A Kadir Jasin
ONE Belt One Road (satu kawasan satu laluan) atau
singkatannya OBOR memberikan China raison d’être (alasan) untuk mengeksport politik, ekonomi dan kekuatan ketenteraannya tanpa
menakutkan dunia.
Tahun 2013 Perdana Menteri melancarkan projek pembesaran Pelabuhan Kuantan |
Ia adalah cetusan ilham
pemimpin agung Cina, Xi Jinping pada tahun 2013 di mana segala-gala bermula di
Beijing. Dalam erti kata lain, Beijing menjadi ibu kota dunia yang baru.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
OBOR adalah anjakan
kepada dasar keterbukaan yang diperkenalkan oleh mendiang Deng Xiao Peng. Deng
mengakui kesilapan ideologi dan dasar era Mao Tze Dong di mana angka rasmi
mengatakan 20 juta rakyat China mati kebuluran. Tetapi ada
anggaran ilmiah mengatakan jumlah kematian mencapai 45 juta.
Cara paling mudah bagi kita memahami dasar dan rancangan OBOR adalah dengan memahami pembelian 49.9
peratus saham Proton oleh Geeley, pembelian penjana elektrik bebas (IPP) milik
1MDB oleh China Nuclear, pembinaan pelabuhan laut dalam dan zon industri China di
Kuantan, cadangan pembinaan pelabuhan laut dalam di Melaka, projek Landasan
Kereta Api Pantai Timur (ECRL), projek hartanah raksasa di Iskandar Malaysia dan
penjualan kelengkapan perang China kepada Malaysia.
Semua urus niaga dan projek di atas adalah sebahagian daripada OBOR yang terasnya adalah pembangunan infrastruktur dan pengangkutan.
Semua urus niaga dan projek di atas adalah sebahagian daripada OBOR yang terasnya adalah pembangunan infrastruktur dan pengangkutan.
China tidak ada pilihan
melainkan mengembangkan pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraannya ke luar
negara kerana ia tidak lagi boleh berdiri bersendirian.
Walaupun China cuba
mengawal bilangan penduduknya dengan mengamalkan dasar sebuah keluarga seorang anak,
namun bumi China tidak tetap tidak mampu menampung pertumbuhan itu.
China terpaksa memandang melepasi sempadannya dan ia kini cukup yakin bahawa perkembangan ekonominya serta perluasan ke luar negara membolehkannya menggugurkan dasar sebuah keluarga seorang anak mulai tahun 2015.
Dengan penduduk kira-kira 1.35 bilion, China menampung sekitar 22 peratus penduduk dunia tetapi mempunyai hanya kira-kira 10 peratus sahaja tanah pertanian. Sebab itulah China amat terdedak kepada masalah kekurangan makanan.
Ketidakseimbangan ini menjadi semakin buruk kerana masyarakat China menjadi semakin makmur dan memerlukan lebih banyak makanan serta bahan-bahan mentah industri.
Dengan penduduk kira-kira 1.35 bilion, China menampung sekitar 22 peratus penduduk dunia tetapi mempunyai hanya kira-kira 10 peratus sahaja tanah pertanian. Sebab itulah China amat terdedak kepada masalah kekurangan makanan.
Ketidakseimbangan ini menjadi semakin buruk kerana masyarakat China menjadi semakin makmur dan memerlukan lebih banyak makanan serta bahan-bahan mentah industri.
Kadar kelahiran meningkat dan jangka hayat semakin panjang tetapi
tanah pertanian menjadi semakin sempit akibat kemusnahan alam sekitar dan
kemaraan padang pasir.
Tahun lalu penduduk
China meningkat 7.9 peratus atau 17.86 juta orang hasil penarikan balik dasar
sebuah keluarga seorang anak manakala kawasan seluas Melaka dan Pulau
Pinang ditelan padang pasir setiap tahun.
Jadi China tidak ada pilihan selain daripada meluaskan wilayah kepentingan ekonomi melapasi sempadannya dan mengeksport penduduknya secara
sementara atau kekal.
Rajyat China kini merantau hingga ke Afrika untuk berniaga |
Malaysia Di Mata Naga
Walaupun OBOR meliputi
benua Asia, Eropah dan Afrika, namun tidak ada negara yang lebih strategik di dalam
pelaksanaannya daripada negara kita Malaysia.
Ini adalah kerana Malaysia relevan dan penting dalam kedua-dua laluan OBOR, iaitu jalan sutera darat (Silk Road) dan jalan laut (Silk Road of the Sea). Oleh sebab itulah projek-projek OBOR di Malaysia merangkumi laut dan darat.
Ini adalah kerana Malaysia relevan dan penting dalam kedua-dua laluan OBOR, iaitu jalan sutera darat (Silk Road) dan jalan laut (Silk Road of the Sea). Oleh sebab itulah projek-projek OBOR di Malaysia merangkumi laut dan darat.
Kedudukan Malaysia yang
strategik di antara Laut China Selatan dan Lautan Hindi menjadikannya faktor
wajib kalau OBOR hendak dijayakan. Jadi tidak hairanlah
kalau China begitu beria-ia dan murah hati membiayai projek-projek prasarana
laut dan darat di Malaysia.
Dengan mengawal Selat
Melaka, China boleh mengawal pergerakan perdagangan di Laut China Selatan,
Lautan Hindi dan mengembangkan layar armadanya ke seluruh dunia.
Misalnya, pelabuhan
milik bersama Malaysia-China di Kuantan boleh menjadi pelabuhan terakhir dalam rangkaian pertahanan
pulau yang sedang dimajukan oleh China. Kuantan boleh menjadi pangkalan hadapan (forward base) dalam pertahanan
lautnya.
Konsesi 30 tahun pelaburan tambahan Kuantan dimiliki Malaysia-China |
Untuk menguasai Lautan Hindi, China bercadang membina sebuah pelabuhan air
dalam di Melaka – negeri yang menjadi persinggahan utama Laksamana Zheng He
(Cheng Ho) pada abad ke-15 (di antara 1406 dengan 1433).
Melaka dipilih bukan
sahaja kerana faktor sentimental lawatan Xheng He tetapi juga kerana di situlah Selat Melaka paling sempit. Dalam masa krisis, sekatan boleh didirikan
dengan mudah bagi mencekik perkapalan melalui Selat Melaka.
Walaupun OBOR dipromosikan sebagai kerjasama ekonomi berskala besar namun ia tidak mengabaikan aspek ideologi. China adalah penghulu ideologi komunisme pasca keruntuhan Empayar Soviet.
Sekarang China adalah pemacu utama ideologi komunis. Kuasa mutakhir di China adalah Parti Komunis China (PKC). Semua dasar dan perancangan dilakukan oleh PKC melalui biro politik (politbiro) dan disahkan oleh Kongres Rakyat.
Instrumen kuasa PKC pula adalah Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). Ia adalah pasukan tempur terbesar dunia dengan kira-kira dua juta anggota.
Walaupun OBOR dipromosikan sebagai kerjasama ekonomi berskala besar namun ia tidak mengabaikan aspek ideologi. China adalah penghulu ideologi komunisme pasca keruntuhan Empayar Soviet.
Sekarang China adalah pemacu utama ideologi komunis. Kuasa mutakhir di China adalah Parti Komunis China (PKC). Semua dasar dan perancangan dilakukan oleh PKC melalui biro politik (politbiro) dan disahkan oleh Kongres Rakyat.
Instrumen kuasa PKC pula adalah Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). Ia adalah pasukan tempur terbesar dunia dengan kira-kira dua juta anggota.
Secara tidak disedari
penyusupan ideologi ini telah pun bermula apabila PKC menandatangani perjanjian
kerjasama dengan MCA tahun lalu dan tahun ini Umno pula dijemput untuk berucap
di kongres PKC di Beijing.
PKC memuji sumbangan Umno dalam menjayakan OBOR. Ini adalah perkembangan
yang cukup sensasi kerana selama lebih 40 tahun PKC menjadi penyokong tegar kepada
fahaman komunis di Tanah Melayu dan pemberontakan bersenjata Parti Komunis
Malaya (PKM) (1948-1989).
Pengaruh luar biasa China terhadap Putrajaya dikhuatiri akan mengganggu gugat politik domestik Malaysia. Ini diperkukuhkan oleh kenyataan bekas Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang semasa mengunjungi Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor baru-baru ini.
Pengaruh luar biasa China terhadap Putrajaya dikhuatiri akan mengganggu gugat politik domestik Malaysia. Ini diperkukuhkan oleh kenyataan bekas Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang semasa mengunjungi Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor baru-baru ini.
Adnan Mansor (kanan) bersama bekas Duta China Huang Huikang |
Katanya PKC melihat Umno
dan Barisan Nasional bukan hanya sekadar rakan dalam jalinan parti politik
tetapi juga sebagai sahabat serantau merentasi hubungan politik.
Kenyataan
partisan ini amat membimbangkan kerana jelas PKC tidak berkecuali lagi dalam bidang politik
Malaysia.
Malah sudah ada laporan dan analisis media serantau yang mengatakan perhubungan akrab dan pergantungan
Pentadbiran Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, kepada China akan
mempengaruhi pilihan raya umum akan datang.
Naga Lapar
Tidak ada negara di
dunia yang boleh menolak atau mengetepikan peranan China dalam segala bidang.
Hatta Amerika pun kini banyak bergantung kepada China.
Ini tidak menghairankan
kerana selepas Amerika, China adalah kuasa ekonomi terbesar dunia.
Namun persoalannya, apakah kita menjadi rakan perdagangan yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti yang menjadi dasar kita sebelum ini atau kita melutut menjadi hamba kepada China?
Namun persoalannya, apakah kita menjadi rakan perdagangan yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti yang menjadi dasar kita sebelum ini atau kita melutut menjadi hamba kepada China?
Kita boleh berniaga
dengan mana-mana negara pun tanpa mengorbankan kedaulatan dan keselamatan kita.
Tetapi kalau kita menyerah kepada hegemoni kuasa besar, khususnya China, kita janganlah kecewa jika suatu hari nanti kita menjadi negara hamba (slave nation).
Pergantungan yang
melampau kepada China telah pun menyebabkan beberapa buah negara di Asia dan
Afrika ‘tertakluk” atau menanggung beban hutang yang teruk.
Awal tahun ini Zimbabwe
menerima pakai mata wang China yuan sebagai mata wang nasional semata-mata
untuk mendapat potongan hutang AS$40 juta (kira-kira RM172 juta).
Di Asia pula Sri Lanka
tidak lagi mampu membayar balik hutang kadar tinggi kepada China untuk membina pelabuhan
dan lapangan terbang yang kekurangan pelanggan.
Kontraktor projek-projek ini
adalah China. Akibatnya Sri Langka terjerumus ke dalam perangkap hutang.
Aliran di negara kita
pun tidak banyak berbeza. Pinjaman diperoleh dari China pada kadar tinggi
(kadar pasaran). Projek-projek dibina oleh kontraktor dari negara China yang membawa masuk pekerja China. Di pihak yang lain pula kelestarian (sustainability) projek China tidak begitu meyakinkan.
China akan
memberikan dan membiayai apa yang kerajaan Malaysia perlukan kerana kalau kita
tidak dapat bayar balik hutang, China akan ambil alih projek-projek itu dan
dengan itu ia dapat bertapak secara kekal di negara kita.
Wallahuaklam.
Datuk,
ReplyDeleteSuatu tulisan yang paling baik sekali dan mudah untuk difahami.
Salam.
ReplyDeleteNegara kita seolah tergadai kepada China tanpa terduga.
Kemusnahan dari segi ekonomi dengan hutang keliling pinggang dan mencocok sehingga tertinggi di dalam sejarah Malaysia adalah kerana kurang cerdiknya kepimpinan dato Seri Mappadulung Najib dan barisan Yesman dia yg rakus dan tamak.
Kenapa harus disokong lagi rejim Najib Razak ini yg berterusan mengeluarkan data data palsu konon nya ekonomi adalah baik dan Rakyat tidak susah sebenarnya.
Marilah bersatu adu menentang UMNO ini yg sebenarnya kini telah hilang asas perjuangan dan hala tuju.
Apa yang Negara China dapat seperti yg ditulis oleh Dato itu sebenarnya akan memberi laluan kepada mereka untuk berada di bumi kita melebihi 150 tahun.
Beranikah kita mengusir mereka ...? Hendak harap kepada Najib Razak, Hisshammuddin, Zahid dan Mustapha Mohamad ka? Jauh panggang dari api.
Kepimpinan baru yang lebih cerdik perlu lah di cari sekarang dan mencari jalan bijak untuk mengusir penjajahan ekonomi oleh Negara China.
Wallahualam.
Salam dari seberang,Beberapa bulan yg lalu saya pernah berjumpa dgn Tun Mahathir diKuala Lumpur(2 kali pertemuan).Kami berdua berbicara soal apa yang Dato'paparkan di Blog.Pada penilaian saya Pemerintah Indonesia melalaui TNI(Tentera Nasional Republik Indonesia)ambil maklumkan akan hal tersebut,ini kerana Malaysia dan Indonesia berkongsi sempadan perairan.Saya juga maklumkan pada Tun setelah beliau minta pandangan saya dari kaca mata Indonesia.Indonesia saperti mana juga Negara lain,alukan/Welcome FDI saperti RRC.Tapi Indonesia menghadkan bahawa FDI tidak boleh mendominasi sesuatu projek kepentingan Negara.Hanya Excecutive/Technical personel saja yang diizin bekerja di Indonesia DAN itu juga terhad.Yang lain diwajibkan warganegara Indonesia.Beberapa perusahan RRC hanya diizinkan memiliki maksima 65% stake holding dalam sesuatu perusahaan PMA/Penanaman Modal Asing dan yang pasti DIRUT/Direktor Utama dan Komisaris/Executive Chairman diwajibkan warga negara Indonesia.Salam dari seberang(Malaysian Diaspora)
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
ReplyDeleteAwai2 aku nak mintak maghap kad hang masaalah matematik ni.
Hang nulih rakyat China bertambah ..." Tahun lalu penduduk China meningkat 7.9 peratus atau 17.86 juta orang hasil penarikan balik dasar sebuah keluarga seorang anak... "
Aku congak pi congak mai, kalu tambah 1% saja (atau 135,000,000,000/100), jumlah tambahan adalah 1,350,000,000 jiwa (dgn andaian rakyat yg hang
buboh seramai 135,000,000,000 jiwa).
Jadi kalu betambah 17,860,000 jiwa macam hang nulih tu, takkan jangkau 7.9 peratuih kod.
Teruih terang aku nak habag mai, aku tak la tera mana bab ilmu hisab ni, tapi aku rasa ada yg tak kena ni....aku tengok sumber lain, macam Wikipedia, depa habag mai petambahan penduduk Tong San dlm linkongan 0.46 % saja untok tahun 2016.
Tak tau laa kod aku salah baca ka....
Sekali lagi, maghap no.
Aku
Tuan Aku.
Delete1.35 biliyun .. 1,350,000,000.
Naik 10% .. naik 135,000,000.
Jadi 17,860,000 barapa % tu.
Lebih sikit 1% drp 1.35 biliyun tak gitu.
ReplyDeleteSalam Dato,
apakah ini yang dimaksudkan campur tangan kuasa asing halalan toyyiban oleh Tuang Punasihat MO1???
Penjajahan Alaf Baru
ReplyDeleteMelayu barangkali tinggal nama saja di Keretapi Tanah Melayu
Segalanya Mungkin
Saya kira ia nya satu "PEMBERITAAN" yang menyayat hati sekira nya ia di terus kan. Masa depan anak cucu kita sudah tentu menjadi gelap. Apa yang kerap di war war kan oleh UMNO/BN bahawa kalau mereka kalah DAP akan memerintah Negara ini. Sebenar nya bukan DAP tetapi akan di kuasai oleh Negara Komunis Cina.
ReplyDeleteApa yang di alami oleh Negara Negara yang berhutang dengan Negara Komunis Cina ini ada lah benar, kerana beberapa video melalui U-Tube telah pun saya tontoni. Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi di Forest City!!! yang di bangai okeh segelintir manusia.
Di harap kan di PRU 14, rakyat Malaysia jangan alpa untuk memberi undi kepada "PAKATAN HARAPAN" itu pun kalau mereka tidak mahu generasi akan datang menjadi "HAMBA & PELARIAN" di Negara sendiri.
Russia tlh d syaki membantu Looney Trump menewaskan Clinton. CIA,FBI n DOJ sedang menyiapkan laporan utk d bentang kpd Congress.
ReplyDeletejika terdpt bukti yg cukup, kemungkinan besar tindakan kemakzulan (impeachment) akan d ambil.
saya tidak heran jika Negara Tiongkok akan menawarkan 'bantuan' kpd UMNO/BN (najib/rosmah)dlm PRU14 kelak. dlm keadaan terdesak, Najib bias saja menerima nya. tanda 2 nya sudah bolih kita lihat.
persoalan nya ia lah 'at what price'?
Gen Gatot Nurmantyo, Panglima Tertinggi Tentera Nasional Indonesia tlh dgn lantang mengingatkan rejim Pres Jokowi tentang BAHAYA ini.
Masih tidak terlewat bagi kita menyekat ia nya drpd berlaku dgn cara menolak Rosmah/Najib n UMNO/BN secara total.
jika tidak, kemungkinan besar Malaysia dijadikan 'vassal state' akan menjadi kenyataan.
'BERWASPADA' !!!
Saudara Rahman.pada pandangan saya TNI tidak boleh masuk campur dulu urusan RRC dan Malaysia dalam soal pembangunan dan pelaburan 'Massive'RRC di Malaysia pada ketika ini.Tapi pada ketika pelabuhan(yg pada pandangan saya,jika kedalaman 16 meter lebih itu harus dipersoalkan)maksud saya belum kelihatan di 'mata'pemerintah Indonesia ada ancaman ketika ini.Pihak2 di Malaysialah sendiri yg harus protes(campur tangan Indonesia belum perlu)tapi saya dapat merasakan telah ada pertanyaan dari Indonesia secara tidak resmi.
Delete
ReplyDeletegeng wala'un berfatwa...asal ada imbuhan dedak, segala gala nya bisa diaturrrr.
hujah halalan toyyiban akan dibentangkan oleh Tuang punasihat MO1.
Semakin hari semakin malu nak mengaku org melayu.
ReplyDeleteIt's time a hurricane is named Rosmah Mansor or RM. Like all hurricanes....RM is also vicious & destructive. But RM is worse because the destructions wrought by her are profound, massive and long term.
ReplyDeleteSallam Dato’
ReplyDeletePada pahaman saya OBOR ini secara mudah adalah pembesaran laluan dagangan laut dan darat ke negara Cina.
Ibaratnya, jalan 1 hala menjadi 6 hala.
Sebenarnya Malaysia boleh berhubung dengan China kedua-dua sekali iaitu jalan darat dan laut.
Kita boleh bayangkan 20 tahun lagi, akan ada keretapi laju dari KL ke Kunming China yang jaraknya 2500km. Keratapi laju bergerak 400km/j oleh itu mengambil masa 6 jam dari KL ke negara China.
Ramailah nanti orang dari Negara China akan ziarah ke Malaysia. Sekarang ini pun sudah ramai.
Negara China tidak dinafikan adalah satu kuasa besar.
Kalau kita pergi ke pasaraya Tesco, Jaya Jusco, lebih 50% barangan yang dijual selain dari barangan makanan adalah datang dari negara China.
Sekarang ini, perniagaan di internet yang paling popular adalah Lazada.Sudah ramai rakyat Malaysia menggunakan Lazada. Lazada setahu saya dipunyai oleh syarikat negara China.
Negara China berkata, OBOR ini adalah untuk faedah bersama. Tapi, bolehkan kita percaya kepada negara Kominis China?
Dengan kekuatan negara China yang begitu besar, dari segi ekonomi, ketenteraan, ilmu Sains dan Teknologi, dengan keadaan kita pula berhutang dengan negara China, apakah hubungan kita negara China akan menjamin rakyat kita mendapat manfaat atau sebaliknya.
Ramai juga orang yang mempersoalkan, apa jaminan negara China yang begitu besar pengaruhnya di dunia tidak masuk campur dalam urusan politik negara yang terlibat dengan OBOR.
En Panglimo Potaseh,
ReplyDeleteTerima kasih pasai tegoran ataih komen saya bekenaan 'coretan' Kadiag tentang kadag peningkatan penduduk negeri China,
terutama ataih silap saya zahiagkan 1.35 bilion sebagai 135,000,000,000 padahai yg betoinya ialah 1,350,000,000.
Munkin sebabnya kesilapan ini ialah magna dlm basa inggerih inggerih lain dari magna dlm basa inggerih Amerika,
yg lebih kerap diguna laa ni. Tapi ni bukan 'excuse', saya sepatutnya lebih teliti.
Saya kopipes..." Billion definition, a cardinal number represented in the U.S. by 1 followed by 9 zeros, and in Great Britain by 1 followed by 12 zeros. ... Collins English Dictionary - Complete & Unabridged 2012 Digital Edition."
Sabit dgn tulihsan Kadiag, saya ulang kopipes...." Tahun lalu penduduk China meningkat 7.9 peratus atau 17.86 juta orang hasil penarikan balik dasar sebuah keluarga seorang anak... "
Saya agak munkin Kadiag dapat maklumat dia dari NBC..." The easing of the one-child policy, which was amended in early 2016 to allow all Chinese families to have two children, helped push the number of births in the country to 17.86 million in 2016, an increase of 7.9 percent over 2015, according to state media reports citing China's National Health and Family Planning Commission. The figure was the highest since 2000."
Munkin Kadiag maksudkan peningkatan kelahiran( lahiag hidup ), bukan peningkatan penduduk. Yg saya tau peningkatan penduduk kena ambik kira
jumlah penduduk yg padam, yg hijrah dll. Tong San seperti banyak negeri2 yg setabil behadap dgn kecutan atau susut jumlah penduduk yg munkin
cetuih dasag.benagkan dua anak dlm satu keluarga kaum Han.
Sekali lagi terima kasih En Panglimo Potaseh no
dan jugak pada Kadiag, tuan empunya blog.
ReplyDeletesyaitan sedang berpesta,
sijahil menipu dan berdusta,
si alim mengampu bermuka muka,
demi harta dan habuan dunia.
syaitan sedang berpesta,
si jahil bijak berpura pura,
si alim berfatwa mencaci kata nista.
halal haram sudah tidak dikira.
ya Allah selamatkanlah negara yang tercinta.
dari seberang 2:43 pm.
ReplyDeletepls do not misunderstand me.
gen gatot was talking abt d dangers 2 Indonesia n not 2 Malaysia.
tq
China is bad news. PH needs to win and withdraw from all engagements with China. Note: PH is the lesser evil.
ReplyDeleteRead this --http://www.breitbart.com/national-security/2017/10/19/tillerson-china-irresponsible-predatory-dumping-enormous-levels-debt-developing-nations/
Add: All reported news about DJT are fake. Stop being a parrot. Start thinking for yourself.
Datuk,
ReplyDelete"China akan memberikan dan membiayai apa yang kerajaan Malaysia perlukan kerana kalau kita tidak dapat bayar balik hutang, China akan ambil alih projek-projek itu dan dengan itu ia dapat bertapak secara kekal di negara kita."
1. Kerajaan BN adalah kerajaan UMNO.
2. UMNO party 99% orang Melayu, selebihnya bumiputra.
3. Maka perangai kerajaan dan party UMNO perangai Melayu.
4. Melayu suka berhutang sebab itu memang tabiat Melayu semula jadi...azan telinga kanan, kamat telinga kiri masa lahir hanya la orang bilang ala kadar saja...no meaning.
5. Melayu kawin, hutang habis2an...jual tanah, ayam dan itik.
6. Melayu bayar sewa rumah pun berhutang juga.
7. Sebab Melayu bukan pandai bikin duit, hanya tau pakai duit.
8. Kalau pandai pakai duit, itu tidak apa la...tetapi, masaalahnya orang2 Melayu dalam UMNO lagi parah kalau dibanding dengan orang Melayu biasa diluar sana.
9. Melayu UMNO ada satu jenis penyakit...pakai duit tidak ukur baju dibadan sendiri sebab duit senang dapat...rasuah, pecah amanah dan suka berhutang....ini lah dia, yang dipanggil "service-oriented activities", suatu dasar economy Malaysia yang baru, juga dikenali sebagai "Najib-Con-Nomic".
10. Melayu sokong "Najib-Con-Nomic" sebab itu la Melayu....suka rasuah...suka pecah amanah...dan suka berhutang...masih tak percaya?...jangan tanya aku...sebab aku bukan lagi Melayu!
Ada yang panggil aku Melayu murtad...so be it!
Datuk,
ReplyDelete"Kenyataan partisan ini (kenyataan bekas Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang semasa mengunjungi Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor) amat membimbangkan kerana jelas PKC tidak berkecuali lagi dalam bidang politik Malaysia."
1. Gospel of Matthew, chapter 26, verse 52... Jesus said to one of his followers..."Return your sword to its place, for all who will take up the sword, will die by the sword."
2. (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak lead his political life by a motto "Cash is King".
3. Jangan salahkan China.
4. Jangan salahkan Parti Komunis China (PKC).
5. Jangan salahkan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
6. Apa yang mereka buat ikut selera pemimpin tempatan.
7. Apa lagi Melayu2 UMNO mau?
8. China bolih kasi semua apa saja yang Daeng Mattimung mau...Datuk bolih kasi apa?
9. Kalau aqidah politik Daeng Mattimung adalah duit...itu satu perkara yang kecil la Datuk bagi orang China.
10. Berapa lama sejarah Melayu Datuk, kalau kita nak banding dengan sejarah tamadun besar China dan tamadun bangsa Arab/Yahudi?
Sejarah "Malaysia"?
Hahahahahahaha...kesian!...
Datuk,
ReplyDelete" ONE Belt One Road (satu kawasan satu laluan) atau singkatannya OBOR memberikan China raison d’être (alasan) untuk mengeksport politik, ekonomi dan kekuatan ketenteraannya tanpa menakutkan dunia."
1. OBOR polisi China....hak dia.
2. Sama ada kita mau terima bulat2 atau ditapis terlebih dahulu untuk disesuaikan dalam konteks keperluan negara terpulang pada kita....itu hak kita.
3. OBOR untuk menjana peluang pekerjaan baru industry pembuatan kilang2 di China.
4. Pembangunan ekonomy Malaysia berasaskan industry pembuatan juga untuk dalam negeri dan eksport pada suatu ketika...dan, tanpa itu kita sudah tersungkur pada saat ini bila harga kommodity dan minyak sudah turun.
5. Tiba2 Karaeng Sandrobone tukar halatuju ekonomi negara...dari industry pembuatan kepada "service-oriented" yang berteraskan pembangunan hartanah...jual tanah sana sini...hutang sana sini...contohnya, walaupun 1MDB berhutang RM42 billion (mungkin sudah lebih), pekerja nya hanya 17 orang saja!!!!
6. Dengar2 ada suatu kawasan di Kuantan mengikut Tun...pagarnya tinggi 8 kaki...panjang 9km...luas kawasan 3,000 acres...semua pekerja, bahan makanan dan bahan construction dari China...siapa yang dapat untung jual tanah ini?...ini la contoh service industry yang diagung2kan olih Daeng Mattimung...INI KERJA GILA!
7. Berbillion2 hutang mau buat kereta api merentasi bumi dan hartanah Melayu...belum tau Melayu dapat kerja sebab Melayu bukan pandai cakap Mandarin...MELAYU BODOH!
8. Melayu memang bodoh...paloi!
9. Melayu bayar hutang sama orang China pakai duit sendiri titik peluh...China dapat untung...beribu pekerjaan baru di China...hanya satu keparat saja yang dapat makan!...makan rasuah!
10. Tidak Melayu hilang didunia!...alahai sedapnya lagu...
Melayu menang lagu, kampung tergadai!
Sallam Dato'
ReplyDeleteSaya suka membandingkan antara negara-negara di dunia.
Dalam berita dunia, PM Singapura melawat White House semalam.
Berbeda dengan lawatan kita, PM Singapura buat Press Conferance bersama Trump di White House.
Antara perkara yang ditimbulkan adalah soal hubungan negara China dan America.
PM singapura amat khuatir dengan pengaruh China di Asia dan mahukan Amerika menjadi pengimbang (balancing force) terhadap pengaruh Cina yang semakin besar dan kuat di Amerika.
Tahun lepas negara Cina agak marah dengan Singapura sehinggakan Singapura tidak dijemput dalam mesyuarat OBOR yang pertama di China.
Nampaknya Singapura yang penduduknya majoriti orang Cina agak khautir terhadap pengaruh negara Cina.
Kita, Malaysia yang majoritinya orang melayu nampaknya sangat yakin terhadap keikhlasan dan kesucian hati negara Kominis yang samakin berkuasa di dunia.
Datuk,
ReplyDeletewas just listening to the Joint Press Conference between Singapore PM Lee and US President Donald J. Trump in the White House’s Rose Garden. President Trump wonderfully says all there has to be said between these 2 countries
How it shows dismally what did not happen and said between Malaysia's PM Najib and President Trump in his recent unofficial visit to USA, a dreadful shame to Malaysia.
Datuk,
ReplyDeleteThanks Zed-85 9:07 AM and Shame on Malaysia 12:51 PM with regard to highlighting the Joint Press Conference between Singapore PM Lee and US President Donald J. Trump in the White House’s Rose Garden.
It can be viewed at https://www.youtube.com/watch?v=bZrE5gMZHsU
- The Most Honorable Lee Hsien loong is a First-Class Prime Minister in the World.
- Singapore is the First-Class Country in South East Asia.
- Singapore Education System is the Best in the World...First Class Education System.
- Thank you Singapore, Singaporeans and Mr. Lee Hsien Loong for making this region a stable region.
- Perhaps, one day, Singapore can help to develop Sabah's Education System to be at par with the World's Best in line with the British Education System.
- As a Sabahan, I am very proud of Singapore's banking system...and, perhaps one day, we too can integrate our financial system, using Singapore dollar as our currency.
- We too share a common territorial water...the main gateway to the Straits of Melaka.
- Singapore, Brunei and Sabah have a lot in common.