A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
MUTAKHIR – Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima peletakan jawatan Pengarah Urusan dan
Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.
Dalam satu kenyataan
beliau, antara lain, berkata, peletakan jawatan itu akan membolehkan kerajaan
menyusun semula agensi pelaburan negara tersebut.
Perdana Menteri
mengalu-alukan tawaran peletakan jawatan daripada semua ahli lembaga pengarah.
Dr Mahathir berkata,
Khazanah akan disusun semula sejajar dengan dasar-dasar pentadbiran baru.
POSTING ASAL
AHLI lembaga pengarah Khazanah Berhad menawarkan untuk meletak jawatan secara beramai-ramai.
Saya kata, terima kasih
dan kerajaan terima sajalah. Tidak perlu tawar-menawar.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Hak mereka untuk
berhenti dan hak kerajaan untuk menerimanya.
Pendirian saya mudah. Kerajaan
tak perlu terseret untuk tawar-menawar.
Sekiranya ada antara
mereka yang super bagus, tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan atau
pengabaian tugas, kerajaan berhak melantik mereka semula atau memberikan mereka
tugas di tempat lain.
Satu hal kita kena
faham. Semua ahli lembaga syarikat secara berseorangan dan berkumpulan
mempunyai tanggungjawab fidusiari (fiduciary duties).
Perlu diingatkan yang
ada antara ahli lembaga pengarah Khazanah itu baru sahaja dilantik
untuk mengetuai sebuah badan berkaitan kerajaan yang lain.
Jika ada kegagalan fidusiari
atau perbuatan jenayah, kita wajib pisahkan beras daripada hampas.
Saya kenal banyak
daripada mereka secara peribadi. Ada yang saya kenal sudah lebih 30
atau 40 tahun. Malah ada yang sama belajar di luar negara.
Tetapi ini bukan soal
kenal atau tidak. Ini soal kepentingan negara kerana perniagaan Khazanah
melibatkan modal yang sangat besar - hampir RM90 bilion – tetapi tidak menjana
pulangan yang cukup memuaskan.
Kemudian kita dengar
mengenai pelaburan yang hilang begitu saja atau eksekutif yang dibayar gaji
luar biasa besarnya.
Pada 7 Julai lepas,
akhbar perdagangan “The Edge Market” melaporkan yang ketua pegawai eksekutif
IHH Healthcare Berhad, salah sebuah anak syarikat Khazanah, dibayar gaji RM33.9
juta setahun.
Saya amat yakin bahawa ahli
lembaga pengarah Khazanah itu tahu bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan (PH)
tahu apa yang telah dan sedang berlaku dalam organisasi mereka.
Khazanah adalah antara
syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC-GLIC) yang paling awal
dipanggil untuk memberi bantuan dalam siasatan Majlis Penasihat Ekonomi
(Council of Eminent Persons).
Majlis itu ditubuhkan
oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik saja mengangkat sumpah
awal Mei lalu.
Hendak Menguji?
Maaf cakaplah kalau saya
kata, langkah ahli lembaga pengarah Khazanah itu boleh ditakrifkan sebagai seolah-olah
hendak menguji atau mencabar pendirian kerajaan dengan tidak meletak jawatan
tetapi sekadar menawar untuk meletak jawatan.
Saya kata sekali lagi,
terima sajalah tawaran mereka itu. Bukan apa, tapi sudah banyak
pengerusi dan eksekutif kanan GLC-GLIC yang telah meletak jawatan atau
menghantar surat mengatakan mereka akan meletakkan jawatan bila kontrak mereka
tamat.
Berilah peluang kepada
kerajaan baru untuk membuat keputusan dan melantik sesiapa yang ia mahu.
Apa yang hendak
dihairankan sangat. Bila Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) bertukar pun
ramai pengerusi, ahli lembaga pengarah dan eksekutif kanan GLC-GLIC, jabatan
dan agensi digugurkan dan orang baru dilantik.
Inikan pula apabila BN
kalah dan PH mengambil alih pentadbiran negara.
Mereka yang dilantik oleh
kerajaan lama tentulah tahu yang kedudukan mereka akan dipertimbangkan semula,
apatah lagi jika mereka adalah lantikan politik.
Yang saya rasa lebih
penting adalah mencari pengganti yang berwibawa, iaitu mereka yang tidak dicemari oleh
korupsi harta benda dan minda oleh kerajaan dahulu.
Alhamdulillah kita masih
ada banyak orang baik yang boleh mengambil alih. Ini telah pun berlaku di
Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Negara dan beberapa buah agensi lain.
Sama pentingnya adalah
kita mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dengan perbuatan
jenayah dan kegagalan menjalankan tanggungjawab fidusiari, sama ada
berseorangan atau berkumpulan.
Rakyat jelata dan
pembayar cukai wajib dilindungi daripada serigala korporat seperti yang
digambarkan dalam filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan bersama
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul
Razak.
Kita tidak mahu lagi
musang berbulu ayam mengaut kekayaan di atas belakang rakyat jelata.
Kita dengar cerita bagaimana seorang
bekas pengerusi sebuah agensi tani yang diberi kereta rasmi jenis Mercedes
tetapi berpakat dengan ketua pegawai eksekutifnya untuk menyewa kereta Lexus
mewah dengan kereta gantian jenis Masserati. CEO itu pula menyewa kereta jenis Bentley.
Kerajaan baru PH memikul
mandat yang sangat berat dan wajib diberikan peluang mengatasi kerosakan yang
ditinggalkan oleh kerajaan dahulu.
Wallahuaklam.
Bukan sekadar Ahli Lembaga Pengarah shj, untuk memberikan nafas baru pada GLIC & GLC, seeloknya senior management pun perlu digantikan juga.
ReplyDeleteRamai juga yg memegang jawatan tinggi dlm GLIC & GLC bukan kerana merit & qualification, tapi kerana favoritism & seniority
Begitu juga dengan kwsp. Banyak transaksi jual beli kwsp terhadap kaunter-kaunter bursa terutamanya GLC, depa beli tinggi jual rendah. Benda yg basic dalam investment pun tak tahu, macam mana lar depa ni dipilih dan dilantik.
ReplyDeleteSaya sangat stuju kalau pengurusan Pelaburan KWSP di selidik untuk menentukan kewajaran sesuatu keputusan dibuat bila membeli counter2 yang di katakan membawa keuntungan
DeleteThe best... I’ve been following you since “other thots” days... keep it up Sir... your writes opened the eyes of many...
ReplyDeletePara pembahas dan pelawat sekalian.
ReplyDeleteSaya difahamkan oleh pihak-pihak yang mengetahui berkenaan perkembangan ini bahawa penghantaran surat tawaran peletakan jawatan tersebut dibuat dengan pengetahuan Perdana Menteri.
Mereka berkata bukanlah tujuan lembaga dan pengurusan Khazanah untuk menyulitkan keadaan cuma mereka memerlukan masa untuk mendapat isyarat yang jelas daripada kerajaan.
Terima kasih.
Rakyat juga yg menanggung. Kerajaan kerja dia sapu je.
ReplyDeletePengurusan Khazanah sekarang tak payah nak tunggu lagi ... duduk di rumah saja lah dan menjadi orang pencen saperti Khalid Abu Bakar "who is now without a job."
ReplyDeleteDulu tak buat kerja, sekarang mana boleh sanggup lagi. Tak boleh di percayai lah.
Datuk Kadir,
ReplyDelete1. Perletakan jawatan secara sukarela oleh ketua2 GLC ini adalah dialu-alukan.
2. Walau bagaimanapun, yang mahir dan bagus dalam bidang mereka boleh dikekalkan dengan syarat2 baru.
3. Beralih pada cerita lain, kenapa perlu kerajaan biaya sekolah swasta/persendirian ? Bukankah ianya satu entiti perniagaan ? Kenapa terlalu banyak desakan "menCHINAkan" negara ini sejak akhir2 ini ?
Sebab yg Melayu kebanyakan Membangsat Bangsanya sendiri..
Deletenk isyarat jelas ok sy bg kit......rakyat kais pagi mkn roti kais ptg kdg2 x mkn.Golongan ni bkn mkn je kete bak kata org kg mcm istana bergerak.Apakah faedah yg rakyat biasa dpt ....sedih...
ReplyDeleteSelamat bersara kepada ahli2 lembaga yang telah berhenti. Kepada mereka yang telah berhenti ini saya percaya tak tercalar sedikit pun kekayaan yang mereka telah himpun. So go enjoy your life and get out of the way (of Tun M). Tq
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
ReplyDeleteSekali lagi terima kasih banyak pasai tulong hebah hai yg sangat parah ni ke pengetahuan rakyat. Laa ni semoga rakyat paham
pasai apa kalu tak dak 60 ringgit jangan pi kelinik suasta, walaupon dah banyak hari demam. Ada yg siram badan dgn ayag telaga ja....
Ni aku kopipeh sikit apa yg Mat Tehag dilapog kata kad media Amerika (CNN) 26 Julai 2018:
“ Kuala Lumpur, Malaysia (CNN)Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, who staged a stunning election upset earlier this year to return to power aged 92, said he inherited a government lousy with corruption and with few trustworthy officials.
"From outside we saw the damage, but we never expected the damage to be so extensive," he told CNN at his offices in Putrajaya, south of the capital Kuala Lumpur. "Most of the top echelons in the government are corrupt."
Mahathir's predecessor and former protege Najib Razak has been charged with multiple counts of corruption for allegedly embezzling millions(sic) in public money from Malaysia's 1MDB fund.
"I have to work with some of those people who are suspect," Mahathir said. "It's a very difficult job, if you don't work with people you trust, you don't know whether what you want them to do will be done or not."
Kadang2 pikiag pi pikiag mai, kad Mat Tehag pon aku nak marah bila dia dilapog sebagai kata “... , but we never expected the damage to be so extensive.”
Pasai apa pulak “ tak sangka kerosakkan begitu meluaih..”
Antara lain kan hang selalu guna kalimah “systemic” bila rojog pentadbiran sebelomnya dlm ‘coretan’ hang ni ? Mat Tehag sebagai doktor perubatan sepatutnya sangat
‘arif maksod istillah ‘systemic’ ni....
Tapi tak bulih jugak nak marah sangat kad dia, munkin dolu2 dia tak rasa sangat keperitan rakyat tebanyak,
almaklumla...almarhum pak dia masta Mohammad, memang asai orang berada... dan dari dolu2 lagi, Mat Tehag dah pakai kereta Pontiac.
Lagi pulak jasa dia, sakan...!! Dan sememangnya aku alHamdulillah, kerana Allah S.W.T. dgn sifat maha pemuroh, mengasihan yg tak tehingga (‘infinite’) antak mai seorang pemimpin macam dia.
Dan maknusia terutama lagu aku ni kot jauh lagi kerap buat silap.
Namun aku nak kena jugak tekan sekali lagi bahwa ‘kejengkilan’ ni ujud merata, dan dibanyak peringkat,
di unibersiti2, di mahkamah2, kalangan mata2, hospital2, media,
kepala2 dan pejabat agama.... selain dari kalangan ‘... most of the top echelons’.
Sekali lagi, mintak maghap no. Dan sekali lagi terima kasih banyak. (Kalu jumpak Mat Tehag, kalu ingat laa, kirim salam no ...
kata dari kawan almarhum Abang dia.)
Aku
Salam dato.
ReplyDeletejika perletakan jawatan ini berlaku dlm thn tujuh puluhan, maka kerajaan patut berasa gundah kerana ketika itu jumlah yg bijak pandai amat berkurangan.
namun sejak kerajaan d bawah pimpinan tun m yg tlh memberi penekanan terhadap pendidikan sejak beliau menjadi menteri pelajaran lagi, maka tak salah kalu saya katakan yg we can get brainy replacements in d open market at 'a dime a dozen'.
sepatut nya,semua lantikan 'politik' olih kerajaan yg lepas perlu faham n segera menawarkan perletakan jawatan tanpa d beri apa2 'signal'. apatah lagi jika mereka dgn terangan menyokong serta berkerja keras utk mengekalkan regim yg sdg berkuasa ketika itu.
saya meyokong sepenuh nya pandangan yg d utarakan oilh dato dlm artikel ini.
2 most of them good riddance.
Jangan lupa juga Dato, banyak pegawai kanan kerajaan yang sabotaj Menteri Baru PH, JPA patut di rombak kerana ada jembalang masih bertapak di sana.
ReplyDeleteIf employees of companies are paid bonuses based on their performance, why can't BOD of GLC-GLICs be paid bonuses and allowances on performance driven incentives. We can see how prudent they will be if we adopt this benefit structure. Only the good ones will opt for this job. Btw, rewards for excellent performance must be handsomely good given the risks they take to accept such delicate tasks.
ReplyDeleteAdakah mmg menjadi tanggungjawab sosial korporat sebahagian GLIC & GLC untuk mengambil seramai-ramai pekerja (overstaffed) walaupun takde kerja yg nak dibuat?
ReplyDeleteSalam Dato.
ReplyDelete1 pergi....10 yg datang ganti.
Memang betul kata Dato....kerajaan tidak perlu tawar menawar dgn mereka2 ini.
Perut masing2 pun dah boroi kekenyangan....biarlah org lain pula merasa kekayaan yg mereka kecapi sekian lama ....bila mereka berhenti.
Cukup2lah.
syabass dato kadir jassin atas keperinhatinan dalam mengerakkan kemajuan ekonomi negara. ketegasan amat perlu. lawan perompak lagi syahdu daripada berunding diplomatik dengan ejen perosak negara.
ReplyDeleteHarap PM jangan lah main musical chair jugak kali ni. Rotating a set of same people around! These people maybe perceived as relatively clean and not associated with the government before.......? The like of Tan Sri Mohd Nor Yusuf......dia pun dah lama sangat kat atas tu. Wasn't he the 1st MD of MAS after khazanah took over and now still chairman of MAS? What are all the accolades awarded for? A banker.......and most of them are and basically accountants! Cukup cukup lah. Give a chance to new people, just like the new lineup of cabinet ministers!
ReplyDeletesalam akj.
ReplyDeletebukan sekadar tawar atau suruh letak jawatan.
jangan biarkan bebas dengan harta haram yang mereka jamah.
sekiranya ada penyelewengan dakwa mereka di mahkamah.
yang salah tempat mereka di sungai buloh atau kajang.
juga sebagai cermin kepada kerajaan ph yang ada sekarang.
bukan saja glc-glc perlu telus dan akauntabiliti.
malah kesemuanya yang melibatkan kepentingan dan duit rakyat.
Mustahil kronisme dan nepotisme amalsan ahli politik di malaysia dapat dihapus oleh kerajaaan pakatan harapan.kita sama sama tunggu dan lihat akan realistiknya nanti.Jika DAP berkuasa jadilah macam Singapura akan nasib bangsa Melayu di negara sendiri ini.Sejarah china disitu kita duduk disitulah kita taklok.Tidak mustahil akan berlaku penjajahan baru keatas malaysia suatu hari nanti atas kerjasama dan bantuan serta keredhaaan para pemimpin berbangsa Melayu yang pentingkan diri sendiri.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeletewhat's this ridiculous affair of cleaning services on "strike" and judges having to do the job.
Minister Hanipa, no dragging of feet on this.
Please immediately arrange for the toilet cleaning services while investigating the case. It’s not right to ask our judges to do the job. For those who have already done so, thank you for your humble service.
Datuk kadir,
ReplyDeleteDengarnya bekas pegawai khas ksp sekarang bertugas di pejabat pm?
Dengarnya lagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyokong kepimpinan lalu dan dinaikkan kerana menyokong kepimpinan lalu masih berleluasa menasihati menteri kerajaan yang baru bak semut menghurung gula.
Apa kerajaan baru akan buat untuk menangani pegawai-pegawai yang telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam secara keseluruhannya?
Tidak mahukah mereka mengambil sedikit tanggungjawab atas kesalahan dan kegagalan mereka bertindak menangani korupsi kerajaan lama?
Masihkah berpura-pura tidak bersalah dan cuba berpaut pada jawatan?
Ksn? Ksu-ksu? Kp-kp? Mof? Epu? Ukas?