A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
CATATAN ringkas jarak jauh dari Bandar kecil Wanganui,
New Zealand.
[PERINGATAN:
Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau
Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Membaca dari Internet, saya mendapat perkhabaran bahawa
Naib Presiden Umno, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, berkata ahli Umno wajib
setia kepada Presiden parti, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Dalilnya kerana “Allah telah menentukan beliau sebagai
ketua mereka.”
Saya mohon maaf kalau pemahaman saya terhadap hujah Ahmad
Zahid itu silap kerana sepanjang pengetahuan saya, setiap orang daripada kita
manusia ditentukan tempatnya oleh Allah.
Allah menentukan Ahmad Zahid sebagai Naib Presiden Umno, Mohd
Najib sebagai Presiden Umno dan Firaun sebagai Maharaja Mesir.
Tetapi kita semua tahu Firaun memperhambakan dan
menzalimi Nabi Musa a.s serta umatnya.
Walaupun Allah menentukan Firaun sebagai Maharaja Mesir
tetapi Allah membinasakannya dan menyelamatkan Nabi Musa serta kaumnya.
Saya andaikan pengetahuan agama Ahmad Zahid cukup dalam
kerana dia belajar di sekolah menengah agama dan keluarganya dikatakan daripada
orang baik-baik.
Jadi beliau tentu tahu ada banyak dalil dan cerita di dalam
Al-Quran mengenai pemerintah kejam, zalim, rasuah, menipu dan mencuri akhirnya
menjadi hina dan binasa.
Dan saya yakin banyak pembesar serta pengikut mereka
dalam Umno, hatta yang buruk pekertinya dan cabul mulutnya, sedikit sebanyak
tahu cerita kekejaman serta kemusnahan Firaun dan pemimpin sepertinya.
Kita sering diingatkan kewajipan kita menentang keburukan
dengan tangan (kuasa) dan kalau tak berdaya dengan mulut (kata-kata) dan akhir
sekali dengan hati (niat).
Sekali lagi saya mohon maaf kalau pemahaman dan
penakrifan saya terhadap dalil Ahmad Zahid silap.
Mana dia tahu perkara mana yang Allah tentukan, mana yang tidak. Malaikat mana yang turun beritahu kat dia? Kalau nak ikut dia punya lojik, maka Najib songlap 2.6B tu Allah tentukan. Khalid kata menteri sial pun Allah tentukan. Kenapa tak kata Allah tentukan juga dalam semua perkara ini juga?
ReplyDeleteApa pandangan Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut???
DeleteAs Salam Datuk,
ReplyDeleteAntara lain dalam artikel diatas Datuk tulis "Dan saya yakin banyak pembesar serta pengikut mereka dalam umno hatta yang buruk pekertinya dan cabul mulutnya,sedikit sebanyak tahu cerita kekejaman dan kemusnahan Firaun dan pemimpin sapertinya".
Sebenarnya Datuk, dalam pembangkang pun ramai pembesar dan pengikut mereka yang cabur mulutnya terutama Ahli ahli parlimen nya... cuma mereka belum berkesempatan menjadi pemimpin di peringkat persekutuan. Entah entah nanti mereka akan jadi lebih Firaun dari Firaun, allahhualam.
Yang keduanya mengenai "Siapa lebih bahaya - MCA atau DAP". Cerita lah macamana sekali pun, utaralah sebanyak mana sekali pun kebaikan DAP dan keburukan MCA.....disebabkan oleh beberapa sejarah hitam termasuk kaitan DAP dengan communism, kaitan DAP dengan peristiwa 13 Mei 1969. Setelah berpuluh tahun cerita dan peristiwa tersebut berlaku sehingga sekarang DAP masih mendiamkan diri. Maka DAP wajar dicurigakan sehingga sekarang.
Yang Najib jual/gadai harta negara kepada komunis china tu apa!
DeletePerlu di ingat..komunis malaya berkiblatkan china...
Maka wajar Najib/Umno patut juga dicurigakan juga
Kalau dah mengampu..Pemimpin korup pun dikatakan bagus..
ReplyDeleteNeither bcos both are equally dangerous - Dr Jekyll and Mr Hyde entities.
ReplyDeleteBut the bigger threat is from the kaum Melayu themselves- otherwise this nation would not be in these predicament.
Dedak's eaters exhibit extreme symptom which is paralysis of mind and might, morphing into spineless zombies.
IMO the nation is in the 'telor di hujung tanduk' situation - tunggu free fall berkecai dan bersepai.
Kadiag, salaam.
ReplyDeleteNak habag mai tahap 'ilmu aku pasai Islam tak seberapa...hanyasanya yg aku tau sikit2 pasai ta'at pada pemimpin utamanya ialah dari ayat 59 suroh An nisaa' yg maksudnya lebih korang :
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rosulnya (Nya), dan ulil amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan RosulNya (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
Ahli2 mufasirin ramai yg tekankan bahawa kata "ta'at", Allah S.W.T. buboh kat diri Dia dan pada diri rosulullah saja.. Maka pada ulil amri (pemimpin) kata ta'at dak diulangi, kerana tu, depa kata, ta'at pd Allah dan rosulNya adalah mutlak, tak bebelah bagi...padahai pd 'ulil amri', ta'at kat depa tak mutlak,...dan hanya setakat sekiranya depa ta'at pada Allah dan Rosul saja. Magnanya, aku ulang, ta'at pd ulil amri tak mutlak dan adalah bersyarat. Orang gomen kata "not absolute loyalty, but conditional".
Tapi pd aku, penekanan hak lain sikit.... penekanan aku pada kata2 awai "Hai orang2 yg beriman..." dan kata2 "ulil amri dari kalangan kamu". Pasai ayat tu mola dgn kata2 "hai orang2 yg beriman..." jadi kata2 "ulil amri dari kalangan kamu" jugak nisbah pd ulil amri dari kalangan orang2 yg beriman saja.
Samada anak Rahah tu dan orang yg mengaku keturunan Yogya dan Ponorogo tu adalah dari kalangan orang2 yg beriman, atau tidak, aku tak mau komen.
Wallahua'lam, dan terima kasih Kadiag. Kalu aku silap, munkin ada orang yg lebih 'arif atau lebih 'alim bulih tulong tegog.
Aku
Ikut prinsip demokrasi, ahli2 parlimen diundi masuk parlimen oleh pengundi2 di kawasan parlimen terbabit. Bermaksud di sini pengundi ialah "ketua" kepada ahli parlimen; orang2 yang secara kolektif memberi amanah kepada seorang ahli parlimen bagi menjalankan tugas secara jujur, cekap dan amanah bagi pihak kawasan parlimen terbabit.
ReplyDeleteDi peringkat negara dan sejajar dengan hujah DS Zahid, kalau rakyat sudah tidak percaya kepada seorang personaliti dan kalau ahli parlimen kawasan tertentu boleh melakukan sesuatu terhadapnya (contohnya menggerakkan usul undi tidak percaya), maka ahli parlimen terbabit wajib menjalankan aspirasi "ketua"nya iaitu pengundi2 bagi parlimen beliau.
Wajib (menurut DS Zahid). Kerana ini ketentuan Allah (menurut DS Zahid). Wallahua'lam
Naj
kesian bila post ini adalah org tak ada ilmu cuba mengupas secara logik akal dengan cuba bersandarkan pemahaman cetek berkaitan Islam. lebih malang mencetuskan komen yang berunsur fitnah dan kebencian tanpa usul periksa.
ReplyDeleteAllah lah yang berkuasa atas segala-galanya... dan Allah juga menyeru agar kita mentaati pemimpin "Islam" dengan disokong hadis nabi yang sahih... Malah seruan berkaitan bersatu dan jangan melampaui batas dalam berselisih faham juga jelas disebut didalam AlQuran dan Hadis... Malah hal berkaitan fitnah juga jelas hukum nya didalam AlQuran.
Sedarlah sebelum terlewat.
Aduhai ananimus yg 'byk ilmu'. Kamu cuba pisahkan logik & islam? Islam sgt dinamik - tidak terpisah logik & islam. Jgn asyik apabila sahaja perkara dikaitkan dgn authority agama sudah tidak boleh dibantah!
DeleteSudut pandang Zahid tidak lebih dilihat sbg usaha mempertahan & mengampu yg melampau! Itu baru satu sudut, yg ini penulis hanya buka sudut pandang yg sebelah lagi. Jgn lah dok kata cetek lah, fitnah lah....jemu & meluat lah..ini tipikal jawapan talibarut2 Najib lah!
Ananimus,
DeleteApakah kalau rumah anda dipecah masuk dan ada barang hilang, anda tidak akan buat laporan polis untuk siasat siapa yang mencuri kerana itu ketentuan ilahi??
Najib kata 1+1= 4.. ya
Najib kata 2.6b derma.. ya
Najib kata 400juta disalah masuk ke akaunnya... ya
Apakah kita perlu buang semua nilai peradaban manusia yang ada dalam diri kita semata-mata ungkapan itu datangnya dari seorang pm yang bernama najib?
Sdra Ananimus....
DeleteAku kasihan dgn kamu.
Ko pergi belajar lagi lah..pasal ugama Islam.
Ilmu Islam ko serupa saja dgn Ketua No 1 dan No 2...dan ramai lagi ketua2 Islam dlm parti Umno.
Org mcm ko...memang disukai oleh mereka ini.
Aku tidak percaya bahawa Islam mengajar umatnya menjadi pengikut yg bendul dan buta tuli hingga sanggup mentaati ketua yg khianat...tidak amanah...bercakap bohong dan zalim.
Ko faham.
Pergilah belajar lagi.
Kamu yg patut sedar sebelum terlewat. Pahaman kamu ttg qada dan qadar tidak lebih dari apa yg diajar oleh penguasa2 agama baru pak ereb yg bersekongkol dgn raja2 bagi menjustifikasikan doktrin pemerintah islam sebagai wakil tuhan didunia. Ini semua hanyalah penggunaan agama keatas kehendak kuasa memerintah.
DeleteApa yg tuhan tetapkan adalah peraturan hukum penciptaan alam semesta. Peraturan2 ini boleh dikaji melalui cabang ilmu sains melalui penghayatan dan pembuktian tabie alam.
Manusia diberi anugerah akal bagi meneliti dan menentukan setiap tindakan yg akan menghasilkan kesan2 yg tersendiri didlm kehidupan ini.
Obsesi berlebihan kpd kepercayaan membabi buta setiap apa yg keluar dari mulut pak ereb perlu dikaji semula agar kamu boleh keluar dari kepompong kepercayaan mengarut tanpa rasional.
Asal pak ereb cakap ketua kamu sudah ditetapkan oleh tuhan, maka kamu membuka mulut kamu seluas luasnya menelan tanpa mampu berfikir menggunakan akal yg di anugerahkan oleh tuhan.
Fikir2 kan.
Datuk.
ReplyDelete"...Ahmad Zahid Hamidi, berkata ahli Umno wajib setia kepada Presiden parti..."
1. Ahli2 UMNO mesti ikut "Fatwa Zahid".
2. Itu Fatwa Zahid untuk semua ahli UMNO Melayu dan Bumiputra Sabah yang beragama Islam.
3. Untuk ahli2 UMNO Bumiputra Sabah yang bukan beragama Islam pula...kena ikut juga itu cakap sebab itu Tuan kamu orang2 Malaya sudah cakap begitu.
4. Pada semua rakyat Sabah yang cinta pada UMNO dan Presiden nya....tunjukkan la kasih sayang kamu dan kesetiaan kamu pada junjungan kamu itu...Raja Bugis...Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil...jilat la kaki dia...cium la "anu" nya...supaya kamu dapat keberkatan sebab “Allah telah menentukan beliau sebagai ketua kamu”
5. Untuk saudara2 sia Kadazan Dusun di Sabah...Yokuyu ih tulun2 do ahli UMNO Bumiputra Sabah ih okon ko Islam, ngoyo noh dokoyu silaai taie dilo tulun do Malaya mibagal dio Zahid om Presiden do UMNO.
Gitu lah keadaan umat islam hari ini. Kekadang terperasan juga aku, ngapa umat islam semakin lemah walau pun dalam keadaan mereka semakin menerima igamanya .. atau semakin diarabkan.
ReplyDeleteCuba kita tarik punat TV, dulu kita terhibur dengan cerita Combat .. tembak sana-sini .. sekarang Combat dah tak de. Tapi cerita pasal bom dan tembak masih ada, malah tiap hari, datangnya daripada wilayah islam. Dulu yang bercakaran ni Arab je. La ni dah merebak disetiap tempat mana ada umat islam, terbaru Rohinga, di Tanah Melayu ni .. baju kuning lawan baju merah .. seronok Zahid ngatakan dia tak pilih bulu, yang salah tetap kena cekup???
Apakah kita ni dah di Arabkan .. umat islam senang dijual-beli dengan jenama Arab. Saya percaya jika igama islam tu difahamkan dengan betul dan terbuka .. nescaya alam buana ni jadi seperti apa yang diidamkan oleh John Lennon .. peace no war. Malangnya kita semakin melihat igama islam sebagai tempat kita cari untung, mencari darjat, kemudian berlindung dibawahnya. Ingat jual beli igama di India berjaya kaut us30biliyun setahun .. tapi bezanya kita tak dengar kaum hindu bersilambam sesama sendiri, melainkan ketika mabuk todi.
In the past, PAU used to be exciting but not anymore. With tamed Umno leaders and with even more tamed delegates, it's going to be dull and subdued event. Everyone has being put on the leash and being told to profusely praise the president no matter what. There's nothing much to look forward to. It's just a congregation of bandits trying to figure out how to split the loot.
ReplyDeleteSalam DAKJ..
ReplyDeleteSepemahaman saya, konsep 'diizinkan' Allah hendaklah diakhiri dengan 'diredhoi' Allah. Seorang pencuri pun tetap diberi izin untuk mencuri, ini kerana dia diberi Allah ada tenaga, anggota, akal untuk mengelakkan dijerat undang2, cuma pembatasnya adalah iman sama ada dia nak mencuri atau tidak. Jika mencari redho dan rahmat Allah, sudah pastilah dia tak mencuri kerana dia tahu kekayaan yang bakal dikecapinya nanti lebih bersifat kekayaan dalam kemurkaan Allah @ istidraj. Untuk kita membuta tuli menyokong yang didakwa pencuri tu, seharusnya bermunajat secara beristiqamah kepada Allah, bersholat taubat dan hajat untuk mohon petunjuk-Nya apakah wajar @ tidak untuk terus menyokong si dia.
Wow,by your logic, if you escaped the law then Allah is on your side. If for some reason, you had been shown the way after praying (gosh how can you pray to ask for guidance in robbery and thievery???) then it's alright to continue your support? I don't know everything, but at least I do know that what's right and what's wrong...at least that's what the brain that Allah has given should be used for. Not thinking should I asked for divine intervention before I decide if I want to be in cahoot. Subhanallah...
DeleteKalau dah presiden nya pun perangai tahap pemimpin negara ketiga, sudah tentu lah yang di bawahnya yang mengundi dan melantik presiden nya pulak tahap akalnya macam negara ke empat.
ReplyDeleteSalam Dato.
ReplyDeleteSy setuju sngat bila Dato tidak dpt menerima kata2 'Fatwa' dari Zahid.
Kata Zahid...
"Ahli Umno WAJIB setia pd Preden Parti yg bernama Mappadullung HZ...dalilnya kerana “Allah telah menentukan beliau sebagai ketua mereka.”
Hhhmmm.
Malah sy ingin bertanya Zahid...samada dia sedar atau tidak dgn apa yg dia 'fatwakan' kerana;
..Setelah hampir 3 tahun rakyat negara MENDERITA MENGHARUNGI KESUSAHAN DAN KEPAYAHAN HIDUP kerana kos sara hidup telah naik mendadak...kerana GST...dan potongan subsidi..dan kenaikan minyak petrol manakala nilai ringgit jatuh teruk...dsb HASIL KERJA TANGGAN KETUA YG TUDUH MENYAMUN...MEROMPAK...BERCAKAP BOHONG....NENGADAIKAN MARUAH BANGSA...MEMPERMAINKAN UGAMA...
DSB.
Apakah Zahid tidak melihat...merasai dan menghayati semua penderitaan ini.
Atau semua yg berlaku melibatkan Presiden HZ yg kejam serupa Fir#un dizaman moden ini khayalan semata.
Atau dia sengaja...'close one eye and shut the other'.
Sedih....cukup sedih dgn Ketua yg begini.
Tetapi dia ada hak 'berfatwa' begitu kerana dia Timb Presiden Parti dan dia mahu ahli parti mentaati dan setia pd Presiden...walaupun membabi buta tetapi atas dalil..Ulil Amri.
Sy kira dalil ini dia 'pick and choose' untuk menyesuaikan dgn apa yg dia mahu ahli akur.
Tetapi sy terperanjat dgn saranan dia kerana...
ahli2 pun bnyk yg buta mata dan hati...bisu dan pekak..
..manakala yg Pentedarah2 Dedak spt Jamal Tongkol..Rahman Dahlan..
Salleh Keruak..Nazri Aziz..Ahmad Maslan dan ramai lagi dgn rela hati menyembah setia pd Presiden termasuk diri dia sendiri (dia pun dipilih oleh Presiden sbg Timb).
Pokoknya Dato...dia sebenarnya tahu apa yg dia 'Fatwakan".
Mengarut belaka...tetapi sbg Timb Presiden dia kena juga bercakap walaipun MENGARUT DAN MERAPU.
Walau pun begitu ..tentu nta masih ada ahli2 tolol yg mengikut.
Alahai Zahid.
Wallahualam.
Apalah nak risau sangat pasal UMNO Baru ini, Kadir.
ReplyDeleteBukankah UMNO Baru dah tak relevan.
PRIBUMI anda lagi hebat dan lebih relevan dan adanya ia ulama-ulamak hebat - anda pun apa kurang.
UMNO Baru ini kacang aje, Kadir.
Cuma kita teruja nak tengok Presiden Najib anak Rahah dan BN kalah di PRU14. Apakah akan ada Orde Baru bila BN tumbang baik di Parlimen maupun di DUN negeri-negeri atau bila tidak?
Anda rasa Ahmad Zahid Hamidi boleh dicerdikkan oleh Lim Kit Siang? Cuba-cubalah, Kadir. Benarkah dia pun ada tengkorak dalam robok? Mestinya H2O dan KJ suka nanti.
Laga-lagakanlah kalau boleh. Gunakan keris dalam lipatan anda, Kadir.
Apapun UMNO Baru sepatutnya dah tak relevan buat anda dan Lim Kit Siang.
(It is UMNO Inc that really matter kata marhaen ini and Jamal Yunus is just the tip of the ais kepal, Kadir)
Berhati-hatilah kerana New Zealand banyak gempa bumi, Kadir.
Salam Hormat.
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteSaya ada post posting ini dalam blog yg lain dan saya nak kongsi post yg sama di sini dgn bahasa yg sempoi mudah utk difaham. Terima kasih.
Patutlah berbilion duit rakyat hilang semua buat tak kesah.......sebab dah Allah menghendakinya begitu kan.....jadi terima ajerlah takdir berbilion duit negara dah lesap.
Allah jugak menghendaki dan mentakdirkan Firaun jadi Raja Mesir........tapi yg peliknya kenapa pulak Nabi Musa as. menentang Firaun.......dan Allah selamatkan Nabi Musa as. tapi Allah lemaskan Firaun dalam Laut Merah.......apa pasal jadi cam tu...??
Allah jugak menghendaki dan mengizinkan takdir Namrud jadi Raja tapi kenapa Nabi Ibrahim as. menentang Namrud...?? Kemudian Allah swt hantar nyamuk kepada Namrud untuk hentikan kezalimannya.
Allah jugak mengkehendaki kejadian babi dan anjing......tapi kenapa Allah bagi hukum babi dan anjing itu najis mughallazah.....dan org Islam dilarang makan babi dan anjing....jugak wajib disamak kalo tersentuh.
Jadi jelaslah......Allah suruh manusia gunakan hukum yg ditetapkan Allah dan akal yg dibagi Allah utk bezakan yg mana benar dan yg mana batil.....mana yg halal dan mana yg haram.
Itu sebab pada zaman Rasulullah saw tiap masalah guna timbang tara. Sebelum keputusan dibuat masalah tu akan disiasat dulu dgn teliti.......dipanggil saksi....dibicarakan....kemudian baru diputuskan oleh Rasulullah saw dgn adil ikut hukum Allah. Bukan berserah jer bulat2 pada takdir konon dah Allah nak jadikan macam tu....
Jangan kita nak jadikan takdir Allah itu sebagai SEBAB......kerana Allah dah utuskan kita RasulNya, Al-Quran, hukum-hakam, firman2 Allah swt, hadis2 Nabi saw, AKAL yg ada upaya untuk berfikir dan tulang 4 kerat untuk USAHA.......bukan hidup dgn tak payah guna akal, duduk MERIBA tangan dan salahkan takdir jer....
Wassalam.
Sallam Dato’
ReplyDeleteKali ini PAU, Jamal ikan bakar menghayak sepanduk gambar Rafizi kunonnya menfitnah besar dan disebabkan itu, dihukum penjara 18 bulan.
Ini sudah kira macam Sarkis, (Orang putih kata Circus).
Rafizi dipenjarakan pun bukan kerana kes lembu tetapi kerana hal lain iaitu menyebarkan dokumen yang di anggap rahsia oleh kerajaan.
Takkanlah ini pun tak tahu atau adakah sampai di PAU pun nak bodoh-bodohkan orang.
Bagaimana dengan penerangan Dr. M dahulu yang orang Melayu BOLEH menjadi minoriti walaupun bilangannya paling ramai (50% - seperti disebut dalam karangan Datuk di Sinar Harian) sekiranya undi orang Melayu berpecah?
ReplyDeleteSalam Dato
ReplyDeleteSebenarnya dato tidak perlu minta maaf atas apa yg ditulis dan ia adalah satu kebenaran kisah firaun itu yg telah dimusnahkan angkara kezaliman firaun terhadap rakyatnya dan mengakui dirinya tuha jika dilihat hari ini apa yg berlaku sekarang kita punya pemimpin yg zalim menindas rakyat hingga ada yg kelaparan duit dan harta hari ini ini pemimpin telah pun jadikan tuhan demi kuasa pembodek3nya adalah sama kesimpulannya apa yg dato kata itu benar cuma mereka itu hanya bertopengkan islam itu saja
Datuk.
ReplyDelete"Dalilnya (Zahid) kerana “Allah telah menentukan beliau (Najib) sebagai ketua mereka (dalam UMNO).”
1. Zahid ni "ahmag"...bahasa pasar Arab...atau otak udang...kalau dia tak ada kuasa tangkap orang, dia akan jadi taik udang.
2. Taik dan otak udang berada di tempat yang sama...di kepala udang...jadi sama la tu.
3. Jadi orang2 Melayu UMNO yang beragama Islam wajib ikut fatwa2 otak udang si Zahid.
4. Itu la tahap agama Islam yang dijualbeli sebagai alat politik murahan dalam UMNO sekarang!
5. Kami pula bersyukur kehadrat Allah Taala kerana kurniaNya, Lim Kit Siang telah naik tarafnya sebagai negarawan kita...kerana kehendakNya jua....moga2an perjuangan DAP dan rakan2nya dapat restu dari Illahi.
Datuk.
ReplyDelete1. DAP bukan musuh Melayu kecuali kehendakNya jua.
2. Kalau DAP ini zalim pada Melayu khususnya dan rakyat Malayisa amnya, maka Allah Taala akan hancurkan DAP macam Firaun.
3. Begitu jua la kalau UMNO ini zalim pada rakyat Malaysia, ia akan hancur jua suatu hari nanti...atas kehendakNya seperti yang Ia telah janjikan.
4. Allah Taala tidak mungkir janji.
5. Yang mungkir janji hanya la UMNO.
Sallam Dato’
ReplyDeleteKali ini PAU banyak hentam Tun M.
Kunonnya Orang Melayu mudah lupa.
KJ siapkan sajak orang melayu mudah lupa ditujukan kepada Tun M.
KJ adalah graduan Oxford UK.
Agaknya dia pun sama mudah lupa.
Agaknya dia dah lupa RM100juta rasuah dibawah Kementerian Belia dan Sukan.
Kalau RM5 dan RM10 tak apalah, ini RM100 juta. RM100 juta yang hilang kerana rasuah itu duit rakyat .
Banyak orang melayu yang boleh dapat manfaat dari RM100juta daripada hilang begitu sahaja.
Walaupun bukan KJ terlibat secara langsung tetapi Kementerian Belia di bawahnya dan tanggungjawapnya. Apa yang dia buat selama dalam Kementerian.
Dalam PAU, ramai juga yang dah lupa harta lebih dari RM4 billion yang kena tahan di Amerika.
Harta yang bernilai RM4 billion itu siapa yang punya?
Mungkin betul orang melayu mudah lupa, tapi ada juga yang buat-buat tak ingat sahaja.
ReplyDeletemr ananimus,
i think u give a respond in accordance to ur preconceive idea of believing. u’ve d built-in element tat others r bodoh to hold differences. mbe there r fallacies in logic. but i dun think islam defies logic at all. thats wat ur grey matter made off...other than emotion.
d key argument here is could a bad one be a ‘chosen one’? doesnt it sound like passing d bulk to Allah? it simply ignorance isnt it? but terrible people sometimes have good idea about it.
Ini UMNO, Allah pun dia x takut. Takdir baik Najib jadi PM, tapi takdir baik tadi menjadi takdir buruk raayat Msia sebab d tindas Najib.
ReplyDeleteOrg bilang bwrdoa d Raudhah sgt mustajab. Minggu dpan Insha Allah saya d tanah suci.
Mudah2 an Allah buka hati saya berdoa d sana. Berdoa agar Najib dan BN kalah PRU 14 ni.
Datuk,
ReplyDeleteunbelievable how easily BN component parties want to be misled by UMNO and their stupid promises.
Starting again with Gerakan, to be followed by MCA, MIC,PPB
Is it because some assurances are given by PM (everybody still remembers the personal guarantees, assurances given in and out of Parliament that SOSMA will only be used against terrorists, and now political opponents, activists, cartoonists, are charged under this law). Hoo haa.
" Gerakan is relieved that the Prime Minister has given assurances that non-Muslims will not be affected by proposed amendments to increase the powers of syariah courts.
Its secretary-general Datuk Liang Teck Meng (pic) said Datuk Seri Najib Tun Razak clearly explained the issue in his address at the opening of the Umno general assembly.
"I am glad the Prime Minister gave assurances to non-Muslims that they will not be affected.
"He also said that the amendments will not result in dualism in punishments," he said after the opening of the assembly at PWTC Thursday. "
This Datuk is living in another planet. Wait until hudud has crept in by the back door and used against non-muslims.....hehahaha...
All the hot air pumped up by Liow, Mah, Subra, Adenan, suddenly their balloons got deflated and the kowtowing has resumed.
Do they believe the rakyat cannot see through their colours now. Today they call it black, the next day they call it white or grey or any other colour.
As surely as there is night and day, PAS will get hudud enforced for all through whatever means or bedfellows.
Semuanya berlaku dengan izin Allah tetapi tidak semestinya Allah redho dengan apa yang di izinkanNya. Contoh mudah adalah amalan sihir yang berlaku dengan izin Allah tetapi Allah tidak meredhoi perbuatan sihir. Jadi, Allah hanya mengizinkna Najib untuk kekal sebagai PM sehingga waktu yang ditetapkan olehNya kerana Allah mempunyai sebab yang kita tidak ketahui dan kuasa mutlak berada ditanganNya . Tetapi ia tidak bermakna Allah redho dengan segala jenayah najib. Allah mengekalkan beliau di atas takhta pemerintahan sebagai ujian dan hukuman kepada rakyat Msia yang ramai kufur dan ingkar dan dalam masa yang sama menambahbanyakkan dosa si najib supaya diakhirat nanti Allah boleh meletakkan beliau bersama-sama Fira'un di dalam kawah api yang sama & najib nanti tak boleh komplen. Si Batak Zahid Hamidi adalah antara orang yang menggunakan agama untuk menyesatkan manusia.
ReplyDeleteSalam Datuk...
ReplyDeleteTebuk sana tebuk sini untuk kepentingan diri atau cuba menyonsangkan keseluruhan fakta hadis & al-quran.
Jika kita nak kata bahawa semuanya ketentuan Allah, kita hanya perlu berpeluk tubuh tanpa lakukan apa-apa. Fikir la sendiri...
Firaun dicipta oleh Allah, bila Firaun semakin memesong then Allah juga memusnahkan dia melalui Nabi Musa. Tak faham lagi ke...?
Datuk.
ReplyDeleteThe best Sabah's selling newspaper...published on Thursday, December 01, 2016 with the headline...
"Najib chosen by Allah: DPM (Ahmad Zahid Hamidi)
"Allah has put Datuk Seri Najib as our president. Allah wanted it that way," he said. "So I call upon all members to pledge your loyalty, not just through your voices but also through your actions, as taught by our religion."
(http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=114387)
1. Damn son!...that's deep.
2. Jews are chosen people, you know.
3. Hitler was chosen too to destroy the chosen ones.
4. We are chosen not to choose your chosen one Zahid.
5. Because, we don't give you shit whether your god choose him or not...perhaps your god is a wrong god!
Kadiag, salaam.
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada sorang penyumbang blog hang kali ni
yg aku kira bernaih dan laju behujjah, dia basa diri dia Cengkerik (7.58 ptg.) Pd En Cengkerik, terima kasih banyak, no.
Yg hang tu pi whanganui tu pasai apa...? Ada kenangan lama ka...?
Aku kira hang lebih untung...aku pon ada tempat nak pi tengok, satu kampong kad tengah gurun di Ostolia, nama Lariat. Dudok dia antara Tennant Creek di Top End (Northern Territories) dgn Cloncurry di pebatasan Queensland. Aku kerja buroh binaan buat jambatan ataih satu anak sungai kerin, depa pangge billabong ka apa ka. Pekan Lariat ni, ada dua bangunan saja: kedai pos, dan seberang jalan yg agak lebag, kedai arak. Postmaster dia perempuan dan bila malam dia jadi bar tender. Kru yg kerja dgn aku, badan sasag2, penumbok depa sama besag dgn muka aku. Hampiag tiap malam, lepaih langgag arak, ada setengah tu mabuk dan mola bertumbok. Aku nanti belah balik ke 'Caravan' yg jadi kuarters kami. Kadang2 waktu subuh, nuu jauh2 dikaki langit, sebarih kuda liag nanti melintaih. Cukop menusuk jiwa...
Aku kira hang lebih untong sebab Whanganui masih ada...aku cuba nak cari Lariat, dlm Google pon tak dak. Ni Kadiag, nak habag mai, Datuk Bandag Pantai Kapiti, utara Wellington besa tumpang romah aku didjaman doloe doeloe. Dia ni adik Suqumaran (Star/Malay Mail) dulu menulih untok Straits Echo di Pineng. Orang sorat habag masih laku no....
Wasallam, Aku
Slm Dato dan sdra Zed-85,
ReplyDeleteItulah Ketua2 Mwlayu Umno....dlm PAU...semua hampas sahaja yg keluar dari mulut mereka...masih kuat bercakap bohong dan merapu.
Alih2 memuji dan memuja Ketua.
Bila kita bercakap pasal Umno dan PAU..hilang selera makan jadinya kerana rasa loya dan mual dtg dgn tiba2.
Rasa bosan tidak terhingga dan sy tidak lansung mengikuti apa yg berlaku.
Tetapi bila KJ dan ahli ramai berhujah dgn mengutuk Tun M...ianya memperkuatkan lagi...betapa dangkal..buruk...lekeh...buta mata dan hati ketahap sial yg maksimum pekerti ketua2 Melayu dlm Parti ini.
Umum tahu bahawa isu disini adalah Mappadullung HZ...bukan isu Tun M.
Walau pun 'point' mengutuk Tun M sudah basi...tetapi masih menjadi hidangan utama dlm menu kerana....Penjilat2 dan Pentedarah2 Dedak telah bankrap dgn idea mempertahan idola Mappadulung HZ mereka.
Mereka sama sahaja dgn penulis diManchester...menu yg dah basi tetap dihidang kerana mulut dan perut penuh dgn dedak yg telah disuap.
'No choice'.
Kerana terpaksa mendambakan diri dan menjual bukan sahaja...hati 'heart' tetapi nyawa 'soul' pd idola HZ ini.
"Cash is King"...bro.
Alahai Melayu2 Umno.
Datuk,
ReplyDeleteour country has always a bad record of trying to champion rights of people outside the country. We have so much poor, struggling citizens and here are the leaders setting a poor example of ignoring the poor Malaysians and putting their focus on non-citizens. Charity belongs at home. Solve our country's problems first!
The orang asli are being taken advantage off, they have been arrested, and now stupid demos are planned to support the rohingyas who are not malaysians.
GUA MUSANG: An Orang Asli association has asked why the BN and PAS are so “passionate” about the Rohingyas but are “neglecting” the Orang Asli in Gua Musang.
Peninsular Malaysia Orang Asli Villages Network (JKOASM) director Tijah Yok Chopil said the Orang Asli, in principle, supported the government’s Solidarity for Rohingya assembly slated for Dec 4, but wondered whether problems affecting their own citizens were being ignored.
“I heard that the federal government and PAS, including the Kelantan menteri besar, will be at the Stadium Titiwangsa in Kuala Lumpur this Sunday to show their support for the Rohingyas.
“I support what they’re doing, but we are disappointed that they are forgetting the Orang Asli in Gua Musang. I am especially disappointed in PAS. If it is a Muslim government, then it should consider what is really happening,” he told FMT.
Datuk,
ReplyDeletethis UMNO delegate is one sane man among the rest. How refreshing and wonderful to read his speech, this is what his fellow UMNO members should emulate. Start asking questions why they have to give blind loyalty to the party leaders, whereas tackling the real challenges should be given topmost priority.
KUALA LUMPUR: An Umno delegate from Johor today reminded party leaders to stop demanding loyalty from Malays, including members, when they should instead be thanking them for all the support they have received.
Speaking at the Umno general assembly this morning, Kemelah assemblyman Ayub Rahmat said it was time for Umno leaders to realise that the Malays were not indebted to them, but that it was the other way round.
“Umno must thank the Malays for their support all this while, and stop reminiscing on what it has given to the Malays.
“The time has come for Umno to stop asking for the Malays to pledge their loyalty to the party.
“Don’t forget, Umno will not be in a place of power if not for the Malays,” he said.
Ayub urged the party to renew and enhance its contribution to the Malays under the banner, “A New Deal for the Malays”.
He pointed out that the rights of the Malays, contrary to what party leaders claimed, was not the biggest challenge the race was facing.
“It is their ability to remain competitive and succeed in the 21st century that the party should be concerned with,” he said.
There are six issues that the new deal has to address.
These include making Malays more resilient economically, helping them improve their quality of life, providing them with quality education, making Malaysia a more Islamic but moderate country, and ensuring the country is governed with the best practices.
Ayub said these should be part of Umno’s election promises to show that it was not just demanding blind loyalty based on past contributions, but that it was also fighting for the future wellbeing of all Malays.
His speech today came after Umno acting deputy president Ahmad Zahid Hamidi told delegates on Tuesday that Allah had chosen Najib Razak to be party president, and hence, all members should pledge their loyalty to him and the ruling party.
Betul kata kau, Kadir: Allah tentukan tempat Kita.
ReplyDeleteApa betul cerita bila mati syahid masuk syurga?
Wah kalau benar cerita itu elok mati syahid.
Betul tak Kadir?
Harap betullah UMNO Baru nak padam.
Seronok Kita.
Alhamdulillah.
Tetapi Indonesia akan masuk campur kah?
Apa kata kau, Kadir?
Pattani?
Moro?
Betul fikir kau, Nadir.
Najib bugis auta Karen.
Jatuhkan UMNO-BN, Kadir.
Baru padan muka orang melayu dan raja-raja mereka.
Betul kata partai kau, UMNO tak boleh pakai.
Tetapi kalau tak jatuh di PRU14, macam mana?
Najib boleh kawalkah tapi yang dah marak?
Waimah dan akhir kalam elok mati syahid.
Betullah Najib menjadi PM di atas ketentuan Allah. Ia ada kaitan dengan sifat qudrah dan iradah Allah.
ReplyDeleteSama juga halnya dengan Namrud dan Firaun. Mereka juga jadi pemerintah dengan ketentuan Allah.
Tapi apabila 'ketentuan' Allah mengatakan sudah masa Najib jatuh seperti nangka busuk jangan pula dikatakan kejatuhannya angkara manusia, ia juga ketentuan Allah.
Sila fahami betul-betul maksud 'ketentuan' Allah menurut pegangan golongan ahlussunnah waljamaah dan bukan menurut pegangan kaum Murjia'h.
Wallahu a'lam.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteSo, Kadir, will you and Kit Siang think the Bugis will go away when BN wins will lesser seats - less than the 134?
Tak susah sangat bukan kerja itu untuk kau, betul tak?
Kau ingat Najib tak ketaklutut kah? Atau dia Najib masih tak kenal kebolehan kau bila berganding dengan Kit Siang.
133 and less?
New Zealand itu suaka atau pensen?
Exsaiting no?
Tak kan Najib nak lari London?
Apa pikir kau, Kadir?
Lagipun mana datang duit kempen kali ini?
Bukankah UMNO Baru itu macam kacang, Kadir?
Alhamdulillah.
ReplyDeleteSo, Kadir, will you and Kit Siang think the Bugis will go away when BN wins will lesser seats - less than the 134?
Tak susah sangat bukan kerja itu untuk kau, betul tak?
Kau ingat Najib tak ketaklutut kah? Atau dia Najib masih tak kenal kebolehan kau bila berganding dengan Kit Siang.
133 and less?
New Zealand itu suaka atau pensen?
Exsaiting no?
Tak kan Najib nak lari London?
Apa pikir kau, Kadir?
Lagipun mana datang duit kempen kali ini?
Bukankah UMNO Baru itu macam kacang, Kadir?
Masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan. Cara Masuk ialah dengan berpegang tekuh dgn tali allah dan rasulnya. Semua petunjuk jln lurus ada dalam rukun iman..jgn lupa cari furqan...sebab sebelum al quran diturunkan ada satu furqan yg diturunkan untuk membezakan yg haq dan yg batil....
ReplyDeletejohn doe bro,
ReplyDeletecouldnt agree more.... a 100% correct. he can be pm with support...n he can get thrown out without it. tats how ketentuan works. qadar is predestined...get enuf votes he wins. d law of d nature is predestined. be good or bad d Allah gives him d way. just dun say Allah appointed him.
1. Untuk maklumat pembahas Rawa Lanun-Bahasa dan semua para pembahas, saya sudah kembali ke tanah air.
ReplyDelete2. Alhamdulilah cuma belum kena tosei atau roti canai.
3. Bukan mencari suaka tapi pensen sambil melawat tiga orang tua yang pada tahun 1971 berjasa kepada saya ketika saya belajar di negara mereka.
4. Orang berbudi kita berbahasa.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteKita tak maulah orang kuat Lim Kit Siang belumlah cerita PRU14 susah cari-cari suaka di kandang jinnapanama bertendang. Maklumlah kau pun tahu kos sarahidup di Berne tinggi. Namun bila nanti nak pekena expression tepi Lake Como dengan kau aku kena tak kisahlah kalau aku yang bayar insyaAllah.
Lim Kit Siang mungkintah kecewa sedikit dengan kau akhir-akhir ini, Kadir?
Kau buat kerja semacam nak tak nak aje.
As if recklessly damaging your perahuapanama? Are you doing a Khidr, Kadir?
Tak canteklah kalau kau buat macam itu.
Kau tak kesian pada gurkha-gurkha yang cari makan? Kau takan zalim macam mahazalimapanama. Kau kalau pun tak pekenan dengan ramai dalam partai kau kau kena profesional. Partai bungarayaapanama kau dah berbudi pada kau.
Kalau kau maseh reckless atau lalai lagi hidup kau tak akan bahagia, Kadir.
Kau perlu astro TV air time nak bawa mesej kau? Atau Star? Aku harap Ahmad Maslan baca blog kau dan dia setuju ice bagi spotlight on you. Tetapi Annuar Musa kenalah setuju. Kau tahulah kapak kecil boleh terbang.
Buck up, Kadir.
I need you to corner Najib supaya dia usahajayakan projek Malay Peacekeeper in Madinah dan Bank Islam mega tanpa riba total.
Alhamdulillah, makhamah syriah akan dipermuliakan di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu ini dengan usaha UMNO Baru berpresidenkan si Najib Bugis. Harapnya ramailah so Salafi seanterodunia termalu tetapi bersyukur.
Janfan lupa berbismillah sebelum kau bertoseh beroticanai.
Ingat, Kadir, Kit Siang menaruh harapan menggunung kepala kau.
Do you job well or die, betul tak, Kadir?
Teruju nak tengok perhimpunan di Stadium Melawati so Bugis istihar jihad fisabilillah at as Myanmar kerana genosid Rohingyar. Kau macam mana?
(Bantai KDN tegas hantar bangla dan rohingyar balik perang dan jangan lari jihad di sini, Kadir)
Wallahu yaf'alu ma yuriid, Kadir.
PEMBETULAN BAHASA, Kadir
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Kita tak maulah orang kuat Lim Kit Siang belum lagi cerita PRU14 sudah cari-cari suaka di kandang jinnapanama bertendang. Maklumlah kau pun tahu kos sarahidup di Berne tinggi. Namun bila nanti nak pekena expresso tepi Lake Como dengan kau aku tak kisahlah kalau aku yang bayar insyaAllah.
Lim Kit Siang mungkintah kecewa sedikit dengan kau akhir-akhir ini, Kadir?
Kau buat kerja semacam nak tak nak aje.
As if recklessly damaging your own perahuapanama? Are you doing a Khidr, Kadir?
Tak canteklah kalau kau buat macam itu.
Kau tak kesian pada gurkha-gurkha yang cari makan? Kau takan zalim macam mahazalimapanama. Kau kalau pun tak pekenan dengan ramai dalam partai kau kau kena profesional. Partai bungarayaapanama kau dah berbudi pada kau.
Kalau kau maseh reckless atau lalai lagi hidup kau tak akan bahagia, Kadir.
Kau perlu astro TV air time nak bawa mesej kau? Atau Star? Aku harap Ahmad Maslan baca blog kau dan dia setuju ide bagi spotlight on you ini. Tetapi Annuar Musa kenalah setuju. Kau tahulah kapak kecil boleh terbang.
Buck up, Kadir.
I need you to corner Najib supaya dia usahajayakan projek Malay Peacekeeper in Madinah dan Bank Islam mega tanpa riba total.
Alhamdulillah, makhamah syriah akan dipermuliakan di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu ini dengan usaha UMNO Baru berpresidenkan si Najib Bugis. Harapnya ramailah si Salafi seanterodunia termalu tetapi bersyukur.
Jangan lupa berbismillah sebelum kau bertoseh beroticanai.
Ingat, Kadir, Kit Siang menaruh harapan menggunung kepada kau.
Do your job well or die, betul tak, Kadir?
Teruju nak tengok perhimpunan di Stadium Melawati so Bugis istihar jihad fisabilillah at as Myanmar kerana genosid Rohingyar. Kau macam mana?
(Bantai KDN tegas hantar bangla dan rohingyar balik perang dan jangan lari jihad di sini, Kadir)
Wallahu yaf'alu ma yuriid, Kadir.
Dato saya ingin tekankan bahawa dato tidak pelu minta maaf kerana apa yg data kata itu betul dlm islam pun kita ini tidak perlu tunduk kpd pemimpin yg rasuah yg menindas rakyat yg bersekongkol mencuri fuit rakyat dan negara bahkan dlm Islam pun ada mengatakan bahawa org yg mengiakan dan menyokong pemimpin yg rasuah juga akan masuk neraka sama
ReplyDelete