A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Penyelewengan: Hibah tidak ikut syarat |
BERITA buruk yang luar biasa mengenai
agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH)
mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu,
satu demi satu skandal kewangan terbongkar.
[Komen "Anonymous”
tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Semakin hari apa yang ditakuti
semakin menjadi kenyataan, iaitu di bawah telunjuk bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd
Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas.
1Malaysia Development Berhad (1MDB),
Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa yang kita dengar,
senarai ini akan menjadi lebih panjang.
Felda tenat kerana Mohd Najib, atas nasihat konco-konconya yang tamak, menjual harta Felda dengan melakukan
tawaran awam permulaan (IPO) melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada
tahun 2012.
Tujuan tersiratnya adalah mengumpul dana
untuk pilihan raya umum 2013 bagi pihak Barisan Nasional sambil mengisi kocek
konco, kawan dan rakan.
Ladang dan aset Felda yang dulunya
digunakan untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu peneroka ketika harga
kelapa sawit dan getah jatuh dipindahkan kepada FGV.
Oleh sebab kaedah korporat yang
tidak lestari serta penyelewengan oleh pengurusan, harga saham FGV jatuh merudum
– daripada harga IPO RM4.55 kepada 77 sen sekarang – dan ia gagal menjana pendapatan
tambahan untuk Felda.
Akibat manipulasi korporat melalui FGV
inilah Felda mengalami kerugian besar dan hilang kemampuan untuk membantu peneroka ketika
harga kelapa sawit dan getah jatuh.
Sebaliknya Felda kini terpaksa menjalani
proses pembersihan dan pembinaan semula.
Giliran Tabung Haji
Sekarang giliran TH pula. Apa lagi
hendak kita katakan apabila tabung simpanan untuk mengerjakan haji dan
memperkukuhkan ekonomi umat Islam pun dinodai?
Buat sekian lama kita mendengar berita
dan dakwaan mengenai penyelewengan dan pelanggaran urus tadbir dalam TH, khususnya
apabila orang kesayangan keluarga Najib, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul
Rahim, dilantik menjadi Pengerusi pada bulan Julai 2013.
Cium tangan cara kejar duit |
Tetapi semuanya dinafikan dan orang
yang membuat pendedahan dikutuk dan dikenakan tindakan. Media massa arus
perdana turut bersubahat menghebahkan yang salah dan membenamkan yang benar.
Daripada kenyataan media oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 10
Disember 2018, kita dapati sebaik saja Abdul Azeez menerajui TH, pelanggaran urus
tadbir mula berlaku.
Dasar duit tunai adalah raja (cash
is king) atau lebih tepat amalan menggunakan duit tunai bagi membeli undi mula
diamalkan dengan membelakangkan undang-undang tubuh TH sendiri.
Hibah (dividend) diisytiharkan
dan dibayar walaupun tidak memenuhi syarat. Sejak tahun 2014 hingga tahun kewangan
2017, hibah dibayar walaupun dua syarat wajib tidak dipenuhi.
Dua syarat wajib itu adalah (1) aset
(harta) tidak boleh kurang daripada liabiliti (hutang) dan (2) ada keuntungan
yang boleh diagihkan.
Inilah yang diingatkan oleh Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz ketika beliau menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam
surat kepada pengurusan TH pada tahun 2015, Zeti memberi ingatan bahawa TH
tidak lagi boleh membayar hibah kerana hutangnya melebihi harta. Masa itu nisbahnya
adalah 98 sen harta bagi setiap RM1 hutang.
Namun begitu, bukan saja peringatan
sukarela beliau itu tidak dihiraukan sebaliknya disanggah oleh para penyokong
dan penggilap epal Najib seperti Ketua Pemuda Umno sekarang, Datuk Dr Asyraf
Wajdi Dusuki.
Syukur kepada Tuhan pintu hati saya
dibuka untuk membantah pelantikan Abdul Azeez dalam tulisan-tulisan saya kerana
saya tahu sedikit sebanyak sejarah TH dan kenal siapa Abdul Azeez.
Kewangan TH
Akaun tahun kewangan 2017 TH yang
dibentangkan di Parlimen semalam (10 Disember) menunjukkan aset keseluruhan TH sebanyak
RM70.3 bilion manakala liabiliti (hutang/tanggungan) RM74.4 bilion. Ini bermakna
TH mengalami defisit (kekurangan) RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.
Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, pengisytiharan
dan pembayaran hibah bagi tahun 2017 (yang dibuat Februari lalu) melanggar Akta
Tabung Haji 1995.
Najib ketika mengalu-alukan pengisytiharan
hibah itu dilaporkan berkata bahawa kecekapan pengurusan TH membolehkan kadar
yang lebih tinggi dibayar.
Kata Mujahid: “TH telah
mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya
kurang daripada liabiliti.”
“Berdasarkan keadaan semasa TH
ketika ini, pelan pemulihan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memulihkan
penyata kira-kira TH,” tambah beliau.
Inilah yang dilakukan oleh ahli
lembaga pengarah dan pengurusan baru TH yang dilantik oleh kerajaan PH mulai
Julai lalu. Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengembalikan TH ke landasan
kewangan dan pengurusan haji yang betul dan lestari.
Pemerhatian
Izinkan saya membuat pemerhatian ringkas.
Rasanya amat sesuai bagi kerajaan dan pengurusan TH membaca balik dokumen dan
sejarah TH mulai 1963.
Ada dua tujuan utama TH ketika itu.
Pertama, mengurus pengerjaan haji oleh orang Islam Malaysia dan kedua, memudahkan serta menggalakkan orang Islam menabung.
Pertama, saya tidak pasti apa peranan subsidi
haji dan kegiatan pelaburan TH. Apakah kaitan penunaian haji dengan subsidi
kalau kewajipan haji adalah ke atas orang yang mampu sahaja?
Kedua, mengenai kegiatan pelaburan yang
nampaknya menjadi keutamaan dan kegilaan (obsession) pengurusan TH. Adakah ini
matlamat TH?
Harus ada perbezaan di antara
menabung untuk mengerjakan haji dengan melabur. Serentak itu, kita tidak mahu
orang Islam menabung sekadar untuk melayakkan diri mendapat subsidi.
Justeru itu, isu subsidi haji dan pelaburan
ini wajib dikaji semula dan difahami dari segi agama dan perniagaan. Adakah TH
agensi perniagaan yang matlamatnya keuntungan atau agensi pengurusan haji dan
penabungan?
Pelan Pemulihan
Menurut Dr Mujahid, lembaga pengarah
TH telah mencadangkan rancangan pemulihan yang membabitkan penubuhan sebuah
badan khas (Special Purpose Vehicle)
atau SPV.
SPV ini
akan ambil alih, pulihkan dan maksimumkan
nilai harta TH yang sekarang rendah prestasinya. Dengan itu beban hutang TH
dapat dikurangkan atau dimansuhkan terus.
Kata Dr Mujahid, pelan itu telah diteliti
dan diberi sepenuh sokongan oleh Kabinet. Selaras dengan itu, kerajaan telah
bersetuju meletakkan TH di bawah pengawasan BNM.
“Bagi memastikan pelan jangka masa
panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah
pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019 ,”
kata Dr Mujahid.
Dulu lain sekarang lain. Sewaktu TH
diasaskan pada tahun 1963, niatnya suci dan orang yang dilantik bagi
menguruskannya terdiri daripada orang yang berkepakaran dan amanah. Bukan jenis
cium tangan.
Masa itu Perdana Menteri, Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra, tidak berpura-pura tunjuk alim. Orang Islam pun belum
tergila-gila berjubah macam orang Arab. Tetapi mereka ikhlas dan amanah.
Kesimpulannya, dalam
kita berusaha memulihkan TH, kita hendaklah kembali ke pangkal jalan bagi memahami
dan menghayati tujuan asal penubuhannya.
Kita perlu pastikan sama
ada melabur, membuat keuntungan, membayar hibah dan memberi subsidi adalah
sebahagian daripadanya.
TH rosak kerana melantik
orang yang tidak amanah dan tidak berpengetahuan atau juga kerana terlalu mengejar
keuntungan seolah-olah ia adalah badan perniagaan.
Mulai sekarang, lebih baik kita pagar sawah bendang kita daripada asyik marahkan pegar. Memang tabiat semula
jadi burung pegar makan padi. Kalau kita harapkan pegar menjaga padi, memang
bodohlah kita.
Wallahuaklam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya adalah pembaca tetap blog dan article En Kadir Jasin. Tulisan tajam dan pedas tapi kena pada tempatnya. Biarlah berkata benar walaupun pahit. En Kadir telah berjihad menjelaskan yang pahit seperti kes TH, 1MDB, pulau Kukup, dan macam macam lagi.
Ini adalah jihad pena En Kadir.
Semoga Allah merahmati selalu.
Datuk,
ReplyDeleteThis is the best answer to any hypocritical noise from PASUMNO.
The country is recovering from the corruption of the previous regime.
A ton of money has been lost.
These basic points need to be communicated consistently in the heartlands.
What the previous regime did to FELDA, TH, KWAP, Bank Negara and dozens of others IS a betrayal of the Malays (and all Malaysians.)
Of course the new govt cannot live on blame alone, but this is not blame.
Lay out the facts.
This is why UMNO in its present form, even with PAS as a forced marriage, is not worthy of a vote.
They have done nothing to clean up their act - it's just the same old faces as before.
Sallam Dato'
ReplyDeleteKalau orang kapir pun, kalau ada Pilgrimage fund, saya ingat orang kapir tak mahu kacau, tapi zaman sekarang orang Islam pun buat kerja macam ini.
Tapi PAS baca doa di dataran merdeka, supaya hayat Pakatan Harapan dipendekkan. Saya pun heran juga.
Usaha Pakatan untuk membasmi pecah amanah, rasuah, kecurian, memperbaiki keadaan kewangan negara ini sudah tentu selari dengan ajaran ugama Islam.
Negara kita ini siapa yang punya Dato'?
Negara kita ini kepunyaan Dato', kepunyaan saya dan semua rakyat Malaysia.
Kalau Malaysia rosak, tak ada Malaysia 2.0. Inilah saja negara kita, tempat kita berteduh.
Kalau rosak kita yang akan merasa kerosakkannya.
Zaman sekarang tak macam dulu, ada Internet, blog, Whatsapp (Wasap), facebook, kita buat penilaian yang sepatutnya, yang mana baik dan yang mana tak baik.
MOHON PENCERAHAN.. Berapakah aset yang ditinggalkan oleh PM 4 dan berapa pula aset yang ditinggalkan oleh DSN didalam GLC termasuk TH. juga Mohon Pencerahan sejak PH ambil alih selepas PRU 14, berapakah kenaikan di Bursa Saham yang menyumbang peningkatan nilai milikan oleh GLC..
ReplyDelete1996 saya becakap dengan Presiden UMNO .. pada masa tu,
ReplyDelete2018 belaku BAB TABUNG HAJI
ALLAH LAKNAT MEREKA TOK
Salam Dato'
ReplyDeleteRukun Islam ke 5 mengerjakan Haji bukan mengerjakan Tabung Haji
orang sekarang sibuk isu icerd.. x nak pikir dah apa yang najib rompak..
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteNews today reported Deputy de facto law minister Mohamed Hanipa Maidin told the Dewan Rakyat today that the government will be re-establishing the professors' council, stressing that it will function as a “truly politically independent” body.
TOTALLY DISAGREE !! This is a sheer waste of govt funds.
It was rightfully disbanded when PH took over, there is no need to bring these dead dinosaurs back to life.
They were just earning buta gaji, sitting in their ivory towers, receiving perks like no one's business and dispersing rubbish useless advice to Najib.
Hanipa, use the funds which would be their "salaries" and "perks" and put them into giving more scholarships to deserving students.
Listen to us the rakyat and you won't go wrong. This is a fatal mistake for you if you choose to disregard us. Tun's cabinet members are you showing off you are dunggus one by one?
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteKnowing what they have done and how they responded. Nothing could surprise me anymore. The scandal was facilitated by corrupt bureaucrat as well as ignorant umno members who were not only keep silent of their leaders wrongdoing, worse still they defended their leaders.
It is not surprising because their motto is cash is king and the goal justify the mean. They have governed the country for how many years yet they are shouting about PH which barely govern the country for 6 months for not safeguarding the malay interest and islam.
And these are the people who last saturday ran a demo against icerd as if they are the hero who protect the interest of melayu and islam while we all know now that they possess billions of rm to the extent that their houses are much bigger than some of the umno hq office which are in a sad condition.
These are the self serving group of people who have betrayed malays and islam, enriched themselves, corrupt and hijacked the leadership of umno from righteous malay. umno's name has been smeared because of the fail leaders.
Salam Dato'
ReplyDeleteApa yang telah lama disuarakan oleh pengasas TH ( Professor DiRaja Ungku Aziz ) telah menjadi kenyataan.. beliau telah menyuarakan kebimbangannya akan hilangnya hala tuju atau niat asal penubuhan TH.Ini lah jadinya bila keuntungan dunia yang dikejar..marilah kita berdoa agar TH dapat dipulihkan sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Amin...
Berterus terang biar pun pahit ditelan lebih baik drp berpura2 dan memperbodohkan rakyat
ReplyDeleteAkhirnya menjadi Ponzi skim?
ReplyDeleteAda orang politik yang sengaja tidak faham perbezaan antara Tabung Haji dan tabung ayam.
ReplyDelete
ReplyDeleteDatuk,
I can confirm that Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Najib Razak suffers from both short-term AND long-term memory loss.
Quite an achievement.
Today he was shedding crocodile tears over Tabung Haji.
Perhaps he has forgotten that thanks to him, TH got involved in a very shady 1MDB deal in 2015?
https://says.com/my/seismik/13-perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-isu-tabung-haji-dan-1mdb
By the way, Tabung Haji’s OWN RISK COMMITTEE vetoed the TRX deal as being a bad investment.
Even KJ was moved to say:
""Pemuda Umno tidak menafikan keperluan Tabung Haji untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit Tabung Haji dalam bentuk dividen. Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan."
After being caught red-handed, Azeez was "advised" by Mappadulung to sell the land as quickly as possible.
This was never done.
Why did the TRX TH deal come about?
ReplyDeleteFrom 2015:
"PKR hari ini mempersoalkan pembelian tanah Lembaga Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan berkata harga jualan RM188.5 juta itu lebih kurang sama dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu diselesaikan syarikat dana negara yang bermasalah itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang terletak di projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur itu berpotensi dimajukan, tetapi berkata 1MDB tidak wajar membuat untung daripada tanah milik kerajaan persekutuan.
"Apakah penggunaan duit pendeposit TH ini bertujuan membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?," soal Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
"Keadaan ini hampir sama dengan tindakan kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB,” katanya.
Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berupaya menghentikan urus niaga antara TH dengan 1MDB berhubung pembelian tanah TRX. Katanya, pembelian tanah seluas 1.56 ekar oleh pengendali ibadah haji daripada 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit mereka kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB.
"Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari kerajaan persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji," kata ahli Parlimen Pandan itu."
Perhaps some people should be more aware of their own past transgressions against TH before trying to play hero via Facebook statements.
I am told that gingko may help in Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil's memory loss problem.
Salam Datuk.
ReplyDeleteCorruption practice started since Independence! Some people are lucky cause in old days, evidence can be washed away!
1) Are our MPs and ministers are so loaded that they could not figure out their assets up to today when spent about one month to count cash they seized ???
2) MACC said will not verify MPs and ministers’ asset declaration for now till one year later! Thats is outright irresponsible! Rakyat has the right to know! MACC is not “king”, they should do their job to satisfy rakyat.
TH :
1) Yes, the objectives/missions of TH need to be revisited!
2) Dividends declarations are responsibilities of Board. As far as I know even losing money company is allowed to declare dividends.
3) Investment losses are parts and parcels of investments
Semoga ramai penganut Islam, khasnya Ahli-Ahli UMNO & PAS, dapat membaca dan faham isi kandungan coretan Sdra Kadir Jasin itu.
ReplyDeleteTindakan yang diambil oleh Kerajaan PH sekarang ke atas TH bukan satu mainan politik. Ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang MESTI dijalankan dengan sebaik-baiknya. Aamiin....
Benda tak jadi (icerd), depa bantah. Benda dah jadi (felda, 1mdb, th), depa taknak bantah. Apa punya manusia
ReplyDeleteManusia2 tu Ada dalam 25% uneducated..kata ton..kekeke
DeleteCerita bagi kucing jaga lauk ikan goreng
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
ReplyDeleteTahni’ah banyak2 Kadiag, blog hang dapat peratian dari semakin banyak pihak. Semakin meriah.
Hang teruih gunalah bakat sorat habag (kewartawanan) dan kepetahan yg Allah bagi dgn jujog dan istiqomah sebagai tanda syukog,
InsyaAllah akan diberkatiNya. InsyaAllah.
Bab “ Apa Punya Manusia Tabung Haji Pun Mereka Noda “ nunjukkan sekali lagi tahap rakuihnya sebagian besag kelas petengahan dan ataihsan Melayu yg sebenag benagnya sangat hina didonia dan bakai penghuni... نعوذ بالله من ذلك
Tecari cari aku asbab buat apa begitu jauh kelompok ni dari Islam, adakah kerana Islam mai daerah sini
di bawa oleh saudagag/pedagang dan bukan oleh pendakwah atau penda’i, dan pendekatan depa ialah
pd pihak elit sosial politik negara, sebagai jalan mudah, macam di awai suroh ‘abasa (bemuka masam)
(ayat 1-16) yg diringkaihkan dlm Wikipedia Indonesia :
“ Diri yang murung serta jemu karena seorang buta menemuinya; tahukah kamu barangkali orang itu ingin memperbaiki diri atau orang itu ingin dinasihati supaya pengajaran tersebut bermanfaat untuk dirinya?
Adapun orang yang mahir, maka kamu meladeni orang tersebut padahal bukan tugasmu sekiranya diri orang tersebut tidak memurnikan diri
Adapun orang yang berupaya menemuimu sambil berharap-harap cemas maka kamu meremehkan orang itu, jangan demikian! sungguh dalam perkara demikian itu terkandung suatu pelajaran; bahwa barangsiapa yang menghendaki maka orang itu memperhatikan hal ini, yakni lembaran-lembaran yang mulia, istimewa, kudus di tangan para penulis yang disegani, berkedudukan.”
Wallahua’lam.
Nampak jalan nak baiki Malaya cukop jauh, jadi kena pulon habih.
Maghap no,
Aku.
Dalam isu Tabung Haji ni, saya tak rasa pelik sangat. Walaupun saya berasal dari Baling, bila saja Najib melantik Ahli Parlimen Baling sebagai Pengerusi TH, ada orang kata... ehmm, macam bagi dracula jaga bank darah la.
ReplyDeleteWalaubagaimana pun, dalam demo-ICERD, saya amat pelik dan malu dengan gelagat perserta yang membawa bendera Arab Saudi.
Takkan mereka tidak pernah dengar nama Jamal Khashoggi, wartawan berkerakyatan Amerika, berasal Arab Saudi yang dikerat-kerat di Turki?
Keratan jasadnya pula, dilarut asid dan dituang dalam lubang-jamban atau kumbahan.
Sudah hampir 2 bulan, seluruh-dunia, terutamanya Al-Jazeera memperkata mengenainya, hari-hari, tanpa henti.
Yang berada diatas pentas-utama demo-ICERD pulak, Presiden UMNO yang terkait pulohan kes Mahkamah. Turut hadir adalah Kepala-Bapak Kleptocrat bersama isteri, masing-masing sedang menghadapi berpuloh-puloh kes pecah-amanah, simpan emas/intan-berlian/wang-tunai dalam pelbagai matawang beratus-juta dalam rumah dan penyelewengan WANG Rakyat dengan 'bantuan' Jho Low yang juga dikenali seluruh dunia.
Lebih malang lagi, disokong pula oleh Presiden party yang dikatakan memperjuangkan 'Agama Islam'. Pakaiannya juga mencerminkan Islam.
Siap bertakbir dan solat berjemaah atas jalanraya. (Sia-sia saja, banyak Masjid dan surau yang telah terbina).
Zaman moden ni... video demo-ICERD, mudah tersebar seluruh dunia. Bila orang-kapir lihat bendera Arab Saudi (yang seolah-olah 'bendera ISIS/Daesh') mereka akan hairan dan pelik. Bangsa Melayu ni, berasal dari Arab Saudi, Negara yang dinamakan 'Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam', keturunan Pak Arab atau Timur-Tengah ka?
Orang Melayu tidak percaya Putera Mahkota MBS terlibat dalam pembunuhan Khashoggi ka?
Dengan mengibar Bendera Arab Saudi dan kehadiran mereka yang terkait scandal 1MDB, tidakkah penganjur atau peserta sedar akan tanggapan, pandangan atau tafsiran masyarakat di Negara-Kapir, terhadap Agama, Bangsa & Negara kita?
Ehmmm... patutlah orang-kapir, pandang-serong, curiga, sangsi, tidak-percaya... akhirnya mereka akan memandang-rendah dan memperlekehkan Agama kita.
Lepas tu... kita pula yang mengamok tak-tentu hala, kata orang-kapir hina Agama kita.
Pelik... mudah sunggoh Bangsa kita ditipu dan diperkudakan penyamun-politik.
Datuk,
ReplyDeleteSome of the "Defend Corruption At All Costs" bloggers are trying to spin the TH issue.
They are claiming that according to the audit report by Ernst & Young, all was well.
However, E&Y itself has clarified this:
"KUALA LUMPUR (Dec 11): EY says its reports could not have been relied upon for dividend declarations as it is not the auditor of Tabung Haji.
Ernst & Young (EY) has come out to say that it is not the auditor of Lembaga Tabung Haji and has not issued any audit report in respect of the financial statements of the pilgrim fund.
"EY did not review Tabung Haji’s income statements nor was EY involved in the valuation of Tabung Haji’s and its subsidiaries’ assets and liabilities," it said in a statement tonight.
Rather, EY said it was only engaged by the directors of Tabung Haji to report on whether the pro forma balance sheets as at Dec 31, 2015, 2016 and 2017 had been properly prepared based on the applicable criteria.
Earlier today, former Tabung Haji chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim denied allegations of misconduct by the pilgrim fund's previous management, saying its reports and financial position were given a clean certificate every year by the National Audit Department and the valuation verified by EY."
So, there goes Azeez Baling dan blogger2 yg sewaktu dengannya.
On the day that Najib & Arul are being charged with 1MDB audit tampering, it's good to remember not to put too much trust in "audits" done under the regime of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil.
They have been shown to be possibly very unreliable.
Datuk,
ReplyDeletewonderful news this morning, as speculated a slew of UMNO strongmen and ponies resigned from UMNO Sabah.
Among them Salleh Keruak and Pandikar, both parasites of the highest order.
These 2 are toxic to us the rakyat. We remember the tribulations the then opposition including Tun Dr M had to endure, and not forgetting the insults hurled at them.
So they think they will enjoy easy passage into PH. Fat hope, let them stagnate on their fat asses.
Kasi buat RCi la.... Ada berani ka. Sembang kosong je dgn angka2 sapa pun bolehboleh ....
ReplyDeleteSalam Dato’ Kadir
ReplyDelete1. Pulau Kukup akhirnya masih menjadi Taman Negara dibawah enekmen Tanah Kesultanan. Tahniah MB Johor kerana menerima konsep anak menantu yg saya cadangkan itu, bukannya konsep anak hantu. Kata orang, seperti menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. So, team Dato’ Kadir Kalahlah ye…… Rupanya tiadalah hebat sangat Dato’ Kadir ni.
2. Tentang artikel Tabung Haji (TH) ni saya setuju. Bila saya tengok cara Azeez cium tangan Rosmah Mansur pun saya dah tahu tak boleh pakai punya orang ni. Bila ditambah beliau menjerit-jerit setiap kali nak pertahankan Najib, lagilah teruk. Akhirnya jumpa duit 500K dalam peti besi rumah, tapi oang lain disuruhnya menyimpan di TH. Sah, tak boleh pakai, tak boleh pakai.
3. Saya juga bersetuju kenapa pula TH nak bagi subsidi utk orang pergi haji dan juga kenapa TH sebok nak melabur dlm sector lain macam orang tamak haloba. Tak pasal-pasal timbulnya persaingan tidak sihat dgn syarikat Melayu yg kecil2. Apala…..
4. Disini saya ingin membuat sedikit cadangan utk kurangkan kos haji supaya taklah perlu TH perlu bagi subsidi lagi. Pertama, kenapa pula pergi haji sampai 40 hari sedangkan seminggu je dah cukup utk buat haji. Lagi 33 hari duduk di sana? Kedua, begitu juga dgn umrah. Kenapa perlu sampai 12 – 14 hari? Pelik tapi benar. Ketiga, janganlah kacau periuk nasi orang lain, buat TH travel utk haji dan umrah cukuplah. Ini semua sekali disapunya. Hospital swasta pun nak di sapu juga. Tak bolehlah macam tu. Kata ramai ustaz dalam TH tapi janganlah ambil hak orang lain. Mentang-mentanglah TH banyak duit.
5. Sorry Panjang sangat dah. Nanti kita sambung lain. Sekian TQ.
Datuk,
ReplyDeleteso we all now know that MB Johore Sapian lied.
Pulau Kukup's national park will be preserved despite it being sultanate land, says Johor ruler
With the statement, the sultan also attached a photograph of a meeting he had with Johor Menteri Besar Osman Sapian and state secretary Azmi Rohani earlier today.
So the question is still, why transfer Pulau Kukup to sultanate land?
Orang yg mngunakan ilmu politik Akan berkata mcm Tu,Di noda,Di rompak Dan d macm2 lagi perkataan bombastic yg negatif...hskikatnya easet th sedang dirompak dalam terang dgn mengambil hak th utk duruskan Dan mengatakan spv yg Kita tidak tahu sapa ahlinya...hahahaha,normal perompak menuduh orang lain merompak,untuk perompak sebenar melakukan aktiviti merompaknya...perlu kbat untk faham ayat ini..kekeke
ReplyDeleteTo the tune of 4.1 billions TH deficit came as no surprise. Apparently we are now kind of getting numbed to all the mind-boggling-record-breaking scandals which in one way or another had made Malaysia 'well-known' again in an infamous way. What else the pm-6 regime couldn't do or hadn't done when they had all the power, money and greed. They craved to try out everything and anything at whim to rake in as much wealth as possible for themselves with no sense of guilt. All this while, they 'cleverly' swept every single bit of misdeed dirt surreptitiously under an exceptional beautiful and heavily decorative 'carpet' to cover up and to fool the innocents. Too bad, this time around, the Malay-Muslim-Pilgrims.
ReplyDeletePerhaps, the Almighty had had enough of them, and so left HIM no choice but to hit them rock bottom by finished off their 61-year BN power; just to wake them up or imply a warning sign of retribution. To me, they have no fear of anything whatsoever, including the God.
What baffles me a lot is why on earth do the Malays still continue to blindly advocate these corrupt species of all forms. In fact, they are supposed to give full vent to their feelings in some street protests against all the misappropriations of the past regime. Regrettably, that does not happen. In lieu of that, they fervently participated in the Anti-ICERD rally which they were conveniently bluffed into the belief of Malay rights and Islam are under threat. Isn't it double-comical?
What a topsy-turvy new Malaysia lately. What's next then? Who cares? Come what may as we have our top-notch Tun M 2.0 to fend off all odds effortlessly. TQ Tun.
Datuk,
ReplyDeleteall this hoo haa, comes out to zilch.
Pulau Kukup cannot be gazetted as a national park as long as it remains a sultanate land, lawyer N Surendran has said.
The Lawyers for Liberty advisor said that only state-owned lands could be gazetted as such, as stipulated in the National Park (Johor) Corporation Enactment 1989 (1989 Enactment).
As such, he said the only way to re-gazette the Johor island as a national park is for the Johor government to acquire ownership of the land once more.
"This is by virtue of Section 3(1) of the 1989 Enactment which states that: 'the State Authority may reserve any State land for the purpose of a National Park'.
"As such Pulau Kukup cannot be gazetted as a national park because the Johor State government has also decided that it be held as 'sultanate land' under the 1934 Enactment (Sultanate Lands Enactment 1934).
"Section 2(1) of the 1934 Enactment provides that land held as sultanate land is 'not as part of the property of the State'," he said in a statement today.
So let the farce end, MB Sapian do your job properly this time around. The Johore govt must acquire the land once more and re-gazette the Johor island as a national park. And let no one come in between again.
“ Seumur” hidup bermula bila cukup umur onwards ada simpanan kat TH cuma rm 1500 jee
ReplyDeleteBila dapat offer buat haji fr TH dalam bulan safar maka berhempas pilas cari duit untuk “melabur” lagi di TH
Tiba akhir ramadan atau awal syawal bila dapat duit tambahan maka “labur” lagi rm 9000 dlm account TH
Dengan tiba tiba TH bagi habuan (subsidy haji ) sebyk rm 11 ribu
Akhir bulan syawal sebelum berangkat ke tanah suci sehinnggalah selamat mengerjakan haji dan kembali ke tanah air dan hidup seperti biasa sehinggalah menghembus nafas terakhir baki duit pelaburan dalalm TH cuma rm 100-200
Mana ada investment yg memberi pulangan yang sungguh lumayan di alam ini
TH. Skim konfirm kaya dunia akhirat
Tunku mengaku dia tidak alim tetapi dia tidak makan duit haram. Hairan juga dalam bangunan yang tiap waktu sembahyang ada azan, ada doa mula kerja, ceramah, doa habis kerja, sembahyang Jumaat TETAPI ada beberapa orang makan duit haram. Bukan semua tapi segelintir yang merosakkan.
ReplyDeleteTok Kadir.
DeleteApabila syarahan atau kelas ugama itu diadakan 10.30 pagi waktu opis? ..disini lah bermulanye segala kebobrokan ..
..apabila pakcik tua tanya nak jumpa pegawai waktu opis ..kerani nye ckp ..alhamdulilah ..boss kita tu dah rajin masuk kelas ugama ..jadi Pak cik datang hari lain Ye ..
Nasib baik Mr najib jatuh pru 14 kalou mr najib in power th tinggal peny duit cents mana hajj adi macam superman nak tunjok macam hero tengok people macam paul Allen co founder Microsoft he net worth billion he died what happened his money leave in the world ini lanun lanun curi duit th for what ini lanun low class ini lah malaysia tanah air ku
ReplyDeleteSaudara OKJ,
ReplyDeleteNegara kita mengamalkan Sistem Demokrasi. Ini sudah jelas.
Dalam sistem demokrasi, rakyat pilih pemimpin. Dalam dunia sekarang ini, yang mangamalkan sistem Raja Mutlak adalah negara-negara Tok Arab dan juga Brunei.
Hampir semua negara dunia moden ini mengamalkan sistem demokrasi iaitu rakyat pilih kerajaan dan pemimpin.
Kalau pemimpin dan kerajaan tak buat kerja, Rakyat ada hak untuk tukar sepertimana yang terjadi tahun ini. Ini sudah tentu lebih baik. Kalau di negara Tok Arab, Raja tak boleh ditukar.
Sebagai orang Islam, kita perlu belajar ilmu Tauhid antaranya adalah Tuhan adalah maha esa. Tuhan hanyalah yang satu.
Dalil akal Tuhan adalah satu kita ada belajar di sekolah agama. Kalau Tuhan itu ramai, maka rosak binasalah dunia. Hanya satu Tuhan yang maha esa yang mentadbir dunia dan alam ini.
Begitulah pemimpin, kalau ada banyak pemimpin untuk tadbir satu negara atau negeri maka kacau bilaulah negara nanti..
Sebab itu di negara seperti UK, raja tak campur urusan kerajaan kerana menghormati mandat Rakyat.
Saya harap saudara OKJ, paham perkara ini, kalau pemikiran orang melayu tak maju, maka sampai bila pun tak akan maju.
Datuk, I believe that you are more informed on the financial messed at TH more thoroughly. Short term speculation is dominant in the markets compared to long term investment funds, and it has happened since years before. I can agree to this as Ponzi scheme, double agency costs between the management of TH and fund managers. Fiduciary duty is a very thin line to differentiate between “value creating and rent seeking” and it’s impact on the depositors for haj purposes. This web transaction is more likely interconnected with others like kwap and pnb. There are more to come and much uglier!
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat RD. Lebih-lebih lagi ketaksuban para demonstran yang mengibar juga bendera Arab Saudi. Hanya kerana ada kalimah mulia itu, maka kita pun taksub pada negara ini walhal pemerintahnya telah melakukan onar yang mengaibkan Islam di mata dunia. Apa pun, topik utama tentang Tabung Haji ni, saya setuju kita kembali kepada matlamat asal penubuhannya. Sudah sekian lama kita telah diresapi rasa tamak, hinggakan pernah dibuat tuduhan kepada TH ketika dividen yang diumum terlalu rendah. Apa matlamat pendeposit? Keuntungan pelaburan itu bermusim bergantung juga kepada trend ekonomi semasa.
ReplyDeleteGiliran GLIC manakah yang akan didedahkan selepas ini?
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteit is toxic for Tun Dr M to defend and retain his political secretary, Muhammad Zahid Arip, whose name is mentioned in corruption charges against former Felda chairman Isa Samad.
Isa, the former Negeri Sembilan menteri besar, had been charged with nine counts of accepting bribes amounting to RM3 million in connection with the hotel purchase in Sarawak for RM160 million.
Zahid, who is Isa’s former special officer, had allegedly collected the amounts on the latter’s behalf.
Who is Tun kidding? Isa is toxic and being the bagman for Isa, Zahid is toxic.
Surely there are others who are better suited to be Tun's political secretary?
Tun better show some sense here.
Datuk,
ReplyDeletewe are watching very closely.
Prime Minister and Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad has defended his party's move to take in former Umno members.
"There were good people and bad people in Umno. The bad ones we don't take, we only accept the good ones," he told the media .
We know who are the bad ones, Tun's political secretary is one.
Pandikar, Salleh Keruak, Noh, Mohd Hassan, Adnan, Shahidan Kassim, we can name more.
Tun better don't let this new rush of "frogs" taint his legacy because at this moment, his PMship and legacy are the things which matter to him, his family and to his supporters who voted and gave him a second run at the PMship.
Belasungkawa datuk, harapan saya tidak kesampaian. Zamkata kini sepi tidak bersahut lagi. Berapa banyak cerita tauladan sempadan yang wajar dikenang anak bangsa turut luput bersama-sama Allahyarham. Tugas merakam sejarah, siapakah lagi yang menyambungnya...
ReplyDeleteAyuh Datuk. Selagi hidup, selagi berjasa.
semasa t sri abi musa (x PTD n kenalan sejak d banku sekolah) menjadi pengerusi buat beberapa tahun, tidak pernah kita mendengar 'penyelewangan' yg amat merunsingkan pendeposit2 saperti apa yg terjadi sekarang.
ReplyDeletejika t sri syed hamid d pilih n bukan ds azeeeez, perkara saperti ini mungkin tidak akan berlaku (syed hamid berkelulusan undang2 n berasal drpd keluarga yg amat d kenali n d segani).
tapi apakan daya, saya mendpt maklum bahawa 'mek bedah' n beberapa 'professional fixers' nya tlh memelih calun2 d kalangan meraka.
saya tlh mengunjungi t sri mohd noor (pengerusi yg baru) pd bulan oktober n sempat merayu agar wang pendeposit ( sebhg besarnya penduduk luar bandar) wajib d jaga. dgn terdedah nya 'skandal' berskala besar ini, tugas nya semakin berat. namun saya mendoakan yg (dgn pengalaman nya n berkelulusan dlm jurusan perakaunan), beliau bolih mendtgkan samula kepercayaan pendeposit.
yg bersalah, wajib d hukum seberat berat nya. kesalahan menderhaka/mengkhianat kpd negara (treason), hukuman nya tembak sampai mati.
masih terlalu banyak lagi agensi kewangan kerajaan, tlh d 'noda'. a total spring cleaning must b carried out n all d culprits b made known 2 d public n sacked from their respective cushy positions. if found guilty b sentenced appropriately.
semasa saya bersekolah d p pinang dulu (umur awal belasan thn), sering juga melihat jogget ramvong apabila ada temasya. hampir semua perempuan joget (muda n jelita) d dtgkan drpd thailand. terdpt juga lelaki berduit yg akan menempah (book) pilihan mereka sahingga tamat temasya tanpa mempedulikan dunia d sekeliling.
serupa juga d glc n glic. saya percaya ramai drpd mereka ini sedar tentang kerakusan mereka mencuri n menyonglap wang rakyat tapi memilih utk berperangai mcm pelnggan kpd perempuan joget ramvong olih kerana wang haram masih banyak utk d belanjakan. serupalah saperti yg sudah d bawa k hadapan pengadilan - bayar wang ikat jaminan ( jumlah nya ciput) n mereka terus hidup bebas n bermegah saperti sedia kala.
d present govt must come hard on them as part of d crusade 2 cleanse d system.
d govt must not only b clean now but must b seen 2 b clean. kalu tidak , semua nya akan d anggap sebagai 'rhetoric' saja.
wallahu'alam.
Datuk,
ReplyDelete1. Duit orang Islam nak pergi haji pun mereka ambil. Memang perangai syaitan.
2. Apakah sudah ada pelan pemulihan TH ? Atau masih tengah tuduh menuduh lagi ?
3. Apa status Pulau Kukup ? Dah tukar semula daripada tanah kesultanan kepada tanah rizab taman negara ? Mana boleh main ambil tanah ikut suka hati macam ni.
4. Saya mahu tahu kenapa kuil seafield boleh kekal di tanah orang ? Mana boleh ikut umur pokok ara yang 100 tahun tu. Kalau macam ni semua pokok ara milik hindu. Ini tidak adil!
5. Saya harap lepas ni Vincent Tan bagi setiap tanah miliknya untuk buat kuil. Selesai masalah kuil atas tanah orang.
6. Kenapa menteri2 kabinet PKR dan DAP melawan cakap PM ? Ini sudah melampau!
Reading Tamrin Ghafar's specific diatribes upon the unconstitutional, undemocratic, illegal, criminal and meritless & asinine in his blog posts warrants the recollection of the main reasons that I and the majority of the Malaysian electoral voters had voted for the Pakatan Harapan coalition which includes democracy and meritocracy amongst others stated in its Manifesto. The only disclaimer here is that I'm a PPBM/Bersatu member. As a reflection to the majority of my fellow citizen-voters, we had voted for DEMOCRACY & MERITOCRACY. Not for the undemocratic & meritless asinine!
ReplyDeletehttps://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/09/manifesto-ph-janji-10-perkara-beban-rakyat-ringan-dalam-100-hari/
http://tamrintunghafar.blogspot.com
Datuk,
ReplyDeletePlaying with fire these Bersatu heads?
Bersatu president Muhyiddin Yassin said today that due consideration should be given to the new political context in the country, in response to former Malacca chief minister Abdul Rahim Thamby Chik's bid to join the party despite his history with other leaders in Pakatan Harapan.
There are certain persons who were, are and still will be persona non grata to the rakyat.
Rahim is one of them.
He has no future with PH. For the sake of Rahim, Shahideen, Salleh Keruak, Pandikar and other low scum, Bersatu will join them?
Bersatu will also have no future in Malaysia if they are accepted.
Najib and Zahid are laughing their heads off plotting their next moves.
End of story.
Datuk,
ReplyDeletefully agree with Rais Hussin when he rebutted Kim Quek's article.
Mahathir's resignation is not an option and there's no earthly reasons for Tun to do so.
Surely Bersatu will be very discerning in accepting certain ex-UMNO persons who resigned and are now begging to be accepted into the fold.
Let's make sure Bersatu, Amanah are vigilant and listen to the voice of the rakyat.
They know who we are referring to.
1. Saudara OKJ, tolong buat pembeltulan. Saya rasa yang Saudara tuduh rosakkan Umno itu bukan Tajuddin Ramli tetapi Tajiddin Abdul Rahman.
ReplyDelete2. Tolong buat pembetulan dan hantar semula untuk saya siarkan. Terima kasih.
Datuk,
ReplyDeletethis is a valid statement by MCA president Wee Ka Siong who has questioned why Pakatan Harapan leaders have not spoken up over the implication of Prime Minister Dr Mahathir Mohamad's political secretary Zahid Md Arif in a Felda graft case.
"It's truly appalling that not a single Harapan leader has dared to raise a single objection or comment on Mahathir's political secretary being implicated as the middleman in nine of the 10 corruption charges filed against (former Felda chairperson) Mohd Isa Samad on Friday," he said in a statement.
We add our voices to Wee.
If Tun Dr M says Zahid Md Arif has not been found guilty yet, in the same breath this can embrace the rest of the UMNO bigwigs who have been charged by MACC.
So let us be clear, Zahid Md Arif must step down as Mahathir's political secretary immediately. The more he dilly dallies, the more the corruption taints Tun Dr M.
There must not be any compromise by Tun and the other PH parties. Get rid of any corrupted baggage pronto. No place in Malaysia Baru.
Datuk,
ReplyDelete"Danger ahead" makes some valid points.
PH component parties do need to filter very carefully.
Certainly, taking Rahim Thamby Chik, Pandikar, Shahidan and Salleh Keruak is going to merely make PH a laughing stock.
Do also remember that accepting 'musuh dalam selimut' is also unwise, never knowing what they are plotting.
Please proceed with common sense and caution.
Datuk,
ReplyDeleteit has been reported our government filed criminal charges against units of Goldman Sachs Group Inc, which had pocketed hefty fees by helping 1MDB sell bonds.
Fines against Goldman could run into the billions of dollars:
The Malaysian attorney general said he would seek restitution well in excess of the US$2.7bil in allegedly misappropriated funds and the US$600mil fees paid out to Goldman. The investment bank is accused of misdirecting investors by telling them the bond-sale proceeds would be used for legitimate purposes while knowing that the funds would line private pockets. Goldman said it will “vigorously defend” against the “misdirected” charges.
Read more at https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/17/goldman-1mdb-charges-will-give-bankers-shivers/#E2d6i6BpHsJFlJVw.99
Bloomberg said two years ago, Libya's wealth fund failed in a legal challenge to claw back US$1.2bil lost in equity derivatives sold to it by Goldman during Moammar Al Qaddafi’s regime.
The outrage over the bank’s secret 2001 loan to Greece, which helped the country hide its true financial position when seeking to join the euro area, has also blown over.
Still, the 1MDB episode is being taken more seriously by investors: Goldman shares are down 32 percent so far this year.
Most of that decline has occurred since May, when Tun Mahathir Mohamad caused an election upset by unseating Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. That was when the lid blew off the scandal and the govt has charged both Najib and his wife.
Read more at https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/17/goldman-1mdb-charges-will-give-bankers-shivers/#E2d6i6BpHsJFlJVw.99
Goldman Sachs should start negotiations and agree on restitution without further delay. Goldman Sachs banker Tim Leissner has already admitted complicity and guilt. Prolonging the case will only work against the bank. Vigorously defending themselves will prove counter-productive.
Highly likely our AG has taken this into consideration.
Salam Dato Kadir
ReplyDelete1. Minta maaf Dato’ sebab tak respond awal sikit. Tengok-tengok ayah & mak yg tak berapa sihat di kampung. Biasa mereka duduk bersama saya tapi cuti sekolah ni mereka nak balik kampung pulak, nak tengok rumah katanya sebab lama sangat tinggalkan rumah. Pelik juga saya apa yg bestnya duduk di kampung tu. Bagi saya, duduk bandar besar lagi selesa.
2. Juga, terima kasih kerana sudi perbetulkan saya. Saya juga anggap Dato’ dah memafkan sayalah tu maknanya.
3. Al Fatihah disedekahkan kepada anggota bomba Melayu yg dibunuh semasa riot dikuil tempohari. Sebab itulah saya sentiasa mengingatkan Dato’ berkali kali sejak dari dulu lagi iaitu pesanan dari Al Quran, jangan jadikan orang kafir sebagai teman rapat. Sekarang nasi dah jadi bubur dah.
Sekian, TQ.