Sunday, December 24, 2017

ECRL: Hutang atau Pelaburan Bayang-Bayang Mengerikan



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

TUN DAIM Zainuddin dan sesiapa pun yang peduli mengenai kepentingan negara dan rakyat  jelata berhak mendapat kepastian mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Tumur (ECRL).

Najib meletakkan batu asas projek hutang RM55 bilion
Projek ini silap-silap boleh membebankan lagi rakyat jelata yang sudah pun terbeban selain menjejaskan kedaulatan negara.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

(Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan pula, sebagai jurucakap ekonomi kerajaan merangkap bapak kepala komunikasi strategik Barisan Nasional berhak mempertahankan modus operandi projek mercu tanda Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, itu.

Bagi saya, yang penting dan utama adalah memberi kefahaman kepada rakyat jelata dan pembayar cukai akan kesan projek itu ke atas mereka sekarang dan 30 tahun akan datang.

Daim bertanya sama ada ECRL pelaburan asing atau hutang luar negara. Kalau Daim, sebagai seorang bekas menteri kewangan, peniaga, majistret dan peguam pun keliru apatah lagi rakyat jelata.

Yang buat Daim dan rakyat jelata keliru adalah bapak-bapak kepala (bukan kepala bapak) pemerintah sendiri yang secara sengaja atau kebetulan telah mencampuradukkan pelaburan terus asing (foreign direct investment) dengan pinjaman projek (projek loan).

Maaflah kalau saya kata, jentera propaganda kerajaan sendiri nampaknya tidak faham atau keliru mengenai pembiayaan antarabangsa (international financing).

Apabila Perdana Menteri balik dari lawatan ke China pada bulan Mei lalu, peniup trompet utama beliau, Utusan Malaysia melaporkan yang Najib “meraih pelbagai peluang pelaburan dalam bidang infrastruktur untuk memajukan negara.” 

Kata kunci di sini ialah pelaburan. Utusan memetik Bernama sebagai melaporkan bahawa Najib telah menyaksikan majlis menandatangani sembilan perjanjian persefahaman antara syarikat Malaysia dan rakan niaga China yang melibatkan pelaburan dalam bidang infrastruktur kira-kira RM30 bilion.

Sebelum itu - dalam bulan April - Setiausaha Kementerian Kewangan, (Tan Sri Dr) Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata Najib akan menandatangani perjanjian untuk projek ECRL yang dijangka menelan belanja RM55 bilion serta pemberian kontrak kepada syarikat negara China untuk membina ECRL.

Jadi, sama ada kerana hendak memberi gambaran bahawa lawatan Najib ke China sangat berjaya atau cuba menyembunyikan hakikat kerajaan berhutang lagi maka garis pemisah di antara pinjaman luar negara (foreign borrowing) dengan FDI dikelabukan.

Projek ECRL ini, ikut cerita kerajaan akan menelan belanja RM55 bilion dengan 85 peratus daripadanya akan dipinjam daripada China manakala baki 15 peratus melalui pinjaman Sukuk.

Berita kerajaan berhutang lagi tentulah tidak positif kerana hutang kerajaan sudah hampir mencecah tahap maksimum (ceiling) yang kerajaan sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Terkejut dengan pertanyaan Daim itu, Abdul Rahman sebagai bapak kepala komunikasi strategik BN terpaksa mengolah jalan cerita baru.

Abdul Rahman olah jalan cerita baru
Plot barunya ialah duit RM55 bilion untuk membiayai ECRL itu adalah hutang. Kerajaan sengaja berhutang kerana mahu melabur dalam ECRL. Kerajaan tidak mahu pelabur asing memiliki ECRL.

Masuk Akal

Memang kita pun tidak mahu pelabur asing memiliki aset strategik macam kereta api apatah lagi pelabur China. Di China yang berkuasa mutlak adalah Parti Komunis China (CPC).

Malangnya hujah kerajaan tidak mahu orang asing miliki ECRL sudah tidak laku lagi kerana kerajaan sendiri telah mengkhianatinya apabila ia menjual aset strategik yang berupa Penjana Elektrik Bebas (IPP) milik Edra Global kepada China General Nuclear Power Corporation pada tahun 2015.

Arul Kanda Kandasamy nampak OK saja!
Kerajaan jual Edra Global kepada pelabur China dengan harga potongan kerana hendak menyelesaikan hutang 1MDB – beli dengan harga RM12 bilion dan jual kepada China dengan harga RM9.8 bilion. Edra Global asalnya milik 1MDB.

Ini sekali gus membuktikan yang 1MDB berhutang sangat banyak di dalam dan luar negara – melebihi RM50 bilion - yang terpaksa dibayar tidak kira hujan atau kemarau.

Maka hendak tidak hendak 1MDB terpaksa menjual hartanya dan yang ada duit dan sanggup membeli harta yang kontroversial itu adalah China.

Hutang 1MDB yang kini diambil alih oleh Kementerian Kewangan belum tentu mampu dibayar balik. Sekarang kerajaan berhutang pula RM55 bilion dari China dan sumber-sumber lain untuk membina ECRL.

ECRL Terancam

Tidak mustahil ECRL juga akan jatuh ke tangan China seperti mana Edra Global atau macam Pelabuhan Hambantota di Sri Lanka yang baru-baru ini terpaksa dipajak kepada China selama 99 tahun setelah kerajaan Sri Lanka mengalami masalah membayar balik hutang AS$8 bilion (kira-kira RM33.6 bilion) kepada China.

Dasar China adalah memberi pinjaman mudah kepada kerajaan asing dengan syarat kontrak pembinaan diberikan kepada syarikatnya, dan kalau kerajaan asing gagal bayar balik pinjaman ia akan ambil alih pemilikan projek terbabit. Itulah yang berlaku kepada Pelabuhan Hambantota.

 
Pelabuhan Hambantoto dipajak kepada China 99 tahun
Hal yang sama mungkin terjadi kepada ECRL sekiranya hutang daripada China ditakdirkan kita tidak dapat dibayar balik. ECRL mungkin terpaksa dipajak atau dijual terus kepada China.

Ironi Hutang China

Yang pelik, China juga sebenarnya tidak ada duit. China juga berhutang. Malah hutang China berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) lebih teruk daripada kita dan antara yang paling tinggi di dunia.

Cuma China ini besar. Buminya luas, rakyatnya banyak, bala tenteranya besar dan ekonominya berkembang pesat. Jadi orang percaya dan sanggup bagi hutang.

Menurut Bank for International Settlements (BIS) hutang China adalah 257 peratus daripada  KDNK tahun ini (2017) berbanding Malaysia sekitar 54 peratus. Realitinya China berhutang untuk memberi hutang.

Malah untuk projek-projek miliknya di Malaysia macam Edra Global dan beberapa buah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia ia telah dan sedang berhutang.

Julai lalu, anak syarikat Edra Global - Tadau Energy Sdn Bhd - telah berhutang dengan menjual Sukuk Hijau bernilai RM250 juta. Itu hanyalah sebahagian kecil daripada Sukuk bernilai RM5.28 bilion yang dicadangkan oleh Edra Global.

Jadi adalah tidak mustahil langsung China memberi hutang kepada kerajaan Malaysia dan memiliki projek di Malaysia melalui hutang yang mereka peroleh di Malaysia sendiri.

Maka sama ada ia pelaburan atau pinjaman, nampaknya projek-projek yang melibatkan “modal” China seperti ECRL dan Edra Global tidak mustahil menjadi projek kong kali kong – gendang kosong yang hebat bunyinya tetapi mungkin merugikan kita dan mengancam kedaulatan serta keselamatan negara.

Wallahuaklam.

21 comments:

  1. Selamat Datuk.

    Memang mengelirukan, itupun disebabkan oleh kenyataan kerajaan yang mewakili rakyat cakap berpusing-pusing. Sekejap begitu dan sekejap begini.
    Ini belum diketahui rakyat kebanyakkan kerana hal berkenaan kewangan ini memang merumitkan pemikiran rakyat kebanyakkan.

    Rakyat tak tahu bagaimana wang boleh bertambah didalam pasaran, apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan perlunya ditambah wang didalam edaran pasaran. Jawapannya , HUTANG!!!

    Menurut kamus dewan dan kamus pelajar edisi lama, inflasi ditakrifkan sebagai PERTAMBAHAN WANG DIDALAM PASARAN YANG MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN.

    Namun begitu, menurut kamus dewan edisi baharu inflasi memberi maksud, KENAIKAN HARGA BARANG dengan menyembunyikan fakta yang menyebabkan kenaikan harga barangan adalah disebabkan oleh pertambahan wang didalam pasaran..

    Malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai wakil didalam kerajaannya sendiri yang berusaha menyembunyikan fakta benar. Yang Flip dan Flop.

    Terima kasih, Datuk.

    Selamat.

    ReplyDelete
  2. AntiTsar3:06 PM

    Selepas era Mahathir,rompakan besar-besaran di siang hari dilakukan.Kepentingan perniagaan dan kepentingan negara adalah tidak sama.Begitu juga,keuntungan perniagaan tidak bererti negara mendapat untung.Apabila keuntungan perniagaan dijana hasil daripada menyamun,mencuri,dan merompak,maka yang untungnya adalah penyamun,pencuri,perompak,dan penyangak.Malaysia dalam kerugian.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak blh bayar,bg China kepala najib je la utk dipancung.

    ReplyDelete
  4. SALAM DATO.

    saya mempunyai 12 thn pengalaman dlm indutri rel selaku peg kanan d kem pengankutan n hampir sepuluh thn selaku 'pemain'.(jumlah 22 thn)

    insya'allah jika PH/PPBM berjaya menawan Putrajaya, saya bersedia membantu menyelaraskan semula semua yg janggal ini secara sukarela.

    anggap lah tawaran saya ini sebagai t/jwb 'fardhu khifayah'.

    wassallam.

    ReplyDelete
  5. Wan Malaysia7:22 PM

    Jika di kaji dan di selidiki masalah ini, pucuk pangkal punca kemelut ini akan menjurus semula kepada MO1 dan 1MDB.

    ReplyDelete
  6. Mahathir pinjam dgn jepun utk bina Perwaja dlm Yen ¥.
    Bila nilai ¥ naik mendadak 3.7 kali ganda. Perwaja jatuh bankrupt.
    Bila Mahathir pinjam dari Jepun utk bina kilang Perwaja.. projek tu diberi kpd syrkt Jepun juga. Tapi kilang itu tidak boleh fungsi full capacity krn salah spec.
    Itu Mahathir

    Ds Najib bina ecrl guna 85% pinjaman dari China, dlm rm n yuan utk pastikan pertukarn asing tidak berubah yg boleh jejas nilai bayar balik pinjaman saperti Mahathir dulu

    ReplyDelete
  7. AsSalam Datuk ...

    Kato2 datuk ...
    " ...kalau Daim, sebagai bekas Menteri Kewangan, peniaga, majistret dan peguam pun keliru apatah lagi rakyat jelata "

    Huh ...very interesting .Bokeh montori kewangan bolih konfuis...camno lak tu ?
    Kan Daim bersamo Turn M yg approved pinjaman berbillion ringgit dari Jopun guno matowang yen untuk buek KLIA.

    Lebuhrayo Plus dulu pun guno pinjaman dari Jopun dan jugo kontraktor Jopun maso recession tahun 80'an ..

    Takut nak berhutang...tapi tahun 1990 national debt kito paling tinggi dalam sejarah at 80.74% of GDP .
    Siapo yang nangis maso tu ...
    Siapo yang buek bising maso tu ...

    Mano poiee pemikiran Daim yg dulu diwarwar kan sobagai saoghang teknokrat kewangan ?.

    Anak mudo sekarang yg niago foodtruck lobih cerdik ... " baiii ...you borrow money to make money baiee .."

    Jualan Edra Global pado Cino tu siapo punyo angkara ?
    Kan Turn M and the gang yg sabo IPO 1MDB pado 2014 .
    Pelabur2 yg dah kompom pun cabut lari bilo dongar hasutan Turn M and the gang.
    Inilah ghupo so called " Negarawan" kito...

    So Daim ni dah join Turm M grup ...
    The Tak ingat grup or Tak tau grup ...

    Waghih.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujang3:32 PM

      Waghih,
      Pepatah org tuo ada tertulis, bangkai badak susah nak tutup, satu kampung merano dek bau nya.
      Kalau bangkai kucing, jiran belakang rumah pun tak perasan.

      Delete
  8. Salam Datuk

    Malaysia tanah tumpahnya darah ku.
    Kini digadai tanpa kerelaan ku
    Hutang mu bertimbun kini membebani ku
    Ini semua inspirasi panglima bukan pilihan ku

    Datuk.

    Dari dulu lagi saya tertanya tanya...55billion pelaburan/hutang...
    Berapa banyak yang dapat dinikmati oleh kita rakyat Malaysia?
    Adakah ianya feasible?...berapa tambang yang akan dikenakan?
    Kalau nak recover 55 billion...takkan tambang dari KB ke KL dapat dibawah RM250.00?
    Lebih baik naik kapalterbang yang tentu lebih cepat.

    Nampak gayanya...semua kontrak yang diberi kepada syarikat China...tak akan melimpah kepada warga tempatan...lihat sahaja upacara pecah tanah tempoh hari.
    Jadinya kita rakyat Malaysia menjadi mangsa pembuatan projek yang kita tak dapat nikmati...dan terpaksa pula menanggung hutang yang mana nikmatnya hanya untuk orang asing (dan juga kumpulan kleptokrasi)

    1MDB telah menyelasaikan hutang (double hutang)USD 620m sebelum tempoh tamat pada hujung bulan ini.
    Dari mana 1MDB dapat dana tersebut?...kalau ikut cerita 1MDB ianya hasil dari penjualan "unit unit" asset 1MDB.

    Saya rasa Rahman Dahlan atau PM sendiri mesti menerangkan kepada rakyat tentang "unit unit" tersebut dan mengapa kita begitu bodoh membayar hutang yang sama dua kali (bukan dua kali ansuran bayaran, tapi dua kali hutang yang sama bermakna dua kali ganda.)

    Tidak mustahil...MOU MOU yang PM tandatangani dengan nilai berbillion ringgit...kaedah SOP 1MDB dan ECRL diguna pakai.

    Rakyat berhak tahu.

    ReplyDelete
  9. rakyat marhain3:22 PM


    Maka sama ada ia pelaburan atau pinjaman, nampaknya projek-projek yang melibatkan “modal” China seperti ECRL dan Edra Global tidak mustahil menjadi projek kong kali kong – gendang kosong yang hebat bunyinya tetapi mungkin merugikan kita dan mengancam kedaulatan serta keselamatan negara.




    Salam Dato,

    Muthaakhir ini, Budaya bisnes "kong kali kong" dibawah kerajaan pimpinan umno/bn telah berjangkit kapada kerajaan paspispus di kelantan.
    Projek lebuhraya kuala krai, karbon kredit, pasar baru pasir puteh, dan banyak lagi telah menjadi projek kong-kali-kong ala umno/bn.

    Apakah budaya baru ini menjadi paksi kapada politik taawun @ politik matang sejahtera antara paspispus dgn umno/bn???

    Sekadar bertanya kpd yang sudi berkongsi jawapan/penjelasan.

    ReplyDelete
  10. mozas_my dan Waghih,

    (Sebahagian) Pinjaman dari Jepun disifatkan sebagai ODA. Negara2 Asia Tenggara banyak yang menerima ODA. Jepun ada sedikit tanggungjawab "social conscience" memberikan ODA akibat sejarah penjajahannya. Sehingga kini pun masih ada negara yang menerima ODA.

    Pinjaman dari Jepun kepada Malaysia berkurangan secara konsisten (malah mungkin tidak lagi dalam kategori ODA menjelang hujung 1990an/awal 2000an) sehinggalah meningkat semula pada tempoh 2001-2005 (RMK8) dan 2006-2010 (RMK9). Kita sedia maklum Tun M melepaskan jawatan pada tahun 2003.

    Kita juga nampak dasar DS Najib yang memberikan layanan cold shoulder kepada Jepun. Walaupun Jepun menawarkan beberapa bantuan percuma dan membuat bidaan membangun keretapi laju, DS Najib langsung tak layan. Susah nak cakap sama ada ini by choice atau by default kerana beberapa perkara yang terjadi seakan membayangkan tangan DS Najib terikat dan mau tak mau kena pro China juga (sampai negara tergadai?).

    Jadi ini berbalik kepada sebab "bantuan" atau "pinjaman" diberikan. Polisi/tanggungjawab Jepun melalui ODA adalah jelas manakala pinjaman dari China ni pula kita tak pasti adakah terpaksa (diambil)? Tak ada pilihan? Dll. Secara keseluruhan, banyak yang tak jelas dalam kegiatan ekonomi DS Najib contohnya derma Arab, money trail 1MDB dan penyiasatan 1MDB (dokumen dalam OSA).

    -Naj-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berbuih mulut Bro Rahman , Bro Jo , Bro Salleh Bro Arul monorangkan setiap isu dari A to Z .
      Hinggokan buek "Town Hall" gathering lagi keliling M'sia .

      Den tanyo oghang kampong ... mereko ngaku paham . (Oghang yang banyak bertanyo mcm Lapisi dan Turn M tanyo lah.)
      Sumo bukti ado disekeliling.
      Takyah buek pusing2 cerito ...

      So ...kalu masih tak paham gak...Tak Dapek Nak Nolong do..

      Waghih

      Delete
    2. Ujang2:33 AM

      Waghih.

      Hang tanyo org kampung kat Pekan memang la depa paham.

      Cubo tanyo kat orang kampung area negeri sembilan atau kelantan. Den gerenti depa faham sangat boss hang pandai menipu.

      Delete
  11. parameswara4:05 AM

    Salam Datuk,

    This would be of interest to you and your readers :

    Japan (through JICA - Japan International Cooperation Agency) offered India a $16.9 Billion 50-year loan at just 0.1%-1.4% interest to fund the Ahmedabad-Mumbai bullet train (500 km / 311 miles long high-speed rail link). 30% of the project must go back to Japanese Firms.

    ReplyDelete
  12. Waghih,

    Kamu ada kecenderungan menuduh Tun M dan lain2 dalam pembangkang sebagai suka memusing cerita. Ini adillah; mereka orang2 politik, pasti ada kepentingan. Tapi sama juga kesnya dengan "bro2" yang kamu senaraikan, semuanya ada kepentingan. Semuanya bercakap selepas mendapat jawatan.

    Sekarang keadaannya jadi satu pihak cakap begini, satu pihak lagi cakap begitu. Kita tak tahu pihak mana yang nak bagi terang dan pihak mana yang temberang.

    Untuk merungkaikan perkara ini, kedua-dua pihak perlu jalankan usaha memberi penerangan pada pentas dan waktu yang sama; jadi kedua-dua belah pihak boleh saling bertanya dan bertukar-tukar fakta disaksikan semua, bukan penyokong sebelah pihak sahaja. Usaha ini boleh dipermudahkan lagi kalau dokumen2 siasatan 1MDB dibuka dan tidak lagi diletak dalam OSA.

    Setelah begitu, barulah terang. Kalau tak, yang percaya pihak sebelah sini mahupun sebelah sinun akan jadi mangsa sebab tak tau yang mana tukang terang yang mana tukang temberang.

    -Naj-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat tu ...
      Pertemuan antaro mato lobih cantik dan menarik ...
      Tak kona ..tak cinto kan ..

      So ..eloklah buek surat baik2 dan teratur dongan bahaso keikhlasan memohon untuk pencerahan pado yang berkenaan.
      Mohon pertemuan dan sampaikan hajat .
      Insyaallah ..pegawai berkenaan takkan menghampokan .

      Banyakdah kito tengok Bro Jo , Bro Salleh , Bro Irwan dll turun padang buek penerangan .. dari ofis gomen , sekolah hinggo ke universiti , taman perumahan dan jugo kampong2 .
      Penerangan tontang perbagai isu...guno bahaso dan istilah/ analogi yg sonang difahami .

      Permohonan Tuan Naj takdo masaallah untuk ditunaikan.
      Tapi kono faham jugo kekangan tontang undang2 OSA tu.

      Sumo negaro ado OSA.
      Singapura ado OSA n ISA.
      USA ado OSA dan Patriot Act.
      Turn M regime ado OSA, ISA dan Kemunting Act.

      Faham2 lah yo ...

      Selamat tahun baru pado DAKJ dan pembahas sumo.

      Waghih.


      Delete
  13. Jawi Pekan8:49 PM

    Waghih
    Kalau semua orang termasuk orang kampong faham,apa disebalik kegagalan menyediakan laporan audit semenjak 2014.Apakah semua auditors diMalaysia ini sangat bebal yang mereka tak boleh faham apa yang dapat difahami oleh orang orang kampong.Ada yang tak kena dengan cerita Waghih ini.

    ReplyDelete
  14. Jawi Pekan9:06 PM

    Yang merisaukan tentang pelaburan atau pinjaman Cina ini bukan setakat segi kewangan tapi kemungkinan Negara Cina mengeksport industri industri berat yang sedang mencemar udara dengan teruk dinegeri mereka sendiri.Cara yang paling mudah bagi mereka untuk mengurankagkan pencemaran udara yag serious ini ialah dengan menempatkatkan industri industri ini di negara ketiga tapi masih diuruskan oleh rakyaat Negara China.Faedah paling besar untuk dunia ketiga adalah nikmat dari pencemaran udara yang lebih buruk dari pembakaran hutan di Indonesia.Titik permulaan eksport ini telah dimulakan diKuantan dimana sebuah kilang besi keluli yang memerlukan kawasan seluas 750 ekar sedang dibina di Kuantan.Kilang besi keluli adalah antara industri yang paling buruk dari segi pencemaran udara.Malaysia perlu berwaspada kepada taktik Cina ini.

    ReplyDelete
  15. sukasamasuka1:03 PM

    Datuk,

    Selamat menyambut Tahun 2018.

    Moga2an Datuk dan pembahas sekelian sihat walafiat.

    Kasih sayang dari abah saya.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kepada anak Sukasamasuka kerana menghantar pesanan bagi pihak ayahnya.

    Saya dimaklumkan yang pembahas Sukasamasuka tidak sihat.

    Saya berdoa dan berharap saudara segera sembuh, Insya Allah.

    Selamat tahun baru 2018.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Nenekghuffran11:12 PM

    Salam DAKJ...

    Saya jugak turut mendoakan kesejahteraan saudara Sukasamasuka. Semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatan perubatannya. Komen2 beliau sentiasa saya nantikan...harap beliau dapat berbahas kembali..

    Terima Kasih DAKJ...

    ReplyDelete