بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Bersama murid-murid selepas merasmikan Dekad Membaca Kebangsaan |
NOTA KEPALA: Rencana ini dipadankan daripada kolum saya dalam Sinar
Harian, Ahad 16 Februari.
TIDAK ada agama atau kepercayaan yang memberi keutamaan kepada membaca lebih daripada Islam. Justeru, barang siapa yang benar-benar mengamalkan perintah tersebut, dia akan menjadi manusia yang berpengetahuan tinggi.
Umat Islam sering diingatkan tentang ayat satu hingga lima surah al-Alaq menyeru manusia supaya membaca.
Malangnya, kajian akademik dan pemerhatian rambang tidak membuktikan hal itu. Sebaliknya tabiat dan kegemaran membaca di kalangan orang Malaysia makin menurun.
Malah, ada pakar mengatakan Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya paling kurang membaca. Keadaan ini menjadi bertambah buruk berikutan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Ini amatlah merugikan kerana ledakan ICT sepatutnya memudahkan kebolehcapaian kepada maklumat dan ilmu dan negara kita adalah antara tang terawal menyediakan prasarana ICT.
Sebagai penulis yang turut terlibat dengan penerbitan, saya bimbang hal ini bukan andaian lagi tetapi sudah menjadi kenyataan. Bilangan yang membaca akhbar, majalah dan buku semakin kecil.
Benarlah seperti kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Khamis lalu bahawa pengaruh teknologi digital terhadap masyarakat begitu besar sehingga sumber bacaan tradisional seperti surat khabar dan buku semakin diketepikan.
Katanya, banyak syarikat akhbar gulung tikar kerana jualan yang merosot manakala buku tinggal mengumpul debu di perpustakaan atau di atas rak.
Namun demikian, Dr Mahathir yakin ini tidak bermakna rakyat Malaysia berhenti membaca.
Yang berubah ialah kaedah penyampaian bahan bacaan di mana hampir semua akhbar mempunyai versi digital dan buku juga diterbitkan dalam format itu.
Membaca=Berfikir
Setiap kali saya ditanya mengenai penulisan khususnya bagaimana menjadi wartawan, penulis dan pengucap yang baik, saya kata dengan banyak membaca.
Hakikatnya adalah mustahil seseorang itu boleh berfikir, menulis dan berucap dengan baik kalau dia tidak membaca. Membaca, berfikir dan menulis adalah kegiatan tiga serangkai.
Dalam kaitan itu, pandangan Dr Mahathir mengenai membaca daripada sudut sains adalah amat berguna kerana beliau bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang pemikir dan penulis yang diiktiraf dunia.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa beliau adalah pemikir dan penulis ulung negara-negara membabangun dan dunia Islam dalam zaman selepas menjajahan.
Beliau mula menulis untuk bacaan umum sejak zaman penjajahan lagi. Sepanjang yang dirakamkan, tulisan pertama beliau terbit dalam akhbar Straits Times, Singapura, pada 20 Julai 1947, ketika beliau menuntut ilmu perubatan di negeri selat itu.
Saya bernasib baik menemui tulisan awal beliau ketika menjadi wartawan dan pengarang di New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (1976-2000). Saya kumpul dan terbitkan semula tulisan beliau itu dalam buku bertajuk “The Early Years 1947-1972”.
Sejak itu beliau menghasilkan tidak kurang daripada 20 buah buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai pelbabagai tajuk, daripada politik kepada ekonomi, hal ehwal antarabangsa dan panduan berniaga.
Banyak karya beliau telah diterjemakahkan ke bahasa-bahasa lain seperti Arab, Cina, Perancis dan Jepun.
Jadi nasihat dan panduan beliau mengenai membaca amatlah sesuai dan berguna.
Dalam ucapan di UKM itu, Dr Mahathir, antara lain, berkata, amalan membaca menjadi salah satu kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan.
Ia membantu memperkuat rangkaian otak dan merangsang pertumbuhan rangkaian saraf baru.
Jika seseorang itu membaca sesuatu berulang kali, apa yang dibacanya itu akan lebih melekat di ingatan. Dengan itu dia tidak mudah lupa.
Membaca dengan banyak juga boleh mempertingkatkan kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EQ) dan kecerdasan intelektual (intelligence Quotient atau IQ) seseorang.
Kedua-dua unsur kecerdasan itu, kata Dr Mahathir, amat penting bagi membolehkan seseorang menangani pelbagai keadaan dan merebut peluang pembangunan diri.
Jadi marilah kita membaca supaya menjadi lebih bermaklumat, cerdas minda dan kuat tubuh badan.
Tidak salah kita menggunakan komunikasi digital, termasuk platform media sosial, untuk membaca, menimba ilmu dan berkongsi maklumat benar dan berguna.
Wallahuaklam.
"TIDAK ada agama atau kepercayaan yang memberi keutamaan kepada membaca lebih daripada Islam". Dato, perhaps you have not read holy books on other religions. Probably never.
ReplyDeleteBerkunjung ke gedung buku merupakan rutin bulanan saya untuk memburu buku cerita non-fiction. Akan tetapi, setiap kali membayar, pasti saya berungut. Pasal harganya mahal walaupun jenis kertas yang digunakan itu adalah uncoated vellum. Untuk mendorong dan menghidupkan kembali budaya membaca di kalangan masyarakat, kerajaan seharusnya memansuhkan sebarang cukai yang dikenakan ke atas semua hasil karya tempatan dan juga yang diimport. Kalau tidak, insan miskin yang kurang berkemampuan seperti saya ini cuma dapat membelek-belek pilihan buku kegemaran saya sambil menunggu musim jualan diskaun. Kesian.
ReplyDeleteKadiag, السلام عليكم ,
ReplyDeleteTerima kasih banyak pasai anjog manusia supaya membaca yg hang sabitkan dgn suroh Al ‘Alaq.
Cuma nak usik hang sikit, bukan semua ahli tafsir kata perkataan ‘ اقْرَأْ ‘ ( iqro’ ) dlm suroh tu,
bemagna “baca” atau “bacalah”.
Ada depa yg kata magnanya lebih tepat “ lafazlah “ atau dlm basa gomen “ recite “.
Setakat aku tau, antaranya sebab Rosulullah S.A.W. dikatakan pada masa tu (di awai turun al Qur-an)
tak pandai baca dan menulih, macam kebanyakkan masyarakat Arab kala tu.
Yg depa tera adalah dlm hafaz menhafaz, dan paling jora ialah dlm bidang sastera lisan, macam dlm sajak2 dan syai’r.
Lagi satu sebab depa kata Rosulullah S.A.W. lantaran tak pandai baca dan menulih sekali guih, menolak dakyah
yg kenunnya al Qur-an adalah karangan maknusia (atau Muhammad S.A.W.) dan bukannya Kalam Allah.
Wallahua’lam.
Jujognya Kadiag aku ni sangat dhoif.
Maghap no.
Aku
Salam Dato’ Kadir
ReplyDeleteBagi sayalah, rakyat Malaysia sekarang lebih banyak membaca. Ilmu tu dah dihujung jari je, ada dalam smart phone. Buka iphhone terus boleh baca macam macam. Cuma, masalahnya pemimpin kerjaan PH yg malas nak membaca sebenarnya. Cakap je lebih tapi malas membaca. Izinkan saya memberi beberapa contoh ye.
Pertama, utk penyakit COVID-19, banyak negara dah tak bagi rakyat Cina masuk, kalau nak masuk juga kena quarantine dulu 14 hari. Cina sendiri quarantine lebih 700 million rakyatnya sendiri. Malaysia pula kata tak perlu buat ap-apa. GILA !!!! Inilah akibatnya bila kerajaan PH malas membaca. Banyak scientific journal dah mengatakan COVID-19 boleh dijangkiti walaupun seseorang pembawa itu tidak demam. Demam pula bukanlah indicator yg terbaik utk “as an indicator and ineffective in detecting SARS2-CoV2” (susah nak translate la pulak).
Kedua, Al Quran dah bagi sekurang-kurangnya 9 AMARAN KERAS tentang kaum LUTH ni, dan Allah memusnahkan kaum LUTH dari muka bumi. Tapi pemimpin PH siap nak bagi pemimpin semburit yg dah dibuktikan bersalah pun, untuk jadi pemimpin utama negara. Dah macam mana. Siapa yg tak membaca sebenarnya ni Dato’. Cuba jawab sikit.
OKlah Dato’, sampai sini dulu. Sekian TQ.
Salam
ReplyDeleteDAKJ
I once told you face to face that i appreciate that you managed to 'embrace' the essence of -free press should be the concience of the nation.
Now i still believe that you still is.
Now..off tangent just sharing..
Surah Kahf, unfolding the lines, stories and symbols that have inspired people for over a thousand years: the people of the cave, Prophet Musa’s momentous encounter with Khidr, the two men and their gardens, and Gog and Magog.
While the answer to people of the scribtures about Roh is answered in surah Al Israq the other to answers was revealed in Surah Al Kahf ie the fellows of the cave and Gog and Magog.
Seerah Rasulullah s.a w revealed that the people of the scribtures in Yathrib asked the Prophet three questions to test wether he was a true prophet or a lunatic talking about God.
The answers were contextually revealed in 2 surahs containing one answer in Surah AlIsraq and two answers in Surah Al Kahf.
Any how two added stories were revealed in Surah Al Kahf which are not in the test questions from the people of the Scribtures.
Tafseer has opined that the wisdom behind all the four stories in Surah Al Kahf are contextually about fitnas (trials):-
The fellows of the cave-fitna of religion
Prophet Musa’s momentous encounter with Khidr-fitna of knowledge.
the two men and their gardens-fitna of money
and Gog and Magog-fitna of power
Through out the history of mankind (Malays included) we are watching these four fitnas happening over and over again.
Tafseer see that Allah gives a solution to all these fitnas-Rememberane of Allah and humility.
Salam