A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
HARI ini, 24 Februari 2018, genaplah 12 tahun blog kita ini. Alhamdulillah.
Rencana pertama blog kita |
Terima kasih saya ucapkan kepada para pembahas dan pelawat di atas sokongan
mereka selama ini.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Diukur daripada aspek kepantasan perubahan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), blog kita ini bolehlah dikira sudah lama dan tua.
Apabila saya memulakan blog ini, dunia ICT boleh dikira masih muda dan teknologi
Blogspot baru berusia lebih sikit lima tahun. Blogspot dilancarkan pada 23 Ogos
1999.
Blog kita adalah antara yang awal dilancarkan dan mungkin berupa yang
terawal oleh seorang bekas wartawan media arus perdana.
Ketika melancarkan blog kita ini, saya baru lima tahun meletakkan jawatan
sebagai Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.
Hakikat bahawa kita masih kekal sampai ke hari ini adalah bukti sahih iltizam
kita untuk berkongsi ilmu dan maklumat secara terbuka dan berhemah.
Atas dasar itulah semua pihak diberikan peluang untuk menyatakan pendapat
dan memberikan pandangan sama ada mereka setuju atau tidak dengan pendirian
saya.
Bermula dengan rencana bertajuk “Tanda tanya di sebalik mohon maaf NST..”
saya telah menampalkan 1,263 rencana dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai
pelbagai hal, tajuk dan isu.
Blog kita bukanlah yang terbesar di Malaysia tetapi tidaklah terlalu kecil.
Sejak 12 tahun lalu kita telah menerima lebih 10 juta kunjungan (10,206,299
sehingga beberapa minit lalu), muka surat yang dilihat/dibaca lebih 16 juta
(16,269,378) dan pengikut tetap (followers) 1,420 orang.
Yang paling ramai membaca tentulah dari Malaysia diikuti oleh Amerika
Syarikat, Norway, Singapura, Indonesia, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, Australia,
Brazil dan Brunei.
Sekali lagi buat semua pembaca dan pembahas – sama ada yang masih bersama kita
atau yang telah meninggalkan kita – saya ucap selamat dan saya ulangi rasa
terhutang budi kepada mereka.
Insya-Allah selagi diberikan kekuatan fizikal dan minda, saya akan teruskan
blog kita ini. Terima kasih.
Wallahuaklam.
DAKJ,
ReplyDeleteSaya diantara pengikut Datuk sebelum Datuk menulis dialsm maya lagi.
Ketika itu garapan Datuk atas kertas NST begitu lunak, bernas , lancar dan cepat di khadam oleh otak saya walaupun dalam bahasa Inggeris.
Bak kata pepatah, sekali air bah sekali pasir berbuah. Begitu lah yang melanda wacana siasah Malaysia dimana para pengarang dan penulis saperti Datuk mencatit dan melontar pendapat dan pandangan.
Pembaca saperti saya sentiasa disogok dengan kesimpulan yang berbeza beza. Ada andaian, ada yang sahih dan ada yang palsu.
Harap Datuk tidak menggandaikan pandangan saya ini sebagai satu kritis tetapi hanyalah sebagai seorang peminat yang tidak jemu mengikuti tulisan Datuk tidak kira haluan mana yang Datuk sedang belayar ketika ini.
Tahniah Datuk Kadir. Another milestone. Semoga Allah taala memanjangkan umur Datuk dan dikurniakan kesejahteraan kesihatan supaya Datuk dapat terus menyumbang demi masa depan anak cucu kita. Tahniah sekali lagi...
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteTahniah!
Ini la blog yang pertama dimana aku menulis sebab content nya sangat baik sekali.
Tahniah sekali lagi.
Tahniah Dato, teruskan perjuangan murni ini !
ReplyDeleteCongrats Datuk. Many of us share the same fight with you.
ReplyDeleteSalam Datuk,...tahniah.Antara blog terawal yang saya ikuti sebaik sahaja ada PC di rumah tahun 2007 dulu.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah Datuk!
ReplyDeleteTeruskan menulis... Tanpa idea dan tulisan Datuk terasa kosong dan tawar pembacaan saya... Semoga dianugerahkanNYA kesihatan dan kelapangan berpanjangan kepada Datuk... InshaAllah.
Tahniah Dato.
ReplyDeleteSemoga Dato dikurniakan Allah kesihatan yang baik demi menjatuhkan Kleptocracy yang amay memalu dan mencemarkan nama baik Bangsa, Agama & Negara tercinta.
AsSalam Datuk ...
ReplyDeleteTahniah ateh ulangtahun ke 12.
Jauh perjalanan tu ...
Thanks for being " open ".
Waghih.
Tahniah Dato kerana terus menulis demi bersuara untuk rakyat marhaem walaupun Dato sudah satu darjat di atas.
DeleteSeingat saya blog Dato bermula dari usaha untuk menaikkan Najib sebagai PM untuk menggantikan Pak Lah yg auto pilot.
Harap Datio teruskan menulis untuk menyedarkan MO1 dan macai macainya bahawa kuasa sebenar adalah di tangan rakyat marhaem.
Syabas Dato.
ReplyDeleteBlog Dato dan blog Zamkata.... adalah 2 blog
yg sy selalu tumpang tokok tambah.
Sy rasa cukup 'syok' bila lontaran sy diterima berkongsi di 2blog ini.
Rasa puas sebab Tuan punya blog bukan 'budak suruhan'.. ..bukan penulis upahan yg tiada jati diri.....spt penulis 'kucing ku#@p 'diManchester.
Teruskan usaha murni Dato.
Tahniah Datuk. Datuk atu-satunya blogger yang masih belum makan ‘umpan’. Blogger-blogger seangkatan yang lain semua dah kenyang macam ular sawa makan quinoa.
ReplyDeleteTahniah&tksh DAKJ...teruskan perjuangan melalui blog ini..kami tetap setia bersama Datuk.
ReplyDeleteTeruskan Datok......kami tetap bersama mu.
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
ReplyDeleteMenurut Ketua Audit Negara (bertarikh 28 Ogos 2017), Kumpulan Felda rogi (bersih) RM728 juta
untuk tahun kewangan 2016, banding dgn RM 1.13 bilion pd tahun 2015. Hutang pulak RM 9.08 bilion berbanding RM 8.38 bilion
pada tahun 2015. Aku rasa ni masa belom lagi beli saham Eagle High dari sysrikat Peter Sondakh dari Indonesia. Yang ni pulak
dari Malaysian Insight :
" FELDA’S investment in Indonesian oil palm planter PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) is a bust said an oil palm watchdog.
International Palm Oil Monitor (IPOM) said a due diligence report prepared in relation to EHP’s acquisition by KPMG and sighted by IPOM clearly detailed numerous concerns and improprieties.
“Among others, cash flow problems, inflated acquisition price, non-compliance with laws and regulations, excessive borrowings and excessive amounts due for repayment to the banks and tax evasion." (Feb 20, 2018).
Kod2 hang bulih ulaih sama ada betoi ka benda ni, aku baca tanah ibupejabat depa masih belom dapat balik (pindah milik),
harga saham FGV masih rendah, hotel2 di London yg kenun2 nak juai (liquidate) untuk tampong 'aliran tunai' depa pon nampak tak da kemajuan....
orang2 lama kata hubaya2, tu pon kalu belom telambat...
Macam mana pon tahni'ah banyak2 kerana 'blog' hang dapat betahan begitu lama, dapat la aku tumpang sekaki di usia lanjut kita no.
Alhamdulillah, semuga Allah S.W.T. meridhoi dan memberkati, dan mengampuni salah silap kita no, amiin dan terima kasih banyak 2.
Wa Sallam,
Aku
Datuk, Tahniah, saya mengikuti blog ini baru tak baru lah rencana banyak yang general sebelum ini komentar-komentar blog pun bagus bila ada isu tambahan pulak waktu peralihan kuasa yang boleh dijangka harap bolih teruskan. Terima kasih
ReplyDeleteAssalam Datuk.Moga Datuk di beri kesihatan dlm perjuangan..Terbaik
ReplyDeletecongrats, datuk...
ReplyDeletelap u...
moga tambah sihat dan tekun bekerja,ya? ;)
xoxo
Tahniah Dato dan saya berharap Dato terus menulis selagi terdaya.Kita tak semestinya bersetuju dalam semua perkara tetapi perbezaan sudut pandangan akan memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam dalam setiap isu.
ReplyDeleteThe pen is mightier than the sword...
SETII TAHNIAH DATO.
ReplyDeleteSALAH SATU BLOG YG MEMPUNYAI NILAI INTELEKTUAL YG MEMBANGGAKAN.
KEEP IT UP !!! OR KIDIPAP.
Statistic follower tidak memasukkan "silence follower" :-). Teruskan menulis perkara kebaikan dan kebenaran. Moga datuk dikurniakan fizikal dan minda untuk menulis. Aamiin.
ReplyDeleteCongratulations. One thing that I realize among season journalist is the ability to provide details in their reporting.
ReplyDeleteBlog datuk ni memanglah amat tinggi qualitinya sehinggakan orang-orang yang masuk hanya untuk menghentampun ketagih. Kalau sehari depa tak buka blog datuk ni mungkin tak dapat tidur lena.
ReplyDeleteTahniah datuk!
Tahniah Dato'
ReplyDeleteSemoga Dato' sentiasa diberkati dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya suka masuk blog Dato' walaupun kadang-kadang setakat jadi Silent
Reader sahaja. Saya gemar membaca sumbangan-sumbangan pendebat yang
masuk ke blog Dato'. Pandangan mereka semua bernas dan membina minda
sehingga ada kalanya saya merasa rendah diri untuk menyumbang.
Apa pun saya sentiasa berdoa kesejahteraan Dato dan semoga
semua perjuangan Dato' dimakbulkan Allah.
Aminnn.
Alhamdulillah, Tahniah Dato.
ReplyDeleteSemuga Dato dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.Semuga Allah SWT meredhai segala usaha gigih Dato.
As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² MY..
ReplyDelete"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @ Prime Munafiq @ Penyangak MY)"
-------
MY 2k18 - Tempus Fugit
-Congrats Maestro Sir! Your perseverance truly deserves sincere respect... Wishing U "All the best" & may Allah AWJ bless & protect U always..
-Also a warm applause to all 'Our Fellow Sahabats & Righteous Patriots' that without "fear or favour" continues to SUPPORT THE STRUGGLES against the tyrannies & manipulations of the ruling kleptocratic regime of MY... Salute to all of U!
-Success is just around the corner everyone.. Stay Focus.. Stay Proactive.. DO NOT LOSE HOPE!
-We all love Our Motherland.. ALL OF US must save it from destruction.. The only way to do it is to TAKE IT BACK from the Oppressors.. We Vote Them All Out!
-ALL OF THEM.. Semua 'Agamawan² Penguasa² Individu²' Korup.. Mereka ini semua "Persona Non Grata" kepada MY.. Singkir mereka semua & Kita "merdeka kan semula" Negara Tercinta Kita ini!
-Kita Semua perlu singkirkan semua 'Pengkhianat ³Negara²' ni.. Starting with AhJibGO & 'Pengikut² Pendokong² Pembela²' nya.. Mereka ni semua PENGKHIANAT.. Pengkhianat yg merosak kan "OUR foundations","OUR values" & "OUR way of life"!
MY 2k18 - Res Ipsa Loquitur
-Membaca itu pelita kehidupan.. Kita Semua di era "I.T" yg penuh dgn maklumat dari serata pelusuk.. Jadilah insan yg celik & berinformasi.. Bebaskan diri dari kejahilan!
http://graphics.wsj.com/1mdb-decoded/
http://www.sarawakreport.org/2018/02/if-najib-is-not-desperate-why-is-he-acting-so-desperately/
https://www.mmtimes.com/opinion/13233-najib-s-slow-death.html
https://www.timesofisrael.com/in-first-israeli-diplomats-attend-un-conference-in-malaysia/
http://www.independent.co.uk/news/world/asia/malaysin-prime-minister-najib-razak-prefers-quinoa-rice-a8226526.html
https://patriotnegara.com/2017/12/31/bahasa-mencerminkan-akhlak-peradaban-dan-keperibadian-diri/
https://www.themalaysianinsight.com/s/39814/
-Kebenaran & Kepalsuan.. Semuanya dihujung jari kita.. Jadilah warga MY yg celik..
-And always remember.. GST itu Zalim.. GST = Grand Systematic Theft..
-May God Almighty have mercy & strengthen Us All in this holy struggle... Ameeenn!
-------
"WE are braver than WE believe,
WE are stronger than WE seem,
& WE are smarter than WE think"
-His Excellency Tun Dr Mahathir
"A man who stands for nothing will fall for anything"
-Malcolm X
"Fear not the man who has practiced 10,000 kicks once,
Fear the man who has practiced one kick 10,000 times"
-Bruce Lee
-------
"Fight The Battle AND ULTIMATELY Win The War...Insy'Allah"
***May Allah AWJ bless & protects ALL OF US from Iblis & Dajjal Laknatullah**
***Ameeenn**
"The AhJibGO Factor"
"Discussion IS Dead"
"Diplomacy IS Dead"
"Democracy IS Dead"
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
P/S: DAKJ & Fellow³ Sahabat².. Happy Anniversary & Happy New Year 2018.. Stay vigilant.. NO FEAR!
#Malaysia.Tanah.AirKu
#Tanah.Pusaka
#Bahtera.Merdeka
Terlampau banyak yang Najib mahu sorok dari Rakyat.
ReplyDeleteKetika scandal 1MDB mula meletop dulu, Najib suruh Rakyat bersabar, tunggu Laporan Audit Forensic dari Juruaudit Negara, Ambrin Buang. Alih-alih, bila laporan siap, di'buang'nya laporan itu kedalam tong OSA. Apa yang Najib nak sorok dari Rakyat?
Kata... Rakyat di Dahulukan.
Semalam, saya terdengar Nightline TV3; Najib berjanji kepada Rakyat Pahang... beri BR1M di Kawasan parlimennya, Pekan... (Amboi, sanggup buang masa bagi BR1M secara peribadi)... bahawa Kerajaan akan memastikan Banjir besar 1971 tidak akan berulang lagi. Ini lah yang peliknya.
Mengapa Banjir besar 1971 yang sudah 47 tahun berlalu, Najib jadikan contoh?
Kebanyakan Rakyat bukan ingat pun. Rasanya Banjir 2014, lebih besar sedikit dari yang berlaku pada 1971 dan lebih dekat dihati-sanubari atau denyut-nadi Rakyat, termasuk remaja.
Kebarangkalian besar, Najib tidak mahu Rakyat teringat kembali adegan atau aksi beliau... selepas bermain golf dengan Obama di Hawaii, meninggalkan Rosmah bersama jet kerajaan di Hong Kong... sedang bershopping-sakan la kot... bergegas balik ke tanahair, guna pesawat komersial untuk bersama Rakyat mengharungi banjir besar 2014.
Terlalu banyak sandiwara, Najib nih.
Tahniah, The Scribe.
ReplyDeleteIt's no exaggeration to say that your blog moved scores of other journalists to open their own blogs at a time when blogs were, unfortunately, considered an enemy of the State. My own decision to start blogging in May 2006 after moving out of Jalan Riong was made easier by the fact that my ex-boss was already blogging away at the time. Less than six months later, I found myself at the receiving end of a major lawsuit (the first against a blogger by a newspaper company :-). The court case lasted five long years, made some of us (in)famous but was rather taxing, esp financially. It became bearable largely because I enjoyed a lot of help and support. The first cheque paid in the name of the legal firm representing me at the time was a personal cheque which you signed and delivered personally to the lawyer outside the court, which was then located at the Denmark House.
Here's to many more years of The Scribe.
tahniah Dato semoga Allah kurniakan kesihatan dan idea yg berterusan. Gaya penulisan Dato bolih dicontohi utk generasi muda yg baru memasuki alam penulisan, diperkaya dgn fakta, logical sense dan urutan cerita yg amat menarik serta informatif.mengikuti tulisan Dato sejak dnst dan mula berblog hinggalah kini. jangan cairkan integriti Dato teruskan demi agama negara
ReplyDelete