A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Notis Facebook menyekat akses saya
1. Mulai kira-kira jam 6.30 petang Khamis, 31 Disember, kesampaian (access) saya kepada Facebook disekat (blocked) selama 24 jam seperti notis di atas.
2. Alasannya kerana "didn't follow our community standard" (tidak mematuhi piawaian komuniti kita) dalam tampalan pada 31 Disember dan 26 Jun. Selama tempoh sekatan tersebut, saya tidak boleh sentuh Facebook saya dan Facebook sesiapa pun kecuali untuk baca.
3. Setelah membaca balik empat rencana yang saya siarkan pada dua tarikh tersebut, saya tidak mengesan apa-apa yang luar biasa atau di luar norma tampalan-tampalan saya.
4. Lantas saya maklumkan kepada beberapa orang sahabat dan bertanya jika mereka tahu sebab musabab sekatan dikenakan ke atas saya.
5. Salah seorang yang memantau media sosial memberi jawapan berikut: "It's how Najib's trolls and UMNO cybertroopers work. They group together and all do a report on a comment or post en-masse, which normally could get a person blocked."
6. Dalam bahasa Melayu: "Inilah cara penghasut-penghasut maya Najib dan laskar siber Umno buat kerja. Mereka berkumpul dan semua mereka membuat laporan serentak terhadap sesuatu komen atau tampalan yang selalunya boleh menyebabkan seseorang disekat."
7. Wallahuaklam. Tapi ada lojiknya kerana dalam recana bahasa Inggeris mengenai moratorium pembayaran balik pinjam bank dan pengeluran simpanan KWSP itu, says ada menyebut nama Najib, 1MDB dan SRC International Sdn Bhd. Mungkin ini adalah antara kata-kata kunci untuk menggerakkan tindak balas. Lagi pun Najib sendiri melakukan serangan balas terhadap dengan mengulangi fitnah mengenai Realmild Sdn Bhd. Lojiknya, bila saya tulis dan orang balas, tak perlulah nak sekat-sekat. Kita mainlah cara anak jantan.
8. Selalunya rencana dalam bahasa Inggeris tidak mendapat komen yang banyak. Tapi dalam kes ini, ia mendapat lebih 700 komen yang kebanyakannya jenis "dedak".
9. Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak-pihak yang ada pengaruh ke atas Facebook terlibat dengan penafian hak saya walaupun rencana bertajuk "Dangers of Bleeding Banks and EPF" itu kritikal terhadap sesetengah tindakan kerajaan.
10. Sebagai langkah berjaga-jaga dan saluran alternatif, saya akan siarkan semua atau sesetengah rencana Facebook dalam Blog saya, The Scribe A Kadir Jasin.
11. Saya harap penjelasan sahabat saya mengenai "trolls" dan "cybertroopers" itu tidak betul. Tapi kalau betul, amatlah mendukacitakan kerana orang dari kasta dewa boleh menggunakan kuasa politik dan duit ringgit bagi menafikan hak orang ramai bersuara di alam maya.
12. Akhir kalam, saya ucap selamat tahun baru 2021 kepada semua. Moga-moga tahun ini adalah "Annus Mirabilis".
Sekian. Terima kasih.
Salam Dato Kadir
ReplyDeleteSelamat tahun baru Dato’ kadir dan para pembahas yg saya hormati sekalian.
Saya tiada account Facebook personal, jadi saya tak bolehlah ikuti Dato dlm Facebook. Walau bagaimanapun, saya bersimpati dgn masalah Dato’ tu. CUMA, selagi tiada bukti yg kukuh, saya harap Dato masih lagi berprasangkan baik dgn semua orang ye. Lagipun Dato’ Najib sekarang tengah sebok turun naik court nak mempertahankan dirinya dari SRC lah, 1MDB lah, harta karun yg jumpa dlm rumahnya bersama mesin kira duit sekali (Greeeeee….. bunyi kira duit tu), Itu tak masuk tax beliau, isteri dan anak-anaknya lagi. Hanya tuhan saja yg tahu betapa peritnya kehidupan beliau sekarang. Biarkanlah dia Dato’ ye.
Cuma boleh tak Dato’ nasihatkan sikit kepada Tun Mahathir supaya berhentilah keluarkan kenyataan menyerang orang. Saya nampak orang Anwar dah menyampah dgn Tun, DAP pun dah tak puas hati termasuk juga Amanah. Syed Saddiq kesayangan Dato Kadir dan Dr mazlee Malek pun dah keluar dari parti Pejuang. Dah sampai masanya Tun pencen dan concentrate atas tikar sejadah pulak. Perbaiki hubungan sesama manusia, kurangkan musuh dan biarlah orang Melayu mengenang Tun Mahathir sebagai pahlawan Melayu sejati.
Ketiga, saya sebagai ahli UMNO sebenarnya rasa tindakan menjatuhkan MB Perak dulu memang kena pada tempatnya. Sekali sekala kita kena ajar juga PPBM dan TSMY ni supaya jangan over. Bak kata pepatah melayu, buat baik berpada-pada, jangan sampai kena pijak kepala. Sekarang baru TSMY tahu langit tinggi rendah. Hehehe……
Dan terakhir, TSMY diakui seorang yg baik tapi beliau tiada hala tuju sebagai seorang pemimpin. Habis bangkrap Malayisa dibuatnya. Projek HSR pun dah dibatalkan dan Malaysia kena tanggung kosnya, lepastu, ura-ura nak buat balik GST sedangkan sebab GST dululah menyebabkan UMNO BN kalah PRU. Orang lain sebok nak dapatkan vaksin covid secepat mungkin, kita pula nak tengok dulu sampai 4 bulan, baru nak decide. SLOW BETUL. Negara lain berebut-rebut nak vaksin dari Pfizer dan Moderna yg efficacynya 94-95%, kita pula sebok nak vaksin dari Astra Zaneca yg eficacynya cuma dari 60 – 90%. Lepastu nak test vaksin dari Cina pulak di Malaysia. Pening petul !!!!!!!!
Sampai sini dulu ye. Dato’ rajin rajinlah tulis dlm blog ni supaya orang kampung je macam saya ni boleh join sekali. Sekian TQ.
Assalam
ReplyDeleteSaya tertanya-tanya kenapa page Dato tidak lagi keluar dalam page saya. Rupa rupanya saya kena block. Harap Dato boleh semak semula sebab saya juga anti Najib seperti Dato juga.