Wednesday, May 30, 2018

Tabung Patriotisme Bantu Kewangan Negara


A Kadir Jasin


BAGI saya, penubuhan “Tabung Harapan Malaysia” lebih berupa saluran bagi rakyat jelata menzahirkan rasa kasih sayang kepada negara.


Juteru itu, bukan jumlah derma yang menjadi ukuran tetapi manifestasi kasih sayang dan patriotisme terhadap negara.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Namun begitu, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas mesyuarat kabinet hari ini, tabung itu akan membantu mengukuhkan kewangan negara.

[Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, nombor akaun derma tersebut ialah Malayan Banking Berhad 566010626452.]

Bagaimanapun, tabung itu boleh menjadi cukup besar dan berkesan jika “billionaire”, jutawan, orang kaya dan syarikat besar turut memberi sumbangan dalam jumlah yang banyak.

Ada baiknya derma patriotisme itu masuk terus ke dalam akaun Kementerian Kewangan daripada ke dalam pelbagai akaun awam seperti yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Namun kita berterima kasih kepada pihak-pihak awam yang telah secara sukarela melancarkan kutipan yang tujuan asalnya membantu kerajaan baru Pakatan Harapan membayar balik hutang.

Hasrat membantu kerajaan ini tercetus apabila dihebahkan yang hutang kerajaan kini melebihi RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) akibat pemborosan dan salah tadbir ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional yang dikalahkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.

Dalam keadaan kewangan yang sempit sekarang, kerajaan bukan sahaja memerlukan hasil untuk membayar balik hutang tetapi juga untuk menampung perbelanjaan lain.

Tahun ini kadar faedah hutang sahaja dianggarkan RM31 bilion.

Maka atas sebab itulah kerajaan terpaksa membuat keutamaan baru dalam membelanjakan hasil yang terhad seperti membatalkan atau merundingkan semula projek raksasa peninggalan kerajaan lama.

Antara keputusan lain adalah:

Bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara;

Memperkenalkan Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M);

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada bulan September dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Mulai 1 Jun, kadar GST diturunkan kepada sifar (0);

Membatalkan projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3); dan

Menghimpunkan ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengelakkan imej Islam sebagai agama yang keras dan zalim.

Wallahuaklam.

34 comments:

  1. Salam Bloger,

    Saya tahu awak seorang yg hebat. Ramai org yg nak komen @ saran kat blogger anda tetapi mereka tak jadi lakukannya sebab komen anonymous TIDAK diterima anda }sebab anda tak memerlukan komen mereka}. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. sukasamasuka4:52 PM

    Datuk,

    - aku hairan kenapa aku bolih ada hutang sebanyak RM33,000 sama kerajaan?

    - yang lagi menghairankan macam mana cucu aku yang baru lahir pun ada hutang RM33,000 juga?

    - itu Cina LGE tau buat kerja ke, Datuk?

    - kasi tau LGE, kutip duit sebagai bantuan derma untuk kasi kurang hutang negara bukan cara terbaik la Datuk.

    - itu Cina LGE fikir kita ni ada population 1.2 billion ke macam negara China?

    - agaknya LGE belajar ekonomi dan finance dari Mat Maslan.

    - suruh LGE jumpa Wahid la...jual balik itu plat nombor kereta PNB kasi derma sama Tabung Patriotisme.

    - kemudian suruh Tun tutup JAKIM...buang duit berbillion2 saja...entah buat kerja apa...jangan takut la Datuk, Islam tidak akan tutup di Malaysia tanpa JAKIM.

    - berbillion di kutip dari hasil zakat dan fitrah...Datuk tau macam mana duit2 tersebut di gunakan?...ada siapa yang tau ke?

    - kasi tau sama LGE, kalau ini saja cara terbaik untuk kurangkan hutang negara, suruh dia balik kampung tanam jagung...aku mau Menteri Kewangan Bugis yang dulu itu la, peduli la sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenekghuffran6:50 AM

      Saudara Sukasamasuka...

      Tabung yg diujudkan ini adalah atas permintaan orang ramai yang ingin dan ikhlas untuk membantu Kerajaan kerana cintakan negara. Kalau rakyat Korea dulu pernah membuat perkara yg sama apa masalahnya kepada kita? Takada paksaan pun...
      Bukan awak je ada anak cucu...jika dengan derma ikhlas rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan beban hutang Kerajaan bukankah ia untuk kebaikan anak cucu kita juga..

      Delete
  3. Maknanya... kerajaan tidak mengiktiraf ungkapan bahawa rakyat sedang menderita dari kelansungan sara hidup yang tinggi.... senang cakap kerajaan percaya rakyat sedang hidup mewah.... bodoh punya kadir jasin.

    ReplyDelete

  4. Salam Datuk,

    Terima kasih kerana memberi peluang untuk bersama menyumbang demi negara.

    Rakyat Malaysia memang Hebat!

    ReplyDelete
  5. saya masih ingat lagi apabila kerajaan /almarhum tunku memohon sumbangan utk sama2 berkongsi kos membina Masjid Negara yg tersergam indah sekarang.

    ia nya tlh mengujudkan rasa mahu membantu bukan saja d kalangan umat islam, bahkan d semua lapisan masyarakat. ketika itu saya turut sama dgn menyumbang 5 sen tiap2 minggu. hi hi!.

    rayuan kerajaan/tun m sekarang lebih penting drpd pembinaan masjid. ekoran drpd kerakusan UMNO/BN n Rosmah/Najib, kita wajib membantu utk membina semula Negara agar ianya kembali kukuh serta berdaulat.

    yg berada bolih menyumbang terus k dlm a/c tabung yg tlh d ujudkan. cara kutipan ala 'tin milo' perlu juga d mulakan. ia nya bolih d letak kan d semua tempat awam saperti masjid, mall, sekolah n kedai2 runcit. saya amat yakin yg jumlah yg besar akan dpt d kumpul, insya'allah.

    dlm pd itu kerajaan tidak seharus nya berhenti dlm usaha utk mendptkan balik wang n asset yg tlh d curi olih gang2 penyangak yg korup. buru lah mereka sampai k lubang cacin. saya yakin tidak kurang drpd rm300 bill (ini anggaran kasar saya) akan dpt d kembalikan k kantong Negara.

    saya juga yakin 'exercise' tabung harapan ini dgn secara tidak langsung akan membantu menyuntik semula semangat (spirit) sayang kan Negara d kalangan semua lapisan masyarakat (terutama nya d kalangan anak2 muda)- insya'allah.

    LETS DO IT PEOPLE!!!

    ReplyDelete
  6. Tolonglah tuan. Janji mcm², itu murah ini percuma sebelum pru. Selepas pru kami kena donate pulak kpd kerajaan baru? Inikah nilai undi swing kami? Jangan buat ds najib gelak boleh tak. Malu kami....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulghani12:48 PM

      X de sape nk paksa kamu donate....duduk diam2 saje & tunggu bantuan sara hidup (brim) masuk akaun kamu

      Delete
    2. Zulghani12:51 PM

      X de sape paksa kamu utk buat donation...duduk diam2 & tunggu duit bantuan sarahidup (brim) masuk akaun kamu!

      Delete
  7. Assalamualaikum,

    1. Saya mohon kepada pembahas kalau hantar komen, janganlah hantar guna "anonymous" kerana saya tidak akan siarkan. Guna nama sebenar atau busuk-busuk pun nama samaran.

    2. Kalau masih TAKUT hendak guna nama sendiri, walaupun kita kini berada di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan, mintalah guna nama samaran.

    3. Kalau boleh tolonglah jangan hantar komen dengan pesanan TOLONG JANGAN SIARKAN. Kalau tidak mahu disiarkan, tak perlulah hantar.

    4. Maaf cakaplah kalau saya kata, saya sudah letih, penat, jemu dan mati akal dengan orang kita yang hendak berbincang tapi takut. Kalau takut duduklah diam-diam dalam dunia sendiri.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Macai2 najib dok cakap derma kepada kerajaan utk atasi HUTANG YANG DIBUAT OLEH NAJIB sbg lawak dan bodoh. Mereka memperlecehkan usaha kerajaan PH. Kamu semua sedar atau tidak taik taik ekonomi ini dibuat oleh Najib?

    Orang nak derma, kamu dok kutuk. Tapi DERMA berbillion2 yang kononnya DIPULANGKAN BALIK OLEH NAJIB boleh pulak kamu terima dan akui. Sedangkan itulah lawak yg paling tak masuk akal.

    Nampak sangat macai2 Najib semua bodoh tahap gaban dan langsung tiada sifat patriotisme!

    Kalau kamu tak nak derma..toksah derma dan toksah bising! Pegi sana duduk diam2. Dari zaman Najib sampai sekarang tak habis2 menyusahkan orang je kamu semua..tapi bab mengemis kat kerajaan PH tau pulak tak henti2 mintak! Memalukan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh11:49 AM

      Tok Kadir.

      Apa kata.. kita mintak tolong pada Sang Mappadulong dan Zahid Gagap.. minta tolong pada Pak Arab derma sekali lagi.. tak dapat RM2.6 billion. 2.5 pun OK.. kata mintak tulong bayar hutang. Ari tu Sang Mappadulong ada cerita .. suami nye Rosmah boleh mintak tulong "..dengan satu panggil telefon saja.. ".. Cuba try gwa rasa takde masalah.

      Tapi .. tapi .. tapi dakwaan kita pada Sang M ni tetap diteruskan. Bila nak masuk penjaranye.. ni dah masuk sebulan kita MERDEKA ..takde sekor pun lagi kedalam.. Isa, Nuar Musa, Zahid, Teuku Nan.. ramai lagi yg terlibat dgn Kapal selam, MARA, Felda,, Tabung Haji byk lagi.

      Las-las yang kena ulur dulu rakyat jugak.. Raja mana, kroni projek mana.. pegawai kerajaan yg gaji sekian, bonus sekian duit rasuah sekian dah sampai masa kita cari.. ambil hartanya dan Bayar Hutang.

      Delete
  9. penjawat awan yg dpt rm400 tu tlg la derma blk pd kjaan ye sbg tanda sokongan anda pd kjaan yg memerintah..malu rasanya terima duit dr kjaan diwaktu kjaan sedang susah

    ReplyDelete
  10. Salam Dato’ Kadir Jasin

    Tax free

    Saya mengucapkan tahniah kpd kerajaan dgn pembukaan tabung patriotic @ tabung milo ini Memang ada yg suka dan ada yg menentang. Adatlah tu. Tapi duit tetap duit dan saya bersetuju. Ada juga kawan nak menyumbang banyak sikit jika “tax free”.

    Saya akan outstation utk seminggu dua ni. Mungkin pendek sikitlah perbahasan ye. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  11. sorry, text exemption.
    TQ

    ReplyDelete
  12. Adakah kita sudah terjerat dan masuk perangkap DOMINASI politik DAP ? Saya sudah mula merasai cengkamannya.. JAKIM dan selepas ini apa pula , mohon dijauhi ALLAH MELAYU ISLAM hanya BONEKA di PUTRAJAYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh12:30 PM

      Tok Kadir.

      Kalau lah 55 tahun dulu Tunku Abd Rahman tak terusir Tumasik dari Tanah Melayu dan LKY wujud dalam urus-tadbir kerajaan kita . Macam mana kita sekarang Ye?

      Yang saya tahu negara Singapura adalah yang termaju di Asia.. dikatakan "top five" didunia. Korea dan Taiwan dah jauh ditinggalkan. Barang diingat Korea dan Taiwan adalah bawah kita semasa 80an.

      Dari segi pendapatan kita dah 10 kali ganda ketinggalan. Rasuah mereka hampir kosong. Jenayah, kebersihan, disiplin sivik terbaik.. apa lagi..

      Akhirnye kita terpakso pungut derma rakyat. Bukan untuk "world cup" seperti 1982 tapi untuk bayar hutang.

      Lepas tu boleh ada lagi yg cerita DAP tu jahat.. adui. LGE tadbir Penang dengan "zero" hutang.. Toni Phua dgn kawan dia sanggup tolong LGE untuk bina ekonomi negara cara percuma.

      Saya rasa hati Pak Toni ni lebih mulia dari setengah Ustaz yg melalak siang malam dlm TV dan Masjid.. lalakan mereka ada tag harga tau.

      Kita tak perlu lagi orang macam Samsul Debat Yg kata orang Yg lari semasa nak Kalah perang tu munafik "so habieh bosa".

      Delete
  13. Khalin Hassan8:45 AM

    Assalamualaikom Dato'

    Era Malaysia Baharu ini perlu ada media cetak yang baru yang lebih bebas pemberitaannya dan boleh bertindak sebagai watchdog atau surveillance (fourth estate) untuk memperkuatkan kerajaan PH, selari dengan matlamat media bebas yang telah dijanjikan. Tetapi bukan kerajaan yang menguruskannya dan perlu diserahkan kepada rakyat. Dengan adanya media cetak versi baru yang lebih bebas mengkritik kerajaan sudah pasti akan menjadi pembetul berita kepada lapran berita tidak benar oleh media-media milik UMNO.

    ReplyDelete
  14. Salamm, apa salahnya ada tabung apatah lagi ianya diujudkan untuk rakyat mencurahkan bakti dan rasa cinta pada negara. Nama pun derma atau bagi yg Islam boleh dianggap sebagai sedekah, ianya bukan paksaan. Mulanya pun bukan kerajaan yang minta rakyat untuk menderma tetapi telah ada inidiatif dari segelintir rakyat yang perihatin telah melancarkan sendiri tabung untuk membantu kerajaan membayar hutang negara. Dari ujudnya nanti scam dsn penipuan lebih baik kerajaan ujudkan hanya satu akaun tabung untuk rakyat menderma.

    Ada yang awal awal menemplak dan mencemuh usaha ini. Ada yang dah mengungkit dengan janji janji pakatan walhal cuma baru berapa hari sahaja pakatan menubuhkan kerajaan. Sedangkan berdekad mereka ditipu dan mengkayakan pemerintah terdahulu mereka tidak langsung ambil peduli. Mungkin mereka ini telah mula rasa cemburu dengan kerajaan sekarang yg telah mendapat sokongan jitu rakyat yang sanggup berkorban harta manakala sumber sumber dedak yang mereka terima dari kerajaan terdahulu telah tiada. Terpaksalah mereka meroyan ke sana sini. Pada kerajaan sekarang teruslah berusaha kerana cahaya di hujung terowong semakin hampir. Harapan rakyat jangan diabaikan. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  15. Tabung patriotisme itu satu idea yang baik kerana memberi peluang untuk orang yang berkelebihan berbakti kepada negara. Orang yang tidak berkecukupan tidak dipaksa atau dilarang dari menderma sama. Kita juga tahu derma dari rakyat Malaysia TIDAK akan mampu mengubah banyak statistik hutang yang ada kini memandangkan jumlahnya telah mencecah keparas trilion RM (12 angka sifar). Dengan kenyataan itu maka mencerca atau meremehkan sebarang inisiatif untuk memulihkannya tidak membantu sama sekali walaupun mungkin otak kita kemetot untuk mencadangkan alternatif praktikal yang lain.

    ReplyDelete
  16. Salam Dato AKJ.

    Saya sebenarnya tidak berapa setuju dengan 'Tabung Harapan' ni, lebih-lebih lagi jika ianya bertujuan untuk bayar hutang 1MDB/Negara.

    Bukan apa. Kita belum terdesak seperti Greece. Lagi pun, sedikit sebanyak mesti ada implikasi moral dan ekonomi. Maklumlah, pada pandangan komuniti dagang-dunia, tindakan mengadakan Tabung ini boleh membawa implikasi, Kerajaan sudah tiada jalan lain untuk bayar hutang. Maklumlah, GST dimansuhkan. Konsesi Tol juga mahu dihapuskan.
    Manakala Menteri kena potong gaji 10% dan diikuti secara sukarela oleh pemimpin tinggi, beberapa Negeri dikuasai Kerajaan PH.

    Oleh itu, tidak boleh kah kita 'jual' atau hutang... kalau mahu ternampak atau 'bunyi' lebih elok, kita sebut jual-bond... aka IPO 50% keatas asset minyak-Petronas kepada warga-tempatan saja... sama seperti yang Najib lakukan keatas Felda.
    Sector Minyak saja, LNG jangan sentuh.

    Lagi pun, masa-depan sector minyak, nampak semakin kelam kerana peningkatan Shale-oil, terutamanya oleh US. Disamping itu, seluruh dunia sedang menjurus kepada kelestarian alam-sekitar dan sedang giat 'phasing-out fossil-oil combustion engine'. Malah ada Negara di Eropah mahu haramkan engine diesel.
    Technology engine letrik, hari demi hari, semakin efficient. Engine-janaan hydrogen + letrik, yang juga mesra-alam pun ada. (Ketika meluncur dengan janaan hydrogen, battery boleh dicaj).

    Jika ada suara-suara sumbang yang mencemuh Kerajaan 'mengadai' Petronas, kita boleh saja letakkan kesalahan atas kepala Najib & Jho Low. Kalau bukan kerana hutang-1MDB, ketirisan dan tabiat boros-berbelanja Kerajaan Kleptocracy BN-UMNO sehingga hutang mencecah 1 Trillion, sudah tentu Petronas masih dimiliki 100% oleh Kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Husin..

    "Jangan buat ds najib gelak boleh tak. Malu kami...."

    Pasal apa Najib nak gelak dan kita pulak yang rasa malu?

    Kalau bukan kerana tabiat dia & isterinya yang boros, amalkan rasuah dan membazir WANG rakyat sehingga hutang Negara mencecah 1 Trillion ringgit, kita tidak akan mengalami kepayahan seperti sekarang.

    Najib yang sepatutnya malu. Bukan majority Rakyat yang menyokong Kerajaan PH.

    ReplyDelete
  18. Sallam DAKJ,

    Berkenaan dengan Tabung Harapan, mengikut bacaan saya, di Korea Selatan, pada tahun 1998, waktu krisis kewangan, kerajaan korea Selatan menyediakan Tabung derma untuk kegawatan ekonomi.

    Rakyat Korea Selatan menderma intan, emas, barang kemas, sampai cincin kawin pun ada. Begitulah sifat patriotic orang Korea Selatan.

    Sekarang ini, ekonomi Korea Selatan, Lima Kali ganda ekonomi Malaysia.

    Saya rasa, tak salah untuk diadakan Tabung Harapan.

    Duit itu boleh digunakan untuk mengurangkan hutang negara manakala kerajaan boleh menumpukan dana pendapatan negara untuk pembangunan yang lebih berfaedah.

    ReplyDelete
  19. Jika MOF sanggup menjadikan Tabung Harapan ini tax rebate sama seperti zakat...saya akan sumbangkan lebih banyak lagi. Bulan lalu dah bayar income tax sebanyak RM45k++..Demi negara yg saya cintai ini..saya sanggup usahakan lagi setakat yg saya mampu. Sekian

    ReplyDelete
  20. Salam Dato AKJ.

    Syukur, Tol Seremban KL dimansuhkan serta-merta bermula hari ini.

    Harap-harap pihak berwajib dapat robohkan Plaza Tol serta-merta juga. Setidak-tidaknya, sebelum dirobohkan, letak banyak kon memanjang supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan pilih lorong tol yang terbuka, dari jauh. Jika tiada kon penyurai dari jauh, pemandu akan bawa laju dan apabila sudah dekat, dua biji kereta mungkin akan berebut untuk masuk laluan tol yang sama.

    Saya bukan apa... cuba tidak mahu Kerajaan PH dipersalahkan. Kerana mencari popularity, ternampak seperti regim BN yang cuai, buat kerja sambil lewa dan tidak perihatin sehingga menyebabkan Rakyat hilang nyawa kerana terlanggar Pondok Tol.

    Maklumlah, ketika Najib mansuhkan Tol Batu 3 & Sg. Rasau dulu, 5 ke 6 orang meninggal kerana merempuh tembok di Pondok Tol Batu 3. Bila dah banyak kematian, baru nak terhegeh-hegeh, sepantas-kilat merobohkan Plaza Tol di Batu 3.

    ReplyDelete
  21. pada mereka yg agaist derma rakyat.,kenapa nak caci dan hina,klu nak berpeluk tubuh shj SILAKAN! IDEA ini bukanlah datang dari manefesto PH,IDEA ini dtg dari rakyat yg faham dan prihatin keatas KEMUDHARATAN HUTANG ditanggung oleh negara.TUN dan teamnya tergamam yg hutang negara seteruk itu,INGATKAN hanyalah 686b.50.8% shj.berdasarkan laporan ini menefesto PH disiapkan!walau bagaimanapun credit should be given pada TUN & THE TEAM,sebab jiwa rakyat mereka kental 10% gaji menteri dipotong and followed by exco2 negeri. ANDAIKATA TUN & TEAM, BUKAN BERJIWA RAKYAT,TAK KESAH KEADAAN NEGARA DAN HENDAKKAN POPULARITY, MIHGT AS WELL SAMBUNG AJA KERJA2 NAJIB....BELANJA--BELANJA....CARANYA BERHUTANG.

    ReplyDelete
  22. Tabung ini hanya bersifat simbolik Datuk. Bagusnya duitnya tidak masuk kepada mana2 yayasan atau NGO yang boleh menyelewengkan dana tersebut.

    Datuk, saya ingin komen sikit mengenai Dr Maszlee, Menteri Pendidikan yang baru. Saya harap Datuk dapat membimbing beliau mengenai cara2 berhadapan dengan media. Setakat ini saya nampak cara dia menjawab agak tidak tenang. Mungkin dia perlukan media training dari orang yang berpengalaman.

    ReplyDelete
  23. berlambak lagi tabung untuk membantu orang islam yang masih memerlukan kita untuk menghulurkan bantuan ... kalau rajin pergi solat tarawih (kalau rajinlah) tahulah berpa banyak ngo islam yang berkerja keras sedang mengutip sumbangan ... ini lebih afdal tuan

    ReplyDelete
  24. sukasamasuka4:35 PM

    Datuk,

    - 6.3 juta dewasa yang mengundi UMNO, PAS dan party2 pembangkang lain tidak akan menderma dalam Tabung Harapan Malaysia ini.

    - ada ke mereka ini masih dianggap patriotik juga, Datuk?

    - perlu di ingatkan bahawa 6.3 juta mereka ini suka pada hutang negara RM1 trillion dan menganggap...hingga ke saat ini...bahawa 1MDB itu hanya la skandal politik yang dibuat2 olih Tun untuk menjatuhkan Mattimung Karaeng.

    - kebanyakan dari mereka ini...terutama macam ex YB aku...ada 28 buah kereta mewah...ada rumah2 mewah...dan masih duduk sebagai direktor2 di local GLCs.

    - mereka2 ini tidak akan menabung di Tabung Harapan Malaysia...itu yang aku dengar la sebab konon tidak ada duit.

    - adoooi Datuk, orang yang tukang jual mee macam kami kami ni berapa sangat la yang ada...sebelum raya perlukan duit, selepas raya konfirm tak ada duit.

    - sebenarnya Hasil ada buat kerja ke, Datuk?

    - iya la Musa Aman sudah chow entah ke mana, tetapi aku di fahamkan rumah2 mewah, kereta2 mewah dan bangunan2 kepunyaan nya masih ada ba.

    - Taib Mahmud pun masih ada juga.

    - Kalau MACC takut ke Sabah dan Sarawak, tidak apa la...tetapi itu Sapilin Samitah, CEO Hasil tu orang Sabah ba...dia buat apa?

    - we want to see some actions by PH Government on "these" people la, Datuk?

    - the time for nice talk is over.

    - the time to visit agong and sultan is over too.

    - we want to see actions...chop! chop!

    ReplyDelete
  25. sukasamasuka5:03 PM

    Datuk,

    - don't get me wrong...I love South Korea and the Korean people.

    - what they did during the Asian Financial Crisis was a miracle.

    - being a miracle, it could happen only once...that's it.

    - what Tun did during the Financial Crisis was not a miracle, but doable...that's what Obama did...he copied Tun strategies to tackle US financial crisis...it worked for Malaysia...it worked for US, well they did not want to admit that, but it worked for them.

    - now, I don't think the miracle of South Korea will work in Malaysia because some 6.3 million UMNO/PAS voters will not donate a single rupee, not because they are unpatriotic, but why should they?

    - UMNO is all about Cash is King and how on earth they will donate to prop up PH Government?

    - Can someone strip UMNO members of their ill-gotten assets as donations?

    - what about the illegal RM90 million donation to PAS?

    - as a gesture of goodwill, I agree with Tun if he wants to change the Malaysian Currency...do it now...and, let Singapore keep the old RM2.6 billion notes from Najib!

    ReplyDelete
  26. Azizi6:52 AM

    Ada yang mampu menderma, ada yang mampu tengok..
    Ini bermaksud , agihan kekayaan negara tidak seimbang..
    Tidak seperti rakyat Korea yang sebulat suara untuk membantu negaranya..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikkum Dato' AKJ,

    Mengenai tabung harapan ni saya malas nak bercakap banyak sebab dah namanya pun tabung dan memerlukan derma. Bila disebut perkataan derma jawapannya mudah saja, kalau mahu derma silakan tapi jika tak mahu derma sila abaikan saja tak perlu cakap banyak, it's simple.

    Saya takkan derma untuk tabung ini kerana saya ada cara lain untuk membantu negara dan kerajaan yang saya undi melalui cara membayar cukai tak kiralah cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan, bayar hutang pinjaman PTPTN dan menjelaskan apa2 jenis saman tertunggak khususnya saman parking dan trafik diatas nama saya.

    Bukankah itu satu tanggungjawab bagi saya sebagai rakyat Malaysia disamping mempertahankan kedaulatan undang-undang negara.

    Ayuh bina semula negara!

    ReplyDelete
  28. The War is not won yet; now were tied to ill and negative elements. Please let Mahathir propel us from these choppy and troubled waters. As a citizen of the country, I would love to plead to our YDPA to let Mahathir carry on his endeavours. God Bless.

    ReplyDelete