A Kadir
Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Setia dan ikut telunjuk pihak luar adalah perbuatan khianat |
PEMIMPIN dan ahli parti
wajib setia kepada kepimpinan dan perjuangan parti.
Pemimpin dan ahli parti
yang setia kepada pihak lain adalah pengkhianat dan tidak layak menganggotai parti.
Itulah pendirian saya mengenai
kepimpinan dan keahlian dalam apa-apa juga pertubuhan.
Bagi mana-mana parti atau
pertubuhan yang mengamalkan pengundian bagi memilih pemimpin, perwakilan
wajib menolak pemimpin yang khianat.
Persoalan ini timbul
dalam perbincangan saya dengan pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) di Johor Sabtu lepas.
Saya dijemput berbual
dengan pemimpin dan penggiat Bersatu yang menghadiri permukiman badan
penerangan Bersatu Johor di Ulu Tiram dan bersembang dengan ahli di Kampung
Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru.
Bukan rahsia lagi bahawa
Bersatu di Johor – macamlah Umno dulu – mengalami masalah kesetiaan yang berbelah
bagi akibat peranan istana.
Di semua negeri yang ada
raja, memang semua pemimpin politik dan rakyat jelata wajib setia kepada raja sebagai
ketua negeri.
Tetapi tugas mentadbir
negeri adalah hak dan tanggungjawab pemimpin yang dipilih oleh rakyat jelata
melalui pilihan raya.
Merekalah yang berhak
dan berkewajipan memerintah dan mentadbir negeri. Raja adalah ketua negeri dan bukan ketua
pentadbir. Ketua pentadbiran di negeri-negeri beraja adalah Menteri Besar.
Jangan Undi
Nasihat saya kepada ahli
Bersatu adalah: Jangan pilih (jangan undi) pemimpin yang tidak setia dan tidak
ikut arahan parti.
Di semua negeri, Bersatu
diketuai oleh Pengerusi Badan Pimpinan Negeri. Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu
Johor adalah Mazlan Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa.
Sembang di Johor Bahru |
Jadi dialah ketua Bersatu.
Hendak tidak hendak, semua ahli dan pemimpin Bersatu, termasuklah yang jadi Menteri Besar, Exco dan Adun, kenalah
terima dia sebagai ketua mereka.
Mana-mana yang tidak terima
beliau atau tidak tunjuk hormat kepada beliau samalah dengan tidak terima dan
tidak hormat keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Kuala Lumpur.
Kalau mereka keras kepala
juga atau tunduk kepada kuasa lain, ahli Bersatu jangan undi mereka dalam
pemilihan parti di semua peringkat.
Kalau mereka tidak
terima kepimpinan yang dipilih oleh parti sebaliknya mengikut telunjuk pihak-pihak
di luar parti maka wajarlah mereka disingkirkan melalui undi.
Istana Berkempen
Kita wajib jangan lupa
sejarah iaitu ada istana dan pembesar istana yang secara terbuka menghina parti
kita Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu.
Malah secara
terang-terangan mereka berkempen bagi pihak bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri
I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd
Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional (BN).
Secara tersirat, apabila
rakyat jelata menolak Mohd Najib dan BN, rakyat jelata juga menolak campur
tangan mereka atau lebih teruk menolak “daulat” mereka.
Berkenaan kekebalan
raja, memang Perlembagaan Persekutuan dan negeri memberikan kekebalan kepada
mereka tetapi terhad kepada menjalankan tugas rasmi sahaja.
Anak raja tidak kebal. Tetapi
anak raja mungkin jadi kebal kalau dilantik menjadi pemangku raja tetapi tetap terhad
kepada tugas rasmi saja.
Mereka tidak kebal kalau
melakukan jenayah seperti memukul orang atau menipu rakan kongsi perniagaan.
Bukti Sejarah
Seorang Sultan
pernah dihadapkan ke mahkamah khas kerana dituduh menghina seorang
wanita yang dikatakan rakan kongsi perniagaannya.
Wanita tersebut
mengemukakan saman sivil di Mahkamah Khas Raja-raja tetapi kes itu dibuang
kerana hakim membuat keputusan bahawa orang asing tidak boleh menyeret raja Melayu
ke mahkamah. Wanita yang mengemukakan saman sivil tersebut adalah warganegara
Singapura.
Sebab itulah apabila
Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, mengambil alih jawatan
saya mohon beliau membuka semula kes-kes jenayah yang melihatkan keluarga diraja.
Tapi saya tidak tahu beliau buat atau tidak. Wallahuaklam.
Sekarang saya mohon
pula kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa
Koya, sebab dia pun baru supaya siasat kegiatan melombong dan mengeksport
pasir.
Saya dimaklumkan bahawa pasir masih dieksport, khususnya ke Singapura,
dengan bertopengkan silika. Ikut maklumat, pasir tidak boleh dieksport tapi
silika (untuk buat kaca) boleh.
Bukan apa, Latheefa
sendiri kata majoriti yang ditangkap rasuah adalah kakitangan awam. Jadi kita
takut ada “little Napoleon” dalam agensi penguatkuasaan di Johor yang sedang bersubahat
main kayu tiga dengan kerajaan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri pun boleh buka siasatan ke atas pelombong dan pengeksport pasir ini. Manalah tahu takut mereka terlupa isytihar cukai.
Terima kasih.
Pilih pemimpin yang setia pada ugama, negara dan melayu. Melayu yang tak sayang dan setia kepada ugama dan bangsanya sendiri, malahan lebih sayang kepada bangsa lain adalah manusia keparat dan pembelot. Mereka itu ditakluk dan leka oleh kedudukan serta kesenangan dunia. Adakah anda seorang daripadanya??????
ReplyDeleteSalam Dato’ Kadir
ReplyDeleteTeruk juga Dato’ kena hentam ye sebab kononnya nak jadi hero dalam kes Dr Zakir Naik. Itulah Dato’, orang Melayu dah pesan, sarang tebuan jangan dijolok. Nak-nak tentang ilmu agama Dato’ tu yg tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan Dr Zakir Naik. Orang kata kalau kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga. Kitani kalau tak hafal Al Quran dan tahu detail isi kandungannya, janganlah nak mengada-ngada kononnya nak tunjuk pandai.
So, Dr Zakir Naik dah minta maaf kepada non muslim yg tersinggung dgn ucapannya walaupun hanya “2 klaus sahaja” dari keseluruhan 8 jam ceramahnya yg diambil dari luar konteks dan diputar belitkan oleh musuh Islam. Jadinya, Dato’ pun kena minta maaf juga sebab Dato’ dah buat kesimpulan dari hanya “hearsay” yg diputar belitkan oleh musuh Islam tersebut. Kalau Dato’ anak jantan, Dato’ kena minta maaf. Kena tipu bulat-bulat dengan kafir pun tak sedar lagi. Dah macam mana kata kononnya nak jadi pemimpin yg mempertahankan Islam dan Melayu??
Dan terakhir, Nasihat Dato’ kpd ahli-ahli BERSATU utk taat kepada parti dan pemimpin tu betul tapi tak habis. Islam kata taat kpd pemerintah selagi mereka berpandukan syariat Islam. So, Dato’ bagi nasihat kena habislah, jangan separuh-separuh. Itu saya kata, jadi pemimpin ni bukan senang, teruk nanti kita dihisab di padang Mahsyar nanti. Sekian, TQ.
Udahla ckp pasal.padang masyar bagai..boringla..rasuah korupsi di kalangan umat islam tinngi juga, udahla taksub dgn agamawan pakai korpiah bagai..melayu dan kebodohan masih sama walaupun dah bertukar kerajaan
DeleteHari itu angkat sumpah, hari itu juga dinobatkan anugerah pingkat kebesaran. Gambaran itu jelas menampakkan ada sesuatu yang tersirat dan tidak kena pada tempatnya. Ternyata memang betul tanggapan orang ramai bahawa yang baharu terpilih itu tiada apa-apa perbezaan dengan yang terdahulu. Sama-sama lingkup dan tidak boleh diharapkan langsung. Jikalau seseorang pemimpin yang mempunyai prinsip dan pendirian yang defisit, sudah tentu akan tunduk kepada mana-mana pihak yang lebih berkuasa dan berpengaruh lalu hilanglah segala jati diri dan identiti sebenarnya. Maka, terhasillah sebutir bintang malap yang hanya menjadi terang apabila disuluh oleh tuannya. Apakah gunanya kita melantik seorang pemimpin lemah dan cuma pandai mengikut segala telunjuk pihak tuannya? Adalah lebih molek, sekiranya pemimpin 'Yes Man' ini meletakkan jawatan sendiri sebelum disingkirkan kemudian. Berilah laluan kepada pemimpin lain yang jauh lebih layak demi parti. Siapa sangka di bawah pemerintahan PH ini, pengeksportan pasir haram masih berleluasa sehingga saat ini. Ke manakah perginya semua pihak berwajib yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas mereka? Barangkali SPRM kena cepat turun padanglah selepas ini agar The Rule of Law dapat segera dikuatkuasakan.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dado'..
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan pandangan Dato'. Negara memerlukan orang yang berani menyuarakan pendapat, berani menyatakan kebenaran, walaupun kadangkala ia sangat mengguris perasaan.
Mereka yang terlalu menyanjung, sebenarnya tak pernah mengkaji sejarah, sedangkan sejarah itu pasti akan berulang, percayalah.
Imej yang baik yang ditunjukkan, tapi disebaliknya, ramai yang telah teraniaya, dan mereka tiada ruang untuk mengadu pun kerana mereka tiada kuasa, tak punya apa - apa.
Jangan nanti kita akan menyesal akan datang, kerana kita tak pernah berani untuk bertindak pada hari ini.
Nampakgayanya, demi mengejar pengaruh dan harta kekayaan-dunia, Institusi Raja telah menyumbang kepada perpecahan Melayu.
ReplyDeleteJika diambil iktibar Pulau Tumasek, mungkin benar kata-kata... Melayu mudah lupa. Jika dikaji secara mendalam, terlepasnya Pulau Temasek dari 'genggaman' orang-Melayu adalah akibat tindakan kurang-bijak 'Ketua' orang-Melayu stelah menjualannya, secara 'selagi ada bulan & bintang' kepada Penjajah British.
Lihat saja bagaimana Hong Kong dipajak 'Ketua' orang-China setelah tewas berperang dengan Penjajah Colonial British selama 100 tahun. Setelah Penjajah British berjaya membangunkannya menjadi pusat perdagangan & komersial tersohor dunia, ia dikembalikan kepada China.
Sebaliknya, Pulau Temasek?
50 ~ 100 tahun nanti, adakah Pulau Buatan 'Forest City' dan Pulau Pisang akan menjadi seperti sama seperti Pulau Temasek dan Pulau Batu Putih?
Hanya anak-cucu kita yang akan menghadapinya, setelah penghuni di Forest City beranak-pinak nanti.
Saya pernah terbaca yang Pihak Istana Johor memiliki tanah-kediaman di Singapura. Khabarnya telah dijual. Kepada pihak mana, saya tak pasti.
ReplyDeleteNamun, yang menjadi kemuskilan saya... harganya, sudah tentu sangat mahal. Maklumlah, di Singapura, kos sara-hidupnya, antara termahal didunia.
Yang paling saya muskil dan pelik... ia mirip penjualan Pulau Temasek, harta-pusaka anak-cucu Melayu.
Semasa saya berada dalam Civil Service di Jln Abdul Samad, JB around 2007-2011 dahulu, kami selalu liaise dengan pelbagai agensi lain terutamanya pihak K*stam... tugas saya biasanya "etching" lori yang kantoi bawak pasir di pintu keluar negara. Ketika minum kopi after tugas selesai, kakitangan tersebut selalu kongsi perasaan beliau.... kes ini tak akan ke mana sebab orang I***na biasanya akan overrule kita punya pendakwaan...
ReplyDeleteSo... how ya?
Pemimpin PPBM semuanya masih bertaraf PENAJA.
ReplyDeleteSegerakan lah AGM bagi PPBM..nak tunggu apa lagi .
Dato, Issu yang besar sekarang ini adalah bagaimana Parti Bersatu membela Zakir Naik yang telah diputar belitkan olih musuh Islam seperti P.Ramasamy. Jika Tun M dan Bersatu tidak dapat menolak desakkan untuk mengusir Zakir Naik keluar dari Malaysia, Tun M dan Bersatu akan ditolak olih masyarakat Islam di Malaysia. Saya salah seorang yang mengundi PH kerana hendak menjatuhkan Najib Razak. Saya yakin bahawa Tun M bolih menjaga kepentingan melayu dan Islam. Namun sekarang Tun nampak bagitu lemah. Dengan Dong Zong pun kalah. Orang melayu sudah kurang percaya kepada Tun.
ReplyDeleteNi lg sorang cakap.pasal.kepentingsn melayu la islam.ls..xde nya kaum.lain nak usik atau ganggu. Gugat kepentingan orang melayu dan ags itu sendiri melainkan dengan kebodohan orang melayu dan islam itu sendiri..mmg tun m dipandang lemah sekaramg sbb masih simpan menteri sampah macam mazlee..pru 16 klu keadaan kepimpinan msih tak berubah mmg undi rosak aku buat nanti
DeleteToday, the 23rd of August. It is a very special Friday as our beloved blogger, Tok Kadir celebrates his 72nd birthday. May today and the rest of your days be blessed. You were brought into this world to be a grace and inspiration to us who appreciate your contributions. It is your big day to cherish, so, set your birthday wishes on fire and let it light up all the 72 candles, enabling yourself basking in the joyous moment. Wishing you abundant of happiness and never-ending bliss, and a marvellous time ahead. Thank you for showering us with your wit and wisdom. You certainly deserve the best. Happy Birthday, Tok Kadir !
ReplyDelete