A Kadir Jasin
SEKADAR bertanya. Bertanya tidak salah. Tidak boleh
dikenakan saman malu.
Jadi izinkan saya bertanya beberapa soalan. Manalah tahu
ada orang yang tahu mahu jawapannya.
1.Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan
Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian
merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan
Presiden Umno, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi?
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
2. Apakah benar Presiden PAS, Tuan Guru (Datuk Seri)
Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinat yang Perdana
Menteri, (Datuk Seri I
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib
Abdul Razak, tidak percaya?
3. Apakah benar duit
yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya
kosmatik) tetapi rugi?
4. Apakah benar Ketua
Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang
peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?
Khairy (kiri) "dilucutkan" peranan dalam TN50? |
5. Apakah benar berlaku
keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow
pun tidak diendahkan?
6. Apakah benar sebuah
GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal
menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan
Bumiputera?
Banyak rakyat jelata hendak
tahu kerana soalan-soalan di atas adalah renspons saya kepada soalan yang mereka
tujukan kepada saya.
Wallahuaklam.