Saturday, August 25, 2018

Daripada Hal Peneroka Kepada Kontrak Bodoh


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Suka duka hidup peneroka: Rumah ditimpa pokok ketika ribut
SEMALAM, 24 Ogos, saya dan tiga orang rakan seperjuangan ketika di kumpulan New Straits Times Press (NSTP) melawat Felda Gugusan Chini di Pahang untuk kenduri korban.

Terima kasih kepada sahabat peneroka kerana memberi maklumat dan maklum balas yang berguna, daripada hal calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan yang didakwa tidak muncul-muncul lagi selepas kalah Pilihan Raya Umum (PRU) sehinggalah kepada masalah pendaftaran ahli, penubuhan cawangan dan kewangan PPBM serta harga kelapa sawit yang lembap dan kemarau yang teruk.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Berkenaan bekas calon, saya masih ingat berkempen beberapa kali untuk beliau. Dia adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sejak awal lagi sudah ada rasa terkilan di kalangan pengundi Chini sebab dia bukan orang tempatan sebaliknya dari sebuah rancangan Felda yang lain. 

Saya harap bekas calon itu muncul lah dan kalau ada habuan yang boleh dikongsi, berkongsi lah.

Saya terkejut dengan respons seorang peneroka apabila salah seorang rakan seperjalanan berkata bahawa PH kena bersedia untuk pilihan raya lima tahun lagi. Seorang penduduk itu membalas, mungkin tidak perlu tunggu selama itu.

Katanya, mungkin setahun lagi pilihan raya kecil (PRK) terpaksa diadakan kerana Ahli Parlimen (MP) mereka disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Dia merujuk kepada MP Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang sedang menghadapi beberapa tuduhan jenayah bersabit skandal SRC Interternational. SRC International adalah bekas anak syarikat 1MDB. Chini adalah salah sebuah daripada empat kerusi DUN Pekan.

RCI ECRL

Bercakap pasal Najib, saya menyokong penuh cadangannya agar kerajaan PH menubuhkan RCI projek ECRL dan saluran gas paip Sabah TETAPI dengan dua syarat.

Nombor satu, kita masukkan juga projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan nombor dua, Najib mesti suruh pesekongkolnya dalam skandal 1MDB, Low Taek Jho aka Jho Low balik ke tanah air.

Kalau Najib kata dia tak bersalah, dia wajib bawa Jho Low balik untuk jadi saksi melainkan orang lain yang sebenarnya berkonspirasi dengan Jho Low dan orang atau beberapa orang lain yang bersekongkol dengan Jho Low itu adalah orang yang Najib hendak lindungi.

Sekarang keadaan menjadi lebih mendesak bagi Mohd Najib sekiranya dia betul-betul tidak bersalah untuk menyuruh Jho Low balik. Ini adalah kerana Jho Low sendiri sedang dalam proses dituduh macam Najib, di mahkamah Malaysia.

Kalau Najib suruh Jho Low balik, bolehlah mereka dan peguam-peguam mereka yang handal-handal itu berpakat mempertahankan mereka secara bersama.

Tapi kalau Mohd Najib berdegil juga tidak mahu bekerjasama bawa balik Jho Low, pihak pendakwa raya patut membuka kes terhadap orang yang disyaki bersangkut-paut dengan beliau.

Ini sudah pun mula dilakukan polis dan Peguam Negara apabila mereka menyeret bapa Jho Low, Tan Sri (Larry) Low Hock Peng, ke mahkamah bersama-sama anaknya.

Tan Sri Larry Low (kanan) dituduh bersama anaknya Jho Low (kiri)

Serentak itu, pihak berkuasa percukaian macam Lembaga Hasil Dalam Negeri wajar membuka fail ke atas orang yang diketahui atau disyaki menerima habuan daripada sumber haram 1MDB, Umno dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk pelbagai tujuan bagi memastikan sama ada mereka membayar cukai atau tidak ke atas pendapatan mereka itu.

Siasatan dan dakwaan berkaitan cukai pendapatan adalah antara senjata yang digunakan oleh Rudolph William Louis Giuliani aka Rudy Giuliana ketika menjadi Peguam Negeri New York dalam memusnahkan sistem jenayah Mafia di bandar raya itu.

“Sihir Singapura”

Saya setuju dengan Mohd Najib berkenaan RCI ini kerana kita nak tahu pasal apa dia atau kerajaan Barisan Nasional (BN) buat "perjanjian bodoh" dengan China dan Singapura?

Adakah kerana kerajaan BN dah tak ada cara lain melainkan berhutang besar-besaran untuk bayar balik hutang 1MDB atau ada sebab-sebab lain Malaysia tunduk kepada China dan Singapura?

Misalnya apakah China dan Singapura mempunyai satu rahsia besar atau cengkaman maut yang memaksa Mohd Najib dan kerajaan BN tunduk kepada kehendak mereka?

Kita tahu masa HSR dirundingkan, beberapa kes jenayah berkaitan dengan 1MDB sedang dibicarakan di Singapura.

Apakah ini cara Mohd Najib “memujuk” Singapura agar tidak melibatkan Jho Low atau beliau sendiri dalam kes-kes jenayah itu?

Umno dan BN bukan saja berdiam diri malah memberi sokongan bulat kepada Mohd Najib seolah-olah dia adalah dewa dari kayangan kerana boleh dikatakan hampir semua ketuanya disogok dengan duit songlap 1MDB.

Jadi RCI yang Mohd Najib cadangkan itu boleh memberi pencerahan mengapa kerajaan BN menandatangani perjanjian bodoh dengan negara-negara asing.

Ketua-ketua Umno yang terima duit 1MDB itu wajib dipanggil untuk bagi keterangan sebab Mohd Najib mungkin telah menceritakan kepada mereka tujuan beliau menubuhkan 1MDB, berhutang secara bodoh daripada China dan tunduk kepada Singapura.

Kita jangan sekali-kali lupa. China negara besar. Singapura negara canggih. Kedua-dua mereka mempunyai sistem risikan yang  luas dan rapi. Takut-takut ada rahsia pemimpin kita yang mereka simpan dan boleh digunakan untuk tujuan strategik.

Wallahuaklam.


20 comments:

  1. Salam Datuk,

    Saya pasti negara luar ada maklumat salah laku (video di hotel luar negara) bakal-bakal pemimpin kita dan akan jadikan ia sebagai bahan ugutan.

    Nampaknya kita perlu bersungguh-sungguh mencari PM yang bersih dan bukan sekadar kelihatan bersih.

    Sekiranya salah pilih maka terpaksalah negara dan kita dijual sekali lagi.

    Ada ramai yang berkebolehan, bersih dan boleh diyakini, mengapa nak dipilih yang kita was-was.....

    ReplyDelete
  2. Mungkin Najib tak tahu Dtk Kadir. Dia sign document masa 1MDB dia kata dia tak tahu Bnyk dia tak tahu. Tapi bagi sapu bersih laman dan mana yg patut dia tahu kut. Walahualam

    ReplyDelete
  3. Aslm dato..satu makluman mudah yg senang diterima dan difahami.semoga si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan..sesungguhnya pengundi sdg menunggu dgn penuh gusar atas keterlambatan tindakan diambil..perkara pastinya dijadikan kayu ukur utk samada terus mengundi PH atau sebaliknya.teruskan makluman sebegini agar rakyat kekal mengingati ph sbg pilihan terbaik dgn kekal sayangi Malaysiaku.terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Aslm dato..satu makluman mudah yg senang diterima dan difahami.semoga si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan..sesungguhnya pengundi sdg menunggu dgn penuh gusar atas keterlambatan tindakan diambil..perkara pastinya dijadikan kayu ukur utk samada terus mengundi PH atau sebaliknya.teruskan makluman sebegini agar rakyat kekal mengingati ph sbg pilihan terbaik dgn kekal sayangi Malaysiaku.terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Bacha Sejarah11:30 PM

    Low Taek Jho dan Low Hock Peng komunis bintang tiga baru semua orang Melayu. Mereka berdua bakar, rogol, curi dan musnah nama baik Malaysia di mata dunia.

    ReplyDelete
  6. Decouple the manifesto12:01 AM

    Datuk,
    to borrow a phrase from our A-G, why the obssesion with the PH manifesto?
    Why is this being elevated even higher than the federal constitution?
    The current PH govt has been voted in, so give them the time during the 5 years (or shorter ) to deal with the promises.
    Even PH MPs, Ong Kian Ming and others should understand this instead of repeating parrotwise that PH manifesto must be followed.
    Institutional reforms take a long time to achieve. You cannot grow a tree in 100 days and serious reforms are massive challenges.
    So PH MPs, go and serve the rakyat on the ground and leave the running of the govt to PM and his cabinet, don't run your mouths publicly and put more pressure on the PH govt.
    Ask yourselves, how much savings can grow in a bank in 100 days, and you want to buy a house, a car ? Don't be so stupid as the former BN govt we voted out!

    ReplyDelete
  7. Datuk Kadir,

    1. Hanya di Malaysia sesiapa yang dituduh telah menyamun wang negara sehingga tercipta sejarah sebagai penyelewengan wang terbesar di dalam dunia masih hidup bebas.

    2. Ada yang masih menjadi wakil rakyat bebas bersuara di parimen! Bahkan ada yang berani mengugut pihak berkuasa kita! Paling tidak boleh diterima, ada wakil2 rakyat dari pihak kerajaan yang mahu mereka2 yang dituduh menyamun ini dilayan hebat! Kegilaan apakah ini ?

    3. Selain daripada menambah ahli, PPBM mesti perkemaskan sistem pendaftaran keahlian kerana masih ada ramai orang yang sudah isi borang ahli lebih setahun tetapi masih belum diterima menjadi ahli sehingga kini. Ini perlu disegerakan jika tidak semangat perjuangan yang ada itu mungkin luntur.

    4. Bukan sahaja nasib peneroka FELDA perlu dibela tetapi sistem bantuan kepada mereka yang susah dan kurang berkeupayaan mesti ditambahbaik.

    5. Saya benar2 berharap wakil2 rakyat di pihak kerajaan mengikut cara kerja Tun Dr Mahathir. Beliau begitu fokus untuk bawa Malaysia kembali gemilang.

    ReplyDelete
  8. Awaklah yg paling bodoh

    ReplyDelete
  9. Malaysia Baru5:08 PM

    Datuk,
    these days instead of focussing on how to help their own constituencies, the opposition MPs from UMNO, MIC, MCA are so obsessed with the PH manifesto, CEP and the measures taken by PM and his team to put the country right again.
    The oppos' failure in resolving problems in their own districts and how to get help from the govt will ensure that in the next election, UMNO, MIC, MCA will surely be kicked out.

    Najib and the then PMO hired highly paid advisors, analysts, speechwriters, and all his yes men fed his ego to the extent he could not see that the rakyat was suffering from the excesses of his administration.

    The rakyat is grateful that Tun M and his cabinet and team are slowly but steadily and surely putting into place the measures that will ensure a brighter future for Malaysia and Malaysians, in the legislative, judiciary and executive.

    The rakyat feel so honoured that the CEP are doing a national service for the country.

    The rakyat is thankful that Tun M and his cabinet and team are striving without letup for the betterment of the country. The decisions they take are not done lightly.

    All these take time as hasty decisions and hasty acts to satisfy impatient demands will not last. We do not want a cosmetic govt.

    So to the carping critics out there, zip up your mouths and let the elected govt carry out its duties responsibly and according to the rule of law.

    Btw, couple of points:
    Former inspector-general of police Abdul Rahim Noor latter's appointment as the new facilitator for the southern Thai peace process was based on consideration for his
    greater contribution in making the peace talks between the Communist Party of Malaya (CPM) and Thailand a success for the good of the people. We are peace with the communists now. Abdul Rahim received due punishment for his past action on Anwar.

    ReplyDelete
  10. Malar Hijau5:58 PM

    Aku tersangatlah bersyukur ECRL dibatalkan. Kalau tak beratus-ratus ribu hektar hutan-hutan di Pahang, Kelantan dan Terengganu terpaksa dikorbankan demi melaksanakan projek bertaraf mega tersebut. Selamat hutan-hutan kita daripada diperkosa dan dinodai oleh tangan-tangan manusia yang tamak dan rakus.

    Di Semenanjung, kurang 40 peratus daripada muka bumi diliputi hutan. Sesuatu yang amat menyedihkan. Kalau tak kerana Sabah dan Sarawak, Malaysia telah melanggar ketetapan konvensyen antarabangsa Rio yang berkehendakkan sekurang-kurangnya 50 peratus muka bumi sesebuah negara masih dilitupi dengan hutan belantara.

    Adalah sangat menyedihkan apabila melihat hutan-hutan di negara terus dibuka, dinoda dan diperkosa secara besar-besaran. Hancur luluh hati ini tatkala melihat berelung-relung pohon-pohon hutan belantara negara ditarah, dirodok dan ditumbangkan dengan rakus. Banyak kawasan-kawasan hutan yang telah botak digondol dan diratakan bagi tujuan pembalakkan dan pembukaan tanah bagi tujuan penanaman kelapa sawit.

    Walaupun kelapa sawit merupakan teras utama pendapatan negara tetapi pihak Kerajaan pada masa yang sama hendaklah mengawal pembukaan tanah-tanah hutan yang sekaran ini berlaku secara berleluasa dan tidak terkawal.

    Hutan-hutan ini adalah khazanah negara yang amat berharga. Bukan saja untuk kehidupan masa kini bahkan untuk generasi yang akan datang. Tanah-tanah hutan kita telah mengecil dengan begitu drastik sekali dan ini semestinya mendatangkan banyak implikasi.

    Apabila kawasan-kawasan hutan di negara makin mengecil, negara kurang menerima hujan kerana kekurangan tanah-tanah hutan yang merupakan ‘catchment areas’. Negara juga akan kerap mengalami cuaca panas melampau dan berlaku pertambahan suhu secara serius.

    Flaura dan fauna di negara kita juga hilang habitat akibat kerakusan manusia memusnahkan tempat tinggal mereka. Akhirnya flaura dan fauna ini yang merupakan khazanah negara yang sangat bernilai mengalami kepupusan dan ini satu kerugian yang amat besar kepada negara.

    Berhentilah MEMPERKOSA hutan-hutan kita!..

    ReplyDelete
  11. Mat Gagap6:03 PM

    Datuk,
    Tentang ECRL, says tak boleh pasti bilakah perjanjiannya telah dimeterai? Setahu saya tiada langsung berita pemeteraian perjanjian itu dilapurkan di akhbar, tv atau media-media lain. Saya hanya berperasan hanya apabila projek ECRL mahu bermula. Tak seperti pemeterian perjanjian projek besar yang lain, kita tidak dihebohkan dengan "much fanfare, pomp and circumstance" tapi bagi ECRL rioh-rendahnya langsung tak berkedengaran. Datuk tahu siapa yang menandatangani perjanjian ECRL itu bagi pihak kerajaan Malaysia?

    ReplyDelete
  12. Saya dpt merasakan yg dato mempuyai 'great affinity' terhadap Dun Chini. Mungkin kerana dia mepunyai tarikan tersendiri.

    Saya selaku anak kelahiran Kpg Parit, Pekan ,Phg Darul Makmur, turut berkongsi perasaan mcm dato. Malahan semasa saya aktif dlm politik Pekan, saya tlh membawa rakan yg tlh lama bermastautin d Zimbabwe (yg banyak pengalaman dlm industri parawisata), utk sama2 memikirkan program bagi memajukan kawasan Tasik Chini. (yg keadaan nya sekarang amat menyedihkan).

    Banyak lah pengalaman pahit/manis yg bolih saya kongsi. Tapi insya'allah, ia nya akan saya dedahkan dlm tulisan d blog saya kelak.

    Memadai jika saya katakan bahawa Bersatu Phg akan kekal malap jika Peng Perhubungan Negeri tidak d tukar. (dlm pru 14 semua calun2 Bersatu tlh tewas n saya yakin yg ia nya akan berulang dlm pru15).

    D Pekan pula, jika 'small napoleons' d benar berkeliaran secara bebas, n menganggap 'turf' mereka tidak bolih d ganggu gugat, maka Pekan pun akan menerima nasib yg sama.

    Saya sebenarnya tlh d rayu beberapa kali utk hadir sama dlm keraian anjuran dato n rakan2, tetapi saya tlh d paksa olih doktor utk masuk wad kerana masaalah 'double vision'.

    Saya pun amat keberatan juga utk hadir oilh kerana salah seorang penganjur (seorang muflis) yg menjemput pernah mendabik dada n dgn megah mengumumkan yg dia lah orang nya yg berjaya mensabotaj kegiatan politik saya d Pekan. Bukan saja dia cuba hendak rujuk semula, bahkan menrayu agar saya melangsaikan hutang nya yg berjumlah rm25 ribu agar status muflis nya d tarik balik n beliau bebas utk berpolitik semula.

    Apa pun saya tlh mengenalpasti seorang ahli yg berpotnsi memimpin Bersatu Pekan n saya tlh berjanji utk membantu nya.

    jika semua ahli Bersatu/PH Pahang berkhidmat secara ikhlas, saya bolih jamin yg pemerintahan d Phg akan bertukar tangan dlm pru15. Insya'allah.

    ReplyDelete
  13. Ready for Brutus betrayal10:34 PM

    Datuk,
    a word of advice, it is incumbent for Tun M to gather as much info as needed, especially on corruption, business, political and personal issues on his "enemies" whether in PH or in the opposition.
    Remember once he decides to hand over the PMship when his job is done, who is to trust this wannabe PM that he will not do crooked deals with the opposition.
    Tun M must and should safekeep this information in safe places.
    Who knows the time will come when he has to ensure that the successor to PM and cronies are kept in line and does not stray from their responsibilies.
    We do not believe for a moment that these wannabes especially from PKR and the opposition will keep on the straight path. They are susceptible to temptations and his nemesis Bijan has got plenty of cash and girls and boys to tempt.
    And of course, these crooked men and women will team up and smash whoever and whatever gets in their way.
    So, Tun M must now get ready for that day. Gather, hoard, safekeep and play dirty when the time comes and checkmate them. For the sake of the rakyat and country.

    ReplyDelete
  14. Saya suka mukadimah ni..

    MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

    he.. he..

    ReplyDelete
  15. Hasanah5:07 PM

    Datuk,

    the fact that Hasanah confirmed to the police on the authenticity of her letter when she made a police report meant that she violated the OSA herself.

    So when IGP said today that the Cops were wrapping up investigation into leak of spy agency head's letter to CIA, any charge under OSA must start with her.

    And on the matter of treasonous motives in writing the letter to the CIA, she must be charged with treason. It is really high treason.

    ReplyDelete
  16. Never again!10:41 PM

    Datuk,
    we love what Tun M said in his national day messsage today:

    “Indeed, this is our second independence. We are free from the shackles of a ruthless regime. Our lives are more comfortable.

    “This Harapan government guarantees justice for all the people, irrespective of race or religion,” he said.

    “Such was the damage and pressure (previous Najib govt) that the people endured, so much so that they felt they had achieved independence once again when the 14th general election brought about a change of government,” he said.

    In inviting the people to work with the government to revive the country, the prime minister reminded the people that the task was a heavy one but said nothing could stop the people and government working together.

    “Ours is a heavy task. But no power can come between a people and government working together. "

    Such sentiments find a place in our hearts and minds. We are free indeed, our second independence, and we will not allow our nation and ourselves to be under the previous tyrannical regime again, never again.

    ReplyDelete
  17. Penghulu Pencen12:56 PM

    Dear Datuk,

    The time will come, and Anwar will stand in power. I really hope Datuk and the rest Mahathir's loyallist to give a way and smooth power transition.

    When the time really come where Mahathir no longer breathing, we have to admit, no one else fit for the premiership.

    ReplyDelete
  18. Wake up before its too late5:18 PM

    Dear Datuk,

    Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today questioned whether the bumiputera will be able to compete with a new wave of skilled and business-savvy entrepreneurs from China making their way to Malaysia.
    Let's be realistic.
    Even the local Chinese are losing out to these overseas chinese who are so technology savvy and advanced.
    These new Chinese are here to further expand theirs businesses, let's not even talk about political gains.
    Tun went there to negotiate for termination of agreements, surely the other leaders must have realised the real danger.
    Najib and his team still warmly welcomed them with open arms and put Malaysia in such a weakened situation that we now owe massive debts to China and their firms.

    So wake up, you dunggus. You are letting so many trojan horses into your camp.

    ReplyDelete
  19. CEP for the country1:40 AM

    Datuk,

    Why is Free Malaysia Today referring to the CEP as the now-disbanded CEP.
    As long as the PM needs the CEP, it is still officially on.
    As for the rakyat, we want the CEP to assist Tun.
    The PM has already clarified at length why he still requires their services.
    The govt cannot rebuild Rome in a day, so let us all extend our goodwill and assistance wherever possible to Tun and his team.

    ReplyDelete