Friday, October 21, 2016

Harta, Kuasa dan Wanita Punca Keruntuhan Rom


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya ambil maklum dan baca di sana sini, tetapi berasa belum berkemampuan dan berinspirasi untuk mengulas mengenainya. Muse – sumber ilham – saya pun tidak begitu bersemangat menyalakan obor kreativiti saya mengenai bajet tersebut.


Saya harap Muse (dibunyikan “mius”) para pelawat dan pembahas lebih sedia bekerjasama jadi bolehlah berbahas dengan tuntas. Saya sediakan ruang untuk tujuan itu di sini. Tetapi kalau “Muse” saudara dan saudari juga kurang memberi kerjasama, boleh lawati LAMAN INI. 
Dalam mitos Greek dan Rom, Muse adalah sembilan puteri Zeus dan Mnemosyne yang dikatakan menjaga hal-hal berkaitan seni dan sains.

Tidak hairanlah Muse saya lebih cenderung mengheret saya ke arah sejarah, mitos dan legenda Rom. Mereka merujuk kepada saat-saat genting tamadun Rom apabila Julius Caesar mula berkomplot merampas kuasa untuk mengisytiharkan dirinya diktator.

Di kalangan pembesar Rom yang menentang cita-cita Caesar itu adalah pemikir Marcus Tullius Cicero.

Izinkan saya berkongsi dengan para pembahas dan pelawat sekalian satu perenggan dalam buku “Dictator” oleh novelis Inggeris Robert Harris seperti berikut:

“Perhubungan di antara Terentia dengan Cicero lebih beradab, selain satu hal rumit yang menjadi punca ketegangan sepanjang perkahwinan mereka – wang. Berbeza dengan Cicero, Terentia mengalu-alukan pelantikan suaminya sebagai gabenor. Dia melihatnya sebagai peluang keemasan untuk mengumpul kekayaan. Malah dia membawa bersama ketua orang suruhannya, Philotimus dalam perjalanan ke selatan supaya Cicero boleh memanfaatkan kepandaian Philotimus memeras keuntungan. Cicero menangguhkan perbualan dengan Terentia, tetapi Terentia terus membebel hinggalah ke hari terakhir mereka bersama apabila Cicero hilang sabar.

‘Ketaasuban awak dengan mencari kekayaan sangat-sangat tidak kena tempat.’

‘Keborosan awak membelanjakan wang tidak memberikan saya banyak pilihan.’

Cicero berhenti seketika bagi mengawal kemarahannya dan cuba menjelaskan kepada Terentia dengan lebih tenang. ‘Awak nampaknya tidak faham yang orang macam saya tidak boleh mengambil risiko melakukan tindakan salah. Musuh-musuh saya sedang menunggu peluang untuk mendakwa saya atas tuduhan rasuah.’

Kuasa, harta dan wanita adalah punca utama kemusnahan demokrasi Rom. Daripada kerajaan beraja ia bertukar menjadi republik, diktator dan akhirnya maharaja berkuasa mutlak.

Giaus Julius Caesar seorang yang bercita-cita tinggi. Ketika lemah, dia berkongsi kuasa kemudian apabila kuat dia merampasnya dan mengisytiharkan dirinya diktator ke akhir zaman sehinggalah kawannya sendiri, Marcus Junius Brutus menikamnya dari belakang sampai mati.


Berpidato mempertahankan tindakannya, Brutus berkata: “Kalau ada seorang kawan Caesar bertanya mengapa Brutus bangkit menentang Caesar, inilah jawapannya: bukan aku tidak cukup menyayangi Caesar, tetapi aku lebih menyayangi Rom.”

Tetapi manusia yang tamak boleh mengubah cintanya daripada menyayangi Rom kepada mencintai Ceasar jika dia bangkit dari kuburnya dengan berkoyan emas permata. Emas permata boleh membuat manusia gelap mata.

Wallahuaklam.

47 comments:

  1. sukasamasuka10:08 PM

    Datuk.

    "PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini."


    I gave a rating of -10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Punahsihat10:29 AM

      Wanita boleh menjadikan seseorang pemimpin jadi tidak tahu malu, bengong dan bangang dengan perbuatan "mendrem" yang berkuasakan ilmu nasi kangkang.

      Lebai yang alim pun boleh bertukar menjadi Lebai Malang kalau dah terkena "mendrem" nasi kangkang.

      Delete
  2. Zed-8510:50 PM

    Sallam Dato’

    Berkenaan dengan sejarah Julius Caesar atau Rome ini, seingat saya bukan Brutus sahaja yang menikam Caesar tetapi 5 atau 6 orang.

    Caesar bukan sembarangan orang, empayar Rome luas sampai ke Britain.

    Brutus berpakat dan merancang dengan ramai (accomplice) sebelum bertindak.

    Akhirnya Pakatan Brutus berjaya.

    Saya yakin Brutus tak berpakat dan buang masa dengan geng-geng “agree to disagree” atau mereka yang selalu kata “walaupun kalah tapi dekat akhirat menang”

    Geng-geng ini patut diajak berpakat dalam soal-soal seperti samada hotdog atau root beer halal atau haram.

    ReplyDelete
  3. sukasamasuka10:55 PM

    Datuk.

    " Giaus Julius Caesar seorang yang bercita-cita tinggi. Ketika lemah, dia berkongsi kuasa kemudian apabila kuat dia merampasnya dan mengisytiharkan dirinya diktator ke akhir zaman sehinggalah kawannya sendiri, Marcus Junius Brutus menikamnya dari belakang sampai mati."

    1. Kita pun ada cerita (dongeng?) yang sama antara Hang Tuah (yang sayangkan ketuanan "Ceasar") dengan Hang Jebat ("Brutus" yang lebih sayang kepada "ketuanan" daripada Ceaser untuk menegakkan keadilan demi bangsa, agama dan negara).

    2. Terpulang kepada bangsa Melayu sama ada mereka mau jadi "Hang Tuah" atau mau jadi "Hang Jebat".

    3. Melayu tidak ada pilihan yang lain.

    4. Kalau orang Melayu mau jadi Hang Tuah...bangsa ini akan pupus jua akhirnya seperti yang Dia telah janjikan dalam AlQuran...dan, yang tinggal hanya la kenangan sejarah sahaja...sebab, Dia tidak pernah mungkir dengan janjiNya...soalannya, bila?

    5. Kalau orang Melayu mau berubah jadi Hang Jebat...maka Dia juga telah berjanji yang Dia akan ubah nasib bangsa itu...Dia tidak pernah mungkir dengan janji-janjiNya...Dia bukan Tuhan kalau Dia mungkir janjiNya!

    ReplyDelete
  4. sukasamasuka11:11 PM

    Datuk.

    "Kuasa, harta dan wanita adalah punca utama kemusnahan demokrasi Rom."

    1. Harta (kuasa), wanita, arak dan judi ada la punca kemusnahan manusia seperti yang di janjikanNya...semua ini ada pada ciri ciri kepimpinan UMNO Melayu sekarang ini.

    2. Harta (kuasa) : hutang, rasuah, mencuri, menipu, pecah amanah...hutang RM50 billion 1MDB, Derma RM2.6 billion dalam akaun peribadi PM Najib dan, RM42 juta dalam akaun peribadi PM Najib.

    3. Wanita: kes Atlanyuya tiada penghujungnya.

    4. Arak: duit curi digunakan untuk berfoya-foya di kelab kelab malam olih anak2 dan kawan2 mereka.

    5. Judi: duit curi untuk buat business casino di Las Vegas.


    Dia sudah berjanji...Dia tidak akan mungkir janji...tunggu bila saat nya...dan, masanya sahaja...ini bukan "janji janji kosong Melayu UMNO"!.

    Sedikit sebanyak kita sudah nampak pada siang tadi masa pembentangan Bajet 2017.

    Begini ke sikap pemimpin UMNO Melayu?

    Sungguh Biadap!

    ReplyDelete
  5. Ucapan Bajet Atau Ucapan Politik ?

    ReplyDelete
  6. Sulaid7:19 AM

    Saya ingin memetik kata kata ini " we are at best when we condemn", itu lah yang berlaku dalam negara ini sekarang samada topik politik, ekonomi dan lain-lain. Sedikit benar yang mengguna pendekatan memberi pendapat membina. Yang berpelajaran tinggi, yang berjawatan professional, yang bergelaran semuanya serupa bak bait lagu nyanyian Zainal hijau.

    ReplyDelete
  7. husin lempoyang7:45 AM

    Indah khabar dari suratkhabar bajet najib ni.
    Penjawat awam ramai mengeluh apabila banyak kemudahan dan peralatan di jabatan dan pejabat sudah tidak mampu di maintain sebab belanjawan tidak cukup.

    ReplyDelete
  8. Dalam dunia demokrasi bajet adalah untuk mengatur sosio-ekonomi rakyat dan semestinya juga untuk mempastikan kelangsungan sokongan rakyat (undi rakyat) kepada kerajaan yang membentangkan bajet. Pertambahan peruntukan kepada kumpulan sasar sememangnya untuk merealisasikan dua matlamat diatas. Maka, tidak ada gunanya mempersoalkan kebijaksanaan bajet oleh Menteri Kewangan kerana bajet itu memang untuk kepentingan parti dan dirinya. Kehidupan dunia ini adalah realiti bukannya teori atau fantasi.

    Misalnya, seorang Tok Empat yang mendapat pertambahan elaun semestinya akan berusaha lebih giat agar jawatannya tidak terlepas kepada orang lain; maka tentulah dia akan berkempen lebih kuat agar rakyat dibawah jagaannya menyokong kerajaan yang melantiknya menjadi Tok Empat. Ada Tok Empat yang cuba menjelaskan dasar-dasar kerajaan sesuai dengan tahap intelek anak buahnya tetapi ada juga yang memilih cara samsing dengan menggertak dan mengugut anak buahnya serta menghalang apa jua elemen anti-kerajaan memasuki kampung-kampung dibawah jagaannya. Ada habuan tambahan kepada Tok Empat, iaitu melaksanakan pembangunan kampungnya dengan peruntukan yang boleh mencecah ratusan ribu RM. Faham-faham ajalah siapa yang akan dapat kontrak pelaksanaan projek tu.

    Apabila ada kelompok yang mendapat lebih manfaat daripada kelompok lain maka pastilah ada kelompok yang menerima pengurangan bajet, misalnya bajet kepada sebahagian IPTA dan institusi pendidikan (kecuali Permata, mungkin). Tetapi tentulah sudah dibuat analisis sebelum bajet; kumpulan yang dikurangkan peruntukannya adalah yang kurang impaknya kepada peti undi. Dalam kes Kementerian Pelajaran, para guru, pensyarah dan staf mereka telah menerima habuan yang relatif besar sebelum ini dalam bentuk struktur gaji yang muai. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Yang terjejas adalah pelajar kerana dengan bajet yang menguncup bermakna menguncup juga fasiliti pembelajaran mereka. Sudah ada sekolah yang meminta ibu-bapa menyumbang satu rim kertas cetak bagi setiap anak yang bersekolah. Peralatan makmal, bilikdarjah atau padang permainan yang rosak atau habis pasti akan menunggu masa yang lebih lama untuk dibaiki atau diganti.

    Kehidupan rakyat Malaysia belum benar-benar terjejas maka amat sukar untuk mengajak mereka menukar kerajaan sepertimana yang diinginkan oleh majoriti pengunjung blog ini (termasuk saya). Perkhidmatan pendidikan dan kesihatan di Malaysia masih lagi murah atau percuma dan boleh dicapai oleh majoriti rakyat. Kita masih lagi mudah bertembung dengan rakyat Malaysia didestinasi pelancungan luar negeri teruatama di negara Asean, Asia dan juga di Balkan, Turki, Australia dan England. Jemaah Malaysia di Makkah masih ramai seperti dulu. Di Bandung Indonesia hampir separuh para wisatanya dari Malaysia. Warong dan restoren masih ramai dengan pengunjung. Warong Ana Ikan Bakar di Kuantan padat dengan pengunjung sama macam di food court sate Willy Kajang. Apo nak dikato.

    BR1M terus bertambah... air laut bertambah masin di pokan Port Dickson... apo nak dikato.
    Pembangkang masih belum bersatu ... apo nak dikato.
    WAWASAN 2020 pasti gagal dicapai, tapi takpa, mereka cipta slogan baru TN50.
    Yang berbahas dan mahukan perubahan adalah golongan menengah, oops .. menengah bawah dan golongan pemikir macam Dato' lah. Yang benar-benar boleh bawa perubahan adalah yang sanggup berdemonstrasi macam Hishamudin Rais... setakat jadi keyboard warrior tak banyak impaknya. Suharto Indonesia tidak berganjak dari tahtanya jika tidak disebabkan ada darah mahasiswa tumpah sewaktu demonstrasi, begitu juga dengan Hosni Mobarak di Mesir. Itulah faktanya.

    Perjuangan menegakkan keadilan tak pernah selesai kerana watak dan settingnya terus berubah dari zaman ke zaman.

    ReplyDelete

  9. Najib sudah mansuhkan semua legasi Tun Mahadir
    YANG DIBANGUNKAN SELAMA 22 TAHUN, including
    WAWASAN 2020 digantikan dengan TN (TAHUN NAJIB...??) 50!!!
    Nero membakar Rome yang dibangunakan beratus tahun menyebabka
    wujud pepatah, "Rome cannot be built in one night".
    Apakah bentuk legasi yang bakal Najib tinggalkan
    selain daripada HUTANG beratus billion....????
    Dengar cerita, KWSP pun dah mula nak berhutang 1.2 or
    is it 12 BILLION kerana duit simpanan orang ramai sudah
    tipis digunakan untuk meningkatkan image Najib.
    Mungkin Najib nak bina kubur paling besar macam kubur
    Shih Wang Ti. Tujuh lapis dipenuhi askar Terracotta.
    Kubur Najib mungkin 7 lapis dipenuhi keranda penuh duit
    yang dikumpulnya selama 50 tahun berkuasa.
    HIDUP TN50!!!!!!
    Bolehkah duit ini membeli SORGA.....?????

    ReplyDelete
  10. James Labu11:41 AM


    Salam,


    Bandingkan ucapan TDM dan DSN dalam PAU.

    Bandingkan ucapan TDM dan DSN dalam pembentangan belanjawan.

    You can see the professionalism and leadership in TDM.

    You can see the clown and hollowness in DSN.


    ReplyDelete
  11. Zalman A12:04 PM



    1MDB PART 2. LET'S CALL IT 2MDB.

    Datuk,

    There are unholy things going on.

    a) Malaysia is keen to reach a settlement with Abu Dhabi's sovereign wealth fund Aabar over a US$6.5 billion dispute with 1Malaysia Development Berhad (1MDB). This is akibat kerjasama di antara lanun Bugis, middleman Cina montel, dan 2 kawan Arab nya in the Kongsi Gelap-Songlap who planned the diversion of the 1MDB bonds.

    b) They want to pay this off quietly.

    c) The govt was reportedly trying to settle a vastly overpriced rail contract with the Chinese to use the funds to pay off 1MDB debt.

    Here are the full details:

    https://dinmerican.wordpress.com/2016/07/26/najib-razaks-secret-deal-with-china/

    d) The PM’s ‘cunning plan’ is to get the Malaysian Government to agree to inflate the actual cost of the East Coast Rail Project from only RM30 billion to RM60 billion, all to be borrowed from the Chinese Government, in order to disguise the payment of 1MDB’s (and Jho Low’s company) debts. Yes, there are two Jho Low companies in the deal.

    "COMMENT: I just can’t believe the extent to which our Prime Minister will go to cover his tracks over the mess he and his cohorts created in 1MDB, the so-called sovereign fund. Doesn’t his Cabinet colleagues realise what they are putting themselves into, given that they are equally culpable and responsible  as they apparently approved this deal.  Prime Minister Najib is unstoppable. He is Law unto himself."

    e) The govt completely denied all this when the report came out.

    Yesterday, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil basically confirmed the whole plot by stating the cost of the project is RM55 billion.

    f) Mappadulung is now in a position where he thinks he can steal money with complete immunity. His "loyal but not smart" coolies in Umno do not, of course, care, They are just waiting with begging bowls for the next round of stolen dedak. His barua2 in the system will cover all his wrongdoings.

    g) The country is in huge danger. This deal must not go through. The Liow fellow can try to explain how the cost ballooned by RM25 billion overnight, but he just takes orders. This must be taken to court to obtain an injunction to prevent the project from happening.

    h) The deal is for the benefit of various criminals. These people will happily sell off the national interest to save themselves. Hope the Rulers are watching closely.

    ReplyDelete
  12. sukasamasuka12:23 PM

    Datuk.

    1. Pepatah Melayu ada berkata..."ukur baju dibadan sendiri"...

    2. Budget 2017 ada lah "deficit budget financing"...konsep berhutang untuk berbelanja...satu trend yang paling bahaya yang akan menambah kan lagi hutang negara dan seterusnya akan membebankan kesemua 30 juta rakyat yang membayar cukai GST.

    3. Pendapatan negara 2017 semakin berkurangan sebab tiada inisiatif baru untuk mengembangkan aktivity ekonomi selain daripada bergantung pada internal consumption untuk mengutip lebih dari cukai GST.

    Pada dasar nya ini akan terjadi sebab harga barang naik, kutipan cukai GST akan naik, bukan kerana tambahan consumption.

    4. Fiscal kewangan kerajaan UMNO-BN kali ini sangat lemah sebab tidak menampakkan membuka peluang pekerjaan baru dan usaha2 untuk menurunkan kos sara hidup.

    5. Sudah masanya kerajaan baru pimpinan Bersatu merangka suatu dasar ekonomi yang lebih mantap dan progresif...UMNO sudah gagal!

    ReplyDelete
  13. maaf utk kesekelian kalinya saya tidak berminat langsung utk mengikuti ucapan bajet 2017 kerana terlalu menyampah utk melihat wajah Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak

    ReplyDelete
  14. Kadiag, salaam.
    Dan apa habag...? Aku ni nampaknya dah kena penyakit "musing" kalu ditagrif sebagai ~mengelamun~. ni kod orang yg tera spiking macam hang kata "muse" barangkali....
    Aku pon tengok dlm kamuih 'vocabulary.com', ni dibawah aku tempek siap dgn sinonim dia sekali:

    "muse
    ... reflect deeply on a subject
    Synonyms:
    chew over, contemplate, excogitate, meditate, mull, mull over, ponder, reflect, ruminate, speculate, think over
    Type of:
    cerebrate, cogitate, think
    use or exercise the mind or one's power of reason in order to make inferences, decisions, or arrive at a solution or judgments"

    Aku tak mau masuk magna dari penglipor lara yunani purba sembilan dewa tu....laa ni pon macam2 "simbolisma" melanda dan dah masok dlm kesedaran masyarakat; "wonderwoman" dipilih jadi simbol perkasakan pompuan olih bangsa2 bersatu, sebelom tu "Tinkerbell" dan "Winnie the Pooh". Rasa kalu biag kat depa macam dok dunia katun.

    Dan balek cereta bajet 2017, yg bentang tu ingat dia layak ka...? Tapi itu tak mustahak pada orang keturunan Ponorogo, yg katanya dari Bagan Datuk tu, siap puji melangit... hang tak rasa macam katun ka...? Munkin orang spiking gomen kata "infantile". Dalil2 dia aku tengok macam tak seberapa. Munkin tak lama kumudian, ada pulak 'supplementary' bajet.

    Dlm pada tu ada pulak benih2 atau bibit2 selingkohan baru....rel kereta api pantai timog, dan politik ekonomi Malaya munkin betumpah darah lagi...gamaknya.
    Munkin elok jugak tutup mengelamun aku ni dgn sikit senikata John Lennon(?) dlm lagu "a day in the life"

    I saw a film today, oh boy;
    The English army had just won the war
    A crowd of people turned away
    But I just had to look
    Having read the book

    I'd love to turn you on...

    Aku

    ReplyDelete
  15. Hello AKJ roman empire runtuh oleh kerana dendam dan hasad dengki serta kerakusan bekas pemimpin serta pendita yang telah hilang ketajaman pena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO-BN Empire akan runtuh disebabkan keBANGANGan/KORUP/BULLSHIT Najib@MO1@Dedakdistributor@Bugislanun yg melabuhkan sauh ketika layar pininsi dikembangkan.

      Delete
    2. kur kur3:40 PM

      Waktu Madey jadi PM semua rakyat tak kira bangsa sokong dasar dan polisi dia kecuali pembangkang yg tiada modal nak lawan balik.

      Kini MO1, majoriti rakyat apatah lagi pembangkang meluat dgn sandiwara nya. Modal kepincangan 1mdb terang dan nyata. Yang menyokong cuma macai, pemakan dedak dan penjawat awam yg terpaksa talam dua muka.

      Delete
  16. husin lempoyang8:16 PM

    Siapa lah nak percaya kalau yg bentang bajet tu lanun paling besar di Malaysia.

    ReplyDelete
  17. sukasamasuka8:53 PM

    Datuk.

    "Harta, Kuasa dan Wanita Punca Keruntuhan Rom"


    Ini ada lah surat terbuka untuk Warisan, Sabah...terutama sekali untuk pemimpin2 muda dan bersih seperti Darrel Leiking (ex PKR) dan Junz Wong (ex DAP)...aku harap kamu dapat membaca...


    Pemimpin2 politik Sabah yang lalu, tanpa berkecuali, kebanyakan nya pemimpin politik yang paling korup di Malaysia dan di dunia....sejak Sabah dalam Malaysia hingga la ke hari ini...terutama sekali yang mengelar diri mereka Bumiputra Sabah dan yang beragama Islam.

    Jadi kita orang Sabah tidak pernah merasai dan menikmati kerajaan yang bersih selama ini...tetapi, kita terpaksa menerima apa yang ada, sebab itu saja yang kita ada.

    Mungkin satu hari nanti juga, kamu2...pemimpin muda hadapan Warisan, seperti Darrel Leiking dan Junz Wong...tidak dapat melepaskan diri kamu dari tamak harta, gila kuasa dan suka berpoya poya dengan perempuan...aku tidak sentuh pasal minum arak sebab itu adalah sebahagian budaya orang2 Bumiputra bukan Islam di Sabah.

    Bagi kamu pemimpin hadapan Warisan yang bukan Islam...tunjukkan la sikap baik kamu...tunjukkan la betapa baiknya kamu orang Kristian...lagi baik dari orang Islam.

    Banyak contoh pemimpin2 Kristian yang tidak korup....jangan kamu contohi pemimpin2 Melayu/Bumiputra yang korup yang ada sekarang ini terutama yang dalam UMNO.

    Dengan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pemimpin agong Malaysia...YB Lim Kit Siang...rupa2nya dia la seorang pemimpin di Malaysia yang mempertahankan hak hak orang Sabah bila dia membantah dengan sekeras kerasnya usaha kerajaan UMNO di bawah usssin onn jubar untuk memindah perlembagaan persekutuan hingga bumi kita Sabah bukan sama taraf...sebab pemimpin Melayu UMNO belot terhadap Malaysian Agreement 1963!

    Berjuang la kamu demi Sabah dan aku doakan kamu berjaya.

    ReplyDelete
  18. Zed-859:42 PM

    Sallam Datuk,

    Berkenaan dengan wawasan , syarikat besar seperti Telekom, Proton, Maxis ada meletakkan wawasan atau vision supaya ada hala tuju syarikat untuk jangkamasa yang tertentu.

    Yang paling penting dalam wawasan adalah “Hala tuju” ke mana hendak dituju dalam jangkamasa yang tertentu.

    TN50 bermakna tarikh untuk sampai matlamat begitu lama sehingga tahun 2050.

    Dalam masa 30 tahun, banyak perkara akan berlaku.

    Presiden Obama mengatakan bahawa, manusia akan sampai Planet Marik dalam pada tahun 2030.

    Teknologi computer akan berubah dari teknologi “binary” kepada “Quantum computing” pada tahun 2030. Ini akan meningkat kuasa computer berlipat kali ganda.

    Teknologi DNA akan berubah dari membaca DNA kepada menulis (write) yang mana DNA manusia boleh diubah supaya mendapat kelebihan tertentu, sekarang ini sudah pun ada.

    Tekonlogi kereta tanpa drebar “self driving car” dijangka akan menjadi kenyataan pada tahun 2030. Singapura sudah pun jalankan teksi tanpa driver berapa bulan yang lepas.

    Jadi tu, apa yang DS Najib nak capai sampai begitu lama pada tahun 2050 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh1:13 PM

      Zed 85.

      Pada saya pembentangan bajet sejak akhir ini tidak lah se ghairah dulu. Ini mungkin ada kaitan dengan perlakuan pembentangnya yang digambarkan sentiasa berputar belit. Ditanya lain dijawabnya lain. Hari ini cakap begini esok dah begitu pulak.

      Atau cuba kita jengok kedai 1Malaysia, ianya seakan cicak tapi rupanya biawak. Atau apa jadi dengan tanah Sg.Besi yang dikatakan untuk dibina rumah rakyat. Janji tol tak naik tapi apa jadi. Atau kes 1MDB, atau derma rm2.6 biliyun. Memacam kes lagi. Itu tak masuk cerita kapal tak boleh menyelam. Atau logiknya beliau tak kenal Altantuya dan JLow. Boksit, MH370, bajet 3 biliyun untuk kawal pantai Sabah, tapi tiap minggu ada cerita lanun. Senarai nya semakin panjang.

      Jadi cam mana kita nak percaya dengan kata-katanya .. kita pun tak boleh salah rakyat yang dalam keadaan terdesak .. keadaan ini sememangnya dibiarkan sebegitu, supaya aktibiti hulu-mengulur itu lebih dihargai, undi pun dapat diikat.

      Selagi kumpulan makhluk seperti ini jugak yang menguruskan dan mentadbir kita, maka keadaan seperti sekarang ini akan berterusan sehingga 2050. Ia tetap sama. Pada 2050 mungkin Thailand dan Vietnam pula akan meninggalkan kita. Cuba kita renung balik dimana Korea dan Taiwan pada 1980. Kerajaan Mahathir sekurangnya dapat bawa kita setaraf dengan Korea dan Taiwan pada era 90an, sehingga kita juga digelar Harimau Asia. Lepas tu Pak Lah bawa kita tidur sebentar dikoridornya .. dibawah tangan Najib mungkin kita dah tak macam rimau lagi .. mungkin kalau ada gelatan "Pirate of Asia" maka kita lah yang paling layak.

      TN50 .. hanyalah TN50. Pada saya TN50 ini seakan satu daripada banyak cobaan Najib untuk mengalih atau mengendurkan perkara tak baik yang telah dilakukan. Mungkin seakan perancangan KORIDOR yang dipacukan oleh Pak Lah dulu .. rancangan ini turut tertidur bersama tuan nya. Gitu jugalah TN50, saya akan melihat dgn TN50 negara ini akan diglobalkan, juta-juta lagi Bangla, Myanmar dan lain-lain bangsa akan dibawa masuk, tanah kerajaan akan didagangkan pada perdagang antarabangsa sebagai punca pendapatan utama, dobi duit akan terus rancak .. gitulah gamaknye.

      Apapun selepas Najib pencen, UMNO akan terus meneraju negara ini .. TN50 belum sempat mati pada 2050 tapi rancangan lain akan muncul .. yang penting tombolok masing-masing dan ianya perlu diisi sampai termuntah.

      Delete
  19. Salam Datuk

    Saya rasa kita kenal siapa Terentia tetapi di dalam konteks politik sekarang, siapa pula Brutus?

    ReplyDelete
  20. James Labi10:35 PM



    Sedutan filem 3 Abdul :


    Kau orang tahu dia penipu.

    Muka dia pun muka penipu.

    Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa ?

    Kamu berdua yang bodoh....



    Kena tipu gara-gara nak kahwin dengan wanita
    anak saudagar Ismet Ulam Raja
    yang kononnya banyak harta
    berangan-angan duduk atas takhta
    akhirnya kena jual, lesap semua harta.


    ReplyDelete
  21. hihwag10:47 PM


    Bajet BN tahun 2017 membebankan rakyat & ledakan hutang semakin membimbangkan !

    1. Satu bajet defisit sebanyak RM43.15 bilion, ia satu rekod baru kerana sudah 20 tahun bajet defisit berturut-turut.

    2. Defisit kali ini berjumlah 3.15% dari jumlah KDNK, ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1%.

    3. Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion. Dengan kata lain, 11.1% dari jumlah bajet digunapakai untuk bayar hutang & setiap bulan RM2.46 bilion terpaksa diguna utk membayar hutang.

    4. Jumlah belanja tinggi tetapi Pembangunan amat kurang. Dari jumlah RM262.8 bilion bajet 2017, Setinggi 81.7% utk belanja mengurus, hanya 18.3% saja untuk belanja membangun.

    5. Hutang negara dan hutang jaminan kerajaan kini melebihi paras RM811 bilion, satu petanda yang bahaya & generasi muda akan dibebankan dengan hutang yg amat tinggi & membebankan.

    6. Kerajaan akan memerah rakyat dengan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017. Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat.
    7. Subsidi seperti subsidi minyak, diesel, gula, tepung, beras & minyak masak semua dihapuskan.

    Ubah, selamatkan Malaysia!


    ReplyDelete
  22. Zalman A9:43 AM


    TN50?

    By then the Chief-Thief will be 97.

    Let us hope we are rid of him well before then.

    "In addition to pressure over the economy, Najib has faced criticism for his role in the 1MDB scandal, which has put Malaysia in the international spotlight since allegations emerged that more than $1 billion of government money was transferred into his personal bank accounts, most of which reputedly originated with the 1MDB state investment fund.

    International perceptions of Malaysia have been severely damaged under Najib, according to James Chin, director of the Asia Institute at the University of Tasmania.

    “This cannot be addressed by the budget,” Chin said. “[International] confidence will not come back until Najib leaves office. I predict FDI [Foreign Direct Investment] will go down significantly this coming year due to the 1MDB scandal.”

    According to Amrita Malhi, a researcher on Malaysia at the University of Adelaide, Najib is using the budget as an opportunity to salvage his reputation. In the run-up to Malaysia’s general elections, which a government official told Reuters could come as early as 2017, this will be crucial."

    Greg Lopez, however, added that Najib’s own reputation was damaged “permanently and irrevocably” as a result of the 1MDB debacle."

    It is not Najib who has been "damaged “permanently and irrevocably” as a result of the 1MDB debacle."

    It is Malaysia.

    I am not worried about the Bugis Wawasan 2050.

    By 2020 the country may be finished anyway, if he is still helping himself freely to our funds.

    ReplyDelete
  23. Sulaid2:32 PM

    Biasanya bila kita mengikuti kutbah sembahyang jumaat, kita selalu dengar antara lain khatib berkata... "berubah lah kamu kearah kebaikan sebelum kamu merubah orang lain, ubahlah keluarga kamu kearah kebaikan sebelum kamu merubah orang lain." Kita yang bijak bijak belaka ni memang dah baik ke, ahli ahli keluarga kita pun semuanya baik baik ke,kita dah tegur ke mereka. Tiba tiba kita nak perbetulkan orang lain.
    Jangan marahhh ye.

    ReplyDelete
  24. posmen3:46 PM

    Hishamudin keris terlalu sepi kebelakangan ini. Satu lagi strategi playsafe.

    Jika percaturan najib untuk tutup isu 1mdb gagal sebelum pru. Besar kemungkinan zahid gigit jari nak jadi PM. Cuma hisham jadi harapan najib untuk selamatkan diri.

    Hisham dan zahid masih sama position dalam umno.

    Kesah ceaser dan brutus akan berubah.

    ReplyDelete
  25. Zalman A9:11 AM


    "PAS is determined to fight the DAP head-to-head in the next General Election even if it means creating three-cornered fights or losing to their bitter rival.

    Hashim Jasin, the Islamist party’s newly-appointed spiritual leader was quoted by The Star as saying PAS would reject outright any proposal to join an opposition pact that included Pakatan Harapan partners in order to fight Barisan Nasional in the next GE.

    “If there is a three-way fight, so be it. We do not care. We will contest where DAP is contesting,” The Star quoted him as saying in a recent interview with the party’s news organ Harakahdaily.

    Hashim also said PAS was unafraid of losing to the DAP as it was “normal” and that the more important objective was to portray themselves as the main rivals of the DAP."

    Do PAS even know what they are talking about any more?

    It seems not.

    PAS and DAP do not overlap for voters.

    DAP doe snot split the Malay vote or compete in Malay areas.

    Looks like it's time to make a decision on how PAS fits or does not.

    If their "mature politics" is about endorsing grand corruption, then let them lose their own way.

    ReplyDelete
  26. Zalman A9:44 AM


    "It is dangerously late to be this dangerously stupid"..........

    Annuar said he then spoke to Najib and asked for answers about the RM2.6 billion.

    "I asked for answers on whether it was the people's money, whether it was from 1MDB. He said ‘no’.

    "So, if it was political funding then did the money go to the party? So, in one of our meetings, I counter-checked with division heads and they said they had received cheques signed by Najib," he added.

    "It was during the period of the last elections, so the money was spent on the party's election campaign."

    The proof provided by Najib had shown there was no wrongdoing committed, Annuar added.

    Yes, some cheques for 2 million, 1 million were issued, as reported.

    Were these audited?

    If someone can spend RM60 million on luxuries from a "gift' from Tanore Finance, what do we have to talk about?

    Annur should really not try this when the truth is so exposed already.




    ReplyDelete
  27. Bajet 2017 diuar-uarkan sebagai bajet yang pro rakyat kerana antara habuan untuk rakyat GST tidak dinaikkan.... hahahaha... ini persiapan minda untuk menerima kenaikan GST dalam bajet yang akandatang

    Sejarah terus mencatatkan perebutan kuasa dan harta serta kelekaan dengan perempuan menjadi punca keruntuhan empayar dan keruntuhan dinasti keluarga. Di sekeliling kita pula, arak, judi dan betina memang menjadi punca kejatuhan lelaki. Malangnya, kejatuhan itu sering menyeret sama orang-orang yang beharap dan bergantung kepadanya. Adakah itu takdir atau pilihan atau kebetulan? Kadang-kadang sukar untuk dianalisa.

    “The Seven Social Sins are:

    Wealth without work.
    Pleasure without conscience.
    Knowledge without character.
    Commerce without morality.
    Science without humanity.
    Worship without sacrifice.
    Politics without principle."

    Petikan dari Frederick Lewis Donaldson

    ReplyDelete
  28. Zalman A10:48 AM


    Someone is heading for a fall:

    "KUALA LUMPUR  – UMNO dan Pas menunjukkan kesungguhan merealisasikan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah sekali gus disifatkan sebagai satu langkah ke hadapan untuk mengukuhkan Islam di negara ini.

    Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, walau bagaimanapun, u­sa­ha untuk mengembalikan umat Islam kepada kesatuan di atas agama yang sebenar itu adalah besar tetapi sukar dan penuh halangan.

    “Usaha meminda Akta 355 melalui Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Pas yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dilihat menjadi faktor terbaik yang sedang menyatukan umat Islam di atas jalan agama.

    “UMNO dan Pas sa­ling menunjukkan ke­­sung­guhan untuk men­­jadikannya satu ke­nyataan dan mengang­gapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara."

    And Jamil Khir now says Umno is working on their own version.

    The MCA & MIC presidents are confident that there will be the agreed "consensus".

    The Sarawak MPs have said they will not support.

    What a confused wayang.

    Adakah Hadi Awang seperti keldai mengejar lobak? Is Umno playing with him? Or does he think he is playing with Umno? Let us see.

    Hadi lost Terengganu in the same term that their own Dewan passed hudud.

    Let us see.


    ReplyDelete
  29. setuju dgn komen husin lempoyang, org bangang saja yg percaya bajet dibentang lanun besar 1mesia. nak dibincang disini pun buang masa saja.

    ReplyDelete
  30. Salam Dato AKJ.

    Pada pendapat saya... TN50 ... pada 2050 nanti habis tanah-pusaka dan asset Rakyat akan tergadai kepada Negara Asing. Bandar Malaysia yang sekian lama belum nampak batang-hidung, sudah 60% milik China.

    Interest atas hutang 1MDB-Jho Low saja... dah lebih RM2 Billion setahun. Satu hasil apa pun tak nampak dari hutang berpuloh Billion.

    ReplyDelete
  31. Kadiag, salaam.

    Ni aku ni, nak 'coret' sikit pasai komen En Zalman A, 10.48 pagi, tak salah aku dia ni macam 'serabut' sikap pemimpin PAS semasa. Aku pon ada komen masa mola2 Pak Hj Hashim Jasin dilantik mursyidul 'am PAS (Pak nama sama no...)... aku tulih Allah S.W.T. antag seorang quraish menjadi utusan Dia untuk dakwah ke orang2 quraish, jadi betoi la langkah almarhum Tok Guru berbaik baik dgn orang China dan bukan Islam terutama dlm DAP, kod2 Allah bagi depa hidayah Dia kad depa dan kesannya insya'Allah sangat besag dikalangan bukan Islam diMalaysia, (dan munkin seluroh nusantara) tapi pimpinan PAS laa ni ambik sikap bemusuhan secara tebukak.

    Pekara ni belaku semasa ramai orang2 melayu secara terang2 macam tinggaikan akhlak Islam, contoh yg aku kira mutlak ialah skandal 1MDB, bukan saja dua laki bini yg femes tu, tapi temasok jugak ramai kepala2 pakai pakayan seragam, kepala2 hukum, prosepog2 U, sampai penyokong2 kepada gerombolan ketua bahagian big riba. 'Tesis' yg kata ramai orang melayu dah tinggai Islam bukan aku yg kata, tapi tak salah aku, jugak almarhum U. Abdul Ghani Abdul Rohman, YDP PAS Melaka dolu2 pon ada kata macam tu jugak. Aku ingat Pak Hj Hashim pon lebih tau ayat2 Allah S.W.T. yg akan menggantikan kaum yg mungkag dgn kaum yg lebih baik.

    Saja nak bagitau, baru2 ni lepaih solat jema'ah di satu masjid diAmpang (satu kawasan orang kaya dan separoh kaya) aku tengok bebarapa remaja melayu dok main daun terup ataih masjid, lalu aku kata kat depa buat apa tak main dlm dewan solat, lebih baik lagi kalu dekat tempat khatib baca khutbah....depa buat dek saja, lepaih tu, Tok Man siak mai marah dan halau depa, baru depa belah.

    Jadi aku nak habag mai, munkin ramai betoi orang melayu yg dah tinggai akhlak Islam dan munkin jugak petubuhan yg guna nama Islam, na'uzubillah. Pada sesapa yg terasa hati, mintak maghap no... hanyasanya itulah 'real politik' yg munkin kita wareh ke anak cucu. Wallahua'lam.
    Aku

    ReplyDelete
  32. Zed-858:37 PM

    Sallam Saudara Panglima Potaseh,

    Sebenarnya saya tak paham apa dia 1Malaysia, janji ditepati, negara pendapatan tinggi, TN50 yang dikatakan oleh Najib.

    Kalau janji ditepati, janjinya apa? Kalau janji kita pun tak tahu apa dia, apa yang nak ditepati.

    Wawasan 2020 diperincikan oleh Tun M kepada 9 teras atau cabaran,

    Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
    Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
    Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
    Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
    Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
    Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
    Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
    Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
    Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.

    Kalau kita baca cabaran 1 sampai 9, adakan wawasan 2020 tercapai?

    Wawasan 2020, diilhamkan oleh Tun M pada tahun 1991. Setiap kali ada belanjawan, dibentangkan , wawasan 2020 dijadikan matlamat negara. Berjuta wang dibelanjakan untuk wawasan 2020.

    Semasa Tun M ilhamkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, tidak sangka oleh Tun M pada tahun 2016, Tun M kena buat parti baru PPBM. Tidak ada rakyat Malaysia yang boleh terbayang apa yang akan terjadi sekarang ini pada tahun 1991.

    Persoalannya, adakah kita tahu apa yang akan terjadi pada tahun 2050 dengan geng-geng pemimpin yang ada sekarang?

    Adakan kita yakin negara kita Malaysia akan cerah masadepan atau gelap?

    Di Amerika Syarikat sekarang ini orang tengah sibuk hendak mengundi Presiden baru.

    Presiden Amerika hanya boleh tahan 2 penggal atau 10 tahun saja supaya tidak terjadi masalah pemimpin jadi diktator sepertimana yang terjadi di Rome dan negara-negara zaman sekarang.

    Kali ini, calon Presiden agak lain dari biasa.

    Pelakon Hollywood, Tom Hanks memberikan nasihat yang baik untuk Amerika.

    Katanya, kita patut menggunakan akal dan hati kita untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk negara kita.

    ReplyDelete
  33. husin lempoyang11:05 PM

    Dato
    Apakah telah muncul watak brutus di parlimen pada sidang kali ini ?

    Sangat menarik kerana watak ini dibawa oleh orang yg tidak di sangka sangka oleh macai macai julius caesar...

    Kita tunggu babak macai menari pula.. adakah pentas tidak rata atau layar pentas terus di tutup rapat.

    ReplyDelete
  34. Zalman A5:25 AM


    http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/10/24/dr-m-reveals-musas-secret-letters-to-him-on-tr/

    Salam Datuk,

    With all due respect to Tun, the squabbles of a group of former leaders now aged 91, 83 and 79 about what happened in the 1980s are not of any relevance to the future of Malaysia.

    It does not excite the youth.

    More serious issues must be addressed.

    Here is a project to think about:

    If the Sg Besar & KK by-elections are held again in either 6 months or one year from now, how can the result be changed?

    That is more fruitful. I hope the party strategists are taking this very seriously.

    Thank you.

    ReplyDelete
  35. sukasamasuka9:08 PM

    Datuk.


    "Forsaking federalism concept akin to doing a Humpty Dumpty on Malaysia, Ku Li says...KUALA LUMPUR, Oct 24 — Amid calls for some states to secede, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah issued a warning today that any move away from federalism would be impossible to reverse...that “regionalism” and “regional loyalty” that are being bandied about has crept in because the federal government has lost respect...or loss of legitimacy,”

    There have also been citizens’ groups in Sabah and Sarawak who have been pressuring their state governments to secede from the Malaysian federation to regain autonomous rights.

    Calling for the secession from the Malaysian federation is considered seditious.

    (http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/forsaking-federalism-concept-akin-to-doing-a-humpty-dumpty-on-malaysia-ku-l)

    1. Who is this moron?...you know the argument and yet pretend not to understand it.

    2. Your UMNO had betrayed the trust of the people when in July 13, 1976...your UMNO's hussein onn rushed to amend the Federal Constitution of 1963...under the Article 1(2) of the Federal Constitution...by an act of Parliament...with support from BN component parties from Sabah and Sarawak...knowing very well, just 7 days before that...in 6th of June 1976, an air crash took the life of the Chief Minister of Sabah, Fuad Stephens...why can't your UMNO wait for things to settle down first in Sabah?

    3. The amendment was clearly against the Malaysian Agreement 1963 because UMNO knew Malaysian Parliament could not just ignored that Malaysian Agreement 1963...as it was agreed upon and signed by the British Government, the Malayan Government, the Sabah Government, the Sarawak Government, the Singapore Government and the United Nation.

    The Federal Constitution in 1963 that was changed by UMNO...was the result of this agreement...as there was no Federal Constitution before that.

    4. The amendment gave Sabah and Sarawak a lower status as the 12th and 13 states in the Federation of Malaya from their previous status as equal partners of Peninsular Malaysia in the Federation of Malaysia.

    5. The amendment was opposed by four MPs from DAP: Lim Kit Siang, Tan Chee Khoon, Farn Seong Than and Lee Lam Thye.

    The Head of USNO then...Tun Mustapha...was absent from voting.

    6. UMNO was solely responsible for its underhand tactics in changing the Constitution.

    7. At that time, the MPs from Sabah and Sarawak were stupid and corrupt to the core.

    8. But, people are not stupid all the time.

    9. I feel sad and dejected that the UMNO I supported all my life was cheating on me...and, that the DAP that I opposed all my life and soul, was actually and quietly on my side.

    10. How do you feel if someone whom you trust all your life cheating on you, Datuk?...and, worst still, that someone is calling themselves Malay and Muslim?...your own blood?

    This is not about Brutus, Datuk.

    This is about betrayal to this nation whom we call now as Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cold war era. British hand is clearly visible, perhaps even American. Not just UMNO bro.

      Delete
  36. Nightmares9:31 PM

    Datuk, it was reported the China Railway Group is planning to build the world’s largest underground city in Bandar Malaysia, which will serve as the centerpiece for its China Pan Asia rail network, reports Channel News Asia (CNA).

    According to details disclosed by a China Railway official in an interview with CNA, the city will include a subterranean shopping mall, canals, indoor theme parks, cultural villages, indoor gardens, a financial centre, and a new RM8.3 billion regional headquarters for the company.

    Mr Cai Zemin, general manager for China Railway’s Malaysia office told CNA: “Bandar Malaysia will be a glittering gem on China’s rail corridor. China’s rail corridor will link South-East Asia with East Asia, West Asia and South Asia.”

    Bandar Malaysia will be the nexus in the region wide rail network in the grand Chinese plan to link up 65 nations in a kind of modern-day Silk Road.

    Look at the giant malls, shopping centres, theme parks in China, now all turning into white elephants! As soon as economy turns bad, consumer spending declines.
    The Silk Road in china is fast becoming a road to nowhere.
    Does Malaysia have the same population figures as China, this silly man Cai Zemin is such a silly man to even assume Malaysia's spending power is same as China's.
    Underground city, looks like more underground burial city!

    ReplyDelete
  37. Zalman A11:44 AM


    Sudah terlewat untuk ahli Umno mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata seorang bekas ketua cawangan Umno.

    Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menggesa ahli Umno bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.

    “Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan Umno,” katanya.

    Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama Presiden Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dibalas dengan tindakan disiplin.

    “Jelas Umno sudah tidak dapat diselamatkan, sebarang teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya.

    Memetik pepatah “busuk ikan bermula dari kepala”, Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata hanya ahli Umno yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.

    ReplyDelete
  38. Salam Dato.

    Pembentangan bajet adalah acara tahunan yg mesti dilakukan oleh PM negara yg juga Menteri Kewangan.

    Tetapi kerana beliau sudah terpalit dgn SALAHLAKU YG MAHA BESAR maka dgn sendirinya...kredibiliti dia telah hilang...gugur jatuh merudum.

    Imej seorg keparat mana mungkin lagi dipercayai ramai.

    Org Kedah kata..."hang tok sah cakap apalah....orghang dah tak pecaya kat hang.....dok kencin tak habieh2".

    Omputih kata..."You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time".

    Justeru itu...apa yg dia cakap sudah tidak lagi boleh dipercayai.

    "Cakap siapa pun boleh".

    Berhenti sahaja....itu yg terbaik.

    ReplyDelete
  39. Zed-8511:13 PM

    Sallam Dato’

    Terbaru, bekas menteri kewangan membangkitkan soal 1MDB di Parlimen.

    Antaranya adalah mengapa wang berbillion yang masuk ke dalam akaun Aabar yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan 1MDB.

    Ini satu soalan yang betul yang memerlukan jawapan.

    Nampaknya, timbul pula skandal perempuan yang ditujukan kepada Ahmad husni.

    Muhyidin pun apabila menimbulkan soal 1MDB, skandal perempuan juga ditimbulkan.

    Saya rasa, zaman Julius Caesar lebih 2000 tahun yang dahulu pun orang tidak membodohkan rakyat sampai begini rupa.

    Kalau macam ini, memang wawasan 2020 tidak berjaya kerana tamadun kita sama taraf dengan zaman Jahiliyah.

    Yang mana yang baik dan yang mana buruk tidak dapat dibezakan lagi.

    ReplyDelete
  40. Salam Dato AKJ.

    Selepas Dato Seri Husni Hanadzlah... saya rasa Timbalan Speaker Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula akan menerima tempias atau badi 1MDB-Najib & Jho Low. Maklumlah... Datuk Ismail telah beri 'laluan' agak luas kepada TS Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Husni berucap di Parlimen.

    Kita tunggu tindak-balas seterusnya dari balaci atau macai Najib.

    ReplyDelete