Tuesday, February 28, 2006

Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak

A Kadir Jasin

KENAIKAN harga minyak hari ini tentunya akan membebankan lagi rakyat jelata. Mula-mula sekali, kos pengangkutan akan naik. Lepas itu harga barang-barang pengguna akan naik. Bersama-sama dengan itu, naik jugalah kadar inflasi.

Pengguna kenderaan bermotor akan membayar harga yang lebih mahal dan ini bermakna kos setiap kilometer perjalanan akan meningkat.

Satu cara mengehadkan kesan kenaikan kos perjalanan ini adalah dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, berkongsi kenderaan (car pooling) atau menaiki pengangkutan awam.

Tetapi tambang pengangkutan awam pun akan turut naik kerana harga diesel naik.

Kenaikan harga kali ini lebih berupa pelaksanaan dasar Kerajaan untuk mengurangkan subsidi petroleum daripada disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Harga minyak mentah telah reda akhir-akhir ini. Harga pembukaan di Pasaran Minyak New York pada hari Isnin (27 Feb.) jatuh daripada AS$63 setong kepada AS$61 sekarang. Kerajaan Malaysia mula menaikkan harga dengan banyak dan kerap apabila harga melepasi harga AS$70 setong tahun lalu.

Sebenarnya kalau Kerajaan melaksanakan dasar harga anjal (flexible pricing), harga minyak di pam sepatutnya boleh diturunkan. Saya telah beberapa kali menulis mengenai kaedah ini.

Tetapi nampaknya ini bukan dasar atau sebab harga dinaikkan sekali lagi. Harga dinaikkan kerana Kerajaan mahu terus menguatkuasakan pelaksanaan dasar mengurangkan subsidi minyak dan menaikkan hasil (revenue).

Bagi Kerajaan, kenaikan harga minyak memberi dua kesan positif kepada kedudukan kewangannya. Pertama, ia mengurangkan subsidi kedua ia menambah hasil cukai.

Apabila harga minyak naik, nisbah cukai ke atas penjualannya juga naik. Hasil cukai akan merosot hanya jika penjualan minyak jatuh dengan banyak akibat kenaikan harga.

Tetapi kemungkinan ini berlaku tipis. Pemilik kenderaan dan pengusaha pengangkutan awam akan terus memerlukan minyak. Samalah seperti perokok dan peminum minuman keras akan terus membeli rokok dan minuman keras walaupun harga naik melambung kerana cukai dinaikkan.

Dalam bahasa ekonomi yang paling mudah, Kerajaan memindahkan beban kewangannya kepada pengguna yakni rakyat jelata dengan menaikkan harga tanpa menurunkan cukai.

Kerugian yang dialami oleh pengguna kerana kenaikan harga minyak sukar ditampung atau diimbangi. Satu-satu caranya ialah dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan lebih banyak menggunakan pengangkutan awam.

Itu pun belum pasti kerana pengusaha kenderaan awam akan menaikkan tambang setiap kali harga minyak naik. Begitu juga halnya dengan pengilang.

Oleh sebab peranan minyak dalam ekonomi begitu menyeluruh, maka kesannya kepada pengguna juga menyeluruh. Ini akan menjadi lebih buruk jika ura-ura Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Berhad menaikkan tarif menjadi kenyataan.

Jelaslah beberapa waktu ini akan menjadi musim kenaikan harga yang akan memberi kesan negatif kepada kuasa membeli rakyat jelata. Barangan dan perkhidmatan yang mereka boleh beli dengan wang yang ada pada mereka sekarang, menjadi semakin kurang.

Dalam bahasa ekonomi yang mudah, ekonomi negara kita sedang menjurus ke arah kenaikan harga (inflasi) yang lebih pesat dan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) Ringgit Malaysia akan terus merosot.

Mungkin kerana inilah banyak orang yang faham sedikit sebanyak mengenai ekonomi, kurang yakin bahawa kadar inflasi kita serendah 3.5 peratus seperti yang diisytiharkan.

Mereka berpendapat kadar inflasi adalah lebih tinggi daripada itu tetapi direndahkan atau diredakan dengan memanipulasi jenis barang dan perkhidmatan yang dimasukkan ke dalam “bakul” yang kemudiannya digunakan untuk mengira indeks harga pengguna (consumer price index).

Ada yang kata inflasi lebih daripada lima peratus atau hampir kepada 10 peratus bergantung kepada lokasi dan jenis kepenggunaan. Kalau tidak, buat apa Kerajaan susah-susah bayar semula elaun cara hidup atau cola (cost of living allowance) kepada kakitangannya?

Rakyat jelata hanya boleh mengharapkan pengurangan beban mereka jika Kerajaan menggunakan wang subsidi yang dijimatkan dan hasil cukai petroleum yang lebih besar untuk projek-projek pembangunan.

Inilah yang dijanjikan oleh Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar yang mengiringi pengumuman kenaikan harga itu.

Tetapi kita semua tahu bahawa hasil Kerajaan habis dibelanjakan untuk menguruskan pentadbiran seperti membayar gaji, elaun, pencen, membayar hutang dan menyelenggarakan pejabat dan bangunan.

Untuk pembangunan – membina sekolah, hospital, jalan raya, pelabuhan dan sebagainya, Kerajaan terpaksa berhutang. Tetapi Kerajaan sekarang tidak begitu berminat berhutang kerana mahu mengimbangkan belanjawan (balancing the budget).

Kalau hasil Kerajaan hanya cukup untuk mengurus dan Kerajaan tidak begitu gemar berhutang, dari manakah ia akan mendapat wang untuk membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan yang sepatutnya bermula tahun ini?

Selain menggunakan wang daripada Petronas, Kerajaan nampaknya tidak ada jalan lain melainkan berhutang, kalaupun tidak daripada luar negara sekurang-kurangnya dalam negara.

Tetapi kalau Kerajaan masih berpegang kepada matlamat mengimbangkan belanjawan, maka pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan rakyat jelata akan menderita.

Dalam suasana di mana kemasukan pelaburan terus asing (Foreign Direct Investment) tidak begitu meyakinkan dan modal jangka pendek mengalir keluar, satu-satunya cara mempertahankan pertumbuhan ekonomi ialah dengan Kerajaan sendiri berbelanja lebih besar.

Inilah yang dilakukan oleh Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan serantau pada tahun 1997/98.

Tapi hari ini banyak orang sudah tidak kenang budi dan lupa sejarah. Mereka tuduh Dr Mahathir boros. Itulah nasib ahli politik pencen Malaysia. Tak hairanlah kalau ramai tidak mahu pencen dan, kalau boleh, nak tongkat langit.

Lain halnya dengan Singapura yang ada tiga ketua turus – Lee Kuan Yew (Menteri Mentor), Goh Chok Tong (Menteri Kanan) dan Lee Shien Loong (Perdana Menteri).

Kita sebenarnya tidak kurang hebat daripada Singapura. Cuma kita mungkin tak sedar potensi kita dan kita tak amalkan konsep mentor yang betul.

Kita tidak kekurangan modal. Sistem perbankan kita dan Tabung Simpanan Pekerja (EPF) mempunyai simpanan yang banyak. Yang menjadi masalah ialah kurang pihak yang mampu atau layak meminjam. Sebab itulah kadar faedah simpanan amat rendah sekarang.

Inilah juga punca mengapa modal asing meninggalkan Bursa Malaysia dan semakin banyak pelabur dan pemodal Malaysia berhijrah ke luar negara.

Tetapi jika Kerajaan kembali meminjam untuk membiayai pembangunan negara, modal asing akan masuk semula dan modal tempatan akan berhenti daripada mengalir keluar.

Tanggapan bahawa tidak elok bagi Kerajaan berhutang dan belanjawan seimbang (balanced budget) akan menjadi penawar kepada segala masalah adalah tidak tepat.

Amerika Syarikat yang hebat menggesa negara-negara membangun supaya mengimbangi belanjawan mereka sebenarnya bertalam dua muka dan hipokrit kerana ia sendiri berupa negara dan Kerajaan yang paling banyak berhutang di dunia.

Tapi banyak juga cerdik pandai kita yang termakan propaganda Washington ini.

Jika Kerajaan berupaya meyakinkan pelabur di dalam dan luar negara mengenai kepakarannya menguruskan ekonomi dan memberikan petunjuk (direction) yang jelas, arah pengaliran modal akan berubah

Modal tempatan akan berhenti daripada mengalir keluar dan modal asing akan mengalir masuk. Industri mendapat faedah dan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Harga saham di Bursa Malaysia naik dan pelabur mendapat keuntungan.

Hari ini berjuta rakyat Malaysia bergantung kepada Bursa Malaysia untuk kebajikan mereka kerana mereka memiliki saham atau melabur dalam saham amanah (unit trust).

Hanya dengan merangsang dan memesatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan produktiviti, mengurangkan pembaziran dan pemborosan dan memperbaiki pengagihan kekayaan negara barulah dapat rakyat jelata mengatasi kesan negatif daripada kenaikan harga yang berterusan.

Kalau kita mempercayai khabar-khabar angin yang bertiup dari Putrajaya dan diuar-uarkan oleh tukang-tukang canang (spin masters) media arus perdana, maka kita sangat berharap Kerajaan akan mengembalikan dasar pembangunan yang berteraskan pertumbuhan yang disertai oleh pengagihan (growth with distribution).

Dalam hal ini, media massa arus perdana haruslah faham isu-isu berkaitan ekonomi dan mengurangkan “spin” (putar belit) yang cetek yang hanya baik untuk jangka masa pendek dan untuk golongan tertentu saja.

Kita kena ingat, kestabilan politik negara kita banyak bergantung pada kestabilan ekonomi. Kestabilan ekonomi pula bergantung pada pengagihan yang adil.

Laporan akhbar sendiri sudah dengan jelas menunjukkan kadar jenayah dan pelanggaran undang-undang yang semakin meningkat.
Ini berlaku serentak dengan peningkatan pengangguran – termasuk hampir 60,000 siswazah – kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini.

Untuk terus memperkasa sebuah negara Islam Hadhari yang berpaksikan tamadun dan peradaban, kita perlu menjaga kebajikan rakyat jelata dengan memperkasa ekonomi mereka.

11 comments:

  1. Dear Datuk

    Firstly, I would like to say that it is a good thing that you are now blogging.

    Secondly, I would like to make reference to your blog entry. I think that you have somewhat alluded to the inherent dichotomy of this Administration which is an issue of concern.

    On the one hand, the Adminstration appears to be clearly on the Right-side of the political spectrum by advocating the responsibility of the individual in managing their own finances and in minimising State-support.

    However, at the same time, this Administration also demonstrates advocacy of a more Leftish persuasion especially in the form of Government Linked Companies (GLCs) and continued strong Government involvement in the economy (including the numerous state Government economic and investment vehicles).

    This apparent compromise, driven by realpolitik and hard economics, is probably unsustainable.

    The issue at hand, at its basic level, is one of scarcity of capital.

    Capital drives economic activity. Government use of capital, via the GLCs and various other outlets, is justified by, amongst others, the alleged 'trickle down' effect. Economic activity, to be created by the Government and its agents, benefits a greater number of people especially those most deserving who are not able to have access to capital normally.

    Unfortunately, I would posit that the use of capital by the Government and its agents are inefficient and minimally value-enhancing. I would further argue that Government utilisation of capital has not benefited as many people as much as it could have if a more equitable approach had been adopted. This is a point of contention but for sake of argument, let's assume this holds.

    Thus, the Government is asking of the public to become increasingly more responsible for the costs of their well-being whilst at the same time denying them further access or control of capital for them to create wealth.

    This I would posit is not equitable. If a citizen is to take on part of the Government's expenditure, some measure of capital must also be made available for the citizen to earn a return to defray the additional costs. Otherwise, said citizen will be in a worse-off position which breaks a fundamental tenet of public policy of maintaining Pareto optimality.

    This is not a new concept but is the hallmark of Government practice in its privatisation schemes. Take on Government expenditure (build a dam, a power plant etc) and the Government will give capital to tide you over (soft loan, grant, off-take agreements).

    I would argue that the Government should be bolder in its moves. It should truly roll back the State and emancipate the rakyat, economically. Cut back Government expenditure by transferring as much as possible direct to the public (no need to trouble the Government with managing too many Ministries and agencies). The quid pro quo would be for the Government to also minimise its direct involvement in the economy (no more GLCs and state investment vehicles).

    In helping the less wealthy rakyat, more focused schemes via education and microcredit may be more effective.

    Was this not the end-game of the DEB: the creation of an ecnomically independent Malaysian race.

    ReplyDelete
  2. Beban Kenaikan Harga Minyak

    Sejak diumumkan semalam, rata-rata masyarakat banyak mempersoalkan rasional kenaikan harga minyak yang tinggi sehingga 30 sen bagi setiap liter. Walaupun akhbar arus perdana menyiarkan pandangan yang seimbang daripada banyak pihak, namun motif penyiaran adalah untuk "menghalalkan" kenaikan tersebut. Pandangan berbentuk analisa dan juga perbandingan dibuat dengan matlamat untuk menunjukkan kenaikan itu "tak ada apa-apa" pun. Seolah-olah, kenaikan itu satu berita gembira untuk kita semua.

    Masalahnya, adakah pembuat dasar faham dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat biasa-biasa? Mereka yang bekerja dan bergaji kecil tetapi berkeluarga besar. Sekiranya mereka berkeluarga kecil sekali pun adakah tidak ada kesan langsung atau tidak langsung kepada mereka? Rakyat biasa-biasa yang bayar sendiri duit tol, tak ada driver, tak ada elaun keraian sehingga berbelas ribu macam orang-orang besar di atas.

    Sebenarnya, kenaikan kali ini sememangnya begitu membebankan. Kesan daripada kenaikan ini akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Walaupun Kerajaan melalui KPDN-HEP telah memberi "amaran keras" kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga, sejauhmanakah Kementerian ini mampu untuk memantau keadaan? Selama ini pun dengan pelbagai amaran keras yang dibuat dan diumumkan, Kementerian ini masih gagal untuk mengatasi banyak masalah kenaikan harga, masalah cetak rompak, masalah kegagalan mematuhi peraturan yang remeh-temeh dan sebagainya.

    Jadi, bagi rakyat jelata macam C-bOk, amaran keras itu hanyalah retorik semata-mata yang perlu dibuat dan diumumkan macam robot apabila kenaikan berlaku. Di masa hadapan apabila kenaikan berlaku lagi, amaran keras yang sama akan dikeluarkan. Tetapi harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

    Kenaikan harga minyak ini akan meningkatkan kadar perbelanjaan mengurus rakyat dan juga Kerajaan sendiri. Peningkatan ini tanpa diimbangi dengan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui pelbagaian aktiviti ekonomi dan merancakkan pembangunan akan melahirkan rakyat yang "marah", "dendam" dan "menyampah". Ini tidak baik kepada kesejahteraan negara dan juga kestabilan politik yang telah kita kecapi sejak sekian lama.

    Kesan ketara yang "instant" terhadap kenaikan kali ini jelas apabila kita duduk-duduk di kedai kopi sambil minum teh tarik. Rata-rata ramai yang telah menunjukkan rasa "marah", "dendam" dan "menyampah" seperti yang C-bOk nyatakan di atas. Apakah ini yang Kerajaan mahukan daripada rakyat?

    Tidak adakah cara lain untuk menampung kenaikan harga minyak ini? Apa kata sekiranya aktiviti ekonomi dirancakkan dengan program pembangunan seperti yang pernah dilaksanakan di zaman Tun Mahathir dahulu? Bukankah dengan aktiviti pembangunan yang pesat akan meningkatkan aliran mata wang di pasaran yang mewujudkan peluang pekerjaan, kenaikan gaji yang kompetitif dan juga meningkatkan pendapatan Kerajaan melalui pelbagai kutipan cukai? Kutipan cukai ini kemudiannya boleh digunakan untuk menampung kesan kenaikan minyak dunia. Secara tidak langsung rakyat tidak dibebankan.

    C-bOk berharap kita tidak dikejutkan lagi dengan pengumuman-pengumuman tidak enak seperti ini lagi. Namun harapan ini mungkin hanya sehingga ke akhir tahun ini sahaja (31 Disember 2006) kerana kenyatataan yang sama pernah dikeluarkan sebelum ini. Tidak ada jaminan apabila tahun baru (2007) menjelma. Namun, kepimpinann mempunyai pilihan untuk menilai pelbagai alternatif. Adakah akan ada idea kreatif untuk menyerap kenaikan itu dengan cara lain atau naikkan sahaja harga minyak untuk ditampung oleh rakyat. Kalau itu pilihan kepimpinan, kita amat rugi.....

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:33 AM

    penat dah sebenarnye memikirkan masalah negara. nak kata tak layak, kita ni tetap jugak RAKYAT MALAYSIA.

    kalau rakyat tu berfikir sedikit bagaimana tol boleh mansuh secara automatik di Terengganu, patutnya kuasa memilih masih ujud.

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:06 PM

    Assalamualaikum Datuk

    Saya tertarik dengan ungkapan Datuk...."Tapi hari ini banyak orang sudah tidak kenang budi dan lupa sejarah. Mereka tuduh Dr Mahathir boros. Itulah nasib ahli politik pencen Malaysia. Tak hairanlah kalau ramai tidak mahu pencen dan, kalau boleh, nak tongkat langit"

    Adakah dengan membelanjakan dana dari institusi seperti Petronas, KWSP, Tabung Pencen Tentera untuk membina Kediaman PM di Putrajaya, lumba litar F1, Twin Tower dan bail-out syarikat muflis tidak boleh dikategorikan dalam perbuatan boros?

    Adakah bekas Perdana Menteri yang telah pencen hanya harus berdiam diri dan menghabiskan sisa hidupnya dengan amal ibadat dan menunggu saat dipanggil oleh Penciptanya, atau masih menongkat langit dan perlu campurtangan dalam urusan negara yang diterjui oleh pengggantinya?

    Saya sangat berharap Datuk dapat memberi sedikit komen. Oh ya, saya masih tertunggu komen Datuk terhadap blog entry terdahulu.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:21 PM

    Datuk,

    You summed it very well. Yes, it's indeed, very gloomy ahead.

    Harga getah naik sebab hari selalu hujan. Bukan sebab dasar pertanian yang diuar-uarkan!

    Polisi sekarang mirip sifat orang Melayu Batu Kurau dulu yang suka simpan duit bawah bantal!

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:18 AM

    Dear Datuk,

    It's very obvious to me the current administration is "blowing someone's else candle" to make themselves glowing. I, and probably millions others, share your concerns about the future on this beloved country. I'm not convinced, yet, that there's anyone in this country as visionary, if not better, than Tun Mahathir!
    To Kuntakinte, spend some times to ponder on what "boros" means. Otherwise you're just another few last orang Batu Kurau on earth!

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:47 AM

    syed

    orang ramai patut layari web ini. sebagai wartawan yang berpengalaman dan bertanggungjawab menyampaikan perkara yang betul saja, Datuk perlu menyuarakan pandangan setiap kali ada isu yang membabitkan agama, bangsa dan negara

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:50 PM

    assalamualaikum pakcik....my friend send to me the URL for me to read...alhamdulillah...dari pada saya ngantuk lepas lunch..now mata terbeliak baca blog nih...but still as what people yang dah bagi comment earlier..."doest it effect rakyat?" nope...orang melayu terkenal dengan baik hati..and dah berjangkit kat kaum malaysia yang lain...semua rasa ape yang kerajaan buat semua betul..tanpa sedar beban yang kena kat rakyat...berkata la semua orang kat kedai kopi...tapi takat tu je...orang malaysia ramai yang takut..takut itu...takut ini..takut ilang kerja..takut ilang mata pencarian dalam memperkatakan perkara yang betul...one more thing...Pakcik ade kata..
    "Dalam hal ini, media massa arus perdana haruslah faham isu-isu berkaitan ekonomi dan mengurangkan “spin” (putar belit) yang cetek yang hanya baik untuk jangka masa pendek dan untuk golongan tertentu saja."
    bukan ke hal hal ini suatu ketika dahulu diketuai oleh Pakcik sendiri...ape yang terhasil sekarang adalah hasil dari generasi yang lepas....sudah tentu pakcik sendiri tahu ape yang di "inherrit" kepada jabatan akhbar sekarang? tepuk dada...tanya selera..

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:27 AM

    saya amat setuju.
    apabila kerajaan meminta rakyat kurang berbelanja.
    ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
    mahu atau tak mahu,
    keadaan emosi rakyat sekarang lebih marah berbanding kegawatan ekonomi duli

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:00 PM

    Datuk,

    Kenapa isu harga kenaikan minyak lebih kerap timbul dalam pemerintahan Pak Lah berbanding zaman Dr M, Saya percaya harga minyak lebih kerap naik dizaman Pak lah berbanding dengan zaman Dr M (jika dinisabkan bilangan kali naik dan tempoh pemerintahan). Pendekatan siapa yang baik untuk rakyat dan negara ini? Pak lah or Dr M?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Datuk

    me love to read, keep on writing Datuk!

    ReplyDelete