بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Bilik kawalan dan pemantauan Internet CIA |
PERINGATAN: Apa yang anda baca sekarang dan
yang akan tulis dalam ruangan komen akan dibaca oleh umum dan besar kemungkinan dipantau oleh agensi perisikan.
Anda
mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun
anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap
diketahui.
Kalau
anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terrorist” (pengganas) berbahaya,
Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat
terbang tanpa pemandu) untuk membunuh anda.
Agensi
perisikan kita pun mempunyai kepakaran untuk mengesan akaun palsu. Sebab itulah
sudah ramai pengguna akaun palsu dan akaun “anonymous” yang dikenal pasti, disiasat,
dihadapkan ke mahkamah dan dihukum kerana melakukan pelbagai kesalahan,
khususnya menghasut.
Anda
mungkin berasa selamat dan gembira kerana beranggapan anda telah berjaya
menyembunyikan identiti anda apatah lagi mendapat bayaran untuk masuk ke laman
saya ini dan mana-mana juga laman, sama ada untuk berbahas secara sopan atau
sekadar melakukan “spam”, mencarut dan memaki-hamun.
Anggapan
bahawa kaedah komunikasi Internet adalah bebas, percuma dan selamat adalah
salah sama sekali khususnya mengenai kerahsiaan.
Mungkin
ramai sudah tahu tetapi saya rasa banyak lagi yang belum tahu bahawa Internet
yang sedang kita gunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.
Ia adalah
hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan
mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. Setelah pihak tentera berjaya
mewujudkan platform komunikasi yang selamat untuk kegunaan mereka, aplikasi
sampingan Internet dibebas dan diperluaskan bagi tujuan awam mulai tahun 1969.
Masakan
satu alat (tool) yang dicipta untuk tujuan ketenteraan dan kemudiannya
dibenarkan untuk kegunaan awam bebas daripada pemantauan dan perisikan
keselamatan?
Tentunya tidak.
Semua Dipantau
Komunikasi
Internet digunakan untuk menyalurkan pelbagai platform media sosial seperti
blog ini, Facebook, YouTube, WhatsApp, Messenger, WeChat, Instagram, QQ,
Tumblr, Qzone, Tik Tok dan Twitter.
Jadi,
walaupun pemilik akaun media sosial berasa bangga dan gembira menyebarkan
“spam” untuk tujuan berseronok-seronok atau mendapatkan bayaran (dedak) dengan menggunakan
akaun palsu (fake accounts) namun siapa mereka dan dari mana mereka beroperasi
tetap diketahui.
Facebook dianggarkan
mempunyai 2.23 bilion MAUs (monthly active users/pengguna aktif bulanan) dan
ramai daripada mereka adalah pemegang akaun palsu yang diwujudkan khas untuk “spamming”,
penandaan (tagging) iklan dan yang paling luas adalah menipu untuk mendapatkan
wang.
Pemilik
dan pengguna akaun palsu selalunya menggunakan nama, gambar profil dan
pengenalan diri yang luar biasa atau pelik.
Daripada
cara mereka menyamarkan diri kita sudah boleh mengagak status pendidikan, sosial,
keintelektualan, budi pekerti, afiliasi politik dan matlamat mereka.
Umumnya
pengguna akaun palsu ini tidak ada keyakinan diri atau bermotif jahat, mencari
makan sebagai pendedak dan soldadu siber parti politik.
Sayugia
diulang sebut bahawa istilah “dedak” ini tercetus di kalangan penggiat media
sosial Umno, khususnya blogger pada tahun 2014 berikutan herdikan Presiden Umno
dan Perdana Menteri ketika itu, Mohd Najib Abdul Razak terhadap blogger Umno. Mohd Najib melabelkan mereka bangang kerana mengkritik parti sendiri. Tonton Di Sini.
Dalam
konteks yang lebih khusus, penggunaan media sosial di Malaysia mendedahkan
banyak ciri yang boleh dijadikan petunjuk tentang tahap kesihatan mental masyarakat
kita.
Kita akan
mendapati ramai pengguna media sosial, khususnya yang menggunakan akaun palsu,
tidak berakhlak, cetek pengetahuan, terbelenggu pemikiran dan tidak toleransi.
Dalam
bahasa yang mudah, media sosial mendedahkan kehambaran pemikiran, nilai moral
dan iman kelompok masyarakat yang umumnya amat taasub dengan jenama
Melayu-Islam, maruah Melayu dan slogan agama, bangsa dan negara.
Wallahuaklam.
Terima kasih.
Cybertrooper belaan pemimpin ketuanan melayu yang melampau bijaksana hingga boleh di scam berbilion wang titik peluh rakyat tidak takut ini semua. Kemuskilan: Kalau dah mengaku di scam dan berbilion ringgit wang rakyat digunakan, bila nak memohon maaf dari rakyat atas bijaksana yang melampau ini??? Ini berapa besar punya haram...
ReplyDeletebuta kayu sunggoh la hang ni pak kadiaq
ReplyDeleteTest is
ReplyDeleteKau sememangnya bodoh la kadiq itu je nak cakap melalut apa sampai ke USA bila dikecam netizen Malaysia...sebab benda yg kau tulis menampakkan kebebalan diri sendiri Sebab tu orang kecam la... Be a professional sikit jgn nampak kebudakkan umur dah lanjut rumah kata pergi kubur kata mari dah pun... Ape benda la kau ni
ReplyDeleteHahahaha...mana superring saya? Nak makan selepas baca artikel ni...hahaha
ReplyDeleteKadir tua keparat
ReplyDeleteSembang la ang kadiaq..pompang2 isi pon xdak..skrg org sudah boleh berfikir...hang pon guna media sosial hang taboq fitnah merata, lepas tu bila kena kecam ,buat posting kt blog plak ke? Buat la posting fb kadiaq weii..tisu
ReplyDeleteBersedia untuk dikecam jika kita bersedia mengecam orang. Itulah hakikatnya dalam dunia maya
ReplyDeleteTapi saya bot..bagaimnaa nk trace?🤣🤣
ReplyDeleteapa merepek ni En Kadir..
ReplyDeleteoh i'm not a bot neither a fake acc.
Sudah-sudahlah Pak Kadir, kembalilah ke tikar sejadah, rakyat Malaysia sudah bosan dengan fitnah-fitnah dan penipuan-penipuan puak-puak PH..
ReplyDeleteTerima kasih kepada Datuk kerana memberi ingatan dan penjelasan mengenai penggunaan internet.
ReplyDeleteTetapi yang saya tidak faham mengapa apabila berbicara politik yang bersifat negatif Datuk masih juga terbiasa mengaitkan dengan umno atau Najib di sini mengenai istilah dedak.
Yang lain2 saperti Bersatu sendiri, Amanah, PKR, DAP, Warisan dll tidak ada element2 negatif ke.
Mengapa dalam tajuk ini Datuk tidak menyeret sama cyber trooper DAP iaitu redbean trooper yang juga di percayai mengguna identiti palsu.
Sekian.
Terkucil pulak Pak Kadir ni
ReplyDeleteassalam Pak Kadir,
ReplyDeletewow!! penulisan kali ini memberi makna dan tafsiran yang membawa pelbagai maksud tersurat dan tersirat.
Pak Kadir,
saya berharap dan amat berbesar hati agar Pak Kadir sentiasa jika di beri keizinan Allah untuk terus berkarya meluahkan isi hati terutamanya dalam bidang politik tanahair kita..
Ini kerana, daripada penulisan-penulisan sebegini, saya dapat membaca dan membuat keputusan sewajarnya dari sudut seorang pengundi yang menentukan hala tuju negara kita..
Pelbagai ragam, karenah, kecenderungan serta sifat sebenar politikus di tanahair kita ini mutakhir ini dapat kita simpulkan adalah amat menjijikan dan penuh dengan kepalsuan demi memuaskan hawa nafsu pelbagai pihak yang bersekongkol untuk merebut kelebihan berkuasa tanpa hala tuju, cita-cita, aspirasi yang jitu hanya membawa kepada kerosakan yang akan menjadi barah dalam negara kita yang akan menjangkit pelbagai sektor kehidupan, masyarakat, struktur organisasi yang seterusnya akan mempengaruhi cara kita membuat keputusan dan menjalankan kehidupan seharian kita dulu, kini dan selama-lamanya hingga menjadi budaya dan meruntuhkan negara kita dengan ke arah "low class mentality country" dan pelbagai lagi penghinaan dasyat dan jijik dan kecelakaan yang besar.
BTW Pak kadir,
ada pihak yang cuba menganggu gugat kehidupan Pak Kadir ker?? Walaubagaimanapun, saya harap Pak Kadir sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..
sekian, terima kasih.
Tok Dir,fb dah tutup ke?
ReplyDeleteOiii.. Agak laa pun nak cakap.. Apsal x allow komen?
ReplyDeleteDia punya semangat macam pakar 🐒🐒
ReplyDeleteSemoga semua akan terzahir didunia
ReplyDeletedah takdak org nak komen pak kadir..depa takut serangan dron CIA..🤣🤣🤣
ReplyDeleteAssamualaikum, salam sejahtera.
ReplyDeleteStatus Facebook saya tak padam. Ada lagi.
Cuma oleh sebab banyak sangat hamba abdi Najib masuk cari makan dengan fitnah, makian dan carutan, saya buka Facebook saya kepada "Friends" saja.
Saya cadangkan mereka yang tidak lagi boleh akses Facebook saya, supaya masuk Facebook Najib.
Terima kasih
Kat sini, pun tentera bawang akan datang, nak tanya mana pengkalan drone terdekat??
DeleteCall it branding but i aint gonna let tony pua screw our malays via kesas highway deal or gamuda or income taxes collection
ReplyDeleteDahtua pun bodoh
ReplyDeleteeh ingat pejuang sgt, hadap la semua kecaman
ReplyDeletePak Kadir kini hanya mampu menulis untuk kawan² FB yang terhad jumlahnya..
ReplyDeleteInilah dia bekas Ketua Pengarang yang sudah tidak mampu berhadapan dengan komen dan reaksi spontan masyarakat umum terhadap tulisannya..
Semuanya gara-gara sebiji bom oleh Najib sebagai tindakbalas terhadap ribuan bom untuk dirinya..
Kalau saya anak Pak Kadir, saya akan kata, "ayah.. cukuplah.. dok rehat baik² di rumah.. bagi orang muda² pulak.."
Pak Kadiaq bila nak start buat kelas saham.... Saya nak joint... 🙋♂️
ReplyDelete- Jep Sepah3 -
Bila izrail datang memanggil..
ReplyDeleteJasad terkubur di pembaringan.
Waalaikummusalam Pak Kadir
ReplyDeleteCelupar mulut Pak Kadir. Hamba abdi najib? Marah betul Pak Kadir? Saya pun teringin hendak marah Pak Kadir .Tapi, saya tidak jumpa perkataan yang sesuai. Lagipun, kata2 kesat Pak Kadir mungkin disebabkan peningkatan umur dan kekecewaan tersendiri Pak Kadir.
p/s Boleh tunjukkan saya kaunter cari makan kelolaan najib?
Assalam Dato' penasihat Tun M,
ReplyDeleteSudi-sudilah jengok channel Prihatin TV dan tengok komen2 di bawah tajuk berikut;
1. DADDY SAYS OKAY BOBOI AS DPM II
https://youtu.be/6lb74WPG8XA
2. SIAPA PENGKHIANAT SIAPA PENYELAMAT?
https://youtu.be/sL7JoKiKHfQ
3. TUN M TULIS MELAYU BACUL SEBAB TAKUTKAN DAP..
KAMI KATA : BIARLAH JADI MELAYU BACUL DARI MELIHAT MELAYU DIBAKULKAN..
https://youtu.be/9ISR2yHfU-U
Lihat sendiri statistik prestasi budak2 DAP dari PRU 2 HINGGA 14 dan fikir2kanlah wahai Melayuku!
Salam DAKJ, semoga setiap caci maki kepada Datuk itu ditukar kepada pahala yang besar kepada Datuk.
ReplyDeleteSaya bukan bertujuan memuji tetapi saya rasa Datuk adalah salah seorang 'wira tak didendang' dalam negara. sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang Maha Mengetahui.
Teruk pak kadir kena hentam dengan bossku lately ni. Huhu.
ReplyDeleteSalam mesra...nampaknya ada yg terkesan dgn pendedahan2 salah laku mereka...tetiba semua dtg 'attack'....tahniah Dato,..surely 'the pen is mightier than d sword'...
ReplyDeleteMcm cacing kepanasan depa...hahahaha..
ANWAR CHECKMATE TUN M?
ReplyDeletehttps://youtu.be/fsKgKkZV9IM
TUN M HANYA TERSENYUM - ANWAR JANGAN YAKIN SANGAT!
Assalam DKJ..
ReplyDeleteKenapa hantaran kami masih tidak dapat kelulusan tuan ya? Sudahkah tuan layari youtube channel kami dan nilaikanlah sendiri isinya.. kenapa perlu gusar dengan pendapat ikhlas kami ya?
Semoga boleh dipertimbangkan semula kelulusan memasuki blog tuan.
Terima kasih.
Mengapa pencaci semua suka sangat memaki hamun dan menyerang pribadi orang, langsung tidak hormat pandangan berbeza...?
ReplyDeleteMereka anggap semua pandangan berbeza sebagai FITNAH dan CACIAN. Hanya pandangan mereka sahaja yg betul. Inikah cara mereka untuk menarik sokongan pengundi atas pagar....???
Happy 95th Birthday Day, Tun! May you be always protected and blessed. Looking forward to see you bring forth the no confidence motion and retell the story in your memoirs "A Doctor In The House" from page 684 to 698. It is time to let the younger generation to learn more about the very 'hero' in that specific chapter. Long Live Tun!
ReplyDelete