Wednesday, March 29, 2006

Cut Down on the Debate

A Kadir Jasin

DALAM bahasa Malaysia: Kurangkan debat. Demikian, menurut akhbar The Star (29 Mac), gesaan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, kepada Ahli Parlimen.

Debat apa yang hendak dikurangkan itu? Oh, mengenai perbalahan antara Malaysia dan Singapura bersabit pembinaan jambatan baru menyeberangi Selat Tebrau.

Mamanda Menteri kata MP bertanggungjawab suarakan kebimbangan rakyat, tapi dia kata tiada siapa pun patut membuat ulasan yang boleh menimbulkan salah faham dengan tidak mengetahui kesemua fakta.

Saya petik The Star sebab akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu tidak melaporkan “angle” ini. Utusan Malaysia cakap fasal pembinaan jambatan itu akan diteruskan dan Berita Harian mengenai kedaulatan negara tidak akan dikorbankan dalam rundingan dengan Singapura.

Baguslah Mamanda Menteri akui hak MP bercakap bagi pihak rakyat. Memang pun itulah kewajipan mereka sebagai wakil rakyat.

Berapi Sebelum Jadi Menteri

MASA dia MP dan belum jadi Menteri, dia pun banyak juga cakap. Tapi sekarang kuranglah sikit.

Sebab itulah bila dia ajak saya makan di Putrajaya tak lama dulu, saya tanya dia ada lagi kah bara dalam dada. “Fire in the belly”, kata orang putih.

Itulah yang kita tengok dengan MP-MP kita. Masa MP, bukan main berapi. Tapi bila naik jadi Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri, padamlah api. Saya ingat Syed Hamid masa dia jadi Ketua Umno Bukit Bintang – berapi dan berasap. Maklumlah anak Singa Umno!

Kalau isu penting sampai menjejas kedaulatan negara, fasal apa kita nak sekat-sekat? Kalau mereka tak ada fakta, tak ada maklumat, bagilah mereka fakta dan bagilah maklumat. Suruh mereka baca banyak-banyak sikit. Suruh mereka layari Internet. Suruh mereka baca doktrin pertahanan Singapura.

Baguslah kalau Syed Hamid kata kedaulatan negara tidak akan dikorbankan dalam rundingan dengan Singapura. Itulah yang kita nak dengar. Terima kasih. Kerbau dipegang pengikat hidungnya, manusia dipegang cakapnya!

Jangan Jual Maruah Negara

KITA tak mahu kerana mahukan jambatan bersiar-siar, kerana ancaman menteri Singapura dan kerana para mamanda Menteri kita seronok main golf dengan rakan sejawatan mereka di Singapura kita kena jual pasir dan buka ruang udara kita kepada Singapura.

Ya lah, dulu pun kita jual pasir kepada Singapura. Betul. Tapi masa itu kita miskin, pasir kita pun banyak dan kita tak sangka Singapura guna pasir kita untuk tambak laut Selat Tebrau.

Kita marah bila Singapura tambak laut Selat Tebrau. Kita lawan. Tak fasal-fasal kita hilang Pulau Batu Putih.

Lagipun, takkanlah di zaman K-ekonomi ini pun kita nak hidup dengan jual pasir juga? Kita juallah benda-benda yang lebih tinggi nilainya. Lekeh sangat kalau masih jual pasir pada abad ke-21 ini.

Betullah Singapura Tahu Rahsia Kita

TAPI apa nak buat, dia ada pesawat perisik dan amaran awal (Airborne Early Warning) dan dia boleh kongsi maklumat Tentera Amerika yang ada satelit pengintip (spy satellite) tinggi di angkasa.

Kita baru dok cakap nak beli pesawat AEW. Tu pun belum tentu jadi. Singapura ada lebih 275 kapal terbang dan helikopter bermacam jenis. Tak cukup di bumi sendiri, mereka simpan kapal terbang tentera mereka di Amerika Syarikat, Perancis dan Brunei.

Cakap yang mudah sajalah. Singapura tahu rahsia kita fasal dia ada pesawat AEW dan dia ada kemudahan satelit. Macamlah pencuri guna teropong intip rumah kita. Mereka tahu satu hal, tapi mereka bebas terbang keluar masuk ruang udara kita hal lain.

Mana satu yang lebih teruk, pencuri teropong rumah kita atau kita benarkan mereka masuk rumah kita? Saya tak tuduh siapa pencuri. Ini hanya contoh perbandingan.

Kalau hendak juga, kita tukar sama rata. Pesawat Tentera Udara Singapura masuk ruang udara kita dan pesawat TUDM masuk ruang udara Singapura. Singapura belajar jungle bombing (mengebom hutan) kita belajar urban bombing (mengebom pekan)!

Itu pun belum tahu kita dapat faedah lebih atau sama rata fasal Tentera Udara Singapura lebih besar dan canggih. Baca laman web Singapore Defence Ministry atau Singapore Defence Forces (SDF) untuk mengetahui kekuatan dan kelengkapan bala tentera republik itu.

Kekuatan SDF bukan rahsia malah sengaja dihebahkan sebagai propaganda psikologi dan deterrence (penghalang) kepada sesiapa juga yang cuba mengancam negara pulau itu.

Awas Musuh Dalam Selimut

AHLI Parlimen dan semua pihak yang cintakan negara wajib mengetahui hal-hal sebegini dan terus bersuara, berdebat dan berbahas dengan lantang demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara daripada dicerobohi dan dinodai dari dalam dan luar negara.

Ingatlah, musuh ada di mana-mana, tapi yang paling berbahaya adalah musuh dalam selimut.

8 comments:

  1. Anonymous12:50 AM

    Dear Datuk,

    We can cut down on the debate, sekiranya kita tahu apakah pendirian sebenar Kerajaan berhubung pembinaan jambatan menggantikan tambak.

    Masalahnya ialah, the rakyat are getting conflicting signals. Sebentar akhbar melaporkan bahawa pembinaan jambatan scenic/crooked akan diteruskan, tetapi di masa yang sama rundingan masih dijalankan untuk mendapatkan persetujuan Singapura untuk jambatan lurus??!!

    Jika Singapura bersetuju, adakah persetujuan itu dengan syarat kita menjuual pasir dan memberi hak ruang udara kepada republik itu?Apa ni? Kenapakah kita begitu beria-ia hendakkan persetujuan Singapura? Bukankah pembinaan jambatan bengkok melibatkan kerja-kerja binaan di dalam wilayah negara kita? Apa kena-mengena dengan Singapura? Did I miss something? When did Singapore start having jurisdiction over our country? Why do we have to concede to Singapore to build something within our own territory?

    Kerana kegusaran ini saya fikir wakil-wakil rakyat harus bertanya dan terus bertanya untuk mendapat kepastian bahawa pimpinan negara tetap akan mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

    Actually that is the underlying factor. It is all about pride and pride is all we have, unless some people fail to understand it.

    How many times have we been played out by Singapore on issues like the water agreement,CPF, Pulau Batu Putih, the land reclamation opposite Tg Pengelih etc. And how many times have we been told that we can't do anything because it was all in the lopsided agreement. Are we to continue resigning to the fact that "we can't do anything because its all in the agreement?"

    I'll keep on asking and I hope you will too sir, and "tegur" where we have to.

    After all the PM on Mar 25, at the 199th Police Day celebration said that "criticism is good as it shows the public cares"...i'm sure he didn't mean it exclusively for the police.

    Afif D.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:46 PM

    To me the line between to build or not to build -- the scenic bridge -- is getting confusing each time i check out the mainstream medias.
    It seems that there are spinners everywhere trying to do only God knows to the masses.
    Why is this happening? are we too blind to see that the very people across the straits are having a fun time watching this fiasco?
    Why aren't we the citizens been given the clearer picture or hints of what the hell is happening and are going to happened?
    If our goverment wants to build it halfway then say so with a clear and resonated voice. If not then say so. The world cup is getting near so are we warming up for the 'sepak terajang tiup wisel lepas tu keluar kad macam-macam warna' with our neighbour?
    Who'll be the referee? US of A?
    From what I see our politicians lack what the westeners say "balls"?
    Are our "balls" big enough than singapore's?

    -Excuse me Datuk for my ranting but i just have to let it out this time-

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:31 PM

    pada pandangan saya, kerajaan akan meneruskan pembinaan jambatan walaupun ia berkata bahawa rundingan dengan Singapura akan diteruskan.

    Kenyataan bahawa `ia akan meneruskan rundingan' adalah berbentuk diplomatik semata-mata.

    Pada saya, kerajaan tidak akan peduli sama ada Singapura bersetuju atau tidak kerana sekiranya ia dapat menyiapkan jambatan itu bermakna kuasa untuk Singapura menuntut sesuatu dari Malaysia semakin mengecil.

    Tak kan lah kerajaan hendak mengeluarkan kenyataan bahawa ia mahu terus membina jambatan itu dan menghentikan sebarang rundingan.

    Dari segi diplomatik, kenyataan itu tidak kena.

    Mengenai kelakuan Singapura menunjuk-nunjuk kekuatan tenteranya, saya rasa semua negara di sekeliling Singapura mengambil pendirian untuk membiarkan Singapura `syok sendiri'.

    Singapura bukan lah satu negara yang mempunyai nilai untuk diserang oleh sesiapa pun.

    Kalau setakat ekonominya yang baik, mana-mana negara pun boleh mencapai kedudukan yang lebih baik sekiranya langkah2 yang betul dilaksanakan.

    Jadi biarkan Singapura syok sendiri kerana akhirnya bila semua orang tak layan dia, dia juga yang rugi.....

    Dan Malaysia sendiri, pada pandangan saya telah mengambil langkah yang perlu untuk mempertahankan dirinya seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Cuma kita tidak suka memberitahu secara khusus apakah perancangan kita mengenainya...

    ReplyDelete
  4. Good to discover your blog, sir. Someone gave me this address. I'm not much of a person for all this big issues but will try to read and understand as much as I can.

    Have a nice day, sir.

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:51 PM

    Perkara yang saya paling takut, jika ada ahli politik mata duitan yang mengambil kesempatan ini untuk menjual hartabenda atau hak negara kita. Saya tak kisah kalu kita ni miskin, asalkan bermaruah dan berdaulat. Duit kalau hilang boleh dicari. Tapi, kedaulatan negara kalau dah hilang, memang susah diambil balik. Lagi-lagi di dunia moden ini yang penuh dengan arahan peguam and putar belit undang undang.

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:05 PM

    More negotiations, more golfs...

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:03 PM

    sepatutnya kita semua kena sepakat..untuk menegakkan kedaulatan negara kita supaya tak di jajah oleh negara lain..bukannya nak tunjuk siapa yang pandai dan siapa yang tak pandai dalam kepimpinan...sekarang singapura sedang tunggu untuk menepuk tangan dan metertawakan kita...kalau kita bercanggah sesama sendiri...fikirkanlah....kalau kita ikhlas buat kerja dan kerana allah insyallah negara kita akan selamat...

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:20 PM

    saya sebagai rakyat biasa...percaya kepada kepimpinan negara ini.. keputusan pak lah memberhentikan projek itu mungkin pak lah ada strateginya senadiri, yang rakyat tidak tahu apakah strateginya itu, `MUNGKIN',dan kerajaan sendiri telah memberi kenyataan bahawa projek itu tidak akan menjadi `PROJEK GAJAH PUTIH'...`setiap manusia ada kepincangan sendiri' samada kita sedar atau tidak kepincanagn kita itu..' SEMOGA NEGARA KITA AKAN TERSELAMAT DARI JAJAHAN NEGARA-NEGARA LAIN, renungkanlah sejenak dengan negara islam yang lain yang telah dicerobohi dengan sifat tamak mereka....

    ReplyDelete