A Kadir Jasin
ADALAH kebiasaan dalam
dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana
berita baik memberi keuntungan.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang.
Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB.
Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB.
Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah baiknya kena bayar balik hutang bilion ringgit dan pada masa yang sama berbilion hilang dalam kecurian.
Yang sudah disahkan adalah lebih AS$600 juta masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak di Arab Malaysia Bank, Kuala Lumpur pada tahun 2013.
Dalam kadar tukaran masa itu jumlahnya RM2.6 bilion. Najib dan konco-konconya cuba kelentong kata duit itu derma Arab dan sebahagian besarnya dipulangkan.
Selesai atau tidak, beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat jelata dan pembayar cukai. Ini adalah kerana semua hutang dan tanggungan 1MDB telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.
Bagi orang politik,
terbabit dalam berita baik memberikan mereka keuntungan politik dan bagi ahli
perniagaan, berita baik mungkin menyebabkan harga saham mereka naik.
Jadi
adalah kebiasaan bagi mereka tumpang sekaki. Kalau boleh mereka akan
mengaku terlibat membawa perkhabaran baik itu. Paling-paling busuk pun mereka
akan mengalu-alukannya.
Menteri Sendiri Tak
Percaya
Tapi apabila Menteri
Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, sendiri menafikan penglibatan dengan “penyelesaian” itu, jelaslah ia bukan penyelesaian sebenar atau meyakinkan
apatah lagi menguntungkan negara.
Johari: Saya tidak terlibat |
Kalau ia penyelesaian
sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang
sekaki.
Sebaliknya, dia berkata dia tidak terlibat dengan penyelesaian itu sambil menambah bahawa ia adalah
kerja 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri.
Dia sekadar berkata
angka-angka yang dia tengok mengenai penyelesaian itu meyakinkan. Satu
hujah yang selamat sekadar melepas batuk di tangga.
Mudah cakap, saya kata
macam ini. Jentera propaganda kerajaan dan panglima siber A9 Umno boleh
berbohong kepada sesetengah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT tetapi mereka
tidak boleh kelentong orang dalam kelas Johari.
Busuk-busuk pun Johari
ada pengalaman korporat. Saya kenal dia sejak dia bekerja dengan anak syarikat
Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad sehinggalah dia jadi Pengarah
Urusan CI Holdings Berhad. Jadi dia tahu hal korporat dan hutang-piutang.
Maaflah kalau saya
terlepas pandang. Saya tidak terbaca berita orang politik dan korporat
mengalu-alukan berita penyelesaian itu, kecuali sekarat dua.
Hatta panglima A9 Umno
yang baru saja diarah “attack attack attack attack” oleh Najib pun nampaknya tidak
berapa ghairah menguar-uarkan penyelesaian ini.
Adakah mereka tidak faham,
tidak yakin, tidak menghargai sumbangan JPM atau mereka tidak mahu terus
terpalit dengan najis 1MDB? Boleh jadi.
Masalah 1MDB Belum
Selesai
Hutang 1MDB sebanyak RM11.25 bilion yang setuju dibayar kepada Abu
Dhabi dengan bantuan kerajaan itu hanyalah sebahagian daripada hutangnya yang menggunung.
Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), hutang 1MDB pada bulan Januari 2016 berjumlah RM50 bilion dan bukan lagi RM42 bilion seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan kata, hutang 1MDB kepada bank sudah selesai. Mungkin benar. Tapi bukan kerana 1MDB ada banyak duit, sebaliknya kerana hutang dan tanggungannya diambil alih oleh kerajaan.
Bila jadi hutang negara, rakyat jelata dan pembayar cukai lah yang kena tanggung. Kita dan anak cucu kitalah yang kena bayar.
Itu baru hutang 1MDB. Tak kira lagi hutang kerajaan yang lain yang naik melambung di bawah kelolaan Najib sebagai Menteri Kewangan.
Yang terbaru laporan Bank Negara mengatakan hutang luar negara kita telah naik kepada RM908.7 bilion pada suku keempat tahun lalu, iaitu paras paling tinggi dalam masa hampir 20 tahun.
Majoriti pengamal media massa arus perdana prokerajaan dan panglima A9 mungkin tidak faham ekonomi untuk mengetahui bahawa apa yang berlalu sekarang adalah kesan lingkaran ganas (vicious cycle) yang berpunca daripada hutang negara yang tinggi, ekonomi yang lembap, skandal 1MDB, rasuah dan kurang kepercayaan kepada kerajaan dan banyak lagi faktor-faktor negatif.
Semua petunjuk utama ekonomi merudum. Nilai ringgit jatuh, pengangguran meningkat kepada lebih setengah juta orang, kira-kira 200,000 graduan tidak ada kerja, inflasi naik ke paras paling tinggi dalam masa lapan tahun (sama dengan tempoh Najib jadi PM), hutang kerajaan melambung ke tahap paling tinggi dalam sejarah dan kewangan kerajaan lemah.
Senarai bencana ekonomi dan sosial ini terterusan. Lagi rendah peringkatnya, lagi parah masalahnya. Sampai ada menteri kelas ayam yang cadangkan pesakit pulangkan ubat yang tidak habis dimakan.
Kerana Najib Sayang Jho Low
Yang sangat tidak adil dan mendukacitakan adalah tujuan tersirat pemindahan hutang dan tanggungan 1MDB kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan kerana mahu menyelamatkan Jho Low dan menutup mulut bekas-bekas pegawai 1MDB.
Jho Low (kiri sekali) kunci keselamat isi rumah Najib |
Natijahnya, selagi Najib dan Barisan Nasional berkuasa, bolehlah mereka timbus bangkai gajah Tok Mia 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Mereka boleh guna berbagai-bagai tindak-tanduk korporat, pentadbiran, kehakiman dan kepolisan untuk menutup bangkai 1MDB.
Tetapi seandainya kerajaan baru mengambil alih, bangkai itu boleh digali semula. Kalau sudah reput pun boleh dibangkitkan semula kerana DNA 1MDB sudah bertaburan di merata dunia.
Wallahuaklam.
Keretapi laju KL ke spore melalui tender terbuka dan masih lagi dalam proses perbincangan.
ReplyDeleteKeretapi laju ke pantai timur dan bandar malaysia di tapak tudm sg besi di anugerah tender terus.
Kesemua projek di atas bernilai berbillion ringgit.
Pelik tapi benar kan Dato.
No wonder income tax department is very active now..going into full throttle ,chasing all small time entrepreneurs , squeezing all the juices until not a single drop left.Penalty will be doubled and settlement must be in full..cash.Someone need the money utgently...now.
ReplyDeleteKadir, kau boleh tolong aku tak? Sama-sama lah kita bongkar apa yang patut dibongkar, tapi bongkar jangan guna air liur basi je, hanya semata-mata untuk mengelirukan rakyat wahai kadir.Kau tolong aku bongkar juga hal mahathir tu....terutama yang berkaitan dengan judi FOREX. Bongkar sekali, jangan kita jadi Pak Turut dan hanya makan dedak je. Kita nak rakyat tahu semua karenah ahli-ahli politik yang tamak kuasa dan harta ni.
ReplyDeleteHang la bongkar. Aku setuju..jgn ckp saja..
DeletePak Kadir x kan bongkar la psl tun mahathir. LGE punya kes pun sampai skrg Pak Kadir x ulas. Huhu
DeletePak lemon bongkar le pasar dr m. Cerita lama banyak bukti dah jadi samar.orang dah mati.orang dah tak ingat.akhir tutup kes.
Delete"Sampai ada menteri kelas ayam yang cadangkan pesakit pulangkan ubat yang tidak habis dimakan."
ReplyDeleteSemalam saya terdengar 'laporan Sidang Parlimen' melalui RTM... mengenai pindaan RUU Bankrupt.
Ada cadangan supaya mereka yang diistiharkan bankrupt... tak pasti, samada peminjam atau penjamin... diberi kelepasan untuk menunaikan Umrah dan Haji.
Pada saya, ini adalah cadangan paling bangang dan sudah tentu akan mencemarkan lagi emej dan manghakis 'respect' atau rasa-hormat kepada Agama Islam.
Haji & Umrah bukan lah wajib. Sudah la diistihar bankrupt kerana tak bayar hutang... bermakna tidak cukup WANG untuk bayar hutang.
Duit mai kut mana... boleh tunai Umrah atau Haji pulak?
Ataupun... 1MDB mahu guna WANG Rakyat yang dihutang untuk taja orang-bankrupt pergi Haji pulak ke?
Tidakkah lebih afdal, wang itu digunakan untuk langsaikan hutang yang hukumnya, wajib dibayar?
Yang paling pelik... jika Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang betul-betul jujur dan mematuhi kehendak Islam... mengapa hanya bersetuju selesaikan hutang setelah Abu Dhabi (juga Negara Islam) buat tuntutan saman di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di ibu-Negera Kapir, London?
Beri peruntukan RM80 Juta kepada Sekolah Agama, tapi... nak bayar hutang kepada Abu Dhabi pun liat... Islam mai kot mana?
Salam Datuk
ReplyDeleteMaaf Datuk, saya teringat tak lama dulu Datuk ditegur kerana mengulas ekonomi yang bukan bidang kepakaran Datuk. Syabas Datuk!...saya faham dan bersetuju dengan ulasan Datuk....baiknya ekonomi mahupun politik. Diusia kita ini...pengalaman makan garam ada kelebihannya...Tu...kabinet Najib...memang semuanya pakar...sebab tu lah kita di tahap ni.
Saya rasa Johari dan Husni jangan setakat membuat pengakuan itu bukan hasil rundingan mereka. Keluar dan luahkan apa yang mereka tahu...barulah nanti dapat tidur lena....Johari...kamu tahu MO1, MOF, PM dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB yang punya kuasa dalam Artikel 117 adalah orang yang sama. Kamu tu siapa?...hanya khadam yang mesti ikut telunjuk...dimana maruah kamu?
1MDB dah mampos dah...bukan lagi sebuah syarikat yang "going concern"....mayat 1MDB dibawa ke MOF untuk dibekukan...dan MOF akur untuk mengambil alih semua tanggungan 1MDB. MOF bukan MO1 yang punya...tapi MO1 sewenang wenang memperakukan MOF macam dia yang punya.
MO1 punca segalanya...Nasihat saya pada Johari...cabut lari sebelum mengigit jari.
Tuan,
ReplyDeleteBagaimana kita boleh menganggap seuatu keputusan itu "kemenangan" jika kita MENURUTI segala tuntutan pihak "lawan"? Jadi mengibarkan bendera putih sebelum "berperang" tu juga satu kemenangan?
Datuk,
ReplyDelete"Busuk-busuk pun Johari ada pengalaman korporat."
Hahahahahahahahaha...pengalaman korporat?????
Ah Seng yang tukang jual ikan masin dipasar borong lagi tau tentang bisnis korporat dari si Johari.
Apa sangat la syarikat Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad dan CI Holdings Berhad tu, Datuk...syarikat2 korporat taik kucing.
Itu sebab la dia jadi Menteri Kewangan Kedua...buat kerja taik kucing.
Kata org siam Golok..serabut perut dok malay wei..
ReplyDeleteWhat does payment of USD1.2 billion result in? It results in Najib not having to stand in the dock and be grilled by questions. So Najib is actually finding ways to avoid going to court. Despite talking big and sounding virtuous and pretending angry at IPIC for denying it was paid, Najib and the government lied.
ReplyDeleteSo he pays up a little. But it is a ruse. It is just a refined and elevated way of saying- boss I pay u a bit, so don’t take action against me ok? The lawyer termed it more stylishly as a no predicate offence. In practice it means, using some legal device to stop being brought to court. That is devious.
Malaysia through 1MDB/MOF will take over all the financial obligations associated with the 2 bond issues guaranteed by IPIC. The total amount is USD3.5billion. It frees IPIC from responsibility of paying bondholders should Malaysia refuse to honour her obligations.
In doing its business, most of them shadowy and suspicious, 1MDB ran up huge debts. More than USD50 billion. It borrowed some USD3.5billion from IPIC to pay off some portion of the mountainous debt. IPIC wants the money it loaned.
The USD3.5billion loan has increased to USD4.8 billion with interests. The interest on the USD3.5billion is therefore USD1.3 billion. There is another small loan amounting to USD500millon including interest.
So, that s why IPIC is demanding USD6.5 billion in total.
Read my lips: Malaysia must pay USD6.5 billion to IPIC. If it pays the USD1.2, it still owes IPIC USD5.3 billon.
ReplyDeleteThe money that was stolen consists of the following. It’s USD3.5 billion that disappeared into thin air- or rather into Aabar BVI’s account. It owes a principal sum of USD3.5 billion to IPIC. The interest on the USD3.5 billion is USD1.3billion. It owes USD1.2 billion plus interest it is now promising to pay. Then there is another loan from IPIC amounting to some USD500million.
A total of USD6.5 billion. Plus the USD3.5 billion stolen- the amount is a whopping USD10 billion.
1MDB is responsible to the USD3.5bliion to bondholders. That’s an IOU to bond holders.
So IPIC got back whatever payments it made in addition to releasing itself from USD3.5billion guarantee on the bond issues. It saves its neck. If it doesn’t threaten Malaysia with a court case, it may end up paying bond holders.
So 1MDb and the government pay USD1.2 billion. It says it will pay with the money it got from the sale of the fund units stashed in Cayman Islands. My guess, is the fund units will be sold to who else, but China.
If the government is transparent, define clearly what are fund units?
ReplyDeleteLet us be clear. The USD1.2 billion is separate loan from the USD3.5billion loan from IPIC. The USD3.5 billion was a separate loan given to 1MDB to pay off its mountain of debts. The debt is over USD50 billion now.
The promise to pay IPIC USD1.2 billion reveals the duplicitous methods used by 1MDB. We now know, that 1MDB did not actually pay USD3.5 billion to IPIC, it was channeled illegally into Aabar BVI account. There was a conspiracy involving probably Najib to transfer USD3.5 billion into Aabar BVI.
What does this mean? It means 1MDB and Najib lied to us and IPIC was telling the truth when it said, it did not receive any USD3.5bn payment. the money was paid into Aabar BVI account.
Which means at all material time, 1MDB knew it ferreted out USD3.5 billion and paid the sum into a bogus account operated by the two Arabs. The company is the infamous Aabar BVI a close copy of the true Aabar PJS, which truly belongs to IPIC.
Those involved in this illegal transfer of USD3.5 billion into Aabar BVI’s account must be brought to justice. So it’s true, Najib is no transformer, he is a master money transferor.
ReplyDeleteWith the IPC deal, the total amount of money shouldered by 1MDB is 10 billion or more.
Did anyone benefit from the extortionist fees charged by Goldman Sachs? For illustration let us say as follows. The market fee is USD1 million. Goldman Sachs charged USD10 million. USD9 million constitutes the extortionist portion. Extortion is a crime. The extortionist part of the fees can be considered stolen money too.
Even though Najib agrees to pay USD1.2 billion, we must remember that a crime has been committed. USD3.5 was stolen and sent to Aabar BVI. Some people in 1MDB colluded with the 2 Arabs in spiriting out 1MDB’s money. This payment of USD1.2billion does not erase the crime committed.
Choose UMNO and BN, we are allowing crooks to run this country.
They will steal and ruin this country.
http://sakmongkol.blogspot.my/2017/04/what-does-usd12-billion-promise-to-pay.html
Menteri-menteri dan pihak berkuasa yang menyokong kegiatan samun pm bugis dan mastermind (dalang) sepet boroi tidak takutkah jika satu hari mereka juga akan turut diseret sekali ke muka pengadilan ?
ReplyDeleteSekurang-kurangnya kalau takut pada pm bugis, bawa dalang sepet boroi ke muka pengadilan. Malangnya ini pun tidak berlaku.
Sallam Dato’
ReplyDeleteGali lubang timbus lubang.
Yang menanggung beban akhirnya adalah rakyat.
Rakyat yang mana?
Rakyat yang menanggung paling banyak beban daripada hutang kerajaan adalah golongan muda.
Golongan muda sekarang ini terpaksa mengharungi suasana ekonomi yang tidak baik untuk memulakan hidup.
Golongan muda kena bayar hutang universiti, beli rumah, cari kerja, beli kereta, bayar GST, bayar toll dan lain-lain. Subsidi sekarang semakin banyak sudah tidak ada.
Zaman Tun dulu, saya dapat biasiswa. Sekarang ini, bukan saja biasiswa susah dapat, kos untuk universiti pun tinggi.
Pendekata masa depan golongan muda tidak menentu.
Tapi yang herannya, Tun dengan umurnya yang begitu lanjut, 92 tahun pergi ke hulu hilir. Sebenarnya, bukan masa depan Tun yang menjadi persoalan tetapi masa depan golongan muda yang tidak ada ketentuan.
Sallam Dato’
ReplyDeleteMaaf kerana keluar topik.
Ini berkenaan dengan pendidikan orang melayu.
Saya baca hari ini tulisan diary yang dipaparkan di akhbar STAR oleh pelajar Tahfiz berumur 11 tahun yang telah meniggal dunia di Johor Bahru kerana penderaan.
Saya rasa, ini adalah tulisan yang paling sedih yang saya baca seumur hidup saya.
Ini contoh berkenaan dengan tidak keupayaan kerajaan untuk menjaga orang melayu.
Kejadian sebegini bukan baru tetapi berulang-ulang.
Dalam bahasa lain, “Incompetance”.
Pihak Jabatan Agama telah menyiasat dan dapati tidak ada kesalahan apa-apa di pihak sekolah Tahfiz.
Kalaulah negera yang bertamaddun, sekolah yang seperti ini sudah pasti diarahkan ditutup.
Anak melayu berumur 11 tahun yang terpaksa mengharungi hidup penderaan ini amat menyedihkan.
Berapa banyak lagi berita penderaan seperti ini di sekolah buatan sendiri.
Apakah negara kita begitu dhaif sekali sampai kerajaan tidak ada kemampuan untuk buat sekolah agama dan Tahfiz.
Salam. Buat zed 85, abg kena faham yg ini adalah populis measure. Berani dia nak tutup sekolah agama? Mak bapak semua bajet itu tiket syurga derang? Haram ada satu pun yg hantar anak sebab takut ada perang nuklear lepastu buku semua hilang ke tapi semua buat sebab kunun2 itu tiket ke syurga dia.
ReplyDeleteKalau mak bapak waras, takde keja gila nak hantar anak ke tahfiz. Stakat nak menghafal, duduk rumah boleh hafal. Tapi sebab melayu ni miskin minda, intelek cetek ini lah jadi. Semua belumba nak jadi arab tapi bukan belumba nak jadi muslim. Kalau ditutupnye pusat tahfiz tu, mesti ada mangkok pakat naik cita "perang ke atas usaha murni islam".
Tengok mufti kat utara sana cukup. Muka macam cucur udang tunpun disanjung. Setakat pakar koleksi cerita2 luar quran. orang orang macam dia ni la yg bangsat memusnahkan malaysia. Bila kita dah ramai sngt ulama mee segera, tu yg kira punya premier senang lenang dolak dalih
tuan bentekeke kata - ( Kalau mak bapak waras, takde keja gila nak hantar anak ke tahfiz. Stakat nak menghafal, duduk rumah boleh hafal )
Deletesebab kita x hargai agama,x hafiz quran la negara kita jadi huru hara..
jgn perlekehkan org anta anak ke tahfiz..prophet muhammad saw hafiz al quran..org yg betul2 hayati dan fahami agama je berjaya dunia akhirat..org pandai buat nuklear tanpa ada agama dlm diri bukan la org yg berjaya dan bhagia..period
Datuk,
ReplyDeleteKata kata saudara Zed-85 5.06PM memang tepat sekali....bahawa "Sebenarnya, bukan masa depan Tun yang menjadi persoalan tetapi masa depan golongan muda yang tidak ada ketentuan."
Sallam Dato’
ReplyDeleteMenteri Besar Kelantan, dalam Muktamar PAS berkata bahwa PAS tidak setuju Pakatan Harapan menggantikan kerajaan sekarang kerana BN dan Pakatan kedua-duanya adalah sekular.
BN sekular Nasionalis, Pakatan pula adalah Sekular Sosialis. PAS yang sepatutnya menjadi kerajaan.
Sejak bila pulak Pakatan hendak Malaysia jadi Korea Utara.
PAS tidak pulak sebut, negara kita mengamalkan demokrasi.
Saya rasa sepututnya ada kajian yang dibuat oleh pakar dan professor universiti apa sebenarnya dalam kepala pemimpin PAS sekarang.
Banyak perkara yang ditimbulkan PAS merapu saja.
Mengikut Dr Siti Mariah dari Amanah, PAS berubah kerana “inner circle” PAS yang membuat keputusan sudah berubah dari dulu.
Hala tuju PAS sekarang berubah berbanding dengan zaman Fadzil Noor dan Nik Aziz.
Oleh kerana itu, disebabkan PAS sudah berubah sifatnya, pendekatan Pakatan kepada PAS juga sepatutnya berubah.
Datuk,
ReplyDelete"Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), hutang 1MDB pada bulan Januari 2016 berjumlah RM50 bilion dan bukan lagi RM42 bilion seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad."
1. Woooooooowwww!...wow!...wow!...banyak nya hutang 1MDB...RM50 billion!
2. Aku tanya si Ah Seng, tukang jual ikan masin di pasar borong...dia kata Melayu memang suka hutang.
3. Ah Seng kata Melayu tiada niaga pun ada hutang juga...kalau Melayu berniaga lagi banyak hutang...kurang asam punya Cina!
4. Ah Seng kata sama aku JHo pandai punya Cina...pandai bikin duit...senang dia tipu Melayu punya PM mau bikin duit...sebab itu PM Melayu memang bodoh punya Melayu.
5. Ah Seng bilang Cina hutang mau bikin business...cari duit...Melayu hutang mau tipu saja, bukan mau bayar hutang.
6. Si Ah Seng ni selalu juga pergi pasar borong Selayang bawa ikan masin...aku tak tau dimana tempat ni...betul ka ada ka Pasar Borong Selayang di Malaysia nie???...dimana??
7. Si Ah Seng ada 10-13 pekerja sendiri...lain lagi nelayan2 yang kerja tangkap ikan...dan ramai lagi perempuan Melayu yang jemur ikan untuk jadi ikan masin...semua mungkin ada 100 orang lebih dapat kerja sebab si Ah Seng dapat jual ikan masin di Selayang.
8. Ah Seng tanya 1MDB berapa banyak ada kerja?
9. Kalau Datuk sendiri pun tak tau, macam mana la aku tau.
10. Mungkin si Johari tau.
Kadiag, salaam.
ReplyDeleteAku nampak kok ni Kadiag...dua lagi 'menteri' nak lari ikut tali sauh.
Satu tu nama macam hang, kenun ahli parlemen kulim bandar baru. Kenun jugak, dia pi tanya, duit yg 3.5 ribu juta dolar amerika yg kata telah dibayag tu pi mana...dia pelik, aku pon pelik sebab tak salah aku dia ni 'ahli' jawatankuasa kira2 parlemen (PAC) dan aku agak jugak dia bulih baca laporan Audit Negara yg diharamkan untuk rakyat biasa bawah OSA.
Jadi kalu orang macam dia tanya, Pak Ali bapak Che' Rohani munkin akan kata 'ada magna (saktah/"pause") ~~~tu...'
Nomo dua, Johari, kenunnya ahli parlemen Titiwangsa pulak kata 1MDB bulih menang kalau bawak ke mahkamah timbangtara London, sebab:
'... kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu ..., berdasarkan rekod yang dibekalkan 1MDB kepada PAC sebelum ini, syarikat pelaburan milik kerajaan itu juga mengesahkan Aabar BVI ialah anak syarikat IPIC.
“Fakta itu kemudian disahkan lagi oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands melalui suratnya bertarikh 11 Ogos 2016,”(dari Shahbudindotcom) ...jadi pasai apa pi setel luag mahkamah, bayag ribu juta dolar lagi. Kalu lawan teruih takut bocog habih ka...?
Titiwangsa ni yg aku tau, banyak undi pos...yg hang pon almaklumlah...tapi banyak jugak pengundi yg pandai baca dan menulih....kod2 kalu ada PRU lelah Johari ni. Dia kod kena pikiag benda tu sama samping macam hang nulih hak aku kopipes dibawah ni:
'Kalau ia penyelesaian sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang sekaki.'
Wallahua'lam...
Aku
Mereka ini adalah pemimpin yg maksummmm
ReplyDeleteTak baik kita rakyat malaysia tidak percaya dengan ullul Amri... kena cari 4 saksi baru boleh tuduh al hj jibby tibai duit rakyat... tak caya tanyalah 🐮🐮🐮🐴🐴🐂.. kah....kah. kah...kah
Datuk,
ReplyDelete"Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang."
1. Aiiiitt?...macam cerita si Ah Seng pula, dia pun kena saman juga bila tidak bayar hutang bil telekom. Ah Seng bilang sudah bayar, tetapi Telekom kata belum bayar. Siapa yang cakap betul nie?
2. Johari stated that there was a letter dated Aug 11, 2016, from the Registrar of Corporate Affairs of the British Virgin Islands confirming that Aabar BVI was an IPIC subsidiary.
3. Johari, ada empat "Aabar". Satu saja yang sahih dan yang tiga itu adalah palsu.
4. 'Aabar Investments PJS' ialah IPIC subsidary yang sahih, bukannya...
5. 'Aabar Investments PJS Limited (BVI)'...atau juga dikenali sebagai Aabar BVI ini adalah subsidary palsu IPIC.
Jadi cakap kau di perkara 2 diatas memang betul, tetapi itu subsidary palsu.
Ada dua lagi subsidary palsu IPIC...
- 'Aabar International Investments PJS Limited (BVI)', dan
- 'Aabar Investments PJS Limited (Seychelles)'
6. Masaalah nya Johari 1MDB bayar pada siapa?
7. Kalau hutang sama IPIC, kenapa mau bayar melalui subsidiary dia?
8. PM buta ka mau approve pembayaran pada subsidiary IPIC sedangkan IPIC itu ada Adu Dhabi Soverign Wealth Fund macam juga 1MDB.
9. Kalau IPIC tidak terima hutang dia, tak apa la mungkin ada kesilapan teknikal...tetapi, kenapa anakharamzadah MO1 itu terus mendiamkan diri sedangkan duit sudah keluar?
10. Johari, senang saja ba, bolih kau suruh itu si P****a anak haramzadah yang bernama MO1 itu saman Aabar BVI ambil itu duit balik?..itu bukan duit bapamama dia...kalau duit bapa kamu Johari, kamu bolih pergi mampos pun aku sama si Ah Seng tidak peduli.
ReplyDeleteALOR SETAR: Selangor PAS Youth leaders have hit back at PKR for demanding that PAS leave the Selangor administration if the party decides to sever ties with PKR.
Speaking to FMT, Selangor PAS Youth chief Syarhan Humaizi Abdul Halim said the mandate to form the Selangor government came from the voters in the 2013 general election.
Syarhan said as the mandate came from the people, it wasn’t right for PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail to ask PAS to leave the Selangor government.
Datuk,
PAS are Parti Plaing Kiasu.
They want to have their cake and eat it.
They are also drama queens.
I suggest that Selangor calls a snap election to remove them, once and for all.
Salam saudara Bente,
ReplyDeleteKalau pihak penguasa tidak boleh bertindak dengan betul kerana sebab-sebab persepsi populis, ini tanda pihak penguasa yang lemah.
Kita tidak boleh biarkan budak melayu kecil yang tidak berdosa teraniaya disebabkan persepsi populis.
Kejadian budak teraniaya di sekolah persendirian bukan perkara yang baru.
Salam as usual DAKJ. Komen pun as usual juga. Udahlah tu abiskan yoir precious time on Najib's alleged 1MDB fiasco.
ReplyDeleteYang amat bijaksana Tun Mpun kalah dengan konco-konconya suami Umi Aida (sorry forgot his name Khairuddin something) and Aininapun kalah kemukakan saman terhadap kes tu. Happy bebenor Najib's lawyer telling the Press Najib not a govt officer. Simple explanation yg orang mcm Ipun boleh faham. Kiranya Tok Kadir 100 kali lebih lagilah fahamnya. No case to answet. Tuduhan Tok berjela kat sini but in the court of law, no go. Don't bring up kangaroo court issue ok. So please save your precious time for beneficial things dear beloved Dato'.
NEXT.
Ko melalok apa ni Pompuan?...Kalau ya pun ko sokong Bugis...Berilah pandangan dgn lebih cerdik dan berisi.
DeleteApa yg aku baca setiap kali...tulisan ko hampas belaka layak ditong sampahkan sahaja.
Assalam Datuk,
ReplyDeleteTak dpt dibayangkan jika Jho Low mendedahkan segala2nya berkenaan perihal Najib ni kpd dunia. Spt yg kita semua tahu, Jho Low akan ditatang dgn minyak yg penuh oleh Najib demi kelangsungan beliau, kata2 Jho Low boleh membuatkan masa depan Najib boleh sampai ke penjara. Malah seluruh keluarga Najib akan turut menanggung kesiksaan jika perkara ini berlaku, legasi yg ditinggalkan oleh Tun Razak telah dimusnahkan oleh anak sulung arwah.
Ketika ini kunci masih terkunci selamat utk masa depan beliau. Waallahualam....
Buat abg is joe,
ReplyDeleteSori la bang tapi statistik mengatakan bahawa abg silap.
"kebab kita x hargai agama,x hafiz quran la negara kita jadi huru hara.."
Abg tau ke negara mana plg bnyk hafiz? Tngk negara macam sampah je. Abg tau ke negara mana plg banyak ada pendidkan konsep maahad/madrasah ni? Sekali lg saya ulang, tngk negara mcm sampah je. Plumbing tarak, proper sanitation tarak.
Kita bandingkan pulak dengan negara plg "islamik" dkt dunia? Abg tau kat mana? Takde pun sebanyak tu maahad dia tapi takde plak huru hara negara dia? Yg buat huru hara, pendatang pelarian islam jugak. Tak ke pelik?
Memang saya pandang rendah pada mak bapak hantar anak masuk maahad ni semua sebab hampir suma dengan alasan "tiket masuk syurga". Cakap bedasarkan pengalaman walaupun tak cukup sample 100 orang.
lagi satu stakat menghafal je toksah banyak cita. Bukan paham pun. Ini fakta. Pegi la konon2 majlis ilmu pun, semua sibuk dengan kitab yg dia sendiri ngan korum2 dia je ada tapi bila nak besembang pasal quran punya liat
Dan buat zed, not going to happen. Lepas kes bdk tu meninggal, terus institut maahad tade kaliber semua dpt peruntukan tambahan, tak ke gila namanye? Populis measure. Govern by dummies, for the majority.
Thanks tok bg platform.
DAKJ. Betul kata TDM yg kita ada PM taraf KULI
ReplyDeleteMmg bangsa Bugis tak lanun, kuli kontrak
Pompuan
ReplyDeleteNo case to answet? Hahaha what kind of language?
My advice, please register yourself to any kindergartens. Even a kindergarten pupils can spell better than you.
You such a dimwit...FULLSTOP.
ReplyDeleteDatuk,
The divorce between PKR and PAS seems final.
Where is the One Logo One Manifesto of Harapan?
Snap polls are best in Selangor before the gerrymandered boundaries are rubber stamped.
Of course Umno Hijau have already planned how to help Umno Merah.
Do not be caught sleeping, or unprepared.
Datuk,
ReplyDelete"Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB."
1. Dari tulisan Datuk, aku dapat faham bahawa 1MDB sudah kumpul hutang sebanyak RM50 billion hingga Januari 2016...please correct me if I am wrong.
2. Sebahagian daripada hutang tersebut tadi adalah dari IPIC Abu Dhabi...sebanyak RM11.25 billion.
3. Mengikut 1MDB, ia sudah bayar IPIC sebanyak USD3.5 billions...tetapi duit itu sudah masuk ke akaun Aabar BVI, yang kononnya mengikut Johari adalah subsidary IPIC.
4. Tetapi, IPIC pula menafikan yang Aabar BVI itu adalah subsidiary dia. Makanya, IPIC tidak pernah terima itu duit untuk bayar hutang dari 1MDB la.
5. Jadi IPIC saman 1MDB tuntut hutang di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London.
6. IPIC menang.
7. Jadi, 1MDB setuju bayar USD2.5 billion 'bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB'.
8. Kita berbalik pada soalan no.3...
- 8a...Kemana sudah itu duit USD3.5 billion?
- 8b...Kenapa 1MDB macam diam2 saja kalau duit dia sudah hilang begitu banyak?... tidak buat Polis Report?
- 8c...Kenapa Polis diam diri?...mereka tunggu Polis Report dari 1MDB ka?
- 8d...Kenapa Peguam Negara diam diri?...sebab belum terima laporan siasatan dari Polis ka?
- 8e...Kenapa Menteri Kewangan langsung tak peduli?...sebab dia kesipuan bila didapati dia bukan Pegawai Jawatan Awam?
9. Datuk yang mulia, siapa ba yang sebenarnya jaga negara kita ini?
10. Si Ah Seng yang tukang jual ikan masin bilang dia jaga kebajikan nelayan...bot nelayan bukan dia punya, nelayan yang punya, tetapi bila bot hilang kena curi, dia yang sibuk keluar cari sama Polis Marin sampai dapat.
Demi Allah, aku lagi rela kalau orang si Ah Seng jadi Perdana Menteri Malaysia dari seorang yang durjana...ada apa la sama Melayu?...ada apa la sama seorang Muslim?
ReplyDeletePETALING JAYA: A global business publication has predicted an easy win for Prime Minister Najib Razak in the next general election (GE14) despite the alleged scandals and other issues surrounding 1MDB.
In a recent article on the arbitration settlement between 1MDB and Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Company (IPIC), The Economist suggested the latest development in the controversy over the state-owned investment firm would not affect the ruling party’s chances in GE14.
“Many voters in rural seats either do not understand the affair or do not care about it.
“It is rumoured that the prime minister will call a general election later this year, in the hope of benefiting from the opposition’s interminable squabbling.
“As things stand, he will probably clean up,” The Economist said.
Datuk,
The "opposition’s interminable squabbling" is indeed a handicap that cannot persist.
There is no more time left.
if there's to be a common logo/manifesto, it must come very soon.
Most educated urbanites cannot fully grasp 1MDB in detail.
Some just pretend to.
The Manifesto must spell out HOW AND WHY the average man will be protected from corruption better by PH.
This message must be carried in a UNIFIED and STATEGIC manner.
Otherwise the opposition’s interminable squabbling will carry on till GE14 and after.
Ini hari buruh... PM Melesia ada minta majikan Melesia utamakan pekerja tempatan. Saya tengok itu dekat tapak projek TRX dgn Bandar Malaysia siap ada quater cantik untuk pikerja buruh dari China.. saya dari bangladesh pun tak dapat duduk... ini PM sakap tak seruupa bikin jugaa.. saya mau cari makan sikarang pun sudah susah.
ReplyDelete