Monday, January 30, 2017

Umno-Pas: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?



A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 1 Feb – Berikut adalah kenyataan bersama Parti Islam seMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengenai mesyuarat yang diadakan hari ini di ibu negara:

KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS


YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM


POSTING ASAL
 


SAYA adalah antara ramai wartawan yang hadir di perhimpunan di Kuala Lumpur, kalau tidak silap pada 13 Disember 1977, apabila Allahyarham Tun Hussein Onn mengumumkan pemecatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) daripada Barisan Nasional (BN).

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dan saya juga hadir membuat liputan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Kelantan, Allahyarham (Datuk) Mohamad Nasir, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Baru bulan sebelumnya.

Mohamad Nasir seorang pemimpin popular PAS yang disayangi Umno tetapi dibenci oleh partinya sendiri. Dia dianggap terlalu rapat dengan Umno sehingga membelakangi partinya sendiri.

Dalam undi tidak percaya itu, kesemua 20 Adun PAS menentang beliau manakala kesemua 13 Umno dan seorang MCA menyokong beliau.

Mohamad Nasir disokong Umno ditolak PAS
Kerajaan pusat menggunakan tunjuk perasaan di Kota Baru dalam bulan November bagi mengisytiharkan darurat yang sekali gus menendang keluar kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Darurat diisytiharkan pada 8 November 1977.

Apabila darurat ditarik balik dan pilihan raya negeri diadakan pada tahun 1978, PAS kalah teruk dan BN di bawah kelolaan Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih.

Dalam bahasa yang mudah, PAS kena main dengan Umno selepas kematian Abdul Razak.

Pada mulanya PAS menyertai kerajaan campuran pimpinan Perikatan atas inisiatif Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1972. Perikatan bertukar menjadi BN pada tahun berikutnya.

Hussein Tendang PAS

Tidak seperti birasnya Abdul Razak, Hussein bukanlah pemimpin popular dan disegani. Beliau menjadi Perdana Menteri secara kebetulan akibat kematian Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Beliau kurang sabar dengan tindak-tanduk politik PAS dan kalah kepada Presiden PAS waktu itu, Allahyarham (Tan Sri) Mohamad Asri Muda di segi kewibawaan dan karisme.

Tun Abdul Razak (kiri) percaya kepada Asri (kanan)
Alasan tersurat penyingkiran PAS daripada BN ialah ia telah mengkhianati kerjasama dengan BN, khususnya Umno. PAS pula membantah perisytiharan darurat di Kelantan.

Tetapi sebab tersirat ialah Umno berasa terancam dengan perluasan pengaruh PAS, khususnya ke rancangan-rancangan tanah Felda.

Abdul Razak, arkitek BN, begitu ikhlas dalam kerjasama dengan PAS bagi memperkukuhkan perpaduan Melayu-Islam sehingga sanggup memberi jawatan penting Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah kepada Asri.

Pelantikan itu tidak disukai oleh ramai pemimpin Umno kerana ia memberi peluang kepada Asri mendekati peneroka Felda yang terletak di bawah kementerian tersebut. PAS secara agresif membuka cabang dan ranting di rancangan Felda.

(Allahyarham ayah saya, walaupun penyokong tegar Umno, menjadi kawan baik Ahli Parlimen PAS bagi Kota Setar Selatan, Allahyarham (Datuk) Abu Bakar Omar. Abu Bakar dilantik Timbalan Menteri Kesihatan dan ayah kerap mengunjungi beliau di Kuala Lumpur.)

Tetapi bukan semua orang Umno dan PAS muhibah macam itu. Majoriti di kedua-dua belah pihak saling tidak percaya mempercayai dan ramai pemimpin Umno marah apabila tempat mereka dalam Parlimen, Kabinet dan Exco negeri diisi oleh wakil PAS.

Hal ini pasti berulang jika PAS bergabung dengan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Soal di mana Umno dan PAS bertanding akan menjadi masalah besar, khususnya di kalangan panglima-panglima perang Umno (warlords), yang menjadi kaya raya kerana pilihan raya.

Ahli dan penyokong akar umbi kedua-dua buah parti tentu mendapati sukar untuk menjalin muhibah apatah lagi saling sokong-menyokong setelah bermusuhan sekian lama atas dasar bahawa Umno adalah kafir mengikut “fatwa” Presiden Pas (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang sendiri.

Panduan Sejarah

Selepas kematian Abdul Razak pada 14 Januari 1976, golongan anti-PAS dalam Umno dan “old guards” yang benci kepada “Young Turks” dalam pentadbiran Abdul Razak telah memaksa Hussein untuk bertindak.

Hussein tidak berdaya melawan kehendak mereka. Antara anggota kumpulan ini adalah “Singa Umno” Allahyarham Syed Jaafar Albar dan penyokong-penyokong Allahyarham (Datuk) Harun Idris yang dipenjarakan.

Hussein yang tidak berkongsi idea revolusioner Abdul Razak telah melakukan tiga tindakan radikal. Pertama menahan beberapa orang “young Turks” serta anggota kabinet dapur Abdul Razak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memenjarakan Harun atas tuduhan rasuah dan menendang keluar PAS.

PAS menjadi begitu terdesak setelah ditendang keluar sehingga sanggup berjinak-jinak dengan DAP dalam PRU 1978. Itu pun PAS hanya menang lima daripada 87 kerusi parlimen dan sembilan kerusi DUN daripada 203 yang ditandinginya manakala DAP menang 15 kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN.

Natijahnya kerjasama dengan Umno memakan diri bagi PAS.

Tetapi mungkin ramai pemimpin, ahli dan penyokong PAS hari ini tidak sedar sejarah hitam ia dijadikan mangsa oleh Umno antara tahun 1972 dan 1977. Umno hampir-hampir berjaya menghancurkan PAS.

Persoalannya, kalau Asri yang cukup berpengaruh dan pintar berpolitik itu pun masih boleh dipermainkan oleh Umno, adakah kepemimpinan PAS yang ada hari boleh mengelakkan PAS daripada sekali lagi dijadikan ulam oleh warlords Umno?

Kalau Abdul Razak berjaya memikat hati PAS dengan idealisme perpaduan Melayu-Islam, apakah landasan yang akan digunakan oleh Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak dalam impiannya berkongsi ranjang dengan Abdul Hadi?

Najib (kanan) ibarat dua sejoli dengan Abdul Hadi (kanan)
Adakah beliau juga akan menggunakan jargon perpaduan Melayu-Islam sebagai pemikat hati atau beliau akan (atau telah) menggunakan kaedah yang lebih praktikal iaitu “cash is king”?

(Sarawak Report telah menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Mohd Najib. PAS berang dan ancam saman SR tetapi sampai hari ini belum berbuat demikian. Minta maaflah kalau dah saman!)

Atau adakah kita sedang melihat godaan berahi Umno ke atas para agamawan PAS setelah parti itu menendang keluar golongan bukan ulama dalam muktamar 2015?

Mungkin Umno berasa lebih mudah menggoda iman politik golongan agama yang hari ini memonopoli kepemimpinan PAS daripada zaman PAS mempunyai ramai pemimpin bukan ulama.

Apatah lagi Umno dan PAS sekarang sudah menjadi burung sebulu yang perlu bersatu – Umno diasak oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala PAS oleh Parti Amanah Negara.

Umno tahu PAS terdesak untuk mempertahankan Kelantan dan PAS tahu Umno terdesak untuk mempertahankan Parlimen. Jadi tidak hairan kalau mereka rujuk semula secara Cina buta.  

Wallahuaklam.

30 comments:

  1. sukasamasuka2:00 PM

    Datuk.

    Suatu tulisan yang sangat baik sekali...bila membaca aku teringat suatu peribahasa China...

    "读书须用意,一字值千金"

    "When reading, don’t let a single word escape your attention; one word may be worth a thousand pieces of gold"

    1. Dalam tulisan Datuk, kita dapat faham bahawa politik UMNO-PAS ini hanya terhad di Malaya sahaja.

    2. PAS tidak ada tempat di Sabah dan Sarawak dari dulu lagi.

    3. Dengan Hudud, Hadi sudah membunuh PAS di Sabah...jangan cerita la kalau di Sarawak.

    4. Hudud tidak ada tempat dalam penubuhan Malaysia...malah akan memecahkan Malaysia.

    5. Jadi biarkan UMNO-PAS 'melahirkan anak luar nikah'...Hudud nama nya...yang kita tidak akan tau siapa 'bapa' nya...mungkin Hadi, mungkin juga Najib.

    6. Anak haram ini bukan anak Sabah dan bukan juga anak Sarawak...jadi kamu di Malaya pandai pandai la pelihara dia.

    7. Nanti, selepas UMNO-PAS lahirkan 'anak haram' si Hudud ni, kita check balik 'Surat Kelahiran' Malaysia....Malaysia Agreement 1963.

    8. Di situ mungkin kita akan tau tinggi rendah nya Gunung Kinabalu.

    9. Atau, berapa panjang nya Sungai Rajang.

    10. Hanya Tun saja yang tau betapa tingginya Gunung Kinabalu dan panjangnya Sungai Rajang...ikut nasihatnya, moga2an kita sama sama selamat.

    ReplyDelete
  2. sukasamasuka2:32 PM

    Datuk.

    "Adakah beliau (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak) juga akan menggunakan jargon perpaduan Melayu-Islam sebagai pemikat hati atau beliau akan (atau telah) menggunakan kaedah yang lebih praktikal iaitu “cash is king”?


    1. Kedua2 nya sekali Datuk.

    2. Depan orang Melayu di kampong kampong (terhad masa di kempen di Semenjung sahaja), Najib sudah pakai symbolisma Melayu-Islam nya..."1Malaysia" Naik Haji, Rohingya.

    3. "Pencuci mulut" nya Najib kasi duit RM90 juta pada Hadi, bukan PAS...100% macam kes RM2.6 billion "Derma Arab" yang masuk terus dalam akaun Najib...so, what is RM90 million to akaun Hadi?

    4. Di Sabah/Sarawak pula, Najib jual cerita pasal Pan Borneo 1,073km...orang Malaya fikir itu jalan highway baru...padahal semua orang Sabah/Sarawak tau itu jalan 'highway' sudah ada sejak 30 tahun yang lalu...dari Tawau bolih ke Brunei hingga ke Kuching...tapi hanya orang gila macam orang Melayu UMNO saja yang mau pakai re-branded "Pan Borneo Highway" dari Kota Kinabalu drive ke Kuching...di belakang "Pan Borneo Highway", adalah kontrak berbillion2...itu cerita sebenarnya.

    5. "1Malaysia" ada lah jenama yang sangat mengelirukan...begitu juga re-branded "Pan Borneo"...semua ini untuk memancing undi.

    Pada tahun 2012, Musa Aman sebar seluruh dunia pasal "Project Lobster" terbesar dunia di Lahad Datu untuk buka peluang 20,000 kerja...siok orang Sabah dengar cerita begini sebelum PRU13 dulu...macam Pan Borneo untuk PRU14 la...saat ini tahi lobster pun tidak ada!

    Ini la "janji janji UMNO" di Sabah.

    ReplyDelete
  3. Zalman A3:36 PM


    Bekas menteri itu berkata hasrat “satu lawan satu” hanya akan menjadi kenyataan buat PPBM, bukannya parti lain dalam komponen Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

    “Apa maksud satu lawan satu? Bagi PPBM mereka mahu kerusi yang mereka tandingi tidak akan ditandingi PAS. Manakala PPBM pula tidak akan meletakkan calon di mana PAS bertanding,” katanya hari ini.

    Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad masih berlapang dada untuk meneruskan perbincangan pada 2 Februari ini walaupun dikecam pemimpin kanan PAS dan membidasnya sebagai angkuh dan diktator.

    Malah, Dr Mahathir turut mengakui sesetengah pemimpin PAS berhasrat untuk mensabotaj kerjasama di antara parti Islam itu dan PPBM.

    Zaid berkata beliau tidak melihat PPBM mempunyai kemampuan untuk memastikan PAS tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Amanah, DAP dan PKR.

    “PPBM rela kerusi Amanah, DAP dan PKR ditandingi PAS dan Umno. Maknanya, bagi PPBM tidak mengapa berlaku pertandingan 3 penjuru di kerusi Pakatan Harapan, asalkan kerusi PPBM kekal satu lawan satu,” katanya.

    Datuk,

    Hence the need for an Opposition main secretariat.

    Hadi Awang only attends meetings with MO1, so he will not turn up, but the rest of PAS, not sure.

    There is a map of Malaysia that by logic and data can be allocated by WINNABILITY.

    No point telling the rakyat "we are on your side" and then putting party interests above all.

    By logic and data alone can this be settled.

    Not by ego or selfishness.

    If the 4-5 Opposition parties are guided by logic and data alone, they can win.

    If not, they will lose, badly.

    ReplyDelete
  4. Zed-854:09 PM

    Sallam Dato’

    Sebenarnya zaman Nabi dulu, Nabi gabungkan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah untuk menentang kaum Mashrikin yang zalim.

    Kaum Muhajirin dan Ansar sebenarnya bersengketa dan berperang lama. Namun demikian, demi untuk menghadapi kaum yang zalim, mereka sanggup ketepikan sengketa lama dan bergabung dalam satu pakatan yang kuat.

    In yang usaha dibuat oleh Tun M dan lain-lain supaya golongan Islam dan bukan Islam bergabung supaya Pakatan menjadi lebih kuat. Sengketa lama diketepikan untuk perkara yang lebih besar.

    Kalau kita hendak ukur sengketa antara Tun M dan Anwar dengan PAS dan Amanah, sengketa antara Tun M dan Anwar jauh lebih besar.

    Pada pandangan saya, PAS bukan mengikut sunnah Nabi. Bersengketa, bergaduh dengan Parti Amanah yang tidak buat salah apa pun dan tamak merebut kerusi dan tidak boleh bertolak ansur, ini bukan mengikut sunnah Nabi.

    Saya tidak nampak apa salahnya mereka yang keluar dari PAS dan masuk Amanah. Parti politik adalah ciptaan orang kapir, oleh itu, walaupun orang itu keluar masuk PAS 100 kali pun tidak ada dosa apa-apa.

    Nabi Muhammad membawa Islam bukan 24 jam bercerita berkenaan hudud dan mahkamah Syariah sahaja. Daawah yang mengajak manusia kepada kebaikkan dan menolak kemungkaran adalah perkara yang utama.

    PAS sebaliknya berjuang dengan pikiran yang sempit dan menumpukan hal menghukum shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan
      cuma nak betulkan sejarah je..
      kaum muhajirin dan ansar x penah berperang sama sendiri...kaum ansar maksudnya kaum yg tggl dimadinah..muhajirin kaum mekah yg berhijrah ke mekah..kaum dimadinah yg slalu perang sama sendiri..nabi saw satukan mereka dan pggil mereka kaum ansar...maaf klu tegur x ikut adap..xde niat apa2..cuma nk btulkan sejarah islam je..

      Delete
  5. pemerhati8:18 PM

    Yang saya nampak dari cerita umno-pas adalah agenda utama MO1 hanya untuk menyelamatkan kedudukan dirinya sahaja dan tidak lebih dari itu.

    Pas seperti biasa rela di perkudakan baik oleh Umno mahupun oleh Dap.

    ReplyDelete
  6. Kadiag, salaam.

    Sekali lagi hang timboikan satu titik yg besag dlm sejarah..._ macam mana PAS bulih besekutu dgn United Malays, macam mana dinamika yg melibatkan beberapa watak, namun dibawak aruih sejarah iaitu kekalahan Amerika diVietnam dan takut kad "teori domino" dan China Malaya dan beberapa orang melayu yg bejuang bawah tanah yg dapat semangat baru sebagai "fifth column", maka Razak bin Husin dan geng dia "melamag" geng Datuk Asri untuk wujudkan satu 'United Front" tehadap 'pegolakkan' ni yg akiagnya jadi "barisan nasional". Depa ni ramai dah jadi aruah dah dan nak tulih banyak pon tak berapa sedap, biaglah ahli2 akademik kumudian yg korek selok belok pegerakkan yg depa gagahkan.

    Hang tulih : "Tidak seperti birasnya Abdul Razak, Hussein bukanlah pemimpin popular dan disegani. Beliau menjadi Perdana Menteri secara kebetulan akibat kematian Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.
    Beliau kurang sabar dengan tindak-tanduk politik PAS dan kalah kepada Presiden PAS waktu itu, Allahyarham (Tan Sri) Mohamad Asri Muda di segi kewibawaan dan karisme."

    Aku setuju sangat Kadiag, dan banyak 'kebobrokkan'. lahiag dari lantikkan watak bekaih pegawai tentera British India ni secara 'kebetulan' yg munkin tak kebetulan dan munkin sebagai tanda awai ujian besag Allah S.W.T. nak rasakan ke ataih rakyat Malaya, wallahua'lam.

    Hang tulih lagi dan aku kopipes : "Hussein yang tidak berkongsi idea revolusioner Abdul Razak telah melakukan tiga tindakan radikal. Pertama menahan beberapa orang “young Turks” serta anggota kabinet dapur Abdul Razak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Harun (Idris) atas tuduhan rasuah dan menendang keluar PAS.".
    Dan sunggoh pon aku tak kamcheng dgn member hang dari Tongkang Yard tu, tapi aku ingat dia ada peranan dan jasa besag turunkan orang ni.

    Macam mana pon allahyarham Tok Guru dah bepesan lebih sekali kat orang pati "agama" ni dan aku kopipes dari satu blog benama Kelab Greenboc :

    "Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

    Bukankah hadith itu menyaran dan menyuruh umat Islam agar tidak ditipu lebih sekali?

    UMNO sudah menipu berkali-kali pun mahu hulur diri untuk dipatuk lagi. Hairan kita.

    Jauh berbeza dengan sikap TG Nik Aziz yang lebih bijak di dalam berpolitik supaya kita berwaspada dengan makhluk yang bernama UMNO itu..."

    Balik ke sepekara lain, ada penkomen blog hang ni tulih : "Sebenarnya zaman Nabi dulu, Nabi gabungkan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah untuk menentang kaum Mashrikin yang zalim." Kumudian, penkomen tu En Zed-85 (4.09 petang) sambong "Kaum Muhajirin dan Ansar bersengketa dan berperang lama...."
    Aku rasa laa ada silap sikit kod...bukan kaum muhajirin dan ansar yang "bersengkata dan berperang lama..." tapi Kabilah2 'Aus dan Khasraj yg merupakan dua kabilah besag dikalangan penduduk Arab di Madinah (atau Yathrib) masa tu, yg kumudiannya dikenai sebagai orang Ansor. Dlm hai ni, munkin ada orang yg lebih 'arif bulih tegog. Mintak maghap.

    Sekali lagi, terima kasih Kadiag,
    Aku

    ReplyDelete
  7. sukasamasuka12:23 PM

    Datuk.

    "Abdul Razak, arkitek BN, begitu ikhlas dalam kerjasama dengan PAS bagi memperkukuhkan perpaduan Melayu-Islam sehingga sanggup memberi jawatan penting Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah kepada Asri."

    1. Kalau ikut jalan cerita sejarah 'perkahwinan' UMNO PAS ini, maka nampak2nya anak Razak, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, pula akan guna strategi yang sama atas sebab yang berbeza...untuk meraih sokongkan Melayu akibat terpalit skandal2 berikut...

    - hutang RM55 billion 1MDB yang berniaga 'atas angin' mengikut Datuk AKJ...hutang ini sudah ditanggung olih rakyat,

    - "Derma Arab" RM2.6 billions yang dicuri dari dana 1MDB, mengikut legal dokuman Department of Justice Amerika.

    - RM42 juta dari SRC International, anak syarikat Kementerian Kewangan, yang masuk dalam akaun peribadi, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, diAmBank...sebahagian duit itu sudah digunakan untuk bayar kad kredit berjuta2,

    - berhutang RM144 billion dengan China, konon nya strategy baru FDI tanpa teknology tranfer atau buka kilang di Malaysia (macam policy Donald Trump)

    - penjulanan saham Felda Global Venture, dimana peneroka2 Felda di Pahang dan Sabah hanya gigit jari...harga saham Felda merundum hingga jadi toilet tissue...Shahir dilantik jadi Pengerusi...tapi, confirm sudah makan duit haram RM1 juta dari Najib!

    - pembelian ladang PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) di Indonesia dengan harga US$505.4 million (RM2.26 billion)...ia-itu hampir tiga kali ganda mahal dari harga pasaran biasa, untuk 37% non-controlling share sahaja...konon pakai duit luar, tetapi siapa yang akan bayar nanti?...kalau duit bapa dia, aku tak kesah.

    Beli tanah di Indonesia, konon supaya Felda jadi pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia...tetapi tanah2 Felda di Sabah macam mana?...ada 300,000 acres tanah felda di Kinabatangan dan Lahad Datu...hanya 20% saja yang ditanam kelapa sawit...tiba2 ada monyet dari Kinabatangan buat bising dalam Parlimen, dia kata Astro mahal la...tanya monyet ini, berapa ekar tanah Felda di Kinabatangan sudah di tanam dengan kelapa sawit?

    - penjualan tanah2 strategik negara kepada komunis China...seperti Bandar Malaysia di Sungai Besi, Iskandar Malaysia Johor, Carey Island (???RM200 billion???)

    Tanah orang Sabah diserahkan percuma olih orang2 politik Sabah yang korup kepada Felda...sebanyak 300,000 ekar...kamu buat apa dengan tanah kosong itu?

    Kalau China beli tanah di Malaya untuk menguasai Malaysia suatu hari nanti...buat apa Felda di Sabah?

    2. Selepas PRU 14 nanti, Hadi bolih jadi Menteri dalam JPM jaga Jakim dsbnya sebab kerajaan persekutuan yang baru kena tubuh "Polis Hudud"...dan orang2 PAS yang lain bolih ganti Keruak, Dahalan dan Anipah Aman...sebab mereka2 ini tidak akan ke kerusi Parlimen...bukan aku yang cakap, ini hanya apa yang aku dengar saja.

    3. Selepas Najib pula, PAS akan mampus.

    4. Maka berakhir la politik PAS selepas Najib...jadi Hadi kena pasti Najib sentiasa jadi PM.

    5. Tanpa Hadi, siapa la Najib?

    ReplyDelete
  8. Zalman A12:54 PM


    "Kalau Abdul Razak berjaya memikat hati PAS dengan idealisme perpaduan Melayu-Islam, apakah landasan yang akan digunakan oleh Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak dalam impiannya berkongsi ranjang dengan Abdul Hadi?"

    Datuk,

    Please note that Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak is NOT leading protests at the US Embassy against the US ban. The generally useless Umno Youth are deadly silent. PAS Youth are silent, because it seems that Umno now dictates PAS policy, and hence it is better not to wake the hornet's nest called "DOJ".

    Who is the biggest opportunist?

    After pushing Rohingya boats back to sea last year, Mappadulung now wants to save them.

    Suddenly.

    Are the biggest opportunists red or green?

    ReplyDelete
  9. Zalman A3:44 PM


    "PAS grassroots members will very likely shift their support to Amanah and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) in Selangor if the Islamist party decides to go it alone in the next general election.

    Law expert Abdul Aziz Bari said members holding positions in the state government, villages and mosque committees were also aware that they, too, would lose out, should the Pakatan coalition be ousted in GE14.

    Aziz said it would boil down to a bread and butter issue – whether they can maintain a decent livelihood in the richest state in the country.

    He said there would be a “spill over” effect on other grassroots if Pakatan were to be ousted. PAS members are now watching the situation in Selangor closely.

    Aziz was commenting on PAS president Abdul Hadi Awang’s statement on Sunday that the party aimed to win at least 40 parliamentary seats in the next general election to ensure Muslims were in control of Putrajaya.

    According to PAS organ Harakah Daily, Hadi was also reported to have said his party intended to solidify its position in Kelantan and Selangor and seek to regain power in Terengganu and Kedah. It holds power in Kelantan and is part of the coalition ruling Selangor.

    In the last general election, PAS and DAP won 15 state seats each while PKR secured 14 and the Barisan Nasional 12 in Selangor."

    Let us see if Hadi's efforts in 2013 and maybe as far back as 2008 will bear fruit.

    Again, there is arrogance in saying that these are "PAS seats".

    Let them campaign on their current pro-rasuah and pro-MO1 stand and see if the people still want them or not.

    ReplyDelete
  10. sukasamasuka4:10 PM

    Datuk.

    An open letter to the US Embassy Kuala Lumpur.

    It was reported by CNN that...on January 31, 2017, President Donald Trump fired acting Attorney General Sally Yates Monday night for "refusing to enforce a legal order designed to protect the citizens of the United States," the White House said.

    Source: http://edition.cnn.com/2017/01/30/politics/donald-trump-immigration-order-department-of-justice/



    Will Mr Trump still pursue the 1MDB kleptocracy case brought by your Department of Justice?

    "The legal action filed by the DoJ seeks to seize assets it says were acquired with more than $3.5bn (£2.6bn, €3.1bn) allegedly funnelled away from the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) state fund.


    "The Department of Justice will not allow the American financial system to be used as a conduit for corruption," US Attorney General Loretta declared as she announced the civil suit."

    Source: http://www.ibtimes.co.uk/malaysian-official-1-named-doj-lawsuit-over-1mdb-scandal-najib-razak-cabinet-minister-says-1579366


    Mr.Trump. Sir...if you really wants "to protect the citizens of the United States"....please disclose the "Malaysian Official 1"...and, let him bear the brunt of the US justice system for deliberately using the US financial system to launder billions...and, tell the Muslim world, once for all, that any Muslim kleptocrat as such, has no place in US...not, just Muslim travel ban.

    May God Bless America.

    ReplyDelete
  11. Zed-854:14 PM

    Saudara Aku,

    Terima Kasih kerana betulkan saya.

    Golongan yang bersengketa adalah antara Aus dan Khazraj di Yathrib (sebelum dipanggil Madinah) Golongan Muhajirin (Muhajir/immigrant) adalah dari Mekah.

    Nabi Muhammad damaikan kedua-dua kaum ini setelah lebin 120 tahun bersengketa.

    Di Madinah ada juga golongan yahudi utama iaitu Bani Qaynuqa, Quraiza dan Nadir.

    Satu perjanjian telah dibuat yang di panggil Piagam Madinah supaya semua golongan di Madinah termasuk orang kafir dan Yahudi dapat hidup dengan aman.

    Idea yang saya hendak sampaikan adalah Nabi Muhammad gabungkan kedua-dua kaum ini dari Yathrib(Madinah) dan juga golongan Muhajir (Mekah) supaya menjadi satu persatuan yang lebih besar dan kuat.

    Setelah berapa tahun, berlakunya perang Badr dan Uhud. Kalau Nabi tidak gabungkan kesemua kabilah-kabilah menjadi satu, macamana hendak menghadapi Kaum Mushrik?

    Usaha ini yang dijalankan oleh Pakatan Harapan dan PPBM.

    PAS pula tidak mahu bergabung dengan Pakatan. Hadi Awang kata Parti Pas adalah parti tahan lasak.

    ReplyDelete
  12. Zed-855:34 PM

    Sallam Dato’

    Berkenaan dengan persoalan cina buta.

    Mengikut Mazhab Shafie, orang yang hendak berbuat sedemikian hendaklah bersama dengan orang yang lain dahulu.

    PAS sudah berpisah secara sah dengan BN pada tahun 70’an. Bukan saja berpisah malah mengkafirkan terus UMNO.

    Kemudian PAS bersama dengan Pakatan. Lepas itu berpisah semula.

    Saya rasa kalau orang PAS hendak bersama dengan BN saya rasa agak sukar kerana Parti Cina MCA dan Gerakan tidak akan sanggup.

    Orang Sarawak pun tidak setuju dengan PAS kerana orang Sarawak berfikiran progresif dan tidak berminat dengan pegangan Islam yang sempit yang bertumpu kepada menghukum orang dari mendidik orang. Orang Sarawak sekarang mahukan Bahasa Inggeris menjadi Bahasa negeri bersama dengan bahasa Malaysia.

    Kalaulah PAS hendak merujuk semula dengan Pakatan. Saya rasa tidak mustahil. DAP pun baru-baru ini sanggup terima.

    ReplyDelete
  13. sukasamasuka7:24 PM

    Datuk.

    Sabah DAP wants autonomy to go beyond MA63
    FMT Reporters...January 31, 2017.

    The Malaysia Agreement 1963 (MA63) is the bottomline, not the final objective, as it is no longer about just not taking orders from Putrajaya.

    PETALING JAYA: Sabah DAP says the state can be only less dependent on the federal government if the Federal Constitution was amended, the Daily Express reported today.

    Citing the Malaysia Agreement 1963 (MA63), the party said it is the basis but not the “final objective” for the future of Sabah.

    “The state assembly must be enpowered. There must be total reconsideration of Sabah’s place in the federation.

    “The MA63 is the bottomline, but not the final objective. It’s no longer about just not taking orders from Malaya. There must be real autonomy,” the party said in a statement released today.

    In a memorandum submitted to the Sabah Rights Review Committee hearing at the state assembly last week, Sabah DAP said it is not in favour of discussions within the straightjacket of the Federal Constitution and/or the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

    The party also called for the 9th Schedule of the Federal Constitution to be amended to transfer jurisdiction from the federal to the state and/or concurrent list.

    “This is necessary for devolution of administrative powers from the federal to the Sabah government.”

    The party also demanded for a higher share of the national revenue and for such an arrangement to be institutionalised as it would avoid a situation where the federal government can victimise the state government.

    It noted that Sabah had gone from being among the richest states in the federaton to the poorest.

    “Income in the state is among the most unevenly distributed. It’s plagued by illegal immigrants and there are constant threats to security,” the DAP said in its memorandum.

    The statement added that the new “federalism” proposed will strengthen Sabah’s role and dignity as an equal partner in Malaysia.

    “It will also allow Sabah to play a greater role in shaping its own as well as national policies,” Sabah DAP said, comparing their approach with that of the Sarawak government’s to devolution in the run-up to the state election last year.

    Such arrangements as in Sarawak are severely limited in scope and effect, it said.

    “The arrangements would always depend on the goodwill and cooperation of the federal government,” Sabah DAP said.

    Sabah DAP also feels that Sarawak’s approach on devolution was also not permanent or secure and could be revoked by the federal government at any time.

    Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/31/sabah-dap-wants-autonomy-to-go-beyond-ma63/


    DAP has been very consistent on this issue...and, the only national party really care about Malaysia Agreement 1963...kudos to you Sir, Mr. Lim Kit Siang...thank you Sir.

    ReplyDelete
  14. Zalman A10:43 PM



    Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membangkitkan persoalan adakan Umno akan membenarkan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) menjalinkan kerjasama dengan PAS.

    Sedangkan, kata bekas naib presiden PAS itu, parti Melayu itu sudah pun menjalinkan kerjasama secara “ta’awun” (tolong-menolong) bersama PAS.

    “Perjumpaan antara PAS dan BERSATU pada 1 Februari 2017 (esok) sudah tentu menarik perhatian semua pihak, khususnya pemerhati dan penggerak politik tanah air terutamanya pimpinan Umno.

    “Menariknya apabila PAS dan BERSATU sedang merangka untuk mengorak langkah mencari ruang membentuk kerjasama.
    “Tetapi dalam masa yang sama PAS dan Umno sudah pun mesra menjalin hubungan ‘kerjasama’ dalam istilah ta’awun,”kata Mahfuz dalam kenyataannya hari ini.

    Katanya, walaupun hubungan kerjasama PAS dan Umno tidak dinamakan ‘kerjasama politik’ secara terang-terangan namun kedua-dua parti itu selesa dengan pendekatan berkenaan.

    Ia kerana, katanya, partinya dan Umno mahukan pulangan keuntungan politik dari pendekatan ta’awun tersebut.
    Satu pertemuan antara PAS dan BERSATU dijangka bakal berlangsung itu sebagai susulan untuk membincangkan draf kerjasama yang telah dikemukakan sebelum ini.

    Selain itu kedua parti itu juga akan membincangkan mengenai pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan “bagi membentuk kerjasama yang lebih erat”.

    Mahfuz turut berkata, rakyat sedang memerhati, tindakan Umno yang seterusnya mengenai langkah PAS dan BERSATU itu.
Namun Mahfuz berkata beliau secara peribadi berharap kerjasama itu dapat dimeterai bagi membolehkan PAS kembali semula dalam gabungan pakatan pembangkang dan menyertai Pakatan Harapan.

    “Secara peribadi adalah diharapkan jalinan kerjasama PAS dan BERSATU dimeterai untuk membolehkan PAS kembali berada dalam arus perdana politik Malaysia bersama rakyat dalam ‘pakatan besar pembangkang’ iaitu Pakatan Harapan.
    “Ia untuk meranapkan Umno-BN dalam PRU14 nanti.

    “Tiada maknanya kerjasama BERSATU dan PAS ini kepada rakyat Malaysia jika sekadar berada dalam blok ketiga dan ‘mengasingkan diri’ dari rakan parti pembangkang yang lain,” katanya.

    What does a 3rd bloc do except help Umno win?

    ReplyDelete
  15. https://pas.org.my/arkib/naib-presiden-1/10767-datuk-kadir-jasin-belajarlah-menjadi-pembangkang

    Datuk Kadir Jasin, Belajarlah Menjadi Pembangkang

    Hj Idris Hj Ahmad
    Naib Presiden PAS
    31/1/17

    Apabila membaca tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Umno-PAS: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?", maka fahamlah saya penulis seorang yang anti PAS sejak daripada muda hingga tua. Baguslah beliau sudah insaf bahawa buruknya Umno. Parti yang beliau dokong dan pemimpin yang beliau menjadi pengampu dan penangkis kepada kebobrokan pemimpin Umno semasa beliau berkuasa di media Umno dahulu. Insaf itu pun setelah dedak sudah tidak diberi. Cuba tanya pula berapa kekayaan yang beliau pungut waktu menjadi penulis upahan Umno suatu ketika dahulu.

    Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Dr Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan. Mungkin Datuk Mustafa Ali boleh memberi jawapannya, kerana beliau antara tokoh yang masih hidup, ketika PAS bersama BN dan terlibat secara langsung dalam krisis tersebut. Apakah Datuk lupa bahawa Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Samada Datuk lupa atau buat-buat lupa. Datuk hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi Datuk sepatah pun tidak sebut nama Tun Dr Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak kot.

    Tulisan Datuk yang penuh perajudis kepada PAS, membangkitkan isu RM90 juta. Sebagai seorang penulis yang hebat, kenalah baca dulu media rasmi PAS mengenai status saman PAS terhadap Sarawak Report. Mungkin itu budaya penulisan Datuk sewaktu makan dedak dengan Umno sehingga terbawa-bawa perangai tersebut walau pun tidak bersama Umno.

    Tidak perlulah membuat tuduhan bahawa PAS bersama Umno. Datuk belajarlah menjadi pembangkang setelah kenyang bersama Umno. PAS sudah 65 tahun faham sepak terajang Umno. Banyak di kalangan kami tidak pernah bersama Umno. Sedangkan Datuk dan sekutu dan sewaktu dengannya pernah terlibat dengan Umno. Kami lawan Umno sewaktu Datuk pertahan Umno melalui serangan media. Janganlah Datuk hendak samakan kami dengan perangai Datuk.

    Maaflah saya tidak suka serang Datuk, kerana Datuk baru hendak belajar bertateh menjadi pembangkang. Tetapi apabila Datuk membuat tuduhan yang melampau kepada PAS, saya terpaksa serang. Sewaktu Datuk dengan Umno pun kami lawan Umno, inikan pula Datuk pun tidak ada kuasa tidak munasabah kami tidak berani lawan Datuk.
    Datuk tidak layak bercakap soal integriti, nanti banyak pula orang akan dedahkan sewaktu Datuk menyokong Umno dahulu.

    ReplyDelete
  16. joe black6:35 PM

    Dato,

    Cinta itu bukann semuanya buta......

    Yang kebiasaannya berlaku, pihak yang lemah menganggap pasangannya sebagai "Meal Ticket." Adakah ini harapannya Haji Hadi? Jika begitu, ahli ahli PAS akan menjadi anak angkat didikan UMNO yang akan digunakan untuk menguasai Melayu luar bandar.

    Syabas Najib....Strategi yang amat berkesan.

    ReplyDelete
  17. Lembah tasnim8:34 PM

    Datuk..

    Ahli Pas merasa diri mereka bijak dan pandai dalam arus politik negara.. contoh macam us Idris Ahmad dia bidas Datuk kawkaw nampaknya.. Apa komen Datuk..

    Dan hari ini satu persefahaman bersama telah di setujui oleh Pas dan Bersatu dalam menghadapi PRU 14..

    ReplyDelete
  18. Lembah tasnim8:43 PM

    Datuk..

    Hari ini satu persefahaman bersama antara Pas dan Bersatu telah di persetujui..

    Ahli Pas merasa diri mereka bijak.. Seperti Us Idris Ahmad yang bidas Datuk kawkaw.. Apa komen Datuk.

    ReplyDelete
  19. Anonymous9:06 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. sukasamasuka9:13 PM

    Datuk.

    Syukur la kalau sudah ada JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM...moga2an dirahmati Allah Taala.

    Ikut la nasihat Tun.

    Kalau dia bilang pusing kiri, kita pusing kiri la.

    Kalau Tun kata kita pusing kanan, kita pusing kanan la.

    Moga2an "ayahnda ku" Tun selalu sihat dan begitu juga "bunda ku" Tun Dr. Siti Hasmah.

    ReplyDelete
  21. sukasamasuka9:29 PM

    Datuk.

    Astaga....apa yang kau tulis ni Hj Idris Hj Ahmad?...aku tak faham apa yang kamu cakap.

    Kamu ni betul ka Naib Presiden PAS?...atau menyamar?...atau ada orang gunakan nama kamu?

    Kalau ini la pemikiran seorang Naib Presiden PAS, geranti Melayu makan taik!...jangan dekat2 di Sabah la kalau begitu, nanti kamu dijadikan sinalau bakas saja tu bos ku.

    ReplyDelete
  22. Zalman A11:31 PM


    Datuk,

    Some have taken offence on your article.

    Perhaps wrongly.

    Anyway I am glad that there has been progress in the talks.

    You are well aware that a few of the PAS leaders see the corrupt Parti Najib as their "Meal Ticket" as Sdr Joe Black says.

    But we must hope that at least the grassroots of PAS and enough of the leadership are fully aware of the dangers of that route.

    Also, as I have said before, the oil of DAP & Amanah is for urban areas, the water of PPBM/PAS/PKR is for the semi urban & rural areas....

    HOWEVER...

    There must be a ceasefire from now on as regards verbal attacks.

    All guns trained on one enemy.

    Hope DAP and Amanah take careful note.


    ReplyDelete
  23. 1. Pembahas Lembah Tasnim (yang lama tak berbahas dengan kita), antara lain, berkata:

    "Ahli Pas merasa diri mereka bijak dan pandai dalam arus politik negara.. contoh macam us Idris Ahmad dia bidas Datuk kawkaw nampaknya.. Apa komen Datuk.."

    2. Itu hak Ustaz Idris Ahmad. Sesiapa pun bebas baca dan ulas blog kita ini. Bagi saya, lebih baik orang baca tapi tak setuju dengan saya daripada tak baca.

    3. Saya menulis rencana ini daripada perspektif saya setelah melihat dan terbabit dalam dualism politik Umno-Pas sejak tahun 1960'an.

    4. Saya faham permusuhan Umno-PAS di peringkat akar umbi kerana itulah ciri kampung saya dalam kawasan pilihan raya Pendang (Kota Setar Selatan/Ulu Muda).

    5. Keturunan saya berpecah dua. Sebelah emak majoriti Umno. Sebelah ayah majoroti PAS. Wakil Rakyat silih berganti di antara Umno dan PAS. Allahyarham Ustaz Fadzil Nor adik beradik saya dan kawan baik ayah saya.

    6. Ayah saya Umno tegar. Mengundi BN wajib. Tapi lepas era Tun Dr Mahathir dia tolak Umno. "Bukan Umno aku lagi," katanya.

    Wallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Kadiag, salaam.

    Aku ni sekali lagi...Nak coret sikit pasai pejumpaan geng2 Mukhriz dan Tuan Ibrahim. Alhamdulillah depa dapat setuju ataih
    dlm basa orang sekolah tinggi2 kata "deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif". Hambuih... payah nak sebut no. Apa pon, yg mustahak laa ni, di PRU nanti kalu ada, biag la tanding satu lawan satu. Muga2 depa dapat bena ataih kepentingan besama ni jadi benda yg lebih 'solid'. Tuan Ibrahim ni nampak aku sikit lunak, dan agak tebuka pikiran dia, munkin orang kata ada nilai2 tawadhu'. Aku harap pihak sebelah mukhriz pulak kena banyak besobag, insya'Allah bejaya.

    Tapi dgn izin, selepaih dapat paut kpd kepentingan besama ni harap tumpu la secara tuntaih ke arah apa orang kata isyu2 'mikro' atau 'bread and butter' pulak, kata allahyarham Bung Karno soai2 kerezekian, soai2 kerjaya dan pengagoran dan pembuangan pekerja, harga romah dan kadag sewa, harga petrol dan minyak masak, harga nyog, harga ikan, tambang baih dan lrt, lambakkan pekerja asing dll yg bulih sengsarakan rakyat ... yg memang pon sangat tetekan selepaih depa tarik balik 'sabsidi' ataih bahan2 yg kritikal pd kos sara hidup rakyat dan teruih bagi kad diri dan keluarga dan kroni depa dlm bentuk jet baru, melaram melampau dan boroih macam hilang akai sambe kenakan cukai GST keataih semua rakyat temasuk bayi baru lahiag dan kain kapan orang mati....

    Lepaih tu bulih la bawak ke isyu2 'makro', depa dok buat utang begunung, risyuah sana sini ...duit Malaya makin tak laku, nasib FELDA, Tabung Haji, MARA, 1MDB, rosaknya sistem 'check' dan belen.... Munkin jadi pelingkop "sosioekonomi" anak cucu kumudian hari pulak.

    Macam mana pon orang mengaji 'ekonomi desa' munkin kata ini semoa hanya 'push factor', maka kena ada pulak 'pull factor', yagni apa yg hampa insya'Allah bulih tawag pd rakyat, orang sebut 'manifesto' ka apa ka... program menwujud peluang kerja, peluang pendidikkan dan latihan, peluang dan tapak perniagaan, turun cukai dan harga barang, kos pengangkutan dan tol, baiki jalan2 kampong dan taman peromahan, baiki sistem parit dan bekalan ayag, rawatan kesihatan, sistem kumbahan dan kebersihan, dan rawatan sistem bekerajaan, sistem hukum dan kepolisian dan macam2 lagi. Tapi apa pon, 'manifesto' atau pelan untok rakyat ni aku nampak kena cepat2 buat dan tebagkan rata2. Secara teratog habih dan mudah paham.

    Telajak panjang pulak....manghap no. Takat tu saja Kadiag dan terima kasih.
    Aku

    ReplyDelete
  25. Guru tua10:29 AM

    Slm perjuangan,
    Sekarang adalah masa semua kita yg cintakan bangsa dan tanah air bertindak di lapangan .
    kita perlu menjelaskan isu2 sebenarnya yg berlaku di tanah air angkara BN esp MO1,fokus utama kita utk menewaskan BN dlm PRU ke 14,so,dekati penyokong totok mereka-org kg,org lama,warga felda,gol yg tidak menguasai IT,sekadar menjadi penonton tv3 dan baca Utusan.....
    Mereka ini merupakan antaranya terdiri dp kaum keluarga kita, org kg kita ,rakan sekerja,dsb.
    Penerangan mesti jelas dan mudah difahami oleh mereka,berikan anologi/cth yg simple(rasuah,mencuri,menyeleweng,mengkhianati,salah guna kuasa,menipu).berikan contoh 2.6 billion,42 juta,apa tindakan Spore dan DOJ US berhubung 1MDB,Tabung Hj,YPEIM,penghapusan subsidi petrol,GST,Felda,MARA,cite AG,SPRM,KPN,Bank Negara)lakukan sesi penerangan mcm para guru mengajar anak2 murid yg lemah/sederhana di sekolah,yg penting murid faham,kemudian blh apply, buat analisis dan sintesis,akhirnya buat penilaian dan perubahan....
    Ayuh kwn2 semua,baca blog dan mengulas tak salah, baik utk mencanai minda,tapi lebih efektif diseiringi dgn GERAK KERJA......
    Selamat berjuang...semoga ada cahaya di hj terowong...Ameen

    ReplyDelete
  26. Zed-8511:21 AM

    Sallam Dato’

    Memang baik ada perkembangan, walaupun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya secara jelas apa kerjasama antara PAS dan PPBM.

    Yang pentingnya ada hitam putih dan ada tempoh masa.

    Perkembangan ini sudah banyak di sosial media. Saya terbaca komen yang mengatakan bahawa ini adalah perjumpaan antara Timbalan Presiden PAS dan PPBM. Ada satu lagi perjumpaan antara Presiden dan Presiden.

    Bagi saya yang paling penting adalah parti pembangkang berusaha menguatkan parti. Kalaulah pembangkang kuat, hendak berbincang dengan PAS pun senang.

    Nampaknya kalau dilihat perkembangan sejarah, PAS hanya berpusing dua dimensi sahaja iaitu samada berbaik dengan BN atau berbaik dengan group pembangkang yang satu lagi. PAS sendiri tak boleh ke mana.

    Kalau tengok komen Idris Ahmad(kalau benar komennya), saya rasa komennya terlampau sangat personal dan peribadi. Ini jauh berbeda dengan sifat dan akhlak Tuan Guru Nik Aziz.

    Macam-macam kejian yang dilemparkan kepada kepada TGNA tapi tingkah lakunya dan adabnya dijaga. TGNA berjumpa sendiri dengan Karpal Singh DAP berkenaan dengan masalah Hudud, inilah yang sebenarnya mengikut akhlak Nabi, bukan macam orang PAS sekarang.

    PAS selepas TGNA jauh berbeza.

    ReplyDelete
  27. Zed-8511:43 PM

    Sallam Dato'

    Timbalan Presiden PPBM berjumpa dengan Timbalan presiden PAS semalam.

    Khabarnya, Presiden UMNO akan berjumpa dengan Presiden PAS esok berkenaan dengan Rohingya.

    Amat perihatin Hadi Awang dan DS Najib berkenaan dengan Rohingya.

    Agaknya sekurang-sekurangnya 1 jam lebih berjumpa, mereka akan bercerita pasal Rohingya sahaja. Agaknya juga , mungkin akan bercerita pasal Donald Trump.

    ReplyDelete
  28. guru tua sir,

    but it does look hard...take d intelligent legitimate arguments to d minds designed to only follow their leaders words...their cock-sure of d fact....if their gurus disagree...it must be entirely wrong...in full. dis political zealotry r d exaample to some pas n umno strong designs at grassroot level. all d brouhaha about controversies r not for them to address. d leaders...they who ve to make their time in there. any conclusions r acceptable by just about any standards. tats what d followers r. d only logical progression in my mind is through family connections esp d younger generations. at home repeatedly 'teach them evidence' for d facts they would not be undermined.

    ReplyDelete