A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam
tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya
sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang
mungkin saya pegang.
Keluarga besar 1MDB: Jho Low di kiri sekali |
SEBAIK-BAIKNYA kita
janganlah mensensasikan berita kemungkinan Jho Low ditangkap dan dibawa balik
ke Malaysia apatah lagi menularkan khabar angin.
Malangnya, perbuatan
menularkan khabar angin dan cakap-cakap kedai kopi sebagai berita/maklumat sahih
di media arus perdana dan media sosial sudah menjadi semacam satu penyakit.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Hatta orang yang
berkedudukan tinggi pun banyak yang terikut-ikut dengan tabiat buruk dan
berbahaya ini.
Saya bimbang bahawa
akibat penggunaan media sosial yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat kita menjadi
semakin “gossipy” atau dalam bahasa Melayu popular “membawang”.
Memanglah kita yang
menghormati hukum undang-undang (rule of law) mahu Jho Low yang nama sebenarnya
Low Taek Jho ditangkap, dibawa balik dan dibicarakan.
Dia ini otaknya
bergeliga tetapi jahat dan berbahaya. Pada usia 28 tahun dia sudah berjaya mempengaruhi
ramai orang atasan dan berjaya menjadi agen bebas kepada Terengganu Investment Authority (TIA) dan kemudian 1Malaysia Development Berhad.
Yang tidak mahu Jho Low
ditangkap dan dibawa balik adalah orang dan pihak yang bersekongkol dengannya
bagi menipu berpuluh bilion ringgit duit 1MDB.
Ini termasuklah penaungnya,
Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil
Mohd Najib Abdul Razak.
Tidak ada Najib tidak
ada lah Jho Low kerana Najib lah yang menukar TIA menjadi 1MDB dan memaberikan
anak tauke Cina Pulau Pinang ini “carte blance” atau kuasa mutlak untuk mengatur
kewangan 1MDB.
Beberapa minggu lalu, seorang rakan wartawan
warganegara Amerika bertanya sama ada kerajaan Malaysia tahu di mana Jho Low
berada dan sama ada benar dia dilindungi oleh kerajaan China.
Saya kata, apa saja
boleh berlaku kerana Jho Low masih banyak duit dan sudah jadi “pawn
in the game” bagi banyak negara.
Silap-silap dia tidak
lagi budak gempal seperti yang kita kenali sebaliknya mungkin sudah menjalani pembedahan
plastik dan sekarang serupa dengan hero Hollywood Leonardo DeCaprio.
Jho Low dan rakan sekongkolnya
di Amerika, Riza Shahriz Abdul Aziz, telah membiayai filem “The Wolf of Wall
Street” yang dibintangi oleh DeCaprio.
Riza adalah anak Datin
Paduka Seri Puti Reno Rosmah Mansor dengan suami pertamanya. Rosmah dan anaknya
itu sudah pun dituduh di mahkamah bersabit duit 1MDB.
Jho Low juga menghadiahkan
kepada DeCaprio sebuah lukisan oleh Piccaso berharga AS$3.2 juta (kira-kira RM13
juta). DeCaprio telah menyerahkan lukisan itu kepada Jabatan Kehakiman Amerika
(DoJ) setelah mengetahui yang ia mungkin dibeli dengan duit curi 1MDB.
Kesimpulannya,
kebanyakan kita mahu Jho Low dibawa balik untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Tetapi
janganlah ada sesiapa pun yang memberi harapan palsu yang akan mengecewakan
kita semua atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.
Kadang-kala penyebaran
maklumat tidak sah dan berita palsu boleh menggagalkan operasi sulit seperti
mengesan, mengangkap dan membawa balik pelarian undang-undang Jho Low ini.
Wallahuaklam.
30juta rakyat Malaysia "kene KENCING" hari2 HAL jho lo nii dato....
ReplyDeleteHikhikhik
Mmg jho lo ni spesis hantu "toyol Malaya"..
Boleh HILANG tiba2..
Hahahah
Dato' Kadir,
ReplyDeleteHarapan saya tinggi bila IGP sendiri bagitahu yg Jho Low akan ditangkap tak lama lagi. Harap2 bukan publisiti murahan olih IGP baru sudahlah. Maklumlah tong kosong baru bunyi lagi kuat.
Datuk,
ReplyDeleteZURAIDA Kamaruddin today broke her silence on the controversial appointment of lawyer Syazlin Mansor in the Muhammad Adib Mohd Kassim inquest, saying she was not advised to seek the views of the Attorney General’s Chambers (AGC).
The housing and local government minister said no one had advised her that Syazlin’s appointment as the lawyer for the ministry, as well as for firefighter Adib’s family, would cause a conflict of interests.
So Zuraida, you mean you are lacking commonsense? I am not a lawyer nor a Minister, yet I would know when appointing a lawyer to represent your Ministry two parties who are on different sides, we should refer to the AGC. Why didn't you? Stupid.
Now, just keep quiet and stop trying to make yourself look like a victim of circumstances.
The AGC has so much on their plates, let them do their work in peace.
Elok saja kita serahkan urusan ini kepada PDRM Dan IGP baru yang lebih faham makna amanah dan tanggung jawab.
ReplyDeleteWe will be celebrating Raya Puasa tomorrow. You, Jho Low, are welcome to join us. But prior to that you'd have to make a gutsy and determined move, take the bull by the horns, to come back of your own accord rather than being captured and hauled, sooner or later.That would be awfully ugly. Running away from problems will only worsen the situation and certainly is not an option for a worldwide successful 'businessperson' like you. That is coward. Pls come clean with the court about the whole true story of the 1MDB and the sorts. Everyone is longing to see you here. If you are truly innocent as claimed, face up, speak up and clean up for yourself, DIY but not via some middle persons, come face to face through the you-know-how proper channel. Your cowardice has indirectly brought shame on all the Malaysian-chinese. Berani buat berani tanggung lah, barulah Malaysia BOLEH! Come on, Jho Low!
ReplyDelete