A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
MUTAKHIR, 3 April - Mohd Najib Abdul Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 1.50 petang untuk dibicarakan.
POSTING ASAL
Khabarnya disambut kira-kira 20 penyokong yang berteriak "Hidup Najib" |
MUTAKHIR, 3 April - Mohd Najib Abdul Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 1.50 petang untuk dibicarakan.
POSTING ASAL
BERANI kerana benar takut kerana salah.
Di hadapan orang ramai, bekas
Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone
Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, tunjuk berani.
Ini adalah kerana dia tahu dia
boleh berbohong dan ada sebahagian orang ramai akan percaya.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Jadi dia pun tunjuk
berani. Dia mahu perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan
bermula esok (3 April) disiarkan secara langsung (live).
Tetapi di hadapan
mahkamah dia takut oleh sebab dia tahu bukti terhadapnya kuat.
Jadi dia buat
macam-macam muslihat untuk lengah dan gagalkan perbicaraan.
Apabila kita semua dibagi
gambaran dan jaminan bahawa perbicaraan akan dimulakan esok, tiba-tiba Najib
buat satu lagi percubaan menghalangnya.
Peguam dia yang bernama
Harvinderjit Singh semalam kemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar pertimbangkan
semula keputusannya memulakan perbicaraan esok.
Saya amat berharap
mahkamah tertinggi negara itu akan tolak rayuan ini sebagai remeh (frivolous).
Inilah muslihat Najib
dan para peguamnya mencari talian hayat bagi memanjangkan umurnya sebagai orang
bebas.
Mereka tahu jika perbicaraan
tidak dihalang dan Najib masuk kandang tertuduh, maka harapan membuktikan
yang dia tidak bersalah adalah tipis.
Peguam ni mereka tahu dari
awal lagi sama ada anak guaman mereka bersalah atau tidak.
Mereka “bicarakan”
dulu anak guaman mereka sebelum dibicarakan oleh mahkamah.
Kalau mereka percaya
akan guaman mereka tidak bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia
tidak bersalah.
Tetapi kalau pada pendapat mereka dia bersalah,
mereka akan pertahankannya atas dasar dia bersalah.
Dalam sistem kehakiman
kita, tugas pendakwa raya membuktikan sabitan kes adalah lebih berat daripada
pembela menafikan pembabitan tertuduh.
Pendakwa raya wajib
membuktikan di luar sebarang keraguan bahawa tertuduh melakukan jenayah yang
dituduh.
Pihak pembela hanya
perlu menimbulkan keraguan berpatutan terhadap bukti dan hujah pendakwa.
Itu pun rasanya Najib
tidak yakin sebab dia sendiri tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah dan
tidak patut dilakukan apatah lagi oleh seorang Perdana Menteri.
Duit Pesara Kerajaan
Nombor satu, duit
sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib itu bukan duitnya atau duit
suku-sakatnya.
Bukan duit Yayasan Noah
(datuknya sebelah ibu) atau sumber-sumber lain yang sah dari segi undang-undang.
Ia adalah duit SRC
International Sdn Bhd. Masa itu, SRC adalah anak syarikat milik penuh 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
SRC ini pula pinjam
RM4.4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP
kononnya untuk buka lombong arang batu di Mongolia (negeri mendiang Altantuya
Shaariibuu).
KWAP ini adalah pemegang
amanah duit pencen kakitangan awam. Duit orang pencen dan yang akan pencen.
Kita hendak tahu macam
mana dan untuk tujuan apa duit dari tabung pencen kakitangan awam boleh masuk
ke dalam akaun peribadi Najib.
Kurang Yakin
Maaf cakaplah kalau saya
kata, saya tidak berapa percaya lagi dengan perbicaraan Najib ini.
Saya akan percaya hanya
apabila Najib didudukkan di dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur esok dan mula dibicarakan.
Itu pun belum ada
jaminan bahawa Najib dan pasukan pembelaannya tidak akan buat tipu-helah macam
digigit anjing, sakit perut dan kesuntukan masa.
Silap-silap Najib minta
tangguh sebab dia kena hadir Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang.
Tak tahulah kalau dia diperlukan
minta cuti atau Dewan Rakyat sendiri bagi kelepasan untuk hadir perbicaraan.
Dia akan buat semua ini
untuk mengabui mata rakyat jelata yang tidak arif mengenai undang-undang. Bagi
Najib segala-galanya adalah mengenai perbatuan politik (political mileage).
Inilah malapetaka yang
telah menimpa orang Melayu yang pastinya beragam Islam sehingga sanggup terus
menerima dan menyanjung orang seperti Najib sebagai “Bossku”.
Akibat perbuatan orang
seperti inilah maka Melayu dan Islam terancam bukan kerana Pakatan Harapan
menumbangkan Barisan Nasional.
Sebaliknya kerana
kemenangan PH lah segala jenayah dan kejahatan kerajaan dahulu dapat dibongkar,
diambil tindakan dan negara diselamatkan.
Melayu dan Islam terancam
kerana perbuatan “Bossku” dan merrka yang seangkatan dengannya.
Mereka inilah yang
menggunakan slogan bangsa dan agama untuk memukau dan membodohkan orang Melayu.
Dalam mereka merompak
dan mencuri puluhan bilion duit negara dan merosakkan institusi kerajaan,
rakyat jelata diberikan dedak kerana wang tunai adalah raja.
Bagi saya dan saya yakin
begitu juga dengan majoriti rakyat jelata, jenayah rompakan duit negara ini akan
selesai hanyalah apabila keadilan dilakukan dan yang bersalah disumbatkan ke dalam
penjara.
Itu pun kita tetap
memerlukan masa dan keringat untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan
oleh tertuduh dan mereka yang bersekongkol dengannya.
Wallahuaklam.
Datuk,
ReplyDeletesaying one thing, doing another thing, typical of this person.
Hides behind everyone and everything.
Exactly a decade after he became prime minister, Najib will be in court to stand trial for three counts of criminal breach of trust (CBT), one charge with abusing his post and three counts of money laundering over SRC International Sdn Bhd's funds, totalling RM42 million.
This is betul betul karma for doing all the bad and evil deeds.
He and his lawyers kept on using one excuse after another, making a mockery of the courts and justice system, never thinking his fate would land him on the exact date he ascended the PMship, will also be the date of his descent.
Datuk,
ReplyDeleteThe Home Ministry is conducting an in-depth study and review of six security laws in its purview before making any recommendations to the Cabinet, said Deputy Home Minister Datuk Mohd Azis Jamman.
He told the Lower House during Question Time today that the study by the Special Committee on Law Review and the Technical Committee will take time to avoid backtracking from any announcements.
“I take note of the promises made in the Pakatan Harapan manifesto during the last general election. But when we want to amend or abolish an Act, it must be done carefully so our decision will not be a flip-flop."
Be careful Aziz Jamman, please don't take the rakyat to be fools.
As Tun Daim said, the rakyat is not stupid. The longer the Home Ministry dilly dallies in carrying out PH's manifesto, it makes PH look stupid.
Semua rakyat mmg menunggu saat ini utk melihat sapa yg betul sapa yg fitnah.biarkan mahkahmah yg mengadilinya tanpa campor tangan politik. Ttg karenah najib cuba melenggah2 prosiding, ini bkn perkara baru. Dulupun brader anwar sendiri pun gunakan taktik ini. Takkan dato lupa kot. Bkn lbh daripada 70.kali ka tertunda kes liwat beliau dahulu. Berlaku adil lah dato..andai kata semua permintaan itu is within the law, why must we questioned them. Let the court decides. Pihak dituduh mestilah diberi ruang seluas luasnya utk dia membela diri. Barulah keadilan dapat dilihat terlaksana. Lagipun bukankah you are innocent until proven guilty.
ReplyDeleteKawan saya cakap Melayu keturunan Yahudi tetapi turun temurun hidup cara Melayu dan berugama Islam...
ReplyDeleteNajib Bugis, Zahid Jawa, Adnan Acheh, Isa Minang, Azeez ... Mamak krr Keling....
Shahidan jrr Melayu krr campur Siam...
Ya..sokong najib dibicarakan..salah penjarakan..itu yg rakyat hendak..
ReplyDeleteTapi kenapa guan eng yg telah dibicarakan..di bebaskan..ini rakyat tk mau dengar..double standard
Salam Dato,
ReplyDeleteIt is only fair to say that some of our PH top leaders (same/comparable levels as Najib) were ever in the dock before. So you can draw your whatsoever conclusion in the same way you intend to convey your message in your article.
No one is guilty unless it is proven in the court of laws. I am disappointed with Dato's narrow interpretation of court delay so far. Don't forget our judiciary system is independence and there are so many people involved.
Please do not blame the Malays and Malaysians as a whole if they choose to believe Najib and BN more than PH. PH's missteps have been in the news everyday, literally; just read the 3 or 4 major newspapers. If someone choose to compile them, I am sure by next PRU it will be as thick as telephone book!
Dato, sorry for my straight talking!
LEBIH "percaya" jika nobita juge d kandang tertuduh..
ReplyDeleteRule of law.....boleh prcya ke dato?
Hehehehehe
Saya amat yakin dengan kes Pendakwa Raya dan sebagai peguam & ahli seumur hidup PPBM/Bersatu, komponen Kerajaan Persekutuan PH - menyarankan Jalan Razak di Kuala Lumpur diubah kpd Jln Dr Mahathir :
ReplyDeleteAG's opening statement: It is my duty and privilege... https://www.malaysiakini.com/news/470727
Rasanya tun M tak nak, dari dulu lagi dia tak nak apa2 peringatan atas nama dia
DeleteTok Kadir.
DeleteZiela.
Betul lah tu, Tun M tak nak ..TAK NAK ..cukup lah dengan membesarkan anak-anak ..dan mereka berjaya ..dah billionaire belaka.
My name is Al jubr...jika gambar orang pegang pusau,adakah tandanya musibat Tu hendak membunuh atau telah membunuh..hanya dgn memegang pisau...xpayah nak menceceh2 sangat, sekurang2nya keldaijaan tunjuklh video DSN terketar2 dalm mahkamah...kekekeke...dah Tua pun bodoh..
ReplyDeleteikan duri gelama siakap senohong.. bila dah mencuri, kenalah membohong.
ReplyDeleteSallam Dato'
ReplyDeleteLoyar Najib kata, perbicaraan semalam cuma nak start aja.
Itulah yang satu dunia nak tunggu, bila nak start. Sampai semalam pun mintak tangguh.
Kunonnya, loyar Najib kata dia boleh menang.
Kalau boleh menang, apasal mintak tangguh.
Saya setuju dengan kata Tommy Thomas, ini semacam "Insult Intelligence". Maknanya, penghinaan kepada akal atau pemikiran otak manusia.
Apa pun, perbicaraan sudah dimulakan, kita harapkan keadilan dan undang-undang dijalankan di negara kita.
Datuk,
ReplyDeleteit is outrageous for Shaffee, Najib's lawyer, to insist on a day he wants to continue with the court proceedings.
He said he is the general leading the defence team, so what?
If he falls sick again, gets bitten by his dog again, or by one of the cats in his client's residence, he will ask for an adjournment?
His son cannot represent him, his highly paid leading lawyers cannot represent him? So ridiculous.
Everything revolves around Shafee? Let him be reminded he is not the only lawyer around.
Whereas the AG has said his prosecution team is fully prepared to prosecute with or without him in court.
Therein is the difference - an unprofessional team vs a highly professional team.
Hope this the last time the court agrees to the defence date, lest the defence makes a mockery of the courts again.
Datuk,
ReplyDeletedon't understand why the PH govt cannot help the Umno acting president Mohamad Hasan. Last night he questioned why Najib Abdul Razak has not been charged or arrested if the 1MDB scandal was a real problem.
Please, please, agree to Mohd Hasan's request.
He wants his former boss to be arrested instead of coming to his Rantau homeground.
Datuk,
ReplyDeletePermatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar has rejoined the Public Accounts Committee after stepping down last month in protest against its leadership.
"I decided to rejoin the PAC after discussing the matter with Pakatan Harapan chief whip Johari Abdul, and getting the approval of Dewan Rakyat Speaker Mohd Ariff Md Yusof."
I really don't think it is so easy to rejoin PAC after she has resigned.
It is not her playground, she should not take PAC duties so lightly, come and go and come again at her inclination.
Let someone else be nominated for the vacant position. Ronald Kianee is the best person to fill the vacancy.
If she was the PM, resign and then just slip in as PM again? Where's her credibility and integrity?
Come on Nurul, if you have the guts to resign, have the guts to stay out of PAC.
So maybe in the next few days she will take back her PKR vice-presidency and goodness knows what other posts she had already given up.
She is just like her father n mommy...they can twist anythin they want it ..
DeleteTok Kadir.
DeletePapanye borek ..for sure dotter nye rintik ..walhasil balik asal .. macam mintri Pasir Berdengung dalam filem Laxmane DoReMi ..Jom kite naik tikar terbang P.Ramlee dan nyanyi lagu jepon ..
Datuk,
ReplyDeleteisn't this beyond the realm of reality?
Najib's lawyer asking for a gag order, when his client Najib insists on having live televised proceedings?
Even up to now, Shaffee and his client wants their cake and eat it too.
Percayalah bahawa segala ilmu yang diperturunkan daripada si a-nu keapada si a-jip itu akan dipraktikkan sepenuhnya sepanjang perbicaraan di mahkamah nanti. Ini baru permulaan. Sesungguhnya kes perbicaraan ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat tempatan dan juga antarabangsa. Sudah tentu pembongkaran demi pembongkaran kes SRC ini akan menggegarkan dunia kelak. Itu pun belum lagi 1MDB. Walau bagaimanapun, adalah menjadi harapan kita agar pengadilan ini dapat berlangsung dengan lancar dan secara aman tanpa sebarang kekecohan seperti mana era pemberontakan reformsi yang berulang-ulang kali suatu ketika dahulu itu.
ReplyDeleteSementara itu, jentera kerajaan PH haruslah melipat-gandakan usahanya untuk memulih dan membangunkan semula negara dengan memberikan sokongan padu dan kerjasama kepada Tun. Yang pasti, jangan pula ada anggota kabinet menyahut saranan bodoh TPM yang berpendapat bahawa percanggahan kenyataan antara jemaah menteri di khalayak ramai merupakan 'healthy debate'. Now come on, kenyataan yang tidak masuk akal ini pasti akan mengundang kemusnahan hubungan silatulramih kabinet dan kelancaran pentadbiran PH jika ia dibiarkan melarat. Patutlah selama ini keadaan pemerintahan PH begitu huru-hara dengan insiden tikam-menikam antara satu lain. Rupa-rupanya ada pendorong di sebaliknya. Bukankah bukti ini menunjukkkan dia sememangnya sebuah boneka kosong yang tidak layak menyandang jawatan tersebut? Carilah penggantinya secepat mungkin demi rakyat jelata dan negara tercinta ini.
Datuk,
ReplyDeleteHats off to Tun Dr Mahathir.
Art of Tzu Xi, he has read the gameplan.
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has announced that Malaysia will withdraw from the Rome Statute of the International Criminal Court (ICC).
“We withdraw the signature because people are easily misled on emotional feelings,” he told a press conference in Putrajaya this afternoon...
Where to assign responsibility for this withdrawal? Haha now you see it, now you don't.
What a shame on those people who are easily misled on emotional feelings, the trouble stirrers are now less one topic.
Dato,
ReplyDeletePHancing beri HIBAH terlalu byk le dato shingga 125%..
"Terketar" tangan nk kluo hibah
Kihkihkiihkih
Datuk,
ReplyDeletethe cabinet collectively made a decision to withdraw from the Rome Statutes.
Reasons as clear as night and day. It was a wise move by the cabinet at this time, retreat to win the war.
The rakyat will not forgive anyone be it pauper or prince for the brouhaha.
Monarchy and politics are like oil and water, it cannot mix.
The rakyat forms the govt and entrusts the governing to our elected reps.
No interference please.
Those detractors who beat their breasts thinking they "won" better think twice. This is karma.
Sallam Dato'
ReplyDeleteBerkenaan dengan Statute Rome ini, ramai yang tak faham macamana perkara ini boleh sebabkan kekebalan raja terancam?
Statute Rome ini ditubuhkan supaya kejadian pembunuhan kejam (genocide) seperti di Rohingya, jenayah kemanusian dapat diadili dan dengan itu dapat dicegah.
Ada orang yang timbulkan soal kekebalan.
Persoalannya, adakah wajar manusia yang dijadikan tuhan itu kebal dari undang-undang?
Ada orang yang tak faham kebal undang-undang. Maknanya manusia itu boleh lakukan apa saja tanpa boleh didakwa oleh mahkamah.
Adakah ini baik.?
Orang yang paling berkuasa dalam dunia ini, Presiden Amerika pun tidak kebal.
"No one is above the law",. tidak ada manusia yang bebas dari undang-undang.
Dalam ugama Islam bagaimana? Adakah ada manusia yang bebas dari hukum Tuhan?
Masalah yang sebenar adalah masalah ekonomi. Harga barang akan terus naik dan naik dan naik.
Siapa yang akan dapat selesaikan, BN atau PH, itu saja. Itu yang menjadi masalah.
Masalahnya adalah bagaimana hendak majukan ekonomi supaya pendapatan rakyat naik.
Tak perlulah nak bangkitkan masalah yang tak ada.
Datuk,
ReplyDeletemajority of the rakyat have consolidated fully behind PM Tun.
Even netizens who used to belabour the PH govt knows what is now at stake and understand the reasons behind the Cabinet's decision to withdraw from the Rome Statutes.
Here are some comments:
Tun Mahathir did the right thing.
So we now know the real reason behind the withdrawal !
Kudos to Tun Mahathir !
Tun M, yet again you have demonstrated the master strategist in you.
Many more and readers can go and read themselves.
Rome Statutes which will enhance the global image of our country sadly mired in quicksand due to extreme politicising by certain quarters.
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteKesalahan yang disabitkan berkenaan penggubahan wang haram oleh SRC. Jumlahnya pun tak sampai 1 beliyon.
Kalau DSN disabitkan bersalah pun, boleh dapat balik ke 42 beliyon 1MDB tu?
Raykat nak duit yang hilang, jadi bolehla guna untuk bayar hutang dan pulih ekonomi.
DSN masuk jel sekalipun, bukan boleh selesai hutang.
Tiada gunanya pendakwaan ni ditangguh-tangguhkan. Bukannya DSN akan menang pilihanraya kalau dapat masuk politik balik. Lagi cepat dia masuk jel lagi bagus.
Kalau asyik ditangguh, PH juga yang rugi. Orang akan kata, kenapa sampai ke la, dia tak masuk jel. Bukan hari tu hangpa kata dia ni pencuri, penyamun, perompak dan lanun bagai?
Saya raykat marhaen ni hairan...
Datuk,
ReplyDelete1. Hakim yang mana suka bagi tangguh2 tu patut kena siasat. Macam mana begitu mudah sangat bagi tangguh walhal perkara kecil saja.
2. Sepatutnya Menteri Penerangan guna segala media yang ada untuk bagi penerangan pada rakyat mengenai setiap "pembersihan" yang dilakukan oleh kerajaan. Ini tidak, dibiarkan fitnah berleluasa tanpa penjelasan sehinggakan ada rakyat yang "memuja" penyamun sebagai boss mereka.
3. Menteri Usahawan tolong fokus untuk bantu usahawan. Ramai yang susah. Tak payah ambil tahu hal kementerian lain.
4. Menteri DAP tolong tutup mulut busuk tu. Tak reti ikut arahan boss ? Nak juga bagi kenyataan walaupun boss dah cakap uec belum iktiraf. Tengoklah jika perangai ini berterusan PH tak lama dah.
5. Kepada geng PKR tak payahlah susah nak jatuhkan Tun M dan naikkan Anwar. Anwar kena dapat sokongan majoriti untuk jadi PM. Fokus untuk rakyat untuk negara lebih baik. Jangan gila jawatan sangatlah.
6. Macam saya kata, ada menteri2 patut kena tukar atau buang. Harap Tun M buat "spring-cleaning" kabinet dia. Ada yang tak sesuai jadi menteri pun. Jika tak Tun M kerja sorang2, yang lain asyik bangkang dia saja.
Rakyat Malaysia mudah lupa. Isu 1MDB sekarang sudah basi dan lapuk setelah hamper setahun PH berkuasa. Isu yang jadi tumpuan rakyat sekarang ialah isu-isu ekonomi yang semakin menghimpit hidup rakyat sekarang. Apa yang lebih malang sekarang ialah ekonomi Malaysia sekarang di bawah pimpinan PH lebih teruk lagi dari zaman BN. Mungkin benar PH hanya kerajaan sepenggal sahaja.
ReplyDelete