Maaf Tak Dapat Ulas IPCMC
Anonymous bertanya pandangan saya tentang IPCMC dan debat mengenainya. Saya mohon maaf. Saya cuba elak daripada mengulas mengenai buruk baik IPCMC kerana saya terbabit langsung dengannya.
Saya adalah antara anggota Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bertanggungjawab membuat perakuan itu. Saya adalah pihak yang berkepentingan.
Memadailah kalau kita ingatkan semula siapa yang menganggotai Suruhanjaya itu. Antaranya dua bekas Ketua Hakim Negara, seorang bekas Ketua Polis Negara, seorang hakim mahkamah tinggi, tiga peguam dan beberapa aktivis sosial.
Terpulanglah kepada budi bicara Perdana Menteri kerana beliaulah yang mengilhamkan Suruhanjaya itu dan beliaulah yang mengumumkan kepada negara, kalau tak silap Januari lalu, yang Kerajaan akan menubuhkan IPCMC.
Dan terpulanglah kepada rakyat jelata membuat keputusan siapa mereka hendak sokong. Mereka boleh sokong keputusan Perdana Menteri atau mereka boleh sokong pihak-pihak yang menentang keputusan Perdana Menteri.
Untuk mendapatkan butir lengkap mengenai IPCMC dan banyak lagi perakuan mengenai polis dan hal-hal berkaitan dengannya, sila rujuk kepada laporan Suruhanjaya yang berupa dokumen awam. Saya puji Perdana Menteri kerana tidak merahsiakan laporan itu.
Terima Kasih -- a kadir jasin.
Terima Kaseh Datuk.
ReplyDeleteSaya percaya rakyat pasti ingin tahu pendirian para ahli Suruhanjaya tersebut yang bertanggung jawab membuat perakuan berkenaan. Ini kerana mereka bertanggung jawab secara langsung dalam mencadangkan penubuhan IPCMC. Ini selaras seperti mana negara tertentu lain yang juga telah mempunyai badan sama seperti IPCMC itu. Apakah pegawai polis di negara tersebut telah turut menjadi soft?
Dengan debat yang kini sedang berlangsung dalam masyarakat maka saya berpendapat para ahli Suruhanjaya berkenaan wajar memberikan pendapat sama ada maseh kekal sokong cadangan tersebut atau pun ada asas pada kecurigaan yang di suarakan olih para ahli parlimen tertentu mengenai ada kemunkinan polis akan di lembutkan (go soft)itu.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak dapat ulas kerana berkepentingan itu ? Kurang jelas. Bagi saya lebih wajar jika pihak yang telah mencadang itu kini mempertahankan atau pun sebaliknya cadangan berkenaan apabila timbul debat apatah lagi dengan kenyataan terbaru KPN sendiri menolak secara bulat bulat IPCMC itu kini.
Memandangkan saudara orang media yang ada blog tersendiri maka di tujukan di sini untuk ulasan.
Jika ada ruang bagi hubungi kesemua ahli individu Suruhanjaya berkenaan (seperti blog semacam ini contohnya) maka saya juga pasti akan mendapatkan pandangan setiap ahli berkenaan sama ada kekal bersetuju atau sebalik nya kini dengan cadangan IPCMC tersebut.
Yang pasti rakyat pasti menunggu keputusan Perdana Menteri kini sama ada kekal menubuhkan IPCMC seperti telah di umum sebelum ini atau sudah berubah fikiran. Bukan bagi Peguam Negara untuk putuskan perkara ini seperti saya terbaca dalam akhbar baru baru ini.
Jadi macam mana? Adakah saudara sedia turun gelanggang untuk mengulas mempertahankan atau sebalik cadangan IPCMC tersebut ? Munkin ulasan ulasan tersebut dapat memberikan ilham tambahan pada Perdana Menteri kelak.
tak perlu tubuh IPCMC. Memadai diperkukuhkan Bahagian Tata Tertib PDRM.
ReplyDeleteHakikatnya, bukan mudah melaksanakan tugas membanteras jenayah.
Harapan masyarakat terlalu tinggi tetapi kini mereka mahu `mengikat tangan' polis tetapi menyuruh mereka membanteras jenayah....
Pendirian Mengenai IPCMC
ReplyDeleteSebagai ahli Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia, saya berdiri teguh di belakang setiap perakuan Suruhanjaya itu, termasuk IPCMC.
IPCMC adalah antara lebih 100 perakuan yang dibuat oleh Suruhanjaya.
Polis dan sesetengah Ahli Parlimen BN menentang cadangan PM menubuhkan IPCMC.
Sayugia disebutkan iaitu sepanjang tempoh Suruhanjaya menjalankan siasatan, hanya MIC, Pas, DAP dan Keadilan datang berjumpa Suruhanjaya atau menghantar memorandum.
Terima Kasih.