Monday, March 09, 2020

Dewan Rakyat Boleh Pastikan Kesahihan Kedudukan Muhyiddin



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

 
Hak Raja melantik, hak Parlimen membahaskannya
NOTA: Rencana ini dipadankan daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian, Ahad 8 Februari.

APABILA seseorang Ahli Parlimen Malaysia mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka sahlah dia menjadi Perdana Menteri.

Kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri adalah di luar pertikaian kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.

Perkara 43(2) menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Maksudnya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri kalau pada pendapatnya orang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan. Tidak perlu bukti atau akuan bersumpah (SD).

Yang berbeza dulu dan sekarang ialah keadaan di mana pelantikan Perdana Menteri berlaku. Sebelum ini isu kecukupan sokongan dalam Dewan Rakyat tidak pernah timbul kerana calon Perdana Menteri mempunyai majoriti yang jelas.

Juga, sebelum ini tidak pernah berlaku "rampasan kuasa" di pertengahan penggal seperti yang terjadi pada 23 Februari sehinggalah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dan Tun Dr Mahathir Mohamad tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri pada hari berikutnya.

Maka sebelum ini isu sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat tidak relevan dan tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa pun. Ini adalah kerana parti Perdana Menteri (Perikatan dan selepas itu Barisan Nasional) mempunyai majoriti besar di Dewan Rakyat.

Setiap calon Perdana Menter sebelum ini, termasuk daripada PH, mempunyai majoriti yang jelas apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Misalnya, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei 2018, Dr Mahathir melalui PH dan parti-parti yang bersekutu dengannya memperoleh 121 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Begitu juga dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri lain. Mereka mempunyai majoriti jelas selepas PRU kecuali Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 1969.

Tetapi sekarang, isu kecukupan majoriti menjadi perkara pokok kerana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri hampir dua tahun selepas PRU tanpa diumumkan sokongan sebenar yang beliau peroleh daripada ahli Dewan Rakyat.

Sebaliknya, Dr Mahathir mengisytiharkan secara terbuka yang beliau mendapat kepercayaan 114 ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya dengan menandatangani Akuan Berkanun (Statutory Declaration).

Dakwaan Dr Mahathir itu sekadar teknikal kerana seperti yang beliau beritahu media massa, permohonannya kepada Istana Negara untuk mempersembahkan hal itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, tidak mendapat jawapan.

Namun begitu, kemelut ini boleh diatasi dengan mudah melalui proses Parlimen, iaitu dengan salah seorang penyokong Muhyiddin mengemukakan usul undi percaya terhadap beliau.

Atau salah seorang ahli Dewan Rakyat PH mengemukan usul undi tidak percaya terhadap beliau.

Maksudnya, pengesahan mutakhir pelantikan Muhyiddin diserahkan kepada ahli Dewan Rakyat. Melalui usul percaya atau tidak percaya itu ahli Dewan boleh mengundi menyokong atau tidak menyokong pelantikan beliau.

Malangnya, bukan sahaja proses demokrasi berparlimen ini tidak dilaksanakan malah sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac ditunda kepada 18 Mei.

Dengan itu, bukan sahaja proses demokrasi tergantung malah kedudukan Perdana Menteri terus menjadi bahan perbahasan. Ini adalah kerana Muhyiddin menjadi Perdana Menteri melalui penggulingan kerajaan PH bukan melalui mandat pilihan raya.

Penangguhan Parlimen yang begitu lama tentulah mencetuskan kehairanan umum tentang keyakinan Muhyiddin dan penyokongnya terhadap sokongan kepada gerakan rampasan kuasa mereka.

Ini amat membimbangkan kerana dalam keadaan genting seperti sekarang, peranan Parlimen amat kritikal bagi memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri dan pentadbiran negara.

Wallahuaklam.

12 comments:

  1. Anonymous12:16 PM

    I heard that TSMY has met up with tun last night. My stand is this. Both have the same goals. But they differ on how to go about doing it. Tun has to do what he has to do. He's right to stick to his principles. But TSMY also has to do what he has to do to achieve these goals and he is right to pursue them the way he thinks will lead to success. You can accuse a person as treacherous if his real objective is personal, but you can't accuse him of that if he has no self interest in it.

    Tun still has considerable influence in both umno and bersatu. If there is one person who can really clean up umno it has to be him. Just make sure the penyamuns cannot return. Better still, get umno to agree to disband the party and join bersatu. It just doesn't make any sense to stick to the brand name of umno when it has become so rotten. Now that he is free from PM's duty, tun can devote his time to do this and ensure it's success. Another great legacy for him to leave behind.

    ReplyDelete
  2. Mana berani. Risiko....

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Kadir.

    Saya kira tiada sesiapa pun yang ragu-ragu bahawa TSMY akan jatuh melalui usul undi tidak percaya sebaik parlimen bersidang.

    Dengan ia membawa kumpulannya berpaling tadah daripada PH dan menyebabkan kerajaan PH jatuh ia telah pun memiliki musuh yang tidak sabar untuk menjatuhkannya sebagaimana dia telah menyebabkan kejatuhan mereka apabila dia berpaling tadah.

    Kini dengan ia tidak melantik Presiden PAS dan Presiden UmNO memegang sebarang jawatan di dalam kabinet ia telah mencipta musuh baru di kalangan UmNO dan PAS sendiri yang telah menaikkannya.

    Persoalannya, siapakah yang akan mendapat undi percaya untuk menjadi PM sebalik dia dijatuhkan melalui undi tidak percaya.

    Tun tidak akan mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli parlimen PH yang melihat punca kejatuhan mereka ialah kerana Tun telah meletakkan jawatan, apatah lagi ketika majoriti mereka mempunyai calon idaman lain iaitulah DSAI.

    DSAI, sekalipun akan mendapat undi paling ramai tetapi masih tidak akan mendapat majoriti yang diperlukan. 6 ahli-ahli parlimen PPBM yang kekal bersama Tun dan tidak mengikut yang lain-lain berpaling tadah bersama TSMY tempohari termasuk Tun sendiri dilihat tidak akan menyokong DSAI.

    DSAI perlu kembali berharap kepada ahli-ahli parlimen UmNO dan PAS yang kecewa tidak dilantik oleh TSMY.

    Walau di dalam keadaan mana pun saya melihat hanya ada satu keputusan sahaja yang mempunyai kebarangkalian iaitulah stalemate.

    Adakah negara mempunyai jalan keluar di dalam keadaan stalemate ini? Jawapannya ya, kerana Perlembagaan Malaysia mempunyai peruntukan yang merupakan satu jalan keluar yang masih mengikut rule of law iaitulah dengan YDPA mengisytiharkan darurat dan menukarkan sistem pemerintahan negara ini daripada demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan kepada monarki mutlak.

    Apabila darurat diisytiharkan, parlimen dan demokrasi akan digantung dan YDPA menjadi raja tunggal yang berkuasa mutlak di dalam negara ini termasuklah kuasa untuk memilih PM tanpa terikat dengan pilihan parlimen mahupun proses demokrasi.

    Precedentnya sudah ada iaitulah perisytiharan darurat pada tahun 1969 di mana YDPA sendiri telah memilih pengerusi Mageran pada ketika itu tanpa perlu melalui apa-apa proses di parlimen.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. 9.3.2020

    Rumah sudah siap. Pahat masih berbunyi.

    Anwar sudah di halang, DAp sudah terbenam. Najib tiada dalam kabinet, zahid juga.

    Apalagi Mahathir mahu?


    Saksikan perang proksi Mahathir dengan kerajaan PN.

    ReplyDelete
  5. Salam Datuk AKJ, Saya yakin kerajaan pintu belakang@pengkhianat ini tidak akan bertahan lama.... Karma akan akan menimpa mereka. Kesian Mantan Mufti WP terheret sama dalam kelompok penipu Dan pelacur-politik.

    ReplyDelete
  6. Dato,

    Agong lantik TSMY guna kuasa yg diperuntukkan Perlembagaan. Jadi memang tak boleh persoalkan lantikan itu sementelahan pula memang dah jadi perbualan umum TDM dan kem DSAI sedang "berperang" berebut kerusi PM. Tidak ada unsur rampas kuasa kerana semasa lantikan itu Malaysia sedang tidak mempunyai Kabinet dan persaingan merebut jawatan PM sedang berjalan. Kira-kira siapa cepat dia dapat. TDM dan DSAI sibuk berebut, TSMY ada masa untuk ambil peluang dia. That's how I see it.

    PM8 tangguhkan sesi Parlimen pun masih ikut aturan Parlimen. Rakyat tak heran pun kerana memang perlukan masa untuk memulakan kerajaan baru. Jika itu dianggap sebagai helah politik maka itu juga sesuatu yang memang dijangka bagi seorang ahli politik yang sedang mempertahankan dirinya. Takkan kita lupa macamana UMNO diharamkan dahulu sebagai helah TDM untuk bentuk UMNO Baru purging pengaruh Ku Lie yang kalah tipis dengannya dalam perebutan jawatan Presiden UMNO. Ikut sudut mana pun itu taktik keji. In politics, TDM is a kind of politician who does not hesitate to kill his opponents. Ku Lie and Anwar were his victims. So, on this latest episode I wonder why Anwar failed to take his chance, or he never learn?

    Kerajaan DS Najib tumbang dengan chant "Najib pencuri" sehingga ada vote swing pengundi Melayu yg memenangkan PH. Pengundi fikir jika tiada lagi kecurian maka hidup akan lebih senang. Orang kampung dengan simple mind tak rasa hidup menjadi lebih baik dengan PH malahan duit BRIM menjadi kurang atau tiada.Harga petrol tak turun jugak, kos sarahidup terus naik. Sekarang TDM serang TSMY dengan chant "pengkhianat"; tak tahulah celah mana orang kampung nak kaitkan teriakan itu dengan kehidupan seharian mereka. Well, no harm trying, isn't it. Rakyat dah jelak dengan adegan duel TDM-DSAI kerana terlalu lama sebagaimana mereka juga muak dengan TDM masih lagi chant Najib kleptokrat sehingga dah masuk 20 bulan beliau menjawat PM7.

    UMNO-PAS nampak berhasil dengan chant "PH tunggangan DAP" dan "DAP anti Melayu anti Islam". Sekarang dah mula nampak Mat Sabu dan gengnya buat roadshow petah bercakap mengecam kerajaan "pintu belakang". Sayangnya mereka bisu seribu bahasa semasa isu ICERD dan Jawi sedang hangat dimainkan.

    Memang besar cabaran yg menanti kerajaan TSMY kerana musibah COVID-19. Harga petroleum dunia sedang jatuh dan harga saham turut jatuh. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah agar keadaan kembali pulih dan semoga dijauhkan dari malapetaka kemelesetan ekonomi.

    ReplyDelete
  7. Salam Dato’ Kadir Jasin

    Alhamdulillah, senarai cabinet baru telah dikeluarkan. TSMY dah tunaikan janjinya yg mana pemimpin yg turun naik court tidak dipilih (walaupun belum dibuktikan bersalah lagi). Zahid dan Najib kata mereka nak buktikan mereka tidak bersalah di mahkamah. Jadi apa lagi alasan Tun nak bagi lepas ni. Saya juga rasa cukup puas hati kerana senarai kabinet TSMY adalah mengikuti peratusan penduduk Malaysia. Bukan macam Kabinet Tun dulu. Barulah adil.

    Stratergy TSMY menunda sidang perlimen itu pun kena pada tempatnya. Bijak betul dia ni ye. Itulah Tun, suka memadang rendah pd orang lagi, padan muka. Tertewas juga Tun Mahathir akhirnya. Stratergy TSMY menghantar surat utk berdamai dgn Tun tapi ditolak oleh Tun mentah-mentah pun mengena. Biar rakyat melihat keikhlasan siapakah Tun Mahathir sebenarnya.

    Akhir kata, boleh ke saya bagi satu cadangan Dato’. Saya rasa tidak boleh ada 2 nakhoda dalam satu kapal. Jahanam nanti. Jadi, dah sampai masanya TSMY membersihkan partinya PPBM dari gunting dlm lipatan. Dah tiba masanya, Tun Mahathir perlu disingkirkan dan semua pengikutnya diberi kata 2, samada mahu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan atau dipecat. Tun pun dah tiada kuasa, siapa nak dengar cakapnya lagi. Ditambah cuka, baru sehari dua tiada jawatan, Tun dah pergi serang Anwar lagi sekali, apa pasallah pulak. PKR ni parti hardcore Anwar Ibrahim, bila Tun pergi jentik bossnya, melentinglah mereka semua. Jadi ada lagi ke orang nak sokong Tun Mahathir pd bulan May nanti? Saya rasa bulan depan pun mungkin Tun dah tiada penyokong. Itulah reality bila tiada kuasa ditangan. Kawan pun dah jadi musuh. Sekian TQ.

    p/s: kenapa komen saya ttg Tun Mahathir tu Dato’ reject. Saya cakap benda betul bukannya fitnah. Saya cuma nak specifically test Dato’, samada Dato’ ni professional ke tak. Dan jawapannya, Dato’ pun sebenarnya bukanlah professional dan adil sangat kan. Cakap dalam suratkhabar depan wartawan bukan main lagi, kita mesti adil dan professional. Tak bolehlah macam tu Dato’.

    ReplyDelete
  8. Senarai kabinet baru yang dinanti-nantikan itu telahpun diketahui. Nampaknya PM8 kita tidak menghampakan jasa kem komplot pembelot kerajaan PH. Masing-masing tersenarai untuk mengangkat sumpah 3 petang hari ini. Sementara menunggu parlimen bersidang dalam masa 2 bulan lagi untuk membolehkan satu usul undi tak percaya terhadap PM8, marilah kita nantikan hala tuju dan polisi baharu yang bakal dibawa oleh barisan kabinet PN di bawah kepimpinan TSMY. Mungkin pretasinya jauh lebih memberangsangkan dan menyebabkan orang ramai mengubah persepsi awal 'rampasan kuasa' dan 'pintu belakang' apabila rakyat mulai menikmati hidup lebih selesa dan terjamin berikutan ekonomi negara bertambah baik nanti. Atau, mungkin jangka hayat kerajaan PN turut pendek dan kecundang di tengah-tengah penubuhan akibat daripada perselisihan dalaman. Tiada siapa dapat menilik melainkan Tuhan. Sementara itu, kedengaran suara seorang insan kecewa menyayu dan terlara-lara akan nasib yang ditimpanya sebab bukan dia yang akan mengetuai barisan kabinet masuk Istana Negara nanti. Yes!

    ReplyDelete
  9. DS Anwar Ibrahim wanted to become the eighth PM, but it was not meant to be. Now that TS Muhyiddin is the 8th PM, he should be given the chance to prove himself. Who will become the 8th PM seems to be the pre-occupation and overwhelming obsession of every PH politicians and their supporters when PH was in power. PH has lost the seat of power to PN, but that has not stopped the pursuit of personal ambition and self-interests. True, a lot of questions arise in regard to the subject of PN's ascension to power from a position of relative and near obscurity - I have only known and read about Muafakat Nasional, but never have I heard or come across Perikatan Nasional before; PN as an entity only came to surface after our nation's political scene became embroiled in disorder and confusion - foremost perhaps the question of whether TS Muhyiddin really did garner the majority support he claimed he did. All these questions notwithstanding, no politicians, in their obsession and pre-occupation, should allow themselves to forget about, and thus become indifferent towards, the commmon people's and the nation's interests, which should be above and beyond the personal ambition and self-interests of politicians.

    ReplyDelete
  10. Sempat ke PM sampai tarik tu
    ..

    ReplyDelete
  11. Kadiag, السلام عليكم,
    Aku rasa depa dah agak dah, Dewan rakyat bulih undi tak pecaya kad depa. Munkin sabit tu, depa lantik punya ramai
    menteri2 dan timbalan, antara lain, dgn gaji dan elaun besag, kuasa untok bagi kontrek bebilion bilion....dan
    munkin jugak sabit tu, depa tangguh sidang parlimen.
    Maghap Kadiag, aku bila ingat UMNO bekuasa balik, aku ingat watak macam mantan menteri wilayah
    dan yg seangkatan.
    “Malah, Tengku Adnan menegaskan bahawa jumlah RM2 juta itu adalah tidak terlalu besar buat beliau sebaliknya
    hanya sekadar duit poket.
    (Berita Harian online 10 Mac 2020).”
    Yg aku heran sikit pasai apa sekorang korang dua mufti nampak mau bepihak kpd depa ni.
    Mufti2 ni nampaknya mengaji tinggi2. Jenuh nya dan bukan lepasan sekolah umum buta hurop buta kayu.
    Depa ni standed bulih fatwakan syiah sesat tapi orang Malaya,
    ahli sunnah wal juma’ah yg ‘dipenaungkan’ olih kepala2 feudal
    yg setakat aku tau, bukan sunnah dari Rosulullah dan khalifah arrasyidin.
    Tapi kalu aku khilaf, tulong betoikan.
    Aku ingatkan diri aku tentang akhlak ....” Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
    Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
    Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan
    dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.” ( dari notakuliah PISMP).
    Maksudnya yg aku paham, tak payah kod la bebelit petahankan kumpolan yg nampak jelaih tesasag.
    Islam tu mudah.
    Timboi balik rindu aku pd almarhum tok guru.
    Maghap no,
    Aku

    ReplyDelete
  12. Datuk,

    Seems like Tun deeply despises Anwar and won't allowed Anwar to lead the nation as a PM as long as he live. His recent shot to the head statement of Anwar's liberalism and that what makes the Malays rejected him, is so unbecoming. Frankly speaking, it's time for Tun to call it a day and let the younger generations take the charge. As for PH, I believe they can survive beyond Tun and the gang era.

    Once bitten, twice shy.

    Jamaludin

    ReplyDelete