Saturday, March 04, 2006

Sultan, Banjir dan Negeri Maju


A Kadir Jasin

Sultan summons official,” demikian tajuk berita muka tiga akhbar The Star pada 3 Mac. Kalau dalam bahasa Malaysia, “Sultan perintah pegawai menghadap.”

Pegawai kena panggil kerana Sultan mahu tahu bagaimana banjir besar boleh berlaku di Shah Alam, ibu negeri Selangor Maju, pada 26 Februari lalu dan apakah langkah yang akan diambil bagi mengatasinya.

Yang kena panggil, mengikut The Star, adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ramli Mahmud, dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perparitan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya.

Laporan yang ditulis bersama oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Wong ChunWai (Datuk) dan Loong Meng Yee itu tidak menyebut kehadiran wakil politik dalam delegasi itu.

Agaknya tidak ada wakil politik seperti Adun atau Ecxo yang dijemput. Hakikat bahawa berita itu ditulis sendiri oleh seorang pengarang kanan menjadikannya istimewa.

Tetapi yang lebih istimewa dan penting ialah pembabitan Sultan di dalam apa yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab cawangan eksekutif dan perkhidmatan awam.

Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Campur tangan Sultan memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tak kena atau, setidak-tidaknya kurang memuaskan, dengan cara kerajaan negeri menangani masalah itu.
Paling menarik adalah titah Baginda Sultan agar pegawai negeri tidak terus menyalahkan kuasa alam – Mother Nature – setiap kali berlaku bencana.

Tapi kita dah selalu sangat dengar orang politik dan pegawai negeri menyalahkan alam semula jadi setiap kali terjadi bencana. “Act of God,” (kuasa Tuhan) kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu.

Tak cukup dengan itu, mereka mempersendakan kita pula. Mereka sangka semua kita tak cerdik, jahil dan bodoh. Mereka kata banjir tak ada kena mengena dengan penebangan hutan dan pembukaan tanah.

Tak perlu jadi pakar hidrologi untuk mengetahui bahawa kejadian banjir berkait rapat dengan hutan dan penggunaan tanah. Kalau air hujan jatuh atas daun, kemudian ke bumi, kemudian melalui akar pokok, kemudian belukar dan rumput ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke parit, anak sungai dan sungai.

Tapi kalau ia jatuh ke atas tanah yang bogel, bukit bukau yang ditebang tebas, atas konkrit dan atas jalan raya, pengalirannya (runoff) lebih pantas sehingga parit, anak sungai dan sungai sebak maka berlakulah banjir.

Kalau ada orang politik dan orang suruhan rakyat (civil servant) yang tak pandai atau tak cerdik, janganlah buat kesimpulan rakyat jelata pun tak pandai dan tak cerdik. Tidak semua orang boleh dikotak-katikkan!

Amaran awal bahawa kawasan tertentu di Shah Alam terdedah kepada banjir bukan perkara baru. Ia sudah banyak kali dilanda banjir tetapi tidaklah seteruk Ahad lalu.

Kalau inilah negeri maju seperti yang diuar-uarkan, kita nak tahu maju di dalam acuan siapa? Banjir, bangunan roboh, sungai kotor, sisa toksik dan macam-macam lagi. Apakah ini sifat dan ciri negeri maju?

Sudahlah banyak masalah tak selesai, beban rakyat terus bertambah. Entah atas alasan dan rasional apa, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) menaikkan cukai pintu 10 peratus tahun ini.

Kerajaan kata inflasi rendah – 3.5 peratus saja. Kalau inflasi rendah, apa alasan MPPJ naikkan cukai pintu sampai 10 peratus? Fasal sekarang kerja lima hari seminggu saja? Kalau produktiviti jatuh fasal kurang kerja, janganlah peras keringat rakyat.

Kalau inflasi rendah, kenapa rakyat jelata dan media massa hari-hari bersungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan? Siapa yang cakap benar dan siapa yang dusta?

Kerajaan marah-marah bila peniaga naikkan harga, pemilik bangunan naikkan sewa, pengusaha bas sekolah dan bas pekerja baikkan tambang dan rakyat jelata beli VCD haram yang murah. Jangan sokong cetak rompak, kata kerajaan.

Tapi tiba-tiba kerajaan naikkan harga petrol dan diesel 30 sen seliter kerana nak jimatkan wang. MPPJ naikkan cukai kerana hendak lebih banyak wang. Dan ada ura-ura tarif elektrik pun akan naik. Jadi apa yang tak naik?

Surat khabar New Straits Times terkejut dengan “ferocity” (kehangatan) sentimen pengguna terhadap kenaikan harga minyak. Apa nak terkejut kalau kita sensitif terhadap susah payah rakyat?

Bukan semua rakyat Malaysia ada “lifestyle” yang boleh atur keutamaannya. Takkan para mamanda menteri tak tahu banyak lagi rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Apa gaya hidupnya yang nak kita cakapkan, yang nak kita suruh mereka ubah, kalau nak survive pun susah? Buruk baik subsidi kita boleh debat. Yang tak perlu debat ialah pengurangan atau penarikan balik subsidi menyusahkan rakyat, terutama yang miskin.

Banyak orang protes kenaikan cukai pintu MPPJ. Saya pun protes juga. Saya hantar surat kepada Yang Dipertua MPPJ. Saya bagi alasan protes saya. Saya hantar salinannya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Selangor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persekutuan Persatuan Pengguna dan Ahli Exco Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad Dahlan.

Saya hantar salinan kepada Mokhtar sebab waktu kempen pilihan raya 2004 dia buat macam-macam janji kepada penduduk kawasan MPPJ tapi belum tunai sampai hari ini.

Tapi macam biasa bila kita tulis surat kepada orang politik dan pegawai tinggi kerajaan, bertuah kalau mereka jawab. Kata terima pun tidak.

Dok tak dok, kata orang Kedah, terima surat amaran kalau tak bayar 10 peratus tambahan itu akan kena denda. Yang jawab bagi pihak Presiden MPPJ pegawai bawahan. Tak sebut sikit pun protes kita. Bukan tak bayar. Tak bayar kadar baru. Kadar lama bayar juga.

Cukai pintu naik, bekalan air kotor dan sering terputus, jalan pecah dan berlubang, janji-janji pilihan raya banyak belum ditunaikan. Yang puas bukan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi. Yang puas adalah Puas (Perbadanan Urus Air Selangor Bhd).

Apakah ini imej negeri maju yang hendak ditonjolkan oleh Pentadbiran Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo? Atau apakah ini ciri-ciri tamadun dan peradaban yang hendak ditampilkan apabila pemerintah melabelkan Islam di negara kita sebagai Islam hadhari?

Khabarnya Mohd Khir tahu banyak hal agama, jadi eloklah dia fikir hal ini. Kita jangan guna agama kalau tak ikhlas. Orang Kedah kata boleh jadi “gila isin”. Double gila – gila dan insane. Insane dalam bahasa Inggeris ertinya gila atau tidak siuman.

Dengan kejadian ini semua, tak hairanlah kalau Baginda Sultan Selangor berasa perlu masuk campur. Kita pun tak boleh kata apa-apa.

Masakan Sultan, raja pemerintah negeri Selangor, boleh berdiam diri apabila 4,000 buah rumah tenggelam, lebih seribu penduduk dipindahkan dan puluhan ribu lagi terjejas?

Dalam sistem demokrasi kita, kita berkongsi kuasa di antara Perundangan (Parlimen dan DUN), Eksekutif (Kabinet dan Exco), Kehakiman dan Pentadbiran Awam. Masing-masing ada bidang kuasa dan peranan.

Tapi bila suatu cawangan lemah, cawangan lain, dengan sendirinya, akan menjadi lebih kuat secara perbandingan. Kalau hari ini, ada Raja dan Istana yang nampak cergas dan tegas, ia mungkin boleh dilihat sebagai manifestasi dinamisme pembahagian dan perimbangan kuasa yang disebutkan itu.

Saya telah menulis di dalam kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Business tidak lama dulu mengenai apa yang saya sifatkan sebagai peningkatan “activism” di kalangan sesetengah Sultan dan Istana di dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat.

Baginda Sultan Selangor adalah antara yang terbabit dalam perkembangan itu.

12 comments:

  1. Anonymous12:32 AM

    One of the benefits of trees which few realize is the reduction of storm water. A city with 30% canopy cover may reduce the runoff from a 1" rainfall by 17%. If canopy cover increases, the reduction in runoff similarly increases. Unfortunately, few strip centers or malls meet even the minimal levels for runoff reduction. This is truly disappointing since urban forests provide an economical, easy, and beautiful means to moderate flooding.

    Natural vegetation such as forests and fields slow rainwater down, allowing it to soak into the surface. In contrast, streets, roofs, parking lots and manicured lawns, all provide hard, impervious, surfaces that prohibit rain from soaking into the ground. Since the excess rain water can not soak into the ground, it accumulates and rushes into storm sewers and waterways.

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:55 AM

    Agree with you. But my only concern is kita mudah lupa. Govt never take us seriously because we tend to lose momentum after awhile. That's why these issues are a never ending story. If only ministers are picked on merits and qualifications(like recruiting managers in a corporation), we might be able to minimize all this nonsense. btw, hv u live in batu pahat before? my in law seems to know u personally.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:45 PM

    askum Datuk,
    kekadang terfikir juga, adakah "Kerajaan kita terlalu mengambil kesempatan atas Kebaikan rakyat ?hmm..

    FYI, saya adalah peminat tulisan datuk, tahniah atas kelahiran blog ini.

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:11 PM

    Hats off to you , sir. Keep up the good work and may God bless you!

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:40 PM

    You are right. For some reason those in power seem to think all of us are stupid and they are the ones who know it all and we should explain their answer without any questions. High tide kononnya. well some people have checked as shown in TV3, there was no high tide that day.

    KT claimed there is not enough retention pond. Why than did he give his approval to reclaim 25% of the retention pond in Kota Damansara.

    He was quoted sayong they didn't want to approve the landfill site but was convinced by the developer there will be no leakage. Botton line they gace approval and now that there is leakage, what are going to do about it? Maybe KT can lend me RM100,000 and I promise I'll pay him back.

    I salute my Sultan for taking the initiative to address the concern of the people as the elected ones seem to have got their priorities wrong. Boy am I glad we have a system that can have some check and balance, in this case our Sultan as the exco is above the law it seems.

    Daulat Tuanku!!!!

    ReplyDelete
  6. Syabas Encik Kadir! I hope you will continue to voice out the unhappiness of the ordinary rakyat whose grievances have long been suppressed.

    The BN leaders has shamelessly treated the silent tax-paying rakyat as stupid morons for too long.

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:21 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Lanjutan daripada pertemuan di antara istana dan pegawai-pegawai kanan Selangor/Shah Alam baru-baru ini. C-bOk mendapat khabar bahawa Datuk Bandar Shah Alam, Yang Berbahagia Datuk Ramli bin Mahmud bakal ditukarkan dalam masa yang terdekat ini. Pertukaran beliau (sekiranya benar) pada masa Shah Alam menghadapi beberapa masalah seperti banjir yang melanda di TTDI Jaya baru-baru ini dan pembangunan tidak terkawal di beberapa kawasan pinggiran Shah Alam rasanya satu keputusan yang kurang tepat. Datuk Ramli nampak tegas di dalam pentadbiran beliau di Bandaraya Shah Alam. Beliau mengamalkan sistem pentadbiran telus dan tidak kalut dengan campur tangan politik.

    Apa-apa pun, C-bOk berharap sebarang keputusan yang dibuat di MBSA atau pun di mana-mana juga di Selangor ini dibuat dengan bijak.

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Dear Sir,

    While the general populace would agree with you on your points, I fear that they might miss the bigger picture.

    Would it not be an ideal place if only local council election be held and thus making it every bit accountable to the collection it makes.

    Unless and until residents themselves take part in council decisions - Local bodies like MPPJ, MPS, MPAJ and the likes will continue to (in what I term) 'buldoze policies' that suits their whims and fancies.

    Mat Lentok.

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:26 PM

    Still practising censorship I see.... Can't even complain about Sultans eh???

    ReplyDelete
  11. Sesiapa yang katakan ia ini Act of God adalah dari gulungan yang lemah, yang cepat mengaku kalah.

    Jangan senang-senang menuduh Yang Bermaha Kuasa, Ya Tuhan. Nanti Tuhan akan menghitung kira pada akhirat mu.

    Yang berbuat jahat itu - Saitan, dan sifat-sifat kesaitanan itu, ada dengan gang DS Samamalu & Kes Toyol.

    ReplyDelete
  12. Anonymous3:21 PM

    hahahahahahaha...

    what a wonderful thought by my dear datuk...

    ReplyDelete