Thursday, May 10, 2018

Tahniah, Pastikan Jangan Ikut Tabiat Pembangkang


A Kadir Jasin


UPDATE, 11 Mei - Tun Dr Mahathir Mohamad selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di Istana Negara semalam. Tahniah Tun dan tahniah rakyat Malaysia.

Angkat Sumpah: Perdana Menteri Ke-4 jadi Perdana Menteri Ke-7
POSTING ASAL

ANDA jangan turun padang. Kalau anda turun padang saya akan kutuk anda.”

Tun Dr Mahathir pada sidang akhbar kemenangan Pakatan Harapan
Itulah mesej atau kata dua saya kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) daripada semua parti yang saya bantu ketika kempen pilihan raya umum 2018.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.] 

Saya kata, mereka jangan jadi seperti wakil rakyat Umno-Barisan Nasional yang  hanya turun ke padang setiap lima tahun sekali.

Wakil rakyat PH sebaliknya wajib SENTIASA berada di padang bersama rakyat  jelata yang memilih mereka.

Dan apabila mereka berbahas di parlimen atau dewan-dewan undangan negeri, kepentingan rakyat jelata wajib menjadi keutamaan mereka.

Kita dalam PH tidak boleh sekali-kali mengikut dan mengamalkan tabiat buruk Umno-BN.

Jangan jadikan PH parti berprotokol dan feudalistik. Kita mahu negara kita yang tercinta ini menjadi lebih sama rata. Kita mahu masyarakat kita lebih egalitarian.

Tidak perlu high chair (kerusi tinggi) untuk Yang Berhormat kita. Jangan sekali-kali layan wakil-wakil yang kita pilih lebih daripada orang yang kita beri amanah.

Mereka bukan bos kita. Mereka adalah wakil kita. Kita mahu mereka berkhidmat dengan mentadbir dan mengurus negara sebaik-baiknya.

Rakyat jelata bukan hamba yang boleh diarah dan diperintah.

Kita meletakkan batu asas untuk memenuhi amanah, bukan memecah tanah setiap kali pilihan raya datang. Kita pecah tanah (untuk membangunan) bukan untuk pecah amanah.

Peringatan saya kepada semua yang akan dilantik memegang jawatan agar berhati-hati dengan oportunis, lalat, ulat dan lintah korporat yang akan berbaris dengan cerita sedih dan linangan air mata ke pejabat-pejabat mereka.

Kita tahu pada saat kita dan rakyat jelata memerlukan mereka, mereka menjadi pengampu dan penyokong kepada sebuah rejim kleptokrat yang korup.

Kita akan memperbaiki persekitaran ekonomi agar lebih mesra kepada usahawan, golongan profesional dan pekerja.

Tetapi untuk itu kita juga kena berhenti daripada menjadi alat kepada oportunis, lalat, ulat dan lintah korporat.

Terima kasih rakyat Malaysia atas kepekaan dan keberanian anda, khususnya anak muda yang mahukan perubahan.

Adalah menjadi tanggung jawab anda memerhati dan menegur wakil-wakil yang anda pilih jika mereka menyimpang daripada janji dan perjuangan. 

Mereka wakil kita BUKAN bos kita. Tidak perlu bahasakan mereka bos.Panggil mereka YB - Yang Berkhidmat.

Insya Allah kita diberkati. Terima kasih.

45 comments:

  1. Zalman A12:38 PM

    Salam Datuk,

    Yes TAHNIAH to you as well for your tireless service to the cause, all the way back from the "Save Malaysia" movement.

    Now Malaysia has indeed been saved.

    The "R.A.H.M.A.N" prophecy came true.

    When I was born, Tunku Abdul Rahman was PM, so I have crossed all the way from the "R" to the "N". But if you told me that the "M" would be both the 4th and the 7th PM of Malaysia (for a 2nd time at the age of 92), under the party banner of Anwar's black eye, I would not have believed it. How strange history can be.

    I only had 2 quick random thoughts this morning, Datuk:

    a) The MACC files on 1MDB & original forensic evidence still exist. From TS Abu Kassim's era. Eventually these need to be dug out of safekeeping. Naturally we will make contact with DOJ, Swiss & Singapore authorities as well.

    b) Innocent victims of political charges like Rafizi must be dealt with fairly after a new A-G is appointed. Rafizi is facing jail, a man with a young child who has stuck his neck out many times for our sakes. Not just for NFC but many others. Now the real truth can come out.

    Of course there are hundreds of urgent things to be done first.

    But justice should never be overlooked.

    Thank you.





    ReplyDelete
  2. Betultu, pembangkang mesti kuat anarkis, pembohong, pemfitnah, pengkhianat kalau mahu disokong.Kalau jujur mesti kalah.

    ReplyDelete

  3. Salam Datuk,

    Setuju sangat-sangat dengan saranan Datuk.

    Terima kasih tidak terhingga atas usaha Datuk selama ini.

    Dan terima kasih juga kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi di sini.

    Semoga Allah merahmati Datuk sekeluarga....

    ReplyDelete
  4. The results of GE14 are great: WE WON!

    By the way, unknown to most people, I am actually a supporter of Tun Mahathir and Bersatu. Since from the first day, although I didn't show it.

    Long live Tun Mahathir and Bersatu!!

    ReplyDelete
  5. Arvind Swarne4:48 PM

    Dato' Kadir,

    I am in complete agreement with you, Dato'.

    Thank you also for joining us in PH and helping us campaign. Loved reading your blog all these years. Your blog was one of the most intelligently written blogs on Malaysian politics. Please keep giving us your insightful writing.

    May the PH leaders be close to the rakyat, listen to them and serve them honestly and without arrogance. May they be public-spirited and bravely sacrifice for the sake of the ordinary person. May they have egalitarian goals and live humbly, as Jose Mujica did (the ex-President of Uruguay). Watch him here: https://www.youtube.com/watch?v=4GX6a2WEA1Q

    Could you please, Dato', play this video for all our PH 'wakil rakyat'?

    Take care, Dato'.

    ReplyDelete
  6. ymase5:30 PM

    Syukur Alhamdulillah

    Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah swt yang menentukan segalanya.

    Kepada yg terlibat merancang, berpakat, bersubahat dan melaksanakan kemungkaran terima lah karma anda.

    If you do the crime then you MUST do the time.

    There were many unsung heroes and to each and everyone who help make this historic moment become a reality, my utmost gratitude.

    Semoga Malaysia Selamat Sejahtera semula.

    ReplyDelete
  7. Syabas Dan Tahniah. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / a'lai / kum.),
    Izin aku tambah sikit :
    1.Molakan tugaihsan dgn niat ikhlaih untok berkhidmat kerana Allah demi kesejahteraan bersama.
    Andaikan setiap gerak kerja macam dibuat di depan Dia, kerana sekiranya kita sememangnya tidak nampak Dia, pasti Dia nampak kita.
    Sasaran kalu bulih untok mewujudkan sistem yg lebih insani, lebih 'humane' kearah 'good governance' dan tangkaih betindak balaih
    atau responsif.
    2. Lima tahun sunggohnya tidak lama mana... jadi 'hit the ground running'.
    Ni sikit pasai ungkapan tu (dari urbandictionary.com) :
    " hit the ground running
    Finding yourself in a situation that is fast-paced, and physically overwhelming. Often that feeling is heighted by a sense of mass confusion, and personal ineptness. Term was first coined to describe the "D-Day" invasion of World War 2. When Allied ships inflitrated Nazi shores, and infantry troops literally had to "hit the ground running", to keep from getting shot. "
    Jadi kena atog kerja ikut urutan para penting macam yg aku boh dlm blog hang sebelum ni,
    dari suroh al-Insyiroh atau A'lam nasyroh, ayat 7,
    (dari Tafsirq.com) :
    فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
    Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
    Maghap dan dgn rendah diri,
    Aku

    ReplyDelete
  9. Sumidas9:31 PM

    Salam tok.

    It worked out. Thank god. Let's get this train on track.

    And to Lee Wat..

    You are tiring. Not funny and un-original. At least Waghih and Pompuan try to not be stupid.

    Let it go man. You are not a troll. You try, but you're unoriginal.

    Anyways, best of luck to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumibas,
      Please don't be jealous of me.
      The top leadership of Bersatu know me. And what my contributions are.

      Unfortunately for you, they don't know you.

      So know your place!

      Delete
    2. Tahniah tuan ia rakyat tuan kenapa tidak menunggu deberan keputusan yang berjalan snail tetapi yang bergerak perlahan kesudahan sampai juga ke akhir garisan Doa orang di zalimi jua di makbul kan terima kasih

      Delete
  10. sukasamasuka10:11 PM

    Datuk,

    Tahniah Tun sebagai Perdana Menteri yang ke7.

    Moga2an sihat walafiat.

    ReplyDelete
  11. Zed-8510:12 PM

    Sallam Dato'

    Tahniah diucapkan.

    Alhamdullillah, Tun M sudah pun menjadi PM yang ke 7.

    Kita berdoakan supaya Malaysia diberkati Allah dan Tun diberikan kesihatan yang baik.

    Kita ucapkan terima kasih juga kepada DAKJ dan ramai lagi golongan yang begitu gigih sekali untuk menjadikan negara kita menjadi lebih baik. Bukan mudah usaha ini.

    Sallam

    ReplyDelete
  12. Jawi Pekan11:12 PM

    Everybody talks about the rule of laws but laws are made by politicians and civil servants who when confronted with problems instead of solving them find the easy way out by creating new laws which most of the time inconvenience the innocents .What we really need is a combinations of natural justice and mercy to evolve to a higher level of existence.

    ReplyDelete
  13. tahniah dato..selalu baca blog ini..analisa yg kritis amat bagus utk kami menulis nanti..oh ya..teruskan menulis dato dan beri komen pula pada yang berkhidmat itu

    ReplyDelete
  14. Tukar daripada YB ..yang berhormat kpd YB ... YANG BERKHIDMAT .... supaya selalu sedar diri.

    ReplyDelete
  15. Tolong bagitau Unblog yang kena ban tuu... Salam Datuk.Tk.

    ReplyDelete
  16. Mr.Tai-pan.Jr9:18 AM

    As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² MY..


    "AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @Prime Munafiq @Penyangak MY)"

    -------

    MY 2k18 - A New Dawn Has Emerged

    -Wow! Syukur Alhamdu'Lillah & tahniah kepada Semua Rakyat MY.. Keputusan telah dibuat & hakikatnya amatlah jelas.. MY memilih Perubahan & Pembaharuan.. JELAS & NYATA!

    -Heartfelt congrats & utmost salute to His Excellency TDM in SUCCESSFULLY spearheading the HOLY STRUGGLE that Our Dear Nation crucially need.. May Allah AWJ bless & protect U always.. It is clear that Rakyat Marhaen solidly supports TDM to heal MY..

    -Walaupun rejim kleptokrat pengkhianat yg "memerintah sebelum ini" cuba dgn segala-upaya utk menyekat Kemenangan Rakyat Marhaen namun kebenaran terserlah jua.. Rakyat MY memilih perubahan demi utk menyelamatkan Negara Tercinta Ini.. Sekarang segalanya terpahat dlm sejarah..

    -We have 4 days to celebrate this wonderful achievement.. Some of us might even go for holidays to relax.. Please make sure ALL OF US do it in the spirit of "selamat pergi & selamat pulang".. Sebab lepas ni KITA RAKYAT MY perlu "kerja-keras" to REBUILD Our Motherland!

    -To heal & to rebuild a nation requires some time especially when the damages is enormous.. KITA RAKYAT MY insy'Allah boleh hadapinya & Kita pernah berjaya "pulih" sebelum ini.. We successfully did it before & We can definitely do it again.. MY BOLEH!

    -Bersama KITA SEMUA RAKYAT MY bangun & bina semula Tanah Tumpah Darah Kita.. Pulihkan apa yg tak betul, perbaiki apa yg kurang, hindarkan apa yg tak elok, nyahkan apa yg tak perlu.. WE CAN DO ALL THESE TOGETHER.. We need to have faith in our own ability!

    -Moga Allah SWT memandu KITA SEMUA kearah pembinaan MALAYSIA yg BARU... Ameeenn!

    -------

    "To me, the thing that is worse than death is betrayal"
    -Malcolm X

    "Having 'Knowledge' will give you power,
    but having 'Character' will grant you respect."
    -Bruce Lee

    “Any man can make mistakes, but only an idiot persists in his errors.”
    -Marcus Cicero

    "Do not be fooled by one who recites the Qur'an;
    his recitation is nothing but speech,
    but look to those who live according to it."
    -Umar Ibnu Khattab r.a

    "Real knowledge is to know the extent of one's ignorance."
    - Confucius

    “Injustice anywhere is a threat to justice everywhere”
    - Martin Luther King

    "WE are braver than WE believe,
    WE are stronger than WE seem,
    & WE are smarter than WE think."
    -His Excellency Tun Dr Mahathir Mohamad

    -------

    "Fought The Battle AND ULTIMATELY Won The War...Alhamdu'Lillah"


    ***May Allah AWJ guides US ALL MALAYSIANS towards Righteousness**

    ***Ameeenn**



    "The AhJibGO Factor"



    "Discussion IS Dead"
    "Diplomacy IS Dead"
    "Democracy IS Dead"


    Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

    P/S: Tahniah Malaysia! A New Year.. A New Hope.. A New Beginning.. Viva³ MY² :-)

    P/S: Kudos Datuk Maestro! Another superb piece! :-)

    #Malaysia.Tanah.AirKu

    #Tanah.Pusaka

    #Bahtera.Merdeka

    ReplyDelete
  17. Salam,
    Tahniah rakyat Malaysia utk perjuangan yg telah memerdekakan NEGARA KITA utk kali ke 2. Syukur Alhamdulillah.

    Berkaitan jangan menjadikan PH sebagai parti FEUDAL
    Saya pernah mencadangkan agar semua YB (Yang berkhidmat) PH agar tidak diberikan apa2 gelaran yg melambangkan sistem feudal spt gelaran datuk, tan sri dsbnya selagi mereka masih berkhidmat. DAP telah mengamalkan ini jika tidak silap.

    Di pihak persekutuan pula kerajaan seharusnya tidak membenarkan semua PENJAWAT AWAM utk memakai
    atau menggunakan apa2 gelaran yg mereka terima dlm semua urusan rasmi kerajaan selagi dlm perkhidmatan.

    Ini akan memujudkan sikap kekitaan dan rasa kebertanggung jawab bersama dlm perkhidmatan awam dan seterusnya menghilangkan jurang dan sikap feudal yg boleh merencatkan produktiviti dlm perkhidmatan awam.

    ReplyDelete
  18. Salam datuk.
    Setelah BN mengalami kekalahan teruk yang diluar jangkaan, barulah mula terdengar suara pemuda umno mendesak supaya dilakukan perubahan yang menyeluruh dalam kepimpinan umno.
    Diawal dulu, umno pernah didesak oleh akar umbi supaya satu tindakkan drastik diambil terhadap datuk sri najib, iaitu undi tidak percaya diparlimen. Tetapi umno memandang sinis kehendak akar umbi ahli malah turut menyucikan najib dari pelbagai skandal.
    Najib mempergunakan kedudukan menekan ahli bawahan, malah rakyat yang mengundi BN. wang di tabur mencurah-curah kepada ketua bahagian untuk menyatakan sokongan kepada najib. Himpunan besar-besaran dianjurkan dengan memegang kad "i love pm" sambil mendakwa beliau masih mendapat sokongan padu 3juta ahli umno dan majoriti rakyat malaysia.
    Kami ahli bawahan melihat dengan rasa sedih kerana mempunyai kepimpinan yang takbor dan bongkak.
    Setiap hari kami berhadapan dan berbual dengan pelbagai lapisan masyarakat yang menyatakan rasa tidak puas hati pada najib dan kepimpinamnya. Usul dibawa kemensyuarat cawanagan dan dibawa kebahagian, kemuadian disekat. Ahli dipaksa menerima apa yang najib cakap itu sebagai betul dan segala tuduhan semuanya fitnah.
    Akhirnya kami menjadi bosan dan terpaksa mencari lain parti untuk hancurkan umno.
    Syukur, muhyidin dan tun tubuhkan bersatu dan bergabung dengan dap, pkr dan amanah. Pru14 adalah kebangkitan untuk menyatakan bantahan pada BN/umno.
    Setelah kalah teruk, barulah nak pulihkan umno. Walaupun sudah terlambat, namun bagi saya ini merupakan perkembangan yang positif. Untuk 5-10tahun akan datang, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam pentadbiran harapan. Tun tak mungkin lama sebagai pm. Selepas tun, kita tidak tahu siapa pula yang kan jadi pm. Dan bagaimana dasar yang akan dilaksanakan kelak.
    Oleh itu, pembentukan umno baru adalah satu tindakan positif sebagai pilihan sekiranya pelapis dalam harapan gagal menepati piawaian rakyat.
    Biar rakyat ada banyak parti pilihan yang bersaing.

    ReplyDelete
  19. Mister Lee Watt

    You're correct. Running bare-naked in the streets of Chowkit, sure is against the law. Therefore, you should at least uphold your pledge by covering 5% of your pelvis. That means you should honor you pledge in G-string, roughly the percentage of seats, you said PH would get in GE14.

    However, if you're still worried that G-string is obscene, I suggest you do it in bikini type underwear while holding a Bersatu flag. After-all, you said you're a supporter of Dr.M and Bersatu. I don't think the Police would dare arrest a flag-bearer of the New Prime Minister in this atmosphere of jubilant victory celebration.

    BTW... could you please stop using that Lee Watt nickname of yours... at least before the 8th. PM takes over?
    Anyway, people like me, who's not paid by anybody, would have a hard time defending the PH-Gomen, once he's involved in politics. More so, if they decided to bend some rules in making him next-PM... e.g using that undemocratic 'Kajang-move' or any other back-door maneuver.

    Who knows, we might be in the same camp... in not so long future if something went terribly wrong. In-fact, before 1MDB shit hits the fan, I just can't imagine myself supporting PKR today just because of Dr.M.

    ReplyDelete
  20. As rakyat, we have lots of demand, that goes without saying. Most of the time, we are not sure what we want, what we want changes over time. We demand stuff.

    But the things that we dont want, are for the YB to be dishonest, ignorant and incompetent. That much I am sure.

    ReplyDelete
  21. Salam Datuk
    Moga sihat dan diberkati Allah.
    Saya titipkan;

    Cabaran Politik PH dan Amanah Pasca PRU 14
    Sy11052018

    PRU14 sudah melewati dan rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama wajar merasa bangga kerana proses demokrasi untuk kesekian kalinya dapat dilakukan dalam keadaan walaupun banyak unsur dramatik , panas, mengujakan , namun ia juga mencatat sejarah baru yang menjadi tumpuan dan teladan seluruh dunia.

    Ex PM dari parti Umno-BN yang sama ,yang bermusuh , pernah cuba memenjarakan timbalanya Anwar , kini selepas hampir 2 dekad, membuang ego, menebus silapnya, menyertai parti pimpinan Anwar atas tujuan murni untuk menyelamatkan Malaysia dari perbuatan kleptokrasi oleh menteenya sendiri. Semua negara bukan saja kagum dengan kehebatan PM tertua di dunia beraksi, malah semangat tertinggi kedua negarawan Mahathir dan Anwar yang mengutamakan kepentingan negara dari persengketaan peribadi. Tambah kagum bila peralihan kuasa berlangsung tanpa kekacauan dan pertumpahan walau setitik darah.

    PRU kali ini menyaksikan land-slide victory memihak kepada PH , suatu sejarah baru dengan mandat 122 dari keseluruhan 222 kerusi parlimen . Fenomena pertukaran kuasa pemerintah yang sudah mendominasi lebih 60 tahun ini amat penting bagi evolusi tamadun berpolitik Malaysia supaya menjadi semakin mantang dan mantap .Ia amat baik untuk negara.

    Selepas tsunami politik berlaku, walau ramai tidak menjangkakan magnitud keputusannya, kejutan sebegini memberi banyak kesan langsung atau tidak langsung pada parti terlibat. Kesemua parti adalah entiti penting untuk membentuk sebuah negara yang di impikan rakyatnya. Interaksi antara parti perlu terus terusan berlaku supaya politiknya berimbang dan dinamik . Umno terutamanya perlu pulih, bersaing dengan memberikan tawaran baru kepada rakyat.

    PH sebagai pendominasi baru, rakyat tentunya akan melihat dan menilai bagaimana mereka melalui fasa pembelajaran, penyesuaian dan adjustment di peringkat awal. Tindakbalas yang wajar dan matang antara pemain dan siapa jua pihak yang terlibat termasuk institusi tertinggi akan menjadikan kancah politik semakin tinggi tamadun dan baik untuk negara.

    Cabaran besar untuk negara seperti Malaysia yang majmuk ini adalah mengekalkan keseimbangan toleransi diantara berbagai kelompok , terutama dari aspek bangsa, agama dan agihan ekonomi.
    Keseimbangan yang gagal di capai oleh BN dulu, akan menjadi agenda penting kerajaan PH kali ini.

    Komposisi PH yang terdiri dari PKR, DAP, Amanah, Bersatu perlu sentiasa kekal relevan terutama dari segi fungsi.
    (bersambung...)

    ReplyDelete

  22. (sambungan...)
    Walaupun percaturan kali ini PH menghadkan calon Amanah, namun ramai terutama orang Melayu dari jauh meletakkan harapan tinggi pada Amanah. Potensi Amanah sebagai sandaran rakyat sebagai parti islamic yang bukan berkisar hanya bersuara menasihat kepada amalan patuh syariah dalam polisi , mengurus negeri dan negara, sesama component parti, malah harapan rakyat agar Amanah menjadi contoh dari segi akhlak dan keberkesanan memimpin. Perangai zaman silam, yang tidak selari dengan prinsip Amanah, harus ditinggalkan.
    Amanah yang tidak suka menghukum tetapi lebih suka mendekati, merai dan menjelaskan kepada siapa saja termasuk component yang non muslim, akan memberi kesan baik kepada negara.

    Namun rakyat juga ingin melihat Amanah jelas menyata dan gariskan pendirian dan prinsipnya agar semua ahli komponen dan rakyat juga faham apa yg Amanah mahu dan perjuangkan. Pendekatan Amanah yang berasaskan justifikasi yang wajar dan consistent dalam setiap keputusan perlu diteruskan. Pendekatan begini walaupun terkadang tidak popular dan agak asing untuk diterima oleh sesetengah pihak, pencerahan dengan hikmah tentunya akan memberi kesan baik dalam jangkamasa lama. Konsep ' rahmat untuk seluruh alam' perlu terus dilebarkan applikasinya dalam semua aspek . Pendekatan membenci sesama anak adam tidak harus ada dihati semua rakyat. Element budaya yang baik misalnya meletakkan nilai lebih tinggi pada tulisan jawi boleh dipertimbangkan.

    Saya yakin ramai warga Melaka berbesar hati mendapat Dr Adli sebagai Ketua Menteri yang baru. Begitu juga lantikan Nik Omar menggembirakan ramai orang. Lagi ramai pemimpin Amanah di beri jawatan penting ,semakin tinggi nilai Amanah di mata rakyat, lagi cerah masa depan Amanah.Kelak bila semua pihak lebih menghargai dek perfomance nya yang baik, tentu rakyat akan menuntut kerusi yang lebih banyak untuk pemimpin Amanah.
    Tahniah diatas kejayaan PH.
    Tahniah rakyat
    Selamat berkhidmat.

    ReplyDelete
  23. For Tun4:48 PM

    Datuk, please pass an urgent message to Tun and his family.
    We should know that our Prime Minister has been working full stretch at a pace that defies even the youthful generation. I and my friends would have collapsed during the long long wait he was made to undergo at the Palace for the swearing in. Then came press conference after press conference, meeting with PH heads and then finalising the ministries for the new cabinet. The latest in naming the new Ministers would have exhausted us. And still more to come.
    For a start at any press conference for our PM, pls have a strong willed moderator who should not entertain any attempts to prolong the the interviews, just because Tun is willing to accommodate the questions, PH should not. Let PM have the opportunity to take a break and come back refreshed. We do not want anything to happen to Tun. We want Tun as our PM, long live Tun !!!

    Thank you Datuk. Please help to convey the message to Tun's family.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum. Tahniah Dato' di atas perlantikan dalam Council of Elders ni. Selamat berjuang untuk Malaysia

    ReplyDelete
  25. Zalman A9:57 PM

    Salam Datuk.

    To repeat a point I made here last year:

    Pakatan Harapan are the Kings of Internal Confusion.

    I see it happening again now.

    Please appoint a Communications Team - young, articulate, professional, and social media savvy.

    Make it a rule that component parties do NOT issue their own statements.

    Otherwise, by 2019, the rakyat will rindu Mat Maslan, and by PRU15 they will kick PH out.

    To repeat:

    Pakatan Harapan are the Kings of Internal Confusion.

    Even BN held the line better.

    Learn from past mistakes.


    ReplyDelete
  26. Pakcik11:58 PM

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.co.uk/2018/05/brader-anwar-bin-ibrahim-is-baaaaaaack.html?m=1

    According to the blogger, there's a speculation that PKR will team up with Umno and Pas because Anwar cant wait to become PM.

    ReplyDelete
  27. Budak jawa10:45 AM

    Aslm DAKJ,

    Setinggi tahniah kepada rakyat Malaysia, barisan kepimpinan PH terutamanya Tun M, TSMY dan DAKJ atas kejayaan menumbangkan kerajaan kleptokrasi.

    Saya mohon kerajaan baru:
    1. Menyelesaikan masalah kebanjiran pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin. Mereka sekarang ini bukan sahaja bekerja malah berniaga menyebabkan pengaliran wang di kalangan mereka sahaja yang menjejaskan ekonomi negara.

    2. Menukar barisan kepimpinan tertinggi pegawai kerajaan yang terang-terangan bersubahat dengan pemimpin kerajaan kleptokrasi.

    3. Menghapuskan jawatankuasa2 yang terlalu banyak bilangannya dn mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang mempunyai implikasi kewangan seperti majlis ekonomi.

    4. Meletakkan unit kerjasama awam swasta di bawah epu supaya hanya projek yang diperaku di bawah rancangan malaysia sahaja boleh dilaksanakan oleh ukas dan bukan segala macam projek. Rmk hendaklah mengambil kira keperluan pembangunan keseluruhan negara manakala pelaksanaannya boleh di bawah belanja pembangunan atau ppp/pfi. Untuk makluman, bilangan projek ppp/pfi yang terlalu banyak di bawah ukas ini telah menyebabkan belanja kerajaan meningkat dan ia merupakan komitmen yang mesti dibayar sama seperti hutang menyebabkan belanja operasi lain terpaksa dipotong.

    5. Projek2 yang membazir dan berat sebelah seperti aes dan banyak lagi dirunding semula atau ditamatkan sekiranya boleh.

    6. Melaksanakan proses due diligence di kementerian terutamanya kementerian kewangan, epu dan ukas untuk mengenalpasti masalah sebenar dan berapa besar masalah yang negara hadapi.

    Sekian dahulu.

    Selamat maju jaya.

    Budak jawa

    ReplyDelete
  28. 1. Sebab utama saya dan ramai lagi rakyat undi PH kali ini ialah kerana Tun Dr Mahathir sebagai PM. Bukan sebab banduan yg nak jadi pm atau jurucakapnya yang bakal jadi banduan tu.

    2. Saya suka kumpulan penasihat kerajaan yg terdiri drp pakar2 ekonomi dan ahli perniagaan berjaya yg telah pun mula bertugas utk memulihkan ekonomi negara. Syabas!

    3. Saya mahu Tun Dr Mahathir diberi ruang untuk buat keputusan tanpa merujuk kpd banduan dan kuncu2nya. Dr Mahathir bukan calang2 pemimpin. Beliau adalah pemimpin yg dihormati oleh pemimpin2 dunia. Tolong hormat!

    4. Saya tak percaya banduan dan kuncu2nya. Saya mahu pemimpin2 yg ikhlas mahu bekerja utk rakyat bukan yg gila jawatan. Tak bertanding pun mahu jawatan!

    5. Beri peluang dan ruang yg secukupnya utk Tun Dr Mahathir dan org2nya buat kerja utk pulih ekonomi negara ini dan jadikan Malaysia gemilang semula!

    ReplyDelete
  29. 260 minggu dlm 5 thn, bukan tiap2 minggu ada sidang parlimen & dun kot? Pandai2 lah agih masa bersama rakyat. Masa pru15 tak payah kempen teruk2. Tanam benih baik2 la ni, jaga baik2, baru dapat buah yg baik.

    ReplyDelete
  30. Salam DKJ, tahniah atas perlantikan PM sbg Media Comm. Saya doakan dalam masa 100 hari, rakyat akan terkesima langkah2 perubahan utk jayakan Manifesto 100 hari PH.
    Bukan mudah tapi doable.

    Begitu jugak langkah2 menegakkan rule of law dlm skandal2 klepto khususnya kecurian 1MDB.

    Elok juga dicooptkan aktivis-aktivis yang telah lama berjuang kes2 ni ambil input mereka: Tony Pua, Rafizi, Hishamuddin Rais, Ambiga, Maria Chin.

    Interpol Notice utk Claire Brown mesti dibatalkan, beliau diberi kehormatan utk present case kpd Council sbg input antarbangsa.

    MCMC ban keatas blog2 proPH mesti ditarik balik sertamerta.

    Bloggers spt RPK, Rockybru, Big Dog, Dr. Mum, Another Brick, LSS semua mesti disiasat atas fake news keatas PH dan khususnya TDM. Sama juga keatas panel pemikir2 diJasa dan penganalisa2 politik spt Fuad Zakarsi, Tun Faisal, Dr. Kamarul Yusof, CEO Iksim, Riduan Tee, Lokman Adam.
    Tk.

    ReplyDelete
  31. Salam Datuk,

    Mintak tolong suarakan kepada MB Johor supaya tidak mengikut perangai BN. Mohon supaya segala tindakan mengutamakan rakyat daripada membalas dendam.

    Kami yang terlibat sama mengubah kerajaan tetapi ditakdirkan duduk di kawasan BN adakah kami sekali terkena tempias dianak-tirikan segala bantuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Sumidas8:47 PM

    Ok lee wat. One can claim anything on the web. By the way you write, it’s obvious you are stupid.
    I mean no malice but your stupidity is annoying. A troll is to get people riled up and angry, i look at you and feel annoyed and sorry. You are the epitome of what is and what was wrong with najib. You’d eat your own shit and think it was good.

    Anyways not my place to tell you to get lost as this joint ain’t mine but at least put in a shift or effort.

    You are un original, un funny and downright stupid. You contribute nothing to this joint.

    No malice but you can do better.

    ReplyDelete
  33. tahniah dato..blog ini dan zamkata dan chedet x boleh tinggal setiap hari..terima kasih dato..penulisan kritis dengan angka2 teliti tertib jadi inspirasi kpd sy melakukan pekerjaan

    ReplyDelete


  34. Salam Datuk,

    Rafizi agaknya sesuai kalau dilantik sebagai Ketua Audit Negara.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  35. jangan lupa Janji untuk menghapuskan rasuah oleh PH..so mana2 menteri yg terlibat dengan rasuah jangan buat2 lupa pulak...Tp kenapa ada individu yg terlibat dgn rasuah boleh jadi menteri ya?konpius....

    ReplyDelete
  36. Salam Dato. Minta Kerajaan sekarang lepaskan sekatan terhadap blog blog yang disekat SKMM. Minta tolong kerana Kami Berjuang atas Nama keadilan Dan Kebenaran. Terima kasih.

    ReplyDelete

  37. Salam Datuk,

    Kekalahan BN tidak hanya boleh dipertanggung-jawabkan kepada DS Najib sahaja.

    DS Zahid juga perlu bertanggung-jawab atas kekalahan BN. Pada pemilihan Umno akan datang beliau perlu disingkirkan oleh ahli daripada memenangi mana-mana jawatan.

    Ini adakah langkah permulaan yang perlu diambil untuk memulihkan Umno.

    ReplyDelete
  38. Rule of law9:15 PM

    Datuk,
    on the matter of Anwar's pardon, is it usual or even normal to be advised that the pardon will be granted even before the Pardons Board has met to deliberate the issue? For goodness sake, this is circumventing the SOP and procedures that are in place to consider applications for pardon. The rakyat wants to know if this is following the rule of law. What about earlier applications for pardon submitted by the respective inmates? The new government and those governing the country must be seen to be impartial.
    Another serious issue to consider carefully is when this matter is rushed as in this matter will Tun M and PH and even the palace be accused later of bias? Are any parties or persons out to incriminate Tun M and PH ?
    Easy to become so-called heroes, but friends desert you when trouble comes.

    ReplyDelete
  39. sukasamasuka9:45 PM

    Datuk,

    " Jangan jadikan PH parti berprotokol dan feudalistik. Kita mahu negara kita yang tercinta ini menjadi lebih sama rata. Kita mahu masyarakat kita lebih egalitarian."

    1. Yang suka berprotokol adalah Melayu.

    2. Yang feudalistik pun Melayu juga.

    3. Melayu suka berprotokol dan feudalistik sebab mereka lemah dari segi pencapaian prestasi kerja.

    4. PH itu Melayu...jadi jangan hairan ada dikalangan mereka suka berprotokol...dan, juga feudalistik.

    5. Melayu feudalistik sebab mengharap ada orang lain yang konon tinggi darjatnya akan jaga agama dan bangsa mereka.

    6. Tidak ada dalam AlQuran orang Melayu disuruh jaga Islam...kalau ada tentu orang Quraish keturunan Rasullulah s.a.w, bukannya Melayu yang tak ada kena mengena.

    7. Kita perhatikan saja macam mana Agong duduk sebelum Tun angkat sumpah...no manners!...itu la sultan melayu...nasib juga di Sabah tidak ada sultan.

    8. Aku syorkan kerajaan PH jangan la sibuk mau kasi pingat darjah kebesaran setiap kali harijadi sultan atau agong.

    9. Cukup la yang sudah sudah dulu tu, Datuk.

    10. Aku cemburu ba belum pernah dapat apa2 pingat.

    ReplyDelete
  40. Budak jawa9:55 PM

    Aslm dakj,

    Saya tambah ya.

    Sebelum gst dihapuskan, kerajaan harus menilai komitmen perbelanjaan yang mempunyai kontrak dan perbelanjaan untuk meneruskan operasi perkhidmatan agensi kerajaan.

    Selepas kejatuhan harga minyak, kerajaan telah mengurangkan jumlah perbelanjaan operasi dengan banyak. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan juga telah menaikkan gaji penjawat awam berkali-kali dalam usaha menundukkan penjawat awam serta melancarkan pelbagai projek pembangunan termasuk projek mega yang memerlukan kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi tempoh yang panjang untuk bayaran sewa dan kos pembiayaan.

    Akibatnya, belanja operasi agensi kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan dan subsidi telah dikurangkan dengan mendadak.

    Sekiranya kerajaan menghapuskan gst, dikhuatiri harga barangan tetap tidak akan turun malah kerajaan kekurangan hasil dan tidak dapat membiayai perbelanjaan operasi yang terus meningkat.

    Sebaliknya jika gst dikekalkan, kerajaan masih boleh mengurangkan kos sara hidup melalui penghapusan/pengurangan kadar tol dan pad masa yang sama dapat mengembalikan semula hasil gst yang dikutip kepada rakyat melalui penambahbaikan perkhidmatan awam atau peningkatan biasiswa atau lain-lain perbelanjaan yang produktif.

    Sekiranya ingin juga dilaksanakan, kurangkan saja kadar gst kepada 5% untuk peringkat permulaan dan disemak kadarnya dari masa ke semasa.

    Sekiranya mahu juga dihapuskan, kekalkan sistem dan mekanisme gst untk tujuan audit percukaian yang lebih cekap, hanya kadarnya sifar diperingkat pengguna dan pastikan harga tidak dinaikkan oleh pengeluar barangan dan perkhidmatan. Hanya yang saya lihat, pemansuhan gst akan meningkatkan harga kerana kos perniagaan yng meningkat berikutan cukai yang ditanggung pengguna sebelum ini akan ditanggung oleh peniaga. Mungkin saya silap.

    Apa yang lebih penting sebenarnya adalah kerajaan bekerja dengan ikhlas untuk rakyat, mendengar dan mendahulukan rakyat bukannya bergaduh mulut dengan rakyat dan pada masa yang sama hidup secara bermewah-mewahan termasuk keluarga mereka sehingga menjolok mata dan perasaan rakyat.

    Sekian, saya akan tulis lagi dari masa ke semasa.

    Budak jawa

    ReplyDelete
  41. Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / a'lai / kum.),
    Aku tambah sikit no... terutama pasai komen En Fauziasmara 11.43 pm, bekenaan Rafizi, yg dia nulih..."agaknya sesuai
    kalau dilantik sebagai Ketua Audit Negara. "
    Aku sokong sangat cadangan tu, kod2 hang bulih sampaikan kad Komisi yg dikepalaii Daim tu.
    Satu, pasai dia ni nampak buat putusan banyak bedasagkan bokti2, fakta atau dalil ("evidence based").
    Nobo dua, dia ni berani, tak salah aku dia besa basakan MOI sebagai 'badut' ("clown").
    Nobo tiga, dia mengaji tinggi dan bepengelaman dlm bidang ni, pintag dan insyaAllah cepat belajag (baguih punya 'pick up')
    Empat, dia insyaAllah istiqomah, ('consistent and persistent') ('can get s job done').
    Tapi munkin korang sikit, dia punya P.R.(pehubungan, merai'kan) sesama kawan lagu keh 'polemik'
    Mat Tehag buat keputusan calonkan menteri2 tak 'rojog' kad semoa member.
    Aku rasa laa... Mat Tehag jenuh betimbun kerja kena buat, aku ingat tidog pon korang, orang laa ni kata 'ciput',
    dan zaman dolu2, dlm kuliyah pengurusan ('management') depa ada sembang pasai organasasi 'formal'
    atau resmi dan organasasi 'informal', jugak jaloran komunikasi yg 'formal' dan tidak 'formal'.
    Kod2 Mat Tehag ambik jalan yg 'informal' atau pon buat putuihsan paih tu baru maklum, munkin macam
    'resolusi kertaih'.... al maklum, kepala ayag penoh harapan untok pecah empangan batil selama banyak tahun ini..,
    dan yg penting untok orang2 yg dhoif macam aku ni, aku besangka baik dgn Mat Tehag.
    Lantaran aku dgn rendah hati mohon Rafizi kalu bulih, turut lebih sikit lagi sanka baik dgn Mat Tehag.

    Maghap Kadiag, ni pon singgong dgn tugaih hang jugak pasai dilantik Kepala Komunikasi,
    supaya melancag hubungan raya dan merapatkan pandangan 'world view' dan hati2.
    supaya tak becakaran dlm media aruih perdana yg masih milk depa nu, dok tunggu nak terpa ataih
    apa2 isiu yg bulih merobek kesatuan yg susah payah hampa bina, selama ni. Hubaya hubaya.

    Maghap no, aku sunggoh bukan tera mana pon.
    Aku

    ReplyDelete

  42. Salam Datuk,

    LANGKAH PANDAN atau LANGKAH PONDAN

    Adakah pilihanraya kecil akan diadakan di Parlimen Pandan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar menjadi wakil rakyat dan dilantik menjadi Perdana Menteri?

    Mengarut......

    1) Pakatan Harapan bukan parti pembangkang seperti ketika Langkah Kajang dilakukan.

    2) Sekiranya dilakukan apakah isu yang nak dibangkitkan? IMDB,GST, Datuk Seri Najib? Isunya ialah kerana nak bagi DS Anwar jadi PM? Lucukan.....

    3) Sebelum ini pengundi menyokong DS Anwar kerana merasakan beliau telah dianiayai, kini beliau telah bebas dan boleh menjadi PM dengan hanya menjadi senator. Undi simpati telah tiada.

    4) Mampukan DS Anwar menang dengan majoriti lebih besar dari Datuk Seri Wan Azizah? Sekiranya ya, maka baguslah. Sekiranya tidak, maka ini akan mencalarkan kejayaan PH baru-baru ini bahkan ia akan memcerminkan sokongan rakyat kepada beliau.

    5) Adakah DS Anwar tidak akan kalah? Pengundi bandar pernah menyokong pembangkang dan pembangkang sekarang ialah BN. Pengundi yang tidak berpuas hati akan melakukan undi protes. Bagi mereka tidak mengapa jika hilang satu kawasan parlimen, kerajaan PH tak akan tumbang.

    6) Sekiranya PRK ini berlaku maka rakyat akan merasa dipermainkan dan hanya dijadikan mainan politik. Wang dan masa rakyat dibazirkan.

    7) Rakyat akan hilang hormat pada kerajaan baru ini yang masih merasa diri sebagai pembangkang.

    8) Kejayaan PH baru-baru ini bukan atas faktor DS Anwar, kegemilangan beliau hampir berlalu.

    9) Kreadibiliti dan kepercayaan rakyat kepada Tun M dan kerajaan PH juga akan merosot. Bahkan seluruh dunia akan memberi perhatian kepada permainan politik ini.

    10) Pelabur luar akan hilang keyakinan apabila kerajaan mengambil langkah yang tidak matang dan berpolitik sepanjang masa.

    11) BN akan memainkan isu ini habis-habisan sepanjang kempen. Pengundi yang merasa dipermainkan akan mengundi BN atau tidak keluar mengundi.

    12) Nasihat saya, terimalah perlantikan sebagai senator dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya bertanding belum tentu lagi menang, maka adakah layak menjadi Perdana Menteri.

    Buatlah tindakan yang akan memudahkan PH memenangi pilihanraya akan datang, cuma empat tahun sahaja lagi. Masa tu bertandinglah sepuas-puasnya......

    ReplyDelete
  43. TDM menghadapai tugas berat untuk menjalankan tugasnya memenuhi aspirasi PH seperti yang telah dinyatakan dalam manifesto PRU yang lalu. Saya setuju dengan peringatan yang diberikan oleh Zamnan A (3:59 PM); sepertinya ada "loose canon" yang ghairah meledakkan pelurunya atas isu yang kecil.

    Asas kejayaan PH dalam PRU yang baru lalu ini, antara lain adalah atas aura TDM. Beliau adalah "political lion" dalam politik Malaysia. Ungkapan "Jangan main-main dengan TDM" yang semasa kempen PRU dulu ditujukan kepada UMNO/BN sekarang juga terpakai kepada mereka dalam PH. Unlike Najib, TDM has the gut to go for the kill, I mean politically. Dalam sehari dua ini sudah nampak ada tanda-tanda tidak sabar dikalangan penyokong DSAI; jika DSAI, DSWA, NI dan penyokong mereka dalam PKR gagal mengawal emosi saya bimbang mereka akan tersalah langkah dan kecewa untuk kali yang terakhir. Jangan lupa, DSAI gagal menumbangkan UMNO/BN sebelum ini walaupaun telah mencubanya dalam beberapa PRU. Alahai, he also failed in the so-called Kajang Move. TDM has the upper hand now. Remember that.

    Saya harap TDM berjaya untuk meletakkan asas politik matang bagi era Malaysia Baru. Semoga beliau berjaya dan siapa juga yang mengambilalih tugas PM selepas beliau nanti tidak menjadi seperti Najib.

    ReplyDelete