Niat Dan Amalan Perlu Sama
A Kadir Jasin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengikut laporan media massa ( versi Utusan Malaysia 28 April) sebak ketika mengakhiri penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan di Dewan Rakyat.
Menurut akhbar itu, Perdana Menteri sebak ketika meminta maaf jika berlaku kekurangan dan kesilapan di dalam tindakan beliau selama ini.
Terdahulu, beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan niat ikhlasnya membangunkan negara dan memerangi rasuah.
Beliau mengaku yang dalam usahanya menjayakan pembangunan negara sudah tentu terdapat kesilapan dan kelemahan.
Saya berani mengatakan bahawa tidak banyak orang dan pihak yang mempertikaikan niat ikhlas Perdana Menteri membangunkan negara dan memerangi rasuah.
Hanya manusia yang paling jahat sahaja akan berniat jahat melakukan sesuatu dan hanya manusia yang busuk hati sahaja berfikiran buruk terhadap niat orang lain.
Di sini, saya ingin mendahului dengan meminta ampun dan maaf jika apa yang akan saya kata dan perkatakan seterusnya bersifat personal dan mendedahkan sesuatu yang bukan pengetahuan umum.
Tulisan kali ini juga mungkin lebih panjang tetapi saya berasa perlu mengupas dan memahami rintihan Perdana Menteri secara terperinci.
Harapan Masih Kepada Abdullah
Pertama, saya bukanlah orang yang rapat dengan Perdana Menteri. Namun pada waktu-waktu dan kesempatan tertentu, saya pernah berbincang mengenai banyak isu dan perkara dengan beliau;
Kedua, saya menaruh harapan yang besar terhadap Abdullah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999 dan seterusnya menamakan beliau bakal Peradana Menteri. Saya menulis beberapa buah rencana dalam bahasa Melayu dan Inggeris menyatakan harapan dan keyakinan saya terhadap beliau;
Ketiga, apabila Abdullah diambil semula oleh Dr Mahathir untuk menganggotai Kabinet pada tahun 1991, saya kebingungan kerana Abdullah adalah antara anggota utama "Team B" yang menentang Dr Mahathir dalam pemilihan Umno tahun 1987.
Apabila saya bertanya Dr Mahathir rasional pelantikan semula Abdullah, beliau menjawab: “Kerana Umno mahukan beliau.” Abdullah menang tempat kedua pemilihan naib presiden Umno tahun 1990;
Keempat, apabila Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri saya mengunjunginya di Putrajaya. Yang pertama Abdullah tunjukkan kepada saya adalah ayat al-Quran yang disangkutkan berhampiran pintu masuk pejabatnya. Abdullah menterjemahkan maksudnya untuk pengetahuan saya.
Dalam pertemuan itu, saya bertanya Abdullah: “Adakah orang Melayu dan Umno penting kepada Datuk Seri?” Dia menjawab spontan, “Tentu.” Saya membalas; “Then the media is important to you.” (Kalau begitu media massa penting bagi Tuan);
Kelima, pada 30 Disember, 2003, dua bulan selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri, saya mengunjunginya di pejabatnya – pejabat yang sebelum itu dihuni oleh Dr Mahathir – dan sekali lagi kita berbincang mengenai media massa, mengenai kawan-kawan yang tidak boleh kita abaikan (kawan dulu yang sama berjuang...) dan mengenai perlunya beliau mempunyai perisikan ekonomi (economic intelligence) yang bertaraf dunia.
Di pertemuan yang sama, kami mendapati bahawa kami memakan ubat yang sama untuk masalah yang sama. Hanya “dosage” Perdana Menteri lebih tinggi. Maklumlah tekanan ke atasnya juga lebih tinggi; dan
Isu Polis Uji Komitmen PM
Keenam, pada hari penamaan calon pilihan raya umum 2004, saya menemui Abdullah di rumah orang tuanya di Bertam, Kepala Batas dan mengiringinya ke pusat penamaan calon.
Di situ saya bertanya Perdana Menteri mengenai kesungguhan beliau mengenai polis kerana tidak lama sebelum itu, pada 4hb Februari, beliau mengumumkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia. Saya adalah antara anggotanya.
Beliau berkata beliau serius. Saya berkata beliau tidak perlu menunggu Suruhanjaya membuat perakuan untuk memulakan proses membaik pulih pasukan polis.
Pada penghujung tahun 2004, di majlis Anugerah Kewartawanan Malaysia oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), saya sekali lagi bercakap dengan Perdana Menteri mengenai Suruhanjaya. Kali ini saya memaklumkan bahawa Suruhanjaya telah mula menulis laporannya dan apa yang akan didedahkan tidaklah semuanya positif.
Saya berkata imej ahli Suruhanjaya tidak penting. Yang penting adalah imej beliau dan Kerajaan kerana Suruhanjaya itu adalah ilham beliau sendiri. Oleh sebab itu beliaulah yang memikul harapan orang ramai. Respons Perdana Menteri serupa dan tegas: “Saya serius.”
Sentimen yang sama dinyatakan oleh semua ahli Suruhanjaya apabila menyerahkan laporan itu kepada Abdullah di Putrajaya pada bulan Mei 2005. Perdana Menteri mengulangi ikrarnya.
Saya terpaksa bercakap panjang lebar mengenai Suruhanjaya ini kerana inilah antara niat dan janji Abdullah yang saya rasa saya mengetahuinya kerana saya terbabit langsung dengannya sejak awal.
Ia adalah “marker” seperti yang digunakan oleh seorang doktor untuk menguji sama ada seseorang itu mengidap penyakit yang disyaki atau tidak. Suruhanjaya Polis, bagi saya, mengukur niat dan iltizam Perdana Menteri.
Saya tidak berani membuat penilaian dan kesimpulan mengenai apa yang telah terjadi atau tidak terjadi dengan laporan itu. Memadailah saya katakan bahawa masih banyak sungutan dan rungutan orang ramai yang disampaikan kepada Suruhanjaya dua tahun lalu masih kedengaran hari ini.
Yang saya rasa perlu disebutkan dan difahami ialah niat baik Perdana Menteri tidak semestinya mendapat sambutan yang baik juga.
Polis Bantah Niat Baik Abdullah
Cadangan beliau Januari lalu untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya agar Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Pemantauan PDRM (IPCMC) diwujudkan telah ditentang hebat oleh polis dan oleh sesetengah Ahli Parlimen Barisan Nasional, khasnya yang mewakili Umno.
Kesimpulannya, kalau hari ini ada pihak yang mempertikaikan niat ikhlas Perdana Menteri membangunkan negara dan memerangi rasuah, maka yang teratas sekali adalah PDRM dan Ahli Parlimen BN.
Saya rasa ada perbezaan di antara Ahli Parlimen dan wakil rakyat “mengingati kita, memesan kepada kita, tegur kita” (petikan ucapan Abdullah oleh Utusan Malaysia) dengan mereka membantah cadangan menubuhkan IPCMC.
Kalau pasukan berpakaian seragam dan berasaskan disiplin dan taat setia seperti PDRM boleh secara terbuka membantah dan, sekali gus, mempertikaikan “niat ikhlas” Perdana Menteri, tentulah pihak-pihak lain, khasnya yang tidak bergantung pada Kerajaan, boleh mempertikaikan “niat ikhlas” beliau?
Di Parlimen, nampaknya Perdana Menteri, di akhir-akhir ini, lebih banyak mendapat sokongan kuat dan padu daripada Pembangkang mengenai cadangannya menubuhkan IPCMC dan tindakannya membatalkan projek jambatan daripada partinya sendiri. Ini tentulah tidak membantu menguatkan kedudukan beliau.
Niat, dalam konteks Islam, adalah antara peniat atau pembuat niat dengan Allah. Manusia lain tidak mengetahuinya kalau tidak diberitahu oleh peniat. Sebab itulah bila kita berniat dengan nama Allah, kita lafaskan nawaitu kita itu secara diam-diam dalam hati.
Tidak payahlah saya mengajar itik berenang dengan menceritakan kisah Usamah bin Zaid yang membunuh seorang askar musuh walaupun askar musuh itu sudah mengucap dua kalimah syahadat kerana Usamah mencurigai niatnya.
Perdana Menteri lebih maklum dan saya mengakui beliau sebagai cukup arif dalam soal hukum hakam agama. Tetapi Perdana Menteri juga seorang ahli politik. Dalam politik, orang mengukur bukan daripada niat yang dilafazkan sahaja. Orang mengukurnya dengan apa yang tersurat, dengan apa yang mereka dapat lihat dan apa yang mereka dapat rasa.
Abdullah Banyak Contoh Teladan
Saya rasa bertuah kerana sejak menjadi wartawan pada tahun 1969 saya dapat mendampingi dan melihat jatuh bangun pemimpin. Suatu persamaan yang saya lihat dengan banyak pemimpin ialah bukan siapa mereka, tetapi siapa yang mereka dampingi dan bukan kepandaian mereka mentadbir tetapi siapa yang membantu mereka.
Dalam konteks ini, saya telah menulis memohon dan meminta Datuk Seri Abdullah Badawi, memikir dan memenuhi beberapa prasyarat demi memantapkan pentadbiran beliau.
Dalam rencana bertajuk “Abdullah Tiada Kurang Teladan” (Utusan Malaysia, 12 November 2003), saya, antara lain, menulis:
“Pemilihan pasukan peribadi (personal staff) yang tepat, sama ada untuk mengisi jawatan pentadbiran, politik atau media akan memberi bantuan yang besar, manakala pilihan yang silap akan membawa masalah yang rumit.
“Suatu hakikat yang sudah berulang kali berlaku ialah kakitangan peribadi inilah yang menguatkan atau melemahkan bos mereka. Mereka jugalah yang merapatkan barisan dan mereka jugalah yang merenggangkan barisan.
“Mereka boleh menyebabkan pentadbiran seseorang pemimpin menjadi kacau-bilau dan tercetus perselisihan faham antara seorang pemimpin dengan pemimpin lain.”
Maaf cakap, hari ini, antara cakap-cakap yang paling hangat dan paling kerap didengar adalah mengenai kakitangan peribadi dan keluarga Perdana Menteri.
Dalam Politik Persepsi Penting
Sama ada benar atau tidak atau fitnah semata-mata, persepsi yang tercetus daripada cakap-cakap seumpama ini tidak membantu memperkukuhkan keyakinan umum terhadap “niat ikhlas” Perdana Menteri.
Saya mohon maaf kalau apa yang saya katakan ini keterlaluan dan melanggar batas kesopanan dan kebebasan, tetapi saya berasa saya perlu mengatakannya kerana saya sangat tertarik dan terpegun dengan kata-kata hikmat Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berbunyi:
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”
Alhamdulillah, Perdana Menteri terbuka kepada teguran seperti ucapan beliau di Parlimen yang berbunyi: “Saya bukanlah orang yang tidak sukakan kepada teguran, tetapi (teguran) hendaklah dilandaskan (kepada) perkara yang benar.”
Dan Perdana Menteri tidak perlu diingatkan bahawa dalam politik, kebenaran semata-mata belum memberi jaminan. Tidak kurang pentingnya adalah kebenaran itu jelas kepada pandangan umum dan sekali gus meyakinkan mereka.
Ada perbezaan yang besar antara niat, melaksanakan niat dan meyakinkan rakyat jelata bahawa niat sudah ditunaikan. Mereka akan hanya yakin apabila mereka menikmati secara jelas (tangible) niat dan janji itu.
Ungkapan Inggeris ada berkata lebih kurang begini: “Jalan ke neraka dipenuhi oleh hasrat yang baik.”
[UPDATE, MAY 1
Is Dr Mahathir Undermining New Administration?
MALAYSIAKINI, in its today's lead article headlined "Mahathir on Offensive Against Government" says the former Prime Minister's attacks could undermine the administration.
I feel differently. Dr Mahathir's attacks, if we can call them such, will not undermine the current administration if they are effectively countered.
In the final analysis, it boils down to who has a greater control over public opinion. As Malaysiakini rightly points out, the mainstream media has shied away from the bridge issue, which is the object of Dr Mahathir's latest complaint against the government of his hand-picked successor.
The mainstream newspapers and TV stations have either not been publicising Dr Mahathir's statements or have been spinning them out of context. Some had gone to the extent of lining up Dr Mahathir's enemies to attack him.
These people are not necessarily Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's fans. But they came to his aid because the mainstream newspapers gave them the chance to lambaste their real enemy, Dr Mahathir.
Without coverage by the mainstream media, Dr Mahathir is at the disadvantage. The masses, especially the Malays, will not know what he is saying. And Umno is unlikely to go against its President, which is partly the product of Dr Mahathir's own handling of the party when he was the leader.
But that does not mean that the credibility of the administration is not under threat. It is. Sufficiently large number of people, especially the educated ones, are aware of the goings-on.
They get their information from alternative media outlets like Malaysiakini, Harakahdaily, Kmu.net and Malaysia Today.
Dr Mahathir has position himself as the underdog -- shunned by the mainstream media and maligned by the very people he promoted when he was Prime Minister; the likes of Foreign Minister Syed Hamid Albar and Perak Menteri Besar Tajol Rosli, who, in not so many words had suggested that he should stop interfering.
So far Abdullah has left the task of confronting Dr Mahathir to second liners like Syed Hamid and Tajol Rosli. He is unlikely to confront Dr Mahathir head-on even if he is prodded and cajoled by his youthful handlers. That's because Abdullah knows Dr Mahathir better than these upstarts.
The fact that other Ministers, Menteris Besar and Chief Ministers have not joined Syed Hamid and Tajol Rosli in telling Dr Mahathir to lay-off can mean the the Prime Minister is holding them in reserve or he does not want the war of words to escalate.
Syed Hamid has gone back to confronting Dr Mahathir after the lengthy reply by Ambassador-at-Large Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak has failed to silence the former PM. Politically, it was a bad move to get a diplomat to defend what was essentially a political decision. Cancelling the bridge project was a political decision.
Understandably diplomats and legal advisers do want to hear such a thing as bringing our case to the International Court of Justice as suggested by Umno Youth elected Exco Member Mukhriz Mahathir. That will make them responsible for presenting and defending our case. That's not an honour a civil servant wants.
But having decided to reverse the decision, which most Ministers in today's Cabinet were involved in when they served Dr Mahathir, they cannot now expect Dr Mahathir to keep quiet. They were "constructive truestees" of earlier decision to proceed with the half bridge. They cannot now keep silence and pretend that nothing has happened.
They should either continue to commit themselves to the earlier decision or they should be brave enough to confront Dr Mahathir. After all most of them owed their Cabinet appointment to him. They loved him so very dearly that they told him in 2003 that they too would retire when he retires.
Making the likes of Ahmad Fuzi and Azlan Hashim (in the case of Proton) their gladiators to fight Dr Mahathir is ungentleman to say the least.
Apakah KWSP "Menyelamatkan" RHB?
UTUSAN Malaysia (May 1) memetik sumber-sumber sebagai berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan pinjaman RM695 juta kepada Rashid Hussain Berhad yang mengalami masalah kewangan yang genting kerana menaggung hutang sebanyak RM3.5 bilion. The Edge melaporkan beban hutang RHB sebanyak RM3.2 bilion.
KWSP adalah pemegang saham kedua terbesar RHB dengan pemilikan sebanyak 31.7 peratus. Pemegang saham terbesar dan pengawal kumpulan perbankan itu ialah Utama Banking Group yang diterajui oleh Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak Ketua Menteri Sarawak. Utama memiliki 32.8 peratus saham RHB. Pemegang saham yang ketiga terbesar adakah Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memiliki 11 peratus.
Kalau benar laporan ini, ia kebetulan berlaku pada saat-saat Kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Abdul Taib Mahmud sedang menghadapi pilihan raya. Justeru itu, apa pun niat KWSP menawarkan pinjaman yang begitu besar, pandangan umum pasti menjurus ke arah pilihan raya Sarawak yang penting kepada imej Kerjaaan Pusat.
Turut menjadi tanda tanya ialah mengapa KWSP bersedia menawarkan pinjaman begitu banyak walapupun ia tidak berperanan di dalam pengurusan RHB yang dikepalai oleh Sulaiman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Eksekutif RHB.]
Sdr Datuk
ReplyDeleteSdr MGG Pillai yang meninggalkan dunia ini semalam selama lamanya adalah satu contoh insan yang amat saya kagumi. Beliau bolih saya ibaratkan sebagai satu roh yang bersih. A soul that could not be corrupted. Sewaktu hayat pena beliau tidak dapat di beli olih mereka yang berkuasa atau pun yang berwang. Satu anak Malaysia yang berani.Sentiasa berdiri teguh for what he beleived in. Moga moga dunia journalism Malaysia dapat lahirkan lebih ramai MGG Pillai. Tiada kata kata sesuai untuk abadikan beliau rasanya. Rest in peace my friend.
Berbalik pada rencana saudara ini saya maseh tertanya tanya apa sebenar nya message saudara pada pembaca ? Maaf tetapi tulisan saudara kali ini seperti ingin berkata sesuatu tetapi pada masa sama tidak mahu bicara lebih. Di sini lah saya kagumi saudara MGG Pillai dan amat terasa kehilangan beliau kini. If only kita ada journalist lebih ramai yang berjiwa kental seperti beliau.
Contohnya Tun Mahathir bercakap fasal isu tawaran jualan pasir ke Singapura itu bermula dari Malaysia. Jeff Oi dalam blog beliau bicara fasal sms mengenai isu sama yang di terima olih nya. Identiti Syarikat dan individu Malaysia terbabit yang akan kaut untung besar jika jualan pasir ini berjaya maseh menjadi rahsia.TPM Najib nafikan pihak Malaysia yang mulakan tawaran untuk jualan pasir tersebut. Kekeliruan atau Roshomon effect makin menjadi.
Jika saudara MGG Pillai maseh hidup isu ini pasti akan di dedahkan secara terbuka untuk pengetahuan umum dengan komen beliau yang kadang kala tidak semesti nya perlu kita telan bulat bulat.
So Datuk macam mana. Bolih ulas?Terima Kasih.
Salam datuk,
ReplyDeleteMengapa perlu mintak maaf banyak kali? Paklah sendiri pernah menyebut beliau mengalu-alukan teguran. Kita tegur apa yang patut, mengapa masih perlu merasa bersalah?
Dato', maksud tersurat dan tersirat yang ditulis ini, memang difahami. Mungkin ini cara Dato' berusaha untuk menyampaikan mesej kepada PM. Tindakan Dato' ini sebenarnya tidak popular tetapi tak apa lah sebab, "somebody has to do the dirty job". Isunya ialah adakah mesej ini sampai kepada PM. Kalau pembantunya baca sekali pun, ia tidak akan sampai kepada PM - sama ada mereka takut untuk menyampaikan maklumat ini atau sengaja mengelakkan informasi ini diketahui PM. Orang dalam media terutamanya di NSTP, tak perlu Dato' bimbang sikit pun. They cannot match you an inch. Mungkin jika nak sampai kepada PM pun melalui kawan-kawan dalam Umno dan kawan-kawan rapat PM, itu pun kalau ada yang berani. Siapa yang rapat dengan PM elok jugalah maklumkan kepada PM, jika ada peluang supaya ia tidak terus membuku di dada. Setidak-tidaknya PM tahu apa juga cerita-cerita di belakang tabir. Dalam politik, maklumat adalah penting untuk PM buat keputusan. Rasanya, PM pun dah banyak melihat satu demi satu kelemahan pembantu-pembantunya.
ReplyDeletePernah berlakunya di waktu yang lalu, sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, surat-surat yang dialamatkan kepada beliau tidak sampai ke tangan beliau. Mungkin, surat-surat itu berkaki and sudah sesat jalan.
ReplyDeletePada suatu persidangan media sebelum menjadi PM, Datuk Seri Abdullah mengkritik and mengutuk pegawai-pegawai yang menyorok surat. Dengan tegasnya, beliau mengatakan semua surat harus di sampaikan kepada Si Penerima. Tidak tahu apa yang terjadi yang mendorong beliau kata demikian.
Rakyat adalah insan yang sabar, yang memberi peluang kedua, yang rela menutup mata sebelah. Tetapi, insaflah, ini bukan untuk masa selama-lamanya.
Saya percaya kita lebih menambahkan pengetahuan kita melalui teguran dan bukan melalui pujian.
ReplyDeletePujian yang kita terima boleh membuat kita mabuk dengan rasa seronok dan sikap bongkak. Sebaliknya, teguran yang kita terima boleh menggemparkan kita dari keadaan “mabuk”, mengejutkan kita dari “tidur” dan memaksa kita menggunakan otak.
Sayangnya and sedihnya orang yang kerap dipuji manis memberontak apabila dihentam teguran pahit.
Malah kita mesti tahu cara menghadapi teguran adalah suatu kemahiran. Cara kita bertindak balas terhadap teguran mendedahkan sikap kita, prinsip kita, fikiran kita, perangai kita, kepimpinan kita, dll.
Saya dengan rendah hati hendak merayu kepada PM Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi supaya tidak memberi isyarat yang salah kerana membuat tindak balas yang salah. Tetapi saya tidak yakin utusan saya dapat sampai ke destinasi.
Hati itu urusan tuhan. Tidak ada insan yang berupaya membaca hati satu insan yang lain. Kita hanya boleh meneka keikhlasan itu dari perbuatan, result yang sudah di tunjukkan, interpretasi peribadi mengenai cara satu2 percakapan seseorang dan mungkin interpretasi air muka seseorang.
ReplyDeleteSaya berpegang pada satu prinsip dalam memehami seseorang lain. orang ikhlas tidak perlu menceritakan keikhlasan mereka.
Kenyataan Pak Lah mengatakan keikhlasan beliau adalah typical tindak balas orang Melayu yang bila di kritik dan di persoalkan tindak tanduk mereka. Maaf, ini adalah satu respons yang cetek pemikiran.
Saya dapat merasakan seolah2 ia satu reaksi kekecewaan PM terhadap kritik dan teguran.
Ia adalah juga satu reaksi yang membawa makna beliau tidak ada jawapan yang logik terhadap kritik2 yang dilemparkan kepada beliau.
Atau mungkin beliau tidak mahu melayan atau menjawab kritikan ini.
Ironisnya adalah bukankah keterbukaan bermaksud two communication. Bermakna PM seharus menjawab kegusaran rakyat.
Sebagai contohnya, beliau sepatutnya menjawab mengenai tindakan dan manouveur Khary dalam mencampur tangan dalam usuran polisi kerajaan, urusan perniagaan beliau dalam ECM Libra yang banyak persoalan terhadap kredibiliti PM sendiri dan politicking yang kelampauan. Keresahan segenap lapisan rakyat terhadap khairy terlalu ketara.
PM juga perlu menjawab mengenai penglibatan Nori dalam pergerakkan SIS yg mahu menjuarakan Interfaith Commission. IFC ini akan meletakkan hak agama dan orang Islam jauh lebih rendah dari penganut2 agama lain, walaupun ianya agama rasmi kita.
Samada boleh di terima atau tidak, segala kritikan yang pernah di buat terhadap keluarga Tun Dr Mahathir di jawab oleh Tun Dr Mahathir. Kenapa Pak Lah berdiam?
Lagi lama Pak Lah berdiam, lagi banyak fakta terkumpul dan anggapan buruk terhadap beliau merebak. Dengan tidak memberi jawapan, PM memberi kredibiliti kepada tuduhan dan kritikan ini.
blog ini menjadi perhatian ramai ceo,vip dan ahli politik.maka saya rasa mmg patut pun jadi anonymous.
ReplyDeleteanyway, for d first time i see u became critical.bagus kerna menggunakan bahasa mesra.namun,bahasa mesra ini boleh disalahtafsir.be direct.public should be be direct kerna mrk bkn ceo,vip dan politician.
datuk, keep up the good work of criticising constructively.
ReplyDeletesaya buat kerja kerana allah.ya ke.gantung quran di pintu tak bermakna kita faham isi kandungan nya.baca pandai faham tak tentu lagi.projek monsoon cup,pembangunan 5 star pulau duyung beratus juta projek kerana allah ke.makna nya tak faham isi kandungan quran lah tu.kalau faham tak membazirlah. siapa berani tegur.kalau tegur kena blacklist lah.kalau smart,ada simple common sense tak membazirlah.shahrir samad tegur tun m.berterima kasih pada gomen sebab wawasan 2020 dia di sambung.shahrir tak smart.wawasan 2020 bukan syarikat tun M.ini untuk rakyat.kalau pm tak tau mana yg baik,hopeles,uselesss.
ReplyDeletewell said, datuk. suddenly we find dr mahathir has become the enemy of the 'masses' His statements denied access to media. it was not too long ago dr mahathir was the toast of the press. keeep up the good work of telling the people what is happening, datuk. the mainstream press cannot be relied upon to do this. it is only through the blogs that the people can truly know what is happening.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteThis blog is read by many Malay professionals. We we all know exactly what and who you meant.
We sincerely hope that what you wrote is read by AAB. We hope somebody close to him in UMNO will have the courage and conviction(i.e the balls) to print your statement and pass it to AAB for his read. Yes we agree intention alone is not enough, in politics you must be seen to be doing what you say. Walk the talk, not talk the talk some say.
Pres. George Bush took action when he replaced his Chief of Staff and Chief Spokesman recently. For the sake of the country and UMNO we think its high time AAB do the same to his close advisors be it family or/and others.
Dato', Sebetulnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah pun memberi mesej kuat yang beliau bersifat terbuka dan sentiasa mendengar teguran. It was a good sign to all Malaysian. Sikap terbuka yang dikatakan oleh Perdana Menteri dan dilapaorkan oleh media secara meluas membuktikan bermulanya satu episod baru dalam politik di zaman Pak Lah. Bersikap terbuka bermakna sanggup mendengar apa juga daripada masyarakat. Apabila sanggup mendengar, tentulah sanggup menerima pandangan dan seterusnya dalam politik akan mematuhi permintaan rakyat. Apa yang diminta rakyat perlu diberi pertimbangan sewajarnya. Dalam negara demokrasi, bersikap terbuka adalah sinonim dengan dasar dan falsafah demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan. Kemuncak kepada sikap keterbukaan itu, Perdana Menteri tentulah mengharapkan beliau mendapat mandat baru yang lebih kuat untuk membuktikan apa juga keputusannya adalah benar belaka. Di dalam parti, khasnya Umno, beliau bersikap terbuka untuk menghadapi ahli parti, mesti pun terpaksa menghadapi pertandingan dengan sesiapa juga untuk jawatan tertinggi parti, manakala di peringkat negara, Barisan Nasional (BN) menjadi pertaruhannya. Semuanya pasti bermula dengan sikap terbuka.
ReplyDeleteSaudara drmuzi
ReplyDeleteWhat you say if true is a bombshell. It serves to confirm without a shadow of doubt what Dr. Mahathir said in his reply to the Hadhari Government recently. Syabas UMNO Johor and thank you saudara drmuzi for sharing this vital info with all Malaysian.
So do we now have people in power around AAB who are actually agents for Singapore? These traitors will just do about anything for money, no wonder they advised AAB to cancel the bridge project first before coming out with all the ridiculous excuses later just to spite us Johor folks.Something must be done to save this country from such advisors to AAB.
I wonder what happened to the Kris wielding Umno Youth Head who is from Johor himself, he and the Umno youth movement has lost their credibility among the malays to the point that what they say amounts to just echoes of the government decisions, maybe this is the time for Hisyam to redeem himself and show that he is made of stronger stuff not just a mere shadow of his great father.
Shahrir dipetik oleh akhbar semalam meminta Dr.M bersyukur kerana vision 2020 masih dikekalkan oleh AAB. Bertapa dangkalnya beliau kerana membayangkan seolah-olah vision 2020 itu kepunyaan Dr.M seorang dan bukannya kepunyaan semua rakyat. Beliau dan bosnya yang sepatutnya bersyukur kerana Dr.M telah memikirkan segala-galanya untuk mereka. Yang hanya mereka fikirkan sekarang hanyalah mencari alasan-alasan untuk menaikkan kadar petrol, elektrik,kadar faedah dan bermacam-macam lagi. Heran macamama orang JB boleh pilih dia.
ReplyDeletepemuda umno.adalah sekumpulan budak2 melayu yg belajar tinggi sikit tapi berlagak superficial hero.mentality zero.semangat nasionalisme hanya untuk meraih pangkat,duit,glamour.perjuangan zero.leaders top to bottom takde semangat nak tolong rakyat.buat duit pandai.maklumlah melayu baru satu dua generasi kaya.tak faham bahwa tuhan pandang kebaikan dia bukan duit dia pangkat dia.kalau dia orang islam dia patut tau lah rezeki tuhan yang bagi dia.jadi generasi akan datang jadi second class citizens.percayalah.pemimpin masa itu pondan2 belaka.kita hanya bolih doa supay tuhan jaga anak cucu kita.mintak supaya pemimpin2 ini jatuh cepat.kalau tak nasib kitalah...Bandar Aceh hancur sekali gus.Ada orang ISLAM ke di sana??
ReplyDeleteonce a decision has been made by my father in law,the pm,may it be good or bad for the country every one has to abide by it.KHAIRY to MUKRIZ.yesss.saya setuju.selalu nya pemimpin akan mengaibkan diri dia sendiri.janji tuhan.kita tengok dan komen.semoga allah jatuhkan dia.doa banyak2 insyallah jadi.kalau dia islam dia takut.kalau tak takpe sebab firaun pon kaya berkuasa.ok ke.salam
ReplyDeleteaskum, i am a student in uni, was acknoledge this blog by by some ppl. really look into the content. hope datuk could continue providing high level integrity of writing in time to come.
ReplyDeleteThis what good relationship with Singapore is all about ~
ReplyDelete"Economic union is possible only between two countries of equals, otherwise it is not possible,' Mr Goh said"
Congratulation to all the present Malaysian leaders! I wish you luck in plucking "the low hanging fruits"!
niat tak betul..kerja tak jadi..
ReplyDeleteniat betul...cara tak betul..tak akan menjadi...
tak percaya tengok apa akan jadi...
AAB's spin doctors? What spin doctors? Damp squib, more like.
ReplyDeleteThey really need to work harder.
drmuzi,
ReplyDeleteThis is probably the first tangible casualty of the "cakap tak serupa bikin" policy on openess and free speech. I wonder how the media will spin the news - as a hero or what? Prior to today he was made a hero by the media for his bravery in insulting Dr.M.
New Straits Times once my favourite morning meal has turned into an image builder tabloid. People inside NST has personalised the paper and turned it into stack of toilet paper! I had stopped buying NST a week ago, after 25 years of being a loyal follower. Good bye NST (sob)
ReplyDeleteRecent headlines in our respected presses seem to be the latest (and most trenchant) in a series of brewing criticisms by Tun Mahathir towards the current administration. The gist of what has been said, has been uttered previously in various snippets both in the mainstream press (where much of the time it has been given short shrift) and the alternative presses which of course tend to give substantive airtime to criticisms of the government (as it would and should!) over the preceding months.
ReplyDeleteAny point of view will have at least two sides to it (and usually more), and unless there is some concerted effort to respond to Tun Mahathir’s accusations more substantively (unlike the efforts so far by Proton over the sale of MV Augusta), then it appears likely that what has been said would have some basis in fact (which in light of what was said by UMNO Johor suggests it is). But that is not the main reason this little letter is written. It appears rather churlish and immature for senior and not so senior members of the cabinet to respond the way they have done in light of the fact that most them have shied away from even the briefest of criticisms of the former PM when they were either a) members of his administration or b) when the said individual was still helming the country. I think in the spirit of Pak Lah’s clarion call for openness and Hadhari, it is only fitting that the former prime minister (or in fact any individual) to take the government to task for whatever perceived mistakes that the government may have done.
Let’s just look at some of the cabinet responses to Tun’s criticisms: “It seems that Dr Mahathir was not sincere when he resigned. It’s a pity. Without anyone accusing DrM he has shown his true self” - Khaled Nordin; “Tun should not have issued this statement, especially as Pak Lah was his choice to replace him as PM” – Muhyiddin Yassin. Its great to know that some of our most esteemed political leaders feel the urge to remind the Tun to restrain from directly criticizing the current administration – led ably of course by the venerable Tun Musa – as a gesture of(…, I dunno sportsmanship perhaps) instead of urging for the truth of the matter to emerge (wasn’t he by the way, the gentleman who ostensibly went against his former boss after stepping out of office?). Well, it’s wonderful to know that our ministers have their opinions but it’s rather strange that not a single one of these opinions were heard during Tun’s tenure. It may be the case that these ministers only began to understand what’s happening in the country (despite their many years as members of the cabinet) after Mahathir left office? And for me, a “rakyat biasa” I don’t seem to understand what the fuss is all about – after all no one has really responded to the claims of the former PM, as to the truth of the matter, and much of what’s going on seem to revolve around either a) cabinet members rallying around the current PM or b) telling Dr. M that he should essentially keep quite. And its sickening for politicians (and other anointed observers) to suggest that the former PM’s time has passed and that he should just ‘go gently into that goodnight’. I thought we have always had a rich and wonderful political tradition of former PMs speaking up on issues which they felt had public relevance. Perhaps it’s a cause of action that more former leaders should engage in! Again I plead, its not who is saying what, but in these times of so called “openness” the only relevant issue is whether what is said or done has any truth in it! Who really cares whether it’s the former PM, or the current PM or for that matter the Amah next door! And also our media, especially the newspapers (in this case, the NST is way in the lead) should learn how to report the news instead of trying to put in its two cents worth of ‘lets remind the public what a kind, gentle and sensitive leader we are fortunate enough to have today” nonsense and perhaps pay a teeny weeny bit more of attention on actual facts. The hard reality is this – almost all the current members of the cabinet, including the Prime Minister, was appointed by the Tun Mahathir; and if they had felt strongly that their former leader is doing something unacceptable then they ought to have a) rejected the appointment or b) resign on the basis of their conscience (I know this sounds hilarious!). To suggest as they have done that the former PM is out of line is to say some thing basic about themselves – that they are inveterate liars and hypocrites.