Saturday, November 24, 2018

Najib Tak Pakai Seragam Oren Dipertikai


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Jangan harap perbicaraan Najib akan selesai segera. (Gambar Utusan)
KE MANA pun saya pergi sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja-T oren lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut “dikecualikan” daripada memakai pakaian seragam itu adalah isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Kalau orang biasa yang tanya, saya tak hairan sangat. Ini peguam, pendakwa raya dan menteri kabinet pun tanya.

Ada orang kata, mereka tidak dipakaikan uniform tersebut kerana mereka tidak dikenakan tahanan reman manakala yang lain pula kata, kerana tidak ada bahaya mereka melarikan diri.

Ada yang tanya adakah ini pilih kasih atau ada lagi pihak yang memihak kepada mereka?

Tapi semua kata adalah tidak adil Najib dan Rosmah dikecualikan. Lebih tidak patut kalau alasan sengaja dibuat supaya mereka tidak perlu memperagakan pakaian seragam itu.

Betapa tidak. Beberapa orang kanan Najib seperti (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Rahim, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan (Datuk) Rizal Mansor semuanya “diorenkan”.

Saya kurang pasti kalau Datuk Seri (tengku) Adnan Mansor juga “dibajuorenkan”. Tetapi rasanya tidak. Kalau tidak silap dia pakai baju seakan batik berwarna biru.

Banyak lagi kes SPRM yang menanti Najib dan Rosmah. Jadi kita tunggu dan lihatlah sama ada hasrat orang ramai melihat Najib dan Rosmah memperagakan seragam oren itu akan termakbul.

Hak Bersuara

Kemudian orang pun bertanya mengenai Najib yang terus membuat kenyataan seolah-olah dia masih Perdana Menteri dan keengganannya masuk kandang tertuduh ketika sesi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 16 November lalu.

Berkenaan Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan loya tak payahlah baca komen dia.

Ini cerita orang takut hantu ketika berseorangan pada malam gelap gelita. Lagi takut, lagi kuatlah dia menyanyi atau bercakap sendirian.

Bersabit keengganan dia masuk kandang tertuduh pula, ada orang, termasuk peguam kata, perbuatannya itu menghina mahkamah. Orang putih kata “contempt of court”.

Penyelidikan saya mendapati bahawa di bawah Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947, sabit tuduhan menghina mahkamah  boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga minggu atau denda.

Tapi saya rasa keengganan masuk kandang itu dibuat untuk menguji kesabaran hakim dan mencabar peraturan mahkamah.

Adalah kebiasaan dalam perbicaraan bagi orang kena tuduh dan peguam mereka menggunakan pelbagai tipu helah dan isu teknikal bagi melengahkan perbicaraan dan sekali gus mencetuskan keraguan.

Kita telah tengok bagaimana kaedah ini digunakan secara berleluasa dalam kes-kes berat atau sensasi, khususnya yang membabitkan orang politik dan orang kenamaan lain.

Silap-silap tertuduh sakit perut, sakit jantung, sakit mata dan macam-macam lagi. Kemudian tukar peguam. Lepas itu bantah itu dan ini.

Mahkamah Teliti

Proses mahkamah lazimnya perlahan kerana mahkamah perlu teliti. Ada empat peringkat mahkamah yang perlu dilalui sebelum seseorang itu menjalani hukuman.

Dalam kes Najib ini sudah pasti dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Dengan takdir dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, dia boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kalah di Mahkamah Rayuan merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan. Kalau kalah juga barulah masuk penjara.

Jadi, nasihat saya, kita jangan terlalu sangat menaruh harapan hendak tengok Najib, Rosmah dan sekutu mereka dicampakkan ke dalam penjara dalam masa yang singkat.

Kalaulah ditakdirkan Pendakwa Raya menang, saya rasa kita berikan sedikit keistimewaan kepada Najib.

Kita benarkan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang dengan menaiki MRT kerana kebetulan dia memilih membina MRT di antara Sungai Buloh dan Kajang yang kedua-duanya ada penjara.  

Wallahuaklam.

22 comments:

  1. Ha ha ha Datuk...penetup yang cantik...'naik MRT lah...bolih pilih nak Kajang ke SG Buloh' ke...kita x kisah janji JAILLLL....

    ReplyDelete
  2. Najib darah kuning Datok

    Malays believe 100% that darah kuning are peoples from heaven and ada kuasa sakhti

    ReplyDelete
  3. 'Berkenaan Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan loya tak payahlah baca komen dia.'
    Masalahnya DAKJ, semua berita online publish dia punya bullshit tu, sampai naik muak dan loya tengok berita online yg konon nya neutral, tapi kenyataan2 yang memperkecil dan memperlekehkan kerajaan dan menteri2 cepat saja di publish.

    ReplyDelete
  4. Gemini2:23 PM

    It seems that MACC has the discretion of determining whether the person detained need to be remanded for further questioning and thus need to wear the orange T-shirt. Maybe our ex-PM was not made to wear it on political grounds.
    Anyhow, it is of paramount importance to see that due process of law is being followed.
    But then it will be amusing to see him wearing it. Sort of another Malaysian record.

    ReplyDelete
  5. Pemerhati Setia7:59 PM

    Salam Dakj..

    Rasanya DSNR dan isterinya tak dipakaikan baju warna oren kerana menghormati jawatan beliau dahulu dan juga ibunya Tun Rahah. Ironinya, kalau dipakai baju oren ke mahkamah maka kebenaran polis trafik pengiringnya juga hendaklah ditarik-balik.Kalau tidak, pasti janggal. Saya benar-benar yakin, jika didapati bersalah pun mungkin beliau diberi pengampunan bersyarat oleh YDPA nanti terutama duit-duit yang hilang olehnya akan diganti berlipat ganda dari sumber yang luar biasa.

    ReplyDelete
  6. Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
    Aku besyukog banyak2 hang masih betenaga bulih lagi buat ‘coretan’ dlm blog hang ni dan aku pon masih larat tompang sekaki.
    Alhamdulillah dan terima kasih.
    Ni pasai keh mahkamah nak dakwa MOI dan geng... memang serabut, entah2 kita padam dolu, dan aku pecaya Tommy Thomas
    dan peguam2 dia paham ungkapan “ justice delayed is justice denied “, yg magna lebih korang, kalu keadilan ditanggoh tanggoh, baik tak payah.
    Hakim2 yg hampa dok pangge ‘yang arif’ yg hampa dok hormat sakan pon macam sekonkoi dan kaku....
    Pada aku yg dhoif sangat pasai hukum hakam ni meraba raba dimana penyelesaian, sayup2 teringat yg Malaya ni
    ada mahkamah khas ka apa ka sejak tahun sebelaih lagi, untuk becara keh risyuah, aku tempek (dari Malaysiakini) :
    “ Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, berkata penubuhan Mahkamah Khas Untuk Kes-kes Rasuah dapat membantu dalam menyegerakan pemprosesan kes berkaitan rasuah di samping berlaku lebih adil kepada orang ramai.
    Beliau berkata, sehingga kini terdapat 376 kes rasuah yang masih tertangguh direkodkan di seluruh negara dan 2,000 lagi kes tertangguh yang juga kes sudah tertangguh lama.
    Saya harap dengan penubuhan mahkamah khas untuk kes rasuah ini, kes boleh diproses dengan lebih pantas dan keadilan boleh dilaksanakan, bukan sahaja kepada yang dituduh, tapi juga kepada orang ramai.
    "Kami cuba mengerakkannya sepantas mungkin," katanya semasa melancarkan mahkamah khas itu di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini.
    Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian Kerajaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.
    Zaki berkata, penubuhan Mahkamah Khas Untuk Kes Rasuah itu adalah tanda sokongan negara ke arah membanteras rasuah dalam masyarakat dan ia adalah usaha bersama antara badan kehakiman, MACC dan PEMANDU sebagai sebahagian daripada inisiatif NKRA dalam memerangi rasuah.
    Beliau berkata, berdasarkan pengalaman badan kehakiman, kes rasuah biasanya mengambil masa yang yang panjang untuk dibicarakan kerana membabitkan ramai saksi serta dokumen bukti yang perlu diperiksa oleh mahkamah dan pihak berkaitan.
    "Dengan adanya mahkamah yang khusus, kes ini akan ditangani oleh hakim yang lebih berpengalaman dan dia akan dapat memberi tumpuan kepada kes sebegini sahaja. Hakim yang terpilih untuk mahkamah ini dipilih berdasarkan merit selepas perbincangan panjang lebar diadakan bagi memilih mereka," katanya.
    Zaki seterusnya berkata, walaupun peningkatan jumlah mahkamah adalah suatu perkembangan yang baik, namun menurutnya dalam setiap perbicaraan kes, ia memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya tiga pihak utama iaitu hakim, pendakwa serta yang dituduh bersama peguamnya, dan juga saksi.
    Beliau berkata, sekiranya mana-mana antara pihak itu tidak hadir, kes tidak dapat diteruskan dan ia akan membawa kepada penangguhan.
    "Penangguhan tidak baik kepada pengadu dan saksi. Ia boleh mengakibatkan saksi lupa, selain barang kes atau dokumen hilang," katanya.
    Selain itu, Zaki berkata berdasarkan pemerhatiannya, semasa jumlah kes jenayah dan hakim bertambah, kes kini bergerak lebih pantas disebabkan Sistem Transkripsi dan Rekod Mahkamah (CRT) walaupun jumlah peguam sebaliknya didapati tidak berubah.
    "Bagaimanapun saya gembira mendapat tahu bahawa Majlis Peguam Malaysia dan Selangor sedang mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan jumlah peguam dalam kes jenayah dan mereka memberi jaminan kepada saya yang mereka akan menggalakkan lebih ramai peguam muda untuk mengkhusus kepada bidang undang-undang jenayah," katanya.
    Penubuhan Mahkamah Khas Untuk Kes-kes Rasuah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa membentang Bajet 2011 dan ia menjadi realiti sejak 16 Februari lalu.
    Terdapat 14 Mahkamah Khas bagi Kes-kes Rasuah di seluruh negara.” (April 2011).
    (InsyaAllah bersambong) Aku

    ReplyDelete
  7. (Sambongan...dari aku)
    Aku tetanya tanya apa menteri hai undang2 dok buat pasai lembabnya pendakwaan ke ataih MOI selain dari di pakai baju oren
    dan dudok dlm kandang orang tertudoh.
    Tak cekapnya menteri2 baru ni semakin ketara... nak tunggu PM ‘sound’ dolu ka ? Atau selesai macam Elena dan Nicolae Ceaușescu
    di Rumania.
    Prof Agus dari UKM masa tolak himpunan anti ICERT (katanya pd 8 Disember ni)
    senaraikan beberapa isyu yg perlu diselesaikan segera (hang tulong sampaikan
    kad PM & LGE, tukag fokus dari tebuih cukai GST kpd isyu2 yg lebih menekan.) :
    “Pekebun kecil menangis sekarang dengan harga kelapa sawit dan getah yang murah, peniaga terhimpit dengan kuasa beli rakyat yang rendah, anak muda resah dengan janji peluang 1 juta pekerjaan yang tidak ada, janji PTPTN yang tidak terlaksana, dan rakyat seluruhnya cukup gelisah dengan kos hidup yang tidak turun,” ujarnya.( Berita penuh https://malaysiadateline.com/icerd-perlukah-lagi-bantahan-8-disember-soal-dr-agus/)
    Pagi tadi, Ikan kembung ( temenung ) ( sederhana besag ) RM 24/kg, bawai kecik 30+/kg, bukan saja tak turun, tapi semakin naik.
    Maghap no.
    Aku

    ReplyDelete
  8. I think Malaysian watched too much Americans court drama rather than UK court drama that they think Najib needs prison orange shirt. Too bad for Malaysian when Malaysian lawyers doesn't know this. Does our court follows UK or Americans system? Lol

    ReplyDelete
  9. keseramataan d sisi undang2 negara adalah asas kepada keadilan yg wajib d pertahan kan.

    olih demikian saya amat bersetuju bahawa semua tersangka d layanan yg sama.

    misalan nya d indonesia, mantan ketua DPR (setnya novanto), mantan wakil presiden (boediono), n ramai lagi politikus n orang2 pejabat yg tersangka tlh d pakaikan 'rompi orange' KPK tanpa memilih bulu.

    namun d malaysia saya tlh d maklumkan bahawa "thier wearing of orange shirts is stated in thier internal procedures,standing orders.
    IO (investigating officer) has d discretion 4 detainees 2 wear or not 2 wear d shirt depending on circumstances".

    keputusan berdasarkan 'budibicara' ini wajib d tarik balik n semua tersangka wajib juga menjalani proses yg sama.

    saperti kenyataan tun m, masih ada lagi kaki tangan awam yg mempunyai 'perasaan' terhutang budi kpd pemimpin kerajaan yg lepas n akan menggunakan kuasa/budibicara utk membantu meringgankan 'stress' mereka.

    'justice must not only b done, but must b seen 2 b done'. and what better way 2 demonstrate this adage from day one.

    jgn pula kita d tuduh mengamalkan sistem keadilan yg janggal ( setengah kata justice taik kucing) apabila memutus utk memenjarakan kan selama satu thn keatas ibu yg mencuri 1 tin susu (mungkin bernilai rm30) utk bayi nya, n memberi 'keistimewaan' kpd pencuri yg melarikan berbillion RM.

    ReplyDelete
  10. 1. Setakat yang saya tahu, Najib ada 25 pertuduhan di mahkamah dan dia langsung tak kena tahan atau dipakaikan baju oren SPRM. Ada orang kena satu pertuduhan ditahan dan kena pakai baju oren. Ini tidak adil!

    2. Menghina mahkamah boleh dipenjarakan. Kenapa Najib tidak dipenjarakan ? Ini tidak adil!

    3. Boleh kata hampir semua media massa dikawal oleh pembangkang dan mereka selalu memanipulasi isu sampingan dan tidak menonjolkan isi pokok. Ini tidak adil!

    4. Contoh mudah yang selalu kena ialah Dr Maszlee. Dia cakap pasal isu pokok nak adakan kurikulum renang di semua sekolah dan minta jika hotel mahu ambil bahagian untuk membantu. Tapi yang disiarkan ialah hotel dipaksa bagi kolam renang untuk pelajar2 guna. Boleh saja guna kolam renang awam jika mahu. Atau bina saja kolam renang di sekolah berprestasi tinggi jika mampu.

    5. PKR masih kecoh dengan pemilihan partinya yang tak berkesudahan. Ini semua kerana nak bagi Anwar cepat2 masuk kabinet kerajaan. Terus-terang saya cakap saya tak mahu Anwar jadi PM. Dia tak ada kredibiliti. Cukuplah dengan gerakan reformasinya yang hanya untuk membebaskan dirinya. Kini sudah bebas, cukuplah!

    6. Boleh tak pemimpin2 Hindraf dan DAP hormat perjanjian nenek moyang kita sebelum merdeka ? Jika mereka ini tidak buka mulut meminta yang bukan hak mereka sudah tentu pembangkang tak ambil kesempatan dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Menyusahkan!

    7. Dr Maszlee kena fokus untuk naik taraf semua sekolah kebangsaan. Jadikan ia hebat di mana anak semua bangsa dapat berkumpul belajar bersama. Jika tidak sampai bila2 rakyat Malaysia asyik bergaduh mengenai bangsa. Mulakan pelan macam wawasan 2020 yang sangat lengkap. Tun Dr Mahathir pun mahu jadi Menteri Pendidikan kerana di sinilah bermulanya penyatuan dan kekuatan rakyat Malaysia.

    8. Kementerian Usahawan mesti turun tengok usahawan2 yang tengah bergelut dengan keadaan ekonomi sekarang. Tengok apa boleh dibantu untuk menggerakkan kembali usahawan2 ini. Sama ada dengan tolong dari segi penstrukturan sistem kewangan, operasi, audit, jualan dan sebagainya. Bukan hanya beri latihan. MARA juga perlu buat perkara yang sama.

    9. Isu TM ni apa cerita ? Bukankah TM juga GLC? Jika sahamnya jatuh apakah kerajaan tidak susah ? Gobind pergilah berbincang cara untuk naikkan GLC ini kembali. Jika mereka ok kerajaan juga ok.

    10. Banyak betul perkara saya hendak nyatakan. Lain kali pula ;)

    ReplyDelete
  11. Anonymous4:11 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Lost in tzu chi11:34 PM

    Datuk,
    even for a former PM, the system must not be hijacked to allow biased treatment.
    If the regulations specify a similar charged person to wear the "orange" uniform, so be it.
    There is nothing special about this person, he was the former PM, brought down in GE14 elections and now his sins have caught up with him.
    He wastes his time, spends his money, needlessly looking over his back for JLoow, DOJ and any number of justice officials to draw the noose tighter, and in the meantime he shoots empty bullets at everything at sight. Getting to be nuisance, the public doesn't want to hear him ranting on and on. He thinks he is practising the art of tzu shi, however there are more skilful exponents in this field. I suppose JLoow is still playing him like a puppet, diverting attention from himself (JL) to himself (the man on the spot here). He just cannot beat JLoow at his game.

    ReplyDelete
  13. Najib ??8:55 AM

    Datuk,

    In the Star today, reported that former premier Datuk Seri Najib Tun Razak made a sarcastic jibe saying he was lucky that he has not been charged with sodomy amid pending court trial on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case.

    He said this in his Facebook account on Sunday (Nov 25) after the revelation by Auditor General Tan Sri Dr Madinah Mohamad that the original audit report on 1MDB had been altered.

    “It is very clear that the Pakatan Harapan government is using all the power in the government, agencies and media to influence the people’s thoughts to tarnish my name even though the 1MDB case is awaiting trial in court.

    “I am lucky that the ISA has been abolished and I have not yet been charged with a sodomy case,” he said.

    Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/26/najib-says-he-is-lucky-that-he-hasnt-been-charged-with-sodomy/#o4w6oJAUbBA60uUc.99

    The PH govt does not charge maliciously, it governs by rule of law.
    If there are sodomy claims against Najib, he will be investigated first and then charged provided there is sufficient compelling evidence.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum

    Datuk

    The judiciary system here sucks

    Di Indonesia, Phillipines, China, Taiwan, Vietnam dan byk negara laen, kes dan bicara mereka yg di dapati sebagai koruptor waktu nya sinfkat dan cepat. Di jatuhkan hukuman dan terus di humbankan dlm penjara.

    Kenapa di Msia ini kes jenayah rasuah yg berat boleh ambil masa bertahun2?

    Silap2 BN menang lg dan semua mereka di bebaskan dan boleh enjoy dgn duit dan harta rakyat Msia tanpa malu.

    ReplyDelete
  15. Greetings to esteemed debaters.

    1. Debater Najib ?? quoted Najib as saying "I have not yet been charged with a sodomy case."

    2. Not yet. Does this mean that a sodomy charge is pending?

    3. Debater Daniel Noor, we are saying that Najib might have committed contempt of court. Ironically, your statement about the court may in itself constitute a contempt. So I am not publishing it unless you remove all remarks disparaging the court.

    Thank you.

    ReplyDelete
  16. assalam datuk,
    sy pengikut tegar blog ni dari zaman haluan kiri sampai kini memegang kuasa. sy faham datuk mesti sibuk dgn pelbagai tugas2 datuk. cuma yang saya x faham skang ni..datuk punye isu/tajuk terbaru untuk blog ni semakain menghampakan. mcm contoh ni..isu pasal kenapa dato sri najib x pakai baju oren.. aduhai... bosan lah.. cuba lah ulas pasal macam mana kebanyakkan orang2 politik kat malaysia ni..boleh ada duit byk berjuta2..isu icerd ke..baru lah best..
    nway..last but not least.. harap datuk akan trus menjadi critical terhadap landskap politik/ekonomi/sosial malaysia kita ini..
    p/s : betul ke datuk..org crita lah.. sesapa menteri yang bawak masuk foreign investment, he/she entitled financially from the amount of money they help bring in.. (please datuk, comment on this..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Old friend.5:56 PM

      afath de rossi,

      DAKJ is so obsessed with his "beloved" Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil... mungkin sebab di label sebagai blogger goblok oleh Najib dahulu meninggalkan kesan sangat mendalam yg tidak terubat hingga ke hari ini.

      Delete
  17. To be fair and square, whoever is brought forth to be charged in the court by SPRM must be clad in 'annoying orange' attire. This rule must be strictly followed without any prejudice and excuses. The purpose of this specially chosen orange colour is to shame the alleged criminals. Sadly, this 'orange' thing seems unfit for some VVIP which angers the people a great deal. The people insistently demand an rational explanation for these exemptions. So why the double standards?

    In the case of contempt of court, I think, the ex-pm is just being a copy-cat of a de facto head of PH. If memory serves me right, there were countless of triumphant attempts the likes of postponements of court trial that occurred years ago. A simple case took years to reach a verdict just because of that particular individual was 'somebody' untouchable. Thus, it will not be uncommon for the ex-pm to imitate and emulate whatever dirty tricks and grubby tactics which were being used in the past. Before long, we will about to perceive history repeats itself when the never-ending proceedings begin.

    On the other hand, some of the politicians are afflicted with a civilized disease, namely denial syndrome. In order to 'survive',the hypocrite would persistently make political rhetoric with some oratorical skills to cling on to the denials, however thorny. At the same time, shedding some crocodile tears might help earn sympathy as to prove innocence and stand a chance to escape unscathed. Should everything else fail, the political conspiracy is to be blamed. The real drama is living proof that we peruse more often than not in the political arena.

    Ever since PH came to power, things in the country have changed dramatically. However, the latest chaos caused by various issues has become a constant source of worry to the people. Why do all these commotions happen now but not during BN's time? Is there something amiss in the PH governance? Perhaps Tun M really has to mull over to get a cabinet reshuffle as soon as possible by dropping some non-performing ministers. A strong cabinet line-up will certainly generate a sturdier momentum to leapfrog the administration. But, most importantly, Tun M desperately needs a competent right-hand deputy who is capable of sharing his workload and alleviating his burden. As we all know, his present incumbent is still catching up at a snail's pace just as those ministers whom are novices with no administrative experiences. I detest to witness the way she wittingly to be in that position merely to make history of this and that while Tun is painstakingly trying his best to work around the clock 24/7 to revive the damaged nation.

    Let's pray for an untroubled country. Have fear of God.

    ReplyDelete
  18. What Chief Justice is he?10:36 AM

    Datuk,

    It is absolutely inexcusable that the former Chief Justice of Malaysia Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dabbles in political chess/games.

    Strongly recommends he gives up his Tan Sri ship willingly before he dives into politics.
    A Chief Justice, in sitting or in retirement, must uphold his/her position without falling into the trap of his/her political masters, so that the judiciary continues to be an honorable institution. The alternative is to surrender all honours gained, come down to the common level where no quarter is given.

    ReplyDelete
  19. Man Bemdang Man7:23 PM

    DAKJ

    May be its not too much to say that its by 'discretions' of these officers in various other departments and ministeries that Jho Low has previously been in and out of the country and lately disclosed even in and OUT of public records and reports.

    No there's no need to sit and ponder until everybody realise that there should not be any discretions by ANYONE if we want to speak the truth and serve justice for all equally regardless of which party governing

    ReplyDelete
  20. M’sia Baru is a Dream12:12 AM

    What is happening in this country? Everyday news headlines are MACC, police reports, race, religion, crimes and politicking!

    When can we see something positives? This is no Malaysia Baru! This is old wine in new bottle!

    ReplyDelete
  21. Nasib Mahathir juga belum diangkat ke muka pengadilan. Tapi orang tua tu licik. Dia ni umpama ketua sindiket jenayah. Semua runner buatkan. Nama dia squeaky clean. Tapi segala tycoon dan anak pinak dia semua kaya-raya. Boleh terima ke logik akal, gaji perdana menteri 20 ribu sebulan boleh kumpul aset 30 juta? Tapi, jadi orang politik ni kulit kena tebal. Lepas isytihar harta buat bodoh je la, putar isu lain.

    Cuma Najib ni tak habis berguru dengan penyamun besar tu. Kalau nak mencuri pun, jangan lah masukkan duit dalam akaun sendiri. Aparaa..

    ReplyDelete