Monday, May 28, 2018

Kakitangan Lantikan Politik Patut Tahu Nasib Mereka


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

MEMANG kita bersimpati dengan sebahagian kakitangan lantikan politik yang hilang jawatan apabila kerajaan baru Pakatan Harapan menutup agensi politik kerajaan lama seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

 
Jasa adalah antara instrumen propaganda utama Umno
Ini adalah kerana sebahagian besar mereka bergaji rendah dan tidak terlibat secara langsung dengan kegiatan politik pro-Umno/Barisan Nasional.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tetapi mereka sepatutnya tahu dan sedar bahawa turun naik nasib mereka bergantung pada jatuh bangun parti yang melantik mereka dan yang mereka sokong selama ini.

Mereka terlibat secara subahat apabila ketua-ketua mereka “mempolitikkan” tugas mereka. Ketua macam Ketua Pengarah dan Ketua Pemikir Jasa adalah orang yang perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan yang menimpa anak buah mereka jika mereka berhati perut.

Dalam hal yang berkaitan, kita tidak perlu berasa simpati apabila kerajaan PH membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN).

Memang patut pun majlis itu dibubarkan. Dalam kefahaman umum, MPN adalah badan intelektual tertinggi yang tugasnya mempamer dan melaksanakan kebebasan intelektual (intellectual freedom) di tahap paling tinggi.

Sebaliknya ramai ahli MPN memilih untuk menjadi pengampu dan pembodek ketua-ketua Umno/BN, khususnya bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka mengorbankan kebebasan dan kecemerlangan kecendekiawanan semata-mata untuk pangkat, duit dan gelaran kebesaran. Khabarnya di kalangan naib canselor mereka berlumba-lumba mendapatkan gelaran Tan Sri.

Eloklah tempoh pegang jawatan naib canselor jenis ini dikaji semula dan dipendekkan atau ditamatkan terus. Pilihlah pengganti yang tulen kecendekiawanannya dan rajin menyelidik serta menulis.

Bagi wakil (nominee) politik dalam agensi kerajaan serta syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) pula, mereka menanglah tidak layak untuk terus memegang jawatan atau mendapat simpati kita.

Ada beberapa orang sudah mengumumkan peletakan jawatan tetapi masih ramai yang berdiam diri.

Kita pun tidak tahu apa tujuan dan muslihat mereka. Yang kita tahu ialah kalau mereka bersedia membuat pusingan U sekali pun kita tidak ada jawatan pengampu, pembodek dan pemakan dedak dalam sistem kita.

Begitu jugalah dengan eksekutif GLC dan GLIC yang secara rela dan gembira memilih untuk menjadi tali barut Umno/BN sehingga khabarnya bangga menerima arahan daripada “suri dalam dapur”.

Mereka juga perlu mengundurkan diri secara sukarela atau menghadapi kemungkinan disingkirkan.

Hakikat bahawa ada sesetengah daripada mereka kini diminta memberi kerjasama kepada kerajaan dengan membekalkan maklumat mengenai urus niaga perbadanan mereka pada zaman Najib tidak bermakna mereka kini sudah selamat.

Kita pun sukar hendak bersimpati dengan watak-watak korporat yang amat akrab dengan “suri dalam dapor” sekiranya saham mereka ditekan turun oleh pelabur di Bursa Malaysia manakala kontrak, projek serta konsesi mereka dikaji semula.

Saya memberitahu mereka selepas kemenangan PH jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dan perniagaan mereka adalah tulen dan telus mereka tidak perlu bimbang.

Tapi nampaknya pelabur tahu dan mereka menjual saham syarikat-syarikat yang terlibat sehingga harganya jatuh merudum.

Kesimpulannya, para penjawat politik, profesor bodek, eksekutif ikut perintah dan usahawan pintu dapur perlulah menerima hakikat bahawa kerajaan yang mereka sanjung dan puji sudah tidak ada lagi.

Buka saya yang kata, tetapi bekas profesor pro-Umno/BN di Universiti Utara Malaysia yang kata: “Ada ubi ada batas.”

Wallahuaklam.

34 comments:

  1. Pemerhati12:26 PM

    Pandangan yang amat tepat Dato. Begitu juga dengan pembodek-pembodek di kalangan KSU/Ketua Jabatan yang secara terang-terang berkempen untuk BN dan pak/mak Menteri mereka. Gambar-gambar mereka berkempen telah disiarkan oleh 'mainstream media'dan media sosial.

    ReplyDelete
  2. Pemerhati12:35 PM

    Pandangan yang tepat Dato'. Begitu juga dengan pembodek-pembodek dikalangan KSU/Ketua Jabatan. Gambar-gambar mereka berkempen untuk BN dan 'political masters'mereka disiarkan oleh akhbar-akhbar serta media sosial. Tindakan mereka amat memalukan dan bercanggah dengan 'General Orders' serta tidak beretika. Kerajaan PH harus memgambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka supaya ianya tidak akan berulang lagi. Civil servants should be neutral.

    ReplyDelete
  3. Lingkupnya seorang pemimpin kadangkala sumbangan terbesar datang dari mereka yang di sekeliling.

    Dan ada jenis pemimpin, masa nak naik, yang bersusah payah dengannya orang lain tetapi bila di puncak yang keliling sudah orang lain dan pemimpin itu sendiri menjauhkan diri.

    Adalah perlu orang² (perlu ramai) seperti Datuk mengawasi memantau dan menghantar signal kepada pemimpin memaklumkan mana satu langau² yang bersalin kulit.

    Dengan syarat pemimpin itu masih tidak lupa asal usulnya.

    Situasi semasa juga agak membimbangkan apabila ada pemimpin yang merasa dirinya sedikit terpinggir sedang mengejar populariti mengangkat dan mensucikan diri.

    ReplyDelete
  4. Tuan Haji,
    Bingung saya apabila mendengar kritikan mantan "pembesar" Umno macam, Fuad, Zahid dll tentang langkah kerajaan PH. Kalaulah k/t dilantik oleh PARTI POLITIK untuk membuat KERJA POLITIK parti itu, ada apa alasan untuk kerajaan PH untuk mengekalkan mereka ni? Kalau sayang sangat pada "jasa" mereka bayar mereka dengan DUIT SENDIRI! Tu lah dah terlampau lama memerintah sudah lupa bahawa PARTI dan KERAJAAN merupakan dua entiti yang berbeza!

    ReplyDelete
  5. Salam DAKJ

    Balas dendam

    Dato’ maksudkan balas dendamlah ni ye. Aduh !!!! Apa ni Dato’. Dalam bulan-bulan puasa ni, semua orang bercakap tentang benda baik-baik, sembahyang, mengaji, bermaaf-maafan, lupakan sengketa lama. Ini ungkit nak balas dendam. Cubalah kita menghayati surah Asy Syuura ayat 39-40, antara lainnya mengatakan memberi maaf lebih besar pahalanya daripada membalas dendam di sisi Allah.

    Kalau nak balas dendam ke penjawat politik dan executive GLC OK lah. Lantikan pun dinamakan lantikan politik. MPN tu rasanya tak adillah. Jangan nila setitik rosak susu sebelanga. Professor kalau hanya tahu research & publication je bukan tahap professor lagilah tu.

    Last sekali, saya bukannya apa, tapi eloklah kita bagilah peluang kepada golongan usahawan sebab saya nampak, ramai yang baik-baik sebenarnya. Selalu pergi Mekah buat umrah. Nabi bersabda, 9 per 10 rezeki pun dari berniaga. Staf-staf mereka nak makan apa kalau projek tiada nanti. Tak baik menutup periuk nasi orang. YAB Tun pun faham masalah mereka sebelum ini. Saya bukannya nak menyebelahi mereka sangat, tapi kita tak baik balas dendam.

    Akhir kata, bulan puasa ni, lembutlah hati tu sikit. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Ini sebenarnya suara majoriti senyap. Jangan hiraukan pengacau. Jalan terus!

    ReplyDelete
  7. Akma Yusoff4:19 PM

    Dear Datuk,

    First of all I want to congratulate you for being appointed as secratriat to the Council of Eminent Persons (CEP). In addition to your role, I have some suggestions to make to the council. I sincerely hope you can relay this to them. Hopefully it will help the council in deliberating a way on how to put more money into the people’s pockets. Especially in the lower and middle income groups and to ease their economic burden.

    Before I begin, I have a small favour to ask you. I hope you don’t publish these writings in your blog. It is just for your consumption and hopefully for members of the CEP. Thank you for your cooperation.

    To begin with, lately I realize that one of the reasons why people in the lower and middle income groups found that they have less and less money in their pockets, that their ability to spend greatly diminished, apart from the GST, the other reason is due to the pervasive use of pre-paid system in utility and services sectors.

    Yes pre-paid system or cashless system. It is pervasive and ubiquitous in the country financial system as a method of payment. And it’s impact is far-reaching. Here’s the thing. Prepaid system works by requiring consumers to buy a card which always need to be reloaded in certain amount; any type of amount. The lowest is RM10.

    This mode of payment can be considered as pre-payment for a service of future use, according to the amount you paid. Even if you are not yet using the service, you already paid for it in the form of card. No more ‘pay-as-you-use’ method like before which use cash as means of payment.

    For example, tolled roads and highways. Either intra-city highways and inter-city highways. They no longer use cash. They only accept reload cards. You buy a card, reload it at certain amount and only then you can get onto the highways. They have made it compulsory for road users to use this method whenever they use roads and highways.

    Before this, they’re using this mode of payment only for intra-city expressways (highways within the city) such as AKLEH, DUKE, Kerinchi Link as one of the way to ease traffic congestion in the Klang valley. Especially during the rush hours but now they’ve expanded it to all major highways throughout the country including PLUS and LPT.

    -to be continued...

    ReplyDelete
  8. Akma Yusoff4:20 PM

    -continue...

    This quickly become unnecessary burden to lower and middle income groups since they need to set aside a lot of money for reloading cards. Toll rates for long haul journey are much more higher. It means more money need to be spent on reload cards. This is highly burdensome to them. They are just a meagre earner. A few ringgit is a lot money to them.

    You see, low income people use cash a lot. Rich people not so much. Rich people use card as a convenience while the low income use it because there is no other way. There’s no alternative. It has become a financial burden to them. This mode of payment is heavily skewed towards favouring the companies and the concessionaires; who collected tens of millions of pre-payment. Money coming from road users for future payment.

    For the low income group, whatever money left in their pockets each day, even in the form of coins, are valuable to them. They value them greatly. They need not to waste it all by unnecessarily spend it on realoading card for services they have yet to utilize.

    You pay for the services ONLY when you use them. If you want to use the service tomorrow, then you pay for it tomorrow la. In cash. Simple. Any mode of future payment greatly eroding purchasing power for the low income group and wage earners. Just bring back the CASH SYSTEM. It will be of great benefit to the low income groups.

    On another note, in utility and services sectors, especially telecommunication service, they now have made a practice for consumers to pay bills via Cash Deposit Machines or CDM. No more over the counter payment with cash. They don’t give you a choice to pay your bill in cash. They only accept payment either via online-banking or the CDM.

    When you pay bills through CDM, the lowest denominations the machines could accept is RM5. Some machines RM10. If your final bill amount is RM16.40, and you’re required to pay via CDM, you wil need to fork out RM20 because CDM would not accept RM1 note and coins. The balance will be carried into next bill as future payment. This is unnecessary especially for small income earners.

    This method of payment have put the low income group in great financial constraint. With the GST around, this practice not only require them to pay more than they should but their disposable income too will take a massive hit, thus, reduce their ability to spend on other essentialls.

    Telecommunication companies should give them options like before. If they want to pay in cash over the counter, then allow them to pay in cash. They can’t force them to use the CDM machines which made them pay more than they should. These people eke out for a living. Toiling under mid-day sun around the clock, day in and day out. They don’t have a couple of ringgit to dispense around for free.

    Companies shouldn’t take more money than they should with these small income earners and hard working small traders. They work so hard for each ringgit and each cent. Any extra money towards the end of the day are theirs to keep. No need to spend them on bills which required them to pay more. These people don’t work to become millionaires, they work to feed their family a full meal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, betul...

      Sudah serupa ahlong & ceti. Pinjam seribu then kena potong interest on the spot.

      Delete
    2. There is a conspiracy between toll
      Concessionaires n touch n go. You have to pay fees to top up ur card.
      There is always thieves to think of
      ways to pick ur pocket.
      I totally agree with u. Look after the sen and the ringgit will take care of itself.

      Delete
  9. Isu yg perlu kita bincang bukan lah sama ada mereka pegawai kontrak atau tetap tetapi samada mereka secara terang terangan mengpelopori n memihak kpd kesinambungan kerajaan yg korup.

    drpd 17 ribu yg kata nya terlibat dgn penamatan kontrak kerja, sebahagian besar nya adalah kakitangan sokongan yg menganggap pekerjaan mereka sebagai 'career' utk hidup seharian.(serupa juga dgn kakitangan kerajaan yg berjawatan tetap). yg sedih nya ada d antara mereka sama2 berkerja keras utk menumbangkan kerajaan najib/rosmah.

    pd pendpt saya keputusan utk menamatkan perkhidmatan kontrak mereka adalah tindakan yg agak 'extreme'. saya bersetuju jika 'badut2' yg secara terangan berkerja utk mengekalkan kerajaan klepet d nyahkan dgn serta merta tetapi kakitangan sokongan yg tak berdosa wajib d selamatkan.

    jika kita menggunakan 'argument' yg sama, maka semua kakitangan sokongan berstatus tetap d pejabat2 KSN, KSP n KPPA yg secara terang bekerja keras utk menyokong UMNO/BN n Najib n perlu d singkir,(n pej2 lain saperti KDN n MINDEF) perlu juga d kenakan tindakan yg sama. perbezaan d antara kedua kategori ini hanya lah dari segi teknikal i.e status sama ada 'kontrak' atau 'tetap'.

    rengkas nya, saya bersetuju bahawa organisasi yg tidak releven lagi d mansuhkan n pemain2 utama d singkir tetapi 'pls spare a thought on those unfortunate souls who happen 2 b caught in d middle'.

    kebanyakan mereka tidak berdosa !!!

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
  10. sukasamasuka4:42 PM

    Datuk,

    “Ada ubi ada batas.”

    - Bukan semua orang UMNO jahat.

    - Ada yang baik.

    - Ada yang prihatin sama rakyat jelata.

    - Masa rakyat susah, mereka datang bantu dengan wang ringgit dan tenaga.

    - Masa aku sakit terlentang dihospital, ada yang datang kasi duit sebab berbulan aku tak jual mi goreng...hilang mata pencarian aku...tanpa wang bantuan tersebut, memang aku lagi susah.

    - Dan aku tidak pernah berpaling tadah dari USNO...atau UMNO sehingga PRU13...tidak pernah, hingga last PRU...apa bolih buat.

    - Aku bukan benci UMNO.

    - Atau pada orang2 UMNO yang baik.

    - Aku benci pada si haramjadah Mappadulung tersebut dan lantikan politik yang jahanam sahaja, bukannya pada 3 juta ahli UMNO.

    - Mereka mereka ini mesti di heret dan di hadapkan di mahkamah atas jenayah2 yang mereka lakukan.

    - Hilang jawatan sahaja tak cukup, Datuk...yang salah mesti dihukum.

    - Kita mesti sokong usaha Tun 100% bersihkan Malaysia daripada anasir2 jahat ini supaya mereka tidak bolih berada di khalayak ramai dan bersembunyi di party2 politik baru.

    - Ada "arahan dari atasan" UMNO membenarkan ahli2 keluar dari cawangan2 dan bahagian2...tak tau apa tujuannya, tetapi nampak2nya nak "infiltrate" party Bersatu/Warisan secara senyap2 dan memecahkan dari dalam...ini aku dengar saja, entah2 "fake news".

    - UMNO sudah mati di Sabah.

    ReplyDelete
  11. Zed-854:42 PM

    Sallam Dato'

    Saya setuju benar kalau agensi-agensi yang tidak begitu memberikan manfaat tidak lagi diperlukan. Ini akan dapat mengurangkan kos kerajaan.

    Contohnya SPAD.

    Setahu saya, di negara lain seperti Singapura dan United Kingdom pun, hal-hal berkaitan ini dibawah kelola terus dibawah kementerian pengangkutan. MOT di UK dan LTA di Singapura.

    Kes SPAD tidak menimbulkan masalah kerana kakitangan dapat diserapkan ke dalam Kementerian Pengangkutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adnan Malek10:49 PM

      Kita lihat nanti bila tiada SPAD mcm mana jadinya pengangkutan asam....kebanyakannya rugi..

      Delete
  12. Salam Tuan...
    Seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dari Pengerusinya dan lembaga Pengarah mereka mengunakan SPNB berkempen sejak pertubuhannya. Amat menjijikkan melihat mereka2 ini turut berdiam diri hingga kini. Terima kasih

    ReplyDelete
  13. Aslm dakj,

    Kakitangan lantikan politik ni mereka yang buat kerja parti pemerintah, tapi gaji dibayar menggunakan duit rakyat. Takde faedahnya pun pada rakyat. Bila bertukar parti pemerintah, memanglah kena berhenti.

    Takkan nak buat kerja lama promote parti dia yang dah kalah. Nak u turn pun tak boleh untuk promote parti pemerintah sekarang. Amalan buruk yang perlu dihapuskan. No party works shall be financed using public money.

    Tentang rezeki ni, namapun kontrak. Dia pun tau jangka hayat di adalah bersama parti yang didokong. Barulah hang rasa bila mantan menteri2 dok mengata kat rakyat buat dua kerja lah, masak di rumahlah, macm2 lagilah. Saya simpati, tapi itu jalan yang kamu pilih mudah2an Allah yang Maha Pemurah mudahkan urusan kamu.

    Tang penjawat awam, profesor kangkung, top mgt glc yang terang2 menyokong parti politik ni dan bersikap tidak profesional bolehlah diambil tindakan. Kalau simpan mereka ni, perangai lama yes sir kepada poltical master akan menyebabkan kerajaan tidak boleh move on. Symp tu sepatutnya tidak boleh sehingga melanggar peraturan dan undang2 dan advise yang diberi kepada eksekutif hendaklah holistic bukan yang baik sahaja.

    Ramai dah puak2 yes sir dan bersekongkol dengan kerajaan lama teah dinaikkan dan membuat u turn apabila berhadapan dengan kerajaan baru. Ini semua takda prinsip punya orang. Serve government of the day konon.

    Budak jawa

    ReplyDelete
  14. Selain Dari peringkat pusat, di peringkat negeri juga berlaku perkara yang Sama. Badan-badan berkanun Dan agensi-agensi kerajaan negeri yg dahulunya di bawah bn ditungguli oleh pengarah/CEO lantikan politik sehingga Ada yang telah mendapat lantikan tetap Dan berpencen. Mereka ini menjalankan tugas seperti orang politik umno/bn, menggunakan jabatan/agensi semata-mata untuk kempen-kempen umno/bn. Sehingga ramai kakitangan bawahan yang tidak menunjukan sokongan kepada umno/bn dianiaya dengan tidak disambung kontrak baharu Dan dibuang kerja.

    Diharap datuk dapat juga melihat ISU ini juga di Mana penjawat awam lantikan kontrak jawatan rendah yang ditamatkan kontrak sebelum pH berkuasa.

    Saya meyokong datuk dalam perkara ini kerana lantikan politik di peringkat pegawai atasan Dan pengarah ini perlu dibersihkan Dari kerajaan pusat Dan negeri. Mereka adalah pemakan dedak dan tidak bertulang belakang.

    ReplyDelete
  15. Setuju lagi dengan Datuk. Manusia takkan berubah dengan mudah. Elok diberikan saja persaraan wajib untuk mereka-mereka ini.

    Budaya dalaman GLC-GLC juga perlu kita tukar dengan secepat mungkin. Mungkin dengan memperkasakan sistem audit. Agar tiada lagi golongan yang hidup mewah di atas wang rakyat.

    ReplyDelete
  16. Datuk,

    Antara yang menyepi diri kalau Boleh saya war-warkan di sini ialah Datuk Seri Jamil Khir. Harapnya dia dapat mengundur diri dari beberapa badan berkaitan agama, kolej perubatan, dan lain-lain lagi.

    Sekian

    Akira

    ReplyDelete
  17. Chief clerk3:38 PM

    Ada betulnya tu Dato,
    Jika jawatan atau jabatan itu tidak menyumbangkan kebaikpulihan kerajaan PH dan sebaliknya membebankan kewangan negara, pilihan nya adalah membubarkan sahaja fungsinya.

    Tetapi jika jawatan atau jabatan itu dapat membantu kerajaan, maka teruskan sahaja tetapi dgn mindset berkhidmat untuk rakyat dan negara, bukan kepada pemimpin.

    ReplyDelete
  18. sukasamasuka4:20 PM

    Datuk,

    Ini dipetik dari blog sebelah, Zamkata, http://zamkata.blogspot.my/search/label/utama

    "Tuesday, 29 May 2018

    HASRAT GUNAKAN WANG PNB UNTUK BAYAR HUTANG 1MDB

    Apabila membaca berita Permodalan Nasional Berhad (PNB) terlibat dengan projek untuk membina rumah mampu milik sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosialnya saya tiba-tiba di buru oleh prasangka buruk bahawa ini adalah dalam rangka perancangan untuk menggunakan wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.

    Dalam kata-kata lain adalah untuk siphone wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.

    PNB telah pun memegang saham besar dalam beberapa syarikat yang terjamin termasuk syarikat perumahan yang ternama maka kenapa ia harus terlibat pula dengan projek membina rumah mampu milik.

    Berasaskan kepada apa yang berlaku kepada KWSP, Tabung Haji dan beberapa lagi Institusi Kewangan separuh kerajaan atau kerajaan yang terlibat dengan 1MDB maka saya melihat ini sebagai persediaan untuk membantu 1MDB bila diperlukan.

    Jika PNB telah terlibat maka wang yang besar boleh disalurkan atas berbagai alasan untuk membayar hutang 1MDB dengan cara siphoned the money dari masa kemasa dengan berbagai alasan yang dilihat munasabah seperti menambah modal, membesarkan modal, menampung kerugian dan sebagainya.

    Saya sedikit pun tidak mempunyai prasangka buruk kepada Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid yang dihantar oleh Najib ke PNB tetapi saya tidak boleh melenyapkan prasangka bahawa Abdul Wahid akan terperangkap dalam permainan percaturan wang yang diluar kawalannya.

    PNB tidak perlu terlibat dengan perniagaan lain secara langsung kecuali menambah pegangan saham yang kukuh dan terjamin dari masa kemasa. Pemegang-pemegang sahamnya pun tidak mengharapkan ia mencari keutungan melibatkan diri dalam pernigaaan lain yang mungkin akan menjejas atau mencemarkan namanya.

    FGV syarikat saham peneroka FELDA cukup untuk menjadi contoh buruk kepada PNB. Peneroka-peneroka bukanlah terdiri dari orang yang tamak haloba untuk menjadi kaya-raya menerusi pasaran saham kerana mereka amat bersyukur dengan perubahan hidup mereka menerusi evolusi sosial.

    Mereka dapat tinggal dalam rumah moden dan sempurna, anak-anak berjaya dalam pelajaran dan ramai yang menjadi orang-orang profesional tetapi Najib nak menjadikan mereka kaya sepertinya dan Rosmah serta Isa Samad tetapi akhirnya mereka terpaksa menanggung hutang baru setelah sekian lama membayar ansuran hutang ketika menjalankan penerokaan.

    Pada fikiran saya eloklah Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar memikirkan semula untuk membatalkan penglibatan PNB dengan projek perumahan mampu milik. Biarlah syarikat yang sudah dipertanggungjwabkan menjalankan tugas ini.

    Perdana Menteri Tun Dr.Mahahir Mohamed tentulah lebih tajam untuk memikirkan dan melihat dakwaan saya bahawa tujuan melibatkan PNB secara langsung dalam perniagaan adalah untuk sapu wang PNB bagi membayar hutang 1MDB."

    - Apa ke Menteri Kewangan baru, LGE pun setuju juga dalam diam2?

    - Atau Tun sudah setuju atas nasihat LGE?

    - Kalau Tun dan LGE sudah setuju, Datuk mana ada kaki sama si Wahid.

    - Aku sarankan Datuk letak jawatan dari Council of Elders saja la, buang masa saja.

    - Tapi kalau Datuk tak tau, diam2 saja la...mungkin cerita Zam tu hanya "fake news".

    - Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  19. Palace and state4:41 PM

    Datuk,
    something surreal happened this morning when I read the news on the website on Kelantan and the antics going on there:
    IN SHOCK MOVE, CIVIL SERVANTS THREATENED WITH DISCIPLINARY ACTION IF THEY ALLOW HUSAM & WAN RAHIM ENTRY INTO GOVT BUILDINGS AND PALACES
    Above action was allegedly ordered by the Kelantan ruler.

    Is this for real? At a stretch the ruler can (I suppose so, but legal heads must give their take) prevent specified persons from entering palaces.
    But definitely NO to banning them from government buildings. Government buildings are there to run government business belong to the rakyat. Govt buildings meaning state govt or federal govt buildings? Have to pick and choose?
    Would be interesting to know if the PAS government has caved in.
    BTW, didn't Anwar and family visit Kelantan ruler's mother recently, and isn't Amanah part of Pakatan Harapan ?
    Interesting to note that the Perlis crisis is not over yet. Can someone advise if this is another case of interference or not?

    ReplyDelete
  20. Selamat Datuk.

    Memang patut. Macam aku juga yang hidup bergantung kepada pelanggan yang berkunjung. Ekonomi yang teruk menyebabkan taraf hidup aku pun menurun. Namun ada siapa peduli?

    Bila kakitangan kontrak nak dibuang, ramai yang simpati. Patutkah? Bagaimana dengan nasib rakyat marhaen yang bukan kerja kontrak, bukan kerja tetap dengan kerajaan?
    Bukannya ramai tak tahu yang kakitangan awam ada diantaranya kerja main-main sahaja. Cukup bulan masuk gaji.
    Ini kisah benar. Pukul 8 pagi masuk kerja punch card. Lepas punch card terus keluar katanya sarapan. Kemudian masuk ofis semula pukul 9 pagi. Pukul 10 keluar pulak makan lagi. Pukul 11 lebih masuk ofis. Pukul 12 keluar lunch. Pukul 2 masuk ofis. Pukul 3 keluar semula.... Pukul 4 masuk ofis... Macamlah orang tak tahu.
    Bukan ada kerja pun dalam ofis. Yang tak keluar kerjanya sembang..... Atau mengadap telefon bimbit. Sambil-sambil jualan langsung walau dipintu ditampal dilarang jurujual masuk. Rupanya didalam dah ada jurujual.

    Negara tidak perlukan pekerja sampai sejuta lebih.. tapi inilah Malaysia. Melucukan. Yang anehnya semuanya Islam. Solat tak tinggal. Kerja tak amanah.

    Sekian Datuk.
    Selamat.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. At 93 years old, Mahathir shouldn't be active anymore. Much less Prime Minister. It's embarrassing. People in other countries are laughing at us. Like we don't have someone better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surprisingly, at 93 the way he talks and handles his pc and his foresight, he is much better than Najib & any of the ministers of the kleptocratic government.
      Much of the structure and the fundamentals of parliamentary democracy which we practiced as per the Westminster system has been destroyed or crippled. Parliament is not functioning as what it should be to provide check and balance to the executive, a reason why we have the 1mdb scandal, a kleptocratic government and national debt ballooning to trillion rm.
      Give Mahathir the chance to put back the country on the path of democracy based truly on the Westminster system.

      Umno breeds corrupt and arrogant leaders. That is why you need a 93year old to come out of retirement to end umno's hegemony of our political system.

      Delete
    2. Maziah12:16 PM

      Yes,we don't have better candidate than Tun M

      Delete
  22. Salam DAKJ

    Selepas menegur perbuatan SALAH dan curang Dato’ sebelum ini, izinkan saya memberi beberapa cadangan pula.

    Pertamanya, Saya sebenarnya merasakan YAB Tun Mahathir dalam dilemma sekarang. Diluah mati mak, ditelan mati pak. Jiwanya masih kuat dan sayang bangsanya, BERSATU pun masih benyawa-nyawa ikan lagi. Terutama jika hanya menang 13 kerusi sahaja. Dan belum apa-apa, DAP dan PKR telah warning tiada UMNO 2.0 sebab mereka takut kekuatan Melayu. Rafizi pun belum apa-apa dah tunjuk “gedebe” dah.

    Nak tak nak BERSATU perlu memperkukuhkan kedudukan dan ahlinya. Dan sebahagian besar org Melayu masih di dalam UMNO. Jadinya, saya harap 2 perkara utama mestilah dilakukan segera. Pertama, hadapkan Najib dan kuncu-kuncunya ke muka pengadilan segera. Ini kerana kebanyakan ahli UMNO yg menyokong PH pada PRU lalu mahu bukti kukuh yg mereka tidak salah pilih. Tiada kompromi.

    Kedua, haramkan UMNO. Peminpin UMNO telah dilihat dayus dan masih menyokong seorang ketua yg korup dan terkenal kleptokrasi di seluluh dunia. Islam suruh taat kpd pemimpin selagi tidak melanggar syariat Islam. Bak kata Salleh Keruak dari Sabah, sejarah membuktikan empayar yg jatuh tidak akan bangun lagi. Dan bila UMNO diharamkan, ahlinya automatic menjadi tidak berparti dan memudahkan kemasukan ke Bersatu. Banyak permata dan bijak pandai yg sedang berhibernasi di dalam UMNO ni sebenarnya. Insyaallah, 89 kerusi UMNO yg dulunya akan dikembalikan kpd og Melayu. Barulah BERSATU dipandang tinggi.

    Setakat ini sahaja dulu cadangan tak seberapa saya. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  23. Political appointees should be asked to leave or sacked. That's the normal and accepted practices. PM has said exceptions are given to the lower rung staffs. They will be redeployed elsewhere.

    As for civil servants, under our system of parliamentary democracy they should be loyal to the government of the day but must be apolitical and impartial. If it is proven that they supported and actively campaigned for a particular party, more so a party which is the main backbone of the kleptocratic government, then action should be taken to terminate their services in the interest of the public as per the General Orders.

    ReplyDelete
  24. There is also an organization called the 'Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia'. Their office bearers are ex top civil servants and some are Chairmen of government public listed companies.

    What is disappointing is that despite the world accusing Najib as a thief and that he led a kleptocratic government, these ex top civil servants are supporting and campaigning for him. In essence they want the kleptocratic government of Najib to retain their power and continue plundering the nation.

    It is mind boggling really to decipher their conduct when ordinary Malaysians on the street wants to kick out the 1mdb thief from power.

    ReplyDelete
  25. Tertanya-tanya siapakah nama-nama eksekutif GLC & GLIC yg Datuk maksudkan tu

    ReplyDelete
  26. Urgent please!6:25 PM

    Datuk,
    was just watching the recorded telecast of PM and cabinet press conference today.
    If I were in Tun's shoes I would cut short the pc, simply because between the lights, the noise of the cameras, the shouted questions at Tun, how can answer properly.
    Confuse me so much, sure confuse Tun juga.
    Please get a moderator to take the questions, have the reporter (?) provide name and website/paper and then ask clearly and distinctly. Some of the reporters, betul saya take bolih faham apa mereka tanya, their accent so strong, their slang and even broken english, how to comprehend what was exactly asked.
    Don't waste Tun's time, I could see him trying to listen to the reporter, the microphone sometimes soft, sometimes ok, and the noise is loud enough to cover the questions.
    Datuk, can you please take this up with his assistants and secretaries urgently?

    ReplyDelete
  27. What about those who are victims of circumstances who used to be employed at organizations controlled by dsai s cronies.. who were just employed there, masuk pun bukan cara back door or through political connections or recommendations? There are many like me, who went to look for employment in other companies, only to be turned fown coz in our cvs, it showed we worked in anwar crony related companies.
    We at least I did not bitch, did not whine, and accepted it. For almost 20 years till retirement. Nak mengadu pafa sapa? Who would actually liste n? Tun M?
    I believe rezeki tu semua dari your Creator.

    So those unfortunate ppl out there, quit complaining, quit whining, quit bickering. Bukan satu tempat saja yg ada rezeki..

    ReplyDelete
  28. Sheriff Dol9:05 AM

    Selepas Kerajaan PH mengambilalih pemerintahan, bilakah agaknya TDM akan membuat proses leadership revamp di GLIC & GLC terutamanya di PNB?

    ReplyDelete