A Kadir Jasin
ORANG kuat Tun Abdullah
Ahmad Badawi, (Datuk Seri) Reezal Merican Naina Merican kata, berita kononnya (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi
berjumpa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tagih
simpati adalah pembohongan terbaharu Dr Mahathir.
Reezal Naina Merican tuduh Dr Mahathir bohong |
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Ada dua isu di sini.
Satu, Reezal kata Dr Mahathir bohong dan dua, tajuk berita surat khabar yang
kata tidak ada pertemuan di antara Dr Mahathir dan Zahid.
I
su ini bukanlah susah
sangat untuk disahkan. Kalau Dr Mahathir bohong, Zahid boleh buktikan dengan
menyiarkan rakaman yang kononnya dia buat semasa pertemuan dengan bekas Perdana
Menteri itu.
Zahid kata dia ada buat
rakaman. Biasalah. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri
tentu ada macam-macam kemudahan untuk intip dan rakam peristiwa sulit sama ada
yang babitkan kegiatan beliau atau kegiatan orang lain, khususnya musuh politik
beliau.
Tapi berkenaan tajuk
berita yang menafikan pertemuan di antara Zahid dengan Dr Mahathir, saya keliru
sikit sebab Zahid sendiri mengaku jumpa Dr Mahathir dan siap buat rakaman.
Siapa cakap benar dan siapa cakap bohong? |
Tapi semestinyalah dia menafikan yang tujuan pertemuan itu ada kena mengena dengan rancangan menjatuhkan Najib.
Reezal budak kanyir (hanyir) ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tapi dia dewasa dan menceburi politik pada zaman Dr Mahathir. Namun itu tidak menghalangnya membuat tuduhan terhadap Dr Mahathir.
Mengutuk dan menghina Dr Mahathir kini modal utama ketua-ketua Umno. Tujuan mereka bukan lagi untuk meyakinkan rakyat jelata tetapi bagi melegakan hati Najib agar mereka terus diberikan dedak dan restu.
Tapi kita pun tahu Reezal dan Nur Jazlan adalah antara Ahli Parlimen Umno yang paling kritikal terhadap Najib apabila skandal 1MDB terbongkar. Bagaimana pun, mereka berubah menjadi penyokong tegar Najib apabila diberikan dedak melalui pelantikan sebagai timbalan menteri.
Saya yakin, kalau bukan Najib sendiri, penasihat Najib tahu bahawa Reezal dan Nur Jazlan tidak sukakan beliau dan mungkin terlibat dengan rancangan menjatuhkan beliau.
Jawapan Najib “the King of Cash” mudah saja – bagi mereka jawatan lebih tinggi.
Saya pun tidak salahkan mereka kalau mereka nampak macam orang mabuk todi. Memang pening dengan cerita Najib dan Zahid ni!
Kalau Najib kuat “spin”, Zahid lagi hebat putar-belit – sampai dia sendiri pening dan orang ramai susah nak bezakan yang mana satu cerita dogeng dan yang mana satu berita benar.
Macam putar-belit dia mengenai nama dan keturunan Dr Mahathir. Dia terlupa bahawa selain Jawa, Minang, Bugis dan Aceh, ramai dalam Umno adalah India Muslim. Reezal adalah salah seorang daripadanya.
Jadi apabila muncul dakwaan kononnya dia dilahirkan di Indonesia, banyak orang percaya. Saya tanya Setiausaha Akhbar beliau, (Datuk) Ibrahim (Tiger) Yahaya, melalui Facebook.
Dia kata palsu. Saya kata, pamerkan Sijil Kelahiran Zahid sebagai bukti. Saya tak pasti kalau sudah dipamerkan atau belum.
Menarik juga episod bodoh ini. Zahid hina keturunan Dr Mahathir tetapi akhirnya dia sendiri terpaksa sumpah ““Wallahi, wabillahi, watallahi” kerana takut Najib tak percaya kepada dia lagi.
Dalam tampalan Facebook, Zahid berkata: ““Wallahi, wabillahi, watallahi selagi saya diberi kepercayaan saya akan membantu yang amat berhormat presiden parti yang juga perdana menteri Malaysia. Saya akan terjemahkan kewalakan, ketaatsetiaan dan kerja keras untuk Datuk Seri Najib Abdul Razak, Insha Allah.”
Kalau dia tak buat macam budak jahat yang lastik sarang tabuan dengan mempersendakan nama dan keturunan Dr Mahathir, dia tidak akan dibelasah begitu teruk dan hina sekali. Tapi nampaknya mulut Zahid lebih laju daripada otaknya.
Yang tersenyum lebar adalah musuh-musuh politik beliau dalam Umno. Rasanya mereka sedang mengasapkan keris untuk menikam beliau dari belakang.
Ingatlah, Najib sendiri berkata keris sudah diasah dan memerintahkan askar siber Umno supaya “attack, attack, attack”. Silap-silap Zahid yang jadi sasaran serangan mereka.
Wallahuaklam.
““Wallahi, wabillahi, watallahi selagi saya diberi kepercayaan saya akan membantu yang amat berhormat presiden parti yang juga perdana menteri Malaysia. Saya akan terjemahkan kewalakan, ketaatsetiaan dan kerja keras untuk Datuk Seri Najib Abdul Razak, Insha Allah.”
ReplyDeleteIni ke kata dia? Kalau betul...dia bersumpah bahawa dia dari sekarang (kerana dia guna perkataan AKAN) akan taat setia pada Najib.
Sumpah itu belum menjawab persoalan, pernahkah dia cuba utk tikam dari belakang
Datuk,
DeleteApakah benar zahid kelahiran indonesia. Bodoh sangatla orang umno ni lantik orang yang tak jelas asal usulnya jadi naib presiden. Keboleh percayaan untuk memperjuangkan orang melayu amat diragui.. Tak pernah rasanya dalam sejarah, umno dipimpin oleh ... pendatang. Malunya...
kalau baca ayat dia tu, dah letak ayat penyelamat dah, "selagi saya diberi kepercayaan...."
ReplyDeleteesok esok, bila nak lawan, dia sebut la, dah saya tak diberi kepercayaan, sumpah tu tak terpakai lah lagi. sebab tu saya lawan.
bukan begitu?
semua sedia maklum bahawa rosmah tidak begitu serasi dgn zahid (terutama isteri nya).
ReplyDeletezahid sedang makan 'buah simalakama'.
jika dia tidak segera pergi menyembah n berjaya memohon maaf kpd hadapan mek rosmah, maka saya percaya hayat politik nya akan berakhir. Najib penting tapi yg menetukan nasib nya ia lah 'd power behind d throne'.
quo vadis zahid ?.
Salam datuk,
ReplyDeleteZahid ini umpama tikus yang terjatuh kedalam kepok padi. Setelah ketiadaan muhyidin dan syafie, zahid mewakili undi terbanyak naib presiden. Jawatannya sebagai timbalan perdana menteri masih lagi diawang-awangan memandangkan jawatan timbalan presiden belum dipertandingkan. Jika ada pemilihan dan zahid dicabar untuk jawatan timbalan presiden dan sekiranya zahid kalah maka zahid perlu meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri. Bererti jawatan nya belum selamat.
"Cash is king" boleh menentukan segala-galanya dihujung jari. Ketika muhyidin dan syafie di pecat, najib berada dalam keadaan yang cukup lemah. Kepimpinan umno berbelah-bagi antara sokong dan tolak najib.
Sebab itulah zahid berjumpa dengan tun untuk mendapatkan sokongan tun bagi mengulingkan najib.
Pada fikiran saya, tun bukanlah seorang yang bodoh untuk mencadangkan atau menyokong zahid mengulingkan najib. Kerana zahid bukanlah seorang yang popular atau seorang yang diharapkan oleh ahli umno atau rakyat untuk menjadi tpm apatah lagi pm. Jawatannya sekadar bidan terjun.
Rata-rata ahli umno masih tidak melupakan kisah silam zahid, termasuk kesetiaannya pada umno.
Walaupun ahli umno tidak sokong najib, tetapi amat sukar untuk pilih zahid ganti najib.
Jika tun sokong zahid sudah tentu akan kalah dan tun terpaksa cari jalan lain pula untuk jatuhkan najib. Sudah tentu tindakan sebegini ada kelemahannya dan akan mencacatkan usaha tun.
Sekarang ini zahid dah seperti cacing kepanasan. Jika diukur dari segi merit, adalah mustahil zahid boleh jadi tpm yang selangkah lagi boleh menjadi pm. Sebab itu lah zahid teramat takut sehingga terpaksa bersumpah setia pelbagai, sebab dalam diri dia "kosong".
Reezal kan timbalan menteri zahid hamidi...
ReplyDeleteSo, terpaksa la dia merapu walaupun dalam hati dia kata apasal la zahid gatal mulut kutuk TDM.
Dia bukan tak tahu zahid sudah suruh reporter bagi soalan cepumas untuk test ketaat setiaan reezal pada menteri nya.
Datuk,
ReplyDeleteDalam tampalan Facebook, Zahid berkata: “Wallahi, wabillahi, watallahi selagi saya diberi kepercayaan saya akan membantu yang amat berhormat presiden parti yang juga perdana menteri Malaysia. Saya akan terjemahkan kewalakan, ketaatsetiaan dan kerja keras untuk Datuk Seri Najib Abdul Razak, Insha Allah.”
1. KALAU tampalan Facebook Zahid itu adalah dalam bentuk TULISAN yang sepertimana Datuk paparkan disini, maka itu BUKAN Sumpah Laknat namanya sebab tidak ada ciri2 Sumpah Laknat.
2. Ciri 1: Sumpah laknat biasanya dibuat secara LISAN, DOA atau dalam bentuk UCAPAN yang "Live" olih dua orang atau lebih.
Rakaman video, suara, foto atau bertulis untuk orang ramai atau mass media tidak penting atau diperlukan, kecuali untuk tujuan lain selain dari tujuan sumpah itu tadi.
3. Ciri 2: Tujuan orang yang angkat Sumpah Laknat itu ada satu saja, ia-itu supaya doanya dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dia "benar2 ingin untuk menuntuk haknya yang telah dizalimi atau dicabuli".
Kita dapati, tidak ada unsur2 dalam Sumpah Laknat Zahid itu tadi yang di bolih katakan hak2nya telah dizalimi atau dicabuli kerana dakwaan Tun.
4. Ciri 3: Sumpah Laknat TIDAK SAMA dengan upacara angkat sumpah sivil, macam dalam upacara pertabalan seorang PM, Agong atau jadi saksi2 dalam mahkamah sebab tiada undang2 yang bolih dijatuhkan kepada orang bersumpah laknat dan orang yang kena sumpah laknat...kecuali merubah persepsi masyarakat sahaja...masyarakat Islam sahaja.
Dalam konteks ini, "Sumpah Laknat" Zahid hanya bertemakan ikrar setia ingin hidup semati susah senang kepada tiga entity yang mempunyai peranan yang berbeza2 ia-itu, 'presiden parti', 'perdana menteri Malaysia' dan 'Datuk Seri Najib Abdul Razak'.
Contoh nya peranan yang berbeza ini ialah: 'Datuk Seri Najib Abdul Razak' adalah laki si Rosmah, tetapi tidak semestinya 'presiden parti (UMNO)' atau 'perdana menteri Malaysia'.
Pada saat itu, apa ke Zahid masih setia juga?
Kalau 'perdana menteri Malaysia' didapati bersalah dan masuk Sungai Buloh, macam mana kau Zahid? When was the last time you visit Anwar, if I may ask?
5. Ciri 4: Arab Jahiliyah suka bersumpah2...budaya mereka...menggunakan sumpah2 untuk mempertahankan diri...bersumpah2 menghina Rasullulah s.a.w... bersumpah2 dalam urusan jual beli bagi melariskan jualan.
Dalam konteks budaya politik Malaysia pula, bersumpah2 ini untuk mengubah persepsi masyarakat Islam setempat untuk tujuan politik, jatuh menjatuh, wang dan kedudukan.
6. Zahid, ini bukan cara nya. Cara yang terbaik jikalau kamu rasa hak kamu telah dizalimi adalah mahkamah sebab kamu ada rakaman video dakwaan Tun.
Islam bukan kamu punya Zahid.
Sumpah Laknat bukan mainan politik walaupun kamu benar!
Datuk,
ReplyDelete"Menarik juga episod bodoh ini. Zahid hina keturunan Dr Mahathir tetapi akhirnya dia sendiri terpaksa sumpah ““Wallahi, wabillahi, watallahi” kerana takut Najib tak percaya kepada dia lagi."
- Zahid kawan Anwar, bukan aku yang cakap...semalam baru aku tau...mungkin Datuk lagi arif.
- Anwar sama Tun sudah berbaik...itu aku nampak bila Tun dengan rendah diri, masuk dalam mahkamah, jumpa Anawar, hulur tangan, bersalaman...bukan senang, tetapi itu la Tun.
Tun akan maafkan Zahid just like that without blinking his eyes.
- Kalau Harapan dapat tubuhkan kerajaan baru selepas PRU14, Najib 'hangus' sebab Anwar bolih minta Zahid bongkar rahsia 'penderma Arab'.
Tun akan maafkan kenakalan Zahid...bodoh2 pun jadi Menteri di EPU ganti Rahman. Rahman balik kampung jaga bini2 dia.
- Kalau Harapan tidak menang PRU14, Najib bolih 'hangus' juga kalau UMNO kurang kerusi...worse still ...hanging Parliament based on the current 222 seats...bolih jadi, bukan mustahil.
Zahid tetap jadi TPM.
Paling bodoh pun Zahid jadi PM, siapa kasi. Hisamuddin jadi TPM.
Najib jadi Special Ambassador to Mongolia...jangan ketawa!
- Kalau PAS + UMNO (saki baki yang masih tinggal) tubuh kerajaan baru selepas PRU14, Hadi jadi PM, Zahid tetap jadi TPM, bukan Najib.
Najib ganti Arul Kanda as Chairman/CEO 1MDB.
- Dalam situasi mana pun, Zahid tetap menang juga sebab Javascript dia bukan main2, dipakai seluruh dunia.
Ini bagus sebab Zahid disenangi dan disayangi olih Warlords UMNO Sabah dan BN Sarawak, dimana sekali gus Perlembagaan Sabah/Sarawak bolih diubah untuk mengiktiraf bangsa Jawa sebagai kaum Bumiputra.
"keturunan Dr Mahathir" tidak akan diiktiraf sebagai Bumiputera sebab Najib sudah kalah.
Adios Bugis PM.
Long Live our new Javanese PM!
Note: Surat Beranak aku ada cap "Colony of North Borneo", belum ada "Malaysia" ketika itu.
Kau Zahid, ada Surat Beranak macam si Datuk AKJ? Nanti jangan lupa bawa ke Parliament. Tak payah buat Sumpah Laknat pasal Surat Beranak, we believe you!
Watak zahid hamidi ni mengingatkan sy pd watak Smeagol dlm filem lord of the rings lah datuk..ada ketika dia sgt yakin dgn rancangan jahatnya.tp apabila tertangkap mula lah dia merepek2 berkata yg smua perbuatannya adalah untuk kebaikan tuannya..seraaamm!!
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم
ReplyDeleteSekali lagi terima kasih pasai bawak 'pojok' yg cukop 'hangat' ni.
Orang yg minat sains politik dan kajian masyarakat kadang2 perati pada kadag kontradiksi dlm sesuatu kelompok, antaranya sampai ka atau tidak pada satu tahap, atau kesaratan atau 'threshold' yg memunkin belaku sesatu perubahan....
Sekali lagi 'episod' tchokwo Bagan Datuk ni melontag macam2 kontradiksi....
Pertama, dia tonjoikan leluhog Mat Tehag ada darah kelin. Aku agak dia nak hina Mat Tehag, pasai sebagian orang melayu memang suka sabit orang kelin atau d.k.k. (darah keturunan kelin) memang suka putag alam. Tapi yg mai himpit atau sokong tchokwo ni tak salah aku, adalah orang d.k.k. jugak, Reezal Merican, Abdul Azeez (pengerusi Tabung haji) dan beberapa orang lagi...
Kumudian, tempat dia pi tala Mat Tehag pulak diJerlun Kubang Pasu, yg UMNO dia pon ramai d.k.k. Sunggoh pon yg mai tu kebanyakkan 'ahli' 2 berumog'tapi Mat Tehag dan Mukriz (dan Asmah) orang Kedah, dan "aiseymen' Bagan Datuk is not in Kedah, you know.... dan aku nampak ramai yg dlm Dewan sekolah tu muka macam dok telan cuka.
Banyak lagi Kadiag... dia bulih pi habag pulak kad orang, Mat Tehag tak suka kad dia... lepaih tu dia pi jumpak orang tua tu buat apa..? Paih tu dia kata orang tu belit orang malayu UMNO, habih manih sepah di buang la, 22 tahun la....
Macam tu laa Kadiag no
dan mintak maghap no.
Aku.
Datuk,
ReplyDelete1. Mari kita balik ke pangkal jalan, detik2 episod ini bermula, dimana Zahid menghina keturunan Tun dengan menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir dalam handphonenya, yang konon nama sebenar Tun adalah "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
2. Tun kata itu tidak benar dan minta Zahid tunjukkan IC tersebut. Marina pun kata itu tidak benar.
3. Tetapi Jazlan kata itu benar...maknanya, mungkin Jazlan yang kasi info awal. Pengarah JPN diam saja.
4. Seterusnya, Tun membuat 3 dakwaan-dakwaan terhadap Zahid.
5. DAKWAAN PERTAMA TUN, bahawa Zahid pernah datang jumpa dia selepas jadi TPM untuk meraih sokongan nya untuk menggulingkan Najib.
Zahid mengaku dia jumpa Tun dengan restui Najib, tetapi bukan sebab itu. Kita tidak tau sebab apa.
Yang memeranjatkan ramai orang, Zahid rakam pertemuannya dan mendakwa Tun pun ada copynya.
Kali terakhir, Zahid buat "Sumpah Laknat" melalui Facebook, seperti yang Datuk lampiran disini.
Kita juga tau bahawa ini BUKAN "Sumpah Laknat" untuk menafikan tuduhan Tun, sebaliknya hanya sumpah lafaz taat setia beliau kepada 3 mahkluk yang mempunyai peranan berbeza2, ia-itu "Presiden (UMNO)', "Perdana Menteri Malaysia" dan "Datuk Seri Najib Abdul Razak".
Kena tanya Zahid kenapa dia tidak pakai nama rasmi bos dia...Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1)...sehingga "Mohammad" dan "bin" pun tidak ada, padahal isu "bin" ini-lah yang dia gunakan untuk menghina Tun.
Aku tak hairan kalau Zahid tak gunakan nama timang-timang bos dia...(Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak...sebab itu 'mahkluk' nombor 4 yang ada peranan tersendiri.
Sebenarnya, dakwaan pertama ini paling senang ditangkis sebab Zahid ada IC asal Tun dan ada rakaman. Kasi saja itu salinan IC dan rakaman pada Tun, dalam satu majlis rasmi untuk siaran, kes tutup.
6. DAKWAAN KEDUA TUN, bahawa Zahid ada RM230 juta sebelum jadi Ketua Pemuda UMNO. Ini lagi senang dijawab, Zahid bolih call mana2 Chairman/Presiden/CEO bank untuk dapat copy akaun, free of charge. Dia TPM ba. Ini bukan kerja susah kalau banding dengan "usaha separuh mati bertungkus lumus attend kuliah dan buat thesis Ph.D". It's just a phone call.
Ini bukan kerja MACC Zahid, sebab Tun bukan tuduh kamu ambil rasuah. Tun tak ada bukti.
Tak rasa malu ke bila MACC menafikan yang Zahid ada minta siasatan dibuka. Zahid tau ke?...kena buat laporan dulu baru MACC bolih siasat. Ini macam "melepaskan batuk di tangga" saja. Malu la kalau nak tunggu budak2 dari DAP buat laporan. Angkat saja la telefon, cakap dengan Pengarah MACC, done!
7. DAKWAAN KETIGA TUN, bahawa "Zahid bukan keturunan Melayu". Kes ni memang "parah" sebab bukan saja macam meludah kelangit, tetapi pasal maruah diri dan keturunan.
Tetapi Datuk AKJ ada kasi jalan keluar yang paling mudah..."pamerkan Sijil Kelahiran Zahid sebagai bukti". Itu saja.
Aku, sukasamasuka, bukan mengaku, tetapi memang Melayu dan Bumiputera Sabah, bukan "Melayu" dan "Bumiputera".
Berani kau cakap begitu ke Zahid?
(1) https://en.wikipedia.org/wiki/Najib_Razak
allam Dato’
ReplyDeleteSaya rasa strategi PRU14 akan berbeza besar dengan strategi PRU13.
Dinamik politik sekarang ini sudah berubah.
PRU14 saya rasa tidak akan ada lagi suara “apa lagi cina mahu” kerena banyak hartanah dan projek telah dijual kepada cina, Bandar Malaysia, Forest City, Janakuasa Elektrik, Proton.
Projek yang diberitakan mungkin diberikan kepada cina, Keretapilaju KL Singapore, landasan keretapi ke pantai timur, Projek pelabuhan melaka dan pembelian kapal untuk TUDM.
Saya rasa banyak serangan akan dialihkan kepada PPBM atau Tun M.
Serangan kepada DAP pada PRU14 banyak diambil alih oleh PAS.
Saya rasa trend ini akan berterusan.
Nampaknya pembangkang setakat ini ada perkembangan baik. Semuanya dah bergabung secara rasmi dalam Pakatan Harapan.
Saya rasa kita perlu memberikan iktiraf kepada pembangkang selain dari PAS yang bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan.
Selain dari menghentam DAP, PAS semakin tenggelam dan hanyut.
Baru-baru memperkenal cadangan untuk mengubah tempat untuk hukuman sebat di Kelantan dari dalam bangunan ke luar bangunan supaya rakyat Kelantan boleh tengok hukuman sebat.
Agaknya bila dapat tengok orang kena sebat, segala masalah kos sarahidup tinggi, harga rumah tinggi boleh selesai.
Tiba-tiba timbul pula perjumpaan antara Arul Kanda dan PAS. Mungkin ini untuk memberikan PAS modal politik kerana PAS semakin tenggelam tak ada banyak isu dan berita selain dari cerita hukuman sebat.
Benar cakap Dato.
ReplyDelete"Tapi nampaknya, mulut Zahid lebih laju daripada otaknya".
Itulah hakikat sebenarnya apabila Najib sebagai PM, lebih mengutamakan kesetiaan dalam memilih pengikut dan penyokong. Namun, kesetiaan atas apa dasar sekali pun, boleh dilakon atau diajuk oleh sesiapa saja, termasuk haiwan seperti burung kakak-tua. Manakala kecerdikan hanya boleh terbukti dari tindak-tanduk, kelakuan dan bagaimana sesaorang membawa diri.
Apa yang pasti... apabila kesetiaan disulam dengan amalan 'Cash is King', akhirnya yang tinggal adalah dari kalangan pengampu atau kaki-bodek saja yang berada disekeliling 'King of Cash'.
Itulah yang terjadi kepada Kerajaan BN & UMNO-Najib hari ini. Pemimpin semua peringkat, kerana tamakkan jawatan dan kemewahan peribadi, mulut mereka menjadi lebih laju dari otak ketika membodek ketua.
Sepatutnya, sebelum mengungkit atau menghina asal-usul orang lain, Zahid perlu sedar bahawa beliau dan ibubapa juga berasal dari keturunan immigrant. Sebab itu ramai di FB, yang mempertikaikan nombor IC beliau yang dikatakan menggunakan angka 08, yang membawa maksud, sesaorang itu dilahirkan di Perak. Juga dikatakan bahawa Zahid datang bersama ibubapa beliau dari Kepulauan Jawa pada 1965, dua tahun setelah Singapura tersingkir dari Persekutuan Malaysia dan 8 tahun setelah Malaya Merdeka.
Manakala dari sumber Wikipedia, beliau lahir di Bagan Datoh pada 4 Jan. 1953. Ada yang mengatakan beliau lahir di Kuala Lumpur.
Hakikatnya, apa saja yang berkaitan dengan TPM kita ini amat kabur dan pelik... termasuk, bagaimana beliau mendapat gelaran 'Doctor'. Raja-Judi Dunia, Paul Phua yang di tangkap oleh FBI di Las Vegas juga pernah dibela oleh beliau dengan menulis surat kepada Pengarah FBI, mengatakan Paul Phua tidak terlibat dengan Kongsi-Gelap dan telah banyak membantu Keselamatan dalam Negari Malaysia.
Jadinya... jika IC & surat-beranak Dr.M boleh disebarkan secara meluas... elok juga jika IC dan surat-beranak Zahid hebahkan kepada Rakyat 1Malaysia sebagai bukti ketelusan atau Kerajaan tidak ada niat mahu menipu Rakyat 1Malaysia. Maklumlah, Zahid sebagai TPM, berpeluang mengantikan Najib sebagai PM dan beliau harus bersikap jujur kepada Rakyat.
Melihat keletah serta telatah anggota cabinet Najib ni , geli hati pun ada , meluat pun ada , terpesona pun ada .
ReplyDeleteMelodrama yang di perlihatkan mengalahkan telenovela , sinetron , kollywoo , mollywood , Bollywood serta Hollywood dicampurkan sekali !
Rasa kemushkilan dan ketakjuban timbul di masa yang sama .
Lekeh betul negara kita ni. Orang macam Zahid Hamidi pun boleh jadi Timbalan Perdana Menteri! Dalam Umno dan BN, dah tak ada ke tokoh yang lebih baik??
ReplyDeleteNasib kita semua lah. Sudah sampai masa rakyat Malaysia lebih selective. Tendang keluar dan beri kepada orang lain pulak lah untuk pimpin negara.
Salam Dato.
ReplyDeleteSehari demi sehari makin jelas terpampang keperibadian sebenar Ketua2 dlm Parti Umno.
Makin jelas kita lihat betapa lekeh mereka dlm kerja2 mempertahankan Mappadullung hingga sanggup menghina Tun M ketahap mengungkit asal2 usul dsb...tanpa menyedari ianya telah memakan diri sendiri.
Lihat sahaja ...bila si Rizal ini membuka mulut mempertahankan Zahid....dia (Rizal) tidak lagi memperdulikan semuanya... serupa sahaja dgn Zahid... tentang betapa dia memperbodohkan diri sendiri.
Malah...ini adalah kelakuan biasa stay normal diantara mereka2 semua....janji 'Hati Boss' mesti rasa aman...mesti dijaga selalu.
Yang sahihnya... org2 spt mereka ini.... tiada lagi rasa gusar... segan...malu...bersalah...berdosa dsb....asalkan dimata Mappadullung dlm kontek ini.. mereka telah melakukan yg terbaik kunon' untuk mempertahankan dia.
Tidal dijadikan.. mata dan telinga Mappadullung sngat penting bagi mereka2 ini.
hingga maruah diri...haram halal.... dosa pahala dsb bukan lagi jadi persoalan.
Demikian juga dgn pandangan rakyat ramai... mahu pun ahli2 Parti ....atau rasahati mereka sendiri...semua itu tidak penting lagi.
Janji....hati Mappadullung mesti rasa puas..lega dan senang dgn mereka....hata dedak yg ditabur dan ditelan itu berbaloi.
Semua 2x5 sahaja.
Betulah bila org kata... .."bila ikan itu busuk...ia bermula dari kepala".
Saya cuma nak tahu, adakah Zahid Hamidi jumpa Tun Det,
ReplyDeletelepas 10 hari dilantik TPM.........????
Tun kata, ADA.
Wak Jahit pun mengkau, ADA. Siap cerita, dia ada buat
rakaman perbualan dia dengan Tun Det.
Jadi, bila this Merican fello Naina & Ahmad Jazlan kata,
Zahid takda jumpa Tun, tak ke heran bin ajaib....???
Ampunya diri kata ada, saksi kata, takda!
Adakah Wak Jahid JALU masa dia datang jumpa Tun Det...???
Nampak naw orang-orang UMNO dah gelabah.
Semuanya JALUuuuuuu..............HAHAHA.
ReplyDeleteJika benar Zahid begitu setia kepada Najib, kenapa perlu berjumpa Dr Mahathir, yang boleh dilihat bekerja dengan pembangkang?
Jika Zahid begitu setia kepada Najib, Zahid sepatutnya berjumpa semua ketua bahagian Umno untuk mengukuhkan ketuanya. Satu dunia mengetahui Dr Mahathir sedang bekerja siang malam untuk menjatuhkan Najib dan mustahil seorang TPM baru yang 10 hari ketika itu tidak mengetahuinya.
Baru-baru ini, presiden Umno mempertahankan timbalannya di Shah Alam, di mana Najib berkata mereka berdua berkawan sejak 1986 dan saling percaya akan kesetiaan masing-masing.
Perkara ini mungkin memberi sedikit nafas lega kepada Zahid. Tetapi yang pastinya, menteri tugas-tugas khas sedang tersenyum lebar dengan drama sensasi yang sedang berlangsung ini.
Mana mungkin dengan hati ikhlas seorang ketua mahu terus bersama dan mempertahankan seorang individu yang berjumpa musuhnya untuk meminta “simpati” bagi menggantikan kerusi yang disandangnya.
Zahid masih ada ruang untuk membersihkan namanya daripada perkara yang dikatakan Dr Mahathir, iaitu dengan menyiarkan rakaman perbualan dengan Dr Mahathir dan biarlah rakyat menilainya sendiri.
Zahid punyai peluang terbaik untuk meyakinkan tuannya yang beliau memang tidak meminta simpati untuk menjatuhkannya, bahkan seorang yang setia kepada tuannya. Peluang ini juga harus digunakan Zahid untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Umno dan terutama kerusi nombor dua itu.
Ini juga akan sekaligus menutup mulut Dr Mahathir. Tetapi, jika dalam rakaman tersebut ada perbualan meminta simpati, maka rakyat Malaysia mungkin akan mendapat seorang TPM baru sama ada dalam masa terdekat ataupun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 jika BN terus memerintah negara ini.
Dan Zahid juga akan tergolong dalam kumpulan bekas TPM yang tewas di tengah jalan.
1. " Saya ada bukti gred A Mohamad Sabu adalah seorang pengikut Syiah.."
ReplyDelete2. "Duit dalam akaun Najib adalah derma dari Pak Arab. Saya dah jumpa penderma tu.."
3. "Saya jumpa dengan Tun Mahathir selepas 10 hari saya jadi TPM dengan restu Najib. Saya tak bincang nak guling Najib. Saya ada rakaman perbualan tersebut.."
Datuk,
ReplyDelete"Alasan Reezal bahawa dakwaan Dr Mahathir itu bohong ialah kerana dia (Reezal) bersama (Datuk) Nur Jazlan Mohamed Rahmat pernah dipanggil oleh Zahid untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Presiden Parti."
- Reezal, aku percaya apa yang kau katakan itu adalah benar.
- Kejujuran dan kebaikan kamu menolong orang Palestin di Gaza pakai duit Tabung Haji sangat baik sekali dan harus dapat pujian.
- Tepi kau tau2 saja la kan, bila itu orang2 kampung di Kinabatangan yang dilanda banjir tidak dapat air botol dari Tabung Haji...orang2 si Bung Mokhtar tertanya2...durang hairan kenapa itu harga bekalan air botol yang dihantar ke Gaza walaupun mahal (sampai RM5 per 1.5 litre?) kau sanggup juga hantar, tetapi tiada ke Kinabatangan?
Durang bilang air botol di Sabah lagi murah ba.
Bung Mokhtar kadang2 mulut dia memang lebih laju daripada otak dia, jadi kamu explain la ba sama dia dan orang2 dia.
Durang tidak mau kau angkat itu Sumpah Laknat pasal air botol.
- Nasib juga aku minum air hujan dalam perigi. Barangkali sedap baitu air botol dari Tabung Haji?...besar itu berakat dia kan?
- Macam juga kau Reezal, kami rasa2 pun itu dakwaan Tun macam dia bohong ba.
Ehmmm... fikir-fikir balik... jika benar Zahid sekeluarga 'berhijrah' ke Malaysia dalam tahun 1965, saya berpendapat, bapa Zahid amat berani. Ketika itu, antara 1962 ~ 1966, Malaysia & Indonesia berkonfrontasi.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDelete" Najib sendiri berkata keris sudah diasah dan memerintahkan askar siber Umno supaya “attack, attack, attack”. Silap-silap Zahid yang jadi sasaran serangan mereka."
- Kata2 Najib bukan semua bolih pakai ...selalu cakap membelakangi fakta...atau suka membohong
- Datuk suka yang ini..."Saya (Najib) ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang,”
Malas la saya mau komen.
- Entah la kalau keris Bugis sejenis senjata yang "diasah".
- Setahu aku keris "diasap" saja seperti kata Datuk...itu pun waktu malam jumaat dengan bara api asap kemanyan...gosok dengan limau nipis...sarung balik...lilit dengan kain kuning...letak atas pintu.
Belum pula aku nampak keris "diasah" pakai batu asah sebab keris ini sejenis senjata untuk menikam orang bukan macam Katana.
- Orang2 Melayu UMNO dan askar Melayu siber UMNO bukan kisah pasal "details" sebab mata, telinga dan hidung mereka sudah kena sumbat sejenis "dedak"...satu keadah baru dipanggil "fulus".
- Melayu UMNO pentingkan 'fulus', "Tuhan" mereka. Itu la rahsia Melayu UMNO sebenar.
- Kerana ada 3 juta Melayu dalam UMNO, maka kita bolih buat satu kesimpulan bahawa semua orang Melayu bertuhankan "Fulus", tanpa pengecualian.
- Macam juga Syiah, Wahabbi, Ahmadiyah, Qadiani, Salafi dsbnya...Islam Wassatiyah ini ialah pegangan baru yang di pelopori olih Imam Besar mereka...Junjungan Mulia, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
- Akidah mereka adalah "Cash is King".
- Umat mereka termasuk ulama2 PAS, bersatu dibawah panji2 "1Malaysia".
- Sahadah orang2 Islam Wassatiyah..."Aku mengaku tiada tuhan yang aku sembah melainkan Fulus, dan Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, itu adalah PesuruhNya"
- Salah satu ciri2 orang Islam Wassatiyah:
= membohong itu wajib.
= 'tidak tau malu' itu adalah sifat budaya bangsa yang baru.
= bersumpah2 itu hukumnya halal.
= mencuri hak orang lain untuk menyusun semula sistem ekonomi negara.
= mendirikan Kerajaan Islam Kleptocracy yang Pertama di dunia.
- Goodbye "Malaysia"!
Datuk,
ReplyDelete"Yang tersenyum lebar adalah musuh-musuh politik beliau dalam Umno. Rasanya mereka sedang mengasapkan keris untuk menikam beliau dari belakang."
- ini dia statement yang tepat dan betul...meng'asap'kan keris, bukan meng'asah' keris.
- Datuk AKJ ni memang konfirm Melayu sebab dia tau rahsia Melayu.
- Tak usah la pamerkan Sijil Kelahiran Datuk.
- Keris senjata Melayu untuk menikam lawan dari depan...itu tanda berani, lawan musuh berhadapan...tetapi, kalau keris digunakan menikam dari belakang, habis cerita...itu la halusnya bahasa Melayu.
- Begitu juga halusnya bahasa Arab AlQuran...ada yang senang difaham dan ada yang susah diterjemahkan macam ayat Datuk diatas.
- Terjemahan mesti bersandarkan budaya bangsa itu.
- Itu la sampai saat ini, aku masih tidak faham kenapa ulama2 PAS bolih meng'halal'kan perbuatan2 yang haram seperti mencuri dan pecah amanah...sedangkan orang kafir sendiri pun kata perbuatan itu salah dari hukum manusia biasa.
- Islam itu senang.
- Tetapi, kalau dicampur aduk dengan politik yang tidak masuk akal manusia macam politik PAS, Islam akan jadi senjata yang lagi bahaya dari keris.
- Bila Islam dijadikan komoditi seperti barangan yang bolih dijualbeli di pasaran terbuka dengan slogan2 bodoh macam Wassatiyah, Hadhiri...orang Islam yang akan rugi...salah satunya sifat bersumpah sumpah untuk mempertahankan diri dan menjatuhkan orang lain, sedangkan itu bukan ajaran Islam, tetapi sifat2 orang Arab Jahiliyah yang mau diubah dengan turunnya AlQuran.
- Begitu jahilnya UMNO................dan, ulama2 PAS.
Sallam Dato’
ReplyDeleteSaya kopipes komen di internet yang saya terbaca, saya rasa menarik, komen berbunyi,
(Saya tak letak nama sebab yang komen guna anonymous). Komennya,
“UMNO is a party of the kampong fellers, by the kampong fellers and for the kampong fellers”
Terjemahannya,
UMNO adalah parti kampong, dari orang kampong dan untuk orang kampong.
Saya rasa pengamatan ini agak betul juga.
Sebab itulah Wak Jahid membawa cerita seperti IC Tun M tak ada "Bin" dan nama bapaknya diganti dengan nama Toknya atau pun katanya Tun M selepas guna madu, buang sepahnya.
Cerita macam ini memang bukanlah dari mentaliti orang berbudaya ilmu.
Wak Jahid nampaknya panik juga apabila Tun M kata beliau jumpa dengan Tun M.
Saya setuju dengan DAKJ, kalaulah perjuangan adalah untuk dedak, maka dia sama dia akan bertelingkah sama sendiri juga.
ReplyDeleteDear DS Najib Razak Prime Minister of Malaysia.
I want you to know and realise that many of your friends and former loyalists in UMNO are losing trust and respect in your leadership to lead this BN government until PRU14.
Like many of my friends and contemporaries, including former Malaysian Ambassadors as well as retired former Ambassadors and High Commissioners from many countries have posted interesting but damaging articles about you, your family and your political partners in crime. It's already public information and nothing to hide.
As a friend of many decades and with my former official interactions with you, some of your Cabinet Ministers as well as retired notable senior government officers, I feel necessary to post this letter on my timeline for public information as it's with political interest. I have no political or other ill intention to discredit you, though we are not on equal terms in politics and more so we are now confronted by different political views and opinions.
Having said that, I have never sought any favours from you and neither from Tun Hussein, Tun Mahathir or Tun Abdullah Ahmad Badawi as I remain a loyal and respectable retired Malaysian Diplomat. I believe that I have served the nation and country well, when I was awarded A.M.N. a distinguished Federal Award from the Agong on my retirement from government in November 1998. Thank you and I am proud of this personal recognition from the government.
In a nutshell, it's not about myself though I may have a passion for politics of this beloved country.
However, today I am saddened that under your administration, the nation and country is slowly losing respect from our fellow citizens and from the international community. I believe you are doing well since you took over the coveted PM chair in Putrajaya, but unfortunately your integrity is now being questioned not only by your political opponents led by Tun Mahathir in Pakatan Harapan.
Most of your friends have already dumped UMNO and join PPBM, PKR, Amanah and DAP too. It's not they don't like you and your performance as PM but as I have pointed out earlier your credibility has been questioned.
In a nutshell, unless you clarify your personal involvement in the hot issue of 1MDB and other related fishy investments and the cash deposit of RM2.6 billion or more in your personal account, you are being condemned not only in Malaysia but also a number of countries including US, Australia, France and UK. Obviously your integrity has been badly tainted and you need to redeem yourself.
Sir, I am 74 years old and have been in politics since the early 1960s before you were born. I remember helping Tun Hussein in the political platform in GE 1978 through my secondment to PMO (P&C) from Wisma Putra on my return from Pakistan.
Needless to say, I am now embarrassed to be in UMNO and most of my friends previously holding party positions have resigned from the party due to your political crisis and the rampant corruption by your Cabinet Ministers and senior government officers.
I believe MACC is doing a good job but double standards as no corrupted Ministers have been arrested. The people are slowly loosing faith and confidence in MACC for their double standards and persecution.
Sir, the pressure is for you to resign immediately without recourse and let whoever is your successor to continue administering this government until the next general election expected to be called not later than mid 2018.
Dato' Mustapha Ong
No. Ahli UMNO: 01059465
Former Deputy Chairman (2006-2009)
Veteran UMNO Federal Territory (WP)
Kuala Lumpur.