said in his posting"

    (http://www.malaysiakini.com/news/355065)


    Seriously?

    Is that you official photo with Obama?...

    The game is over Najib...it's all over...if that is you photo...it's time to pack your bag!

    ReplyDelete
  5. Pakcik4:04 PM

    Money will still play its roles, will politicians betray the rakyat trust?

    ReplyDelete
  6. Salam Datuk,

    Syukur Alhamdullilah. ROS telah meluluskan permohonan PPMB.

    Saya berharap jutaan org Melayu berdaftar dgn parti baru ini. Ini termasuk ahli2 UMNO yg tidak senang dgn Najis dan kuncu2 nya

    Saya menawarkan diri saya utk memperkasa kan lagi parti baru ini Datuk. You just tell me what I have to do..even if to climb the lamp posts to hang the flags of PPBM. Insyaalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya juga. Nak minta berceramah saya rela dan yakin boleh. Nak suruh usung bendera pon saya rela. Nak suruh apa selagi terdaya termampu akanku buat demi PPBM . Bersatu kita !

      Delete
  7. Al-neranj6:21 PM

    Hope we can join the party on-line.

    ReplyDelete
  8. Zed-856:24 PM

    Alhamdullillah,

    Semoga Parti PPBM menjadi satu Parti yang boleh memberikan manfaat kepada orang melayu dan kepada Negara.

    Saya harap jangan terjadi macam tempoh hari adanya website palsu untuk daftar ahli baru. Saya rasa ramai yang akan menjadi ahli.

    Sekarang ini bolehlah berbincang secara rasmi strategi yang hendak dibuat.

    ReplyDelete
  9. Borang pleaseeeeeeeee. Tak mahu cerita panjang :)

    ReplyDelete
  10. Kadiag, salaam dan alhamdulillah.

    Tapi apa pasai nak halang pakai nama 'bersatu' lepaih tu nak tetapkan singkatannya pulak...? Bidang tugaih dia ka?

    Mintak maghap Kadiag, kalu tak bulih pakai nama 'bersatu' munkin hampa bulih pakai nama 'pribumi' saja.

    Nak habag mai, aku nampak sasaran utama hampa biaglah satu lawan satu saja dalam pilihan raya.

    Tapi hak lebih penting aku rasa, biaglah teraih juang sebagai kelompok yg ajak pada makruf dan tolak munkag, tak kira la pribumi ka tak pribumi ka. Kalau bulih tak mau pemimpin yg ada ciri2 lembam atau korang jujog.

    Izin aku tambah sikit lagi, pasokkan peninjau dan pengempog hampa eloknya dah mola tugaih, munkin mola dgn begerak dlm kumpulan2 kecik serata cerok kampong dan tanah rancangan. Bukak lagi medan 'flanking' eksyen baru, biag depa macam orang kota belud(?) meracau lagu dlm keh breder salam dgn Mat Tehag. Aku baca dia sampai tegamak cap Mat Tehag 'pendehaka' ka apa ka, kod bawah sikit saja dari 'teroris'...dan 'up' sikit pada 'penghasut' ...

    Munkin patut ada jugak stratiji dan pasokkan khaih untok sasag media perdana. Munkin hang lebih 'arif hai ni.

    Lani ramai orang2 mengaji tinggi2 tapi dok menganggog, munkin hampa bulih manfa'at tenaga dan bakat depa.

    Akiag, kalu ada sesapa terasa tak seronok ka apa ka dgn tulihsan ni, maghap no.

    Yg tak tera,
    Aku

    ReplyDelete
  11. 1. Terima kasih para pembahas dan pembaca sekalian. Sokong atau tidak sokong PPBM itu hak mutlak saudara dan saudari. Semua adalah dialu-alukan di blog kita ini.

    2. Berkenaan pendaftaran ahli, saya dimaklumkan ia akan dilakuikan secara bersemuka dan atas talian (online). Tetapi Jawatankuasa penaja perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum pendaftaran boleh dimulakan.

    3. Saya difahamkan mereka akan ke Pejabat Pendadftar Pertububuhan (ROS) di Putrajaya esok untuk memungut Sijil Pendaftaran.

    4. Seyogianyalah matlamat PPBM adalah menang pilihan raya melalui kerjasama dengan parti-parti pembangkang yang sehaluan, InsyaAllah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Mrxoxo8:33 PM

    Alhamdulilah..
    Syukur ke hadrat ilahi.. semoga peminpin didalam PPBM yang dipilih dan dilantik mampu menjalankan tanggungjawab dgn amanah kelak..
    Contoh yang jelas dan nyata telah ada di dpn mata bagaimana UMNO yg patut menjadi tunjang rakyat dan org melayu sanggup membelakangi perjuangan asal parti demi mempertahankan segala salahlaku najib...
    Semoga PPBM tidak menjadi hamba kepada duit kerana disini letaknya harapan rakyat dan ahli parti kelak untuk meyelamatkan dan mewujudkan MALAYSIA yang baik.

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum Dato.

    Alhamdullilah.
    Harapnya semua berjalan lancar.

    Sy dan isteri akan mendaftar sbg ahli....InshaAllah.

    Terima Kasih pd Tun M..Muhyiddin...Mukhriz..DAKJ dan semua terlibat dlm penubuhan PPMB ini....demi Bangsa Ugama dan Negara.

    ReplyDelete
  14. sukasamasuka10:42 PM

    Datuk.

    1. Walaupun nama party baru itu PPBM...aku rasa slogan nya "Bersatu" bolih di guna pakai olih gabungan baru parti parti pembangkang untuk PRU14...kecuali lambang "bungaraya"nya, itu pun kalau sudah di luluskan olih ROS?

    2. Setiap parti dalam gabungan ini pada lumrahnya ada agenda masing masing...bukan semestinya satu kepala...memang tepat sekali, PKR dengan agenda Melayu bandar nya...PPMB dengan agenda Melayu luar bandar nya...DAP dengan kaum Cinanya...maka itu, aku ingin juga mengalu alukan penyertaan PAS dalam gabungan baru itu nanti dengan agenda Islam nya...itu la nama nya Unity Government...bukannya, "all in one" macam BN.

    3. Besar kemungkinan, gabungan pembangkang di Semenanjung ini, bolih juga bergabung dengan party party pribumi di Sabah dan di Sarawak...termasuk juga party party pribumi yang pada ketika ini sedang berada dalam BN negeri...sebab belum tau mereka bolih bertahan lama...hanya menunggu masa saja...

    4. Party party pribumi di Sabah dan di Sarawak diluar BN ada agenda mereka masing masing...yang didalam BN negeri pula sudah bingung sebab mereka dianggap sebagai "tunduk" pada hegemony "orang Malaya"...bagi la mereka...yang diluar BN dan yang di dalam BN...peluang masuk menyertai dan bersatu dengan gabungan pembangkang yang baru ini...dan, hormati la hak hak yang mereka utarakan selama ini...jangan diulang kesilapan yang lalu dimana janji janji palsu ditabur hanya pada musim pilihanraya.

    Mungkin aku salah sebab aku bukan orang politik.

    - jemput la dengan baik PBS (Sabah) menyertai gabungan "Unity Government" yang baru sebab Dr.Maxiumus Ongkili, mana ada kaki bila Pairin turun...Pairin terpaksa turun sebab "rumahnya" sudah kosong, walaupun dia masih dihormati dan disegani olih kaumnya...

    - Jemput juga la PBB (Sarawak)...sebab yang menang baru baru ni di Sarawak tidak ada kena mengena satu sen pun dengan BN atau Najib (kecuali wang ringgit_...tak kan, selepas memerintah Sarawak sejak masuk Malaysia, PBB baru bangun semalam cerita pasal hak orang Sarawak yang sudah hilang...hanya dengan "Unity Government" baru...dengan semangat baru...saja bolih menjamin hak hak orang Sarawak...dan orang Sabah...

    5.Zaman kegemilangan Tun M sebagai Perdana Menteri hanya tinggal dalam sejarah...begitu juga perjuangan Tunku...Tun Razak dan Tun Hussein Onn...kalau ada yang baik, belajar la supaya generasi baru dapat buat teladan...dan, segala kepincangan yang lalu, buat la sempadan.

    Kita tidak akan dapat menilai perjuangan Tun M kali ini dari kacamata yang lama...sebab zaman itu sudah berlalu...sudah tidak ada...

    Tiada satu manusia yang bolih terfikir atau menjangka Anwar dan Tun M bolih bersalam mesra...itu la detik pemulaan Malaysia baru...yang kita bolih ubah...yang kita bolih capai untuk generasi baru kita, bukan untuk Tun M atau untuk Datuk AKJ...jauh sekali la untuk orang macam aku, habuk pun tarak.

    Terima kasih saudara Anwar Ibrahim.

    Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Terima kasih Tun Dr. Siti Hasmah ..."ibunda" yang ku sayang.

    ReplyDelete
  15. Mat Bakar10:48 PM

    Sallam DAKJ,

    Syukur alhamdulillah PPBM telah diluluskan, perjuangan membenteras rasuah mesti diteruskan demi keamanan rakyat negara ini. Ingin tahu bagaimana cawangan di Langkawi ? tak sabar nak menjadi ahli. Saya tak pernah terlibat secara langsung dalam politik sebelum ini tetapi untuk PPBM saya akan bergiat cergas. Tak sabar nsk jadi ahli untuk bahagian Langkawi.

    ReplyDelete
  16. we need to do this think becoming parti. Member soon the first think to do is to destroy umno and in the grave to take down umno is parts of our duty of rakyat Malaysia to make our grandkids have better life if umno stll in power Malaysia Will be bankrupt nation

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Datuk Scribe...

    Alhamdulillah yang dicita telah pun hampir tiba. Kecewa jugak bila 'BERSATU' tak boleh dipakai akibat lobi menteri-menteri parti najib. Tapi saya ada satu idea yang mungkin Datuk boleh tolong sampaikan kepada penaja parti. Walaupun ROS dah larang penggunaan 'BERSATU' dan diminta gunakan PPBM, saya rasa masih ada peluang untuk buat permintaan atau rayuan bagi penggantian BERSATU yang dilarang. Cadangan saya adalah penggunaan 'PARTI PRIBUMI' serta 'PRIBUMI' sahaja sebagai akronim pendek bagi menggantikan BERSATU.

    Rasanya tak kurang enak juga bila disebut "kami adalah ahli Parti Pribumi yang baru saja ditubuhkan". "Bersatulah dengan kami di Pribumi jika anda berkongsi pendapat yang sama dengan matlamat perjuangan kami"...BERSATULAH PRIBUMI demi Selamatkan MALAYSIA"

    ReplyDelete
  18. Zalman A4:15 AM


    "Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini melahirkan kebimbangannya bahawa projek Taman Tugu mungkin digunakan untuk mengumpul dana bagi BN menjelang pilihan raya umum ke-14.

    Katanya, dana RM500 juta daripada projek bernilai RM650 juta itu akan dibiayai oleh Khazanah Nasional Berhad dan prihatin dengan kos harga yang begitu tinggi itu.

    “Saya khuatir projek ini tidak lebih dari projek untuk menjana dana bagi pihak-pihak berkepentingan yang akhirnya akan disalurkan kembali kepada kempen Umno/BN dalam pilihanraya umum 14 (PRU14) nanti,” katanya dalam satu kenyataan media.

    Rafizi, yang juga adalah naib presiden PKR berkata BN tidak mungkin menerima sumbangan atau "derma" berbilion ringgit seperti pada pilihan raya umum lalu sehingga mencetuskan skandal 1MDB yang kini menjadi subjek siasatan global.

    “Umum mengetahui bahawa belanja menguruskan kempen yang ditanggung oleh Umno/BN dalam sesuatu pilihanraya umum boleh mencecah berbilion ringgit.
    “Jika dalam PRU13 Datuk Seri Najib Razak mengaku menerima derma RM2.6 bilion, saya tidak yakin beliau akan begitu bernasib baik untuk menerima derma yang sebesar itu menjelang PRU14,” katanya.

    Menjelaskan modus operandi di mana dana disalurkan daripada syarikat-syarikat milik negara, Rafizi berkata, ini dilakukan dengan menaikkan harga projek-projek pembinaan dan naik taraf yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

    “Projek-projek yang kosnya tidak seberapa kemudian akan dilipatgandakan nilainya dan dianugerahkan kepada kontraktor tertentu .

    “Keuntungan yang berlipatganda itu kemudian “didermakan” balik kepada pimpinan atau badan tertentu menjelang PRU14,” katanya.

    Salam Datuk,

    By now TRX was supposed to be completed, long, long ago.

    Here was the "vision":

    "The plan was to build a financial district much like London’s Square Mile where financial companies and banks were located, but with an Islamic financing slant with Middle Eastern funding."

    Sounds familiar?

    Start a grand-sounding project "for public benefit", then create some mark-ups and fake shell companies, songlap all the money, and move on.

    That is Najibnomics 101.

    So Rafizi is right.

    This whole Tugu park wayang is merely to extract $$$$$$$ from Khazanah for future dedak purposes.

    There is still no answer on whether the CCCC East Coast Railway deal has gone through.

    Someone MUST investigate this matter.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrxoxo9:04 AM

      Projek Taman tugu 500juta..projek pembinaan hospital pendang bernilai 200juta ditangguhkan dgn alasan kerajaan tak ada duit..oh Malaysia ku..terbaiek.

      Delete
    2. Dari jauh.7:54 PM

      Ahhh.Khazanah...Anak anak melayu yg berniaga diluar negara(saperti saya),dapat projek bernilai RM100juta dan akan ada beberapa projek lagi yang jaminan dari Kementerian Kewangan Negara tersebut tak pernah di layan oleh Khazanah Nasional,sehingga saya terpaksa cari dana pinjaman dari negara pemberi projek.Tapi kerajaan bangga banggakan anak anak melayu yg berani berniaga diluar negara,dana pinjaman tak pernah di layan.Yang dilayan adalah sekutu sekutu mereka yang duduk di Malaysia yang projek luar negara private initiative tanpa jaminan kerajaan negara berkenaan.Malah saya di bantu banyak oleh negara pemberi projek.Tiap hari Merdeka,saya tetap kibarkan Jalur Gemilang depan rumah saya di negara asing ini.

      Delete
  19. Assalam DAKJ dan rakan semua,

    1.Tahniah pada PPBM yang akhirnya berjaya ditubuhkan dengan sebegitu mudah.Ini membuktikan demokrasi hidup di Malaysia.

    2.Sebagai penyokong gomen terutamanya, saya sentiasa dibelakang UMNO dan BN dahulu kini dan selamanya demi Agama ,bangsa dan negara siapa juga presiden yang dipilih parti.Pastinya menjadi cabaran pada parti memerintah BN.

    3.Teringat saya kembali zaman penubahan Semangat 46 di ketuai Tengku Razali dulu membuatkan terbatalnya UMNO dan UMNO(Baru) ditubuhkan.Pastinya Tengku Razali mempunyai ramai pengikut berkualiti yang lebih menyayangi UMNO asal.

    4.Alhamdulillah,akhirnya Semangat 46 di bubarkan dan ketua ketua mereka balik ke pangkal jalan menyertai UMNO (Baru ) semula.Adakah parti baru ini akan menerima nasib yang sama banyak terletak pada keputusan dan kejayaan parti PPBM di PRU 14 nanti yang hampir pasti pada ramalan saya berlaku tahun depan,2017.

    5.Sdra Aku, saja nak habaq mai kat hang ni pun ,nama BERSATU tu depa tak bulih guna pakai takut bila ahli UMNO dok nya lagu depa ada cambah perkataan BERSATU. Itulah UMNO tak berapa nak setuju nanti takut ahli UMNO dok konfius.Kalau tak lama dah ROS approve.Bagus lah noo..
    La ni jom kita lawan dengan lebih berhemah,kurangkan caci mencaci dan fitnah barulah baguih dan demokratik.Pi lah ceramah mana pun atas platform parti yang ditubuh ni.Kalau dok ceramah lok lak macam Mat Sabu tu susahlah pengundi bulih terima.

    6.Pado Den setakat nak tubuh parti baru hanyo nak tukarkan pemimpin UMNO tak kemano poi dei.Den yakin ini menguekkan uniti ahli UMNO parti keramat orang Melayu selamo ni.Sajo Den kobar.

    Terima kasih semua dan salam jumaat dan sekali lagi tahniah pada parti baru ni.


    ReplyDelete
  20. Kadiag, sekali lagi salaam.
    Izin aku nak komen tulihsan Zalman A 4:15 pagi. Modus 0perandi naikkan harga kontrek kerja2 awam, lepaih tu salogkan sebagiannya pada 'tokoh' pemerintah, aku ingat dah lama dah depa dok buat. Munkin Amrin, kepala odit bulih tulong jeling2 sikit. Yg bisanya keh tugu negara ni, pasai kerja tu kerja haram, sampai ada mufti2 makan gaji pon berani dan besa tegog. Magnanya ni keh berat ni..! Kalu niat depa nak songlap fulus tu dah memang satu yg tak baik, lepaih tu nak buat pulak kerja2 sabit tugu yg menyerupai makhluk, yg bulih dikira juruih ke syirik, maka kira dah dua kali haram laa, wallahua'lam. Na'uzubillah. Munkin bapak2 jenderal yg banyak pakai tudong lemenet di bau dan kad (?) bersulam warna warni didada bulih tegog sikit.
    Member hang dari sg limau, yan, tu pon brigadiag jugak kan...? dari kor agama, lani naik jadi menteri agama depa, pon tak kata apa ka...?
    Astaghfirullah.
    Aku

    ReplyDelete
  21. Kadiag, sekali lagi salaam.
    Izin aku nak komen tulihsan Zalman A 4:15 pagi. Modus 0perandi naikkan harga kontrek kerja2 awam, lepaih tu salogkan sebagiannya pada 'tokoh' pemerintah, aku ingat dah lama dah depa dok buat. Munkin Amrin, kepala odit bulih tulong jeling2 sikit. Yg bisanya keh tugu negara ni, pasai kerja tu kerja haram, sampai ada mufti2 makan gaji pon berani dan besa tegog. Magnanya ni keh berat ni..! Kalu niat depa nak songlap fulus tu dah memang satu yg tak baik, lepaih tu nak buat pulak kerja2 sabit tugu yg menyerupai makhluk, yg bulih dikira juruih ke syirik, maka kira dah dua kali haram laa, wallahua'lam. Na'uzubillah. Munkin bapak2 jenderal yg banyak pakai tudong lemenet di bau dan kad (?) bersulam warna warni didada bulih tegog sikit.
    Member hang dari sg limau, yan, tu pon brigadiag jugak kan...? dari kor agama, lani naik jadi menteri agama depa, pon tak kata apa ka...?
    Astaghfirullah.
    Aku

    ReplyDelete
  22. Zalman A10:21 AM


    "He added for now, the ROS had no qualms approving the registration of Bersatu as announced yesterday, believed to be tactically beneficial to BN.

    "I see it as a BN strategy as they believe that Bersatu will further complicate the situation in the opposition during the coming general election due to seat negotiations issues.

    "The presence of Amanah has already complicated things, and with the birth of Bersatu, it will become even more complicated," said the PSM central committee member."

    So the easy registration is because UMNO thinks Parti Bersatu will cause even more fragmentation.

    BN itself has only 2 parties - UMNO and PBB (well, we should include Hadi Awang as a KBU I suppose).

    Perhaps some "streamlining" should be made.

    A United Malay Proposition among the 4-5 Malay parties.

    Melayu Pro-Corruption vs. Melayu Anti-Corruption.

    This is a simple concept that voters can grasp.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah , Parti Tun M dah diluluskan .

    Tahniah pado TS Zahid kerano utamokan Janji diTepati saperti disarankan olih PM DSN .
    Makno ehh DSN bersikap terbuko dan berlapang dado lah .

    Tak macam maso Tun M dulu ... siapo lawan dihantar kek Kemunting.

    Yang menarik tontang parti Tun M ni iolah Presiden parti TSM kono repot pado Tun M .
    Ikut hiraki lak dibawah TSM iolah Mukhriz anak Tun M .
    Jadi parti ni sabonar ehh parti anak beranak lah . Tun M and Son parti .
    Impian Tun M untuk anak ehh jadi presiden parti bertambah cerah lah .
    Untuk dana parti ... khobar ehh proxy2 yang dolu pogang rm 100 billion tu tak mau bagi ... ado yang dah lari .
    Dah bahayo ni ... dodak tak cukup .

    So.. DSN dah khobar.." Bring them in "

    Waghih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah samak ke lepas tolan dodak tadi ?? Jangan lupo tolan clorox barang sebotol bikin samak toli porut yo waghihh

      Delete
    2. Mrxoxo12:49 AM

      Assalamuaikum sedara..
      Tertarik untuk mencelah.
      Terbaca komen2 yang sedara tulis..saya menerima perbezaan pendapat antara kita. Itu lumrah kehidupan..ada setuju dan ada yang tidak .ia bergantung sudut dan perspektif kita melihat dan menilai suatu benda atau keadaan..
      Tapi sedara komen2 sedara banyak auta dari fakta..sedara cuma selagi boleh untuk spin dan spin fakta didepan mata..Cuba membela yang bersalah dgn menyalahkan pihak lain..tapi itu bukan kejutan,kesemua komen2 dalam blog yang ada sekiranya terdapat komen dari pihak penyokong najib sama dan serupa dgn komen sedara .kalau tak menyalahkan pihak lain,cuba spin keadaan dan banyak aura dari fakta.terperangkap dalam teori domino yang direka berdasarkan andaian sedara sehingga sedara lupa melihat fakta dan bukti didepan mata..
      Zaman Tun M memerintah Malaysia sudah berlalu sedara,alhamdullilah 22thn pemerintahan Tun,Malaysia dapat berkembang dgn jayanya dan selamat diwarisi oleh TAB dan skrang ni sedara zaman najib..masalah yang berlaku skrang ni masalah najib,ditimbulkan dan dicipta oleh najib.tak perlukan saya huraikan satu persatu sebab sy yakin sedara dan rakyat jelata tahu hal ini..jika dihuraikan 7hari/7malam tak habis sedara..jadi cukup-cukuplah sedara cuba spin keadaan dan menyalahkan pihak lain sebab dengan bukti dan fakta yang ada ia menampakkan kebodohan sedara..
      Janji Allah mati itu pasti,syurga dan neraka itu pasti.akan tiba saat di Padang mahsyar setiap amalan kita dihitung satu persatu walau sekecil zarah..saat kita dihidupkan,keadaan fizikal kita sama dgn zaman nabi Adam iaitu lebar sebenar 6 hasta dan amalan kita dihitung satu persatu tanpa terlepas walau sebesar zarah.
      Tangan yang sedara guna untuk menaip setiap komen auta akan dibebankan untuk berkata-kata dan akan menjadi saksi sedara..
      Jadi cukup lah sedara,samaada sedara dibayar atau tidak cuba untuk auta fakta yang ada didepan mata dan menghebahkan teori yang tak tahu hujung pangkal..sedara jangan bimbang yang menentang najib sekrang bukan terpegaruh dengan pujukan tun M bagi membolehkan mukhriz jadi PM..jika Tun M melakukan pekara seperti najib lakukan skrang,rakyat pasti akan bamgkit menentang.. sekiranya sedara masih ingin komen atau memberi pendapat nasihat sy pastikan ia berdasarkan fakta yang jelas seperti jumlah Wang yang ada dalam akaun najib sedara..ha itu fakta sedara bukan auta
      No hard feelings sedara,tujuan sy menegur sebab sedara sesama Islam..sesungguhnya azab neraka jahaman amat menyakitkan sedara .Api dunia kita tak boleh tahan,ni cuba sedara sayangkan Api neraka yang panas berkali ganda membakar tubuh sedara disebabkan komen-komen auta sedara tulis..
      Jadi lah insan yang bijak menilai fakta yang jelas dan nyata dari memberikan komen2 yang auta dan berhentilah dari cubaan spin keadaan serta menyalahkan orang lain..
      No hard feelings sedara .Assalamuaikum sedara..

      Delete
    3. Anak watan6:43 AM

      Ya ke DSN bersifat terbuka? Terbuka apa ke benda sampai larang guna singkatan BERSATU. Apa yang nak ditakutkan sangat dengan perkataan 'bersatu' tu. Berlapang dada dan terbuka la sangatttttttt...(kedua-dua tangan di dada).
      Mukhriz adalah salah seorang AJK penaja. Tidak benar susunan seperti yang digambarkan kerana perjawatan belum lagi diwujudkan. Yang kita tahu Presidennya TSM dan Pengerusi Tun M. Tun M dekat situ hanya penasihat atau mentor sahaja. He is there to guide and lend his credential to the party. He doesn't run the show.
      Tak perlu sampai billion-billion untuk dana parti. Kepada yang memegang prinsip 'cash is king', wang ringgit adalah merupakan perkara wahid pasal sogokan dan dedak sudah menjadi lumrah dan darah daging dalam parti. Bermula daripada pucuk pimpinan sampailah kepada ketua-ketua di peringkat bahagian. No money no talk. When I kiss your hand, you must give me money. Kachingggg!!...
      Soal wang tidak pernah dibincangkan ketika parti dalam stage formulation. Tiada dalam perancangan parti untuk memberikan imbuhan dalam bentuk wang kepada para pemimpin atasan seperti 2 juta untuk si A for the job well done, 1 juta untuk si B untuk sokongan tidak berbelah-bagi atau 50 ribu untuk si gadis. Tiada dalam agenda dalam waktu terdekat untuk sponsor lawatan bagi ketua cawangan makan angin ke Dubai atau diganti dengan RM jika trip tersebut dibatalkan. Benda tu semua tidak ada. Seperti yang dijelaskan sebelum ini wang ringgit bukan keutamaan kerana setiap pemimpin dan ahli-ahli parti ini perjuangannya bukan untuk mengisi tembolok. Kita ada misi dan visi. Misi kami ialah untuk mengembalikan negara ke landasan demokrasi dan kemakmuran dan juga untuk menaikkan semula maruah negara yang tercalar dek tingkah laku pemimpin korup dan durjana.

      Delete
    4. 1.Isu jenama BERSATU tidak boleh diguma pakai dan ROS tidak dapat membenarkan sebab ada bantahan dari UMNO.Ini kita semua tahu.Dalam lagu UMNO ada beberapa kali perkataan bersatu di sebut.Salahkan Najib?.Tun pernah nyanyi lagu ini.

      2.Selagi Najib tidak didapati bersalah oleh Bank Negara,MACC,PAC dan akhirnya Pihak berkuasa polis he remains innocent until proven guilty in the eyes of law.eg DSAI was proven guilty and was jailed.Tun was a smart leader he puts more than a hundred person into jail under ISA under various offences.His TPM FSAI is one.There are things that i know including that 100 billion money and other failures Tun committed through my research and too many to mention here and how many cronies and proxies he has Daim included among others.Ahemm....
      As a muslim i chose NOT to 'mengaibkan" manusia. DSAI diaibkan dan maruah keluarga tercalar.Mana mungkin sebegitu mudah DSAI mahu bekerjasama dengan Tun dengan apa yang terjadi.Apa yang common adalah PKR dan parti baru ini mempunyai objective yang sama menghancorkan dan mengalahkan UMNO dan BN pimpinan Najib di PRU 14.Ingat !) ramai diluar sana yang menyokong perjuangan PM Najib untuk rakyat merhain.Saya sokong gomen yang diterajui UMNO dari dulu lagi termasok ketika Tun sebagai PM.Do you honestly think Tun M is really corruption free?.It pains me to see Tun M has lost his direction at his twillight years.Allah knows.

      3." My cats die.I blame Najib and UMNO"

      Saya ikhlas dan jujur memberi pandangan.Hanya Allah yang lebih mengetahui.

      Thank you.

      @Kampong man

      Delete
  24. sukasamasuka11:33 AM

    Datuk,

    Kebebasan bersuara.

    1. Setiap kita berhak untuk bersuara dan berkongsi maklumat antara satu dengan yang lain...hak ini di kurniakan olih Allah Taala, bukan nya manusia atau pun mana mana institusi kerajaan UMNO/BN seperti Polis, pihak tentera dan anggota biasa pertahanan awam.

    2. Polis, tentera dan pertahanan awam...terdiri daripada orang awam biasa, mcam Datuk dan aku juga...tetapi setiap kita memainkan peranan berbeza beza dalam mempertahankan kedaulatan negara...Datuk dengan karya menulis...Polis dengan mengawal keselamatan...dan, aku pula bayar GST walaupun tukang jual mee goreng ditepi jalan...macam juga si Mat Bakar di Langkawi...

    3. Kebelakangan ini aku rasa, situasi di dalam negara kita sudah mencapai ketahap dimana kaki tangan "kerajaan UMNO/BN" ini sudah macam "orang gila" dan hilang akal yang rasional terhadap rakyat...pada hal, walaupun kerajaan bertukar tangan, mereka bukannya dibuang kerja...sebab, hanya tampuk kerajaan sahaja yang bertukar, bukannya kaki tangan kerajaan yang ada...

    4. Aku harap kerajaan baru dapat mengembalikan hak bersuara rakyat...dan kebebasan untuk kita memilih kehidupan yang kita suka serta kebebasan beragama...jangan la kita ulangi lagi kepincangan2 yang ada selama kita bersaudara dan bersahabat dalam Malaysia...kita hormati la hak orang Melayu...orang Cina...orang India...orang Kadazandusunmurut...orang Iban, Dayak, Melanau...hak Islam, hak Kristian dll...bukan dengan janji kosong...tetapi dengan kejujuran.

    5. Akhir sekali, tolong la jangan gunakan kaki tangan kerajaan untuk mengintip aktiviti harian orang awam biasa atau pun menakut2kan mereka...kami ini orang biasa saja ba bos ku...orang biasa saja ba kami ini...bukan nya kami ada kuasa, bukan nya kami ada duit...kami ini pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...jangan la kamu suruh orang kamu menakut2kan kami melalui pangilan telefon dan watsup sebab durang itu pun orang biasa juga macam kami....

    APA LAGI BA YANG KAMU MAU DARI ORANG YANG MACAM KAMI INI?...CAKAP LA, APA YANG KAMU MAU?...KAMU MAU NYAWA KE?...KASI TAU SAJA LA BA KALAU KAMU MAU NYAWA?...NYAWA KAMI MURAH SAJA...KAMU MAU PUKUL KAMI?...KAMU MAU GUGAT KAMI?..KAMU MAU KASI SAKIT KAMI?

    ATAU, ITU SAJA KE YANG KAU MAU DARI KAMI, NAJIB?...ADA LAGI???

    ReplyDelete
  25. Zed-8512:17 PM

    Sallam Dato’

    Saya rasa kalau tidak silap, nama parti boleh diubah kemudian hari.

    Di Indonesia banyak bertimbun parti politik. Namanya boleh diambil, sepertimana parti Amanah, Parti Keadilan.

    Ada juga perkataan seperti “Kebangkitan”, “Perjuangan” yang diguna di Indonesia. Mungkin Parti Perjuangan Pribumi Malaysia adalah baik. Tidak pasti saya sekiranya boleh diterima oleh ROS ataupun perlu ditukar oleh PPBM kerana ungkapan “Bersatu” tidak dapat digunakan.

    Perkara yang paling penting, kalau kita ambil dan rujuk kepada keputusan 2 PRK yang dahulu, strategi satu lawan satu mestilah menjadi keutamaan.

    Kalau di Indonesia, ada 2 koalisi (coalition) iaitu Koalisi Indonesia Hebat dan Koalisi Merah Putih yang bertanding dalam pilihanraya umum mereka.

    Koalisi Indonesia Hebat menang. Ianya terdiri dari 8 parti politik yang bergabung.

    Kalau di Malaysia kita ada Pakatan Harapan dan BN. 2 koalisi (coalition) yang besar.
    Setakat ini adanya Pakatan Harapan + 1 atau Pakatan Harapan + 2, begantung kepada PAS.

    Bagaimana agaknya strategi yang hendak dibuat supaya “satu lawan satu” dapat diadakan?

    ReplyDelete
  26. Kadiag, salaam.
    Aku lagi ni, mintak maghap awai2 kad hang pasai banyak makai ruang blog hang ni...kali ni nak balaih komen 'kampong man' 7.52 pagi.
    Ringkaihnya :
    1. Banyak parti 'politik' dan ngo pakai kata "bersatu" termssok UMNO sekali, tapi dalam basa mat saleh, Setakat aku ingat, baru kali in kata tu tak bulih pakai,
    2. Sebuah kerajaan kleptokrasi tak munkin 'demokratik'. Untuk magna 'kleptokrasi' dan 'demokratik', tulung tengok kamus ka, Wikipedia ka....
    Sekian saja...
    Aku..

    ReplyDelete
  27. Salam Datuk

    PPBM harus cepat2 mendekati org kampung. Mereka ini boleh juga di anggap sebagai ' King maker ' untuk menentukan kemenangan calon atau parti.

    PPBM harus skrg memikir utk membuka Cawangan di kampong2. PPBM tidak perlu ada Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian pada masa ini. Hanya perlu Wakil yg boleh menerangkan kpd org2 kampung matlamat, misi dan visi PPBM sebagai satu alternatif kpd UMNO yg skrg sudah penuh dgn perasuah2.

    It has to be done soonest.

    ReplyDelete
  28. Unity wins the day8:33 AM

    Agree with Zalman, the best strategy is keeping to the most simple:

    Melayu Pro-Corruption vs. Melayu Anti-Corruption.

    This is a simple concept that ALL voters can grasp.

    PPBM, PKR and the Amanah team to model themselves as the unified BERSATU team against the country's thieves, corrupters and sinners. There's no ROS restriction in calling themselves the bersatu i.e. unified team (hehehe).

    Get this concept to the grassroots straightaway, familiarise the urban and rural rakyat, sehati sejati, one bersatu/unified heart, one bersatu/unified soul in the mother of all fights for the soul and heart of Malaysia.

    ReplyDelete
  29. kpg man,

    sorry to bother. but it overwhelming when u give assurance tats nothin gonne change…..everything ‘ll come out clean n unscathed……d roar is merely from some noise generators! sir, any conviction n loyalty to d landlords or partylords….there must be an indisputable truth behind it. when they r heading toward a cliff….i dun think u can trust d crash anymore. so, i immensely dun understand y u keep espousing d fallouts. even as a diehard supporter u must ve something to reason with. as man of experience u must hv lot better order. dun claim democracy is done by a mere ros registering approval its a reactionary…..an insolent to democracy itself. am quite a nutter myself…cgpa just so so . but i dun play d emotion with those kind of jesters.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boy,

      1.Thank you and I appreciate your fair comment.In some ways i am representing the feelings of the have not kampong folks who know nuts about 1MDB but their survival through their UMNO and BN.At least that is the feelings of my kampong folks gidhermen in Melaka.This is where Najib strength lies with the majority rural folks that matters.They look to Najib to assist and help them through the various transformations he made.Najib won Pekan by a big majority (35,613) and Muhyiddin in Pagoh (12,842) despite more than 91% nons voted for the oppositipn (PR) especially DAP dumping MCA/Gerakan last GE you see.

      2.I know you are not a malay but i am never a racist myself.I employed nons engineers base on merits and requirements in my own O&G business.

      3.It is not that i adore Najib gila gila like some here hated Najib gila gila and praise Tun M gila gila.They use alternative and the social media to pass judgement by creating hatred to the PM.I disagree with the approach. They,unfortunately,fail to see his (Najib) good and positive contributions It is a bit unfair.Further,they even hit at PAS unfairly,just because PAS has quit the opposition coalition and appear not wanting to be associated with the them.Pas too has a brand name especially in the state of Kelantan ,Terengganu and Kedah.It is all about political strategies by both the opposition and the ruling gomen,BN.
      The opposition is playing the blame game to gain voters support as usual. You glaringly see it here and i can quite understand.You will see more of this hatred campaign as the election draws nearer.Don't you worry.

      Enjoy your sunday and Thank you.

      Delete
  30. Kelihatannya PAS tidak mahu bersama gabungan pembangkang. PKR, DAP, PAN dan PBNM perlu realistik dengan kuasa PAS sebagai pemecah undi untuk memenangkan UMNO. PAS sendiri akan kehilangan banyak kerusi daripada tindakannya itu atau mungkin terus tiada kerusi lagi selepas PRU14 kerana kemenangan PAS dalam PRU13 amat ditolong oleh elemen DAP dan PKR serta faktor mereka yang kini dalam PAN. Orang UMNO yang jaki dengan UMNO sekarang sudah ada pilihan tambahan, iaitu PAN atau PBNM. Pengundi atas pagar perlu maklumat lanjut dan lebih jelas mengenai salah laku UMNO berhubung 1MDB. Semua salah laku 1MDB adalah salah laku UMNO kerana walau pun dilakukan oleh individu parti itu sudah sudah kelihatan monyok macam ayam kena tungau tak reti nak mengambil tindakan untuk memperbetulkannya.

    Gabungan baru ini perlu bekerja untuk mencari kesepakatan pembahagian kerusi sesama mereka dan mula menanamkan dakyah (? mungkin juga memang benar jika dilihat dari bahasa tubuh Hadi dan Hron Din) bahawa PAS sedang main belakang dengna UMNO dan cetuskan slogan "Beri undi PAS sama macam beri undi pada BN" masa PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
  31. AnakPeneroka7:11 PM

    Assalamualaikum Datok,Alhamdulillah nampaknya dengan kelulusan untuk penubuhan PPBM dari pihak ROS maka,bertambahlah lagi pilihan untuk rakyat Malaysia memberikan kepercayaan dan amanah untuk mentadbir negara tercinta ini.Dalam kegembiraan meraikan kelahiran PPBM yang ingin diangkat sebagai wadah penaung pribumi Malaysia,hakikatnya masih banyak ranjau dan duri yang perlu diterjah dan di tebas sepanjang laluan ke putrajaya.Harapan rakyat agar kehadiran PPBM akan dapat meraut jalan untuk menyatukan parti-parti pembangkang di negara ini agar menjadi satu pakatan yang kuat dan bersedia pula untuk bertolak ansur membahagikan kawasan untuk ditandingi.Janganlah bermimpi untuk ke Putrajaya sekiranya berlaga dan bertembung sesama sendiri di PRU 14 nanti.Lupakan PAS.Mereka sedang seronok memadu kasih dengan UMNO.Bersama dengan parti-parti lain sudah cukup untuk membentuk kepaduan.PPBM ini walaupun baru lahir kedunia politik,mereka yang mewujudkannya tidaklah sembarangan.Kekuatan Tun M sebagai negarawan,ditambah dengan Tan Sri Muhyidin sebagai Presiden penaja cukup untuk menyukat pengaruh dan kesannya dalam politik Malaysia.Tun M adalah arkitek kepada pembangunan Malaysia.Hanya yang buta hati dan cacat pemikiran sahaja akan menafikannya.Saya adalah generasi yang lahir pada 7Oan dan membesar di zaman Tun sebagai PM.Membesar dan menjadi dewasa pada zaman saya adalah sangat menyeronokkan walaupun saya hanya anak peneroka Felda tidak mewah dan berharta,namun kehidupan tidak pula membebankan seperti hari ini.Itulah hakikatnya dan kerana itu kehadiran kembali Tun M dalam politik perdana negara ini begitu mengujakan rakyat biasa seperti saya.Besar harapan kami agar Tun M dapat membimbing dan menyatukan Pakatan Harapan agar segala harapan untuk menjadikan Malaysia negaraku tercinta ini lebih baik dan mengembalikan maruah yang tercalar akibat skandal kleptokrasi yang tidak pernah terpikir oleh orang-orang biasa seperti saya.
    Cuma Datok,apabila disebut pribumi sudah tentu ramainya mereka ini di kawasan luar bandar di kampung-kampung dan Felda.Mereka ini jugalah yang begitu setia selama ini menjadi pengundi tegar Umno dan BN.PPBM perlu fokus untuk mengurangkan atau merampas undi-undi dari kawasan ini jika berhajat untuk menumbangkan BN.Salurkan semaksima mungkin kekuatan dan pengaruh PPBM di kawasan seperti ini.Saya lihat walaupun ada kehadiran parti-parti seperti Amanah di kawasan tempat saya,namun ianya kurang mendapat sambutan masyarakat.Mungkin rakyat sukar untuk memberikan kepercayaan kerana tidak merasai pengalaman pentadbiran mereka.Justeru PPBM perlu segera mengerakkan jentera untuk menubuhkan cawangan-cawangan di kawasan luar bandar agar tulang belakang kepada kekuatan BN dapat ditembusi untuk mengurangkan deposit tetap BN pada setiap PRU.Dewasa ini pun Datuk,Felda dihambat dengan pelbagai isu.Dan yang paling meranap hati anak peneroka seperti saya apabila duit Felda habis dikerjakan sehingga untuk bayar kontrak tuai sawit dan lain-lain kerja rutin pun telah tertangguh 3 bulan.Haramzadah mereka ini.Habis duit peneroka mereka sapu.Walaupun ramai dari kami penyokong tegar BN selama ini,namun bila melihat apa yang telah mereka pemimpin Umno lakukan,hanya yang menyara anak bini dengan sokong Umno sahaja akan terus mendokong pemimpin biawak hidup seperti MO1 dan konco-konconya.

    ReplyDelete
  32. Salam Sejahtera.

    Parti ini ada synergy dgn adanya Tun, suatu yg cukup dominan dan menarik "persimpati" besar di kalangan rakyat biasa, pekerja kerajaan mahupun pihak swasta termasuk ahli BN-Umno sendiri. Rata-rata pengundi Melayu utk BN-Umno dlm PRU lepas, saat ini sedang "berpecah-belah" pendapat. Ramai drp kalangan ini yg "bersipi-sipi" menyatakan pendapat dan "bersepi" ekoran mengira rasiko timbal-balik. Ada masih samar walau Tun berada di "stereng". Ramai yg menunggu lanskap road map dan kerangka lebih jelas untuk sudut dasar dan visi parti, ciri-ciri Islamic, peneraju-peneraju parti tokoh tambahan, pakatan strategik spt PAS / DAP dll, wibawa PRU parti dan calon-calon; serta penguasaan perspektif (propaganda) para pengundi (khasnya kubu penjawat awam). Jika betul penampakan langkah yang diambil, maka besarlah potensi.

    Mengikut hitungan saya parti baru ini perlu turut mengembeling penerapan nilai-nilai Islam dlm wadah politiknya; hatta membawa masuk golongan ulama dan cendikawan Islam ke dalam parti. Rentetan ini atas dasar keikhlasan, memungkinkan permufakatan dengan Pas yang merupakan parti orang Melayu kedua terbesar ketika ini. Dasar berlembut Pas keatas PM oleh TGHA adalah kurang disenangi oleh pengundi PRU Pas dan segelintir ahli/pemimpin Pas. Jestru, keberadaan kemungkinan itu ada. Cuma pabila mengkuit DAP ramai kalangan orang Melayu tidak merasa selesa. Ada baiknya parti ini menumpu memenangi hati golongan sasar (bumiputra) sahaja kra selepas itu bangsa lain boleh terdorong secara tersendiri
    dgn keterampilan BERSATU PERIBUMI.

    ReplyDelete
  33. keruk keruk3:07 AM

    Agaknya andai kata lah PPBM @ Bersatu ada tabur dedak, kompom kampung man dah daftar diri jadi ahli no.13

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum DAKJ

    Tahniah parti pribumi bersatu dilulus di Malaysia atas kerajaan kini yang menghormati Tun Dr Mahathir agar menumbangkan Kerajaan sedia ada

    Kesimpulan

    Kata-kata Guard Singh Serban : Melayu punya makan dia makan, You punya makan you makan, kena sama-sama lah makan jangan dengki itu rezeki masing-masing.




    Kesimpulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. anti pemakan dedak.8:02 PM

      Mcm tak kena saja pantun tu..cuba sdra belajar menulis dulu...lepas itu sdra belajar berpantun pula, meh.

      Delete
  35. Sokong Najib9:04 AM

    Waghih ti cuma Anjing Kurap upahan UMNO.

    Biar la dia melalak, lama2 jadi Anjing Gila.

    ReplyDelete
  36. Semalam Rahman Dahlan ckp Mahathir sudah 'tidak waras'. Heran jugak mcmana orang 'gila' bolih ckp orang lain tak waras. "In the natural and normal course of human behavior, only an insane person will support a big time thief to be their leader". Najib yg mencuri dgn JLOw US$3-5billion wang 1MDB, masih lagi Rahman masih supportjadi Ketua dia, sah Rahman mesti 'gila'.

    DiUSA dulu hanya org2 gila shj nak Al Capone, Mafia boss jadi pemimpin mereka. Yd duk support Al Capone adalah gangster2 mcm dia shj.

    ReplyDelete
  37. Blame game9:26 AM

    Datuk,
    these are key to fracturing the scared and fractured BN component parties:

    "As the 14th general election draws near, BN component parties are now starting to blame each other for past losses."

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/355351#ixzz4JuDcSP8S

    The bersatu team of PPBM, Amanah, PKR, stop criticizing each other in public, but grasp this wonderful opportunity now to lend these frightened BN/UMNO a hand for them to blame each other. Their walls will fall down on themselves.

    And if the DPM continues to believe in fairy tales, that his boss will relinquish his position after the next election, so be it. He has himself to blame for being such a naive person.

    ReplyDelete
  38. Zed-852:23 PM

    Sallam Kampong Man,

    Sebenarnya kalau kita hendak menilaikan sesuatu perkara, kita menilaikan samada ianya adalah salah atau benar dahulu.

    Adakah sesuatu itu dari sudut etika (ethics), moral adalah benar adalah salah.

    Undang-undang digubal adalah berdasarkan kepada etika, moral dan nilai-nilai manusia. Oleh itu skop untuk etika dan moral adalah lebih besar dari undang-undang.

    Oleh itu, kita perlu menjawap persoalan samada wang yang begitu besar jumlahnya sampai berbillion ringgit dimasukkan dalam akaun peribadi atau persendirian, adakah ini betul dari sudut etika atau moral (Ethics).

    Perkara Ethics atau Etika ada di dalam pengajian sarjana MBA. Seingat saya, pengajian saudara Kampong Man agak tinggi sampai ke peringkat MBA.

    Kalau kita lihat dari sudut undang-undang, mengikut bekas Hakim rayuan, dalam sistem pentadbiran negara kita, tidak ada peguam negara yang akan “Charge” Perdana Menteri ke dalam Mahkamah, kerana PM berkuasa untuk menukarkan Peguam Negara.

    Oleh itu, pembangkang atau PPBM bukan sahaja untuk menukarkan PM sahaja tetapi membuat reformasi institusi-institusi negara seperti Pejabat Peguam Negara, PAC kepada yang lebih baik. Ini perkara biasa dalam dunia ini.

    Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Saudara. Selalu juga saya berhari raya di Melaka, Ujong Pasir.

    ReplyDelete
  39. Assalam Zed-85,

    Terima kasih dengan pencerahan.Saya memahami.Saya yakin semua kita mahukan yang terbaik untuk negara dan generasi kita.

    Saya berpendapat wang yang masok ke akaun peribadi itu mempunyai tujuan tertentu dan tidak ada kaitan dengan wang 1MDB.
    Kita tidak perlu membuat andaian dan spekulasi liar yang mungkin dikuatiri punyai unsur fitnah.Biarlah pihak berwajib membuat siasatan terperinchi kerana yang salah tetap salah dan akan dihukum.

    As for me now,i would prefer to look at the FOREST than the trees.Your concern is my concern too.Kita doakan negara kita Malaysia ini aman,maju dan selamat dan sejahtera.


    Salam Aidul Adha kembali.Mohon maaf pada semua rakan rakan disini sekira ada yang tersingung.Saya cuma tumpang lalu sekejap saja diblog DAKJ ini.

    @Kampong man.


    ReplyDelete