Wednesday, January 16, 2019

Tulis Mengenai Raja: Saya Disiasat Kali Kedua


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang. 
 
Ke Bukit Aman untuk bagi kenyataan
BARU habis beri kenyataan kepada polis Bukit Aman dalam siasatan bersabit tulisan saya dalam blog ini pada 30 Oktober lalu mengenai pertabalan Sultan Kedah.

Beberapa orang ketua Umno dan seorang ketua PKR telah membuat aduan polis menuduh saya menghina Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Majlis pertabalan tersebut diadakan di Alor Setar pada 22 Oktober lalu.

Saya bertanya kepada pegawai penyiasat (dua orang) berapa banyak aduan yang dibuat terhadap saya bersabit tulisan itu. Kata mereka 14.

Inilah kali kedua saya disiasat bersabit tulisan saya yang menyentuh mengenai Raja-raja.

Sebelum ini kerana aduan bersabit tulisan saya bertajuk “Masukkan institusi raja dalam reformasi” yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 27 Mei lalu.

Saya tidak ada masalah disiasat kerana ada ilmu yang boleh dipelajari ketika disiasat dan pencerahan yang boleh saya bagi kepada pegawai penyiasat ketika mereka menyiasat.

Terima kasih banyak-banyak kepada peguam Haniff Khatri dan terima kasih kepada semua.

Wallahuaklam.

18 comments:

  1. PDRM itu adalah Polis Di RAJA Malaysia,...bukan Polis Di Rakyat Malaysia.Hampir 100% anggota adalah terdiri daripada rakyat Malaysia,yang taat setia mereka adalah kepada raja.Sebarang bentuk pandangan,atau maklumat perihal keberadaan pihak istana adalah dianggap condong kepada mengkritik mereka.Maka,adalah menjadi tugas PDRM untuk memanggil atau menahan sesiapa saja.Malaysia adalah negara beraja yang mempunyai paling ramai raja di dunia.Ini adalah fakta atau bukan?Orang melayu akan kekal beraja selama-lamanya.Oleh itu,Datuk Kadiaq yang saya hormati,...berhati-hatilah apabila menulis,kerana gaya penulisan Datuk yang bernada memuji,juga akan dianggap sebagai mengkritik.

    ReplyDelete
  2. Salam Dato’ A Kadir

    Salam takziah diucapkan. Moga Dato’ cekal dgn dugaan dan cabaran disoal siasat itu. Berat mata memadang berat lagi bahu memikul. Dato’ berpegang dgn prinsip berani kerana benar. Itu saya cukup hormati.

    Tapi Dato, pepatah melayu ada berpesan; Seperti durian dan mentimun, menggolek rosak, digolek pun rosak. W/pun saya tahu hasrat hati Dato’, tetapi majority orang Melayu kita mentalitinya tak sampai ke situ lagi. Janganlah kita melawan arus. Bukan generasi Dato’ utk perjuangan ini.

    Cukuplah sampai disini coretan saya diwaktu berduka lara ini. Kawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Diharap Dato’ terkesan dgn pesanan saya yg tak seberapa. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  3. AkuMelayu1:24 AM

    A commenter in the Malaysiakini forum praised you highly because you dare to criticise the rulers. “Seorang yang sangat berani” he wrote.
    Hmm... I wonder if you dare to do the same if Pakatan is not the government today. :))

    ReplyDelete
  4. Aslm dakj,

    Yang benar kita tegakkan yang salah kita hapuskan. Amar maaruf nahi mungkar. Tanggungjawab ini fardhu ke atas setiap umat islam. Semakin tinggi jawatan seseorang, semakin berat tugas yang dipikul.

    Terima kasih kerana menegakkan prinsip ini. Mudah2an Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada datuk dan semua orang islam yang menjunjung prinsip kebenaran yang dianjurkan dalam Islam without fear or favor.

    Berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran. Kaum yang zalim dan pemerintah yang zalim Allah telah berjanji akan dimusnahkan dan digantikan dengan satu kaum yang lain. Orang melayu tidak terkecuali.

    Hanya dengan mengamalkan ajaran islam yang sebenar dalam segenap aspek kehidupan, kita akan berjaya. Bukan mengamalkan ajaran islam kepartian atau islam kebangsaan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. "Soal Siasat"
    Maksudnya menyelidik..
    Selidik mencari apa?
    Silapnya akhirzaman ni..
    Menyelidik cari salah..
    Kenapa tak cari benar..?
    Akhirnya jumpa salah sahaja..
    Benar tak jumpa-jumpa..
    Astaghfirullah..

    Kemudian yang dituduh salah..
    Di suruh naik turun mahkamah pakai duit..
    Di lantik peguam bela pakai duit..
    Di lepas ikat jamin pakai duit..
    Akhirnya di jatuh hukum bersalah..
    Di denda pakai duit..
    Di penjara menghabiskan duit..
    Duit.. duit.. duit..?
    Itu sebab zaman ini duit dianggap Raja.. (Cash Is King)
    Puncanya mengikut orang jahil (Doktrin Barat)..
    Astaghfirullah..

    Nak buat macam mana?
    Patutnya selidik cari benar..
    Yang benar kena ikut..
    Yang salah jangan diikut..
    Yang salah kena bertaubat memohon keampunan Allah..
    Membuat perbaikan kembali mengikut yang benar..
    Adakah pakai hukum Allah itu bertuhankan duit?
    Tiada..
    Makanya itu..
    Kembalilah mengikut ilmu dan amal Rasulullah..
    Berpaksikan kepada hukum Allah..
    Kedaulatan Allah..
    Mudah-mudahan..
    Diampunkan oleh Allah..
    Dipelihara oleh Allah..
    Dimuliakan oleh Allah..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas setiap kupasan Dato'ada fakta,teguran, peringatan yg sy Kira hanya lah untuk kebaikan bersama Dan kelansungan, agama, bangsa Dan negara. Moga Dato teruskan perjuangan Dato ini.

    ReplyDelete
  7. just tell d truth dato, even though it taste bitter 2 some.

    tun m n tun siti were grilled n 2 me, both became more loved by all right thinking rakyat.

    selamat berjuang.

    ReplyDelete
  8. Dato' dipanggil PDRM kerana ada laporan polis yang dibuat oleh ahli politik UMNO dan PKR bersabit tulisan Dato'. Ikhklaskah mereka ahli politik itu dalam menjaga martabat Raja Melayu? Bukankah sejarah telah mencatatkan satu masa dahulu ahli politik UMNO mentabalkan Sultan Kelantan yang baru semasa Sultan sebenar masih hidup sihat wal-afiat? Bukankah daripada kalangan ahli politik juga yang memasang kain rentang membahasakan Sultan Trengganu " nate " hanya kerana MB Trengganu yang baginda terima bukan daripada kalangan mereka? Ini semua permainan ahli politik yang telah tandus idea untuk menonjolkan diri. Tak tahulah sama ada permainan mereka ini setaraf dengan aksi Mat Over lempang David Teo depan Najib atau aksi Najib sendiri merapati pemandu teksi yang merasa tersepit dengan Grab dan e-hailing. Najib diperli orang siang malam sekarang ini tetapi Mat Over tak lempang orang lagi kerananya. Begitu juga dengan Najib yang berjannji cuba selesaikan kesulitan pemandu teksi sedangkan semasa berkuasa dahulu tidak pula bersungguh-sungguh melakukannya. Wayang politik ini teramatlah hodoh.

    Saya tidak nampak apa-apa hinaan atau celaan yang Dato' nukilkan dalam posting Dato' itu melainkan peringatan semata-mata. Kita tidak mahu dik tiada yang sanggup memberi nasihat dan ingatan maka tragedi "Kejserens nye klaeder" dalam kisah dongeng nukilan Hans Christian Andersen atau tragedi Marie Antoinette tahun 1793 dahulu berlaku pula disini. Orang lama di negeri Johor ramai yang masih ingat cerita lisan tragedi pertembungan Megat Seri Rama dengan Sultan Mahmud; bahkan masih ada yang percaya sumpah muntah darah tujuh atas keturunan Megat Seri Rama.

    ReplyDelete
  9. A rose is not a rose3:27 PM

    Datuk,
    Was there any particular comment in your articles that was insulting to the monarchy and rulers? Could not discern any. Rather it was an opportune moment to remind all concerned of the duties and responsibilities of the monarchy, and the expectations of the rakyat of the monarchy as a whole.

    What could be judged insulting would be the recent tirade/comments by the former CJ who took to task Tun Dr M and the then Agong on the swearing in of PM after PH had won the GE14 elections, and the swearing in times of the CJ and other principal judges.
    The former CJ had to apologise to Tun Dr M after being apprised of the actual events.

    ReplyDelete
  10. Salam Datuk, teruskan perjuangan. Berkata benar, tidak takut dan tidak favor mana mana pihak seperti termaktub di dalam perlembagaan. Didoakan Datuk sentiasa dlm keadaan aman dan tenang. Aamiin.

    ReplyDelete
  11. panglimo potaseh6:11 PM

    Tok Kadir.

    Boleh ke TK ceritakan secara terpeinci .. tentang soal jawab siasatan yang TK lalui. Saya fikir hebahan itu sangat baik untuk kami memberi penilaian selanjutnye.

    ReplyDelete
  12. Kalau takut dibadai ombak jangan berumah di tepi oantai
    Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga

    KEDIDI
    Shah Alam

    ReplyDelete
  13. Justice demands9:25 PM

    Datuk,
    Prosecution objects 'vigorously' to Najib's bid to delay SRC trial. Yes, no more postponements.
    Najib has been allowed too much "freedom" during this period to snipe at PH govt, to target PH members, we are getting fed up with him, and the rakyat says NO MORE.
    Get the trial moving without further delay.
    Let him sit in the dock during the trial and he should be wearing regulated attire and not clothed in million dollar suits.
    Certainly trust the judge understands justice delayed is justice denied!

    ReplyDelete
  14. Alas, if they prefer to be ostriches, what else can you say. What doesn't kill you, makes you stronger. Be spirited and stouthearted, Tok Kadir.

    ReplyDelete
  15. Dkj penulis upahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketukketampi4:54 PM

      1:11 - shame on you!

      Delete
  16. Zed-8511:01 AM

    Sallam Dato'.

    Saya setuju dengan pendapat Tun M bahawa takrif "hina" dalam akta Hasutan perlu perincian.

    Dalam negara Malaysia, undang-undang yang paling tinggi sekali adalah perlembagaan.

    Dalam perlembagaan, perkara 10, disebut rakyat Malaysia ada hak bersuara. Setahu saya, dalam perlembagaan tidak disebutkan bahawa rakyat Malaysia dilarang berkata tentang apa-apa berkenaan raja.

    Kita harus jelas bahawa Raja adalam manusia. Raja darahnya merah, jantungnya disebelah kiri, mempunyai paru-paru, makan dan minum. Sama seperti manusia lain, Raja berasal dari Nabi Adam.

    Selagi makhluk itu manusia, pasti akan membuat kesilapan. Bagaimana kalau Raja membuat kesilapan? adakan rakyat tidak boleh berkata.?

    Kalau rakyat berkata kesat dan mecarut, itu pada saya tidak boleh. Itu secara jelas menghina institusi Raja.

    Selain dari itu, perkataan "menghina" perlu perincian mengikut akal yang waras dan sesuai dengan zaman yang ada sekarang.

    Pada zaman dahulu, hukuman dari Raja sangat keras. Bendehara Melaka, dihukum bunuh satu keluarga kerana difitnah. Isteri laksmana Bentan yang mengandung dihukum supaya perutnya dikorek untuk keluarkan berapa ulas nangka Istana.

    Itu zaman Purba. Zaman sekarang adalah zaman Ilmu pengetahuan. Rakyat sekarang bukan sekadar bercakap dalam telefon tetapi bertukar bermacam-macam maklumat. Oleh itu, penilaian pada satu perkara harus mengikut peredaran zaman.

    Selain dari itu orang yang membuat report polis, itu adakah ikhlas kerana hendak mempertahankan institusi Raja atau mempunyai niat-niat politik? Adakah report Polis dibuat terhadap musuh-musuh politik? Itu pun harus dinilai supaya institusi Raja tidak digunakan untuk alat berpolitik.

    Tun Mahathir, ada yang menghina dan cercanya. Walau bagaimana pun, pada hemat saya , orang yang hormat dan suka kepada Tun M jauh lebih ramai daripada orang yang tidak suka kepadanya.

    Pada saya, itulah yang paling penting.

    Pepatah orang putih yang mashur berkata, "respect is earned, not given"

    ReplyDelete