A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MULA-MULA sekali terima
kasih kepada pemuda Melayu yang menemui saya di Ceramah Perdana “Mai Dengaq,
Balik Habaq” Pakatan Harapan/PPBM di Bukit Jambul, Pendang, Jumaat lalu.
Orang Umno dan PAS pun ramai mai dengaq |
Dengan suara gementar, dia
meminta maaf kerana mengganggu saya. Katanya dia ada satu soalan besar yang
mengacau fikirannya.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Ibunya guru taman
didikan kanak-kanak (tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Dia berkata, ibunya
diberitahu oleh orang Umno sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah, Pakatan
Harapan (PH) akan tutup Kemas dan kakitangan Kemas akan dibuang kerja.
Saya kata kepadanya, itu
tidak betul. Sebaliknya PH akan memperkukuh dan memperluaskan sistem pendidikan
- daripada prasekolah hingga ke peringkat paling tinggi - dan menjana lebih banyak
peluang pekerjaan bukan membuang orang.
Cerita pemuda itu
hanyalah satu daripada pelbagai jenis ugutan dan ancaman yang digunakan oleh
Umno-BN bagi menakut-nakutkan pengundi agar tidak berhijrah menyokong PH.
Kalau di peringkat atas
menteri memberi amaran dan pengancam kakitangan awam agar terus memperhambakan
diri kepada Umno-BN atau menderita hukuman dan deraan, di peringkat bawah
pun macam itu juga. Malah lebih teruk.
Bapak-bapak kepala
Umno-BN yang bermentaliti kelas “kepala bapak kau” (meminjam ungkapan Perdana
Menteri, Perdana Menteri, ((Datuk Seri
I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil)), Mohd
Najib Abdul Razak) tidak lagi
membezakan di antara kerajaan dan parti.
Dalam kegelabahan mereka
kerana bayang-bayang kekalahan semakin terang, mereka menganggap dan melayan
kakitangan awam sebagai hamba Umno-BN dan bukan sebagai kakitangan awam yang ada
kehormatan.
Di dalam gelap saya juga
dihampiri hadirin yang berkata mereka bersimpati dengan Tun Dr Mahathir dan PH
walaupun mereka masih bersama Umno dan PAS.
Saya faham sentimen
mereka. Saya dilahirkan dalam keluarga Umnu dan menjadi ahli Umno Bahagian Pendang selama lebih 30 tahun hingga
tahun 2015 apabila saya menarik diri secara rasmi.
Saya faham sangat pentingnya afiliasi parti, sama ada dengan Umno atau PAS. Menjadi
ahli atau penyokong salah sebuah parti itu adalah sebahagian daripada sistem
sosial.
Setiap individu, di
saat-saat penting kehidupan dan kematiannya, tidak dapat tidak akan dikaitkan
dengan afiliasi politiknya. Si anu itu orang Umno, si polan pula orang PAS.
Di kawasan inilah, dalam
pilihan raya umum (PRU) 1969, kempen mengkafirkan orang Umno oleh PAS memberi
kesan besar Umno apabila wakil rakyat Perikatan masa itu, Dr Mahathir kalah
kepada calon PAS, Haji Yusof Rawa.
(Hari ini, anak Almarhum
Yusof Rawa, Yang Berhormat ((Datuk) Dr Mujahid Yusof Rawa, adalah di antara
musuh politik Dr Mahathir yang telah berubah menjadi rakan seperjuangan demi menyelamatkan
Malaysia.)
Tetapi hakikat bahawa
pada malam Jumaat lepas banyak orang Umno dan PAS secara diam-diam, sambil
bercangkung dalam gelap, mendengar ucapan pemimpin PH adalah satu perubahan
luar biasa.
Ertinya mereka tidak
lagi taasub kepada sistem masyarakat yang mengikat mereka kepada Umno dan PAS.
Mereka mahu mendengar cerita PH kerana mereka juga terhimpit dan tersepit
dengan kesempitan hidup yang disebabkan oleh salah urus ekonomi dan penyelewengan oleh kerajaan
kleptokrasi Najib.
Kalau ramai ahli dan
penyokong Umno tidak lagi mampu atau mahu mempertahankan kepemimpinan parti dan kerajaan, ahli dan penyokong
PAS pula digugat imannya oleh cerita-cerita kehidupan mewah
sesetengah ulama mereka setelah dikaitkan dengan sogokan oleh Najib.
Soal keakraban luar
biasa di antara Presiden mereka, (Tuan Guru Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dengan
Presiden Umno masih menjadi punca
kekeliruan bagi ramai ahli dan penyokong PAS kerana di peringkat akar umbi Umno
masih berupa musuh ketat mereka.
Walaupun kebencian
mereka cuba diarahkan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) namun dalam pemikiran
mereka, musuh tradisi mereka adalah Umno.
Di saat-saat bapak-bapak kepala mereka bersekedudukan dengan Umno dan dikaitkan dengan gaya
hidup mewah dan hedonistik, ahli dan penyokong biasa PAS bukan sahaja tidak menikmati
habuan itu sebaliknya ditekan oleh kesempitan hidup.
Manakala Najib tidak
mahu atau tidak mampu menafikan dakwaan yang dia telah memberi rasuah kepada watak-watak
tertentu dalam PAS, Abdul Hadi terpaksa
bertungkus-lumus cuba membersihkan nama PAS.
Malangnya, Abdul Hadi mungkin
sudah termasuk perangkap Najib apabila dia memfailkan saman terhadap pengarang Sarawak
Report, Clare Rewcastle Brown, di London.
Dalam bahasa mudah, Abdul
Hadi telah diperangkap untuk melakukan kerja kotor bagi pihak Najib.
Keris panjang: Abdul Hadi terpaksa berlagak bebas dan garang |
Sebagai tindak balas
kepada reaksi negatif persekongkolan dengan Umno-BN itu, Abdul Hadi beberapa
hari kebelakangan ini terpaksa berlagak bebas dan berani dengan mengisytiharkan
yang PAS akan bertanding 140 kerusi Parlimen dan memerintah Selangor mengikut
syariat Islam.
Kesimpulannya, macam
Umno juga, PAS tidak boleh lagi memperkotak-katikkan orang Melayu seperti dulu.
Orang Melayu
kampung, peneroka Felda dan penghuni perumahan rakyat tidak boleh lagi dijual murah
oleh Umno dan PAS.
Mereka tidak boleh lagi diperbudak-budakkan dan mereka mempunyai lain pilihan - Pakatan Harapan.
Wallahuaklam.
Allah swt mempertunjukkan kepada dunia hikmahNya melalui seorang hambaNya bernama Mahathir. MalangNya ramai diantara kita yang tidak dapat melihat kebenarannya. Ternyatalah ramai yang kufur, mungkar dan menjadi munafik. Dedak ITU makanan haiwan haiwan ternakan. Manusia jenis APA sanggup makan makanan binatang?
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
ReplyDeletePojok hang kali ni
"umno-pas-atas-lain-bawah-lain." munkin bulih garap keadaan politik Malaya laa ni saja
tapi jugak di bidang ekonomi dan sosial.
Nampaknya pembahagian ('divide') dlm masyarakat semakin korang pepisahan antara kaum tapi lebih juruih pd pepisahan
antara golongan 'pemerintah' atau elit dgn yg diperintah atau rakyat kebanyakkan. Munkin istilah untuk pemerintah ialah
tercabut ensel atau 'psychosis'.
Cerita pasai istilah2 ni, aku teringat satu ungkapan yg hang besa pakai, iaitu 'trust deficit' atau 'kelopongan kepercayaan' pada
kepala kerajaan. Dan banyak kata2 baru dah masuk basa pasag Malaya. Antaranya 'dedak' dgn magna risyuah, kleptokrasi
(atau klepetokrasi) magna pemerintah samun duit/harta negara dan rakyat, 'gerrymandering' atau tipu pada pesempadan
kerusi pilihanraya, 'gini coefficient' yg ukog jarak antara yg kaya dan yg miskin
(atau 'statistical measure of wealth or income inequality') dan macam2 lagi.
Tapi izin aku cerita pasai satu istilah yg telah lama wujud (lebih korang 400 tahun) tapi jarang dipakai diMalaya. Istilah tu ialah 'idiokrasi',
yg magnanya pemerintahan oleh orang2 bodo. Idiokrasi ni jangan keliru dgn 'idiosynkrasi' yg magna dia lebih korang 'eccentric'
atau kepelikkan yg di sabit dgn perangai sesorang.
Walhai, idiokrasi rojok pd satu sistem pemerintahan yg dlm basa Mad Saleh lebih korang lagu ni :
" A government ruled by idiots. "
atau " ...in a dystopian society full of extremely dumb people. Advertising, commercialism, and cultural anti-intellectualism have run rampant and dysgenic pressure has resulted in a uniformly stupid society devoid of intellectual curiosity, social responsibility, and coherent notions of justice and human rights." (dari Definitions.net).
Mintak maghap aku, pd orang2 yg tak berapa spikin gomen, 'dystopia' ialah negeri rakyatnya dihaiyawankan dan selalu dlm ketakutan dan 'dysgenic' pulak sabit dgn baka keturunan ('genetics') yg buruk.
Terima kasih dan mintak maghap no,
Aku
Kata-kata Dato tu tepat, andaikan situasi kedua dua Dun/Parlimen dimenangi oleh pihak sama.
ReplyDeletePengalaman saya sebelum ni apabila negeri saya dikuasai oleh Opposition, Parlimen oleh BN, situasi berbeza. Kerajaan negeri (Oppo) betindak menghalau tabika Kemas, dewanraya yang dijadikan tadika selama berbelas tahun dirampas, dan menganggur lah cikgu tersebut..
Sekarang ni orang tu dah jadi kawan baik BN..
DeleteDua negeri kalah balik kepada UMNO disebabkan perangai Tok Tok Lebai sebegitu
DeleteUMNO akan mempelajari dari PAS bagaimana manjadi kat rakyat taksub bodoh kepada parti,, tidak bolrh di nafi kan PAS adalah sebuah parti yg pandai membodoh kan ahlinya hingga menjadi taat tampa mengeluar kan satu sen pun hanya bermodal kan penjualan agama yg sempit,, umno tidak sebijak PAS dalam muslihat ini,, dan umno adalah parti kebendaan oleh itu umno terpaksa mengunaka dedak untuk memikat hati rakyat di samping ugutan atau menakukan org melayu menjadi satu fomula,, umno juga faham apa yg org melayu mahu,, umno telah mengajar dan memberi pendedahan kpd org melalu melalui media masa dengan kebendaan dan kemewahan denga tampa berusaha,, ,tengok hari hari cerita sensasi di main kan dari pangong wayang hingga ke TV,,
ReplyDeleteDenga eadaan ini mudah umno menyesat kan org melayu
Umno juga membiar kan rasuah berluasa hingga pemakan rasuah selesa memakan rasuah dan takut untuk meniggal kan umno,,
Sekarang umno boleh menambah baik kan teknik membodoh kan melayu dengan campura dari fomula PAS yg terbukti berjaya ,
Selamat Datuk.
ReplyDeleteUMNO semacam itu juga. Tidak mahukan perubahan. Sebaliknya para pemimpin UMNO yang ingin berubah terpaksa keluar parti atau ditendang keluar parti. Dan membentuk parti-parti baru yang hendak berubah.
Apabila Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 (sama pula dengan tarikh perlaksanaan GST, tahun saja berbeza). Orang-orang Melayu menentang kerana kerakyatan mudah untuk pendatang. Orang Melayu inginkan hak-hak istimewa untuk diri mereka sebagai penghuni asal. Khabarnya raja-raja Melayu pada waktu itu tertekan dan terpaksa bersetuju dengan Malayan Union.
Kini telah menjadi realiti yang hak-hak istimewa orang Melayu bukanlah lagi menjadi sesuatu yang hendak dipertahankan sangat oleh rakyat biasa bernama Melayu. Ini kerana tanpa hak istimewa pun seseorang itu boleh berjaya seperti mana yang ditunjukkan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia. Malahan rakyat melihat hak-hak istimewa orang Melayu itu hanya terpakai kepada segelintir orang Melayu sahaja. Antaranya hak istimewa untuk mencuri harta negara/rakyat.
Jika PAS memperalatkan agama dengan melantik diri mereka sebagai wakil Tuhan sedangkan dibawah undang-undang Malaysia, Sultan yang berkuasa atas hal agama Islam. Sultan yang menentukan segala undang-undang Islam, bukannya pak pak ustaz atau ahli politik PAS. Jadi soal untuk menegakkan Islam oleh PAS nampak bertentangan dengan kehendak Sultan. Baru-baru ini ada seorang ustaz telah membuat satu undang-undang Islam yang mana orang Islam tidak boleh bergunting rambut di kedai bukan Islam. Adakah perkara ini termasuk sebagai satu undang-undang Islam? Apakah tindakan kerajaan atau badan perundangan terhadap golongan ini yang membuat undang-undang sesuka hati sedangkan yang berkuasa penuh kepada Islam di Malaysia adalah Sultan? Sudah tentu keadaan ini merupakan satu ancaman kepada negara apabila ada seseorang yang melampaui kuasa Sultan mencipta undang-undang Islam. Inilah juga wadah yang dibawa oleh PAS, iaitu mereka merasakan lebih tinggi dari kedudukan Sultan didalam hal agama Islam. Sedangkan menurut peruntukan undang-undang, Sultan yang berkuasa penuh kepada agama Islam.
UMNO pula, berlagak hero untuk mempertahankan orang-orang Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dengan mengugut Melayu untuk memilih mereka. Sampai bilakah kaedah ugutan yang diguna pakai oleh UMNO boleh berjaya? Sampai bilakah kaedah wang tunai boleh berjaya? Kejayaan UMNO memerintah sehingga tahun ini banyak dibantu sentimen bangsa Melayu yang sudah tidak lagi relevan seperti mana Ketika Malayan Union ditubuhkan. Menakutkan orang Melayu memang kaedah terhebat. Tetapi orang Melayu sudah tidak takut lagi. Orang Melayu sudah tidak takutkan hantu lagi, walaupun masih ramai pak-pak ustaz menipu tentang hubungan mereka (pak ustaz) dengan alam Ghaib. Orang Melayu tahu yang hak mereka termaktub didalam undang-undang bukannya ditangan UMNO. Orang Melayu elit UMNO sahaja yang takut hak-hak istimewa mereka selama ini ditarik balik. Yang takut hak mencuri harta rakyat/negara ditarik balik..
Terima kasih Datuk.
Selamat.
ReplyDeleteKalau ramai ahli dan penyokong Umno tidak lagi mampu atau mahu mempertahankan kepemimpinan parti dan kerajaan, ahli dan penyokong PAS pula digugat imannya oleh cerita-cerita kehidupan mewah sesetengah ulama mereka setelah dikaitkan dengan sogokan oleh Najib.
Salam Dato,
Sangat benar kenyataan diatas....Sandiwara Pas and Umno (PAU) sudah terbongkar, rakyat tidak boleh diperbodohkan selama lamanya. Perjuangan PAS yang asal telah mati selepas kematian almarhum TGNA.
PAS yang ada hari ini telah dikuasai ejen ejen UMNO secara lagsung atau tidak langsung (melalui bini bini pimpinan PAS) yang sentiasa membisikkan hasutan halus yang merosakkan prinsip perjuangan PAS yang sebenar. Prinsip menegakkan yang maaruf, menentang kemungkaran/kezaliman/penipuan terhadap rakyat sudah terkubor dalam PAS.
Ahli ahli PAS yang miskin disindir kalau menerima apa apa bantuan dari kerajaan umno/bn tetapi pimpinan atasan PAS kedarah jutaan ringgit sogokan dari umno/bn kononnya atas dasar politik matang (natang?) sejahtera.
Sandiwara RUU355 juga telah terbenam dalam lubang biawak hasil kejayaan penipuan MO1 untuk mengalih perhatian rakyat dari penipuan 1MDB.
AsSalam Datok ...
ReplyDeleteQuote ,
" Sebaliknya PH akan memperkukuhkan dan memperluaskan sisten pendidikan dari prasekolah hingga ke peringkat paling tinggi dan menjanakan lebih banyak peluang pekerjaan bukan buang orang "
Ehhemmm ... boto ko atau buih mulut jo?
Let's see ...
Bilo pembangkang PR ambik alih Selangor , antaro tindakan pertamo HALAU sumo Tadika/Tabika yg duduk dewan/premis kepunyaan kerajaan nogori.
Janji pembangkang PR pebdidikan percumo diUniversiti ... Janji tak perlu ditepati...Universiti Selangor sumo student masih kono bayar fees dan makan sendiri2.
Cukai pintu, tanah dan perniagaan dinaikkan bergando ( Selangor dan P.Pinang ) hinggo cost of doing Buz naik bergando .
Kenaikkan hargo rumah, ke tak mampu milik, bermulo dari Selangor dan P.Pinang .
Kes janji tak perlu ditepati ni naik hinggo ke mahkamah ... camno tu.
Kesian budak tu ...
Waghih.
Orang politik ni semuo samo ajo waghih.
DeleteYg bezo nyo cumo, yang satu tu upah rakyat suruh datang dongar dio cakap.
Yang satu lagi tu, tak pakso pun, tapi rakyat nak jugak datang untuk dongar dio cakap.
polik botul rakyat malaysia ni.
Kadiag,
ReplyDeleteRALAT
Ayat pertama dlm kiriman 10.09 malam, minta tukag pekataan 'munkin' kepada 'bukan' dan dibaca lagu ni :
'....bukan bulih garap keadaan politik Malaya laa ni saja tapi jugak di bidang ekonomi dan sosial.'
Maghap no.
Aku
Assalamualaikum Dato', terima kasih kepada dato yg masih kental & bersemangat menjadi peniup angin perjuangan menentang kegilaan pemerintah zalim.
ReplyDeleteSecara peribadi saya rasa hampir segenap lapisan masyarakat memahami dan sudah meluat dengan kerenah pengkhianat2 bangsa yang hanya belakon suci dan memperbodohkan rakyat. Sudah2 la. Tak sabar saya nak pangkah PH PRU14 nanti.
Minta Dato' tolong sampaikan salam buat Ayahanda Tun yang saya hormati dan kagum dengan semangatnya. Teruskan perjuangan. Rakyat bersama PH!
"Malangnya, Abdul Hadi mungkin sudah termasuk perangkap Najib apabila dia memfailkan saman terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, di London."
ReplyDeleteClare pun menggelabah, sampai sekarang haram satu bukti pun dia tak boleh tunjuk kat Mahkamah di London. Kalau di Malaysia, pemakan dedak PH boleh cakap BN rasuah mahkamah, derr...di London pun nak kira rasuah gak ke?
Senang cerita, bila Clare gagal tunjuk bukti, maka jelas le clare ni kaki fitnah. Siap sebut nama Ambiga lagi.HAHAHAHHA
Bila dah dicop kaki fitnah, tuduhan Clare yang lain, nak percaya ke? KAH KAH KAH
Haji Hadi memang genius. Letak paku di keranda Clare. Biar dia mampus nak cari bukti untuk beri ke mahkamah. Korang yang banyak makan dedak PH ni, mana boleh nampak sangat benda ni. Tengah sibuk kenyang dedak. KAH KAH KAH
Bukti video besi... hahaha
DeleteKadiag Pening?
Deleteko paham ka apa ko tulis bro?
Bunyi mcm pening lak...mcm lalok pun dia..
Ko kena ketum atau hidu gam?
Kesian.
Jangan tergolong dikalangan kelompok yang bodoh.Pilih lah pemimpin yang adil dan bijaksana. Baru negara sihat sejahtera..
ReplyDeleteIn the beginning I too was rooting for Umno Pas alliance. I thought at that time, it would be good for the malays as there will be less split among them. But then as more and more of Najib's scandals surfaced, I started to change my mind. I thought that Pas too should change their minds. How could an Islamic party ever condone corruptions and broad daylight theft and robbery. But it seems that Pas has been trapped in a trap that they could not get out. So what began as helping one another, became an alliance of lying to one another. Umno played Pas out and Pas played Umno out. And both played their own members out.
ReplyDeleteThen I came to realise that the alliance that I had hoped for actually did happen. Not between Umno and Pas but between Bersatu and Amanah. And it is a better alliance because Bersatu represents the good of Umno and Amanah represents the good of Pas. Man schemes but God schemes too. And God is a better schemer.
DAKJ,
ReplyDeleteUMNO diatas, PAS dibawah..gilir2..last2 dua2 tunggang terbalik...
hari ni si Mapadulung Panglima Bugis Mentimun sudah mengaku 1MDB ada byk salahlaku dan silap. Last2 Si Bugis ni kalah juga dgn orang tua 93 thn. Ingat Bugis sekor ni hero, tapi pondan juga. Elok la kalau dia ni malam2 dok di Station KTM Aloq Setaq.. standard dia jual donut saja. Macam si Sajat...
SAAS
ReplyDeleteTolong terangkan negeri yang dimaksudkan kamu itu negeri mana. Setahu saya, dalam negeri yang bukan ditadbir oleh Pas atau UMNO semua Tabika Kemas telah diperkukuhkan peranan mereka.
Apobilo kito lihat dongan hati terbuko , penjanaan terbaru yang dibawo olih DSN adolah berlawanan dongan apo yang dilakukan olih Turn M maso pemerintahan beliau.
ReplyDeleteYang jelas , sikap keterbukaan dlm menerimo kritikan dan kebebasan untuk rakyat bersuaro . Takdo halangan yang menakutkan saperti undang2 ISA yang diguna olih Turn M untuk menekan rakyat supayo akur dongan arahan .
Disamping itu jugo DSN boghi badan penguatkuaso otonomi dalam menjalankan tugas mereko . Takdo coverup saperti zaman Turn M yang nyobabkan BNM rugi Rm31 billion ateh sobab berjudi.
Proxitokrasi dimulokan pado zaman Turn M demi untuk menjago the selected few . Perjanjian IPP dan tol dibuek berat sabolah dan menguntungkan these selected few walhal rakyat marhain meraso impak hinggo keanak cucu.
DSN terpakso meneraju perubahan bosar dalam UMNO dan gomen demi untuk perbetulkan salahlaku yang dilakukan olih Turn M.
Perubahan bosar inilah yg ditontang olih Turn M.
Perubahan yang dilakukan olih DSN iolah monopoli IPP ditarik balik . Konsesi toll diambikalih olih khazanah dan dihentikan sumo kadar kenaikan toll.
Dalam Umno pulo , pemilihan untuk bertanding jawatan tertinggi melalui 'kuota' ditamatkan . Jugo pemilihan adolah dari sumo ahli2 dan bukan dari ketuo cawangan.
Perubahan yang dibawak olih DSN lobih kepado merakyatkan pengurusan yang jugo bertentangan dongan caro Turn M yang mengurus rakyat .
So ... adokah kito sekarang ni hondak perubahan ke zaman dulu ...
Atau ...perubahan ke zaman akan datang
Waghih.
Ha ha ha...
Deleteko memang samdul.
nak komen tapi takdak isi.
lagi2 kutuk mahathir2. ...dah basi bro.
memanglah cara Bugis dan Tun berlawanan..
seorg bernama Panglima Pondan Bugis kaki klepek....balun duit...menyusahkan rakyat....kuat bohong...kuat berjln....takbuat kerja....ikut cakap bini...buat duit rakyat mcm bapa dia punya.....guna ugama untuk kepentinga diri....kaki itu ini....hingga lintang pukang negara.
dan org bernama Mahathir pula buat kerja ..
susah sngat nak paham ka?..
oops sorry memang susah sebab ko memang samdul..
You're brilliant, Saudara Hud hud.
ReplyDeleteI've the same thought about UMNO & PAS, but that was before 1MDB-Jho Low's shit hit the fan.
Your last paragraph caught me surprise but its true.
"Then I came to realise that the alliance that I had hoped for actually did happen. Not between Umno and Pas but between Bersatu and Amanah. And it is a better alliance because Bersatu represents the good of Umno and Amanah represents the good of Pas. Man schemes but God schemes too. And God is a better schemer."
Thank You.
Salam Dato Kadir.
ReplyDeleteSaya cadangkan, bila PH menjadi Kerajaan nanti, mesti diharamkan orang-orang Politik dikedua-dua pihak, dari mempergunakan murid-murid Tadika, Tahfiz dan Sekolah Rendah/Menengah, tidak kira pada waktu persekolahan atau pun di hujung minggu. Kecuali Menteri Pendidikan... kalau boleh, diharamkan Ahli Politik menjejakkan kaki dalam kawasan Sekolah.
Jadinya, tiada lagi perbuatan mmpergunakan kanak-kanak Tahfiz dalam konsert Ya Na Na Na. Keberangkalian besar... untuk mengaburi mata dan mengalih perhatian Rakyat dari kecurangan ahli-politik itu.
Samalah tujuannya menghantar beribu-ribu Pak-Pak Imam naik Haji, mengunakan WANG 1MDB yang dihutang atas nama Rakyat 1Malaysia dan begelumang dengan scandal pengubahan WANG haram terbesar dunia, setakat ini, menyebabkan Agama Islam dipandang serong.
Seperti kata Rakyat Marhain:
"Sandiwara RUU355 juga telah terbenam dalam lubang biawak hasil kejayaan penipuan MO1 untuk mengalih perhatian rakyat dari penipuan 1MDB"
Memang benar apa yang diperkatakan Rakyat Marhain. Rang Undang-Undang 355 tidak sepatutnya dipergunakan oleh Orang-Politik.
Dalam hal ini, pendapat Saudara ir.miringila amat tepat sekali.
DYMM Sultan dan YDP Agong seharusnya memainkan peranan sebagai Ketua Agama. Orang Agama, lebih-lebih lagi Ahli-Politik Agama dilarang samasekali mengeluar kenyataan atau pendapat tanpa restu Istana. Sebab itu, saya pernah syorkan supaya Pejabat Mufti dan lain-lain institusi KeAgamaan ditempatkan dalam Perkarangan Istana.
Nota; Kalau susah sangat, lebih baik kita haramkan Party Politik yang mengunakan Agama untuk mencari pengaruh-Politik.
Berbalik kepada pembelajaran anak-anak... murid-murid TIDAK boleh samasekali terganggu dengan acara atau majlis mana-mana ahli Politik... misalnya... murid-murid diberi duit-saku (RM30~50 seorang) dan diangkut dengan bas, dalam waktu pembelajaran untuk menghadiri dan meramaikan majlis Ahli-politik.
Satu lagi cadangan saya... supaya diharamkan perbuatan 'pelik dan meragukan' seperti apa yang dibuat Pak Lah & Najib, sebaik saja menjadi Perdana Menteri... iaitu, melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan.
Nota:- Jika PM, pegang sementara jawatan itu, setelah Menteri KeWANGan letak-jawatan atau dipecat, tidak boleh diambil kira sebagai melantik diri-sendiri.
Den suko Nota tu ...
Delete" Jika PM, pegang sementara jawatan itu, satelah Menteri KeWANGan letak-jawatan atau dipecat, tidak boleh diambil kira sebagai melantik diri-sendiri. "
Apo justifikasi pemikiran demikian .?
Adokah ini untuk menghalalkan Turn M melantik diri sendiri sebagai menteri kewangan sebanyak duo kali ?
Waghih.
Waghih,
Deleteden tak ado masalah kalau TDM jadi MOF kali keduo. Mano la tahu dio minta derma kat pak arab bukak satu lagi UIA macam dulu. Rakyat dapek juo meraso faedah nyo kan.
Pada pandangan saya la Waghih... kebarangkalian besar, hanya kaki klepet saja yang sokong bapak kepala Klepetocracy.
ReplyDeleteSebagai contohnya, saya ceritakan satu kisah benar.
Saya ada kawan sekampung. Berhijrah berasingan dan berjumpa di KL. Kawan saya ni lebih muda sedikit dari saya. Maklumlah dia adik kepada kawan-baik saya dikampung. Dia sangat peramah dan suka berbaik-baik dengan sesiapa saja, lebih-lebih lagi kaki-tangan hospital atau mereka yang bekerja di hospital dan oleh kerana adik-kandung saya seorang pembantu-makmal di HKL, beria-ia benar beliau mahu saya bawakan adik saya untuk berjumpanya.
Rupa-rupanya, dia minta adik saya jadi share-partner, klepet ubat-batuk dimakmal dalam jumlah yang banyak untuk dipek semula dalam botol-botol kecil. Rupanya adik kawan baik saya sudah jadi tokan ubat-batuk di KL.
Nasib baik adik saya menolak ketika itu dan enggan lagi berjumpa beliau.
Dengar cerita, dia sudah lama berhenti jual ubat-batuk. Tetapi hari ini, dia adalah penyokong tegar Kleptocracy dan amat 'rapat' dengan Ketua Bahagian UMNO Kampung saya.
Oleh yang demikian, pada pandangan saya, jenis orang macam inilah yang amat memerlukan kerajaan yang ada hari ini. Orang-orang sebegini... kerana WANG... Bangsa, Agama dan Negara pun mereka sanggup jual.
Harap-harap Waghih, bukan haramjadah (pinjam kata Najib) seperti kawan saya itu.
Kalau dah tau ..tapi ontok2 je kiro bersubahat la tu ...
DeleteMacam Turn M la ... dah tau tapi buek tak nak tau BNM kono klepet.
Samo la dongan MAS , Perwaja , Proton dll yang kono klepet.
Yang lobih paghah rakyat M'sia kono klepet maso dinasti Turn M dln isu perjanjian IPP dan lebuhrayo bertoll yang memihak pado pemongang konsesi.
Oghang ni ko dikhobar 'haramjadah '..?
Waghih.
DAKJ,
ReplyDeleteApa yang rakyat Malaysia perlukan adalah memberi peluang kepada PH selama 5 tahun sahaja.
Akan ada banyak kebaikan iaitu PH akan memastikan bahawa segala salahlaku seeta memperbaiki prestasi kewangan negara serta menjamin kesejahteraan kewangan rakyat agar rakyat dapat hidup dalam pola ekonomi yang stabil. Dengan adanya mantan PM dan TPM serta mereka yang berkemampuan dan berpengalaman untuk memperbaiki salahlaku serta ketirisan oleh kerajaan sekarang, Malaysia akan mampu mencapai kejayaan kembali.
Bagi UMNO/BN, mungkin pada masa hilang kuasa ini akan mampu untuk membersihkan imej serta apa yang ada untuk menjadi parti baru dan bersih dalam pesada politik negara, sekaligus memberi satu inspirasi dalam menjamin satu wadah baru dalam pemantapan politik pada masa akan datang.
Kita harus faham kenapa PH ditubuhkan. Ianya adalah akibat mereka yang sayangkan UMNO akan tetapi dikemudikan oleh entiti yang telah sudah merosakkan acuan perjuangan UMNO yang sebenar. Kita sebagai rakyat mahukan kesejahteraan hidup, mampu hidup dengan selesa untuk diri, anak cucu dan seterusnya. Bukan diberi imbuhan secara singkat. Justeru itu, berilah peluang pada PH membuktikan bahawa mereka juga mampu melaksanakan transformasi politik dan juga perkukuhan ekonomi rakyat.
Pihak kerajaan sekarang juga jangan takut untuk hilang kuasa demi mentransformasikan UMNO/BN untuk menjadi satu parti baru yang berupaya menjaga rakyat dengan baik pada masa akan datang.
Oleh itu rakyat Malaysia, kita harus faham bahawa tiada pemerintah yang mahu rakyat memderita, kecuali wujud salahlaku demi kepentingan individu
YAB TDM telah pernah memacukan ekonomi negara ke puncak sehingga pada masa dahulu KITA merasai kejayaan sosio ekonomi yang mentap, kesejahteraan hidup dalam erti kuasa mampu beli dan hidup yang baik walau pada masa lepas Malaysia dilanda fasa recession beberapa kali.
sekian.
Memang botol la, ekau ni bangang Waghih.
ReplyDeleteDr.M pogang Kementerian KeWANGan duo kali itu pun tanpo dirancang dan bukannya buek korjo sebagai Menteri KeWANGan sobonar. Ketika itu, Timbalan Menteri KeWANGan kan ado. Bukan seperti Pak Lah yang lantik diri-sendiri, pogang jawatan PM dan pogang juga WANG Rakyat, secara kokal... selagi mana mereka berkuaso sebagai PM.
Manakala Najib, sebaik sajo Najib jadi PM & lantik diri-sendiri sebagai Montori KeWANGan, ditukarnya TIA jadi 1MDB, guna Jho Low (yang sudah berada dalam TIA ketika ditubuhkan pada 2008, semasa Najib TPM) sebagai orang-tongah untuk berurusan bagi-pihak Kerajaan/1MDB. Dalam 1MDB pulo, semuo transaksi mesti dapat kelulusan atau ditanda-tangan oleh Mr.117*, iaitu Najib sebagai orang-bosar 1MDB, PM & Montori KeWANGan.
*Nota petikan:-
"Memorandum Pertubuhan 1MDB Artikel 117 Reserved Matters. Klausa yang menyatakan semua keputusan pelaburan 1MDB mesti diluluskan Dato Seri Najib Razak. Artikel 117 dalam Memorandum Pertubuhan atau Memorandum and Articles of Association M&A 1Malaysia Development Berhad jelas menunjukkan keterlibatan secara langsung Perdana Menteri dalam keputusan-keputusan 1MDB."
Hakikatnya, semasa Dr.M memangku dua-kali jawatan Menteri KeWANGan, beliau tidak menubuhkan apa-apa Syarikat pelaburan seperti 1MDB dengan mensyaratkan semua keputusan pelaburan MESTI ditanda-tangani oleh beliau sendiri.
Den dah kato dulu; Kalau di Negara Kapir... perbuatan seperti Pak Lah dan Najib yang melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan, sebaik sajo menjadi PM... sudah akan menyebabkan Rakyat mereko toboliak biji-mato.
Sebab itu, jika PH monang, den langsung tak setuju jiko mereka lakukan bondo yang samo seperti Pak Lah & Najib.
Namun, jiko Dr.M sebagai PM selepas Najib, dengan alasan monasabah... seperti, mahu memasti/memudahkan pengembalian semua WANG Rakyat yang disamun oleh Geng-Kleptocracy, didalam atau diluar Negara dengan lebih berkesan dan cepat... dan oleh itu, Dr.M dipersetujui memikul sementara jawatan Menteri KeWANGan, den terpakso redo.
Maklumlah, Dr.M mempunyai reputasi yang amat mengagumkan dan dihormati di luar Negara, terutamanya kuasa-kuasa besar dunia. Vladimir Putin Presiden Russia misalnya, amat menghormati Dr.M.
Pada pandangan saya, jika Dr.M sebagai PM baru, terus buat lawatan ke Russia dan China, mahu terlopong President Trump.
Oleh yang demikian, jika Dr.M sendiri sebagai PM dan juga Menteri KeWANGan sementara, (dengan syarat, mendapat persetujuan Kabinet dan Parliment, terlebih dulu) mengepalai delegasi keluar Negara atas urusan pengembalian WANG Rakyat yang dicuri dari 1MDB, sudah tentu ia akan lebih berkesan dan berjaya dengan cepat.
Silap-silap, Rakyat Malaysia boleh dapat sedikit interest/keuntungan. Maklumlah, pengurusan keWANGan, asset dan syarikat2 terkait 1MDB yang disita/beku di US, dimasukan dalam 'Escrow Account-1MDB'. (Google untuk tahu lebih lanjut).
Agensi yang mengurus 'Escrow Account' ini akan menyimpan hasil keuntungan, selepas dibayar upah/gaji pekerja2 disana, supaya mereka tidak teraniaya akibat jenayah Kleptocracy-Malaysia.
Itu belum termasuk, WANG yang dibekukan di Singapura, Switzerland dan lain-lain, jika ada. Kapal terbang yang dibeli guna WANG 1MDB pun boleh dijual/diberi kepada MAS. Dengar cerita, lukisan yang dibeli guna duit 1MDB, masih dipamirkan dan hasilnya juga dimasukkan dalam Escrow Account yang sama.
Bagus sunggoh pengurusan di Negara Kapir. Kalau difikirkan, inilah contoh 'nilai Islam' yang terdapat dan diamalkan di Negara Kapir. Kebajikan mereka yang teraniaya akibat perbuatan jenayah amat dijaga. Bila kes selesai dimahkamah dan penjenayah dihukum, harta/wang yang disita itu akan dikembalikan, termasuk keuntungan selama disita jika ada, kepada yang hak.
Cuba Waghih bandingkan apa yang berlaku di Arab Saudi hari ini.
Itu pun Najib boleh kata, Raja Arab Saudi yang masukkan RM2.6 Billion dalam akaun peribadi dia. Sudah tentu, orang Kapir terutamanya dalam DoJ, tergelak pecah perut atas penipuan Najib itu.
Bro, tak payah nak layan oghang bangang cam Waghih ni. Buang maso jo. Bodoh tak leh diaja ni diolah. Dah tolan tolampau banyak dodak otak tak leh fikir laei. Dio ni bukan bodoh bro, tapi dah sampai tahap bungko!!!!
Delete