Monday, June 10, 2019

Harapan Terhadap Latheefa Koya Amat Tinggi


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Latheefa: Peguam aktivis yang tidak lekang daripada kontroversi
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Latheefa Beebi Koya, berkata beliau tidak ada masalah pelantikannya dikritik dan dipersoalkan.

Saya pun berasa begitu. Sesiapa saja yang yakin dengan dirinya harus tidak takut dikritik dan dipersoalkan.

Hanya orang yang ada pekung yang hendak ditutup sahaja takut kepada kritikan dan pendedahan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Seperti yang saya nyatakan dalam kolum mingguan saya dalam akhbar Sinar Harian Ahad lalu, tidak ada sebarang isu atau kontroversi besar berkaitan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM.

Hakikat beliau adalah orang luar juga tidak menjadi persoalan kerana seperti kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Azam Baki, sejak ditubuhkan pada tahun 1967, 10 daripada 13 ketua pesuruhjaya adalah lantik luar.

Kalau pun ada perkara yang boleh dianggap sebagai luar biasa adalah interpretasi politik oleh sesetengah pihak yang berasa mereka perlu dibawa berunding sebelum keputusan dibuat.

Tetapi seperti yang dihujahkan oleh pihak lain, keputusan mencalonkan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya adalah budi bicara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah pun mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam mencadangkan Latheefa sebagai pengganti Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Perdana Menteri tentulah mempunyai alasan yang kuat dan tersendiri. 

Yang jelas bagi saya adalah beliau mahukan kelainan supaya satu perspektif baharu akan muncul dalam organisasi penting itu.

Namun ini tidak menghalang mana-mana pihak, termasuk parti politik kerajaan dan pembangang, membahaskan perkara ini secara waras dan bersantun.

Yang lebih penting bagi saya ialah bagi Latheefa membuka lebih banyak kertas siasatan baru melibatkan individu berprofil tinggi dalam kerajaan lama.

Pastinya individu yang terlibat dengan rasuah era kleptokrasi tidak terhad kepada beberapa kerat yang sedang dibicarakan sekarang.

Apa halnya dengan mereka yang bersubahat menyekat pelaksanaan hukum undang-undang atau menggunakan kuasa undang-undang ke atas pengkritik kerajaan lama?

Mereka ini wajib disiasat dan diseret ke muka pengadilan jika terdapat bukti kukuh.

Untuk artikel penuh sila lawati PAUTAN INI.

Wallahuaklam.

17 comments:

  1. Salam dakj,

    Salam aidilfitri.

    Saya setuju pelantikan ini tiada isu pun walaupun tidak melalui proses perundingan atau psc. Kalau yang memegang amanah itu ikhlas, in shaa Allah pelantikan yang dibuat itu akan mendatangkan manfaat. Hanya sekiranya yang menjadi pm itu orang seperti najib, ini yang akan menyebabkan amalan pelantikan sebegini akan mendatangkan masalah. Kerana itu diperlukan proses perundingan atau psc supaya sekiranya pemimpin yang naik itu selain tun atau terus terang cakap pemimpin yang bermasalah, pelantikan seumpama yang menyebelahi pemimpin bermasalah seperti yang berlaku sebelum ini dapat dielakkan.

    Apapun, psc atau rakan ph mungkin boleh berlapang dada atas pelantikan kp sprm memandangkan pelantikan tersebut dilihat neutral dari aspek bukan untuk menjaga kepentingan peribadi tun m.

    ReplyDelete
  2. Just like to offer some thoughts regarding Latheefa's (LK) appointment as MACC Chief.

    Paul Ericsen said that the PSC has been inactive since December 2018. It suddenly woke up when LK became the MACC Chief. What gives?

    This has created the recent fiasco, which put many concerned people, including average citizens like me, in a dilemma. And I am trying to make some sense out of the following thoughts of my own.

    The PH manifesto is a political document, private in nature among politicians. Its terms are applicable to the political parties concerned, definitely not binding on the government. Even though the PM is a party to it in his political capacity, when and where government matters are concerned, constitutional laws and rules must apply. No political manifesto nor private politicians' agreement can usurp or override the function of the PM in his right and prerogative to apply constitutional laws in LK's appointment, in so far as the constitution requires at present. In fact, the PH coaltion manifesto or agreement cannot be used to hold and bind the PM in his government capacity to govern affairs to benefit private politicians. Otherwise, every political party will draft or revise its manifesto to give private control over government affairs and nation via the PM. What the PM does is for the benefit of the nation and rakyat, and not to comply with manifesto terms, and override the Constitution?

    The mixing of the two - political manifesto/agreement and constitutional rules - resulted in the current fiasco. Once they are divested from one another as mutually exclusive, everything will be clear.

    Does the present government appoint the PSC, and all the other select committees for that matter, in order to control itself in its own efficient function? Does the need to review an appointment include the power of the PSC to veto LK's appointment? Is that what the PSC has in mind? The words "check and balance" are so roughly bandied around these days that no one has really define what are to be checked, and what tantamount to balance.

    In short, the PM was not at fault at all in the MACC Chief appointment. Our PM has done his duty properly under the MACC Act and under constititional law. Someone had pulled a fast one on our progressive government.

    Just my views, because we have some freedom of speech and views these new days.

    ReplyDelete
  3. Andaikata pelantikan Ketua SPRM tu bukannya Latheefa tetapi seseorang bekas anggota Bersatu atau seseorang daripada Kem IS, adakah keadaan sensasi ini dengan suara bantahan yang membenge tetap berlaku? Yang menjadikan kita berasa bingung adalah suara-suara sumbang itu sebenarnya datang dari parti politik asal ketua SPRM baharu kita yang terkenal dengan suara lantangnya dan berkaliber itu. Persoalannya, kenapakah keadaan sebegitu berlaku, beliau dihentam oleh orangnya sendiri? Apakah kekhuatiran sebenar mereka yang beria-ia membantah sehingga sanggup melancarkan petisyen? Mengapakah ketua parti tersebut membenarkan macainya bertindak sebegitu kurang ajar terhadap keputusan muktamad PM? Mungkin ketuanya itu berasa maruahnya tercabar sebab Tun tidak merujuk pelantikan itu dengannya sedangkan dia menguar-uar bahawa mereka berdua selalu bersua dan mengadakan perbincangan? Mungkin Latheefa ada jawapannya sebab menggenggam terlalu banyak rahsia dalaman parti itu yang tidak diketahui umum dan bakal terbongkar? Sama-sama kita tunggu dan lihat pretasi Ketua SPRM wanita pertama kita nanti dan pasti sekali akan membuktikan bahawa beliau berkelayakan dan mempunyai merit untuk menyandang jawatan berat itu serta berjuta-2 kali lebih cemerlang daripada TPM wanita kita yang seumpama sebuah boneka yang tidak dapat membezakan POTA daripada POCA itu.

    ReplyDelete
  4. Help Malaysians, not refugees1:13 PM

    Datuk,
    we are angry, very upset at the Kelantan state govt's handling of the 14 deaths of the orang asli at Kampung Kuala Koh, Gua Musang. To make matters worse, the PAS govt will cordon off the area. This is absurb ! The villagers need help, very badly and Putrajaya, Health Minister and his Ministry, Wayamoorthy and PM must come up with solutions.
    Aren't these villagers Malaysians?
    Why is the govt treating refugees better than our own people?
    Cut off the oil royalties to the state govt if they do not care for these people.

    We the rakyat absolutely agree with Dr Steven Chow.

    "I do not think this is a straight-forward airborne disease. This is a community left behind, dying from neglect. Cordoning off the place is not the answer. They need help. Lots of help from all public agencies."
    Dr Steven Chow was upset and angry as he conveyed his thoughts over the unfolding crisis at Kampung Kuala Koh, Gua Musang, where 14 Bateq villagers have died since early May.

    Get the assistance and help to these villagers NOW ! Find out what they are dying off, and extend help and support.

    ReplyDelete
  5. Who is Zakar Naik?1:20 PM

    Datuk,
    it is better for Tun not to weigh in and defend Zakar Naik.
    He cannot defend the guilty man.
    If Tun is uncertain whether India will grant Zakar fair treatment and trial,
    then we have to ask Tun why his govt surrendered the lady Thai Activist to Thailand? She was living peacefully in Malaysia, unlike Zakar who according to his accusers stole millions of cash, laundered dirty money, supported terrorists and is banned in many countries.

    ReplyDelete
  6. Where's our HyppTV setupbox?2:32 PM

    Datuk,

    According to Minister Gobind Singh Deo, a special unit under the Ministry of Communications and Multimedia will be set up to focus on efforts to assist the disabled group (OKU) to benefit from technology including engaging in business online.

    Yes, that's good, but what about the senior citizens? Have not seen any extra efforts to help us.
    Recently I signed up for their Unifi package for 100 mbps at RM129 monthly.
    Was terribly disappointed and upset that we were not given the complimentary set-up-box to gain access to HyppTV via our TV set.
    It was given with the same package last year, but accordig to the Telekom staff attending, it was yanked from new subscribers beginning of this year.
    We were told to access HyppTV via our mobile devices eg handphones.
    This is stupid ! Can I remind Gobind and TM that senior citizens' eyesight is not up to the challenge of watching films on mobiles. We are not that young anymore and we do want to enjoy viewing movies and programs on our TV screens.

    So Gobind, please rescind this new ruling and return our set-up-box to us immediately.
    Kindly have TM contact us or issue a statement so that we can walk into the TM kedai and retrieve the set-up-box free of charge.
    Otherwise, TM will be known as a heartless gigantic moron !

    ReplyDelete
  7. Dato..puak2 yg cuak dgn perlantikan tipah Ni hanyalah mereka yg rapat dgn bang non ...Bang non rasa ini Satu lagi bentuk cubaan untuk menghalang beliau utk menjadi pm ke 8. Cita2 selama berpuluh2 tahun kini makin pudar.Jadi la pm in waiting forever.

    ReplyDelete
  8. Salam Datuk.

    Tun M selaku PM mempunyai hak untuk melantik sesiapa pun yang beliau rasakan layak. Kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak. Apa guna jadi ketua kalau setiap tindakan, perlu mendengar@mengikut kata2 org lain? Tu pemimpin boneka namanya.
    Tun M percaya bahawa Latheefa merupakan seorang individu yang berani dan berintegriti serta berpegang kepada prinsip berani kerana benar, dan tak pilih bulu dalam tindakan beliau. Tapi, bolehkah Latheefa mengambil tindakan terhadap PM? Jika suatu hari nanti PM bertukar, dan didapati PM berperangai penyagak seperti DSN?
    Atau Latheefa juga akan digantikan?

    ReplyDelete
  9. Datuk Kata latheefa koya harapan yang tinggi bagi kerajaan pakatan harapan
    . Apakah harapan yang dikatakan tinggi itu.SPRM tiada kuasa untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan rasuah.SPRM juga tidak ada kuasa untuk menghukum mereka yang terbabit dengan rasuah.Nak tahan reman orang yang ditangkap kerana rasuah tiada kuasa,Mahkamah yang putuskan.

    SPRM hanya menjalan risikan siasat dan ada bukti mereka yang terbabit dengan rasuah ditangkap. Bukan SPRM yang mendakwa. Mereka boleh dilepas bila bila masa selepas tahanan reman.

    Peguam negara yang ada kuasa mendakwa dan hakim hakim yang menjatuhkan hukuman. SPRM tiada kuasa pun, jika pengeuam negara tak mahu mendakwa. Hakim membebas mereka. SPRM tidak boleh buat apa apa.

    Lim Guan Eng dan Shafie Afdla dilepaskan oleh mahkamah, SPRM boleh buat apa? mereka (JERUNG) bebas begitu sahaja.

    Oleh itu apakah harapan yang tinggi yang diharapkan kepada Latheefa Koya Ketua pesuruhjaya SPRM itu.

    Jerung jerung rasuah sudah ditangkap tetapi telah dilepaskan oleh Mahkamah. Jerung jerung telah ditangkap, akan tetapi penguam negara tidak mendakwanya.

    SPRM tiada kuasa mendakwa dan tiada kuasa menghukum mereka yang terbabit dengan rasuah, Penguam negara yang punya kuasa dan hakim hakim lah yang menghukum dan melepaskannya.




    ReplyDelete
  10. NyonyaMansoor1:59 PM

    Kita tgk mcmana utk tempoh 6 bulan berikutnya. Kalau byk perubahan & tindakan, baru dapat kembalikan keyakinan rakyat

    ReplyDelete
  11. Salam Dato’ Kadir

    Selamat hari raya Dato’dan maaf zahir dan batin. Sebelum bermula, saya harap Dato’ dapat buktikan yg Dato’ adalah otai yg masih berbisa ye.

    Maaf cakaplah tapi nampaknya, kerajaan PH hari ini bukannya lebih kuat tetapi lebih kepada nyawa-nyawa ikan. Bagaikan nyawa di hujung tanduk. Pelbagai masalah moral timbul termasuklah video terbaru. Belum apa-apa Tun dah nafikan, tapi masalahnya, Al Quran ada menyuruh kita menyiasat dulu sesuatu perkara. So, sekarang dah ada orang mengaku. Saya cuma nak tengok apa yg Tun akan lakukan, masih berani macam 1998 dulu ke tak…...

    Saya percaya Dato’ Kadir confirm tak akan berbunyi punya. Please Dato’, buktikan saya salah, please !!!!!!!! buktikan Dato’ bukan KORO….

    Tentang perlantikan Lateefah Koya, rasanya tujuan Tun nak korek-korek cari kesalahan pemimpin terdahulu, tetapi kesannya kena pada PH sendiri. Padan muka. Satu, kem PH pun sekarang dah terbelah dua sampai Anwar pun tak selesa. Kit Siang pun tak puas hati. Apa lagi anak-anak buah mereka… Dua, Tun sendiri melanggari manifesto PH pd PRU 14 atau dlm kata lain menipulah tu. Kalau pemimpin dah pandai menipu, nak akta apa lagi. Tiga, apa jasa dia pd negara yg sampai tiba-tiba jadi ketua SPRM. Empat, Pemimpin mestilah dikalangan orang yg bertaqwa iaitu melakukan segala yg disuruh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang. Ada yg wajib diikut tanpa syarat, bukannya ikut suka je.

    Akhir kata, kerajaan PH ni dah jatuh ditimpa tangga. Cuma, saya harap Dato’ dapat buktikan Dato’ adalah otai yg masih berbisa..….. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  12. Sokong LK

    Tak Sokong Mahathir lagi - putar belit lidah bercabang sebab Malaysia tak punya Zakar dia mau simpan Zakar dari India.

    rajraman666. Kenapa lah Orang Politik suka sangat main buntut? Orang Indon suka Soup Buntut Sapi dan Orang Politik Melayu suka buntut orang.Buntut Cowok pulak.

    Tak ada Pak Mahathir Malaysia mati - mau tak mau sokong saja lidah bercabang ini demi keamanan Negara saya Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Big spenders2:15 PM

    Datuk,
    it's all exaggeration about poor economy, high prices, etc. NOT TRUE.
    I've been to hypemarkets, supermarkets, like Tesco, Giant, Aeon, not once but almost daily, and the big spenders are the Muslims, and they buy and buy like no man's business.
    During the runup to Hari Raya, very long queues formed at the cashier counters, even though additional counters were opened. We had to wait for our turn and it's not funny.

    People's tastes and buying habits change over time.
    They are moving away from bazaars and local set up stalls, they now frequent the "higher class" shopping units because they can afford to pay.

    ReplyDelete
  14. BUZZ OFF8:15 PM

    Datuk,
    so totally fed up about this and that sex video tapes of our politicians.
    True or not, we have tuned off, honestly after reading for the past couple days, who says what, who did that or did not do, let's declare a moratarium and have the media report on other matters.
    Absolutely not interested on such silly reports and videos, fake or otherwise, these are only self-serving this one or that one, so we say, BUZZ OFF. If you have any issues with anyone, go see him or her and sort them out.

    ReplyDelete
  15. Salam Dato Kadir

    Saya cukup sedih apa yg berlaku hari ini. Dulu Tun Mahathir cukup cukup marah kpd kerajaan BN sebab tangkap Dato’ Khairuddin dan peguamnya kerana buat report polis. Harini, Lokman Adam ditangkap polis sebab buat report polis tentang video semburit. Saya mengaku tak suka Lokman Adam sbb masih pertahankan Najib, tapi kita tak bolehlah buat macam ni.

    Kedua, Tun sekali lagi kata tak percaya video semburit tersebut sedangkan siasatan baru saja nak dimulakan. Itulah standard Tun Mahathir hari ini. Kata baca Quran dan terjemahannya berkali-kali. Takkan ayat suruh siasat kesahihan berita (walaupun dr orang yang fasik) dlm Quran tak jumpa kot???? Tun nak kata sesuatu perkara yang benar pun susah nampaknya sekarang ni.

    Akhir kata, diharap Dato’ Kadir boleh sampaikan kepada Tun Mahathir ye cadangan saya ni. Jika Tun betul-betul sayangkan Malaysia, dah tiba masanya Tun Mahathir membubarkan parlimen dan memberi semula hak memilih kepada seluruh rakyat Malaysia setelah seluruh rakyat Malaysia sudah bandingkan dgn mata kepala sendiri pemerintahan BN dan pemerintahan PH. Tak terfikirkah Tun yang mungkin inilah isyarat dari Allah yg menunjukkan Tun Mahathir dah tak mampu menjadi pemimpin negara sekali lagi di umur 93 tahun, sepertimana Tun yang sama buat keputusan tepat pada kemungkaran 1998 lalu.

    Diharap Dato’ Kadir dapat sampaikan pesan saya ni kepada Tun Mahathir kerana saya rasa Allah amat menyangi Tun. Sekian, TQ.

    ReplyDelete
  16. TUN PERAK6:44 AM

    Selamat Hari Raya dato..

    Aiiii JHO LO pon x dpat TANGKAP lagi dato,

    ADA plak "bideo" SEMBURIT plak kluor Ni dato.

    Ape crite Ni dato?

    Hikhikhikhik..POPCORN da hbis stok Ni dato..BOLE SPONSOR ke dato?

    ReplyDelete
  17. Pada saya Jho Low merupakan jutawan yang diberi kepercayaan penuh oleh Datuk Seri Najib Razak berjaya memnumbangkan kerajaan Bn pada PRU 14 lalu dan sekaligus manjatuhkan tuannya (Datuk Seri Najib Razak)

    Sebab itu kerajaan PH buat tidak kisah dengan JHO Low. Malah ada yang marah marah Pihak polis nak bawa balik dan dakwa JHO Low.

    Macam mana hendak dakwa orang yang sangat besar jasa dengan PH akan dibawa balik dan didakwa.JHO Low dikatakan tidak bersalah, malah beliau boleh dianggap sebagai jaguh yang wajar di lindungi PH, kerana berjaya menumbangkan BN dan menjatuhkan najib yang sedang dibicarakan atas banyak kesalahan.

    JHO Low adalah musang berbulu ayam dibela oleh Najib Razak

    ReplyDelete