A Kadir Jasin
LATEST, March 21 – POLICE to the rescue. Hahahahahaha!
The police has rejected the notice for the debate between former prime minister Dr Mahathir Mohamad and Tourism and Culture Minister Nazri Aziz, which is planned for March 25 in Kuala Kangsar.
"After examining and considering the reasons the gathering will be held and taking into account safety, public order, protection of rights and public freedom, Kuala Kangsar district police chief Ahmad Termizi Abd Haq has rejected the application and will follow up with a written decision which will be handed to the applicant today," said acting Perak police chief Hasnan Hassan in a statement today. [Malaysiakini].
Lawak negara kita ni!
Kebudak-budakan.
POSTING ASAL
PADA 10 Mac, saya siarkan rencana bertajuk “Welcome to Padang Rengas” di mana saya ceritakan berkenaan lawatan saya ke pekan kecil yang jadi tempat persemayaman politik (Datuk Seri) Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran.
Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]
Masa itu belum timbul cerita
bahas di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri. Bahas itu dianjurkan oleh
akhbar berkecuali Sinar Harian bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
Kalau tak silap, asal-usul bahas
itu bermula apabila Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan beliau dalam pilihan
raya umum akan datang di Padang Rengas.
Dr Mahathir balas dengan ajak Nazri
bertanding di Langkawi.
Nampaknya Nazri begitu yakin dia
akan dipilih semula untuk pertahan kerusi Parlimen Padang Rengas sehingga
berani ajak Dr Mahathir berlawan dengannya di situ.
Dia mula tanding pilihan raya di
Chenderoh dalam PRU 1995 – zaman Dr Mahathir. Lepas menang PRU 1999 Dr Mahathir
lantik dia jadi Menteri Pembangunan Usahawan. Jadi dia ni “budak” Dr Mahathir
lah.
Orang kata, Nazri boleh
buat sesuka hati. Dia lebih bebas daripada kebanyakan menteri.
Banyak orang bagi tahu saya,
Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN, (Datuk Seri I
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib
Abdul Razak, “takut” kepada Nazri. Nazri pula tak berapa hormat kepada Najib.
Kalau kita ingat lagi, pernah
timbul cakap-cakap yang hangat mengatakan selepas PRU 2013 Najib mungkin
gugurkan Nazri daripada Kabinet kononnya “untuk lembutkan hati Dr Mahathir dan
ucap terima kasih kerana bantu dalam PRU.”
Nazri Benci Tun
Ramai orang tahu Nazri benci dan
kurang ajar terhadap Dr Mahathir. Tapi tak berapa ramai tahu sebabnya.
Ada orang kata, ini adalah
kerana siasatan Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia) ke atas Nazri bersangkutan lesen teksi masa dia jadi Menteri
Pembangunan Usahawan.
(Beberapa orang menteri disiasat
dan tiga dikatakan ada kes dan fail-failnya “diserahkan” kepada (Tun) Abdullah
Ahmad Badawi apabila dia ganti Dr Mahathir pada akhir tahun 2003. Hanya seorang
didakwa iaitu (Tan Sri) Kasitah Gadam dan akhirnya dibuang kes).
Bukan saja tidak dikenakan
apa-apa tindakan sebaliknya Abdullah bawa dia ke Jabatan Perdana Menteri dan
bagi dia jaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang. Dia jadi lebih berpengaruh.
Dia terus jaga hal ehwal
undang-undang sehinggalah Najib tukar dia ke Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan lepas PRU 2013.
Ada pengulas media kata dia
diturunkan pangkat kerana jaga Parlimen dan undang-undang lebih penting
daripada jaga pelancongan dan kebudayaan.
Yang lain pula kata, tak sesuai
dia jaga kebudayaan pasal dia “Anglophile” – orang yang agungkan budaya
Inggeris. Maklumlah dia anak bekas Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom dan dia
pun belajar di sana.
Orang yang kenal lama dengan
Najib dan Nazri sejak zaman Pemuda Umno kata, Najib “tak akan berani” singkir
atau bagi arahan kepada Nazri sebab mereka “tahu rahsia satu sama lain” atau,
macam kata seorang bekas menteri kanan era Allahyarham Tun Husssein dan Dr
Mahathir mereka adalah “kawan seperdosaan”. Wallahuaklam.
Boleh jadi sebab itulah agaknya
bila timbul khabar-khabar kata Najib akan gugurkan Nazri untuk ambil hati Dr
Mahathir, budak-budak Nazri dipetik sebagai berkata “sebelum Najib jatuhkan
chief, chief akan jatuhkan Najib.”
[“Chief” (tuan ketua) adalah
gelaran yang budak-budak Nazri bagi kepadanya. Anak dia, Nedim Sujak Nazri
Aziz, dibagi gelaran “Junior Chief” (tuan kecil).]
Adakah Najib Restui Bahas?
Nazri tak perlu restu Najib
untuk berbahas dengan Dr Mahathir.
Kalau Najib ada pengaruh ke atas
Nazri, dia sama ada tegah perbahasan itu atau dia akan bagi sokongan terbuka
kepada Nazri.
Pendapat peribadi saya ialah
Nazri bukan wakil Najib atau kerajaan dan parti. Nazri adalah wakil dirinya
sendiri. Lebih tetap dia adalah wakil egonya yang cukup besar.
Dalam kapasiti itu, Nazri boleh
jadi pembela Najib kalau dia mahu kerana Dr Mahathir pasti akan bangkitkan
banyak hal berkenaan kepimpinan Najib.
Atau Nazri yang bermulut celupar
– orang putih kata loose cannon – boleh juga bertukar jadi sokong bawa rebah
kepada Najib.
Mustahil dia akan mati-matian
pertahan Najib pasal dia tahu Najib adalah beban kepada Umno dan kerajaan. Dia
kena fikir pandangan rakyat jelata sebab silap-silap Najib kekal di Pekan tapi
dia kecundang di Padang Rengas.
Kalau dia nak jadi hero dan
pertahan kerajaan pun tak ada gunanya sebab dia sendiri tahu banyak dasar dan
rancangan kerajaan di bawah Najib menyusahkan rakyat jelata.
Jadi apa yang Nazri nak buat?
Saya rasa secara diam-diam dia
berhadap bahas itu dibatalkan.
Tapi kalau diteruskan juga, dia
akan pertahankan ego dia sahaja.
Jadi kita janganlah berharap
banyak sangat daripada bahas itu sebab Nazri memang tak mampu jawab apa yang
akan Dr Mahathir bangkitkan kecuali secara loyar buruk.
Dia tidak ada locus standi
(kedudukan) dan tak cukup daulat untuk berbahas dengan Dr Mahathir.
Yang ada kedudukan adalah Najib
tapi Najib tak berani berdepan dengan Dr Mahathir. Tengok sajalah tindak-tanduk
beliau dan konco-konco beliau dalam Parlimen bila isu macam 1MDB, SRC
International dan FGV dibangkitkan - sekat pembangkang tanya soalan atau
letakkan semua perkara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kalau bahas Parlimen pun Najib
mengelak dan lari daripada forum Nothing2Hide, masakan dia berani berbahas
terbuka dengan Dr Mahathir.
Akhir kalam, janganlah kita
seronok sangat dengan bahas itu dan berjaga-jagalah bila menghadirinya.
Kita berdoa serta berharap untuk
yang terbaik dan bersedia untuk yang tak kita jangka.
Wallahuaklam.
Pandikar akan muncul dan beri arahan bahas tak bolih diadakan sebab sub-judice. Kalau dalam parlimen pun tak bolih inikan pulak luar parlimen.
ReplyDeleteSemasa saya jadi seorang Pegawai Penguatkuasa @ Pegawai Pendakwa menyiasat satu kes penipuan melibatkan seorang India, setiap kali siasatan dibuat, India ini akan mabuk dulu, jadi siasatan yang perlu mengambil masa dua jam berlarutan lima jam kerana satu saolan yang sama, si India tadi memberi kami jawapan yang berbeza.
ReplyDeleteApi kereta, kereta api
Belakang mari depan duduk
Saya jalan depan, belakang mari, kasi langgar saya punya depan.
Dia punya kakak.sama saya punya adik punya isteri, kahwin sama saya punya pakcik punya abang.
Jika nazri dalam keadaan demikian, Tun tentu mengalami kesulitan.
Jadi elok kita bersantai sahaja jika debat ini "ter"jadi.
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, March 20 — Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz said he is not offended nor feeling dejected after he was trounced by incumbent Dr Izani Husin for the Pengkalan Chepa PAS division deputy chief post.
The PAS Youth Chief and son of the late party spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said winning or losing an election was just part of an exercise.
“[If I had] won, [I would be] happy, [but I have] lost [so I am] happier,” he told Sinar Online.
“Istiqamah, contesting is normal, [it is] just an exercise,” he added, using the Arabic term which means to “stay steadfast”.
Nik Abduh also told the news portal that it was a “norm”, when asked if the defeat meant the party’s grassroots had rejected him.
The Pasir Mas MP only received 37 votes for the post compared to Dr Izani, who bagged 209 votes. The division chief post was retained by Kelantan Deputy Mentri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Nik Abduh had previously stated that he would not fight to keep his PAS Youth chief post, after a landslide victory in the party’s muktamar, or annual congress, in 2015.
Datuk,
It seems that he "Umno Hijau" faction of PAS has lost favour with the grassroots.
Hope that Tuan Ibrahim will make the move to challenge Hadi also.
Unless of course, PAS wants to be known as the pro-rasuah, pro-corruption, pro-klepet "Islamic party".
That is up to them.
“tahu rahsia satu sama lain” atau mungkin seorang mantan Mb jugak tahu sedikit sebanyak..
ReplyDeleteKadiag, salaam.
ReplyDeleteAku nampak hang tak berapa nak tumpu kad blog hang ni.. munkin hang loghat banyak kerja lain kod, memang kod dgn pati baru hampa dan PRU semakin dekad. Baguih laa, kita kena pulun habih dlm sisa2 umog ... kaki bola kata kita laa dlm masa "extra time" ni..
Terima kasih ataih coretan tebaru hang, hanyasanya aku tesentak hang magnakan kata ~ celupag ~ sebagai 'loose cannon'. Aku pon selidik sikit magna ungkap hang tu dan antaranya ialah:
"loose cannon
In the days of sail, naval vessels mounted cannon carefully and purposefully rigged into positions which optimised the effect of their fire. Occasionally, the rigging of these very heavy guns might come loose, and with the vessel pitching about on high seas or during manuever in battle, the results for the ship and crew could prove catastrophic. The term has come to describe a person lacking prudence or insight, whose actions and/or speech jeopardises the safety of people in their proximity or under their authority."(dari Urban Dictionary)
Magna kata 'celupag' dlm kamus melayu pulak adalah telanjog bekatakata. Yg aku paham adalah orang yg suka lepaih cakap, korang disiplin, dlm bekatakata, kerap di sabit dgn mulut, sesekali di sebut 'mulut celupag'. Laa ni pulak kerap orang guna ungkapan "mulut longkang", yg lebih kasag bunyi dan magnanya, munkin kalu Obama dia sebut 'colourful language' seperti bila dia rojok kad pilihan kata2 yg Duterte, presiden Filipin pakai.
Aku tesentuh jugak bila baca tulihsan hang :
"Akhir kalam, janganlah kita seronok sangat dengan bahas itu dan berjaga-jagalah bila menghadirinya.
Kita berdoa serta berharap untuk yang terbaik dan bersedia untuk yang tak kita jangka."
Endaknya lagu tu la Kadiag no ..belapang dada samping besedia untok ridho dgn ketentuan Allah S.W.T. dan pd aku yg penting kena wujudkan kesedaran dan gerakkan massa dlm semua gerak kerja politik kita, sesuai dgn unjog Allah S.W.T., semoga Dia ambik kira usaha kita sebagai amar makruf dan nahi munkar, dan sunggoh, kerja mentebag ilmu dan maklumat, kerja para nabi dan Rosul dan dari Allah kita mai dan pada Dia kita akan balik. aamiiin.
Wa sallam,
Aku
Talking about the mouth watering showdown between Nazri and Tun M coming this weekend, did you see Datuk Joe Ghani of Titiwangsa got roasted kaw-kaw by Puchong MP at the Dewan Rakyat yesterday?
ReplyDeleteHe's practically living 'in a oven' throughout the session. I felt sorry for him. That's what you get trying to defend the indefensible. Instead of giving straight answer to Gobind's simple questions, he chose to deflect them and beating around the bush.
There were clowns from his camp interjected cluelessly here and there with zero input of the issue to help his cause, but they brought little help to his ordeal. Those two brought no value whatsoever to the debate other than being a nuissance.
That's what awaiting Nazri coming this week. He better be prepared. Can't wait.
Datuk, jemput datang ke majlis Santai Ngopi Bersama Tun Mahathir anjuran PPBM Kota Melaka pada petang 1 April ini :)
ReplyDeleteSaya mendoakan keselamatan Tun dan perdebatan dapat dilangsungkan dalam suasana harmuni.InshaAllah.
ReplyDeleteSALAM TOK.. MOGA ALLAH RAHMATI TOK SEISI KELUARGA...
ReplyDeleteSaya nak betulkan sedikit kisah semasa Saya Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Gajah..
Demi Allah..
Saya jumpa Nazri Aziz di Pejabat dia.. minta pandagan siapa kah Saya perlu sokong jika Anwar lawan Mahathir.. Nazri Aziz berkata.." NON .. KITA BALUN ANWAR JIKA ANWAN LAWAN MAHATHIR "... Mahathir boss kita.
Nazri Aziz.. berjumpa dengan mahathir memohon maaf di suatu Majlis semasa zaman Najib JADI PM.
NAZRI AZIZ.. PERTAHANAN PAK LAH SEMASA MAHATHIR...hayun Pak Lah..
NAZRI AZIZ ..Pertahankan president UMNO NAJIB... KERNA NAJIB MAHATHIR JUGA YANG PILIH.
SAYA TAHU SIAPA NAZRI AZIZ.
"The only independent politician in Umno "
Nazri Aziz... Singapore pun takut dengan sikap tegas nya..
Nazri Aziz... bermatian kerana kawan Dan sahabat Politik
Nazri aziz ... tinggalkan MKT hanya Kerja berjanji dengan orang kawasan untuk majlis di kawasan..
NAZRI AZIZ MARAH KSU... hanya kerana ambaikan pelajar mrsm
Semua MANUSIA terlupa . " Nazri Aziz bukan BUDAK NAJIB" ..
NAZRI Aziz menteri Umno pertama CALON KAN MUKHRIZ UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDENT UMNO"
Jika Nazri Aziz budak Najib..Sudah tentu dia calon HISHAMUDDIN...
NAZRI Aziz...adalah NAZRI Aziz...
Yang dia takut hanyalah Allah...
Belum Ada MENTERI Umno bagi semua gaji kepada Anak anak petani di selatan Thai..
One n only NAZRI AZIZ..
INI DIA NAZRI AZIZ...
YANG SAYA TAHU DAN SAYA HORMAT DIA..SEBAB DIA HORMAT SAYA...
SALAM TOK
HEBAT NYA NAZRI AZIZ
NOTA.
SERAHKAN JAWATAN KETUA PEMUDA KEPADA RAHIM TAMBY CHIK
SINGAPORE TUNDUK BERIKAN BUS EXPRESS MALAYSIA MENGAMBIL PENUMPANG DI SINGAPORE
SEKOLAH UGAMA DI SELATAN THAI BIAYA PENUH DENGAN HASIL REZEKI BELIAU
CALONKAN MUKRIZ MAHATHIR ..JAWATAN NAIB PRESIDENT UMNO
PERTAHANKAN MAHTAHIR SEMASA ANWAR LAWAN MAHATHIR
PERGI KENDURI NURUL IZAH ANAK ANWAR SEMASA ANWAR DALAM JAIL..HANYA MENTERI UMNO YANG BERANI DATANG KENDURI WAN AZIZAH PADA MASA ITU..
PERTAHANKAN PAK LAH
PERTAHANKAN NAJIB..
PERTAHANKAN ZAHID
MAHATHIR SENDIRI BERHUTANG MARUAH DENGAN NAZRI AZIZ... (itu Mahathir tahu kisah nya)
.".........Oleh sebab itu dia boleh jadi kurang ajar, buat sesuka hati dia, berlagak gangster"
DeleteItulag yg menjadi pegangan pembesar2 sekarang......asalkan taja rumah anakbyatim., "dunia ni aku yg punya"...
Bro,
DeleteTakat tu saja kah jasa si nazri sejak masuk politik umno ? Tu pun 95% bodek presiden untuk jaga kedudukan dia dalam umno.
2% pasal bas ekspress.
2% pasal tahfiz kat pattani
1% pasal pi kenduri wan azizah.
Baik bagi kat komè saja jadi ketua bahagian.
Pondan Padang Rengas
Delete
ReplyDelete"Jadi kita janganlah berharap banyak sangat daripada bahas itu sebab Nazri memang tak mampu jawab apa yang akan Dr Mahathir bangkitkan kecuali secara loyar buruk.
Dia tidak ada locus standi (kedudukan) dan tak cukup daulat untuk berbahas dengan Dr Mahathir."
Memang si Nazri ni akan buat loyar burok dia nanti. Confirm. Kena adakan lintas langsung dan rakaman unt merakam aksi badut ni nanti.
ReplyDeleteDatuk,
Ali Tinju was sent to save MO1 from "Everything2Hide" by causing a commotion so police would cancel it.
Now Nazri hides behind the police again.
Never mind.
Tun should hold mega-ceramah in Padang Rengas anyway and invite Nazri as VIP Guest.
Let's see?
Salam Dato’
ReplyDeleteNazri kata, Dato Zam ini “stupid fellow” kerana mengatakan debat ini akan dibatalkan.
Nampaknya, sudah terbukti, Dato Zam tidak stupid.
Siapalah yang stupid tuu.
This is what the useless party of Bersatu is limited to: wanting to debate this and that. And then trying to convince people the 'won'.
ReplyDeleteBut what can we really expect of Bersatu except for childish stunts like this. Desperately trying to remain in the public's eyes but with no real substance. Only Mahathir's cronies and losers would take Bersatu seriously.
Next General Elections: Bersatu totally knocked out. Bersatu supporters Balik kampung tanam jagung Muahaha!
Kadiaq,
ReplyDeleteSetelah aku baca tulisan hang yg panjang lebar, aku rasa Nazri dn Tun Mamak kutty Mohamed Iskandar berani dan sudah bersedia utk berdebat... Yang kalut dan nampak takut is YOU.
bengong pnya komen, macam barua
DeleteNaive old friend. Do you need police permit to hold an assembly in a close compound or in an open public area???? Did Maria or Bersih apply for police permit???? Go and read s.9 of the Peaceful Assy Act 2012.
DeleteWe all know from day 1, the 1mdb thief will use the police to stop the debate.
Yang benggong sangat fasal APA???
Wak long juga, belajar tinggi tapi tukang spin juga. adoiii
ReplyDeleteSalam DAKJ....Mohon laluan...
ReplyDeleteDemi Allah.. ???
“NAZRI Aziz...adalah NAZRI Aziz...
Yang dia takut hanyalah Allah...”
Seorang MUSLIM SEJATI mustahil akan menyokong KEZALIMAN YANG NYATA...
Seorang MUSLIM SEJATI "Yang dia takut hanyalah Allah" MUSTAHIL akan memakai RANTAI EMAS...
Seorang MUSLIM SEJATI mustahil akan membenarkan kemungkaran...
"Demi Allah.." konon!
-------
"Sabda Rasulullah SAW... 'Manusia Munafik' ada 3 ciri2.."
-Bila ia berCakap... Ia Bohongi..
-Bila ia berJanji... Ia Mungkiri..
-Bila ia berAmanah... Ia Khianati..
Nazri Aziz = Najib = Manipulator + Populist + Pretender
Zainal Abidin Awang Kecil
ReplyDeleteDedak dapat x drp nazri? Hehehe... sokong si dickhead tu dlm unno senua org tahu dia kasi desak.kau nakan n kungah la dedak nazri baik2 ha, ngn tersedak pl. Mati padahnya. Nazri pun berhutang budi dgn TDM nuga, sbb lantik dia nd menteri.
Semua org tahu, kalau ketua pemuda, mesti kenyang hg sikit dapat stil dedak dep.ketua bahagian? Iyer idok?
Datuk.
ReplyDeleteSudah lari dari topik ni Datuk...minta maaf...
"Mufti: Bukan muhrim naik Uber, Grab perlu duduk diam di belakang...March 21, 2017"
sumber:http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/21/mufti-bukan-muhrim-naik-uber-grab-perlu-duduk-diam-di-belakang/
1. Kalau dulu Mufti Pahang dengan isu kafir harbinya...ini pula Mufti Wilayah Persekutuan dengan isu Uber/Grab nya.
2. Nampak2nya mufti2 kita ni pun macam tak betul pula kepala otak mereka macam menteri2 UMNO juga.
3. Lagi baik suruh Nazri selesaikan masaalah fatwa Mufti Wilayah Persekutuan ini sebab nanti ramai la pemandu Melayu kena sebat 100 kali selapas di luluskan RU355.
4. Lagi la susah kalau penumpang itu gadis dari Sabah/Sarawak yang ikut Uber/Grab di Malaya nanti...kalau gadis Islam kena sebat 100 kali sebab berzina dalam kereta Uber/Grab...kalau yang bukan Islam pula macam mana?
5. Ini isue besar ka Mufti2 kalau dibanding dengan orang Melayu Islam yang digelar MO1 yang mencuri duit rakyat?
Dua dua isu besar mamat wei. Yg satu merompak yg satu membawa kpd kes rogol dan zina.
DeleteMelainkan kamu tak percaya pada tujuan mulia ugama Islam, jadi kamu nampak duit je problem besar. Aku nak dua dua dikawal, diambil tindakan tegas dan dibetulkan.
UISH!
ReplyDeleteSampai begitu sekali Zainal Abidin Awang Kechik ni puji si Nazri P.P.R ni
Nak mintak Dedak ler tuu
Kadiag, salaam.
ReplyDeletePOLICE TO THE RESCUE.... aku pon rasa nak tegelak, tapi ni bukan cerita bujang lapok... ini nasib satu bangsa, satu pejalanan.....
Dengan mudah depa pemainkan.
Begitu pulak tahap pikiran sorang menteri, jugak sorang loyar dan anak sorang loyar .. kenunnya Malaya ni satu demokrasi, bukan 'police state'. Di ulang ulang.
Secara ringkaih sunggoh pon jugak telah diulang, sesatu demokrasi ada keluhuran undang2, contoh mudah...macam mana peguam negara boleh diberentikan ataih sebab sakit tapi tak dak 'medical board'...?
Macam mana tak 'police state'..atau pemerintahan kuku besi. kalu sorang ibu tunggai berusia 60 tahun bulih dikurung dlm 'solitary confinement' pasai desak diadakan pilihan raya yg sedikit 'bersih' yg selama bepuloh tahun diselingkoh semau maunya dgn 'politik wang', satu undi kawasan macam Putrajaya dgn pengundi tak seberapa dapat satu kerosi parlimen dan Ampang yg ada beratuih ribu pengundi jugak dapat satu kerosi...Dan media aruih perdana dan pejabat kerajaan, eset2 kerajaan termasuk kakitangan dan sumber kewangan kerajaan diguna sebagai harta peribadi pimpinan parti pemerintah.....
Sekali lagi, ini hanya contoh2 mudah..Lantaran tu,..munkin jugak kod jadi telepaih pandang.
Munkin tak telambat pasai Allah S.W.T. 'pesan' ada kala Dia kenakan sedikit kesusahan sebelom kesusahan yg lebih besag supaya maknusia tesedag dan mau bertaubat, kod macam dlm suroh Sajdah ayat 21, yg maksud nya lebih korang:
"Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat." (dari www.surah.my). Wallahua'lam.
Yg selalu buat salah dan kena mohon maghap,
Aku.
Datuk.
ReplyDeleteLari dari topik...minta maaf, Datuk.
"Tuesday, 21 March 2017 | MYT 4:22 PM
Only three Datuks in Johor Sultan's birthday honours list."
source: http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/03/21/only-three-datuks-in-johor-sultan-birthday-list/
Perhaps...its time our Agong, Sultans and YTTs stop giving these kind of nonsense and free the people of burden.
Tiada guna nya orang Melayu hidup dalam sangkar emas.
Salam Tok.. terima kasih atas segala komen..
ReplyDeleteMALAYSIA KITA BERJAYA DALAM PROSES DEMOCRACY...
TOK KADIR TAHU.. " Pak Lah bagi Saya kaya raya..."
Alhamdulillah..terima kasih Allah
Terima kasih Tok kadir,,
DARI saya sekeluarga ..
Allah sejahterakan Tok seisi keluarga
Note,
Yang penting bil air Dan Letrik dah bayar bulan ni
Salam
ReplyDeleteDi dalam kelucuan kita mengenai debat jadi tak jadi Nazri Aziz, saya ingin berkongsi sedikit pemerhatian saya tentang sidang parlimen yang berlangsung sekarang.
Amat menyedihkan bagi saya bila tiada kedengaran suara-suara nasionalis Melayu di perdebatan kali ini.
Di mana soalan-soalan mengenai penjualan kedaulatan negara yang sedang berlaku di zaman Najib? Forest City, Malacca Gateway, Bandar Malaysia, ECRL, Proton, FGV dan lain-lain.
Ahli parlimen UMNO nampaknya sudah terlalu kenyang untuk bangkit bertanya.
PKR, DAP pula lebih menumpukan perhatian dari segi kesalahan urus tadbir negara.
PAS dengan mimpi Hududnya.
Di manakah pembela kedaulatan negara dan nasib orang Melayu?
Saya harap PPBM masib berani untuk memainkan peranan ini walaupun sudah bersama Pakatan Harapan.
ReplyDeleteDatuk,
The pressure to hold GE14 early just increased.
US authorities intend to file criminal charges against a financier in connection with an international scandal rooted in Malaysia that they believe could be one of the largest financial frauds ever, according to people familiar with the matter.
The scandal involves a state fund called 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, and the focus of the criminal investigation is Jho Low, a flamboyant financier the US Justice Department portrayed in civil asset-seizure lawsuits in July as central to an alleged plot to siphon billions of dollars from the fund.
This is where MO1 will be named in open court.
Though A R Dahlan has already done the honours!
ReplyDeleteJho Low has been using the yacht as a refuge.
That also may end:
The civil suits, which are proceeding separately from the criminal probe, seek more than US$1 billion (S$1.4 billion) of assets, including van Gogh and Monet paintings and luxury real estate in New York and Los Angeles, allegedly bought with stolen money.
The Justice Department is currently seeking to add recently discovered Low family property to the list of assets it is trying to seize, including a yacht Mr. Low controls, the US$165 million, 300-foot, helipad-equipped Equanimity, people familiar with the US investigation said.
If the yacht is seized with Jho Low on board, that will have an interesting ending.
Where can he run to?
ReplyDeleteNext will be Singapore:
In addition, Singapore has been building a potential criminal case against Mr. Low, said a person involved in the city-state's investigation. A Justice Department team has just finished a visit to Singapore to conduct interviews related to Mr. Low and other aspects of the 1MDB matter, said two people familiar with the trip.
Mr. Low, a Malaysian whose full name is Low Taek Jho, and his lawyers didn't respond to requests to comment. In the past, Mr. Low has told news organisations he was the victim of political infighting in Malaysia and was only an informal adviser to 1MDB. His family is taking legal action to fight the US asset-seizure lawsuits.
After that, Switzerland and the UK.
Hence MO1 will call GE14 before the truth comes out in open court.
Datuk.
ReplyDeleteOfftrack again...I'm sorry, Datuk.
"Bersatu Youth chief mulls giving up politics for Oxford...
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman is mulling to quit active politics and accept an offer to further his studies at Oxford University...doing Masters Degree in Public Policy."
source: http://www.malaysiakini.com/news/376589
Go 'my son'...and, congratulation to you!
Learn British politics by joining either the Conservatives or the Labour Party...and see the world...and experience it yourself personally...there is nothing like it.
Please avoid UMNO UK, PAS and many other stupid religious movements in the UK...they offer you nothing.
This is the best time to learn British politics with BREXIT and all...you will be in the thick of it...first hand experience so to speak...which money cannot buy that, 'my son'.
The future of Malaysia is with young and bright people like you who are well-educated from the finest institution of learning in the world...Oxford is the best.
Learn and bring back the knowledge so we can be a proud nation once again.
Aku doakan kamu, Syed Saddiq moga2an berjaya!
Jadi la kamu anak yang baik...kerana keturunan kamu memang keturunan yang baik...rajin dan jujur la...dan ikut cakap orang tua kamu...dan, seboleh2nya elakkan 4 perkara saja yakni gila wang (rasuah), gila perempuan, gila 'judi' dan gila 'arak'.
Datuk.
ReplyDelete"Kalau tak silap, asal-usul bahas itu bermula apabila Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan beliau dalam pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas."
Dengar2 debat ini kena tunda hingga ke 7hb April yang akan diadakan di Shah Alam, ibukota Padang Rengas.
Berani nya si Nazri bawa Tun berdebat di kampung halaman sendiri...itu baru la anak lelaki...konfirm kau ni "Chief" la.
Dato
ReplyDeletesaya rasa selagi debat akan menyentuh isu 1mdb @ 1 Malaysia Dapat Bala, maka kalau nak di buat semula pun di shah alam, harapan tetap tipis.....
cuma saya tak sabar nak tengok apa pulak alasan lawak yang nak di beri kali ini..
Salam Dato.
ReplyDeleteBila mendengar Nazri bercakap sy jadi bingung.
Pertama....Nazri kecewa sebab wacana tidak dibenarkan polis.
Kedua...dia menuduh polis 'overeact'..hingga mahu jadikan negara 'police state'.
Ketiga...dia mahu wacana diteruskan dgn apa cara sekalipun dan dia MEMBERI JAMINAN bahawa semua akan berjln lancar tanpa sbrng gangguan.
Bingung sy...kerana kekecewaan dia tujukan kpd polis.
Polis pula dibawah KDN....sedangkan KDN telah memberi kelulusan.
KDN pula dibawah TPM...dan Nazri telah bercakap dan berkata dia TPM bersetuju.
Disini kelihatan mcm ada sandiwara.
Hmmm...Nazri kelihatan 'very convincing' dlm tutur kata.
Dia dlm kerajaan dan tuduhan dia negara mahu dijadikan 'police state' dilempar pd siapa....
Kepada kerajaan...KDN...TPM atau PM.
Apa dan siapa yg berdrama.
Nazri memang celupar spt kata ramai...dia 'loose cannon'.
Dia tidak gentar pd PM...dan dia berani spt kata ramai dari dlm pembangkang.
...dan ada kebenaranya.
Tetapi adakah semua ini didlm skrip PM dan TPM untuk Nazri berdrama....kita tunggu dan lihat pd 7 April pula...spt yg dijanjikan.
Pementasan yg hebat oleh pelakon2 diluar dan salam....Jika wacana tidak jadi.
Tetapi satu hakikat yg nyata...
ORG KERAJAAN BERTARAF MENTERI SENIOR TELAH MENUDUH NEGARA DIBAWAH BUGIS DAN JAWA MAHU DIJADIKAN...'POLIS STATE'.
Betulah spt kata Tun M....dan rakyat.
Apa komen dari Bugis agaknya.
Sallam Dato’
ReplyDeleteKelebihan yang ada pada BN adalah ianya dapat mengawal maklumat dalam media arus perdana seperti suratkhabar dan TV.
Debat secara terbuka, sudah tentu tidak menguntungkan BN kerana susah untuk mengawal maklumat daripada pembangkang yang dibenarkan bercakap.
Kalau di Indonesia, debat antara Jokowi dan lawannya untuk jawatan Presiden disiarkan di dalam TV arus perdana. Begitu juga di Singapura, debat antara pembangkan dan pemerintah disiarkan di TV.
Di Malaysia, janganlah kita hendak harapkan sangat perkara ini berlaku.
Saya lebih utamakan berita PPBM masuk ke dalam Pakatan Harapan dan langkah berikutnya untuk adakan satu logo untuk pakatan.
Ini yang akan menguatkan lagi pembangkang dan berikan impak besar kepada Malaysia.
ReplyDeleteFrom Zam:
Pakatan Harapan akan lebih meyakinkan jika kabinet bayangannya membariskan Mukhriz Mahathir ,Azmin Ali, Rafizi Ramle (PKR), Tony Pua,dan Husam.
Menonjolkan kepimpinan muda sebagai kabinet bayangan Pakatan Harapan akan memberikan impak yang sangat besar untuk meyakinkan rakyat bahawa Pilihanraya ke 14 tidak sekadarkan untuk gulingkan Najib tetapi juga untuk menggantikan pimpinan yang lapuk.
Mahathir juga sewajarnya bertanding dalam Pilihanraya 14 walaupun beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Nyanyuk hanyalah gelaran yang diberikan oleh orang tidak siuman kepadanya tetapi fikirannya lebih progresif dan dinamik dari Najib atau pondan Padang Rengas.
Orang terus tidak jemu untuk mendengarnya walaupun sudah lebih 20 tahun beliau bersuara dibandingkan dengan fikiran Datuk Seri Najib yang tidak pernah dikagumi dan tidak membuka fikiran rakyat.
http://zamkata.blogspot.my/search/label/utama
Datuk,
The function of a shadow cabinet is to attack the relevant minister on various policies within each Ministry.
It is, in fact, a good idea.
The only problem I see is that PH have not nominated a PM candidate.
Someone MUST be the "face" for voters.
It CANNOT be Wan Azizah.
This must be settled by April to give enough "exposure" to the shadow cabinet and PM in waiting.
ReplyDeleteIn the meantime, it is 100% certain that PAS & PKR are heading for divorce.
PH must tell the rakyat that "UMNO Hijau" has only the sole aim of letting Umno win.
A vote for Pas is a vote for UMNO.
Very simple.
ReplyDeleteThe same warning was issued by PAS research centre director Mohd Zuhdi Marzuki, who according to Utusan Malaysia, threatened to “take back” the seats that the Islamist party “lent” to PKR in the last general election.
Zuhdi was reported as saying this could happen if PAS decided to cut ties with PKR in the former’s forthcoming muktamar.
He said PAS had a strategy to take over Selangor, even if Azmin didn’t believe it was possible.
“We do not rule out the possibility of taking back all the seats in Selangor, including PKR seats. For now we still have ties with PKR and we will wait for the decision (to be made during the muktamar).
“If we cut ties (with PKR), we will take back all the seats, not only in Selangor, but in the country,” he added.
Datuk,
Mohd Zuhdi Marzuki, who is more Umno than Umno themselves, has let the open secret out.
The "strategy" (as in Sg Besar) is to split votes to help Umno win.
You can be sure that Umno Merah and Umno Hijau (PAS) have already discussed nationwide how to split the votes. They will not compete against each other in some seats.
Hadi is a good man,
He only wants to rule 5 states.
Umno will give him Perak and Selangor.
Sallam DAKJ,
ReplyDeleteSaya rasa BORIA sudah bermula, merapu dan meraban dah Pondan Padang Rengas kerana tak tahan bisa rengas. Memang alasan tak masuk akal langsung, sejak bila pula IGP control KDN ? Pondan ni dah tahu yang dia akan dibogelkan oleh Tun M, jadi dia akan membuat lakonan seolah olah dia tak gentar berdepan Tun, ha ha kita tunggu dan lihat lakonan seterusnya.