A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Gambar menceritakan seribu perkataan |
TUN Dr Mahathir Mohamad
sering berkata beliau tidak pandai memilih pengganti.
Malah dalam ucapan 30
Disember lepas ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Tahunan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Putrajaya beliau mengulangi hal yang sama.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Saya tidak mahu mempersoalkan sama ada beliau bersungguh-sungguh atau berseloroh apabila membuat kenyataan itu.
Sebaliknya saya
berpendapat Tun Dr Mahathir mematuhi peraturan di dalam memilih
pengganti atau bakal pengganti.
Apa yang berlaku kepada pengganti atau bakal pengganti lebih berupa masalah dan pilihan mereka sendiri.
Daripada pengamatan saya, Dr Mahathir sentiasa dipandu
oleh kehendak dan keputusan parti di dalam membuat pilihan pengganti dan bakal pengganti.
Atas alasan itulah beliau membawa masuk
semula dan memberikan jawatan kepada banyak orang yang menentang beliau dalam parti dan kerajaan.
Itulah yang berlaku
dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri
dan watak-watak lain yang menentang beliau dalam pertandingan jawatan Presiden
Umno tahun 1987.
Apabila beliau membawa
Abdullah masuk semula Kabinet pada tahun 1990 dan diberikan jawatan Menteri
Luar, saya bertanya beliau mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Abdullah
menentang beliau?
Katanya, beliau membawa
Abdullah balik kerana dia memang jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti.
Sebagai Presiden Umno, katanya, beliau terpaksa menghormati kehendak ahli.
Jadi yang salah bukanlah
cara Dr Mahathir memilih pengganti atau bakal pengganti tetapi pengganti atau
bakal pengganti itu sendiri menembak kaki mereka sendiri.
Musa Hitam
Sedikit sebanyak saya
mengikuti dari jarak dekat bagaimana Dr Mahathir memilih pengganti dan bakal
pengganti bermula dengan Tun Musa Hitam.
Dari awal lagi Dr
Mahathir melihat Musa sebagai sekutu. Apabila beliau dilantik menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada tahun 1976 oleh Almarhum Tun Hussein Onn, Dr Mahathir
menjadikan Musa rakan.
Beliau mempunyai
beberapa pilihan dari kalangan kepimpinan tertinggi Umno ketika itu tetapi
memilih Musa kerana anak Johor itu dilihatnya sebagai lebih
serius, demokratik dan intelektual.
Apabila beliau naik
menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau melantik Musa sebagai timbalan
dan memberikan beloau jawatan tambahan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Dikenali sebagai 2M selepas PRU 1982 |
Yang menyebabkan
kerenggangan hubungan mereka adalah apabila Musa mula termakan nasihat para
penasihat beliau yang separuh masak tetapi bercita-cita tinggi.
Musa menampilkan diri
sebagai pemikir ekonomi liberal yang pro-pasaran walaupun pada mulanya beliau
dilihat cenderung kepada sosialisme, khususnya ketika menjadi Menteri
Perusahaan Utama di bawah Hussein.
Dr Mahathir pula lebih
nasionalistik dan melihat dasar ekonomi sebagai pemangkin kepada penjanaan
keupayaan ekonomi, khususnya dalam konteks Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Musa mula tidak sependapat
dengan Dr Mahathir apabila Dr Mahathir melancarkan beberapa inisiatif besar
bagi membina kapasiti ekonomi, khasnya untuk Bumiputera, seperti Projek
Kereta Nasional (Proton).
Musa dan banyak ahli
ekonomi liberal ketika itu melihat Proton dan projek-projek yang serupa
dengannya sebagai tidak sesuai dan membazir.
Musa melancarkan cabaran
dengan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan tetapi mengekalkan jawatan politik.
Beliau kemudian pergi ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan seterusnya ke London
bercuti.
Strateginya ialah
penyokong beliau dalam Umno dan kerajaan akan mengenakan tekanan ke atas Dr
Mahathir supaya tidak menerima peletakan jawatan beliau dan memanggilnya balik.
Mereka tersilap besar.
Dr Mahathir tidak merayu Musa pulang sebaliknya memanggil sidang Majlis
Tertinggi Umno dan menyerahkan keputusan kepada ahli majlis.
Keputusan suara
terbanyak ialah jika Musa hendak bersara daripada kerajaan mereka hormati
hasrat beliau.
Musa cuba mengekalkan kedudukan
sebagai Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan tahun 1987 dengan berpakat
dengan Tengku Razaleigh Hamzah.
Umno berpecah kepada
dua pasukan - “Team A” dan “Team B”. Tengku Razaleigh gagal rampas jawatan Presiden daripada Dr Mahathir dan Musa
hilang jawatan kepada Almarhum Tun Abdul Ghafar Baba .
Bersama Abdul Ghafar, Dr
Mahathir mempertahankan Umno daripada percubaan Tengku Razaleigh “merampasnya”
melalui saman mahkamah.
Anwar Pilihan Istimewa
Anwar adalah pilihan Dr
Mahathir. Tidak sampai setahun menjadi Perdana Menteri beliau membawa Anwar
masuk Umno dan dalam masa tidak sampai sebulan mencalonkan beliau sebagai wakil
Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) 1982.
Beliau berjaya merampas
kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada penyandang Pas, Almarhum Yusof Rawa.
Mengalu-alukan
kemenangan Anwar, Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai anak ayam baru tumbuh
bulu pahat tetapi sudah diterima oleh rakyat jelata sehingga mampu mengalahkan
Yusof Rawa.
Yusuf Rawa, bapa Menteri
di Jabatan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Dr Mujahid, adalah gergasi
politik ketika itu. Pada PRU 1969 beliau menewaskan Dr Mahathir di Kota Setar Selatan
(sekarang Pendang).
Anwar naik mencacak.
Dalam masa 11 tahun beliau naik daripada anak ayam berbulu pahat kepada
Timbalan Perdana Menteri dan bakal pengganti Dr Mahathir.
Apa yang berlaku selepas
itu adalah sejarah dan kita sering diingatkan melalui hujah ahli falsafah
George Santayana bahawa orang yang lupa (kejadian) masa lampau akan mengulangi
kesilapannya.
Ibnu Khaldun dalam bukunya
yang agung “Muqaddimah” (1377), antara lain, menulis (dengan izin):
“History is an art of
valuable doctrine, numerous in advantages and honourable in purpose; it informs
us about bygone nations in the context of their habits, the prophets in the
context of their lives and kings in the context of their states and politics,
so those who seek the guidance of the past in either worldly or religious
matters may have that advantage.”
Jadi marilah kita belajar daripada sejarah.
Wallahuaklam.
Datuk
ReplyDelete1. PH bukan BN. Pemutus dasar PH adalah Majlis Presiden. Isu jawatan PM tidak boleh berkisar hanya kepada gesaan perwakilan Perhimpunan Agong PPBM. Parti-parti PH ada 'equal share' dalam menentukan siapa & bila ganti Dr Mahathir.
2. Dr Mahathir mesti berhenti beranggapan beliau paling layak menentukan siapa pengantinya bagi jawatan PM sepertimana beliau menentukan pemegang kuasa di PPBM. Jawatan PM hak rakyat, bukan parti politik. Ada penyokong pembangkang yang menentang PH pada PRU14 tetapi tegar menyokong Anwar Ibrahim hingga ke hari ini. Kematangan & kejujuran elitis Malaysia berpolitik akan memudahkan peralihan kuasa & pemulihan negara.
3. Tragedi Pak Lah & Ah Jib Gor adalah hasil tangan Dr Mahathir. Sekiranya benar ada usaha untuk mengagalkan Anwar Ibrahim menjadi PM ke 8 & Dr Mahathir merestuinya, ini bermakna sejarah 2009 & 2016 akan berulang. Adakah peristiwa-peristiwa itu memberi kebaikan kepada rakyat? Amat jelas percaturan siapa penganti bukanlah untuk memenuhi kehendak rakyat terbanyak sebaliknya kepentingan 2-3 kerat elitis.
Kali ini saya berharap sejarah berulang kembali. Yg diharap menjadi pengganti tidak kesampaian. Bukan pasal apa. Pasal ada yg lebeh baik untuk menjadi pengganti.
ReplyDeleteZaman anwar sudah berlalu, sebagaimana zaman kit siang and dr mahathir. Tun kembali pun kerana terpaksa nak selamatkan negara. Biarlah orang muda yg lebeh berkelayakan memacu masa depan negara.
Datuk you said:
ReplyDelete“Daripada pengamatan saya, Dr Mahathir sentiasa dipandu oleh kehendak dan keputusan parti di dalam membuat pilihan pengganti dan bakal pengganti.“
Saya boleh bersetuju dgn pengamatan Datuk itu tetapi yang bermasalah bukan pengganti Dr Mahathir. Yang benar2 bermasaalah adalah Dr Mahathir sendiri kerana beliau tidak boleh terima pengganti yg telah beliau pilih jika tidak mahu mengikut telunjuk beliau.
Datuk,
ReplyDeleteThe problem is this.
1. There are bloggers who are blatantly aligned with Tun who are disparaging Anwar constantly. This is very useful for the Opposition, as they can goyang kaki and happily watch the infighting, as someone is doing their dirty work free of charge.
2. Such bloggers also begin to sound like mentally-impaired or brainwashed cult members. The mat salleh call this "drinking the Kool-Aid." These bloggers sound like they drink 5 gallons of Kool-Aid before breakfast.
3. If people are pushing for Tun to fill a full term as PM, do bear in mind he will be 98 years of age when that term ends in 2023. Is this either feasible or fair? Tun himself thinks it is not. And who should know better?
4. Tun has said repeatedly - as recently as yesterday - that Anwar will succeed him as PM. Whether that is a good thing or bad thing, history (may) judge. Anwar still needs majority MP support, and that bridge is not crossable yet. But the promise was made.
5. By constantly attacking Anwar and saying he is unfit, these bloggers are basically indirectly calling Tun a liar. We used to call this "janji keling" in less enlightened times. Whether we are more enlightened now is debatable, but the lack of wisdom of these bloggers in publicly sowing disunity is not debatable. It is foolish behaviour.
6. By far the most important point: the rakyat are getting sick of it. "Game of Thrones" may be entertaining as a TV show, but if every news headline is about infighting and intrigue in Pakatan Huru-Hara, then people start wondering: where are the headlines about our future? Is this what we voted for?
7. At that point, people are reminded again: politicians are all about selfishness, egos and greed, and PH is no better than BN in that regard - in fact, far worse, as BN aired far less dirty laundry in public.
8. Tun can quite easily end this nonsense. Not fully, because the walking disaster area called PKR can never be under control. But he can (at least) tell his bloggers to guna otak sikit (assuming they can locate their otak. An MRI may be necessary.)
9. The mat salleh have this habit called "New Year resolutions". My suggestion to Pakatan Huru-Hara is that they should try and project unity in 2019. Real unity ke, fake unity ke, tak kisah lah. Just change those "Game of Thrones" headlines to headlines about the economy, jobs, cost of living, solving FELDA issues, improved competitiveness, and suchlike. This is what people want to read, not this endless nonsense about power struggles.
Thank you.
Maksudnya pilihan manusia tak boleh pakai..
ReplyDeleteKena ikut pilihan Allah..
Betul la tu..
Makanya itu dikatakan "Taufiq Hidayah"..
Taufiq membawa maksud pilihan Allah
Hidayah membawa maksud mendapat Cahaya petunjuk Allah..
Itu sebab tulisannya pun taufiq dahulu.. hidayah menyusul kemudian..
Perancangan Allah melangkaui perancangan manusia. Nak dapat perancangan Allah yang baik untuk diri sendiri kena jaga Amanah Allah (Taat Setia kepada Perintah Allah)
Alhamdulillah..
Salam tok... bab ni tok champions sebab tok berada dalam main strim (news information)
ReplyDeleteBut tok let me tell you this( Abdullah Ahmad) told me ‘’ Non .. dengaq cakap paklah, kita tidak boleh ulangi apa yang belaku Kepada ANWAR dan apa yang ANWAR lakukan terhadap Mahathir, kita tak Akan jadi PERDANA MENTERI... itu pesan pak lah kepada saya dengan paklah pegang kedai dia tangan saya DI rumah pak lah jalan bilamy...
Ada kala ANWAR ingat jawatan Perdana Menteri boleh kita mintak tampa Allah bersetuju...
Salam
SESIAPAPUN YANG MENJADI PEMIMPIN HARUSLAH MEMILIKI AKHLAK YANG BAIK, MALAH SANGAT BAIK UNTUK DIJADIKAN TELADAN.
ReplyDeleteANTARA CIRI AKHLAK YANG BAIK ADALAH SEPERTI BERIKUT;
1. BERCAKAP BENAR DI HADAPAN PENGUASA YANG KITA MENGHARAPKAN BUDINYA
2. MEMBERI KEMAAFAN WALAUPUN DALAM KEADAAN MARAH
3. MEMBERI DALAM KEADAAN SEDANG SUSAH
4. MENAHAN DIRI KETIKA BERSEORANG DIRI...
HARAP-HARAP RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN AKAL YANG SIHAT DALAM MEMILIH PEMIMPIN, RAKYAT DI BAWAH DAH LETIH, LELAH, PENAT DAN TAK MAHU TENGOK PEMIMPIN YANG TIDAK BERAKHLAK.
CUKUP-CUKUPLAH...
the post of 8th PM is not a gimme (golf lingo) 4 anwar ibrahim.
ReplyDeletehe is a very controversial figure n so far he has failed 2 convince many that he is otherwise.
Salam,
ReplyDeleteTidak di nafikan Dr M selalu benar dlm banyak keadaan kecuali dlm memilih pengganti. Penulis malay dilema ini sebenarnya dlm dilema utk menyerahkan amanah kerusi PERDANA MENTERI kpd org yang layak.
Sebagaimana di akui sendiri bahawa beliau tidak pandai memilih pengganti, dan sejarah membuktikan semua penggantinya adalah bermasalah. Maka pada kali ini dinasihatkan Tun M tidak perlulah lagi memikirkan pengganti, cukuplah dgn MEMEGANG JANJI yg DIPERSETUJUI.
Walaupun beliau agak risau dgn pengganti yg dipersetujui dlm PERJANJIAN tetapi beliau dikenali sebagai insan yg MENEPATI JANJI dan sukar utk beliau memungkirinya.
Walaupun Dr M seorang perancang yg bijak, tetapi TUHAN sebaik2 perancang, oleh itu lebih bijaksana jika Dr M teruskan dgn PERSETUJUAN yg telah DISEPAKATI dlm penyerahan amanah KERUSI PERDANA MENTERI kpd Anwar Ibrahim kemudian BERTAWAKALLAH.
Salam DAKJ
ReplyDeleteBagi sayalah, sebenarnya Tun serba salah nak pass ke Anwar atau tidak, tapi sebab dah janji dulu (utk jatuhkan Najib), Tun terpaksalah juga. Bukan sahaja Tun Mahathir, Tok Guru Hj Hadi pun sama dilemma semasa hendak menamakan PM PRU13 dulu. Semua orang tahu sebabnya tapi semuanya buat-buat tak tahu termasuk Dato’ Kadir sendiri. Jangan cuba nak kelentong Dato’ ye.
Macamnilah Dato’. Kitani orang Islam. Jadi, apa-apa keputusan pun mestilah berlandaskan Quran dan Hadis. Allah ceritakan dgn jelas bagaimana kaum nabi Luth dimusnahkan dlm Al Quran. Juga kita lihat peninggalan Kota Purba Pompei. Juga di Indonesia, kebanyakan mereka terlepas pandang yg mana bila rakyat mempermainkan Islam dgn menghalalkan perkahwinan campur, bala bertubi-tubi menimpa mereka. Sedihnya, tiada apa-apa tindakan dr pemimpin2 mereka sehingga hari ini.
Cuma jangan lupa, Allah maha pengampun, segala dosa tak kira kecil besar akan diampunkan kecuali syirik. Sebagai orang Islam saya kena cakap jugalah. Pertama semasa pengampunan Agong dulu, Agong suruh Anwar membersihkan namanya. Kalau tak nak saman balik Saiful dan lain2, paling senang utk Anwar lakukan ialah sumpah laknat yg beliau memang tidak lakukan. Bukannya susah sangat pun kalau betul2 tak buatlah. Tak payahlah kata Yusuf Qardawilah, Harussanilah. Kemudian, biar Allah tentukan siapa yg benar. Sekurang-kurangnya majority rakyat Malaysia dengar sendiri dari mulut beliau sebab majority rakyat takut bala akan turun kpd negara seperti kaum Luth sepertimana diceritakan dlm Al Quran.
Tentang Musa Hitam, saya tak boleh komen sebab kecik lagi masatu. Ghafar Baba pun sama. No comment. Kesilapan Pak Lah ialah beliau tidak buat keputusan sendiri tetapi dipengaruhi oleh orang lain. Najib pula terbalik pulak, semua keputusan adalah ditangannya. Macam Abang Mat Sabu kata, pengerusi 1MDB minta nasihat dr Menteri Kewangan dan Menteri kewangan minta nasihat dr PM. Habis punah negara.
Akhir kata, Dato’ janganlah sentuh banyak sangat topik setiap posting. Be precise, 1 article, one topic. Senang sikit nak komen, taklah panjang sangat. Sekian TQ.
ReplyDeleteAnwar harus bersedia untuk berputih mata sekali lagi.
Seperti dengan manifesto Pakatan Harapan yang diolah dengan tidak berkepercayaan bahawa PH boleh menang PRU 14, begitu juga lah alasan yang Dr Mahathir akan gunakan untuk memungkiri janji kpd Anwar.
Tiada siapa yang layak untuk jadi PM ke 8. Pilihlah yang tak layak jadi PM.
ReplyDeleteThere are probably some "unique" considerations for leaders when it comes to "passing the baton". To be a great leader, one must have at least one "internal" successor prepared to take over.
ReplyDeleteHanding over the reins to someone you trust and believe in should inspire pride and a sense of accomplishment. It's a way to ensure a "continuation" of whatever you've worked so hard to build.
So who will ensure that continuation? Well, Tun M will know best eventually on what to do when passing the premiership baton after considering all factors.
Here, I wish to share the following quote:
"Successful transition is the last act of a great leader" - Frances Hesselbein
Datuk,
ReplyDeleteSome plus and minuses from recent Ilham surveys.
Some from the Malay community consider the arrest and court charges against former premier Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor to be "selective prosecution," according to a survey.
Action: Go down to the Malay heartland and convince them the rule of law will protect them and their children and grandchildren from further "rapes" of the country and economy. That it was fortunate and by the grace of God the pirates and lanuns have been ousted from the govt and now face very serious charges. That these scum of the earth must be tried for the many charges and put behind bars, that they do not need to defend the guilty ones.
A group of Malays surveyed by the Ilham Centre admitted that they are willing to accept Lim Guan Eng as finance minister of the new Pakatan Harapan government.
Action: Keep up the good work and have this transmitted to the rakyat.
However, they are not willing to accept Tommy Thomas as attorney-general or Richard Malanjum as chief justice.
Action: it's a matter of further 'educating' them that AG and CJ are looking after their best interests. These are knee jerk reactions due to the seditious speeches by people like Lokman and his kind. Let's ensure that the people charged with crimes are put in jail as speedily as possible, that by the rule by law all criminals cannot escaps the long reach of the law.
Patah tumbuh pasti berganti.. cuma biarlah pucuk muda dan yang tiada masalah.
ReplyDeleteNanti pokok tidak akan terus membesar, bahkan akan terbantut.
Datuk,
ReplyDelete1. Sayang sungguh jika segala usaha kudrat Tun Dr Mahathir dalam meletakkan semula negara di landasan yang betul disia-siakan oleh penggantinya.
2. PM ke-8 mestilah seorang yang bermoral. Tidak boleh tidak.
3. Ya Allah hanya kepadamu kami berserah.
Tetap silap Mahathir. Lps 6 bulan, dia mesti kacau. Orang kena ikut cakap dia.
ReplyDeleteLagi teruk perangai anak Imigran ini dari Waytha. Ingat M'sia jajah an Kerala ker?
Silap siape lgi??
ReplyDeleteTUN leerrrr..
Dari DULU tun pilih "TPM" or pnggnti semue ke LAUT...
Datuk,
ReplyDeleteThe sad truth - chaos in PH is a friend of the enemy.
We see now that the underground forces of the Bogus Worrier are causing trouble again:
https://www.malaymail.com/s/1709237/umno-pas-to-protest-finance-ministrys-meddling-in-tabung-haji-on-jan-18
The unlikely spin is that by trying to clean up the previous wrongdoing in TH, the current govt is "attacking Islam".
It's easy to be complacent and say "well, the public are too smart to fall for it".
However, that is not true.
Of course, the PASUMNO Pro-Corruption United Party has nothing to offer, besides twisting everything into a racial or religious issue.
But with their spin on ICERD, death of Mohd Adib, and now this, they can slowly but surely poison the minds of the Malays.
I do not see any sustained or coherent response from PH.
Is it because the internal power struggles are taking up everyone's time?
With a coherent communications strategy, this rally on the 18th with the usual paid actors will fall flat.
Instead, it can cause real damage to the image of PH among the Malays.
Please train your guns on the enemy, not at each other.
In Chapter 53, Tun M's best-seller memoir ended with some riveting lines:
ReplyDelete"..war should have been the PM of Malaysia today. But if he is not, it is because of his own actions. He left me no choice but to remove him and I did what I thought was best for the country. I may have made many mistakes, but removing him was not one of them."
Wow! Love the way Tun expressed his frustrations towards someone he had trusted and hoped for. It sounded as harsh and tenacious as it had to be. I think, Tun must be at his wits' end while making such a devastated decision to dismiss his the then 'successor' just for the sake of the people.
It was very unfortunate that he did not take stock of the dismissal but to forthwith strike back by instigating a series of street protests with the intention to topple Tun, who had recruited and nurtured him.The hooliganism had of course caused quite a stir to an otherwise peaceful nation. In the chaos, 'mahafiraun' and 'undur Mahathir' were bawled and 'reformasi' was thundered. The self-important him had made all-around vile efforts in order to attain his gaga-goal ie. to be in the number one seat. All these vividly remained etch in my memory and many others. We, too, had suffered from the aftermath, not only he and his family alone. Even if 'reformasi' is howled in unison in any occasion now, could send a chill down my spine.
However, he did not hold his horses there. Instead, he had gone even further to create more 'bad-history' of his kind, which then costed him to pay a hefty price. As usual, he denied and claimed that he was being targeted to blacken him as an indomitable opposition head. Well, that was and still is, his nature to deflect whatever drawbacks he encounters to inculcate people with defective facts. One has to learn from mistakes in order to improve and move on, and keep abreast of opportune evolution. If necessary, turn around to make a U-turn for the better.
It is inconceivable that the 'successor' is more often than not being accused of abuse of power, the practices of nepotism and cronyism, the lacks of integrity and transparency, injustice etc. by his own party members in which resemble BN's bad traits and styles, altogether. Bear in mind that he is yet in power and what will happen next if he is destined to be sworn-in? A perfect pm? Akin to what his next of kin had made an open guarantee months ago? His 'gang-ho' and 'kia-su' stances have always got the better of him when it comes to fulfill his personal interests.
Whilst he can't even get a good grip on his own party members, let alone a population of more than 33 millions, ie. 33 times bigger. Future of what sort holds in store for us in the case like this? Don't we deserve a pure-clean profile younger gun to navigate the right direction of nation after being afflicted by the torment of the past pm6 regime? Fingers crossed... hope and still hope.
Datuk,
ReplyDeleteThe choice of next PM for most Malaysians is of (course) Mat Maslan.
Not only does he have a CPGA of 3.85, but he knows the recipe for nasi goreng GST. And he is a talented accidental comedian as well.
Sadly, he is playing hard to get:
https://www.malaymail.com/s/1708993/ahmad-maslan-tells-pakatan-parties-not-to-bother-poaching-him
“I want to say here. I already said it on my social media. I, Ahmad Maslan, hereby state that I will not leave Umno. Don't ever think you can get me to join Bersatu or PKR. Pontian is under Umno,” Ahmad said during a forum broadcasted live via Umno Online yesterday.
Unless Tun can get him to change his mind, millions of Malaysians' hearts will be broken.
However there is still a chance that Mat Maslan can stand for election as Umno's PM candidate in 2023.
Bung Mokhtar Radin is of equal calibre to Mr. Nasi Goreng 3.85, and can be DPM.
This is surely a winning combination.
61 tahun BN mmrintah x prnah lgi AGONG RESIGN...
Deleteape crite ni dato krajaan PH ni..
Moga2 AGONG baru dri JDT..baru BUKU brtemu RUAS le dato....
Dulu ad PAPER bolh kncing smue rakyat..skrg da ad GOGLE d hujung jari.
Xd lgi kes PREBET ADAM..
Tuding jari?
ReplyDeleteMai Mana ajaran ni?
Apakah Tun Razak tersalah pilih memasukan semula Mahathir ke dalam umno?
Salah Hussien Onn melantik Mahathir sebagai Timbalannya.
Kalau gitu, yang bersalah dan bermasalah adalah TAR.. melantik Tun Razak sebagai Timbalan dan menggantikan ya...
Muhyiddin JUGA Timbalan yang dipecat? Yang bermasalah SIAPA? Najib atau Muhyiddin..
Case by case..
PM adalah jawatan pilihan.. siapa sangka Tun Akan jadi PM sekali lagi, InI bukan giliran seperti Agong, kalau dia bersalah 100 Kali KENAPA masih berebut mahukan dia jadi PM Dan selepas menang PRU berebut pula nak salahkan dia?
SIAPA yang bermasalah?
KALAU Kita ikuti sejarah, jawatan PM muncul menjadi milik seseorang sesuai pada waktu dan tempatnya..ikut janji adalah Anwar..
Tetapi APA janji Allah? Takkan sampai ke tahap nak salahkan Allah pula..
Tuding jari pada diri sendiri, everyone..terutama yg pandai sangat tuding jari pada orang lain..who are you?
Truly, a right assessment of the "outward posturing" of Mahathir in maintaining to the party constitution. Mahathir is very consistent is giving in to the democratic processes, however, let's just say for and towards UMNO and UMNO constittution only. For other parties democracy and the Federal Constitution its a different story.
ReplyDeleteHaving said that, does this article not point to the real issue of contention - it was never Mahathir who always made wrong choices in selection, it was always tye party members who elevated their leaders upwards, leaving Mahathir truly only a Hobson's Choice.
Datuk,
ReplyDeleteSome simple common sense from Azmin Ali......
"HULU LANGAT, Jan 6 — Speculating about who will be the next prime minister after Tun Dr Mahathir Mohamad is a waste of time when the designated successor has already been named, Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali said today.
He said Malaysians were “sick and tired” of such discussions and would prefer those in power to get down to improving the country’s finances and economy, without naming anyone or party.
“An understanding was already made by the Pakatan Harapan (PH) coalition before the 14th general election where Dr Mahathir was to be prime minister and he will be succeeded by Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“That understanding remains but based on the public’s sentiments I think we should stop discussing this because we must focus on national development and getting the nation’s finances back on track.
“We must focus on lowering the costs of living and ensuring the rakyat is looked after. This is the focus of the PH government. We must focus on national development and let all these political discussions die,” Azmin told reporters.
If PH heeds this advice, then it will be a vast improvement over the current mess.
Tok Kadir.
ReplyDeleteArtikel TK kali ini sangat menarik. TK kata "Anwar naik mencacak ..". Tapi saya melihat Anwar ini sebagai satu pasukan bolasepak yang sangat bergaya menyerang ..tapi malang bahagian depan atau serangannye kerap tersasar untuk melolos lobang gol.. kemenangan hanya dikira dgn gol ..gol belakang (gol sendiri) tak dikira.
Walau pun Anwar pernah tercacak secepat kilat ..bermula dengan membalun sosok sebesar Yusof Rawa ..Suleiman ..membentuk Tim Wawasan yang saya melihatnye punye niat tersorok. Sehingga lah pada satu petang tahun 1993, ditogelnye TPM Incik Ghafar Baba. Walhal sehari sebelumnye, Anwar telah nyatakan sokongan penuh pada TPM. Ini sejarah yang mungkin Tun M pelajari ..dan akan bersedia, supaya peristiwa ala penogelan TPM itu, tak akan berlaku keatas beliau.
Saya masih ingat disatu petang 1998 ..Anwar telah berikrar di sebelah Tun M ..nyatakan yg beliau akan sentiasa berada dibelakang PM. Ketika itu hampir semua sektor telah berpakir di bawah ketiak Anwar ..bank negara, TV, wanita, pemuda, akhbar ..yang tinggal untuk Chedet hanya polis dan tentera.
Hasil belajar daripada sejarah ..beberapa hari kemudian Anwar telah di pecat.
Sudah 20 tahun berlalu ..Anwar yang kita lihat sebagai cepat memacak ..dah muncul kembali. Definisi gelojoh yang kita capkan pada Anwar perlu definisikan semula.
20 tahun bersabar ..tapi Anwar saya melihat macam tak berminat dengan sejarah. Kalau boleh ..lepas jumpa Agong hari tu ..esoknye dia nak jadi PM. Askar-Askar Anwar hari-hari telah mula menembak-nembak kearah yang kita tahu sasaranye. Mungkin Anwar patut belajar sejarah dengan Tun M ..itu pun kalau Tun M sudi mengajar cara ikhlas.
TK ..ini klasik ..kita sedang nonton, sosok yang belajar dari sejarah bertemu dengan sosok yang tak berminat dengan sejarah.
Tok Kadir.
ReplyDeleteTerkini ..Azmin Ali sokong Tun M sebagai PM. Adakah pakar mathematik ini, belajar sejarah seperti mana sesaorang Doktor tahu sejarah..
salaam datuk
ReplyDeletei thought Musa was unhappy because Ku Li was retained in the cabinet?
and 1982 Anwar defeated al marhum Zabidi Ali, not al marhum Yusuf Rawa.
thank you
azmihajar