بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Kuda besi mewah buatan Jerman |
CERITA Menteri Besar
Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan Ahli Majlis Kerja (Exco) membeli kenderaan
rasmi jenis Mercedes Benz dengan harga dikatakan sampai RM700,000 sebuah, tular
di media arus perdana dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
Khabarnya ramai orang terperanjat.
Tapi saya tidak. Dia pun manusia, bukan malaikat. Jubah dan serban tidak
menjanjikan ketinggian budi, kesempurnaan akal dan rasa perikemanusiaan.
Orang banyak terperanjat
kerana Kelantan negeri miskin dan baru dapat bantuan kewangan “one-off” Kerajaan
Pusat sebanyak RM400 juta.
Orang alim agama selalu
kata, kita kena bersangka baik. Jadi saya ikutlah nasihat mereka.
Dalam sangkaan baik saya
itu, saya kata, MB Kelantan tak salah.
Pasal apa tak salah?
Pasal
dia berpegang kepada nama kehormatan negerinya, iaitu “Darul Naim” yang bererti
negeri kesenangan atau kenikmatan.
Adalah senang bagi MB Pas
itu membelanjakan, khabarnya sampai RM700,000 membeli sebuah kereta mewah itu
kerana dia berkuasa. Apa guna kuasa kalau tak diguna.
Dengan kereta
“top-of-the-line” buatan Jerman itu tentulah dia, Ahli Exco dan Setiausaha Kerajaan
Negeri akan berasa kesenangan dan kenikmatan luar biasa.
Jadi kita janganlah marah
sangat kepada dia. Dia sekadar menterjemahkan slogan negerinya - Darul Naim - menjadi
kenyataan.
Orang Kelantan yang pilih
Pas pun perlu rasa bangga boleh tengok MB, Exco dan Setiausaha Kerajaan mereka –
14 orang semuanya – dalam kesenangan dan kenikmatan.
Jangan peduli sangatlah
dengan perangkaan tentang kesusahan dan kepahitan hidup rakyat totok Kelantan
seperti kadar kemiskinan tertinggi di Semenanjung, kadar ketagihan dadah tertinggi,
kadar perceraian tertinggi dan macam-macam lagi yang tinggi-tinggi.
Orang miskin dan susah selalu
dibagi tahu dan diajar oleh Tok-tok Guru dan Ustaz selebriti bahawa hidup di
dunia ini sementara saja. Susah di dunia, senang di akhirat.
Tapi MB, Exco dan “State
Secretary” Kelantan, di dunia pun sudah senang. Di akhirat tak tahulah. Itu hak
Allah.
Fraulein Mercedes
Satu lagi, manalah tahu MB
Kelantan bukan saja teruja dengan kenikmatan kuda besi buatan Jerman itu tapi
ada cerita lain di sebaliknya.
Manalah tahu dia pun
teruja juga dengan nama kuda besi itu – Mercedes.
Boleh jadi MB Kelantan
tahu apa yang kebanyakan orang Kelantan tak tahu mengenai “Mercedes”.
Kalau belum tahu atau
belum kenal dengan Mercedes, saya minta izin untuk bagi tahu dan perkenalkan.
Inilah Mercedes.
Inilah Cik Mercedes yang jadi idaman ramai itu |
Cik Mercedes adalah anak
kepada Emil Jellinek, seorang usahawan automobil Eropah yang bekerjasama dengan
syarikat Daimler-Motoren-Gesellschalf (DMG). DMG adalah perkongsian di antara Gottlieb Daimler dan Carl Benz.
Manalah tahu, Mercedes
menjelma dalam mimpi MB Kelantan dan membisikkan kepadanya dalam bahasa Jerman:
“Das Beste oder nichts”.
Oleh sebab MB Kelantan kini
menaiki Mercedes, janganlah Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua
Menteri Pakatan Harapan pun mengidamkan mimpi yang serupa.
Akhir kalam, saya tak
pasti sama ada nombor plat DV itu ada apa-apa makna untuk MB Kelantan.
Tapi
sekadar berkongsi maklumat, dalam bahasa Latin ia adalah singkatan untuk “Deo Volente” yang bermaksud
dengan izin Tuhan.
Wallahuaklam.
DV1 = Dajjal Versi 1
ReplyDeleteAs salam... Datuk tibai tok tok lebai ni cukup lembut.
ReplyDeleteSaya direct sahaja kerana saya amat malu dengan orang orang yang memperalat ugama suci Islam. Dalam syarahan kata mereka dunia sementara dan perlu sederhana.
Paling Sedih menjadi bahan ketawa orang bukan Islam. Kawan dari bukan Islam ingin saya jelas kan Islam jauh dari menyuruh umatnya bersifat hipokrit. Nilai lah Islam dari Apa yang difirmankan dalam kita suci alquran Dan hadith atau kata kata hikmat dari Rasul Allah, Nabi Muhammad SAW.
Nabi juga memberi gambaran pada akhir zaman yang menjadi Ketua adalah orang yang bukan sahaja bodoh tapi sombong. Menggunakan agama untuk kepentingn diri sendiri. Itulah yang berlaku sekarang...
SAYA TABIK HORMAT KEPADA MB DAN EXCO KELANTAN. MEREKA TIDAK SEPERTI PH YANG PENAKUT. TAKUT ORANG KATA, TAKUT PEMBANGKANG KATA, SEOLAH OLAH TIDAK BERANI UNTUK VELFIRE SEKALIPUN. TENGOK PEMIMPIN PAS, MEREKA TAK KISAH APA ORANG SUDAH DAN AKAN KATA. KEPADA PH, KENA TEGAS DAN KENTAL. BUAT BAIK, PEMBANGKANG AKAN KATA JUGA. SENANG SANGAT PH TUNDUK KEPADA PEMBANGKANG. GUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK BUAT APA YANG DIRASAKAN BETUL. MENGAPA DITURUTKAN KATA PEMBANGKANG. DI MATA PEMBANGKAN SEMUA YANG KERAJAAN BUAT ADALAH SALAH.
ReplyDeleteDato. Apa yg boleh kita harap pemimpin serupa ini. Benar, tulisan sinis Dato mengena. Tapi depa peduli apa. Rakyat dibelakang mereka, katanya. Selang setiap pilihanraya, mereka tetap dipuncak. Dalam keadaan kos sara hidup menekan rakyat, graduan kurang peluang kerja, harga skrap getah kampung saya rendah, pemimpim begini masih dlm dunia mereka tersendiri. Tiada rasa bersalah dan masih angkuh di puncak menikmati sumber yg tidak berkurang. Aduh... dunia melayu dan islam ku.
ReplyDeletemungkin pilihanraya bukan cara menukar sifat manusia. harus
DeleteHahaha...ha..ha..h..a...Tak terkata-kata kerana teramat geli hati sehinggakan tak kering gusi tergelak berderai=derai tatkala mata menyusuri ayat-ayat sindiran kencang yang bertalu-talu terhadap lebai-lebai nun jauh di sebelah timur-laut sana. Memang sebuah lagi karya kelas permata daripada Tok Kadir yang pasti menjadikan mereka terasa, tergamam, tersentak, tersenak dan terduduk ketika sedang dilamun kenikmatan bersama-sama dengan kemolekan Cik Mercedes. Padam muka dah kena tempelak. Itulah standard politikus palsu yang menunjukkan belang dan memperlihatkan sifat sebenarnya. Rupa-rupanya kesenangan diri yang diperjuangkan selama ini. Patutlah negeri itu tetap mundur dan rakyatnya menderita tak berkesudahan.
ReplyDeleteSalam Dato’ Kadir
ReplyDeletePemimpin PAS dgn kereta mewah memang tak dapat dipisahkan. Biasa je sebenarnya. Mungkin betul mereka tak guna duit ehsan dari federal tu, tapi timing mereka beli Mercedes tu tak kena. Jadi dah menimbulakan fitnah pulak. Cuma orang Kelantan tak kesah sangat pun sebab dah biasa dah dah di Kelantan pemimpin mereka pakai kereta besar-besar. Apa la Dato’ ni. Dato’ kenalah juga jalan-jalan di Kelantan tengok macam mana budaya hidup dan penerimaan mereka.
Kedua, PH kalah lagi di Kimanis. Kesian tengok Dato’ Shapiee, dia ni kerja kuat. Satu, lagi, harapan menggunung PH nak jadikan Sabah fix deposit pun dah tinggal abu. Nampaknya bukan sahaja orang Melayu di Semenanjung tak menerima PH, Bumiputra Sabah Sarawak pun sama. Habislah PH. Yelah, baru 2 tahun memerintah, pemimpin Cina dan India dan tunjuk samseng dan besar kepala, siap suruh halau Dr Zakir Naik konon. Sekarang, Nah !!!! padan muka.
PH kena buat post mortem betul betullah. Belajarlah cakap benar dan jangan sorokkan apa-apa. Video tak clearlah, bukti tak cukuplah, tersilap cetak dan terbalik pasang benderalah, lagi Negaraku dicinakanlah dan sebagainya. Jangan ingat orang Melayu ni bodoh-bodoh belaka. Satu lagi, bila dah mula sedap menipu, takut lama-lama mencuri dan merompaklah pulak. Sekian TQ.
#BMF
ReplyDeleteBuy Mercedes First
Assalamualaikum dakj,
ReplyDeleteSaya fikir pada saat ini ada baiknya Datuk lebihkan menulis secara kritikal dan konsisten tentang prestasi Kerajaan PH dan barisan kabinet serta penjawat lantikan politik di dalam agensi Kerajaan.
Tahanlah kritikan kepada pihak lain. Rakyat mengundi pada PRU lepas atas pelbagai sebab. Yang mengundi sebab janji politik awal-awal dah pangkah PH, yang mengundi untuk cari peluang hanya akan bersama PH selagi peluang di pihak PH masih lebih baik berbanding di pihak satu lagi, yang mengundi untuk prestasi dan tadbir urus pun saya rasa dah berkira-kira dengan PH. Kenapa, sebab walaupun belum ada kes sebesar 1MDB, tetapi gaya kerja kerajaan dan menteri PH pun tidak menunjukkan tadbir urus yang baik dan cekap. Hanya tunggu masa untuk berlaku kesilapan besar. Pendek kata, prestasi PH amatlah buruk. Sudah-sudahlah mengata dan menyalahkan orang lain. Tingkatkan prestasi.
Yang lebih buruk lagi di bawah PH, hubungan antara kaum di peringkat akar umbi berada di tahap yang terburuk. Perhatikanlah komen-komen di dalam sosial media. Hmmm. Sekarang ni, kalau ada PRK di kawasan melayu, kemungkinan besar PH akan kalah.
Pendek kata, sudah-sudahlah mengata orang. Pergilah buat kerja. Hormatlah kebijaksanaan rakyat. Kalau rakyat tak bijak, tidaklah jatuh kerajaan BN. Tahulah kami siapa yang buat kerja dan tak buat kerja. Kecualilah kerajaan PH berpandangan kemenangan dalam PRU lalu adalah disebabkan oleh rakyat termakan janji-janji palsu.
Sekian.
Kadiag, السلام عليكم -
ReplyDeleteHang nulih...” Jangan peduli sangatlah dengan perangkaan tentang kesusahan dan kepahitan hidup rakyat totok Kelantan
seperti kadar kemiskinan tertinggi di Semenanjung, kadar ketagihan dadah tertinggi,
kadar perceraian tertinggi dan macam-macam lagi yang tinggi-tinggi.“
Izin aku tambah satu vektor dlm kebobrokkan hidup di kelantan khususnya dan di Malaya umumnya.
iaitu penderitaan sakit mental dikalangan penduduk.....
Mengikut kajian yg aku salin dibawah ni, yg aku rasa bulih sandag kat kementerian kesihatan, rakyat kelantan antara yg paling tinggi
derita masaalah mental, sekitag 40% pd tahun 2015. Vektor2 yg hang senaraikan, iaitu :
1. Kemiskinan,
2. Penyalahgunaan dadah,
3. Penceraian dan disfungsi kekeluargaan,
Munkin sumbang atau saling mengukuh kadag penderitaan masaalah mental pd paraih yg tinggi, dan mengekaikannya jugak
pd paraih yg tinggi, pasai sekali guih menghapuih/melemahkan sistem atau kerangka ‘support group’
yg bulih fungsi atau betindak sebagai ejen perawatan.
Lantaran, kesombongan, keangkuhan dan kekeliruan pimpinan politik buat keputusan beli kereta mahai untuk MB, Exco,
dan pegawai2 tinggi bukan saja tidak dipandang jijik, tetapi munkin jugak dapat sokongan rakyat. Wallahua’lam.
“Morbidity Survey 2015
Characteristics
MALAYSIA 29.2
State (%)
Perlis 24.0
Kedah 26.7
P.Pinang 19.1
†Perak 17.0
Selangor 29.3
WP Kuala Lumpur 39.8
WP Putrajaya 20.7
N.Sembilan 24.0
Melaka 22.9
†Johor 22.2
Pahang 27.8
Terengganu 26.0
KELANTAN 39.1
†Sabah & WP Labuan 42.9
†Sarawak 35.8.”
Sumber data : NHMS 2015.
Mintak maghap no.
Aku
Alaa..anak Tun M pun pakai bugatti dato'.
ReplyDeleteAssalamuakaikum,
ReplyDeleteAdalah bangang membandingkan seorang usahawan dan orang biasa memakai kereta super mewah dengan Menteri Besar PAS yang (kononnya) berilmu agama yang memerintah negeri termiskin di Semenanjung Malaysia menggunakan duit negeri untuk membeli kereta mewah. Ya Allah, apa sudah jadi dengan orang Islam Melayu? Apa sudah jadi dengan otak yang Engkau bagi kepada mereka? Wallahuaklam.
Betul tu Dato..... Memang bangang orang yang membandingkan anak Tun M dengan Menteri Besar negeri termiskin pakai kereta mewah. Seorang usahawan beli duit sendiri.... Seorang lagi gaji dan kereta mewah dia Kerajaan Negeri yang bayar. Duit Kerajaan tu datang dari mama?... Orang bangang mama boleh fikir.
DeleteSebab tu saya selalu kata majoriti orang Melayu adalah sesat sebab mereka malas menggunakan akal..Islam hanyalah sekadar pakaian saja... Wallahuaklam...
Shame on Kelantan MB and the state govt for their very bad example in spending the people's money. Next time, if ever there is a next time when they go begging for more funds, show them the door, ask them to sell their Mercedes and buy Proton instead.
ReplyDeleteThen tie them up in so many knots under conditions before doling out the funds progressively. No development no talk.
Datuk,
ReplyDeleteso many good news by the PH govt and actions to reclaim the narrative.
Reduction in toll rates, new Education Minister, economy picking up, ringgit stronger, waste going back to sender, e-wallet initiative, the MACC audio tapes on the former PM, etc. etc., the PH must blitz these good tidings, Bersih Again to the rakyat constantly, continuously and not in bits and pieces. Just as the bossku notoriety, MALUKU and be a tagline to shame the opposition.
Go hire really good PR girls and guys, that DAP Tony Pua and that nemesis OSTB can give you tips to keep on punching and punching through to infiltrate our thoughts. Beware though, too many can be too much and lose the thread.
People tend to forget when some adverse news raises its ugly head, when the stupid PKR starts their stupid silly fights and arguments publicly, when some party members publicly chatises their party, leaders and govt or when some stupid cabinet minister wanting to hog the glory gives hints of this and that coming.
Cabinet Ministers, look after your portfolios, act on negative news quickly, QUIETLY within your team, before they become public fodder for the news webstites.
Rein in the big mouths, these party members, leaders or not, must observe strict discipline and follow the party's lead. Otherwise, as Tun said, PH will be a one term affair.
Biasa nak jadi billionaire ni ambik masa beberapa generasi Dato. Bukan macam anak-anak Tun M. Orang bangang pun boleh perasan dato. Hihi.
ReplyDeleteMark zuckerberg ambil berapa gen bro?
DeleteWow anak2 Tun hebat bisnes macam Mark Zuckerberg.
DeleteYang nampak anak tun M..anak2 menteri umno tak nampak..arwah JJ meninggalkan harta lbh 1billion..tuan ni ada masalah jiwa, kebencian terhadap tun M..nak jadi billionair memakan masa bergenerasi ke? Mana tuan belajar ni? Ini mentaliti melayu bangang..ditambah dgn jiwa yg sakit, penuh kebencian..tu je
ReplyDeleteSeriously speaking kalau Tun M bukan PM, anak2 Tun boleh jadi bilionair ke. Kalau millionaire tak heran lagi, ni billionair tu. Fuhh haibatt. Kalo x bangang, agak2 boleh fikir la camna anak2 Tun boleh jadi bilionair.
DeletePrecisely. I'm a Klantanese & felt so ashamed to hv fleet of leaders wthout brains. They are called Ustaz & religious status but sound so arrogant. Yet had the guts to compare wth ProphetMuhammad. Then allocated RM50K for each of them as one off...wht a dumb politicians to hv those brains wthout evaluate their rakyat marhaen lives in dire in some rural areas. Wht a pity for mny poor Klantanese. Ps wake up, those leaders are not angels & far from being called religious. Pathetic lots really
ReplyDeleteKena ingat disini pengundi pengundi Kelantan tak kisah pun pemimpin ulamak mereka beli apa pun. Sebab mereka diajar "jangan lawan ulamak PAS"
ReplyDelete