Wednesday, December 05, 2018

Protes 8 Disember: Tunjuk Kuat Tutup Malu


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Tunjuk perasaan awal kecil-kecilan bantah ICERD
NAMPAKNYA tunjuk perasaan anti-ICERD anjuran gabungan  parti pembangkang dan sekutu mereka akan tetap diadakan walaupun kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengesahkan konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.

Sekali gus protes yang didakwa untuk mempertahankan Perlembagaan, Raja-raja Melayu dan agama Islam itu bertukar menjadi medan tunjuk kekuatan politik – political show of strength.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Dari awal lagi tunjuk perasaan itu mengambil kesempatan daripada ketidakfahaman orang ramai, khususnya orang Islam dan orang Melayu, mengenai konvensyen tersebut.

Kalau orang ramai tahu, mereka tentulah tidak melatah seperti sekarang. Konvensyen ini bukanlah baru. Ia berkuat kuasa mulai tahun 1969.

Mereka sepatutnya lebih marah dan buat tunjuk perasaan besar-besaran mengutuk penyelewengan kerajaan BN yang menyebabkan Tabung Haji, Felda dan banyak lagi badan amanah Bumiputera dan Islam mengalami kerugian teruk.

Apalah sangat ICERD. Berapa kerat orang Melayu dan Islam tahu atau peduli mengenainya sebelum ini?

Tahukah mereka bahawa sehingga hari ini hanya 88 daripada 192 negara anggota PBB menandatangani konvensyen itu dan yang meratifikasinya baru 27?

Daripada yang menandatangani dan meratifikasinya termasuklah lapan negara Islam yang ada antaranya negara beraja dan tidak pula rajanya terbuang.

Tetapi majoriti negara Islam yang menjadi ahli ICERD itu adalah negara yang tidak pernah ada raja atau telah memansuhkan institusi raja.

Oleh sebab peka kepada kehendak majoriti rakyat jelata yang berasa konvensyen itu tidak diperlukan maka kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani dan meratifikasinya.

Bagaimanapun disebabkan sudah terlanjur maka penganjur demonstrasi itu terpaksalah meneruskannya dengan mengubah jalan cerita.

Maklumlah perasaan peserta sudah dibakar, duit sudah dipungut, bas sudah disewa dan baju khas sudah ditempah. Kalau dibatalkan malulah.

Di satu pihak, tunjuk perasaan yang dicadangkan itu menggabungkan Umno dan PAS manakala dipihak yang lain pula berupa manifestasi persaingan di antara Umno dengan PAS.

Kedua-dua belah pihak menggunakan protes itu untuk menunjukkan siapa lebih kuat dari segi pengaruh.

Tidak mahu ketinggalan dan bagi membuktikan yang mereka juga relevan maka beberapa pertubuhan berjenama Melayu dan Islam akan turut serta.

Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membenarkan demonstrasi itu, namun ini tidaklah bermakna penganjur dan peserta boleh berbuat sesuka hati.

Polis wajib bertindak tegas – seperti yang dilakukan dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ pada 26 November lalu – ke atas sesiapa sahaja yang mengapi-apikan sentimen kaum dan agama sepanjang tunjuk perasaan itu diadakan.

Sekarang polis ada banyak alat pengawasan (surveillance) yang canggih. Jadi mereka wajib guna untuk mengawal dan memungut maklumat mengenai tunjuk perasaan itu.

Kita tahu semua itu sebab dulu mereka gunakan ke atas kita waktu kita pembangkang. Sekarang kita kerajaan dan Umno pembangkang. Polis kenalah profesional dan bersikap adil.

Umno dan Pas terpaksa menggunakan apa saja kesempatan untuk mencari dividen politik bagi menutup malu setelah kalah dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Bagi Umno, keadaan terdesak ini semakin memuncak dengan bertambah ramai ketua-ketuanya dihadapkan ke mahkamah atas berbagai-bagai tuduhan jenayah dan semakin ramai ahlinya keluar parti atau tidak cergas lagi.

Pas pula mahu berpakat dengan Umno kerana terhutang budi dan beranggapan bahawa parti yang pernah dilabelkannya assabiyah itu masih mendapat sokongan.

Umno memerlukan Pas untuk mengatur protes jalanan kerana ia sendiri tidak berpengalaman sebab sudah lama tidak turun ke jalan raya berdemonstrasi sebaliknya menyekat orang lain berdemonstrasi.

Apa pun kita harap tunjuk perasaan yang diuar-uarkan akan disertai oleh setengah juta orang itu berjalan lancar tanpa terlalu banyak mengganggu kegiatan harian orang lain.

Wallahuaklam.

29 comments:

  1. Salam Dato Kadir

    Malay Union vs Malayan Union

    Maaf cakap tapi rasanya bacaan politik Dato’ sekarang jatuh menjunam, tidak sekemas dulu lagi, selepas PH menang pilihanraya. Mungkin masih di dalam euphoric mood atau faktor umur. Memang tidak dinafikan, apoptosis (programme cell death) akan bermula pada umur 40 tahun dimana setiap tahun 1% cell kita akan mati dengan sendirinya. Takkan Dato’ tak ingat bagaimana Ahok, gabenor termasyur Jakarta tersungkur layu selepas beberapa siri demonstrasi dilakukan oleh warga Jakarta sendiri. Walaupun tiada siapa menafikan betapa hebatnya beliau menerajui Jakarta.

    Kerajaan Melayu Melaka pernah jatuh pada 1511 tetapi bangkit hasil gerakan Melayu BERGABUNG menentang Malayan Union pada 1946 dan seterusnya mencapai Kemerdekaan Tanah Melayu. Hanya penggabungan orang2 Melayu SAHAJALAH yg memerdekakan Tanah Melayu. (Mungkin Tun Mahathir akan menangis bila baca kenyataan ini !!!)

    Jesteru itu, bagi sayalah, himpunan pertama UMNO PAS adalah langkah permulaan bagi mengembalikan kegemilangan Melayu ala-ala Malayion Union. Kenapa pula kita sebagai orang Melayu beragama Islam cuba mensabotaj pulak Malay union ini? Terlanjur Dato membaca AL Quran surah AL Imran ayat 26, apa salahnya Dato’ memanjangkan sikit bacaan Dato kepada ayat 28 kerana disitu ada jawapannya yang jelas dari Allah. Jangan sesekali baca Al Quran sekerat-sekerat sahaja OK.

    Cuma satu perkara saya amat bersetuju dgn Dato’ iaitu, pemimpin UMNO yg “Al Kebasi” mestilah dibuang dan dihukum seadil-adilnya. Sekian TQ.

    p.s: tentang umur tu, saya gurau je ye, jangan marah pulak ye sbb kita sama-sama dah tua kan, rasanya dah lebih 10 tahun saya mengikuti blog dato’ ni. Sama-sama ditekan satu masa dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah permilaan mengembalikan kegemilangan melayu dengan berhimpun? Diketuai oleh pemimpin yang sedang didakwa? Bersama-sama pimpinan parti yang berpuas hati dengan penjelasan mengenai 1mdb oleh arul kanda?

      Kahkahkah. Lawak apakah ini. Maaf ya tak boleh tahan nak tergelak. Excuse me.

      Delete
    2. Tak tepat penilaian mngembalikan kegemilangan melayu . yg dulu 60 tahun agaknya melayu gemilang ker?.. lg satu pas adalah parti kenegeriaan hrp maklym.. keluar dr negeri rak pernah menang

      Delete
  2. Zalman A10:21 AM

    Datuk,

    These protesters are just reminding everyone that the Malays have rights.

    As we have seen very clearly from 2009 onwards, Malay rights are very powerful.

    They have the right to have FELDA money stolen.

    They have the right to have MARA money stolen.

    They have the right to have their KWAP pensions stolen to fund extravagant luxury spending sprees.

    They have the right to money stolen to make Hollywood movies and buy New York penthouses.

    They have the right to fund grossly overpriced contracts for uITM maintenance, just so Umno politicians can get rich.

    They have the right to have 4 billion in Tabung Haji funds go missing.

    They have the right to have BR1M payments used to plug 1MDB debts.

    In fact, the list is endless.

    That is why Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Najib Razak is a big supporter of the ICERD rally.

    He and his cronies desperately want their "rights" back.

    PAS?

    What do they want?

    I don't know, but they seem to have zero interest in the fate of Tabung Haji.

    Very strange, for an "Islamic party" whose leaders drive very expensive cars with custom number plates.

    Perhaps they have also been Mappadulung-ed?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice comment. Yes, malay right for upholding certain group of malay while ordinary malay become dependant on government assistance such as br1m as the symbol of malay success and malay supremacy if i may add on. :)

      Delete
  3. Yang kau takut tu kenapa AKJ. Dulu Tun pakai baju kuning kau senyap aja. Kenapa takut dengan rakyat pulak.?

    ReplyDelete
  4. Malay Rules1:00 PM

    I beg to differ.

    This rally is to show people’s dissatisfaction with PH government after the honey moon period! So many nonsense have happened from Temple to Education to Minister son awarding contracts!

    “Janji Di Capatikan”: this is the main part!

    ReplyDelete
    Replies
    1. These things you mentioned had happened long before ph even exist.

      Malay people please do something more substance and beneficial to ourselves. Nobody will take care of us. Not a politician not even a sultan. Only Allah will take care of us with a condition we must put an effort.

      Upgrade our skills, knowledges, uphold islamic value such as amanah, jujur, bercakap benar, menghargai masa dan banyak lagi. We are free people. Given what the government has provided. Most of us in general could live a decent life without forever asking for everything. We are not communist country which government provide for everything.

      Remember, the better person is the one whom has the most benefit to other people.

      Leader is elected among people. If most of the people corrupt, most likely the leader elected is also the corrupt one.

      If you are not satisfy, show it during general election. Even that is when you have a better choice. If not, we are doomed.

      Delete
  5. panglimo potaseh2:14 PM

    Selepas 9hb.Mei ..orang Melayu dan Raja ..maksud aku Raja-Raja nye digambarkan semacam dah hilang tuan ..hilang pendamping ..macam kerbau tak punya cucuk hidung ..macam wau tak bertali.

    Shah Alam yang aku tahu sebagai bandar melayu ..katanye, dah mula didatangi gejala China Town ..tulisan cina dah di tepek diatas tulisan bahasa melayu ..dan berbagai lagi cerita yg mengambarkan kaum melayu sedang dilekehkan?

    Yang paling terharu ..dimasa yg sama. Agong kita yang dianggap sebagai simbol pelindung untuk Melayu ..diberitakan sedang merayau-rayau di wilayah Eropah Ortodox ..ke Ukraine ..ke Russia ..katanye pergi berubat ..entah.

    Pelik amat pelik ..PM pun tak tahu apa sebenarnye PROJEK Agong kita tu. Kalau lah berlaku apa-apa kat Agong kita semua akan bertanggungjawab ..sebab kita tak ambik pot kemana bagindo merayau.

    Para bekas menteri dan bekas penaraju negara sedang beratur ambil giliran untuk disoal siasat ..beribu kes dah di kesan ..aku ulang ..beribu ..dan hampir semua melibatkan sosok melayu ..walaupun ada yang itam legam. Maknanye kerajaan dahulu, pemimpin nye tiap hari buat hal tipu rakyat dan negara ..yang teruk terima kesan tipu adalah orang Melayu.

    Dan pada 8hb. Disember nanti ..setengah juta yang berkumpul tu bukan lah tahu sgt tentang ICERD ..makna ICERD pun main dengar-dengar je. Tanpa ICERD pun Melayu tetap ditipu dan dibedal kiri-kanan. Yang anjurkan pun adalah bekas tukang tipu orang melayu. Dulu tipu .. sekarang nak mintak perlindungan pula pada orang yang ditipu dahulu ..lantak.

    Kita tengok nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu sentiasa menipu n Kena tipu
      Melayu juara kencing orang n Kena kencing

      Delete
  6. Tindakan PAS ini bagaikan orang gila publisiti... benda yang tak ada isu dijadikan isu... nak ambil kesempatan sokongan perkauman... tak semua orang melayu bodoh seperti penyokong PAS yang tiada matlamat perjuangan... agama islam dijual bangsa melayu dilembukan. PAS boleh jadi penternak di Terengganu dan di Kelantan sahaja buat masa sekarang. Insyaallah sampai masanya pengundi di sana akan berfikir dua kali untuk undi PAS dalam PRU15. PAS sebuah parti amat sempit pemikiran pemimpinnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tidak dapat menggantikan ilmu. Ilmu itu bukan abc, 123 atau alif ba ta, tetapi kefahaman tentang sesuatu perkara. Cuba buka rakaman sidang parlimen dan dengar hujah ahli2 parlimen di dalamnya. Nescaya kita akan tahu kenapa melayu di malaysia berada pada keadaannya sekarang ini.

      Delete
  7. InI bukan soal malu..Ini soal kepercayaan Dan keyakinan.. . Lagikan manifesto pun boleh pusing tanpa rasa malu. Malaysia Baru dijanjikan demokrasi lebih baik.... ...

    ReplyDelete
  8. Pas pula mahu berpakat dengan Umno kerana terhutang budi dan beranggapan bahawa parti yang pernah dilabelkannya assabiyah itu masih mendapat sokongan TERHUTANG 90J KAA 300J..

    ReplyDelete
  9. luu baca sendiri jee broo no wonder ruangan komen 0 pocixxx

    ReplyDelete
  10. The euphoria of PH victory was short-lived. It was literally over on the 16th of May, the disastrous date for all to remember. This was the day all malaysians' nightmares began where a series of chaotic events started to kick off one after another.

    Deep down inside me, I know the PH coalition would never work out efficiently to govern the country. Each party has different ideologies and struggles of its own. The bonds between them are far too feeble to hold the four parties together. Also, the political cohesion is pretty much immature and vulnerable. Soon after, the most dominant party arrogantly shot off its wild accusations against Tun M, aiming to hint that the party was now so ready to claim the so-called promised power. There it goes, the power struggle begins.

    Now, keep your eyes peeled and try to look at the whole picture of the ICERD rallies. What was depicted in it? Who do you see? Just the opposition parties and some insignificant bodies? Here, examine closely and zoom in on one particular familiar figure who is hiding cowardly and hypocritically obscured among the crowd. Spot on, that is the real culprit in disguise and the mastermind of all the protests and demonstrations happened all along these well over six months of PH governance. And, the height was the Subang temple bloodshed riot, and the forthcoming anti-ICERD rally, and counting for more to come next. This is a well-planned plot that rears its ugly head to intentionally to shame or perhaps to overthrow Tun M in such indignity way altogether. All in all, it is meticulously mapped out by a crook sent from hell who bears the name ..WAR.

    An eye for eye will only make the whole world blind. You said it, we are not here to avenge but to serve the rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is the price to get rid of penyamun. Very high price. Takpalah. Segerombolan penyamun dah tumpas. Takda masalah nak tumpaskan penyangak yang sorang lagi ni.

      Delete
  11. sangat menghairankan..bilamana ramai para ilmuan,ahli agama mengatakan icerd itu banyak memberi impak negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoilah,pada awalnya icerd tidak mmberi kesan yg besar, namun secara perlahan2 akan mnghapuskan hak2 kaum melayu, tp mereka tdk pula mahu pula ketidaksamarataan yg ada pd mereka diratakan terlebih dahulu

      Delete
  12. Zalman A10:50 AM

    Datuk,

    The idea that this is a "Malay" rally is truly laughable.

    When Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Najib Razak is such a big supporter of the rally, we all know why. I hope he is given a microphone and speaks at the rally. The comedy value will be huge.

    A bunch of thieves trying to continue their stealing by hoodwinking the people, nothing more.

    There has been a deafening silence from PAS on matters that should be close to their hearts, as SR points out...

    PAS Must Issue Their Comment On Tabung Haji’s Missing RM4 Billion.

    When the first news came out back in May 2015 with enough evidence to make it absolutely clear that Najib and his placeman Azeez Rahim were raiding the savings of pilgrims at Tabung Haji by using the fund to buy up 1MDB land for gross mark-ups, the leadership of PAS failed to condemn the matter or to criticise the then PM and supporters in BN for stealing from the faithful.

    Instead President Hadi came out a few days later and many times since to say that Najib should not resign. Time and again he likewise supported the then PM saying he should not resign over 1MDB or the billions in his account unless ‘four witnesses’ would say they saw him stealing it.

    As the evidence has mounted and charges multiplied since the election, pointing to gross, rampant corruption and outrageous theft by Najib and BN from the people of Malaysia the remaining rump of PAS, which Hadi still leads has kept up that refusal to criticise Najib or his party (for which the ex-PM remains a sitting MP). To the contrary, the worse the mounting evidence has become, the closer the two parties have edged together in the name of proclaimed ‘Malay Muslim solidarity’.

    In a few days they plan a joint march to complain of alleged moves against Malay Muslims – an apparent attempt to set a united political face against other Malaysians. In terms of tactics the parties have started to make way for each other in by-elections to help each other win.

    However, this is not about religion, race or politics it is about right and wrong. PAS appears to have beem forging ever closer ties with a party that presided over the shocking theft of the savings of the faithful and trusting – those poorer Muslims, who wished to save for the Haj.

    Will PAS condemn this apparent abuse of the very group of people they seek to lead, because so far the party has appeared surprisingly quiet?

    And will they enlighten as to whether they intend to forge a more formal coalition out of the new ad hoc cooperation with the party responsible for those alleged thefts?

    If PAS simply does not believe the reports and thinks the admissions of the new board of Tabung Haji and their police report are all a hoax, then it ought to explain that this is the party’s position. Likewise, all the findings of international investigators over 1MDB (including the Muslim nation of Abu Dhabi, which has also now sued Goldman Sachs).

    Does PAS think it is all is still not proven to the standards of their choosing or do they simply not care, preferring to put politics first?

    The position of PAS as the self-proclaimed defenders of the Muslim Malays over the matter of the alleged thefts from Tabung Haji, FELDA, 1MDB and Bank Negara by the administration of Najib Razak needs urgently to be heard."

    It now seems PAS = UMNO = PAS.

    If they think that is a good thing, they are mistaken.

    ReplyDelete
  13. Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
    Aku cuba2 cakap dgn orang kelantan pasai coti ‘ganti’ hari ahad yg kenunnya kerajaan depa bagi,
    munkin pasai nak ‘belarak’ ka apa ka pd 8 haribulan sabtu ni banyak makan tenaga, jadi kena la bagi coti kad sebagian rakyat jelata...
    supaya hilang lelah...
    Aku pikiag pi, pikiag mai, betoi jugak, tunjok ‘solidariti’, sokong menyokong, pasai kepala agama depa pon katanya dok berehat ka apa ka.

    Tapi kalu ada sesapa no, hak terasa hati,
    maghap la no.
    Aku.

    ReplyDelete
  14. Zed-8512:51 PM

    Sallam Dato'

    Zaman sekarang ini, kalau nak bagi alasan "tak paham" saya rasa susah sikit nak terima.

    Apa pun sudah ada dalam internet. Taip saja "icerd".

    Kalau tak paham bahasa inggeris, koputer atau "google" boleh terjemahkan kepada bahasa melayu.

    Kalau zaman dulu budak sekolah nak belajar, terpaksa cari buku, sekarang ini hampir semua ilmu sekolah ada dalam Youtube, Matematik, Sains, fizik, akaun dan lain-lain. Senang betul orang nak belajar zaman sekarang. Tinggal samada malas atau rajin.

    Saya tengok berita, Datuk Amar Singh yang baru bersara. Dia ada ijazah dalam Undang-undang. Ada ijazah dalam Sains. Ada Sarjana (Master) dalam jurusan jenayah. Tambah lagi dia ada Diploma dalam Syariah. Orang Singh pun boleh ada diploma dalam Syariah. Apa lagi nak cakap.

    Berkenaan PAS..... Tak lama dulu ada himpunan besar-besaran PAS berkenaan dengan RUU355. Apa jadi dengan RUU 355?

    Selepas pilihanraya PAS sibuk pulak dengan royalti minyak.

    Apa sebenarnya sumbangan PAS untuk rakyat Malaysia.? Ada pulak orang mahukan PAS dan UMNO bergabung, untuk apa?

    Kuasa sebenar orang melayu yang boleh nampak jelas adalah pada 5 May 2018. Kalau pemimpin tak betul, orang melayu bekuasa untuk jatuhkan. Itulah kuasa orang melayu yang sebenar.

    Satu lagi saya nak bangkitkan berkenaan dengan Pulau Kukup.

    Saya tak paham kenapa setelah rakyat bagi kuasa untuk kerajaan untuk jaga Pulau Kukup ini, kerajaan bagi kepada pihak Istana. Bukankah kita ini negara demokrasi? rakyat yang pilih dan memberikan kuasa kepada pemimpin?. Kalau kerajaan yang dilantik tak mampu untuk jaga pulau kukup, lagi baik jangan jadi kerajaan.

    Kita bernasib baik kerana ada Tun M yang boleh membetulkan keadaan dan memimpin negara tapi sampai bila, Tun M bukan boleh perintah selama-lamanya.

    ReplyDelete
  15. Salah seorang pembahas blogger Datuk Kadir Jasin berkata, Zainuddin Maidin (ZAM) bekas ketua pengarang utusan Malaysia dan bekas menteri penerangan Malaysia, bersekolah di sekolah agama, Di Kedah.

    Datuk Kadir jasin juga memang pernah bersekolah di sekolah agama di Kedah, maka fahamlah Islam. Demikian juga Tan Sri Zainuddin Maidin yang tidak boleh buat mudah menuduh tidak faham dengan Islam.

    Faham Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Kadir Jasin berbeza dengan faham lain lain orang Islam, terutama sekali faham Islam orang Pas.

    Rasulullah SAW menyatakan bahawa suatu masa nanti umat Islam akan berpecah kepada 73 puak.Hanya satu puak sahaja yang diterima, iaitu yang ikut ajaran yang diajar oleh Rasulullah SAW.

    Oleh itu, 72 puak, kesemuanya tidak diterima, kerana tidak mengikut ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

    Maka kebanyakan dakwaan mereka ditolak, kerana ajaran yang mereka terima dan amalkan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

    Seperkara lagi, usah Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Kadir Jasin byang bersekolah di sekolah agama dahulu itu.sedangkan ada ulamak yang penuh ilmu didada jadi ulamak jahat.Itu ulamak.

    Apatah lagi bekas ketua pengarang akhbar utusan Malaysia dan bekas ketua pengarang akhbar Streest Times.

    Apalah sangat Tan sri Zainuddin Maidin dan datuk Kadir Jasin yang bersekolah disekolah agama yang pernah jadi penulis upahan kepada kerajaan umno/BN ketika diteraju oleh Dr Mahathir Mohammad.

    Dr Mahathir Mohammad sudah di kenalpasti seorang perdana menteri yang sering kali mempersenda sendakan hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas apabila diberi kemenangan dan memerintah Malaysia ini.

    Jika berfahaman fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW mustahil sering mempersenda sendakan hukum hudud.

    Bagaimana pun penulis uapahan yang makan upah tak kan ikut buat ulasan kes kes, isu isu yang tak masuk akal dan boleh memalukan diri sendiri.

    Tak malu ke mengatakan orang pas tak faham dengan ICERD, sedangkan orang pas sangat faham dengan fungsi ICERD yang hendak di ratifikasikan oleh kerajaan Pakaatan harapan agar raja raja Melau dihapuskan.

    Hak Istimewa orang Melayu dalam akta 153, kedudukan agama Islam dalam perlembagaan persekutuan digugurkan apabila ICERD diratifikasikan nanti.

    Inilah agenda yang tersurat dan tersirat Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana sebelum ini Tun sudah berjaya menelanjangkan raja raja Melayu.

    Atas sebab itu juga, Tun melantik Waytha Moorthy sebagai menteri di jabatan perdana menteri, dan melantik penguam negara dan ketua hakim negara terdiri daripada orang kafir untuk memudahkan meminda perlembagaan malaysia apabila ICERD di ratifikasikan.

    Datuk Kadir Jasin salah seorang yang berperanan memainkan peranan penting menulis bahawa orang Pas tidak faham fungsi ICERD. Pada hal orang Pas sangat sangat fahaman bahawa itulah agenda Tun Mahathir.

    Datuk Kadir jasin bersekongkol dengan niat jahat untuk menghapuskan hak istimewa orang melayu,aagama Islam dan raja raja Melayu yang boleh jadi ubat ketika diserang oleh kafir yang sudah dijelaskan oleh Allah sebagai makhluk yang sombong dan takbur.

    Mereka rela mati daripada beriman kepada Allah yang mencipta mereka.

    ReplyDelete
  16. AntiTsar12:26 AM

    Lebih baik pilih negeri Kelantan sebagai tapak tetap untuk apa sahaja tunjuk perasaan daripada PAS dan UMNO.Boleh buat seminggu sekali ke,dua minggu sekali,atau sebulan sekali.Cuti peristiwa setiap kali ianya diadakan.Nak ke KL memakan belanja yang banyak.Buatlah tunjuk perasaan di tempat-tempat berbeza di negeri serambi mekah atas nama isle,boleh juga menjana pendapatan.Orang dari KL dan lain-lain negeri dibawah PH yang sokong PAS dan UMNO,boleh ke Kelantan untuk sama-sama tunjuk perasaan,disamping melancong dan melencong.Boleh juga jadikan peristiwa ini sebagai daya tarikan negeri-negeri yang diperintah pembangkang.Rakyat tidak memilih kamu,janganlah jahat sangat.

    ReplyDelete
  17. Memang,Tun menangis sebab ramai me-layu berfikir macam 'cow'.

    ReplyDelete
  18. Datuk,

    1. PH juga yang bagi kebebasan untuk bersuara dan berdemonstrasi dengan aman. Saya fikir tak jadi masalah jika mereka tak buat hal.

    2. Tapi yang jadi tak seronok tu bila penyamun pun nak ikut serta dalam demonstrasi tersebut. Terus jadi kelat, payau, pahit dan semua rasa yang tak seronok.

    3. Apa cerita nak batalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula ? AIM ni banyak tolong golongan wanita berniaga. Yang disenarai hitam, yang muflis pun diterimanya untuk bangkit semula. Jika dibatalkan bagaimana nasib peniaga2 wanita ini ?

    4. Kenapa tak batalkan saja sijil ah long yang memberi pinjaman dengan bunga yang tinggi ?

    ReplyDelete

  19. Salam Dato,

    nampak gayanya akan muncul satu pakatan baru antara umno dan pas. elok dinamakan Pakatan Assobiyyah SeMalaysia bagi menetang Pakatan Harapan dalam PRU15 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taikor1:34 AM

      Singkatannye tetap PAS. Bermakna PAS dah telan Umno lah. Tak sangka begitu kesudahannye

      Delete
  20. Gemini3:20 PM

    The anti-ICERD rally held on 8 December 2018 and participated by UMNO and PAS leaders is a wake-up call for PH government that certain matters or issues shouldn't be taken for granted.
    Take PTPTN and ICERD issues for example. The former issue is more financial in nature while the latter issue is indirectly linked to Malay privileges and rights. Do not allow the critics and oppositionists to capitalise on the weaknesses exposed by them. Take note that some of them are still in the loose and not yet in jail for their wrongdoings. The legal process is quite lengthy.
    Right timing and the chronological order of implementing and executing each task or job should be taken into account. As such, great teamwork and close coordination among cabinet ministers are of paramount importance for the business of governing to be smooth sailing despite the fact that these issues had been approved by the cabinet.
    So don't allow the opposition parties to put some stops along the way to make the business of governing bumpy. Also be beware of sabotage by insiders.

    ReplyDelete