Monday, March 02, 2020

Brutus Orang Mulia Tapi Tikam Caesar Dari Belakang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Caesar ditikam dari belakang oleh sahabat sendiri
DI HARI pengebumian Julius Caesar, sahabatnya jeneral  Mark Antony memberi ucapan berikut:

“Sahabat, orang Rom, rakan senegara, pinjamkan telingamu kepadaku,

Aku datang untuk mengebumikan Caesar bukan untuk memujinya,

Kejahatan yang manusia lakukan akan hidup bersamanya,

Kebaikan yang dia lakukan akan terkubur bersama jasadnya,

Kebaikan akan dikuburkan bersama tulang-tulangnya,

Maka biarkanlah itu yang terjadi kepada Caesar,

Tuan Brutus yang mulia memberitahumu,

Bahawa Caesar tinggi cita-citanya,

Andai itu benar ia adalah kelemahan,

Dan Caesar telah menjawabnya dengan nyawa,

Di sini, dengan izin Brutus dan kalian,

Kerana Brutus seorang yang mulia,

Dan semua yang berhimpun di sini juga orang mulia,

Maka aku datang untuk berucap di pengebumian Caesar,

Dia sahabatku, setianya hanya padaku,

Tetapi Brutus kata, dia bercita-cita tinggi,

Dan Brutus adalah orang mulia,

Caesar bawa pulang tawanan perang ke Rom,

Yang tebusan mereka mengisi kantung para jeneral,

Kerana ini Caesar dituduh terlalu bercita-cita?

Pabila si miskin menangis, Caesar meratap,

Ini bukan tanda Caesar gila kuasa,

Namun Brutus menuduhnya tamak dan haloba,

Dan Brutus adalah orang mulia,

Tidakkah kalian lihat di Lupercal,

Tiga kali ku cuba sarungkan dia mahkota,

Tiga kali juga dia menolaknya?

Itupun Brutus kata dia terlalu bercita-cita,

Dan Brutus adalah orang mulia,

Aku bukan menyangkal cakap Brutus,

Aku di sini berhujah apa yang aku tahu,

Anda semua mencintainya suatu waktu dulu pastinya bukan melulu,

Apa yang mengikat kamu dahulu maka hari ini kamu meratapi pemergiannya?

Oh pengadilan, engkau telah lari bersama-sama orang yang kejam,

Manusia sudah hilang pegangan. Bersabarlah bersamaku,

Hatiku kini dalam keranda Caesar,

Dan aku akan berdiri di sini sehingga hatiku kembali.”

(Brutus, seorang jeneral Rom, menikam Caesar dari belakang. Kemudiannya dia berperang dengan penyokong-penyokong Caesar dan kalah. Dia kemudian membunuh diri. Dari drama karangan William Shakespeare.

Dalam mitos Melayu, pengkhianat yang tikam dari belakang adalah Si Kitol. Tapi dia bukanlah pahlawan seperti Brutus. Dia sekadar orang suruhan.)

Nota kaki: Dipetik daripada kolum saya dalam Sinar Harian keluaran Ahad 1 Mac 2020 - hari Tun Mahathir Mohamad kecundang dan berkata dia dikhianati.

Wallahuaklam. Terima kasih.

26 comments:

  1. Sallam Dato’

    Cerita Ceaser di bunuh dan dikhianati memang mahsyur dan dijadikan bacaan merata dunia. Sebab itulah Tun galakkan orang membaca supaya kita semua lebih matang dalam berfikir.

    Berkenaan khianat ini, sebagai nak tambah satu lagi cerita pendek daripada tulisan The Coen Brothers yang dijadikan film (The Ballad of Buster Scruggs).

    Ini cerita berkenaan khianat.

    Ada seorang koboi tua, yang kerjanya jejak emas pada zaman sekitar 1800’an.

    Di satu lembah yang ada sungai, dia mulakan untuk jejak emas. Dia dapat jumpa butiran emas yang kecil, lalu dia letak tanda. Dia jejak dan cari lagi dan jumpa lagi, semakin lama semakin banyak butiran emas yang dia dapat. Dia letak tanda.

    Akhirnya setelah berapa hari, dia dapat jejak emas, ketulan jongkong emas. Koboi tua itu begitu suka dan gembira, kerana setelah penat lelah dia cari emas selama hari, dia berjaya dapat emas. Pada ketika itu, orang tembak dia di belakang.

    Walaupun cedera, dia pura-pura mati. Kemudian dia bunuh orang yang tembak dia. Orang koboi cukup marah kalau tembak di belakang (shoot in the back).

    Koboi tua itu sampai kemuncak marahnya kerana segala kerja berat, penat lelah dan usaha dia yang buat tapi orang yang menembaknya di belakang hanya “tunggu” sahaja sampai dia dapat emas.

    Inilah contoh pengkhianat opportunist. Segala usaha yang dibuat sehingga berjaya, tapi orang lain tunggu saja dan kemudian khianat dan ambil habuan.

    Dalam politik dan di pejabat, perkara ini ada berlaku. Tapi nampaknya dalam politik negara kita perkara ini sangat ketara.

    Yang saya tahu, orang yang betul-betul berusaha untuk menang dalam PRU14 antaranya adalah Tun M dan Rafizi dan lain-lain.

    Persoalan yang kedua, kalaulah Bersatu bergabung dengan UMNO, apa sebabnya lawan dengan UMNO dulu(In the first place)? Apa sebenarnya perjuangan dalam parti Bersatu.

    Kalau kita hendak menilai Tun, nilai daripada awal tentang usahanya dan sebabnya dari tahun 2018 sampai sekarang. Barulah kita boleh buat penilaian yang betul.

    Kalaulah negara kita, ahli pemimpin tidak menganggap prinsip dan integriti itu penting, negara tak ke mana.

    ReplyDelete
  2. Ni semua wayang Tun M la. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dato,

    Saya antara jutaan rakyat yang sedih atas apa yang berlaku.
    Saya faham percaturan politik, memungkinkan untuk siapa sahaja bergabung jika ada matlamat yang selari.

    Saya paling terkesan dengan cara semua pihak melayan seorg negarawan ulung, yg berkorban segalanya yg ada pd dirinya utk negara dan bangsanya.

    Saya fikir, alangkah baiknya jika perletakan jawatan Tun ni kita raikan selayaknya sebagaimana seorang Perdana Menteri yg begitu berjasa.

    Semoga Dato selaku ahli MPT BERSATU dapat sampaikan cadangan saya ini kepada Presiden BERSATU yg juga PM-8.

    Saya akur PM-8 sudahpun dilantik, namun saya berharap negara menghargai PM-7 kita selayaknya. Ini juga mungkin dapat mengendurkan kemarahan rakyat terbanyak yang keliru dengan apa yang berlaku.

    Semoga Allah lindungi negara kita dan semua warganya.

    ReplyDelete
  4. "Et tu, Brute"
    Mula-mulanya diungkap oleh Tun M kepada Anwar.
    Anwar pernah berhati mulia, seperti Brutus.
    Anwar lah yang menikam Tun M di belakang, di hadapan, di dalam terang dan di dalam suram.
    Pak Kadiaq, jangan cuba-cuba menulis semula sejarah, atau cuba-cuba memilih sesuka hati secebis fakta yang berlaku mengikut selera dan kemudahan Tuan.
    Itu namanya tidak adil. Ketidakadilan yang palng hakiki ialah kepada diri sendiri.
    You are much higher than that, Sir.

    ReplyDelete
  5. OPEN LETTER TO THE HARAPAN LEADERSHIP :
    Tun Dr. Mahathir Datuk Seri Anwar Ibrahim Encik Lim Kit Siang Tuan Haji Mohd Sabu

    As a member of the Harapan coalition, I've read the latest news that Benjamin Netanyahu seriously and gravely intends to annex the West Bank. Not too long ago, I saw a movie on ASTRO with my mum that Bibi had lost his dearly beloved elder brother in the Entebbe Raid due to the hijacking by terrorists. We must understand Bibi's psyche. I'm sure Bibi also now knows that the Malaysian USURPER REGIME is full of Islamically-inclined and Islamists. Maybe Bibi wants them to blow themselves in Jerusalem and the West Bank like Baghdadi the brutal, barbaric and contemptible terrorist.

    As an individual member of the International Law Association and the Pakatan Harapan, truly believing that Harapan is the legitimate government-in-waiting, what do you all think?

    https://www.telegraph.co.uk/news/2020/03/01/benjamin-netanyahu-pledges-annex-west-bank-wins-israeli-election/

    ReplyDelete
  6. Muhyiddin Yassin.. You are not my PM

    You will never be my PM. You are nothing but a thief who stole my govt away from me. You betrayed my trust and don't expect to ever gain my respect.

    You think you have won? Maybe so, but only in this world. Just in case you have forgotten, our lives don't just end here. There is this thing called Afterlife. You will be judged there, before the Lord of all the worlds; and I will waste no time to press charges against you for usurping my rights.

    Remember this well.. You are a thief and you will never be my PM.

    ReplyDelete
  7. Salam Dato Kadir

    Mendengarkan ucapan YAB TSMY tadi,saya dapat rasakan ianya begitu ikhlas, yang datang dari hati nuraninya. Beliau berniat baik, mahu mendamaikan kedua-dua belah pihak yg tidak dapat sokongan majority. Katanya lagi, tak tergamak beliau utk mengajak rakyat melalui satu lagi PRU yg tak perlu terutamanya penyakit COVID 19 sedang melanda dunia. Begitulah mulianya hati TSMY, amat mengambil berat masalah rakyat.

    TSMY juga amat berterima kasih ke atas Tun untuk tunjuk ajar selama ini. Tiada langsung keluar dari mulutnya tentang pengkianatan, tikam belakang dan sebagainya. Beliau mengaku telah mendapat restu dari Tun sendiri sebelum mencalonkan namanya sebagai PM Malaysia dengan disaksikan oleh 2 orang. Jadi macam mana Tun kata TSMY mengkianatinya. Beliau juga mengakhiri ucapan nya dengan bacaaan suci ayat Al Quran.

    Jika kita badingkan ucapan Tun dgn ucapan TSMY, macam langit dan bumi rasanya. Seorang dgn nada pemaaf dan amat merendah diri dan seorang lagi dgn nada bengis, menuduh orang pengkhianat dan bercakap besar tentang cukup korum tapi tak ingat pun nama-nama orang yg menyokongnya. Biarlah seluruh rakyat Malaysia menilainya.

    Akhir kata, betul Julius Caesar seorang general angkatan perang, penakluk dan juga seorang stateman. Tapi Dato’ buat-buat lupa yg beliau juga seorang DIKTATOR. Sekian TQ

    ReplyDelete
  8. As I watch with interest (and some dismay) at the "pasar malam politik" evolving, I am moved to offer my two cents worth on what may or could happen and unfold, going forward.

    Readers should be advised that I am a non-partisan and impartial "rakyat", offering my thought as such.

    I think that, since Dr M receives strong and unified support from PH, it is imperative therefore that PH's rivals take actions to 'crush' this support - I feel that it is logical to think so, judging from the kinds of "pasar malam politik" evolving during those recent few days which culminated into a change of government that we (the "rakyat") witnessed.

    That could probably best done through a campaign of lies & slander directed against Dr M, intended probably to create and instill mistrust and suspicion towards him from amongst his PH supporters, which then hopefully culminates into a weakening of that support which he enjoys.

    Far more than that, a condition of internal dissent and chaos within PH will arise (because of the opposing viewpoints emanating from those who are not infected by those ideas of lies and slander and therefore still maintain that trust in him, against those who, because they have been infected by the ideas of lies and slander concocted against Dr M, have mistrusted him).

    In the final analysis, disunity is sowed within PH (due to the campaign of lies and slander against Dr M), and the stable support that he (ie Dr M) enjoys turns instead to internal chaos and dissent within PH, resulting in a much weakened opposing faction to Perikatan Nasional.

    PH's rivals to power would then benefit handsomely.

    Just a thought to share, regarding what might or could happen and unfold.

    ReplyDelete
  9. Tak ingin mengutuk si kitol atau si ketul. Tak perlu buang masa untuk mereka yang tak berguna dan tak berprinsip itu. Tiada siapa nak mengaku diri pengkhianat. Dunia politik ini tidak dapat lari daripada 1001 gelagat dan muslihat, rata-rata bertujuan untuk menjatuhkan lawan demi kuasa dan kedudukan. Budaya saling mencaci, memfitnah, membelot, berkomplot dan sebagainya memang sebati dengan jiwa politikus palsu. Hanya orang lurus macam bendul tiada tempat dalam bidang ini. Biarlah mereka yang khianat itu menjawab di parlimen dan di akhirat nanti.

    Tersentuh emosi ketika menatap sajak Tok Kadir buat Tun yang berjudul Hari Ini Dia Tidak Berada Di sini lagi. Tanpa disedari, air mata berlinang apabila mengenang jasa dan budi Tun terhadap negara dan kini kelibatnya 'hilang' dari Perdana Putra yang diilham dan dibinanya. Mungkinkah Tun akan kembali semula ke JPM buat kali yang ketiga? Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Terima kasih Tok Kadir kerana turut menghargai sumbangan Tun selama ini.

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:06 AM

    For me dato, I will reserve my jugdment until I know for sure if there is some truth to the rumour that Anwar has initiated the movement to oust tun even though he has backed down from forcing tun to put a date to the transition in that fateful friday meeting of majlis presiden PH.

    What is clear from last week crisis, as we have suspected all along is that Anwar simply doesn't have the numbers to become PM. Therefore its quite meaningless for him for tun to hand over the PMship. He simply cannot survive the no confidence vote that will definite follow. Anwar must somehow find a way to shore up him numbers. And he must do it before tun hands over to him. Knowing Anwar's political style he will resort to what he does best. Creates chaos, political agitation, protraying himself as a victim, as he has done in 1998. By this he will hope to get enough symphaty support to shore up his numbers.

    Azmin, as his deputy and comrade for so long, of course knows this and has been preparing to counter this move by Anwar. His show of strength that day by calling 20 umno MP at his residence is a reminder to Anwar that it won't be easy for him and that he too has something up his sleeve.

    Yesterday on the first day of TSMY as PM, the IGP went to see tun. Tun has no power to summon him. It's very likely that TSMY has asked him to see tun. What was it about? Was it to confirm the above rumour??

    ReplyDelete
  11. I dont agree that we need a 95 year old PM. By now, we should already have younger leaders able to manage our country effectively.
    Betrayal or not, I think Tun Mahathir is no longer in his prime. We need to accept that fact.
    We need more capable leaders in our country to steer us into the modern digital age with vigour and strong intellect. My 2 cents.

    ReplyDelete
  12. What is going to happen to your party?
    PKR has got rid of the troublemakers Maybe more of SiKitol and Mak Lampir's followers will leave. PKR will regroup and rebuild to become stronger. They have a lot of young talented people who will rebuild the party to become a formidable force in years to come.
    DAP well same old same old Very strong branding among Chinese Indians. They are used to being opposition.
    What about Bersatu? merge with UMNO? What about all the young talented people in Armada-some were ministers. UMNO will never give them a chance. Kindly ask them to join PKR or Amanah

    ReplyDelete
  13. Kadiag, السلام عليكم
    Selain nak terima kasih kad hang yg bawa madah Mark Anthony
    dari penglipog lara Shakespeare yg masyhog tu,
    nak habag mai, gerombolan suci mulia pimpinan Brutus
    di Malaya, ada lagi selapih kumpulan maknusia, yg tegamak di pangge yg maha mulia.
    Aku

    ReplyDelete
  14. Salam Dato’ Kadir Jasin

    Saya tahu Dato’ dalam keadaan tertekan dan marah sekarang. Tapi percayalah Dato’, jadikan Al Quran sebagai panduan untuk tindakan Dato’ seterusnya. Janganlah kerana nyamuk, habis kelambu dibakar. Izinkan saya memberi sedikit panduan dari ayat-ayat suci Al Quran untuk runjukan Dato’ ye.
    Dan juga berpesan pesan kepada kebenaran kepada yg dihormati Dato’ Kadir Jasin spt yg dituntut dalam surah Al Asr’ (1-3).

    Pertamanya, apa salahnya penyatuan umat Islam sebagai gabungan parti dominant di Malaysia ni. Malah ianya amat-amat digalakkan seperti tuntutan di dalam Islam Al Imran (103 – 105). Dengan kekuatan Islam tiadalah lagi penghinaan terhadap agama Islam , terhadap Rasul dan terhadap orang Islam. Tiada lagilah yg berani menyuruh Zakir Naik yg begitu besar jasanya terhadap Islam, dihalau je oleh kafir. Kedua, kenapa juga Dato’ tidak menghayati Surah Al Mumtahanah ayat 1 yg berkali -kali saya ingatkan, dimana Allah telah memberi panduan yg begitu jelas dan nyata apakah batasnya bersahabat dengan kafir. Janganlah sesekali menjadikan teman rapat kamu dikalangan orang orang yang tidak beriman. Ketiga, TSMY pun dah berjanji akan mengambil orang yg benar-benar bersih sahaja menganggotai kabinetnya dan tidak akan campur tangan dengan kes mahkamah yg sedang berjalan sekarang. Ianya dipersetujui oleh PAS dan Parti gabungan lainnya. Apa lagi yg Tun nak sebenarnya ni. Gila kuasa ke?

    Sudah sudahlah Dato’. Makin lama saya nampak Dato’ ni makin merepek la. Kita ni hidup bukannya nak menongkat langit la Dato’. Cukuplah urusan dunia tu, tambahkan pula saham di akhirat pulak. Ikut je apa yg disuruh di dalam Al Quran. Sedikit panduan saya dah bagi di atas tu.

    Akhir kata, Nasihatlah ke Tun suruh pencenjelah. Nak kejar dunia apa lagi. Tak payahlah nak bergerak ke seluruh negara kata nak beri penerangan. Rakyat Malaysia bukannya bodoh bodoh la. Lagipun, musim COVID 19 ni, janganlah galak sangat. Ada orang kata COVID 19 tak bahaya sebenarnya cuma propaganda, TAPI kalua Doctor yg merawat pesakit sendiri pun boleh mati, tak bahaya apa kebendanya tu. Bukan je Dr mati, Pakar pakar pun mati juga. Umur 60 tahun ke atas, lagilah tinggi risikonya tu Dato’. Sekian TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato Kadir tak merepek.... Yang merepek tu awak!..

      Delete
    2. .. awat tak sangkut paut ka keleptokrat ahli pakau dia pukau sekali dengan kau kau

      Delete
  15. It's amusing to read declarations like "Muhyiddin Yassin.. You are not my PM". From sulky people throwing a tantrum. So self-important, thinking it has some sort of effect on things. IT DOESN'T. It just makes the writers and speakers look silly and clueless .

    Whoever consented to and sworn in by the Agong IS the Prime Minister of Malaysia. You refuse to accept this? IT DOESN'T MATTER AN IOTA. The country's administration will go on regardless while you continue to shout, scream and pull out your hair. "But this might hurt Muhyiddin's feelings"...? HAHAHA!

    Accept the current realities, and adapt to these. That's how the individual thrives.

    -- Lee Watts aka "Winner" --

    ReplyDelete
  16. USURPER REGIME HAS NO MANDATE! USURPER REGIME FEARS VOTE OF NO-CONFIDENCE! USURPER REGIME TALKS COCK! USURPER REGIME IS BLATANTLY BREACHING THE LAW AND RULE OF LAW! I'M SUPPORTED BY GK GANESAN!

    No notice, no delay, lawyer says on new Dewan Rakyat date https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/04/no-notice-no-delay-lawyer-says-on-new-dewan-rakyat-date/

    ReplyDelete
  17. Salam Dato.

    Politicians cite this play when they feel they are defeated.

    Finally it has been revealed the disciples have been distracting the Master by sweet words but lace poisons on the enemies to further their hidden agenda.

    In middle ages they were called Court Jesters. Willing to sell to highest bidder. While court jesters tasks are to entertain the king, some eventually turned out to be Rasputin.

    Eventualy the king was left walking on the street with no cloth figuritively as the commoners look in horror and some laughing.

    We may not know the final play but must be reminded cats have 9 lives. The audience deserve happy ending and righteous win.

    May god save our country

    ReplyDelete
  18. Dato,

    Garis bawah politik Malaysia ialah politik perkauman. Oleh kerana kaum Melayu majoriti, baik dari segi banci pengundi atau demografi sempadan kawasan pilihanraya, maka secara pragmatiknya citra Melayu wajib disantuni oleh mana-mana parti politik yang nak berkuasa di Malaysia.
    Mungkin TDM mempunyai wawasan politik yang jelas untuk Malaysia. Mungkin ada, mungkin juga tidak. Yang pasti, TDM naik dipersada politik Malaysia melalui tangga politik Melayu. Dalam PH, TDM tidak dilihat membela Melayu, malahan terus menerus menempelak Melayu melabel mereka sebagai pemalas, peminta-minta dan perasuah. Lebih buruk lagi, TDM tak pula dilihat menegur gelagat balaci DAP yang macam kaduk naik junjung menghiris jiwa Melayu. Dalam masa yang sana, TDM bersikap lok-lak dalam isu serah jawatan kpd Anwar yang nampak ghairah bernafsu dan gelojoh pada kerusi PM. Pelantikan Azmin ke potfolio penting dilihat sebagai strategi untuk melenmahkan pengaruh Anwar dalam PKR. Itu menjadi antara punca PKR berpecah dan Azmin bertukar menjadi power broker bebas dalam politik PH. Panggil lah apa saja nama kepada Azmin, tetapi dia perlu lakukan apa yang perlu untuk survival politiknya.
    Bagaimana pula dengan TSMY? Dia berpengalaman dan seorang yang berani hanya apabila perlu dengan tidak bercakap banyak. TDM menganggap TSMY sebagai seorang yang tidak pintar ala budak sekokah yang berkot dan bertali leher. Dia pernah dibuli tanpa jawatan walaupun menang kerusi Naib Presiden UMNO dulu selepas ditarik dari kerusi MB Johor. Sukar rasanya untuk TSMY lupakan kezaliman atas dirinya itu. Nah sekarang beliau telah bertindak laksana Kamal Attartuk menyelamatkan bumi Turki dari kehancuran akibat kucar kacir sistem pemerintahan beraja. Macam-macam nama buruk diberikan kepada Kamal Attartuk tetapi tanpa sosok itu hampir pasti bumi Turki telah diracik-racik oleh British dan sekutunya. Mungkin, tanpa keberanian TSMY pada saat ketaktentuan politik PH, politik Melayu hilang peluang untuk menyatu dan kuat semula. Jika episod ini mrnjadi noktah hitam bagi politik TDM, tak mengapa kerana jika sekiranya tugu-tugu peringatan didirikan bagi setiap anak bangsa yang telah berjasa besar, maka tak dapat tiada salah saru tugu itu pasti milik TDM.

    ReplyDelete
  19. I'm an individual member of the International Law Association and Harapan coalition. My academic and scholastic writings and commentary is backed by the CEP, the International Centre for Political Violence and Terrorism Research and Stanford. Takfiri Terrorist Network Groups such as Al-Qaeda and Islamic State (ISIS) have AFFILIATES such as Al-Nusra or Nusra Front in Syria and Al-Nusra’s most important alliance in the Idlib governorate included Ajnad al-Sham, a deceased Malaysian Islamist politician's transnational terrorism vehicle, whose Malaysian Islamist political party was known for its TAKFIRI STANCE as stated by its present leader and been condemned by Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang etc.

    https://www.counterextremism.com/content/takfir

    https://cisac.fsi.stanford.edu/mappingmilitants/profiles/hay%E2%80%99-tahrir-al-sham

    https://www.jstor.org/stable/26351300?seq=2#metadata_info_tab_contents

    ReplyDelete
  20. Not that I love Tun M less, but I love Malaysia/Muhyidin more! Boleh gitu?

    ReplyDelete
  21. Dah gaharu cendana pula. Kini, dia pandai-pandai nak tuduh si pengkhianat yang berjaya menumbangkan PH. Cuba bagi penjelasan sikit, siapakah yang cuba menggulingkan kerajaan DR Mahathir pada tahun 1998 dan sekali lagi mencetuskan idea untuk berkomplot bagi menubuhkan kerajaan pintu belakang pada tahun 2008? Yang beza sekarang ini ialah si anak murid didikannya itu cuma mencuri idea lama mentornya lalu diubahsuai dan ditambahbaikkan sana sini mengikut perkembangan zaman. Peristiwa mengajak lompat parti untuk menikam musuh politiknya dari belakang masih segar dalam ingatan kebanyakan rakyat. Jadi, tak perlulah terhegeh-hegeh berteriak bahawa dirinya mulia dan berprinsip serta berpegang teguh kepada mandat rakyat. Dia ini 2x5 jer. Taktik basinya dah tak laku sebab semua orang kenal siapa si pengecut dan pengkhianat terkenal tanah air kita selama ini. Baik dia ini membisu diri daripada berterusan memalukan diri sendiri di khalayak ramai. Cermin-cerminlah diri dan bermuhasabah sebelum melenting supaya menjadi seorang manusia yang rendah diri selaras dengan gelaran YB yang diberikan oleh seluruh pengundinya.


    Kini, nasi sudah jadi bubur dan pasti dia ini tengah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kalau hendak diungkai, punca kejatuhan PH ini bermula daripada perbuatan angkuhnya yang membiarkan anjing segala anjingnya, termasuk anjing laut, menyerang Tun sejak September 2018. Kemudian gejala binasa ini merebak ke puak dap lalu menyebabkan serangan yang bertubi-tubi ini berlarutan dan hilang kawalan. PH memang luar biasa dalam babak ini. Lantaran itu, pihak musuh pula mengambil peluang terbuka ini untuk menggempur keretakan PH yang kian lemah. Kesudahannya, kubu yang dibina tak sampai 2 tahun ini ranap berkecai. Padan muka makhluk yang angkuh dan bersikap cacing kepanasan tetapi menguar-uarkan kononnya kesabarannya dah sampai tahap dewa. Betul ker..?

    ReplyDelete
  22. Sbb itu fitnah lebi buruk dari qital.
    TM tikam Malays from front, back, down n above. Tu pun, stil not satisfied.

    ReplyDelete