A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
LGBT: Jangan jadikan Barat sebagai acuan |
KITA semua mementingkan hak kita sebagai individu. Ini tidak
salah. Memang kita digalakkan dan dibolehkan untuk mempertahankan hak kita.
Dalam perlembagaan
negara pun hak individu dijamin. Jadi tidak salah kalau individu menuntut hak
untuk dirinya dan kumpulannya.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tetapi apabila hak individu atau minoriti bercanggah dengan hak masyarakat maka timbullah persoalan: Yang mana lebih utama, hak individu atau hak masyarakat?
Pada pandangan saya,
kalau hak individu itu hak fundamental seperti soal makan, pakai, pelajaran,
kesihatan dan beragama maka memanglah hak individu itu penting dan wajib
dipertahankan. Kita bolehlah anggap semua hak yang disebutkan itu sebagai hak
hidup mati.
Itulah sebabnya orang
yang disyaki membunuh atau mencuri berbilion ringgit sekali pun diberi hak mempertahankan
diri di mahkamah.
Bagaimanapun, yang
nampaknya dihebohkan oleh masyarakat kita sekarang adalah mengenai hak individu
yang berbentuk "rahsia dan persendirian".
Antara hak individu
yang berbentuk "rahsia dan persendirian" yang hebat diperkatakan adalah hak dan kegiatan golongan yang disebut sebagai LGBT.
LGBT adalah singkatan
bahasa Inggeris bagi Lesbian, Gay, Bi-sexual dan Transgender yang dipopularkan
di Barat sekitar tahun 1990-an.
Dalam bahasa Melayu
tidak ada singkatan serupa. Tapi maksudnya lebih kurang begini: Perempuan berahikan perempuan
(lesbian), lelaki berahikan lelaki (gay), lelaki atau perempuan berahikan kedua-dua
jantina (bi-sexual) dan lelaki berperwatakan perempuan manakala perempuan
berperwatakan lelaki (transgender).
Dari segi jantina tidak
ada pertikaian mengenai orang yang terlibat dalam kegiatan LGBT ini, iaitu mereka
sama ada lelaki atau perempuan. Tidak ada gender ketiga.
Dua hari lalu beberapa
orang kami dalam pasukan media Tun Dr Mahathir Mohamad berbual dengan beliau mengenai
hal ini kerana kita semua bimbang dengan arah tuju isu itu.
Yang terbaru, sepasang
wanita Melayu berusia 32 dan 22 tahun disebat di hadapan kira-kira 100 orang
penonton di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah
“cuba melakukan perhubungan” seks di dalam kereta di tempat awam di Dungun pada
kira-kira jam 1.50 petang 8 April lalu.
Kepada yang belum baca
berita ini, cubalah baca dan buat penilaian sendiri tentang patut atau tidak
patut kejadian dan perbuatan ini.
Dulu Lain
Kita bercakap tentang
bagaimana dahulu pun ada kegiatan seperti ini, tetapi tidak dihebahkan atau
diperbesarkan apatah lagi pengamalnya menuntut hak agar diberi keistimewaan dan
pengiktirafan.
Walaupun perbezaan usia
saya dan Tun Dr Mahathir lebih 20 tahun namun kita melalui pengalaman yang sama
sepanjang mengenai hal-hal berkaitan LGBT ini. Cuma waktu itu tidak disebut
LGBT.
Di utara kita guna
istilah seperti pondan, darai, ponen, lembut dan seumpamanya. Kita tidak memandang
rendah atau memuja orang yang berkecenderungan seperti itu.
Mereka tidak menuntut
hak dan keistimewaan sepertimana berlaku sekarang. Dan pastinya lah mereka
tidak melakukan hubungan sesama jenis di khalayak ramai.
Bagi penduduk utara Perak,
Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ketika itu mereka amat biasa dengan kumpulan muzik “ghazal
party” yang menghidangkan lagu-lagu Arab dengan iringan tarian gelek.
Yang mempersembahkan
tarian gelek ini adalah lelaki lembut berpakaian wanita. Bagaimanapun, mereka
ini akhirnya, sama ada secara paksaan atau sukarela, kembali menjadi lelaki dan
berumah tangga.
Ghazal
Party paling hebat waktu itu ialah Ajinda Ghazal Party dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Hari ini, yang merumitkan
keadaan kita bukan sahaja pengamal LGBT menuntut pengiktirafan dan kebebasan
bahkan disokong pula oleh orang yang bukan daripada golongan itu kononnya
kerana menghormati hak asasi manusia.
Di negara Barat, perkara
ini sudah menjadi biasa sehingga pemimpin politik yang terlibat dengan LGBT pun
mempamerkan kecenderungan mereka secara terbuka. Malah ada beberapa buah negara
yang pemimpin politiknya berkahwin sejenis.
Namun di negara kita
yang pelbagai kaum dan Islam adalah agama persekutuan, kita tidak lah boleh meniru
bulat-bulat apa yang dilakukan di Barat.
Cuma disebabkan semua
orang mengaku mereka ada hak maka terpulanglah kepada mereka memilih jalan mana
yang mereka mahu untuk menghalalkan kegiatan mereka.
Macam mana pun mereka tetap
tertakluk kepada undang-undang dan adat resam masyarakat iaitu apabila hak
individu bertembung dengan hak masyarakat tentulah hak masyarakat lebih utama.
Khusus kepada orang
Islam, saya harap mereka janganlah menjadikan isu LGBT ini sebagai satu lagi
perkara yang akan menambah buruk imej Islam dan pentadbiran yang diterajui oleh
orang Melayu.
Semua orang Islam tahu bahawa Allah SWT hanya mengizinkan perhubungan sah di antara lelaki dan
perempuan.
Ibu bapa, ahli keluarga,
guru, anggota dan pemimpin masyarakat, pihak berkuasa agama dan kesihatan semuanya
mempunyai tanggung jawab membendung amalan ini.
Wallahuaklam.
Dato,
ReplyDeleteSetuju, kecenderongan kumpulan ini apabila diransang masyarakat bakal memusnahkan pelbagai institusi dalam masyarakat islam kita. Saya di Kedah juga minat ghazalparti , lagu arab dan hindustan pada tahun 60 dan 70 an. Saya minat benar tarian gelek lembut mat darai. Setiap persembahan saya setia tunggu depan pentas menunggu mat darai menari.Aroma bedak siamnya semerbak baunya.Selepas LCE saya ke asarama penuh di KL dan selang banyak tahun lepas itu, saya dimaklumkan Mat Darai telah berkahwin dan punya beberapa orang anak. Benar kata Dato, dulu isu ini tidak diransang menjadi hak. Mereka balik ke pangkal jalan. Saya yakin, jika masyarakat moden kita ini berterusan galak bagi depa hak, jalan kembali tidak akan ditemui.
Setuju.
DeleteAdakah LGBT ini hanya ada selepas PH berjaya menjadi kerajaan?
ReplyDeleteTidak, tapi isu ini dibesar2kan oleh puak2 yg kalah perang.salah kerajaan PH cuma 1, tak kasi abis terus puak2 yg kalah tu, terlampau sangat nak tunjuk gentleman.
DeleteTerbaik.
ReplyDeletesalam datuk,
ReplyDeletemaknanya seseorang yang mempunyai dua alat kelamin tidak termasuk dalam lgbt? perjuangan mereka bukan pada yang hak
Pas wants to test how PH deals with sensitive issues involving islam. If PH shows too much objection, they will say DAP has taken control. If PH shows hesitancy, they will emerge winners and will certainly deploy similar tactics in future as their weapon.
ReplyDeleteI am very glad that TDM is not afraid to tackle this head on. It was quickly discussed in cabinet and he even came out with a short video to explain the government's position. Its a clear message to pas and umno that PH is not afraid to face such things head on. Najib was easy meat for Pas in this sort of things. I am not sure if anwar can handle it as well as tun. His statement on the issue, true to his style is always vague. This is one of the biggest challenges facing PH as it seems that umno is also keen on using such tactics. Mujahid is already turning out to be the most targetted minister in the PH government.
Datuk AKJ, apa kah mesej seperti ini akan sampai ke telinga Marina M?
ReplyDeleteSaya sumpah semua orang yang menghina LGBT bakal melahirkan atau isteri melahirkan anak2 yang cenderung sifat LGBT. Padan muka hangpa. Banyak lagi masalah negara dan peribadi yang perlu ditangani tapi kita bukan main melayan isu LGBT. Bila part yang berbau seksual saja masing2 naik berahi tak kira laki atau perempuan. Can we drop this subject from being used as political fodder? Dah mula muak dan benci. Mungkin baik juga Malaysia ni ditimpa malapetaka hebat sampai orang mati dalam ribuan. Baru sedar keegoan masing2 dan kemanjaan yang selama ini dibuai.
ReplyDeleteSalam Dato..
ReplyDeleteSaya faham benar cerita Dato tentang zaman dulu di utara bila lelaki lembut digelar pondan atau ponen dan cerita tentang ghazal parti dsb kerana bedza umur saya dgn Dato hanya 8 tahun.
Anehnya...masyarakat zaman itu tidak pula spt skrg...terlalu cepat menghukum.
Atau mungkin juga kerana puak2 LGBT ini (memang telah ujud dizaman itu) mereka faham akan undang2 Islam dan menghormati kehendak ramai....maka mereka2 yg masih tidak sedar atau terlanjur jauh mengambil pendirian berdiam diri dan tidak mencabar sesiapa.
Pokoknya....mereka ada perasaan malu dan faham akan dosa dan masih menghormati undang2 Islam....spt lontaran Dato...sy memetik..
"Macam mana pun mereka tetap tertakluk kepada undang-undang dan adat resam masyarakat iaitu apabila hak individu bertembung dengan hak masyarakat tentulah hak masyarakat lebih utama."
Justeru itu pihak berwajib pula tidak merasa begitu tercabar.....spt zaman sekarang.
Tetapi kerana zaman telah berubah dan pengaruh luar terlalu kuat meresapi negara....maka kumpulan LGBT ini juga menjadi berani.....manakala pihak berwajib menjadi tidak keruan dan hilang arah dlm menangani isu yg sama berserta tekanan luar dan dlm...maka mereka bertindak dgn cara begini (menghukum sebat) tanpa memberi peluang untuk mereka berubah atau diadakan sesi 'kounseling' terlebih dulu.
Ini pndgan saya dan boleh didebat.
Secara kasar....saya kira tindakan ini keterlaluan dan tidak menolong apa2 'counter productive'.
Maaf kiranya saya tersilap dgn ini.
Cuba kita bayangkan jika org2 terbabit adalah anggota keluarga kita...sanggupkah kita menerima semua ini.
Saya kira.. .didlm menegakan undang2 Islam...pihak berwajib juga perlu bijaksana dan adil.
Puak ni natural atau nurtured??
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
ReplyDelete“Dalam khazanah keilmuan islam khususnya fikih, praktik homoseksual dan lesbian –sering diplesetkan sebagai kaum “hombreng” ....Kelainan seksual yang dalam Islam ini sering disebut al faahisyah (dosa besar) yang sangat menjijikkan dan bertentangan dengan kodrat dan tabiat manusia. Oleh karenanya para ulama sangat mengutuk, mengecam dan mengharamkannya.” (dari hidayatullah. com)( bawah tajok “homoseksual dan lesbian dalam perspektif fikih”).
Lantaran dibuboh kata makrifat ‘al’ (tertentu) di awai kalimah ‘faahisyah’ macam di ayat 80, suroh al A’rof (dibawah) yg magna yg
dosa besag, telampau jijik( fahsyah, keji dgn konotasi seks )
maka ada orang ‘alim kata dgn magna ‘tertentu’ atau ‘al’ pada kalimah tu tunjuk kata dia lebih terok dari zina. Justeru hukuman kena lebih berat dari hukum ataih pelaku zina. Wallahua’lam.
Pasai bab2 hukum Islam ni, aku sangat dhoif, kerana tu aku turunkan beberapa ayat dari kitab suci kita ;
Dari suroh al Isro’, ayat 9,
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
Yang maksodnya lebih korang :
Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, (tafsirq.com).
Ayat 80, 82, 83, dan 84, suroh al A’rof (jugak dari tafsirq.com, dgn maksod dia lebih korang, dan suntingan):
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ
Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan alfaahisyah, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?"
وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ
Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".
فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ
Kemudian Kami selamatkan dia (Luth a.s.) dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا ۖ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.
Dlm keh di Dungun tu, ada beberapa di katakan “FAKTA KES”, dari http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/09/,
aku turunkan sebagiannya :
*Siapakah pesalah?*
Dia wanita berumur 24 dan 32 tahun. Seorang berasal dari Terengganu, seorang lagi dari Pahang.
*Bila dan di mana mereka ditangkap?*
8 April 2018. Di parkir Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.
*Pada jam berapa?*
1.50 tengah hari.
*Di manakah mereka ketika itu?*
Dalam kereta bercermin gelap, di tempat duduk belakang.
*Apakah yang ditemui ketika ditangkap?*
1.Seluar dalam milik pasangan (dipercayai ditanggalkan)
2.alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.
*Apakah yang dilakukan mereka ketika itu?*
Mereka berada di kerusi belakang sedang asyik berasmara.
Apakah tertuduh mengaku?*
Mereka mengaku salah.
*Adakah diberi peluang merayu?*
Diberikan 14 hari untuk merayu tetapi tidak berbuat demikian.
*Apakah hukuman yang dijatuhkan?*
Setiap seorang enam sebatan dan denda RM3,300.
Aku tak pasti apakah ini betoi2 fakta, tapi kalu betoi, maka isiu yg timboi, pasai apa pemimpin2 tertinggi pemerintah komen macam tak senang dgn uruihsan mahkamah ‘agama’ tarap negeri ni, yg memang pon hadap dgn banyak “kekangan”.
Yg kena tuduh pulak munkin tak merayu sebab ada pendapat, tak salah aku, yg kata kalu jalankan hukum didonia, (dan bertaubat), di aqirot munkin dilepaihkan.
Wallahua’lam,
Munkin lebih baik jugak kalu kita du’a depa bertaubat dan taubat depa diterima Allah S.W.T. Aamiiin. Mintak maghap banyak2.
Aku