A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MENGAPAKAH Speaker (Umno)
Dewan Rakyat, (Tan Sri) Pandikar Amin Mulia (PAM), begitu takut untuk membenarkan
isu mengenai 1MDB, Jho Low dan Pegawai Nombor Satu Malaysia (MO1) dibahaskan
dalam dewan yang mulia itu?
Pandikar Amin Mulia: Jangan sampai dimakan sumpah |
Kalau dia seorang
Speaker yang tidak berat sebelah dan ditambah pula seorang pendekar, seorang yang
sentiasa aman lagi mulia mengapakah dia begitu takut, tidak aman dan kurang mulia
apabila berdepan dengan isu 1MDB, Jho Low dan MO1?
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Sikap “protective” dia terhadap
isu 1MDB, Jho Low dan MO1 menjadikannya pelindung dan pembela skandal 1MDB, Jho
Low, MO1 serta pesubahat mereka.
Kerana sikap dialah, rakyat
jelata amnya dan pengundi khasnya disekat daripada memanfaatkan dewan yang
mulia itu untuk bertanya soalan dan berbahas mengenai isu 1MDB, Jho Low, MO1
dan, yang terbaru, penahanan kepal mewah Jho Low, Equanimity.
Kapal super mewah itu adalah harta haram terbaru yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ). Ia adalah antara harta yang dibeli oleh Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Amerika dan di banyak negara lagi menggunakan duit selewang 1MDB.
Oleh sebab PAM tidak
mempamerkan keberanian seorang pendekar, ketenangan seorang yang amin dan
kemuliaan seorang berkedudukan tinggi, maka terpaksalah kita membawa keluar isu
1MDB, Jho Low, MO1 dan rompakan aset negara daripada dewan yang mulai ke
mahkamah pendapat umum (the court of public opinion).
Untuk itu, saya
perturunkan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan
(PH) yang ditolak atau disekat oleh PAM.
Misalnya empat daripada
lima soalan untuk jawapan lisan yang ditanya oleh AP HP Sepang, Mohamed Hanipa
Maidin, ditolak.
Soalan-soalan itu
ditujukan kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak dan timbalannya, (Datuk
Seri) Ahmad Zahid Hamidi.
Mohamed Hanipa, antara
lain bertanya kepada Mohd Najib dalam kapasitinya sebagai Menteri
Kewangan mengapakah dengan tiba-tiba
pendirian kerajaan atau 1MDB bertukar dengan persetujuan untuk membayar kepada
IPIC sedangkan sebelum penyelesaian prosiding timbangtara di Mahkamah London
Timbangtara Antarabangsa itu, Timbalan Menteri Kewangan Kedua pada 1 Ogos 2016
telah dilaporkan berkata yang 1MDB akan melawan dan tidak akan membayar
tuntutan IPIC (International Petroleum Investment Company) dan anak
syarikatnya, Aabar Investment PJS sebanyak US$6.5 bilion di London itu.
Kapal super mewah Jho Low yang dibeli dengan duit curi 1MDB |
Menurut laporan media alternatif,
AP PH telah bertanya sekurang-kurangnya sembilan soalan tetapi dihalang atau
tidak dilayan oleh PAM.
Parlimen adalah badan
pembuat undang-undang tertinggi di negara kita dan tempat di mana segala
permasalahan negara dan rakyat jelata sepatutnya dibentang dan dibahaskan.
Tetapi oleh sebab kuasa
tertinggi di Parlimen, khususnya di Dewan Rakyat, iaitu PAM memilih untuk menjadi
penapis bagi pihak Umno/Barisan Nasional, maka kebebasan dan kesucian dewan yang
mulia itu telah tercemar.
Kerana 1MDB, Jho Low dan
MO1 punya hal bukan sahaja negara serta rakyat jelata menanggung risiko dan beban
hutang puluhan bilion ringgit malah kemuliaan dewan turut ternoda.
Wallahuaklam.
Sallam Dato'
ReplyDeleteNama dewan di Parlimen itu adalah Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat berbahas tentang hal yang bersabit dengan hal Rakyat.
Yang tukang tanya adalah Wakil Rakyat.
Wakil Rakyat dilantik oleh rakyat supaya berbahas untuk kepentingan rakyat.
Duit 1MDB adalah duit daripada Dana Rakyat.
Jadi itu Wakil "Rakyat" bertanya berkenaan duit "rakyat" dalam Dewan "Rakyat".
Kenapa pulak Speaker tak bagi bertanya soalan berkenaan dengan duit Rakyat?
Kalau kita pergi bank untuk bertanya berkenaan dengan duit kita yang disimpan dalam bank. Boleh ke pegawai bank kata, awak tak ada hak untuk tanya duit awak yang disimpan dalam bank?
Persoalannya adakan Speakar pendekar ini menjaga kepentingan rakyat atau kepentingan yang lain?
Ini cerita kapal Jho low yang ditahan di Indonesia itu beritanya tersebar luas dalam media di Indonesia.
Tapi wakil rakyat nak tanya pun tak boleh.
Kesian PAM. Pengecut ya?
DeleteAS salam mualaikum dato,sebahagian dari nama speaker tu kalau dalam bahasa tamil adalah sejeis haiwan dan saya pasti dato sedia maklum
ReplyDeleteZaman Tun M jadi PM Malaysia selama 22 tahun pun banyak skandal dan isu. Isu BMF, isu Forex Bank Negara, Isu Memali, isu MAS, isu MAS, skandal Perwaja, pemecatan Anwar dan sebagainya.
ReplyDeleteTidak pernah, I repeat TIDAK PERNAH Speaker-Speaker Dewan pada masa itu menyekat para wakil rakyat untuk bertanya soalan berkenaan isu-isu tersebut. Tak pernah sekat sama sekali. Boleh pulak dia kata zaman Mahathir lagi teruk dari dia...
Wow. Tun Mahathir memang realistic
DeleteKata tuduhan-tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah dan pembohongan. Tiada duit yang hilang dan sebagainya. Tapi wakil rakyat disekat untuk bertanya soalan. Laporan audit OSA.
ReplyDeleteMacam mana parlimen nak berfungsi kalau macam ni? Dimanakah akauntabiliti Kerajaan dalam tindak-tanduknya jika semua benda hendak disoroknya?
salam dakj
ReplyDeletedewan rakyat adalah forum utama perbahasan isu negara. tindakan kawalan seperti ini hanya menunjukkan kelemahan pihak kerajaan. hampir semua tersekat oleh seseorang. peguam negara juga memainkan peranan serupa. terkini ialah kp ros yang dibebankan dengan masalah kepatuhan parti utama kerajaan kepada perlembagaannya. parti yang sepatutnya menjadi bench mark kini telah merudum menjadi sebagai parti yang mengharap ihsan pihak lain untuk meneruskan hayatnya. modus operandi yang serupa dilaksanakan di dalam dan di luar dewan.
Salam Dato. Sdah boleh d jangka lah. Dia Speaker pilihan atau lantikan BN, sampai kiamat pun dia akan pertahankan Najib.
ReplyDeleteMoney n weath above anything else.
Perhaps, bila PH memerentah kelak, sesuatu boleh d buat tentang his past performances as Speaker.
Ingat tak lagi dulu ugut nak berhenti, jumpa TDM. Isu cuma tandas ofis.Nothing good comes put of his mouth lah.
Beza Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia.
ReplyDelete400 juta wang rakyat Malaysia yang dibekukan oleh pihak Kerajaan Switzerland enggan dituntut oleh Kerajaan Malaysia. Kapal mewah Equnimity yang bernilai ratusan juta yang dirampas oleh Kerajaan Indonesia juga Kerajaan Malaysia tak nak tuntut. Betapa kaya-rayanya Kerajaan Malaysia.
Hampir 1 juta wang dalam akaun bank milik pegawai kanan PDRM telah dibekukan oleh pihak berkuasa Australia juga tidak mahu dituntut. Sebelum ni berjuta-juta wang milik satu syarikat milik Kerajaan Malaysia yang telah dibekukan di bank-bank Singapura kerana disyaki terlibat money laundering tidak mahu dituntut.
Tetapi di pihak rakyat lain pula ceritanya. Baru-baru ini di Terengganu, viral video Imam-Imam, bilal-bilal, siak-siak, tukang-tukang pemandi mayat dan para penggali kubur bersesak-sesak, berhimpit-himpit laki dan perempuan semata-mata untuk mendapatkan RM1,000.
Kenaikan kos sara hidup menyebabkan mereka tidak keruan dan hilang kesipuan. Jatuh martabat para agamawan yang begitu dimuliakan, yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat. Umno BN telah berjaya menkorupkan pemimpin-pemimpin agama tempatan ini dan menjadikan mereka seperti pengemis.
Begitu juga dengan Jualan Sentuhan Rakyat yang diserbu rakyat jelata yang dahagakan barang keperluan harian yang murah setelah bertahun-tahun membayar HARGA MAHAL akibat cukai GST. Setelah bertahun-tahun menanggung azab siksa menanggung beban kenaikan harga barang dan kuasa membeli yang kian mengecil, Jualan Sentuhan Rakyat pun muncul menjadi medan rakyat menumpang kasih ‘sementara’.
Ini menunjukkan betapa kenaikan kos sara hidup adalah FAKTA dan bukan ‘fake news’ seperti yang dimomokkan oleh pemimpin Umno BN. Itulah beza Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia. Yang kaya Kerajaan dan yang miskin rakyat.
Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
ReplyDeleteAlhamdulillah dan syukur banyak2 kpd Allah S.W.T. pasai dorong hang bicara sikit pasai
perangai orang Sabah sorang ni.
Munkin aku kena bagitau bahwa aku ramai kawan2 dan kenai depa dah lama dah, temasuk hak dari Kota Belud, tapi hak kelakuan lagu sorang ni dan dan yg kenunnya mewakili Kota Belud dan sorang lagi kenunnya wakili orang Usukan, aku tak pernah junpa lagi. Dgn kehendak Allah juga.
Aku perati hak dari Kinabatangan tu,sunggohpon jugak dari Sabah (dari suku kaum orang sungai) tak la sangat kelakuan dia.
Kalu usul2 jugak, aku ingat kena balik kat MO1 sebagai 'sutradara' dlm karya wayang mengarut atau 'theater of the absurd' yg sangat meloya ni.
Wallahua'lam.
Mintak maghap.
Aku.
salam datuk kadir,
ReplyDeleteagak2 datuk bila nak PRU ni???
sebelum DS Anwar keluar ke selepas???
#cemasmenanti
Tok Kadir.
ReplyDeleteAda satu ungkapan klasik Melayu, tentang gimana amalan keharmonian bekerja.. "yang kurap mengangkat buloh, yang buta meniup lesung, yang lumpoh jaga rumah, yang pekak cucoh meriam.."
Ada kah keharmonian kerje seperti ini di amalkan dinegara kita? Cuba kita tengok.. siapa jaga ugama.. orang yang macam mana yang jadi PM.. apakah panglima tentera kita sesuai menjadi kepala perang.. saya lemas tengok perut Pak Polisi kita.. sosok yang macam mana yang jaga sukan kita..
Tapi la ni ..Salleh Said Keruak banyak buat lawak. Rindu pulak saya dengan lawak Mat Maslan dan Asan Malik. Boss SPRM kita apa khabar ..oh ya Kak Ijat kita tak ada cadang nak jadi Menteri Pertanian ke?.
Begitu lah halnye dengan Speaker Dewan Rakyat kita. Agaknye sosok yang macamana yang layak jadi Speaker Dewan Rakyat.. yang buta kah, yang kurap, lumpoh atau pekak. Atau yang pendekar kah, yang punya pekenan ke atau yang mulia.
Saya melihat.. pemerintah sekarang dah tak boleh di tunjuk ajar dan dinasihati.. dah kematu. Cara terbaik untuk memulihkan keadaan ia lah dengan menolak mereka pada PRU14 ini. Jadi terpulang lah pada rakyat.. kalau masih meminta untuk dibangangkan.. so carry on..
Jangan lupa bila dah tukar kerajaan nanti ..hukum lah yang patut kena hukum. Bayangkan kesalahan pukol anak untuk disuruh ngaji pun boleh dipasungkan sehingga sepuloh tahun? Sosok yg terlepas seperti Haji Isa, Hajjah Sharizat perlu dibuka failnye balik.
Maaf datuk lari dari topik. Tapi ini melucukan.
ReplyDeleteSemalam kita dikejutkan dengan kisah seekor babi yang masuk masjid. Hari ini Hadi mengeluarkan artikel dalam harakah. Saya petik seperenggan.
"PAS yang teguh dan beristiqamah tetap tidak berganjak menghadapi politik fitnah dan bohong kerana kekuatannya laksana bukit yang sudah bertapak dibumi yang kukuh, tidak perlu melayan suara laksana anjing yang boleh menyalak bukit, hanya babi yang menghuninya lari bertempiaran. Adapun bukitnya tidak mungkin diruntuhkan oleh hanya salakan anjing yang bernajis mughallazah itu."
Kat penghuni bukit Pas tu banyak babi2 ke?
Dalam HH nak menganjingkan orang lain, dia terbabikan diri sendiri!
Salam Dato.
ReplyDeleteIni yg kita namakan 'Budak Suruhan'..... disuruh duduk....dia duduk....disuruh lompat dia lompat.
Hina atau mulia....dosa atau pahala bukan persoalan.
Menuduh tidak baik....tetapi tindak tanduk dia serupa sahaja dgn Menteri2...Ketua Bahagian2....MT dan segelintir Penjawat Awam yg menurut perintah.
Samada kekenyangan dedak atau takut kehilangan jawatan.
Maklumlah....jawatan mereka besar....tentu imbuhan pun besar.... termasuk kuasa yg ada.
Sanggupkah mereka menentang dan hilang semua ini.
Lebih baik 'status quo' dan beri sokongan walau pun palsu....janji imbuhan dan jawatan kekal aman.
Ini yg dikatakan 'kuasa duit' yg Bugis pamerkan dgn begitu berkesan sekali.
Alahai Melayu.
Pokoknya.... selagi majoriti Melayu2 Ketua Bahagian dlm Umno bersatu hati menyokong Bugis....orang2 spt Pandikar akan kekal ...sbg 'budak suruhan'.
Oleh itu BN/Umno mesti dikalahkan ....dan Pandikar serta rejim BN/Umno menjadi sejarah.
Harap2 GE14 ini dpt mengubah semuanya.
Sallam Dato’
ReplyDeleteKalau kita kira dan congak guna ilmu matematik setakat taraf sekolah rendah, tak payahlah guna ilmu matematik calcalus tahap tinggi.
Kapal yang dirampas oleh FBI Amerika dan Indonesia, katanya dimiliki oleh Jho Low, harganya RM1 billion atau bersamaan dengan RM1,000 juta.
Antara orang yang terkaya di Malaysia,
Tony Fernandez, hartanya bernilai RM3.9 billion.
TS Azman Hashim, hartanya bernilai RM2.45 billion
Vincent Tan hartanya bernilai RM2.42 billion.
Jadi itu, kalau Jho Low mampu beli kapal mewan bernilai RM1 billion. Mana dia dapat duit macam itu punya banyak? Dia berniaga apa?
Kalau Tony Fernandez, masuk akal kerana kita boleh nampak kapalterbang dia atas langit. Vincent Tan pun banyak bangunan dan Tokey simen.
Jho Low jual apa?
Agak menarik juga kapal mewah Equanomiti ini, panjangnya 300 kaki, tingginya lima sampai 5 tingkat, ada 10 bilik, sauna, Gym, ada swimming pool.
Kenapa kapal speedboat perlu ada swimming pool? Bukan ke mudah terjun saja dalam laut.
Khabarnya belanja kendalian (maintenance) saja sampai 100 juta setahun.
Kalaulah orang yang berminat dengan laut dan boat sekalipun, takkanlah beli boat sampai begitu sekali.
Salam sdra Zed-85,
DeleteMemang lumrah....mana2 sipolan akan berbelanja ikut sedap hati kerana duit belaja bukan terkumpul dari penat jerih atau kata org putih....'not fr blood sweat and tears'.
Duit songlap yg maha besar dlm sejarah dunia terhasil atas usaha sama dgn musang berbulu ayam.
Sallam Sdr Mh,
ReplyDeleteBetul juga, kalau duit free dengan duit dari titik peluh memang tak sama.
Banyak juga orang yang billionair terkenal, hasil dari usaha titik peluh sendiri pun berbelanja tak melampau, hidup serba sederhana.
Sallam Dato'
ReplyDeleteMengikut berita terbaru, duit RM430 juta yang dirampas di Switzerland akan dibahaskan di Parlimen Swiss oleh anggota parlimen mereka hari selasa depan.
Mereka akan mengundi (vote) di Parlimen samada hendak memulangkan sebahagian daripada duit tersebuat atau tidak.
Agak heran juga, di Swiss Parlimen boleh berbahas tapi mengikut speker pendekar kita, tidak dibenarkan bahas dan tak perlu dia bagi sebab kenapa tak boleh bahas.
Yang menarik, duit yang dirampas itu hendak dipulangkan kepada siapa?
Ada berita yang mengatakan bahawa, satu badan bebas atau "trust" akan terima duit itu dan akan edarkan kepada rakyat Malaysia.
Salam Datuk,
ReplyDeleteKita sekarang berada dalam sebuah negara demokratik palsu. Pilihanraya akan datang akan membuktikannya. Soalannya sekarang, apa reaksi kita sebagai rakyat.