A Kadir Jasin
ADA pandangan dangkal
daripada golongan otak udang mengatakan tindakan menggeledah kediaman-kediaman
bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, dalam bulan Ramadan
tidak baik.
Mengangkut bahan bukti dari kediaman Najib |
Kepada Mamat-Mamat ini saya
bertanya: Adakah perbuatan salah yang mencetuskan skandal bilion ringgit
1Malaysia Development Berhad selama satu dekad itu berhenti pada bulan Ramadan?
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Adakah orang curi ayam, larikan
peri duit masjid dan mengendap perempuan mandi ketika Ramadan tidak
boleh diambil tindakan?
Pakatan Harapan (PH) telah
menjanjikan ruang bahas dan hak bersuara yang lebih luas. Tolonglah jangan
gunakan ruang yang lebih besar ini untuk membuat kenyataan dangkal dengan berselindung
di sebalik agama dan kemanusiaan.
Daripada apa yang dilaporkan
oleh media massa, khususnya media massa milik Umno, mengenai penemuan di
kediaman-kediaman Najib itu, jelaslah yang dia tidak sedikit pun takut kepada
undang-undang.
Mustahil bagi sesiapa
pun mempercayai bahawa wang tunai, jongkong emas, permata berlian, jam tangan
mewah dan bek tangan mahal yang ditemui itu adalah kekayaan turun temurun Najib
dan isterinya, Rosmah Mansor.
Kalau dia takutkan
undang-undang dan pembalasan, dia tentulah tidak menyimpan begitu banyak kekayaan
peribadinya di tempat-tempat yang boleh dijumpai. Tetapi itulah yang berlaku.
Ditipu Konco-konco
Ini menimbulkan
persoalan adakah Najib percaya bulat-bulat kepada konco-konconya yang dengan
angkuh mengatakan Barisan Nasional akan memang besar dalam pilihan raya umum
(PRU) 9 Mei maka dia tidak membuat persediaan untuk menyelamatkan dirinya?
Noh Omar berjanji akan
merampas balik Selangor. Mahdzir Khalid kata BN akan kekalkan Kedah. Bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Kewangan, (Tan Sri) Irwan Serigar Abdullah, begitu yakin Dr Mahathir akan kalah di Langkawi sehingga dia naik pentas menari macam
burung cenderawasih jantan ketika berkempen di pulau itu.
Daripada pemantauan kita
ketika PRU dan dari sesi penyiasatan oleh Majlis Penasihat Council of Elders,
kita ketahui dan mengenal pasti ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua-ketua
eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan eksekutif perbadanan awam yang
berkempen bagi pihak BN.
Mereka inilah yang
memesong dan meyakinkan Najib yang dia tidak perlu berbuat apa-apa kerana BN akan memang besar.
Kita ucapkan terima
kasih kepada mereka kerana atas maklumat palsu mereka itulah Najib terus
menyimpan harta karun yang luar biasa banyaknya itu di dalam negara.
Apa yang
akan terjadi kepada Najib seterusnya sudah boleh diagak.
Kecuali dia lari
kerana kecuaian kita atau dijadikan “invisible man” oleh pawang buaya dan bomoh Sri Lanka, dia terpaksa
ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) di Putrajaya Selasa ini.
Mohd Shukri Abdull kembali sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM |
Kemungkinan besar ketika
itu – macam kawan baiknya, bekas Pengerusi Felda (Tan Sri) Mohd Isa Abdul Samad
– dia akan ditahan, dibawa ke mahkamah untuk dikenakan reman dan dipakaikan kemeja-T
oren SPRM.
Itu permulaan saja. Jemputan
ke Ibu Pejabat SPRM bukan berkaitan 1MDB tetapi berkaitan SRC International Sdn
Bhd. Berbanding 1MDB, skandal RSC kecil.
Syarikat milik
Kementerian Kewangan ini pinjam RM4.4 bilion duit pencen kakitangan awam daripada
KWAP kononnya untuk melombong arang batu di Mongolia, negeri Antantuya Shaariibuu.
Kemungkinannya Najib
akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima atau menggunakan duit SRC untuk
tujuan peribadi. Jumlah duit RSC yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib
dianggarkan antara RM40 juta hingga RM70 juta.
Soalnya sekarang ialah,
kalau Najib mempunyai begitu banyak duit, jongkong emas dan intan permata di
dalam negara, bayangkan banyak mana pula yang sudah pun dibawa keluar atau yang
dibeli dan disimpan di luar negara.
Sebab itu amat penting
kerajaan baru memulakan proses membawa balik harta curi 1MDB dengan meminta
bantuan negara-negara yang sudah pun menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak
yang terbabit menyamun duit 1MDB dan membersihkannya di luar negara.
Harap-harap dengan tindakan
pantas PDRM dan SPRM itu, saga SRC dan 1MDB dapat ditamatkan, yang bersalah dihukum
dan harta yang dicuri itu diperoleh semula.
Siapa yang menabur angin dialah yang akan menuai badai.
Wallahuaklam.
ReplyDeleteSalam semua,
DS Anwar sepatutnya mendapat pengampunan dan bebas pada hari Selasa tetapi ditangguh pada hari Rabu.......
Ini petikan dari Malaysiakini:
Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat mengenai pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu ini berbeza dengan laporan media sebelum ini yang mengatakan mesyuarat itu berlangsung esok.
Ini petikan dari FMT:
Beliau berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.
Kenapa ya.......
Faham tak apa sebabnya.....fikir-fikirkanlah.....
Kelewatan yang berlaku berkemungkinan pada ketika itu Peguam Negara masih bertahta. Hanya setelah beliau "dicutikan" maka Peguamcara Negara telah mengambil tempat beliau didalam Lembaga Pengampunan, walaupun ketika itu Menteri Wilayah masih belum dilantik (another member of the Pardon Board).
DeleteDah faham sebabnya?
Apa bodo sgt komen ko ni
DeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteTun dah berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Adakah Tun masih berminat nak buat jambatan bengkok? Seeloknya diganti dengan terowong dasar laut untuk laluan kenderaan dan keretapi laju.
Tujuan jambatan bengkok utk permudahkan kapal besar lalu supaya Malaysia ada pelabuhan setanding Singapura. Masih saya ingat heboh / takut org Spura yg faham kesan keatas ekonomi mereka jika terus jadi....2 buah syarikat besar pindah ofis dari Spura ke Pasir Gudang(kalau tak silap) siap sedia utk mengalihkan operasi mrk.. Saya bekerja di Spura masa tu dan bangga Msia boleh mula menandingi Spura yg sekarang adalah pusat export utk brg2 buatan Msia. Syg tak berterusan😢😢
DeleteTerowong tak boleh capai tujuan ni.
Assalaamualaikum, foundation untuk jambatan bengkok tu telah siap. Hanya sambungkan kerja sahaja
DeleteDatuk,
ReplyDeleteTerima kasih dengan peribahasa baru...'tabur angin tuai badai'...belum pernah dengar...maklum la, aku bukan skolah tinggi.
Tentang usul "ADA pandangan dangkal daripada golongan otak udang mengatakan tindakan menggeledah kediaman-kediaman bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, dalam bulan Ramadan tidak baik", aku tidak dengar apa2 pun...mungkin juga geng2 aku ni bukan kaki puasa.
Lagi satu, kenapa la kalau PDRM buat kerja di bulan puasa ini tidak bolih ke?
Amar Singh bukan puasa pun...atau, apa ke Datuk rasa tersinggung yang dia geledah rumah bekas seorang pemimpin Melayu ulung dan beragama Islam ke?
We want justice to be done now...so what if it is Ramadhan?
dengar kata, pasangan klepet ini (terutama nya rosmah) ada menggunakan penasihat kewangan (saya d beri tahu seorang anak melayu yg amat pintar), utk membantu mengendalikan wang/asset mereka yg berada d luar negeri.
ReplyDeletejumlah yg terlibat amat fantastis.
harap pihak berkuasa akan dpt mengenalpasti lelaki tersebut n seterus nya merampas n memulangkan semula semua harta 'curi' k kantong Negara.
kata nya, apa yg tlh d jumpai olih pihak polis dlm operasi mereka baru2 ini adalah 'peanuts' jika d banding dgn 'harta karun' yg tlh d kumpul olih pasangan klepet ini.
operasi mencari n menyalamat (wang Negara) wajib d teruskan.
wallahu'allam.
1. Kalau najib bagi kunci peti besi dekat polis dah tentu tidurnya tak terganggu sebab polis terpaksa gerudi peti besi tersebut. Tapi mana mungkin ini berlaku.
ReplyDelete2. Ramai hendak najib dilayan baik tapi kalau dari dulu najib bekerjasama tentu dia tak gelisah (stress) dengan tindakan polis menggeledah rumahnya. Tapi mana mungkin ini berlaku.
-------
Ini hal lain saya ingin tanya Pak Kadiaq dan pembaca lain disini.....
1. Adakah setiap pemimpin dunia yang ingin bertemu Tun Dr Mahathir maka Anwar akan minta untuk berjumpa juga? Apa istimewanya bekas banduan ini ?
2. Ada pembaca tanya kenapa PKR tak ada wakil cina. Saya rasa tidak perlu ungkit tentang bangsa kerana pkr kata sekarang semua bangsa malaysia. Ada wakil pkr tu pun dah cukup bagus. Tapi apa yang saya hairan ialah kenapa tiada wakil daripada parti bersatu & amanah dalam exco pulau pinang?
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya kasihan pada PM yg nampaknya berseorangan di dalam mengendalikan soalan dari wartawan pada setiap siang akhbarnya. Harapnya ada sorang pegawai yg memilih secara tertib dan PM perlu hanya menjawap sahaja tanpa sibuk terjerat dengan kekalutan yg berlaku di hadapannya. Sekian.
Saya sebagai rakyat biasa melihat siasatan najib ini tidak lebih daripada balas dendam Dr. Mahathir kepada Najib sewaktu berkuasa dahulu. Anwar boleh dihumban ke dalam jel 7 tahun. Apa sangatlah dengan Najib.
ReplyDeleteSetelah 20 tahun mencuba, akhirnya BN kecundang.
ReplyDeleteDidalam meraikan kemenangan besar PH ini, penyokong2 tegar reformasi tentunya akan merasa sedikit terkilan. Mereka tentunya akan berkata2, alangkah manisnya peristiwa bersejarah ini jika ianya dikepalai olih hero reformasi mereka. Sebaliknya panglima yg memimpin mereka menumbangkan BN adalah orang yg paling dibenci golongan reformasi.
Amat ironis sekali disaat dan ketika kemenangan besar ini dicapai, hero reformasi bukan saje tidak mengepalai kemenangan itu, dia juga tidak berada di saf yg hadapan. Bahkan dia hanya muncul setelah semuanya selesai.
Hero reformasi berkata yg dia akan menjelajah keseluruh negara untuk menyatakan terima kasih kpd rakyat. Yang patut berbuat demikian ialah PH dan bukan PKR. Tujuan sebenar jelajah ini adalah untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat masih berpihak kepada dirinya, dan sejauh mana sokongan itu telah beralih kepada hero sebenar yg menumbangkan BN.
Put them into jail first until they sing about all the monies and assets hidden overseas
ReplyDeleteIslam agama syumul, selain mengajak kita ke jalan kebenaran ianya juga mewajibkan keadilan sejagat kepada keseluruhan alam semesta ini termasuk tidak kira bangsa dan agama. Perbuatan Najib serta sekutu-sekutunya telah mencemar kesucian agama Islam dan boleh mendangkalkan pendakwahan Islam kepada bukan Islam. Pemimpin-pemimpin dan yang bergelar ulama Islam seperti Hadi dan beberapa orang Mufti yang menghalalkan tindakan-tanduk Najib dan mempengaruhi rakyat biasa terus menyokong beliau dan BN adalah perbuatan terkutuk tiada tempat dalam Islam. Islam memberi kita ruang untuk berbicara-selisih dalam perbedaan sesama kita selain perkara pokok seperti rukun Islam dan Iman tetapi ianya tidak sepatutnya menjadi alat pengkhafiran sesama umat seperti yang dilakukan oleh Hadi, pemimpin PAS dan setengah-setengah ulama terhadap umat Islam termasuk Tun Mahathir . Kemenangan PH dalam pilihanraya GE14 pastinya dari hikmah Allah SWT yang telah menyelamatkan negara ini dari kancah kemusnahan. Pilihanraya kali ini menoktakan Negara Malaysia dan Rakyat Marheimnya sebagai tauladan terbesar dan kayu pengukur sejarah dunia moden akan kepentingan memilih pemimpin dari kalangan kita agar tidak mengikut fahaman assyabiah seperti bangsa, keturunan malah agama. Pengajaran jelas Allah kepada umat Islam ialah Islam pada hakikatnya tidak perlu dijaga oleh umat dan pemimpin yang rosak sebaliknya pemimpin bukan Islam yang adil dan saksama juga diredhai Allah kerana kelangsungan NUR CAHAYA datangnya dari MAHAKUASA ALLAH bukannya dari manusia.
ReplyDeleteSaya x nampak isu menggeledah rumah Najib dibulan puasa itu salah.. kalau dianggap salah elok semua polis berehat sahaja dibulan puasa tidak perlu buat kerja.
ReplyDeleteAda kata2 nista mengatakan tindakan Kerajaan menyerbu rumah najib itu salah.. nak tanya pada pemikir2 pelik ni.. rule n law ditegakkan.. polis bukan sewenang2nya menggeledah tanpa ada kes. Kes money laundry bukan hal kecil.. lagilah perlu digerakkan usaha menyelesaikan dengan segera agar dui2 tersebut tidak hilang..
Hairan bagaimana nak kesiankan penjenayah waphal masa masa penjenayah najib ni songlap duit dia sendiri tak pikirkan kesian pada rakyat jelata atas sikapnya yg rakus memperkudakan jawatan amanah rakyat untuk kepentingan boss dia (rosmah).
Sudah2 la bercerita pasal hak.. bagi saya penjenayah tetap penjenayah.. layanan sebagai orang kene tuduh adalah sama tak taka pangkat.. mungkin puak umno ni x biasa amalan menegakkan undang2 tak kira bangsa ditegakkan sebab di zaman mereka.. mereka x pernah apply cara begini.
Kenapa sebelum ini Majlis Raja-Raja tidak tahu akan hal ini, terutamanya Majlis Diraja Johor yang mengaku mengetahui apa sahaja yanv berlaku di Malaysia
ReplyDeleteMajlis raja2 tahu tapi tak boleh bertindak sebab bukan ruang kuasa mereka.
DeleteSalam Datuk
ReplyDeleteApa peranan Majlis Raja-Raja sebelum PRU14 ini sehingga macam tidak tahu tentang scandal 1MDB ini. Sedangkan TMJ pun mengaku mengetahui apa yang berlaku tapi nothing was done, until TDM ambil alih kuasa baru ada tindakan.
NAJIB RAZAK adalah manusia paling BANGSAT didunia.. Pahlawan Bugis konon, rupanya Perompak bugis paling BANGSAT!
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteAku bersusah payah talipon bekas driber aku di Colombo, Sri Lanka, nak tanya tentang kehebatan pawang buaya dan bomoh Sri Lanka.
Malang sekali dia sendiri pun tak tau.
Mana Datuk dapat info semacam nie?
Tetapi, dia bagi tau aku yang si Datuk Seri Idris Jala memang pernah kerja di Sri Lanka. Datuk tau ke mana dia sekarang?
Orang bilang dia "orang kesayangan invisible" Tun Mahmud Taib...ish ish ish...jangan2 dia tu pawang buaya Sri Lanka kot?
Ini bukan aku yang cakap.
dato kadir jasin.
ReplyDeletesebenarnya terlalu ramak ksu ksu kementerian yg turut berkempen semasa pru 14.siap ada sesi bersama ksu dan ksu berceramah mengenai pentingnya prinsip wala dan taat pada kerajaan ketika itu.nyata tindakan mereka amat lari dari prinsip penjawat awam yg perlu bebas dari unsur politik.cadangan saya dato
uk..sack saja semua ksu ini.kerana jiwa feudalisma dan bn masih kuat menebal dlm diri mereka.penjawat am rendah tahu siapa.ksu yg sakan berkempen dan mencaci akatan harapan masa pru 14 tempohari.
Saya amat berharap agar SPRM dapat menyegerakan siasatan terhadap Ku Nan secepat mungkin...banyak sungguh tanah2 kerajaan di Kuala Lumpur ini sudah bertukar tangan kepada Pemaju...tanah paya disebelah Masjid Wilayah yang sekangkang kera itu pun telah dipagar dan Kondominium sedang dlm pembinaan...betul2 border dgn Masjid...tanah Reserved Sungai di jalan menghala masuk ke Kompleks KDN pun telah diberi ke Developer..satu lagi projek Kondominium akan naik di kawasan sempit itu..dan banyak lagi..
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDelete"Kemungkinan besar (by next Tuesday, Mappadulung ) akan ditahan, dibawa ke mahkamah untuk dikenakan reman dan dipakaikan kemeja-T oren SPRM."
Oooooiiii, happy nya Datuk!
Kami pun happy juga ba, Datuk...menanti saat saat nya saja tu.
Rakyat Malaysia menanti bila duit2 dan harta2 hasil curi itu di kasi balik.
Anak2 buaya dan ular pun menanti juga bila kulit2 bapa emak durang di kasi balik.
Petugas2 Polis pula jangan la pula ambil kesempatan...pura pura macam tak tau...habis minuman kotak dan coklat2 dalam icebox si Rosmah kamu lantak...tau malu la sikit...jangan kerana nila setitik, susu sebelanja rosak...Amar Singh dari kecil memang suka minum susu, sihat dan kuat...dia jaga Polis bukan lembu, kamu faham ke? Good job Amar Singh...our future IGP!
Adakah orang curi ayam, larikan peri duit masjid dan mengendap perempuan mandi ketika Ramadan tidak boleh diambil tindakan?
ReplyDeleteIni pendapat Dr Afifi (FB) bahawa kita tidak boleh benci dengan mereka yang melakukan dosa. Kita kena benci dengan dosa.
Pendapat ini banyak sokongan, Disman sokong pendapat itu.Bukan Disman seorang sahaja malah ramai ustaz ustaz yang bercakap dalam TV sebarkan pendapat itu.
maka orang yang mencuri ayam, larikan peti duit mesjid dan mengendap perempuan mandi tidak memang boleh diambil tindakan mengikut pendapat tersebut.
Jadi, Najib yang dikatakn salahgunakuasa itu tidak boleh dibenci. Kita kena benci dosa yang beliau lakukan termasuk dosa baham duit rakyat berbilion ringgit.Kita kena benci dengan dosanya, tidak boleh benci dengan pelaku dosa itu.
Pendapat ini sangat popular sekarang ini dan banyak sokongan kalangan agamawan Islam yang duduk bercakap dalam TV.
Bermakna Datuk Seri MOhd najib Razak yang melakukan jenayah kolar putih tidak boleh diambil tindakan. Tidak boleh menghukumnya miskipun beliau benar benar bersalah.hal ini pernah berlaku pada Tun Daim Zainuddin bekas penyanggak ekonomi negara padqa zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri.
Tun Daim pernah disiasat(pengakuannya apabila dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan pakatan harapan.Bermakna dia (Tun Daim) tidak dihukum, manakala Anwar di hukum penjara sebanyak dua kali dan dibebaskan tanpa syarat untuk membolehkan beliau bergiat semula dalam politik.
Kerajaan Pakatan harapan yang di terajui Tun Dr Mahathir Mohammad kena hukum dosa Najib bukan hukum batang tubuh Najib walaupun dia bersalah.
Tun Maahathir tidak disiasat walaupun dikatakan ada harta sebanyak RM 44 bilion.Ini telah dipraktikkan oleh Mohd Najib Razak, iaitu tidak siasat Tun Dr mahathir.
Jika Tun Mahathir pegang pendapat tidak boleh benci dengan orang yang melakukan dosa dan hendaklah benci dengan dosa yang dilakukan Najib,sudah tentu siasat itu hanya sebagai siasatan sahaja, tidak lebih dari itu.
Tun Daim selamat Tun Dr Mahathir dan anak anaknya juga selamat. Selamat atas muka bumi sahaja tetapi mustahil boleh selamat diakhirat nant, Kerana Allah menyatakan azab seksa bagi mereka yang berdosa.
Jika kita berpegang dengan pendapat ini selepas ini kena tutup semua penjara.mahkamahkena tutup juga hakim hakim dan kaki tangan berkaitan kena diberhentikan, macam memberhati 17.000 pekerja politik putrajaya.
Tak guna lagi ada polis, kerana mereka yang mencuri ayam, mengendap perempuan mandi dan mencuri duit mesjid tidak boleh dibenci, yang kena benci ialah dosa. Kerajaan kena hukum dosa. Macam mana hendak menghukum dosa sedangkan dosa ada, tapi tak nampak.
Oleh itu, sia sialah kerajaan adakan undang undang untuk menghukum persalah.Persalah tidak boleh dihukum yang boleh dihukum ialah dosanya. mereka yang melakukan salahan boleh selamat dan dosa sahaja yang tak selamat.manusia jadi tak keruan apabila pendapat itu dipegang.
Penting untuk negara Malaysia merombak semula perundangan supaya kuasa diberikan untuk parlimen (dewan negara dan dewan rakyat) dan executive untuk bertindak sama. Perihal siasatan mengenai ex-PM terhadap penyelewengan 1MDB, perlulah kita berikan sokongan dan kepercayaan kepada TunM dan kabinetnya untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Media sosial adalah baik untuk perkongsian yang muhasabah tetapi janganlah digunakan untuk melagakan atau propaganda yang tidak betul
ReplyDeleteKau bodoh ke?, bangang ke?, tolol ke?... baru bangun tidur ke, otak dah penuh dgn dedak ke?.... smpi x blh brfikir ke?
ReplyDeleteSelamat Datuk,
ReplyDeleteRamadhan bulan yang mulia.. Tidak muliakah orang yang menyiasat dan cuba menangkap pencuri.... Atau pencuri menjadi mulia bila tiba bulan Ramadhan? Inilah sikap orang Islam, mempergunakan agamanya untuk menunjukkan dia seorang yang MULIA.
Gawat Datuk, gawat. Patutlah ramai yang ingin menjadi mulia dengan menjadi pengebom berani mati. Mereka sangka mereka mulia di sisi Tuhan dengan mengikut pahaman dan tafsiran yang melencong jauh dari kitab Tuhan.
Terima kasih Datuk.
Selamat.
Dear friends,
ReplyDeleteNajib has gone thru 'hell' these few days n its just early days yet n its getting more untenable 4 him.
Well, as they say, 'u reap what u sow'.
May I suggest n epitaph that may describe his predicament -
"A decent man who sadly deteriorated into a cheat n a habitual liar just 2 satisfy d spouse's insatiable greed 4 worldly pleasures".
He failed 2 diagnose n treat d 'illness' that d spouse was suffering at n early stage. Its called 'compulsive hoarding disorder' (d phrase I coined).
May Allah swt hv mercy on his soul.
insya'allah.
Saya melihat PM Singapura melawat DPM Malaysia,Wan Azizah,atas kapasiti beliau sebagai salah seorang pemimpin PH yang diiktiraf wirawati yang terlibat menumbangkan pemerintahan kleptokrat BN.
ReplyDeleteDalam prosess TDM dilantik sebagai pengerusi PH dan bakal PM ke7 Malaysia,beliau telah mengiktiraf DSAI sebagai pengganti beliau dan konsisten dalam tindak-tanduk beliau dalam melakukan tindakan yang selari dalam konteks ikrar beliau.
Tidakkah kita terfikir apa yang telah dipersembahkan oleh TDM kepada YDPA Sultan Mohamed sehingga Tuanku tidak teragak-agak dan berlengah-lengah lagi mengurniakan pengampunan kepada DSAI serta-merta.
Adalah perlu untuk DSAI mengadakan press-conference serta-merta selepas dibebaskan untuk menguatkan sokongan kepada TDM dan mengesahkan legitimasi kedudukan TDM sebagai PM,walaupun Wan Azizah telah dijemput untuk menjadi PM,atas kapasiti beliau sebagai Presiden PKR yang memenangi kerusi parlimen terbanyak.
Semua mereka ini telah menunjukkan bahawa mereka mengutamakan kebajikan dan kecintaan mereka kepada negara ini ketika keadaan negara ini memerlukan statesman dari politician.
Rakyat Malaysia juga telah membuktikan bahawa ketika kita berdepan dengan pilihan negara atau yang lain,kita bangkit memilih negara.
Apakah lagi atau siapakah lagi tang kita takutkan selepas ini?
Samada Anwar atau TDM..tiada yang lebih besar dari negara kita yang tercinta ini.Masa akan membuktikan kebenaran atau kesalahan yang mereka berdua lakukan dan fakta2 atau kebenaran akan timbul bila masanya telah tiba,jadi berhentilah menghina atau menuduh mereka yang telah berjasa ini jika anda cuma ada bukti hearsay atau standard bukti prima-facie.Tunjukkanlah bukti yang melampaui keraguaan munasabah dan bawalah mereka ke muka pengadilan.Nilaikanlah mereka dari tindakan yang telah mereka lakukan dari segala prespektif tetapi ingatlah..perspektif yang kita boleh pakai dinegara yang berbilang kaum dan ugama ini mestilah boleh diterima semua yang menjadi warganegara negara tercinta ini.
Bukan perspektif anda secara peribadi.Ini pendapat naif saya...
Brilliant article on PAS. One the heels of their massive victory in Kelantan and Terengganu, they’re slowly build up a political empire. Would replace Umno in the future. Worth reading.
ReplyDeletehttp://www.malaysia-today.net/2018/05/20/why-pas-surpassed-expectations-in-malaysias-ge-and-is-new-forbearer-of-malay-politics/
Sila buka dan semak semula semua file yg berkaitan dgn salahguna kuasa MO1 bermula dari file Scorpene hingga lah hari terakhir sebelum pilihan raya ie SPR & ROS...
ReplyDeleteJustice for Malaysia.
Bagi setiap adik beradik bangsa Malaysia saya (saya bukanya bangsa Melayu ataupun beragama Islam), salah dan dosa itu adalah salah dan berdosa dalam semua agama dan bangsa. Oleh itu kalau pihak berkuasa salah dalam pengendalian peperiksaan rumah Datuk Seri Najib iaitu memakan makanan yang peribadi di maksudkan untuk diri dan cucu mereka itulah salah. Barang kemas, duit berbanyak, barang terlalu banyak berharga yang tak mungkin patut berada di sana mungkin tak salah di rampas sebagai bukit dan sebagainya. Macam mana kami boleh terima yang kami boleh berbuat sesuka hati kepada siapa siapa cuma sebab kami rasa dia bersalah untuk hal lain?
ReplyDeleteNow that there is no 'Menteri Agama' portfolio in PMO, I suggest Religious Institution such as Jakim & MAIWP ... better still, that of all faiths... be located in Istana Negara or under the purview and jurisdiction of the YDP Agong. All other State Religious bodies, under respective State Palaces.
ReplyDeleteTherefore, all matters relating to Religion will become the responsibilities of YDPA & Sultans as 'Ketua Agama'. In the long run, Politicians would not be able to hijack Religion to cloud wrong-doing or to garner votes.
It should also be made a rule that politicians, especially those implicated of stealing Rakyats monies, MUST request permission from the Istana if they wanted to make use of Tahfiz children for any purposes. Hence, preserving the sanctity of the Religion.
Of-course, as a rule too, political appointees are forbidden in TH, Zakat, Yapiem, Bank Islam, etc.
"Najib : I did not steal, I'm a victim of political attack"
ReplyDeleteObviously still denying and no sense of remorse......sheeeeeesh!
ALSO : is the ELECTED DPM, Mrs Anwar or Mr Anwar? Seems to me Mr Anwar is stealing Mrs Anwar thunder. Orang utara kata loghat betui la sorang ni!
Does the Royal pardon imply that he was wrongly accused and jailed or his crime is written off?
My family voted for PH under Tun Dr Mahathir Mohamad leadership, period.
I hope everyone can respect the decision of the person who was elected the PRIME MINISTER and his cabinet. Let them perform their duty independently.
Finally, BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL TANGGONGJAWAB YANG DIAMANAHKAN.
Salam Ramadhan DAKJ,
ReplyDeleteAdakah dalam waktu terdekat TDM / CEP akan membuat usul proses revamp pengurusan atasan & ahli lembaga pengarah GLIC & GLC?
PDRM,jangan sampai tumpuan menggeledah rumah2 Najib sehingga memberi kesempatan kepada kuncu2nya seperti Ku Nan kesempatan untuk menyembunyikan harta2 yang mereka curi.
ReplyDeleteDatuk Kadir,...minta PPBM wujudkan syarikat akhbar baharu pada kadar segera untuk rakyat Malaysia yang bersatu hati berjuang bersama Mahathir.Saya ada hantarkan cadangan ini di blog Zamkata.Akhbar ini boleh diberi nama Utusan Nasional,atau apa-apa nama yang sesuai sekiranya kita tak nak lagi nama 'utusan'.Contohnya,seperti Harian Nasional,Warta Nasional,dan apa-apa yang patut.Bekas banduan tetap akan pecahkan PH,kerana itu adalah kegemarannya.Maka,eloklah dikumpulkan suara rakyat sebenar melalui akhbar baharu ini nanti.
ReplyDelete-Bdg.
Maaf saudara/i kashinkoji anda tidak menjawab soalan saya.
ReplyDeletePM Singapura datang semata2 hendak berjumpa PM Malaysia yang baru iaitu Tun Dr Mahathir. Anwar yang "meminta" untuk berjumpa dengan PM Singapura. Saya keliru siapa sebenarnya PM kita ?
Soalan saya mudah, adakah setiap kali ada pemimpin dunia yang datang hanya untuk berjumpa PM Tun Dr Mahathir maka Anwar akan meminta mereka berjumpa dengannya. Kenapa perlu begitu ?
Tak perlu berhujah tentang perkara ini. Hanya PM Singapore yang tau dengan tepat sama-ada he 'MESTI' jumpa Anwar or he sendiri yang ingin berjumpa Anwar selepas bebas dr tahanan.
DeleteKenapa nak sakitkan kepala then kena bayar bill hospital yang mahal andai later kena brain cancer...