A Kadir Jasin
[Revised and Updated, Nov. 24]
I think Synergy Drive Sdn Bhd is a special purpose vehicle to be use to implement the merger. For the time being it's "owned" by CIMB or people linked to it.
Later, I think, say in a couple of months, it will “collapse” into one of the three companies -- Sime Darby, Golden Hope and Guthrie – to become the new mega listed entity.
That new entity, with some 600,000 hectares of land will possibly be one of the largest plantation companies in the world with operations in several countries.
Assets of these three companies can be repackaged to form a highly diversified mega conglomerate with activities in plantation, property, wholesale marketing and retailing, automotive, power generation, healthcare and pharmaceuticals.
Other PNB companies may also be involved in the merger as PNB had requested for trading of nine of them on Bursa Malaysia to be suspended.
I am confident that it is not likely for any individual or group to be able to “hijack” a corporate restructuring of this magnitude.
Still, it is good if all of us can keep an eye on it.
THIS is my preliminary thoughts on the talks that Sime Darby, Golden Hope and Kumpulan Guthrie will be merged into a giant plantation-based conglomerate.
Whatever the Prime Minister cum Minister of Finance does with Sime Darby, Guthrie and Golden Hope, he must protect and guarantee the interest of the minority shareholders, who, in this case, include millions of Permodalan Nasional Berhad’ unitholders.
PNB is the controlling shareholders of the three companies. Thus this can be a golden opportunity for the Prime Minister to fulfill his pledge at the Umno Annual General Assembly in Kuala Lumpur last week to continue with the implementation of the NEP-type programmes.
While the merger proposal might have been promoted by PNB itself and ahead of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's appointment as Prime Minister, the final authority to approve or reject the merger lies with him.
But I personally take great comfort in the fact that the merger is being put together by the highly reputable and professional CIMB Group. I am sure everthing will be above board, transparent and fair.
Additionally, the Prime Minister could use this mega merger to protect and enhance the Bumiputera share of the corporate sector via the PNB.
He could use the mega merger to enhance the value of the three GLCs for the benefit of their shareholders.
He could use the mega merger to create possibly one of the largest plantation-based companies in the world so that it can truly enjoy the economies of scale and drives his agricultural revival programme.
He could use the mega merger to create more employment at the time when the number of unemployed graduates and school leavers, according to government statistics, is nearing 100,000. With the end of the 2006 school year, more school leavers will be joining the job market.
He could use the mega merger to “reward” the best corporate sector managers in the country by putting them at the helm.
Remember, Tun Dr Mahathir Mohamad and his key advisers, including the late Tun Ismail Ali and Tan Sri Desa Pachi raided the London Stock Exchange in early 1980’s to gain control of Guthrie Corporation.
Let’s hope that this time around our current Prime Minister will do as well, if not better for the sake of the shareholders of the three companies, their 60,000-odd employers and unit holders of PNB unit trust funds.
Mega merger by Synergy Drive!!!!
ReplyDeleteI dont trust all of them... we learn from the history all promises to safeguard the minority went to the drain... ie. Proton under a merger with Hicom had seen the sale of Augusta for a ringgit and this Synergy Drive mega merger will see another episode of group of opportunists cash out away with millions of cash similar to UDA cash out plot by the shareholders not long ago
I wonder who are the culprits in the MOF and Khazanah worked this mega merger plan out(under advise of level 4 I reckon..). they are the real "Traitor" to the malays and nation
In the next few days we'll see one to another kronis will be laughing away to the bank. We, the minority and non-kroni bloggers 'melopong'
That's life, my brother...
unfortunately, this merger will be used to deepen their own pockets, rather than for the ppl's benefit.
ReplyDeleteAgak memeranjatkan apabila 3 entiti besar ini hendak digabungkan....
ReplyDeletePada saya, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope PLantations mempunyai kekuatan masing masing yang tidak mengecewakan dan setiap entititi tersebut mempunya strategi yang berbeza dan perancangan yang sedikit berbeza.....
Ada yang memberi fokus besar pada keupayaan biodiesel, ada yang memberi fokus pada peluasan ladang di sabah / sarawak, ada yang mula memberi fokus pada perladangan di Indonesia.....
Untuk menyatakan penggabungan ini akan dapat membebaskan konglomerat besar seperti Sime Darby untuk mempunyai fokus kepada sesuatu bidang sajhaja dengan melepskan bidang perladangan adalah dapat diterima logik....
Tetapi, penstrukturan secara mega untuk satu industri adalah tidak baik.... Industri kelapa sawit di Malaysia boleh ditafsirkan sebagai kompetitif, maka apabila wujudnya satu 'giant' baru, impak negatif kepada pengguna tempatan akan kelihatan.... Masalah mencapai kos efisien akan timbul nanti..... Besar tidak semestinya efektif....
datuk ,
ReplyDeletesaya harap mereka yg terlibat amat berhati hati dengan mereka yg sering menggelar diri sebagai investor (oportunis?) spt c.m.yu.
utk orang yg seperti senator mat taib,ingatlah nasib kebanyakkan Melayu banyak juga bergantung pada tindakan anda pada hari ini.jangan menang sorak melayu(orang asli?) tergadai.
ambil iktibar dari arwah bekas seorang ketua menteri yg selepas matinya masih ada wang dlm bank rm200m,tapi tak boleh nak guna lagi.
utk aab,saya plagiat kenyataan pembesar amerika,we have only one direction in iraq---out!.ya demi masa depan melayu ,jasad yg dipilih Allah utk mendaulatkan islam di Malaysia.
...Mukhriz:Separating Grain from Chuff...
ReplyDeleteDato’AKJ
Tulisan saya kali ini nampaknya dihentam agak teruk!!! Saya hanya membicarakan dan mempersoalkan ciri-ciri pemimpin. Semua orang tahu pemimpin yang berkeyakinan tinggi , mempunyai nilai-nilai keperibadian yang tinggi, terbukti karismatik kepimpinannya, berpandangan jauh, berani berkata benar walaupun pahit, mampu memberi teladan kepada orang yang dipimpinnya dan lain-lain nilai murni pastinya menjadi pilihan.
Itu saja pokok pangkalnya.
Dan saya juga menyentuh sedikit sebanyak cara pemimpin dalam UMNO dipilih! Secara ikhlas, saya tidak memihak kpd mana-mana pihak jauh sekali taksub kepada mana-mana pemimpin kerana taksub kepada pemimpin itu terlalu hampir dengan toghut. Jadi, mana yang saya fikir betul, saya sokong.Yang salah, saya tak sokong. Soal jambatan , saya sokong Tun, soal Proton saya tak sokong Tun.
Berbalik kepada soal pemimpin, suka saya mengimbas kembali tulisan Dato’ AKJ soal keturunan dan feudalisme:
“…………..ciri-ciri feudalisme yang masih kuat bertapak dalam masyarakat Melayu. Lihat sahaja betapa mudahnya Umno diyakinkan dengan keturunan.
Walaupun Umno sudah berusia 60 tahun, negara sudah merdeka 49 tahun dan masyarakat Malaysia lebih canggih namun unsur feudalisme dan keturunan dalam Umno dan pemerintahan bukan semakin luntur malah semakin kental.
Manifestasinya adalah kehadiran watak-watak umpama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Seri Syed Hamid Jaafar Albar.
Ciri-ciri yang sama jelas mengambil peranan memudahkan kemunculan dan kemaraan watak-watak baru seperti Khairy Jamaluddin (Timbalan Ketua Pemuda merangkap menantu Perdana Menteri), Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen dan anak bekas Menteri) dan Astaman Abdul Aziz (Ahli Parlimen dan anak bekas Menteri).”
Setuju dengan Dato AKJ, pertalian kekeluargaan seperti di atas begitu pantas melonjakkan sesiapa sahaja dalam budaya UMNO. Najib umpamanya berumur 23 tahun sudah jadi YB dan Ketua Bahagian Pekan. Khairy 28 tahun dah jadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia!
Tetapi, Apakah anak-anak Tun tidak termasuk dalam senarai di atas?
Apakah lonjakan Mukhriz itu langsung tidak dipengaruhi AURA bapanya?
Sememangnya benar beliau mendapat undi paling popular dan terbanyak adalah tak dinafikan. Tapi gelanggang tersebut adalah gelanggan UMNO, budaya UMNO.Apakah terdapat pengecualian disini bagi Mukhriz berbanding nama-nama diatas?
Ramai yang memuji Mukhriz kerana komennya ….Tiada perkara baru….(ke atas ucapan Presiden selama 1 1/2jam) sehinggakan ada pembahas disini begitu pantas memberi sokongan/undi Mukhriz sebagai Perdana Menteri!! Tidak susah menjadi pengkritik, tapi pengkritik yang baik adalah yang mampu mengenengahkan hujah yang bernas, berfakta dan ada meritnya. Sememangnya saya akui dia berani…..berani menepis ucapan Presiden. Namun sebagai pengkritik, kegagalan beliau menjelaskan “perkara baru” adalah sesuatu yang mengecewakan. Maka tidak keterlaluan sekiranya sesetengah berpendapat komennya lebih kepada merendah-rendahkan Presiden! Dan kerana itu beliau dikatakan berani!!!
Assalamualikum Dato’
ReplyDeleteAs you mention, the merger possibly form the largest plantation based company in the world. But the consolidation can’t promise any employment especially in the short-term period because prospect job creation can only happen when the company gets bigger through expansion and it usually happen in the long-term period. In retrospect, the management is keen to show the fruitful of the consolidation and actuate factors contributing a beautifully presented management report. And the no-brainer decision of cost reduction a.k.a. layoff are very hard to resist. The usual scapegoat shall be the middle management level whom redundancy of duty and responsibility are unavoidable in any merger. Of course we couldn’t care less if the retrenchment involves the low-paying immigrant workers; they can always go back to their own countries.
You talk about the necessity of the merger benefiting the shareholders. I suggest it’s time to change the paradigm of segregating the government role and the GLC purposes because the “real” shareholder for the conglomerate is the People. The current practice is for the GLC to perform a profitable activity and pass the spoil for the government to perform its function to the people. Then again, the bureaucrat and the red-tape depreciate efficiency and effectiveness. To hedge the barrier, the GLC must take the government function into their own hand. With massive capital under their control, they should for the first time in the history of being a capitalist forget about the international market. Any production shall first consider the local market. Not only that, they neither take any profit from the market. After fulfilling local demands, any leftover from the production are permissible to be sell to the foreign markets. The cheaper crude oil for the people means a cheaper consumer products made from the oil. Cheaper soap, cooking oil and in the future our vehicles are filled with inexpensive bio-diesel. Instead of inflation, we will enjoy deflation without the threat of unemployment.
The downside is the reduction of government income from the GLC. But who cares if the government goes broke for the people to benefits from it? Furthermore, our local companies can sell cheaper product and services either directly from the oil-palm or indirectly from the low cost of livings (cheaper labor etc). And when the private sector prosper, the government income increase from taxation. In the era of globalization, it will be a huge advantage if the nation to produce product cheaper comparably.
This can be a foundation laid by the government for the futures.
Thank you,
Dato'AKJ,
ReplyDeleteSaya bukan di posisi terbaik untuk komen mengenai makro ekonomi kerana saya bukan pakar ekonomi. Dato' mungkin antara yang terbaik untuk bercakap mengenainya!
Sekiranya tujuan ini untuk kaum kerabat seperti kebimbangan ahm (Mega merger by Synergy Drive!!!!)di atas, maka kita perlu menentangnya.Sekiranya tujuan ini untuk kebaikan Melayu dan Islam, maka kita perlu menyokongnya. Dan saya percaya Dato' akan terus menyiasat dan menampilkan bukti-bukti yang lebih jelas.....kerana Allah, teruskan Dato'.
Saya juga ingin menyatakan kebimbangan mengenai perjanjian perdagangan Kak Pidah dengan US.....bukan apa, depa tu semua Yahudi, dan Yahudi ni terlalu banyak putar belitnya seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran-mukjizat paling utama semesta alam. Tun DrM juga mengingatkan perkara ini kepada pembesar2 UMNO.
Komen dari satu pengunjung blog Rocky atas topik yang sama.
ReplyDeleteJV Morgan said...
Instead of dealing or kautim with 7 CEOs, if these 7 companies are mergered into one, they will have to deal with ONLY 1(ONE) CEO only. It is definitely easier and cheaper to kautim. This will ensure swift looting, if they want.
Of course the catalogue of reasons for merger will be as usual rationale. This they can leave it to CIMB or any Tom, Dick & Harry or Abu, Hassan or Ali consultants to goreng out.
Datuk AKJ,
ReplyDeleteRuangan ini merupakan ruangan " Merger Must Benefit Shareholders". Bagaimanapun apabila membaca komen dari "langit biru" mengenai Mukhriz Separating Grain from Chuff", saya terpanggil untuk memberi sedikit respons terhadap komen beliau mengenai Mukhriz.
Datuk Mukhriz hanya menyatakan pandangan beliau mengenai Ucapan Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno namun saya dapati beliau langsung tidak diberi kesempatan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai apa yang beliau maksudkan tentang komen beliau itu. Pemimpin Pergerakan Pemuda termasuk sebilangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi sepantas kilat menyanggah komen Mukhriz seperti halalintar tetapi lebih teruk dari Mukhriz,mereka juga tidak menyatakan hujahan bernas mereka bagi menyanggah Mukhriz bahawa Ucapan Presiden itu memiliki ide ide baru yang tidak pun diucapkan pada tahun lepas sepertimana dakwaan Mukhriz. Mereka lebih berminat untuk menghukum tanpa memikirkan langsung bahawa ahli akar umbi dan rakyat yang memerhati,mengikuti polemik mereka juga inginkan hujah hujah yang jelas.Gaya dan cara mereka bertindak balas tidak memperlihatkan kewibawaan bahawa mereka adalah lebih bernas dan matang dari Mukhriz walaupun jika dibandingkan,setengah dari mereka nampak lebih berusia.Saya berpendapat langit biru harus menilai sama ada orang seperti Mukhriz,dalam isu komentar beliau terhadap ucapan Presiden diberi peluang seluas luasnya untuk mengemukakan hujah beliau.Saya mungkin boleh bersetuju dengan langit biru bila mengatakan Mukhriz merendah rendah Ucapan Presiden sekiranya beliau (langit biru) mendengar hujahan hujahan Mukhriz terlebih dahulu. Saya percaya sekiranya pembesar pembesar Umno mengambil pendekatan yang lebih terbuka,bersikap untuk MENDENGAR suara suara yang dilabel sumbang seperti Mukhriz,pemikiran pembesar pembesar Umno akan lebih disegani rakyat malah tak kan hilang kewibawaan mereka untuk terus bertakhta dipuncak kuasa. Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya. Membelasah anak muda seperti Mukhriz melalui media pada masa ini sama seperti mitos Singapura dilanggar todak,budak kecil dibunuh hanya kerana menyuarakan fikirannya. Itulah MELAYU!
Salam to all,
ReplyDeleteSaya bimbang merger ini umpama filem Nujum Pak Belalang di mana Sudin dan Ajis satar menjadi penyamun: " Satu untuk kau, satu untuk aku. Satu untuk kau dua untuk aku..."
Sayang bimbang Rakyat akan dapat kerugian sahaja.
Temasek sedang menyanyi lagu Alleycats: "...ku tunggumu di pintu surga..." tapi rakyat menunggu di pintu neraka.
CIMB CEO Nazir Razak. Synergy Drive Sdn.Bhd. anak-anak buah Nazir Razak. Lembaga pemegang amanah (PNB)Najib Razak. Yang buat pengumuman Najib....tapi bila ditanya kenapa perlu gabung, katanya itu keputusan kerajaan.....(tidak menjawab soalan)!!!!! CEO 3 companies tu tak buat apa-apa kenyataan akhbar. Kalau begitu lakar ceritanya tentu sekali amat-amat diragui dan disangsi kata beritanya. Depa nak jadi Billionair Melayu pertama barangkali!!!
ReplyDeleteMenambah ayat Ayub Tulakang cerita Nujum Pak Belalang Sudin dan Ajis " Satu untuk kau, satu untuk aku. Satu untuk kau dua untuk aku...dua-dua penipu"
Kalian.
ReplyDeleteMasa berbaris dimusim mengundi dulu dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik disebuah sekolah, dengan basah berpeluh, saya terlupa tentang hak dan tanggungjawab besar yang bakal dilaksanakan. Sebab leka bersembang-sembang dan mengesat peluh!
Apapun terpilih sudah 2 wakil saya untuk menguruskan negeri dan negara ini.
Yela, kalau niat mereka memang serong dan jahat, dan kalau mereka memang tamak dan nak bolot semuanya, dan kalau mereka rasa hebat tak perlu tanya saya, kalau mereka fikir saya memang tak pandai jadi tak perlu tanya, kalau mereka selesa dengan Foreign Consultant,.. APA NAK KATA.
Masa membesarkan anak-anak, saya tahu bila anak-anak cuba nak sorok sesuatu, saya juga dapat kesan jika mereka buat salah dan cuba nak "cover". Senario MENGELAK, senario MARAH BILA DITEGUR yang dipertontonkan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia akhir-akhir ini, rasa saya sama dengan yang lalui dalam membesarkan anak-anak.
Sah, mereka buat salah dan cuba nak sorok!!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTo merge or not to merge... Apa yang pasti, kalau gomen nak syarikat2 tu bergabung, kita yang jadi rakyat jelata di bawah ni.. tengok saja la. Sapa nak bantah dan tentang? Hello?!! Yang pastinya, kuasa terletak di tangan pembesar, bukan rakyat. Rakyat ada kuasa 4@5 tahun sekali ja. Kita doakan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.
Setakat la ni yang nampak hasil daripada penggabungan syarkat2 besar, ramai yang kena buang kerja atau dipaksa berhenti atau sukarela berhenti = ramai yang hilang pekerjaan. Apabila maslahat umum dan diri sendiri bertembung, kena dahulukan maslahat umum. Moga pembesar tahu apa yang terbaik buat rakyat kecil macam saya ni.
Pastu, pasai Mukhriz pula menunjukkan kita bahawa penyakit melatah memang dah jadi kelaziman di kalangan para pembesar. Tulisan sdr. langit biru tu ada kebenarannya. Siapa yang tau kredibiliti / karisma Mukhriz sebelum dia 'perlekehkan' ucapan tuan Presiden dia? Kalau bukan kerana Dr. M punya legacy, Mukhriz belum tentu dapat undi terbanyak.
Bagi peluang supaya Mukhriz perjelaskan kata-kata dia? Tengoklah apa yang UMNO buat kepada pembangkang. Ada bagi peluang? Bukan soal peluang atau tidak. Soalnya, jangan PERSOALKAN apa yang dibuat oleh PRESIDEN. Yang pastinya, saya makin nampak budaya melatah dan mengampu makin parah dalam institusi politik pada hari ini.
Wallahu รก'lam...
marn05
Dato AKJ,
ReplyDeleteEntahlah, saya pun bukanlah arif sangat nak ulas pasal ekonomi ni. Saya tak sebijak depa. Mungkin depa nampak apa yang kita tak nampak. Tapi jika tengok pada respon depa, saya rasa depa tak nampak apa yang kita nampak.
Bergabung ke tak bergabung ke dah lama dah saya mengambil pendekatan berjimat cermat yang amat. Dengan berat hati saya terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja saya. Depa suntiklah banyak juta pun, setakat ni tak satu sen pun singgah ke mari. Lalu sen yang disuntik tu pi ke mana?
Yang saya tau hidup semakin payah. Pembesar kita kata ekonomi naik mencacak. Eh depa ni rabun ke atau kita yang rabun???
Terima kasih
Sepanjang saya mendalami ilmu 'mergers n acquisition (M & A)' ketika mendalami ilmu banking n finance dahulu pernah menyatakan bahawa matlamat M & A adalah untu, menghasilkan synergi dimana 1 + 1 = 3 atau lebeh.....
ReplyDeleteMaka dengan ini, adakah kita rasakan bahawa synergy itu dapat wujud....
Berdasarkan kepada pemikiran era 80-an ke 90-an... M & A sememangnya menambahkan lagi pembesaran sesuatu entiti... Tetapi lewat era abad ke 21 ini, M & A raksasa banyak yang tidak berjaya dan gagal mencapai matlamat synergy..... Timbul pula idealisme bahawa biar kecil tapi efficient dalam pengurusan kos dan pengurasan kos....kerana dikhuatiri besar itu menambahkankan pendapatan tetapiu peningkatan kos adalah seiring.......
Saya Yang Tidak Pakar...
Datuk
ReplyDeleteInteresting. Our very own shogo-rojak?
It would be interesting if this is the Malaysian answer in a positive form of what the Japanese call the shogoshosha or something of that california roll stuff.
Bio-fuel is a highly desirable produce.
The think to remember is that any National Asset can be sold to the outside world as long as WE Malaysian hold fifty one percent of the stock. Isn't that so, Datuk?
No matter that we once raided the British Isles for Sime Darby the fact remains that the world is a very competitive playground for the rich smart and the others.
Could we have an Malaysian Automakers Merger, then?
MYI,
ReplyDeleteYou got a point.
1. Was Kama Piah lying?
2. Was Kama Piah clueless?
3. Was Utusan misled?
4. Was Utusan clueless?
It is this type of information management that makes people lose confidence in the Governemnt, the GLCs and the newspapers.
They think all of us are STUPID.
Kama Piah, we the PNB unit trust holders are not STUPID.
Please treat us with respect.
Kita jangan terlalu berfikiran negatif.Tetapi fikirkan analagi ini:
ReplyDeleteSime Darby, Golden Hope and Guthrie umpama TIGA pasang kaki yang Tak ada sakit, Tak ada masaalah perjalanan.Kini, datang sesesorang, dengan nasihat seorang bomoh,mengesyorkan kaki-kaki itu di gabung, di ikat.Di jahit. Walau secantik dan sebesar mana sekalipun kaki yang bergabung itu akhirnya hanya akan menyiksa dan mencacatkan apa yang sudah ada.
Tungulah masa untuk rebah bergolek-golek!
-makan gaji
Kerajaan pimpinan UMNO ni dah nak jadi macam Akademi Fantasy pulak.
ReplyDeleteLepas satu kejutan kepada satu kejutan.
Tapi bezanya keputusan bukan ditangan pengundi sms mahupun rakyat yang terpedaya mengundi mereka.
Tapi bab ni, keputusan adalah oleh tangan-tangan yang tidak kelihatan.
Kejutan mereka samada untuk membuat harta(bolot) @ membazirkan harta.
Di Malaysia anda boleh menubuhkan syarikat yang baru kemudian boleh mengambil alih syarikat gergasi sebab di Malaysia semuanya serba boleh..
Untuk setiap peneraju GLC tidak perlulah kamu fikirkan tentang profit walaupun kamu menerajui sesebuah corporation.
Lambat laun walau grand mana sekalipun korporat yang kamu terajui..nama tersebut akan luput dan menjadi sejarah dengan percantuman yang tidak disangka..
Fikirkanlah tentang ESS,VSS dan mcm2 SS lagi..
Fikirkanlah bagaimana utk memberi bonus tahunan yang berlipat-lipat kali ganda..sebelum sampai masa anda dilipat.
It's not size that counts but the name..that counts.
In the 1980s, ASPA, was a special purpose vehicle set up to acquire and integrate over twenty plus timber related companies. It was considered one of the largest in the world in terms of capacity then.
ReplyDeleteRunned ostensibly by politicians, ASPA did not last very long. By the 90s, it became the laughing stock (pun intended) of the industry.
Are we seeing another debacle in the making?
Mentaliti nak kendurikan harta orang ramai sesuka hati nampaknya dah sebati dengan orang-orang yang menyangka kaki mereka akan tumbuh akar pada kedudukan mereka sekarang dan mereka langsung tidak boleh diapa-apakan lagi.
ReplyDeleteBeginilah jadinya apabila rakyat tidak berdaulat dan sang rakus tidak merasa terusik sikit pun dengan suara dan jeritan rakyat.
Saya malas dah nak ratib, TAK NAK LAH, UNDUR LAH. Saya nak ratib, ratib, ratib, ratib, ratib
AMBIK LAH! AMBIK LAH! AMBIK SEMUA!
Until I see real profits from the merger, my conclusion is:
ReplyDeletethis is a deliberate action to erase any traces of the old legacy. With the merger and the change of name, Guthrie and Sime Darby plantations will no longer be in memory... erased.
If indeed the intend is to increase efficiency and productivity, should not the government look at other organisations that are functioning with overlapping roles, where the wastes are even more obvious?
1 how about those agencies that seem to have outlived its purpose or usefulness? LPPKN? Finas? Biro Tatanegara?
2 or have the brains at the GLC come with a brilliant solution to solve the never-ending problems of express bus services or KLIA and KL City taxis? Oops... that would be too suicidal a task as it may bring a scenario similar to the swearing in of the Klang Municipal Council, one name after another will be dragged in.
5 What about merging the whole water management and distribution for Peninsular Malaysia?
6 Or the IPPs?
Datuk,
ReplyDeleteMereka ni setakat buat budget guna EXCEL pastu turun naikkan percentage expenses then conclude with a profit, terus ambil bulat2 jadi corporate/business plan. Dah makin sewel dah saya perhatikan tahap pemikiran penasihat2 ekonomi.
Yang kecik pun tak nampak hasil, yang besar terkejar2! Just look n see....
Datuk,
ReplyDeleteSaya nak dengar apa komen dari
i. Mukhriz
ii. Zainal Asnam
iii. Syed Mokhtar Al-Bukhari
iv. Tun???
Semakin menarik perbincangan ini. Pergabungan yang melibatkan puluhan, ratusan billion ringgit.....tiba-tiba saja diluluskan kerajaan! Terkejut macam kena Tsunami, tak ada khabar langsung!!.
ReplyDeleteTak ada idea nak komen tentang perniagaan ratusan billion ringgit ni...sebab tak berilmu dalam bidang ini.
Namun, berminat juga nak tahu idea siapa. Idea pakar-pakar ekonomi ke idea pembesar-pembesar? Minat juga nak tahu siapa yang terlibat dalam pengurusan pergabungan? Maklum sajalah, kalau terkena tempias puluhan billion ni pun dah tak habis makan 3 keturunan!
Kerap berlaku pendapat pakar-pakar diketepikan atau langsung tak diambil kira oleh pembesar. Dan kerap juga berlaku pembesar2 dengan kuasa yang ada terlebih dahulu meluluskan dan kemudiannya baru meminta pakar-pakar mencari jalan macammana sekalipun untuk menjayakannya.
Sebagai contoh (kecil), fasal OC, CF perumahan bangunan, pihak berwajib seperti Bomba,TNB,JKR dan lain-lain belum mengesah dan meluluskan ciri-ciri keselamatan tetapi terlebih dahulu diluluskan oleh pembesar-pembesar! Nak tak nak pihak berwajib terpaksa bertungkus lumus mencari jalan untuk meluluskannya. Hakikatnya, merekalah yang meluluskan rang undang-undang di Parlimen, dan mereka jugalah yang pertama melanggarnya!
YBhg Datuk,
ReplyDeleteListing of a GLC was announced in one of TDM's budget speach. After the speach when asked by the press, he replied study will be made! The whole affair got the consultant paid for all form of due diligence & evaluation with listing in the Bursa!
Listing of TH Plantation only beneficiaries are the consultant & pink form owners.
In plantation sector, R & D is waning with accountants merely rearranging departments under a grp to claim credit of improving productivity.
If this continues the Malaysian manager in Indon estates are going to give us a bad lesson. For all the human capital development hoo-ha agro-research stations under GLCs are making way for property developments.
Does size make one productive?
Does size improves efficiency?
Why the 2 Perak based plantation groups are the benchmark for planttion industry in Malaysia?
TQ
YBhg Datuk Kadir dan rakan-rakan "bloggers" sekelian,
ReplyDeleteApa yang dimaksudkan dengan penggabungan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope itu baru cadangan sahaja.
Barangkali pimpinan negara kita inginkan satu perbahasan di kalangan rakyat tentang perlu atau tidak cadangan tersebut dilaksanakan. Jadi kita tak perlu melatah!
Mungkin ada kebaikannya. Mungkin sektor perladangan memerlukan saiz optimal tertentu untuk melakukan lonjakan (quantum leap) dari segi prestasi berbanding "organic growth". Mungkin juga satu bentuk penyelarasan dan rekayasa urusniaga (business streamlining and engineering) untuk menentukan sektor perladangan kepala sawit ini lebih berdaya tahan (sustainable). Mungkin juga pengaruh rempuhan globalisasi lebih besar kesannya berbanding sentimen kita untuk kekal tidak bergabung. Pastinya ada banyak keperluan dan kemungkinan lain yang boleh kita fikirkan.
Tetapi yang ingin saya kemukakan di sini ialah kita perlu memahami terlebih dahulu sebelum kita mula mengkritik. Kita perlu berfikiran positif dan terbuka kepada mana-mana idea, buruk atau bernas, sebelum kita berhak melontarkan fikiran kita. Kerana analisa objektiflah yang akhirnya akan menentukan sama ada cadangan penggabungan ini akan dilaksanakan atau tidak.
Ini bukan masanya untuk kita menggelabah. Eloklah kita sama-sama mengkaji. Nyatakan dan salurkan fakta yang kita perolehi di ruangan ini atau terus kepada YBhg Datuk Kadir untuk dirumuskan. Barulah bermakna perdebatan kita di sini!
Datuk,
ReplyDeleteThe announcement of the approval from the government of this merger was made by Najib.
I take it now that this is a Najib's 'baby'.
It will be a test case for Najib and not the PM.
Of course Najib must remember that this - the political horse race - is an open field and the rule is be ready for the 'no horse scratching' and there will be attempts to knock you off the saddle by the other jockeys.
Cerita pasai merger ni saya tak reti
ReplyDeleteIni hal orang korporat gergasi
Yang ada duit berpeti-peti
Meniaga besar di seleruh negeri.
Mat ni kontraktor Kelas F saja
Darilah dulu sampai la
Pinjam duit Bank Rakyat dan Mara
Dapatlah konrrak sini dan sana
Buat longkang dan pagar sekolah
Itu pun dah kira cukup besar dah
Minta projek besar orang tak endah
Depa ingat kita ni kelas rendah.
Tapi yang itu cereta dulu
Zaman Mahathir jadi penghulu
La ni Pak Lah orang nombor satu
Projek hilang pi mana kita tak tahu.
Pak Lah cakap RMK sembilan
Kita dok tunggu penuh harapan
Modal lebih banyak kita siapkan
Maklumlah nak menega sakan-sakan.
Tapi apa satu pun tak mai lagi
Tidur malam dah mamai dan mimpi
Yang dok minta hutang dah ramai
mari
Pak Lah dok cakap sistem deliveri.
Hishamuddin dok cium keris
Dok jerit keriau tak habis-habis
Macam dirasuk hantu dan iblis
Rosak jahaman satu majlis.
Awatlah depa dok lawak jenaka
Rakyat jelata tambah menderita
Harga naik berkali ganda
Pak Lah kata bagilah tau saya.
Nak bagi tau apa lagi Pak Lah?
Kami la ni dah banyak susah
Hutang banyak bank dok belasah
Mau tak mau kepada Along kena serah.
Mat Tunjang Enterprise dah meluat
Lain cakap lain depa buat
Jaga kroni dan suku sakat
Kami di kampung apa tak dapat.
Menteri Pelajaran apa dia tahu
ReplyDeleteBalik2 tunjuk keris tak hala tuju
Mat Tunjang Enterprise meluat, satu
Kedua, adik pun menyampah malu
Cukup2lah tidur tu Pak Lah
Rakyat hidup semakin susah
Cepat2lah pandang ke bawah
Asyik dok cakap kami naik bosan dah
Harga minyak naik, elektrik pun ya
Tarif air juga sama kini tol pula
Yang menderita rakyat jelata
Pembesar dan keluarga semakin kaya
Merger sana merger sini
Yang terbaru Utusan dan NST
Apa muslihat apa dicari
Habis hancur seluruh negeri
Bila lagi nak roboh jambatan
Titah Sultan tak diendahkan
Macam mana rakyat nak bagi penghormatan
Pembesar pun tak patuh arahan
Istana Negara elok dah tu
Nak dibina istana baru
Yang kaya pembesar anak menantu
Rakyat jelata makan tak menentu
Tolonglah kawan tolonglah taulan
Mari kita pakat melawan
Tumbangkan pembesar yang tak ketahuan
Tak sanggup nak hidup dalam keruan
Datuk
ReplyDeleteMy apologies for errors in some of my comments. It is Guthrie that was raided as was very clear in your blog.
I further wish to expand on this but more on the moot point as to if we have a contender in a replacement for the Deputy PM spot.