A Kadir Jasin
LATEST,
March 21 – POLICE to the rescue. Hahahahahaha!
The police has rejected the
notice for the debate between former prime minister Dr Mahathir Mohamad and
Tourism and Culture Minister Nazri Aziz, which is planned for March 25 in Kuala
Kangsar.
"After
examining and considering the reasons the gathering will be held and taking
into account safety, public order, protection of rights and public freedom,
Kuala Kangsar district police chief Ahmad Termizi Abd Haq has rejected the
application and will follow up with a written decision which will be handed to
the applicant today," said acting Perak police chief Hasnan Hassan in a
statement today. [Malaysiakini].
Lawak negara kita ni!
Kebudak-budakan.
POSTING
ASAL
PADA 10 Mac, saya siarkan rencana bertajuk “Welcome to Padang Rengas” di mana
saya ceritakan berkenaan lawatan saya ke pekan kecil yang jadi tempat persemayaman
politik (Datuk Seri) Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan.
[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran.
Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]
Masa itu belum timbul cerita
bahas di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri. Bahas itu dianjurkan oleh
akhbar berkecuali Sinar Harian bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
Kalau tak silap, asal-usul bahas
itu bermula apabila Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan beliau dalam pilihan
raya umum akan datang di Padang Rengas.
Dr Mahathir balas dengan ajak Nazri
bertanding di Langkawi.
Nampaknya Nazri begitu yakin dia
akan dipilih semula untuk pertahan kerusi Parlimen Padang Rengas sehingga
berani ajak Dr Mahathir berlawan dengannya di situ.
Dia mula tanding pilihan raya di
Chenderoh dalam PRU 1995 – zaman Dr Mahathir. Lepas menang PRU 1999 Dr Mahathir
lantik dia jadi Menteri Pembangunan Usahawan. Jadi dia ni “budak” Dr Mahathir
lah.
Orang kata, Nazri boleh
buat sesuka hati. Dia lebih bebas daripada kebanyakan menteri.
Banyak orang bagi tahu saya,
Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN, (Datuk Seri I
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib
Abdul Razak, “takut” kepada Nazri. Nazri pula tak berapa hormat kepada Najib.
Kalau kita ingat lagi, pernah
timbul cakap-cakap yang hangat mengatakan selepas PRU 2013 Najib mungkin
gugurkan Nazri daripada Kabinet kononnya “untuk lembutkan hati Dr Mahathir dan
ucap terima kasih kerana bantu dalam PRU.”
Nazri Benci Tun
Ramai orang tahu Nazri benci dan
kurang ajar terhadap Dr Mahathir. Tapi tak berapa ramai tahu sebabnya.
Ada orang kata, ini adalah
kerana siasatan Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia) ke atas Nazri bersangkutan lesen teksi masa dia jadi Menteri
Pembangunan Usahawan.
(Beberapa orang menteri disiasat
dan tiga dikatakan ada kes dan fail-failnya “diserahkan” kepada (Tun) Abdullah
Ahmad Badawi apabila dia ganti Dr Mahathir pada akhir tahun 2003. Hanya seorang
didakwa iaitu (Tan Sri) Kasitah Gadam dan akhirnya dibuang kes).
Bukan saja tidak dikenakan
apa-apa tindakan sebaliknya Abdullah bawa dia ke Jabatan Perdana Menteri dan
bagi dia jaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang. Dia jadi lebih berpengaruh.
Dia terus jaga hal ehwal
undang-undang sehinggalah Najib tukar dia ke Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan lepas PRU 2013.
Ada pengulas media kata dia
diturunkan pangkat kerana jaga Parlimen dan undang-undang lebih penting
daripada jaga pelancongan dan kebudayaan.
Yang lain pula kata, tak sesuai
dia jaga kebudayaan pasal dia “Anglophile” – orang yang agungkan budaya
Inggeris. Maklumlah dia anak bekas Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom dan dia
pun belajar di sana.
Orang yang kenal lama dengan
Najib dan Nazri sejak zaman Pemuda Umno kata, Najib “tak akan berani” singkir
atau bagi arahan kepada Nazri sebab mereka “tahu rahsia satu sama lain” atau,
macam kata seorang bekas menteri kanan era Allahyarham Tun Husssein dan Dr
Mahathir mereka adalah “kawan seperdosaan”. Wallahuaklam.
Boleh jadi sebab itulah agaknya
bila timbul khabar-khabar kata Najib akan gugurkan Nazri untuk ambil hati Dr
Mahathir, budak-budak Nazri dipetik sebagai berkata “sebelum Najib jatuhkan
chief, chief akan jatuhkan Najib.”
[“Chief” (tuan ketua) adalah
gelaran yang budak-budak Nazri bagi kepadanya. Anak dia, Nedim Sujak Nazri
Aziz, dibagi gelaran “Junior Chief” (tuan kecil).]
Adakah Najib Restui Bahas?
Nazri tak perlu restu Najib
untuk berbahas dengan Dr Mahathir.
Kalau Najib ada pengaruh ke atas
Nazri, dia sama ada tegah perbahasan itu atau dia akan bagi sokongan terbuka
kepada Nazri.
Pendapat peribadi saya ialah
Nazri bukan wakil Najib atau kerajaan dan parti. Nazri adalah wakil dirinya
sendiri. Lebih tetap dia adalah wakil egonya yang cukup besar.
Dalam kapasiti itu, Nazri boleh
jadi pembela Najib kalau dia mahu kerana Dr Mahathir pasti akan bangkitkan
banyak hal berkenaan kepimpinan Najib.
Atau Nazri yang bermulut celupar
– orang putih kata loose cannon – boleh juga bertukar jadi sokong bawa rebah
kepada Najib.
Mustahil dia akan mati-matian
pertahan Najib pasal dia tahu Najib adalah beban kepada Umno dan kerajaan. Dia
kena fikir pandangan rakyat jelata sebab silap-silap Najib kekal di Pekan tapi
dia kecundang di Padang Rengas.
Kalau dia nak jadi hero dan
pertahan kerajaan pun tak ada gunanya sebab dia sendiri tahu banyak dasar dan
rancangan kerajaan di bawah Najib menyusahkan rakyat jelata.
Jadi apa yang Nazri nak buat?
Saya rasa secara diam-diam dia
berhadap bahas itu dibatalkan.
Tapi kalau diteruskan juga, dia
akan pertahankan ego dia sahaja.
Jadi kita janganlah berharap
banyak sangat daripada bahas itu sebab Nazri memang tak mampu jawab apa yang
akan Dr Mahathir bangkitkan kecuali secara loyar buruk.
Dia tidak ada locus standi
(kedudukan) dan tak cukup daulat untuk berbahas dengan Dr Mahathir.
Yang ada kedudukan adalah Najib
tapi Najib tak berani berdepan dengan Dr Mahathir. Tengok sajalah tindak-tanduk
beliau dan konco-konco beliau dalam Parlimen bila isu macam 1MDB, SRC
International dan FGV dibangkitkan - sekat pembangkang tanya soalan atau
letakkan semua perkara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kalau bahas Parlimen pun Najib
mengelak dan lari daripada forum Nothing2Hide, masakan dia berani berbahas
terbuka dengan Dr Mahathir.
Akhir kalam, janganlah kita
seronok sangat dengan bahas itu dan berjaga-jagalah bila menghadirinya.
Kita berdoa serta berharap untuk
yang terbaik dan bersedia untuk yang tak kita jangka.
Wallahuaklam.