A Kadir
Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam
tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya
sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang
mungkin saya pegang.
Orang Melayu dulu tidak pamer keimanan tapi tinggi harga diri |
UNDUR ke belakang ke zaman
dulu
Waktu Melayu daif dan
miskin
Namun bermaruah dan tahu
malu
Langsai hutang sebelum
dibacakan talkin
Kalau tidak mampu
dilangsaikan
Dia mohon ampun, minta
dihalalkan
Melayu dulu tidak berjubah
serban
Keimanan tidak diperaga,
dipamerkan
Tidak siapa dibiar
kebuluran
Kerana hidup
bermasyarakat, berjiran.
Itulah Melayu dulu
Yang tidak tinggi ilmu
Maruah bukan slogan
Budi dan iman bukan
pameran
Tidak bercakap tentang
jati diri
Tetapi utamakan harga
diri.
Dilajukan ke hadapan
Ke zaman dunia tanpa
sempadan
Revolusi industri empat
kosong
Zaman kemerdekaan dan
kebebasan
Mulalah Melayu berlagak sombong
Heboh dengan maruah dan perpaduan
Hak dan keistimewaan.
Zaman saya dulu
Tidak ada semua ini
Hidup mudah tapi padu
Kais pagi makan pagi
Kalau tidak mati
Petang kais lagi
Tidak mengemis
Tidak meminta
Bekerja bagaikan hamba
Itulah Melayu zaman saya
Yang bilangannya tidak
ramai lagi
Banyak sudah mati.
Melayu hari in berbeza
sekali
Bercakap tentang maruah
Tentang jati diri dan
identiti
Tapi tiada masalah terima rasuah
Marah bangsa itu dan ini
Tapi bila dibagi rasuah
Terima dengan senang hati
Tak kira Cina atau India
yang bagi.
Hutang pelajaran tak bayar
Yang utama rumah besar
Kereta besar
Ke luar negara bersiar-siar
Kemudian pakai jubah dan
serban
Kononnya simbol keislaman
Pergi Makkah berulang kali
Marah kalau tak dipanggil
haji
Buat Umrah setiap tahun
Tapi duit anak yatim pun dibalun.
Kalau maruah Melayu
dipersenda
Jangan salahkan Cina dan
India
Salahnya Melayu sendiri
Akan tetapi,
Jika Melayu ada jati diri
Ada harga diri
Berbudi pekerti tinggi
Siapa pun tidak boleh beli
Tak kira Bengali atau Punjabi.
Kalau Melayu tiada
maruah
Akan hilang di bumi
sendiri
Dijual-beli dengan murah
Kembali jadi hamba abdi.
Wallahuaklam. Terima kasih
Melayu dulu terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang celik Al Quran. manakala golongan kdua mereka buta Al Quran.
ReplyDeleteGolongan Yang buta Al Quran inilah yang jadi para pemimpin negara. golongan yang celik Al Quran tersingkir dan tuduh penderhaka.
Golongan butan Al Quran ini boleh setuju apa sahaja dengan kehendak orang China dan India.mereka tidak bersangka baik dengan orang china dan India.
Atas sangka baik itulah orang China tubuh parti MCA. Orang India tubuh parti MIC.China boleh ada sekolah jenis kebangsaan china. India boleh ada sekolah jenis kebangsaan India.
Kerajaan BN boleh setuju dengan orang china baik orang India baik dan akan buat jahat dengan orang melayu.
Pada hhal suda ada pengajaran Bintang tiga yang memerintah selama 14 hari telah melakukan pembunuhan terhadap orang melayu yang tidak mahu beri kerjasama dengan kerajjaan tersebut.
Penjagaran kedua peristiwa 13 mei 1969 suatu rusuhan yang dilakukan oleh orang china dan orang melayu ramai jadi mangsa.
Salah siapa ini? ada yang kata bukan salah china, akan tetapi melatyu yang salah kerana tidak bijak menggunakan akal yang diberikan oleh Allah itu.
Pada hakikatnya memang para melatyu yang salah, kerana tertipu dengan banyak perkara termasuk mahu hidup mewah pakat duduk kumpulan harta seteelah diberi amanah memerintah.
China tetap bersalah, kerana tidak setiakawan ketika menganggotai BN walaupun semua yang mereka tuntut diberi macam diberi semua bukan setakat diberi betis.
Para pemimpin mmelayu tidak sedar penubuhan parti pokitik dan sekolah jenis kebangsaan china danj tamil itu suatu yang teramat strategik untuk mengambil alih negara ini dari tangan orang melayu.
Singapura yang terlepas kuuasanya daripada tangan melayu kepada tangan china tidak menjadi pengajaran langsung.
Melayu boleh rasa senang berada dibawah kerajjaan kafir yang disifatkan sebagai kafir yang adil
Ada pula mufti yang mengeluar pendapat lebih baik berada dibawah kerajaaan kafir yang adil berbanding berada dibawah kerajaan Islam yang zalim tanpa disedari pendapat itu pendapat kafir atau pendapat Maltuyu yang sama dengan haiwan.
akhirnya benarlah kata Datuk "Kalau Melayu tiada maruah
Akan hilang di bumi sendiri,Dijual-beli dengan murah Kembali jadi hamba abdi di negara malaysia ini".
Salam sdr Kadir itu memang amat penting, tetapi apakah bentuk maruah yang kita mahu mempertahankan.
ReplyDeleteadakah miskin dan kekayaaan itu satu maruah
tiada ilmu dan ada ilmu juga berbentuk maruah.
adab dan kesopanan adakah juga maruah
raji berusha dan tidak berusha juga maruah.
kalau dilihat senarai jutawan melayu,adakah mereka bermaruah cara mereka mengumpulkan harta.
saya rasa maruah masih ada walau pun ianya secupak sahaja. Yang penting meletakan agama dan mematuhi perintah Allah, itu lah sahaja jalan untuk menyuburkan maruah.Kita terus bekerja dibidang masing masing tanpa rasa penat dan meminta habuan baik dari manusia mahu pun Allah, akan melonjak kan kita semua.
tanpa ilmu saintifik,persenjataan penguasaan ekonomi kita akan pasti tewas dan akan dijajah semula.
Jauhuhi dari meminta sesama manusia,tapi minta saja keoada Allah.
kita tak mungkin kita tewas.
Tugas kerajaan hanya lah mengawasi salah guna kuasa yang berlaku sekarang ini.
Salam Dato’ Kadir Jasin yg dihormati
ReplyDeleteIzinkan saya membalas pantun Dato’. Pantun dulu dan sekarang.
Dulu Melayu jadi kuli
Sekarang dah jadi boss besar, ada kuasa membeli
Dulu Melayu mengembara berjalan kaki
Sekarang dah naik flight kesana kemari
Dulu anak gadis merah bercelak
Sekarang gadis Melayu dah berkanta lekap
Dulu gadis Melayu ada yg berbikini
Sekarang makin alim, tudung dah jadi trend terkini
Dulu kerja makan gaji
Sekarang dah ada bisness sendiri
Dulu sakit, kemian dibakar
Sekarang berubat jumpa doktor pakar
Dulu mampu tengok je kerata dipandu laju
Sekarang Melayu dah pakai BMW
Dulu kais pagi makan pagi
Sekarang dah ada driver sendiri
Dulu rumah ditepi hutan
Sekaran rumah Melayu di dalam taman
Dulu rumah beratap nipah
Sekarang rumah Melayu tersergam indah
CUMA
Cuma, dulu pemimpin Melayu dihormati
Sekarang pemimpin dah jadi kleptokrasi
Dulu pendekar Melayu bak ‘lion’
Sekarang dalam rumah je ada berbilion
Akhir kata, bukan salah orang Melayu tapi salah pemimpin Melayu yg tamak haloba. Sekian
Melayu tertekan dgn desakan ekonomi. Kehidupan moden menjadikan Melayu ingin memiliki sesuatu yg diluar kemampuan. Melayu perlu berhutang dan terperangkap didalamnya. Melayu menuntut gaji yg lebih kerana perbelanjaan Melayu tidak pernah mencukupi. Melayu memamdang dunia dan ingin memilikinya. Setelah dimamah usia, baru kebanyakan Melayu sedar mengejar harta dunia tidak akan membawa kemana. Melayu terus menyesal dgn hutang yg mengikuti mereka ke kubur. Melayu yg masih hidup plak rasa lapang. Begitu rupanya. Bila dah mati tak payah bayar hutang. Generasi Melayu silih berganti membuat hutang dgn rasa senang. Bukan hutang individu tp ini hutang PTPTN, BANK, KOPERASI, NBANK RAKYAT DLL. Tak payah bayar. Melayu kini bangsa yg banyak hutang. Nak selamatkan Melayu, larang mereka dari berhutang. Cuma hutang motor, kereta dan rumah sahaja yg dibenarkan. Itu saja.
ReplyDeleteEntah dah berapa banyak kali teguran seumpama ini diberikan Tun kepada bangsanya. Rata-rata tahu niat Tun adalah baik dan ingin akan bangsanya rajin berusaha supaya dapat berjaya seperti bangsa lain di bumi Malay-sia ini. Namun masih terdapat sekelompok manusia yang naif menyangkal dakwaan Tun dengan memberi pandangan entang. Sememangnya kebenaran adalah pedih dan pahit lagi menyakitkan. Itu adalah hakikatnya, suka tak suka, kena telan juga. Bangsa yang bermaruah tidak harus menjadi 'ostrich in the sand' yang hanya pandai menafi dan enggan bangkit untuk menyahut cabaran dan terima kenyataan hakiki. Sesungguhnya amanat jujur Tun itu jauh lebih realistik daripada 'pretty speeches' yang sarat dengan kata-kata pujian omong kosong di mana ianya selalu diceramahkan oleh seekor sesumpah yang bertopengkan manusia takbur itu. Setidak-tidaknya menghayati gurindam Tok Kadir lebih mendatangkan manfaat daripada mendengar ceramah sesumpah itu yang membingitkan telinga dan merunsingkan fikiran. Bermuhasabahlah untuk membaiki diri agar lebih berkeyakinan dan maju jaya, wahai bangsa Melayu!
ReplyDeleteMelayu zaman sekarang melayu tak tahu malu. Makan rasuah, tibai bini org laki org, ada degree tp salahguna kuasa, pakai serban tp mengaku najib bossku, ada jawatan tp tindas org bwh yg juga melayu, ada duit tp taknak sedekah pd anak yatim org susah, ada ilmu tp angkat org bodoh jadi pemimpin. Melayu sekarang melayu tak tahu malu.
ReplyDelete