A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Almarhum Tun Hussein dan Ismail ketita pelancaran saham amanah PNB |
AMARAN KERAS: Sebarang
percubaan merampas atau mengambil alih dengan harga murah harta syarikat dan
tabung berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) adalah dilarang sama sekali.
Ia adalah perbuatan
jahat dan khianat yang akan merosakkan matlamat pembinaan ekonomi dan
pembahagian kekayaan secara sihat dan lestari.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Saya tergerak memberi
amaran ini setelah dimaklumkan oleh Sime Darby Plantations Berhad (SDP) tidak
berapa lama dulu dan setelah membaca laporan sebuah akhbar perdagangan
berbahasa Inggeris hari ini.
Isunya adalah percubaan
sebuah syarikat milik Taiwan mengambil alih dengan harga murah tanah milik SDP di
Merlimau, Melaka. Boleh baca lanjut DI SINI.
SDP adalah antara anak
syarikat utama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dengan itu adalah milik kongsi
13.8 juta Bumiputera dan bukan Bumiputera yang melabur di dalam pelbagai skim
saham amanah tajaan PNB.
Sedikit sebanyak saya
terlibat menyekat perbuatan ini apabila SDP memaklumkan hal ini kepada saya dan
saya memohon bantuan salah seorang Ahli Majlis Kerja (Exco) Kerajaan Negeri
Melaka.
Sejak itu, proses pengambilan tanah tersebut telah ditangguhkan.
Secara ringkasnya, pemodal asing
ini cuba membeli dengan harga murah tanah seluas 75 hektar (185.3 ekar) milik SDP dengan “memperalatkan” kerajaan negeri supaya mengambil alih tanah tersebut
menggunakan undang-undang pengambilan tanah.
Harga yang ditetapkan
secara lisan ialah RM35.282 juta, yang menurut SDP adalah di bawah harga
pasaran.
Peranan Media Melayu
Di peringkat ini, saya
menggesa akhbar-akhbar dan saluran-saluran media berbahasa Melayu agar lebih
berani membuat laporan penyiasatan dan mendedahkan tipu helah korporat seperti ini.
Apa yang membimbangkan dalam
kes ini adalah dakwaan bahawa syarikat kawalan Taiwan tersebut bertindak bagi
pihak bekas Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,
atau menggunakan nama baginda.
Syabas kepada SDP kerana
mengambil tindakan tegas dan berani memfailkan permohonan Semakan Kehakiman
(Judicial Review) terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam percubaan itu.
SDP menamakan syarikat
Taiwan, GIA Resources Sdn Bhd, Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Tanah dan Galian
Melaka dan Pejabat Tanah Daerah Jasin sebagai responden.
Saya cadangkan semua
GLC/GLIC mengambil tindakan tegas mempertahankan aset mereka – sama ada tanah,
bangunan atau saham – daripada diambil alih secara paksa atau tipu helah oleh
sesiapa jua.
Saya dimaklumkan oleh
sumber-sumber SDP bahawa “orang hadapan” projek yang melibatkan pengambilan
paksa tanah SDP itu adalah seorang mualaf Cina dari Singapura.
Dia dikatakan berkahwin
dengan seorang perempuan Melayu dari Melaka dan rapat dengan Sultan Kelantan.
Pelabur saham amanah PNB: jangan sabotaj harta mereka |
Perbuatan menyasarkan
aset PNB untuk tujuan pengambilan alih murah telah berlaku pada tahun 1990-an,
tetapi berjaya disekat hasil arahan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad, berikutan rayuan Pengerusi PNB waktu itu, Almarhum Tun Dr
Ismail Mohd Ali.
Selain PNB, saya
nasihatkan GLC dan GLIC lain seperti Khazanah, Lembaga Urusan dan Tabung Haji,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Amanah Pesara (KWAP),
bertindak tegas mempertahankan aset mereka.
Kalau ada pihak yang
berminat membeli aset mereka, ia wajiblah dilakukan mengikut amalan pasaran korporat
yang telus dan mengikut nilai pasaran.
Sekiranya dakwaan
mengenai pembabitan Sultan Kelantan itu benar (saya harap tidak) ia sekali lagi
membuktikan bahawa raja-raja tidak patut dan tidak boleh terlibat dengan
perniagaan.
Apabila raja-raja atau
suku-sakat mereka terlibat dengan perniagaan maka sukar atau mustahil bagi
orang biasa bersaing atau mendapatkan keadilan jika berlaku pertikaian.
Kerajaan negeri pula,
khususnya yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) janganlah menjadi tali barut dan
agen “merampas” aset GLC dan GLIC atau mana-mana pihak pun. Mereka wajib berpegang
kepada prinsip ketelusan dan keadilan.
Wallahuaklam.
Kalau betul lah pengkisahan yang diberi GIA tu memang celakala. Apa yang tak cukup lagi?
ReplyDeleteMungkin dah tiba masa kita dedahkan bagaimana org yg ditakhta atau kerabat kuasai niaga atau minta komisyen tinggi di negeri2 tertentu.
ReplyDeleteBila mereka terhalang maka meraban2 lah mereka ganggu kerajaan yang dipilih rakyat.
Pendedahan bukan beerti mahu durhaka tetapi bertujuan mahu kasi disiplin dan ikut peraturan sejajar dgn perlembagaan.
Pendedahan juga sebenarnya sebab sayangkan simbol negeri dan negara kerana bimbang rakyat menggunakan kuasa undi kelak andai perlakuan sudah melampau.
Didepan rakyat berlagak pelindung agama
ReplyDeleteDi belakang rakyat..
Di belakang dia bedal habis duit kita.
Deleterajraman666.Susah Pakcik bila manusia kat Malaysia ini guna Agama,Bangsa dan Negara di jual kerana $$$.
Tipu pun Halal untuk orang kat Kelantan ni.
Orang Melayu pakai sokok dan sarong tapi sekarang orang Melayu pakai Jubah.
Bedal macam Pak Arab Pakcik.Faham2 saja lah orang Arab itu suka bedal dari Be..kang.
Jangan marah Pak Kadir,saya setan yang baik tapi pasti masuk neraka sebab sebaik saya Buku Orang Arab bilang Kafir sebaik mana pun tetap ke Neraka.
Tak apa lah dah nasib saya di lahirkan bukan Islam tapi suruh tukar agama maaf loh.Neraka neraka lah.Agama ku untuk ku Agama mu untuk kamu.Baik dan jangan bedal hak orang lain udah.
Lari sikit topic saya Pak Kadir tapi mohon approve.Kadang kala kena ada hiburan sikit bila blog.
Aset rakyat berbilion RM dlam "tabung aji" siape yg "BEDAL"?
ReplyDeleteHIBAH 1.25% yg mnghibakan
Saya sudah berdekad tak tengok drama Melayu. Sebabnya? Bila bab business, mesti cerita projek juta2. Macam bagus. Mungkin sekarang cerita projek beliyon2 pulak. Saya fikir punyalah berangan, mana ada Melayu projek juta2? Office dalam drama bukan besar pun tak setanding dengan kononnya business juta2. Tak logik sungguh!
ReplyDeleteSiapa sangka cerita Melayu itu sebenarnya cerita benar? Office kecil sebab buat business atas angin. Business Ali Baba tak perlu staff ramai. Betullah ada business juta2 tanpa perlu ada barang yg nak dijual, cuma perlu ada connections. Betullah semua businessmen dalam drama ada gelaran2 untuk membolehkan mereka buat business jual nama.
Datuk,
ReplyDeleteKecewa sungguh! Ingatkan seorang saja dok buat kerja ambil tanah ikut suka hati, rupa2nya ada lagi. Entah2 ada lagi...
Saya harap kali ini, PDRM & SPRM dapat melaksanakan amanah & tanggungjawab tanpa rasa takut demi negara.
Muaalaf bukan Muslim ke..? Siapa yg tipu siapa...siapa yg songlap siapa...tahu tahu je lah...nan boti nan..kui boti kui....
ReplyDeleteBaju Kuning lagi.Tak cukup pakai gelaran Tun,Tan Sri,Dato dan sekarang pakai nama Baju Kuning.
ReplyDeleteLelong saja gelaran yang di bagi olih baju kuning lah.Malu lah ramai sangat perompak negara pakai gelaran dari baju kuning.
rajraman666.Pak Kadir bila nak pulangkan gelaran Pak?
Bagi free pun saya tak mau.Buat malu saja gelaran yang di paksa hormat.Kat Johor CHINA dah ambil sebahagian bandar hutan negara sebab baju kuning tamak sangat.
Cerita-cerita Melayu memang tinggi khayalannya. Dulu ceritanya berkisar tentang Raja-raja dan keluarganya. Dizaman moden ini ia bertukar ke kisah ahli-ahli korperat dan jutawan pula. Khayalan dan angan-angan yang diluar kenyataan.
ReplyDeletePak Kadir,According to SDP ,they have written 3 letters to MB Melaka to stop this deal.the latest letter is dated 25 March 2019.But so far no reply from the MB office.If this is the case ,that mean the MB is agreeing to the deal.This is not the MB we the rakyat voted to the post.Is time we change Ardly Zahari and tell Mat Sabu to control his man.I hope u can reply toy comments and enlightened the readers of this blog on this matter.
ReplyDeleteSendiri pun tak betul, ini pula bagi pengampunan dan khabarnya turut memberikan penjernihan rekod jenayah kepada seseorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah. Sehingga kini, alasan pengampunan itu masih menjadi tanda tanya yang begitu meragukan. Untuk membuktikan bahawa kerajaan baharu sememangnya mengamalkan dasar ketelusan, saya fikir, adalah perlu perkara itu diperjelas dengan sejelas-jelasnya kepada umum agar dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran PH yang adil saksama. Oleh itu, selagi umum masih kabur tentang perkara pengampunan itu, peralihan kuasa seperti yang dijanjikan tetap tidak boleh dilaksanakan. Rakyat khuatir, silap-silap Malaysia akan tersungkur sekali lagi dan maruah negara akan dicemari dengan skandal lampaunya yang begitu memalukan itu. Cukuplah selama 15 tahun ini, seluruh jentera kerajaan telah kian dipesong dan dijahanamkan, begitu juga dengan sistemnya. Rakyat jelata yang tak berdosa ini tidak patut dibebani dan dipaksa melalui kedurjanaan andai kata kuasa PM jatuh ke tangan orang tersebut yang sungguh terkenal dengan keruntuhan prinsip moral dan kemunafikannya. Biarlah Tun M pegang jawatan itu selagi kesihatan dan kudratnya mengizinkan sebab hanya beliaulah yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat, ini termasuk menghindari kita daripada 'dibuli' pihak yang berdarah kuning. Sementara itu, lantiklah seorang TPM yang lebih berkemampuan dan berkewibawaan di mana dapat membantu dan bekerjasama dengan Tun dengan erti kata yang sebenarnya.
ReplyDeleteSetuju dengan komen DAKJ.
ReplyDeleteJadi, bagaimana dengan urusniaga baru ECRL?
Apakah tidak harta @ tanah negara turut terjual kepada China?
Yang untung adalah "kawan-kawan" Pakatan juga kan?
Gajah sama Gajah berebut tebu,
Bukan saja pelanduk, bahkan semut dan unggas tersepit di tengah-tengah.
Mohon siasatan terperinci dijalankan. Rakyat jelata berhak mengetahui perkara sebenar.
ReplyDeleteSementara itu, selepas setahun, kerajaan PH belum kelihatan melaksanakan proses spring cleaning serta massive revamp di dalam GLIC / GLC. Setakat hari ini, masih kekal status quo, masih tak nampak perubahan drastik
PH ni cukup pantang kalau kerabat di raja yg buat onar kononnya juara dlm mempertahankan hak rakyat.
ReplyDeleteTapi bila semua GLC/GLIC dah dalam tangan mereka, pekerja disuruh berhenti dan GLC akan dibubarkan. Lembaga pengarah diberi kpd kroni. Pekerja2 di GLC ni majoritinya bumiputera dan melayu.
Kami mengundi PH pd PRU yg lalu utk membetulkan keadaan bukan memburukkan lg keadaan.
Keputusan2 PRK yg lepas bukanlah kami menyokong Najib Razak tapi kami muak dgn cara PH mentadbir dgn memberi pelbagai alasan dan menyalahkan kerajaan yg lalu sampi ke hari ini.
Kalau kamu tidak mempunyai solusi terhadap permasalahan yg dibuat oleh kerajaan yg lps yg mana kami rakyat sudahpun tahu, tidak payah susahkan rakyat dgn menawarkan diri yg incompetent utk bertanding dan mentadbir negara.
Jika solusi yg boleh difikir hanyalah dgn utk membubarkan agensi sedia ada, membuang pekerja yg kebanyakkannnya melayu dan 'rebranding' inisiatif kerajaan terdahulu, baik berenti je jadi menteri.
Menteri kerajaan hari ini umpama beruk yang mendapat bunga. Beriya2 nakkan agensi2 dibawah portfolionya. Tapi bila dah dapat, nak dibubarkan pula.
Kamu bole kira berapa ramai pekerja yg bdiberhentikan kerja serta anak dan keluarga yg terlibat akibat pemberhentian ini.
Kami mendoakan kerajaan PH ini menjadi kerajaan sepenggal.
Datuk,
ReplyDeleteFinally, the royal seal, Federal Court judge Datuk Tengku Maimun Tuan Mat has been appointed as the Chief Justice, the first woman to take on the role.
The Prime Minister's Office said that the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister and after consulting the Conference of Rulers agreed to the appointment of Tengku Maimun as the Chief Justice.
The appointment is effective Thursday (May 2), it said in a statement.
The Prime Minister's Office also expressed appreciation and thanked Tan Sri Richard Malanjum for his service as previous Chief Justice.
Malanjum retired after serving 27 years in the judiciary.
Congrats to Tengku Maimum, be brave, courageous and discharge your responsibilities faithfully, justice to the rakyat, without fear or favour, whether prince or pauper.
My only plaint is why the former CJ Richard Malanjum's term could not be extended via contract for another 2 years? He was a worthy CJ without all the baggage and bias of his predecesor.
Wasn't this predecessor extended via contract by the former regime?
Precedent has been set, can be done, and I ask why not for Malanjum?
We would appeal to Tun Dr Mahathir to appoint Richard Malanjum to the Judicial Vetting Committee so that we can receive the benefit of his advice on the appointment of future judges. Come on Tun, don't lose a good one, the country lacks people of Richard Malanjum's calibre. There should be a position in the CEP.
Datuk,
ReplyDeleteconstitutional monarchy and our Federal Constitution dictates that the PM and his team run the government and the monarchy acts upon the PM's advice.
After all the brouhaha, we have our CJ and our IGP.
The rulers have over the last few days been apprised how the rakyat sees their roles in a constitutional monarchy, and how the Federal Constitution lays out their roles and responsibilities.
From now, Tun Dr Mahathir should go forward without fear or favour, discharge his duties according to the Federal Constitution and by rule of law.
Please proceed to submit any matters that need the royal assent without further delay or any concerns that approval will be held up.
Para pembahas dan pelawat sekalian.
ReplyDelete1. Mohon jangan kelirukan di antara:
(a) Demokrasi berparlimen
(b) Raja berperlembagaan
(c) Raja-raja yang ikut Perlembagaan dan bersemayam di atas takhta
(d) Raja atau anak raja yang menceroboh masuk arena politik rakyat jelata
(e) Raja atau anak raja yang melanggar undang-undang dan konvensyen
(f) Raja atau anak raja yang "merampas" harta negeri atau bersaing dengan rakyat biasa dalam perniagaan.
2. Bila kita bercakap tentang the hukum undang-undang atau the rule of law kita bercakap tentang mengamalkan demokrasi berparlimen dan menghayati raja berperlembagaan.
3. Kita mahu semua warganegara dan penduduk Malaysia, tidak kira raja atau si papa, menghormati hukum undang-undang.
4. Kita tidak mahu buang sesiapa. Kita mahu masing-masing duduk di tempatnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Wallahuaklam. Terima kasih.
No 4 tubperlu kaji balik tok... Skrg bolehbdi kawal kerana Tun M. Tapi adakah pemimpin lepas tun berani mcm dia?
DeleteSejarah membuktikan bermulanyavmaealah ni selepas pesaraan TUN M apabila pengganti pengganti nya banyak bagi ruang dan kelonggaran. Ingat tak tahun lepas u pernah dedah kes satu malaun ni belanja melebihi peruntukan??
SEBAB ape PM 4 n PM 7 ni suke "bergadoh" dgn sultan..
ReplyDeleteTengok PAK LAH xd pon bergado dgn sultan..
NAJIB pon xd bergado dgn sultan.
PM 1 2 3 pon xd plk dgar crite bergado dgn sultan..
CUBA HURAIKAN skit dato..
Saya confius..
Datuk,
ReplyDeleteOn a different matter, if you don't mind.
I really would like to know what exactly happened on GE14 a year ago from 5pm when polls closed till the moment Tun took his oath as PM.
Thanks.
Syabas dato hanya dgn sebatang pena saje sudah boleh membuat 'telor' seseorang mendidih kepanasan.hihihi...
ReplyDeleteOnly Tok Kadir has the nerve to write about the royals and, the same goes to Tun M, dares to defy them. I wish, both of you will forever be there to safeguard our beloved nation from the ravenous wolves that always leap at the chances to unabashedly gobble up rakyat's wealth. Please unfold all the hideous, iniquitous, untold, behind closed door stories of the castles while Tun is still at the helm; as the so-called 'designated one' is utterly an incorrigible and pathetic dreck. Simply, good for nothing. Nothing at all.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeletemuddy waters, murky swamps, all in the process of clearing up.
Thank goodness the rakyat now sees the depth and range of the secretive deals carried out by the former govt regime. And that's just the tip of the iceberg.
Return all that was unfairly given and taken, save the country and the people!
Tak sangkah dalam Perang Saudara Jementah di Johor 1879, Panglima Besar Kadir adalah salah seorang pahlawan bersama Sultan yang sah menentang Sir Albert Backer. TMJ ada pula menyebut Kadir! dalam ugutannya.
ReplyDeleteKaji keperluan institusi itu. Adakah perlu lagi rakyat kepada penyamun penyamun ber"daulat". Buat referendum. Kalau tak buat zaman ini, tiada pengganti Tun M yg akan berani buat...
ReplyDeleteKepada yg takut menyebabkan kemurkaan sesetengah pihak, refer to Bekas MB perlis - "apa itu murka??" Heheheh
Datuk,
ReplyDeleteagain and again Zaid Ibrahim said he has given up politics, apparently he has not given up his loud mouth.
The rakyat is fed up of the media giving him so much space. What is he now? A retired and failed politician because no one takes him seriously any more.
So the best he can do is stir and stir the cauldron of prejudice against his former mentors and masters.
Thus we ask the media Malaysiakini, FMT, MM, the Star and etc etc. do you really see him as newsworthy material? His days are past, his comments swing this way and that way, and we question the media what are their hidden agenda or motives to give him so much publicity?
Datuk,
ReplyDeleteThe immigration dept in Sarawak must detain the umno wannabe hotshots Hassan, Najib and whoever from the PAS rep. at the airport and fly them back to Malaysia.
No reason for Sarawak to welcome them.
Datuk,
ReplyDeletethe following comments from celebrity chef Wan correctly sums up our feelings about PH and Tun Mahathir:
“Yes, we might not have a perfect government to turn around our economy so quickly after what Umno rule has done [...] but indeed we are always better (off) than having a corrupt government that steals everything from its rakyat and brings shame to the Malays, religion and country.
“Enough is enough!” “Now it’s time for all of us to be united as one new Malaysia, (to) rebuild our nation dan redeem our dignity.”
He further praised Prime Minister Dr Mahathir Mohamad, saying the “Malaysian hero”, together with his cabinet, was trying to save the country from bankruptcy.
His posting today was accompanied by a picture of the premier along with the words, “He is not perfect, but he is limited edition. He is Tun Mahathir”.
Yes, indeed PH is not perfect but with our support our country Malaysia and its economy will roar its head again.
So all rakyat will work with Tun and his team.
And I like his potshot at Lokman and his umno cronies:
Taking a potshot at the opposition-led “Black 905” campaign which called on Malaysians to wear black attire in protest of Harapan winning the last election, Chef Wan said: “They want to wear black clothes or be naked, what do we care?”
Exactly, Chef Wan, you hit the nail on its head!